Selasa, 13 Jun 2017

كمولياءن مانوســـــــــــــيا دن كموليــــــــــــــــــــــاءن عـــــبــــــــــــادة


كمولياءن
مانوســـــــــــــيا
دن كموليــــــــــــــــــــــاءن
عـــــبــــــــــــادة
اوليه :
استاذ حاج محمد اسماعيل صالح


Kemuliaan
Manusia dan Kemuliaan Ibadat 
Oleh
  USTAZ HAJI MOHAMAD ISMAIL SALLEH  


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين .
اما بعد :
Sesungguhnya adalah kitab ini dinamakan:

KEMULIAAN MANUSIA DAN KEMULIAAN IBADAT


Adapun kemuliaan seseorang hamba Allah itu ialah:
·        dengan sebab adanya taqwa, yakni takut akan Allah.

Takut akan Allah itu ialah:
·        dengan sebab ada ilmu pengenalan kepada Allah Taala.

Ilmu pengenalan kepada Allah itu:
·  bukanlah satu rekaan manusia dan 
bukan sama-sekali dengan pemikiran sendiri iaitu mengkaji kejadian alam tetapi:
·   dengan ilmu yang dikurniakan Allah Taala dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim.

Adapun Kitab Terjemah Aqidah Ahli As-Sunnah yang ada pada Hadis Nabi Muhammad s.a.w. itu, itulah juga yang ada pada Al-Quran Al-Karim.

Demikian juga kandungan nama-nama Allah yang Allah Taala memuji Diri-Nya sendiri dengannya itupun , ada tersebut di dalam Al-Quran Al-Karim.

Oleh itu, dapatlah orang-orang mukminin dan mukminat mengenal Allah Taala daripada ajaran Allah Taala kepada hamba-hamba-Nya.
Barangsiapa membaca dan memahami segala makna nama-nama Allah dan memahami segala makna Kitab Terjemah Aqidah Ahli As-Sunnah maka dapatlah ia mengenal Allah Taala sebagaimana yang disebutkan dalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w.:
وَقِيلَ يَا رَسُولَ الله : اَيُّ الاَعْمَالِ اَفْضَل. فَقَالَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقِيلَ اَيُّ الْعِلْمِ تُرِيدُ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ سُبْحَانَهُ. فَقِيلَ لَهُ: نَسْأَلُ عَنِ الْعَمَلِ وَتُجِيبُ عَنِ الْعِلْمِ . فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ:  اِنَّ قَلِيلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ الْعِلْمِ بِاللهِ وَاِنَّ كَثِيرَ العَمَلِ لَا يَنْفَعُ مَعَ الجَهْلِ بِاللهِ.
       Ertinya:
"Dan ditanya: Wahai Rasulullah, apakah amalan-amalan yang lebih afdal. Maka sabdanya: 'Ilmu (yang dengannya dapat) mengenal Allah Azza Wajalla'. Maka ditanya: 'Apakah dia ilmu yang Engkau kehendaki itu?'Sabdanya s.a.w.: 'Ilmu mengenal Allah Subhanahu'. Maka ditanya kepadanya: 'Kami menanya tentang amalan dan engkau menjawab tentang ilmu.' Maka sabda Nabi s.a.w.: 'Bahawasanya amalan yang sedikit itu bermanfaat di samping (adanya) ilmu mengenal Allah dan bahawasanya amalan yang banyak itu tidak bermanfaat di samping kejahilan tentang ilmu mengenal Allah Taala.'
Amatlah besar faedahnya jika Hadis ini dibacakan kepada anak-anak supaya mereka ini dapat memahami bahawa:

                  i.        amalan (ibadat) yang banyak,tetapi jika ia
          ii.         seorang yang jahil dalam perkara ilmu mengenal Allah, sebagaimana yang ada pada nama-nama Allah,
       iii.     dan tidak memahami kandungan Kitab Terjemah Aqidah Ahli As-Sunnah,
tentulah segala amalannya itu tidak memberikan apa-apa manfaat.
Oleh itu, hendaklah disuruh anak-anak itu membaca, menghafal dan memahami akan dua perkara yang tersebut itu tadi.

Jika anak-anak ini dapat memahami dua perkara ini nescaya tidak terdaya mana-mana puak agama kufur untuk merosakkan ilmu keimanannya kepada Allah Taala dan tidak terdaya syaitan-syaitan hendak menipu-daya hati-hati mereka dalam bab ini.

Setelahnya anak-anak ini memahami dua perkara ini, bukanlah bererti bahawa dengan dua perkara ini sahaja telah mencukupi tetapi anak-anak ini hendaklah membaca dan menghafaz "Kitab Terjemah Akidah Ahli As-Sunah Pada Makna Dua Kalimah Syahadat At-Tauhid dan Syahadat Ar-Rasul” yang panjang lebar tafsilnya (huraiannya).

Sayugia difahami bahawa ilmu yang terkandung di dalam "Makna Dua Kalimah Syahadat At-Tauhid dan Syahadat Ar-Rasul" itu mengandungi segala perkara yang bersangkutan dengan enam rukun iman sebagai asas ilmu yang dikehendaki oleh hukuman syarak.

Dengan adanya ilmu yang terkandung dalam makna Dua Kalimah Syadat At-Tauhid dan Syahadat Ar-Rasul tersimpan di dalam hati, barulah seseorang itu menjadi seorang yang benar-benar:
  •             beriman kepada Allah,
  •             beriman kepada malaikat-malaikat-Nya,
  •             beriman kepada kitab-kitab-Nya,
  •             beriman kepada Rasul-Rasul-Nya,
  •             beriman kepada hari akhirat dan
  •     beriman kepada Qadak-Nya iaitu baik-jahat itu adalah daripada Allah.
Apakah yang dimaksudkan Enam Rukun Iman?.

Adapun bilangan Rukun Iman yang enam perkara itu adalah mudah sahaja dibilang. Budak berumur tujuh tahun, boleh menghitungnya dan orang-orang kafirin juga boleh menghitungnya. Akan tetapi jika disuruh budak itu membaca "Kitab Terjumah Aqidah Ahli As-Sunnah Pada Makna Dua Kalimah Syahdat At-Tauhid dan Syahadat Ar-Rasul" dari awal hingga akhirnya, tentulah dia tidak terdaya memahaminya. Orang kafir juga tidak berupaya memahaminya, kecuali jika mereka itu diajar dan diberi faham akan segala maksud dan makna yang ada di dalam "Kitab Terjumah Aqidah Ahli As-Sunnah".

Aqidah ahli as-sunnah adalah sangat mulia di sisi Allah. Pada masa yang sama ia sangatlah dimusuhi oleh syaitan dan dibenci oleh orang-orang munafiqin.

Pada hal, itulah Rukun Iman yang enam perkara yang dimaksudkan oleh syarak untuk diiktiqadkan di dalam hati setiap orang mukmin.

Alangkah mulianya, anak-anak yang dapat membaca, menghafaz dan memahami "Nama-namaAllah yang Allah Taala memuji Diri-Nya Sendiri" dengannya itu dan kandungan "Kitab Terjemah Aqidah Ahli As-Sunnah".

Setelahnya iktiqad tersebut tersemat di hati maka hendaklah diajar pula anak-anak itu  membaca serta memahami "Doa Nabi Muhamad s.a.w." seperti di bawah ini:

اَللَّهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِكَ تَهْدِي بِهَا قَلْبِي وَتَجْمَعُ بِهَا شَمْلِي وَتَلُمُّ بِهَا شَعْثِي وَتَرُدُّ بِهَا الفِتَنَ عَنِّي وَتُصْلِحُ بِهَا دِينِي وَتَحْفَظُ بِهَا غَائِبِي وَتَرْفَعُ بِهَا شَاهِدِي وَتُزَكِّي بِهَا عَمَلِي وَتُبَيِّضُ بِهَا وَجْهِي وَتُلْهِمُنِي بِهَا رُشْدِي وَتَعْصِمُنِى بِهَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ. اللهم اعْطِنِي اِيْمِانًا صَادِقًا وَيقِينًا لَيْسَ بَعْدَهُ كُفْرٌ وَرَحْمَةً أَنَالُ بِهَا شَرَفَ  كَرَامَتِكَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. اللَّهُمَّ اِنِّي اَسْأَلُكَ الْفَوْزَ عِنْدَ الْقَضَاءِ وِمَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَعَيْشَ السُّعَدَاءِ وَالنَّصْرَ عَلَى الاَعْدَاءِ وَمُرَافَقَةَ الاَنْبِيَاءِ.  اللَّهُمَّ اِنِّي اَنْزِلُ بِكَ حَاجَتِي وَاِنْ ضَعُفَ رَأْيِي وَقَلَّتْ حِيلَتِي وَقَصُرَ عَمَلِي وَافْتَقَرْتُ اِلَى رَحْمَتِكَ فَأَسْأَلُكَ يَا كَافِيَ الاُموْرِ وَيَا شَافِيَ الصُّدُورِ كَمَا تُجِيرُ بَيْنَ البُحُورِ أَنْ تُجِيرَنِي مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ وَمِنْ دَعْوَةِ الثُّبُورِ وَمِنْ فِتْنَةِ القُبُورِ. اللَّهُمَّ مَا قَصُرَ عَنْهُ رِأْيِي وَضَعُفَ عَنْهُ عَمَلِي وَلَمْ تُبْلِغْهُ نِيَّتِي وَاَمَنِيَّتِي مِنْ خَيْرٍ وَعَدْتَهُ اَحَدًا مِنْ عِبَادِكَ اَوْ خَيْرٍ اَنْتَ مُعْطِيهِ اَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ فَاِنِّي أَرْغَبُ اِلَيْكَ فِيهِ وَأَسْأَلُكَهُ يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا هَادِينَ مُهْتَدِينَ غَيرَ ضَالِّينَ وَلاَ مُضِلِّينَ حَرْبًا لِأَعْدَائِكَ وَسَلَمًا لِاَوْلِيَائِكَ نُحِبُّ بِحُبِّكَ مَنْ أَطَاعَكَ مِنْ خَلْقِكَ وَنُعَادِي بِعَدَاوَتِكَ مَنْ خَالَفَكَ مِنْ خَلْقِكَ. اللَّهُمَّ  هَذَا الدُّعَاءُ وَعَلَيكَ الِاجَابَةُ وَهَذَا الجُهْدُ وَعَلَيْكَ التُّكْلاَنُ وَاِنَّا لِلَّهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُونَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ ذِي الحَبْلِ الشَّدِيدِ وَالاَمْرِ الرَّشِيدِ أَسْأَلُكَ الاَمْنَ يَومَ الوَعِيدِ وَالجَنَّةَ يَومَ الخُلُودِ مَعَ المُقَرَّبِينَ الشُّهُودِ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ المُوفِينَ بِالعُهُودِ اِنَّكَ رَحِيمٌ وَدُودٌ وَأَنْتَ تَفْعَلُ مَا تُرِيدُ سُبْحَانَ الذِّي لَبِسَ العِزَّ وَقَالَ بِهِ سُبْحَانَ الذِّي تَعَطَّفَ بِالمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ سُبْحَانَ الذِّي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ اِلَّا لَهُ سُبْحَانَ ذِي الفَضْلِ وَالنِّعَمِ سُبْحَانَ ذِي العِزَّةِ وَالْكَرَمِ سُبْحَانَ الذِّي اَحْصَى كُلَّ شَئٍ بِعِلْمِهِ. الَّلهُمَّ اجْعَلْ لِي نُورًا فِي قَلْبِي وَنُورًا فِي قَبْرِي وَنُورًا فِي سَمْعِي وَنُورًا فِي بَصَرِي وَنُورًا فِي شَعْرِي وَنُورًا فِي بَشَرِي وَنُورًا فِي لَحْمِي وَنُورًا فِي دَمِي وَنُورًا فِي عِظَامِي وَنُورًا مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَنُورًا مِنْ خَلْفِي وَنُورًا عَنْ يَمِينِي وَنُورًا عَنْ شِمَالِي وَنُورًا مِنْ فَوقِي وَنُورًا مِنْ تَحْتِي  الَّلهُمَّ زِدْنِي نُورًا وَاعْطِنِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي نُورًا.

                    Ertinya: 
“Ya Allah bahawasanya aku memohon kepada Engkau rahmat daripada sisi Engkau, rahmat yang Engkau berikan pertunjuk dengannya hatiku. Dan Engkau himpunkan dengannya segala perkara pekerjaanku dan Engkau tolakkan dengannya segala fitnah daripada mengenaiku dan Engkau baiki dengannya agamaku dan Engkau peliharai dengannya barang yang ghaib daripadaku. Dan Engkau angkatkanlah dengannya barang yang zahir daripadaku. Dan Engkau bersihkan dengannya amalanku dan Engkau putihkan dengannya mukaku. Dan Engkau ilhamkan daku dengannya jalan petunjukku. Dan Engkau peliharakan daku dengannya daripada tiap-tiap kejahatan. 
Ya Allah kurniakanlah kepadaku keimanan yang benar, keyakinan yang tidak ada kemudiannya kekufuran, dan rahmat yang aku mendapati dengannya kemuliaan pemberian Engkau di dunia dan di negeri akhirat. 
Ya Allah bahawasanya aku memohon kepada Engkau kelepasan pada ketika kadak (قضاء) (menjatuhkan hukuman) dan dapat mertabat-mertabat orang-orang yang mati syahid dan kehidupan orang-orang yang bahagia dan kemenangan di atas seteru-seteru; dan bersama-sama menyertai para Nabi. 
Ya Allah bahawasanya aku memohon kepada Engkau hajatku sekalipun lemah fikiranku dan sedikit upaya kekuatanku dan singkat amalanku dan aku sangat berhajatkan kepada rahmat Engkau maka aku memohon kepada Engkau wahai Yang Amat Mencukupkan segala perkara dan wahai Yang Amat Menyembuhkan segala dada, sebagaimana Engkau melepaskan di antara lautan-lautan maka Engkau lepaskanlah akan daku daripada azab api neraka dan daripada seruan kebinasaan dan daripada fitnah kubur. 
Ya Allah, barang apa yang telah singkat daripadanya fikiranku dan telah daif (lemah) daripadanya amalanku dan tidak menyampaikannya niatku dan cita-cita hatiku daripada kebajikan yang telah Engkau janjikan kepada seseorang daripada hamba-hamba Engkau atau kebajikan yang Engkau memberikannya akan seseorang daripada hamba-hamba Engkau maka bahawasanya aku kasih kepada Engkau padanya itu dan aku memohon kepada Engkau medapatkannya, wahai Tuhan Yang Memiliki sekalian alam. 
Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang memberi petunjuk dan dapat petunjuk, bukan orang-orang sesat dan yang menyesatkan. Kami perangi bagi musuh-musuh Engkau dan beraman damai bagi wali-wali Engkau. Kami kasihi dengan kasihan Engkau akan orang yang mentaati Engkau daripada hamba-hamba Engkau dan kami musuhi dengan permusuhan Engkau akan orang yang menyalahi Engkau daripada hamba-hamba Engkau. 
Ya Allah doa(ku) ini (maka) di atas Engkau (jua) mengkabulkan(nya). Dan persungguhan ini, (maka) di atas Engkau (kami) berserah dan bahawasanya kami adalah milik bagi Allah dan bahawasanya kami kepadaNya kami kembali dan tidak berupaya mengekali berbuat taat dan tiada kekuatan memberhentikan daripada berbuat maksiat melainkan dengan pertolongan Allah Yang Amat Mempunyai kebesaran, Yang Mempunyai tali agama yang amat kuat dan pekerjaan atas jalan yang hak. Kami memohon kepada Engkau keamanan pada hari balasan seksa dan syurga pada hari yang berkekalan, berserta orang-orang yang muqarrabin, yang sentiasa bermusyahadah, yang banyak rukuk, yang banyak sujud, yang menunaikan dengan segala janji, bahawasanya Engkau Yang Amat Mengasihi lagi Yang Amat Menyayangi, dan Engkau berbuat apa Engkau kehendaki. 
Maha suci Allah Yang Mempunyai kekuatan dan Ia berkata dengannya Maha Suci Allah yang Menyayangi dengan kemuliaan dan Ia bermurah dengannya. Maha Suci Allah Yang tiada segia ditasbihkan melainkan bagi-Nya sahaja, Maha Suci Allah yang Mempunyai kemurahan dan segala nikmat. Maha Suci Allah Yang Mempunyai kekuatan dan kemuliaan. Maha Suci Allah Yang Mengirakan tiap-tiap suatu dengan Ilmu-Nya. 
Ya Allah, jadikanlah bagiku cahaya pada hatiku, dan cahaya pada kuburku, dan cahaya pada pendengaranku, dan cahaya pada penglihatanku, dan cahaya pada rambutku, dan cahaya pada kulitku, dan cahaya pada dagingku, dan cahaya pada darahku, dan cahaya pada tulangku, dan cahaya di hadapanku ,dan cahaya dari belakangku, dan cahaya dari kananku, dan cahaya dari kiriku, dan cahaya dari atasku, dan cahaya dari bawahku, ya Allah tambahilah oleh Mu akan daku cahaya dan kurniakanlah akan daku cahaya dan jadikanlah bagiku cahaya”.
Demikianlah bunyinya doa Nabi Muhammad s.a.w. supaya mendapat rahmat daripada Allah Taala. Ulamak Islam di kalangan puak Ahli As-Sunnah tidak meninggalkan doa ini, begitu juga dengan sahabat-sahabat r.a.

Walaupun doa ini panjang tapi sangat besar fadilatnya. Akan terasa kemanisan dan kesedapan di hati membaca doa ini apabila telah ada terlebih dahulunya pengetahuan tentang tiga perkara yang tersebut itu tadi.

Andainya seseorang itu kosong sahaja:
  •        tidak mengetahui nama-nama Allah Taala yang Allah Taala memuji Diri-Nya sendiri dengannya itu dan
  •        tidak mengetahui kangdungan isi makna yang ada pada Asma-Ullah Al-Husna dan
  •       tidak pula mengetahui segala ilmu yang ada pada Kitab Terjemah Aqidah ahli As-Sunnah itu.

maka sudah tentunya, orang itu tidak akan terasa sedap membaca doa ini.

Pada hal, doa ini adalah bagi menunjukkan keelokan adab hati Nabi Muhammad s.a.w. mengenai bagaimanakah:
  •           kadar merendah dirinya kepada Allah Taala,
  •           kadar manakah takutnya pada azab kubur,  
  •          huru-haranya hari kiamat besar kelak,
  •           kadar azab api neraka,
  •          kadar takutnya pada melanggar perintah suruhan Allah dan lain-lain lagi.
Oleh itu, anak-anak hendaklah disuruh membaca Doa Nabi Muhammad s.a.w. ini selepas sembahyang lima waktu sebagai doa yang penting bagi memperelokkan:
  •           agama,
  •          keimanan dan
  •          adab-adab hati mereka.
Di samping hendaklah disuruh juga membaca doa mengenai "Nama-nama Allah yang Allah Taala Memuji Diri-Nya Sendiri" dengannya itu iaitu:

اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ رَبُ العَالَمِينَ. اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ اِلَّا َانْتَ الحَيُّ القَيُّومُ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ اِلَّا َانْتَ العَلِيُّ العَظِيمُ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلهَ اِلَّا اَنْتَ لَمْ تَلِدْ وَلَمْ تُولَدْ   

hingga فوق الخلق والخليقة  dan membaca Do'a Abu Bakar r.a. yang menyentuh perkara Qadak dan Qadar bahawa:
  •            baik dan jahat itu, kesemuanya adalah daripada Allah Taala;
  •           tidak bergerak satu zarah pun, melainkan dengan izin-Nya iaitu doanya :
اللهم انك ابتدأت الخلق من غير حاجة بك اليهم.....
hingga ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم  
Ketiga-tiga doa ini sangat besar fadilatnya.

Adapun keelokan adab hati sewaktu berdoa kepada Allah Taala itu maka lihatlah kepada seseorang itu jika sekiranya ia sedang menaiki perahu di tengah lautan, kemudiannya dilanda ribut taufan, apakah usaha dan ikhtiar yang hendak dibuatnya?

Apakah ia mahu minta tolong dari:
           manusia,     jin,        syaitan        malaikat,        Wali Allah,        guru,     cahaya yang diiktiqadkan oleh orang-orang jahil sebagai Tuhan   mereka,        batu berhala,        matahari,        bulan,        api atau lain-lain yang seumpamanya atau daripada        diri sendiri?.
Tentulah kalian makhluk Allah itu sangatlah lemahnya iaitu tidak memiliki bagi dirinya:

            1) kemanfaatan        
        2) kemudaratan,
        3) kematian
        4) kehidupan
        5) kebangkitan hidup semula kemudian daripada mati.

Maka lima perkara kelemahan ini ada terdapat pada tiap-tiap makhluk Allah.

Oleh itu, tatkala terkena tiupan angin yang kencang semasa di dalam perahunya, maka tentulah hatinya itu, penuh berharap kepada pertolongan Allah semata-mata yang memiliki sekalian alam. Sebelum alam diadakan oleh Allah Taala maka Allah Taala sahaja yang ada dan tiada apa-apa selain daripadaNya. Dialah Yang mengadakan Masa dan Tempat.
Maka kepada Allah Taala jualah diminta pertolongan. Firman-Nya pada Memuji Diri-Nya Sendiri:

اِنِّي اَنَا اللهُ رَبُّ العَالَمِينَ . اِنِّي اَنَا  اللهُ لاَ اِلهَ اِلَّا اَنَا الحَيُّ القَيُّومُ. اِنِّي اَنَا اللهُ لَا اِلهَ اِلَّا اَنَا العَلِيُّ العَظِيمُ. اِنِّي اَنَا اللهُ لَا اِلهَ اِلَّا اَنَا لَمْ اَلِدْ وَلَمْ اُولَدْ
hingga: فوق الخلق والخليقة 

Maka apakah rasa hati orang yang sedang dalam kesempitan dan kesusahan ketikanya berada di tengah-tengah lautan itu?

Tentulah hatinya sangat-sangat ikhlas sewaktu berdoa dan tidak mensyirikkan Allah Taala.

Maka begitulah di akhirat kelak, apabila tiba waktu meniti titian yang panjang, terbentangnya di atas muka api neraka Jahanam di sana. Titi itu sangat halus, tajam dan sangat gelap kerana api neraka Jahanam di sana  adalah hitam dan gelap. Tiada siapa yang boleh menolong ketika meniti, samalah seperti seorang yang berada di tengah lautan yang perahunya sedang dipukul ombak akibat angin ribut yang kuat.

Di negeri akhirat juga tatkala menerima suratan amalannya, adakah ia menerimanya dengan:
  •          tangan kanan atau
  •          tangan kirinya?.
Tiada siapa dapat menolongnya dan tiada siapa tahu, apakah nasibnya itu selain daripada Allah Taala. Begitu juga pada ketika segala amalannya ditimbang, adakah berat di sebelah kebajikan atau di sebelah kejahatan. Tiada siapa yang mengetahuinya selain Allah.

وَرَوَى الحَسَنُ "اَنَّ رَسُولَ اللهِ  صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ رَأْسَه فِي حَجْرِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا فَنَعِسَ فَذَكَرَتْ الآخِرَةَ فَبَكَتْ حَتَّى سَالَ دَمْعُهَا فًنَقَّطَ عَلَى خَدِّ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَانْتَبَهَ فَقَالَ مَا يُبْكِيك يَا عَائِشَة؟  قَالَتْ ذَكَرْتُ الآخِرَةَ هَلْ تَذْكُرُونَ أَهْلِيكُمْ يَومَ القِيَامَةِ قَالَ  "وَالذِّي نَفْسِي بِيَدِهِ فِي ثَلَاثِ مَوَاطِنٍ فَإِنَّ اَحَدًا لَا َيذْكُرُ اِلَّا َنَفْسَهُ: اِذَا وُضِعَتْ المَوَازِينَ وَوُزِنَتْ الاَعْمَالُ حَتَّى يَنْظُـرَ ابْنُ آدَم أَيَخِفُّ مِيزَانُهُ أَمْ يَثْقُلُ وَعِنْدَ الصُّحُفِ حَتَّى يَنْظُرَ أَبِيَمِينِهِ يَأْخُذُ كِتَابَهُ أَوْ بِشِمَالِهِ وَعِنْدَ الصِّرَاطِ ".
                       Ertinya: 
Diriwayatkan oleh Al-Hasan bahawa Rasulullah s.a.w.adalah kepalanya pada riba Aisyah r.a lalu ia mengantuk maka teringatlah Aisyah pada hari akhirat maka ia pun menangis hingga mengalir air matanya lalu menitis ke atas pipi Rasulullah s.a.w. maka ia pun terjaga, sabdanya:
Apakah yang membuat Engkau menangis wahai Aisyah?
Katanya: Aku teringat akhirat, apakah kalian teringat ahli (keluarga) engkau pada hari kiamat?
Sabdanya: “Demi yang diriku di bawah Kuasa-Nya, (ada) pada tiga tempat maka bahawasanya seseorang itu tidak teringat melainkan dirinya sendiri iaitu:

  • apabila diletakkan penimbang-penimbang dan ditimbang segala amalannya itu, sehingga anak Adam itu melihat adakah ringan timbangannya atau pun berat;
  • dan  pada ketika (menerima) surat amalan, sehingga ia melihat adakah dengan tangan kanannya ia mengambil suratannya itu atau dengan tangan kirinya; 
  • dan      ketika meniti titian itu.”
وَعَنْ أَنَسٍ "يُؤْتَى بِإِبْنِ آدَم يَومَ القِيَامَةِ حَتَّى يُوقَفُ بَيْنَ كَفَّتَيِّ المِيزَانِ وَيُوكَلُ بِهِ مَلَكٌ فَإِنْ ثَقُلَ مِيزَانُهُ نَادَى المَلَكُ بِصَوتٍ يَسْمَعُ الخَلاَئِق سَعِدَ فُلَانٌ سَعَادَةً لاَ يَشْقَى بَعْدَهَا أَبَدًا وَاِنْ خَفَّ مِيزَانُهُ نَادَى بِصَوتٍ يَسْمَعُ الخَلاَئِقُ شَقِيَ فُلاَنٌ شَقَاوَةً لاَ يَسْعَدُ بَعْدَهَا اَبَدًا وَعِنْدَ خِفَّةِ الحَسَنَاتِ تَقْبَلُ الزَّبَانِيَّةُ وَبِأَيدِيهِمْ مَقَامِعٌ مِنْ حَدِيدٍ عَلَيهِمْ ثِيَابٌ مِنْ نِارٍ فَيَأْخُذُونَ نَصِيبَ النَّارِ اِلَى النَّارِ".
                     Ertinya: 
Dan riwayat daripada Anas: Dibawa dengan anak Adam pada hari kiamat sehingga dia:

  •   berhenti di antara dua daun neraca penimbang 
  •  dan diwakilkan dengannya seorang malaikat;    
  • maka jika berat timbangannya, malaikat itu melaungkan dengan suara yang didengari oleh semua makhluk: 
  •  'Telah bahagialah si-polan, kebahagian yang tidak celaka kemudiannya, selama-lamanya';    
  •   dan jika ringan timbangannya, ia melaungkan dengan suara yang boleh didengari oleh semua makhluk:  
  •     'Telah celakalah si-polan, kecelakaan yang tidak ada bahagia kemudiannya, selama-lamanya'.
Dan pada ketika ringan (amalan-amalan) kebajikannya:

  •  datanglah Malaikat Zabaniyah ,
  •  dan di tangan-tangan mereka, pemukul-pemukul dari besi,
  •  di atas mereka itu pakaian-pakaian dari api neraka, lalu mereka itu mengambil orang-orang yang nasibnya neraka kepada api neraka.”
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "يُضْرَبُ الصِّرَاطُ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ جَهَنَّمَ فَأَكُونُ أَوَّلَ مَنْ أُجِيزُ بِأُمَّتِهِ مِنَ الرُّسُلِ وَلاَ يَتَكَلَّمُ يَومَئِذٍ اِلاَّ الرُّسُلُ وَدَعْوَى الرُّسَلِ يِومَئِذٍ  اللَّهُمَّ سَلِّمْ اللَّهُمَّ سَلِّمْ. وَفِي جَهَنَّمَ كَلاَليِبٌ مِثْلُ شَوْكِ السَّعْدَانِ هَلْ رِأَيْتُمْ شَوْكَ السَّعْدَانِ قَالُوا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ فَاِنَّهَا مِثْلُ شَوْكِ السَّعْدَانِ غَيْرَ اَنَّهُ لاَ يَعْلَمُ قَدْرَ عِظَمِهَا اِلاَّ اللهُ تَعَالَى تَخْتَطِفُ النَّاسَ بِأَعْمَالِهِمْ فَمِنْهُمْ مَنْ يُوبَقُ بِعَمَلِهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يُخَرْدَلُ ثُمَّ يَنْجُو".
                  Ertinya:
Sabda Rasulullah s.a.w: “Dibentangkan titi di antara tengah-tengah api Neraka Jahanam maka aku adalah orang yang mula-mula melalui (melepasinya bersama) dengan umatnya di kalangan Rasul-Rasul dan tidak berkata-kata pada hari itu melainkan Rasul-Rasul dan pendoaan Rasul-Rasul pada hari itu (ialah): اللهم سلم اللهم سلم Ya Allah selamatkanlah olehmu!, Ya Allah selamatkanlah olehmu!. Dan dalam api neraka itu, ada beberapa penyangkuk-penyangkuk besi, seperti duri saadan (duri pokok kurma). Adakah engkau kalian melihat duri saadan (سعدان)? Kata mereka: Bahkan, wahai Rasulullah. Sabdanya: Maka bahawasanya ia seumpama duri saadan, cuma kadar besarnya itu tidaklah diketahui melainkan Allah Taala; ia menyambar manusia dengan amalan-amalan mereka itu; maka daripada mereka itu ada yang binasa dengan amalannya dan ada daripada mereka yang susah dan terlambat kemudian ia terlepas."
Maka iman para sahabat r.a diperkukuhkan oleh Allah Taala dengan ilmu pengetahuan mengenai hal-hal negeri akhirat.

Oleh itu, mereka hidup di dunia ini:
·        berkasih sayang sesama muslimin dan muslimat,
·        berpegang teguh kepada amanah,
·        berjaga diri daripada melakukan perkara maksiat,
·        membuat amalan-amalan kebajikan,
Justeru, mereka tidak boleh sama sekali dibanding atau disamakan dengan orang-orang yang terkemudian.

Malahan, kita sendiripun dapat merasakan kelainan jika dibandingkan dengan masa sebelum kita mengetahui tentang hal-hal di negeri akhirat (jika dibandingkan) dengan masa selepas mengetahuinya

Setelah kita mengetahui bahawa setiap seorang akan meniti titian yang panjang, terbentangnya di atas muka api Neraka Jahanam, pada ketika itu tiada siapa yang boleh menolong kita, tentulah kita akan rasa bersemangat untuk mengerjakan ibadah kepada Allah di dalam dunia ini dan merasa takut mengerjakan perkara-perkara mungkar.

Kemudian kita juga mengetahui bahawa setiap apa yang kita buat di dunia ini, ada dua orang malaikat untuk menulis segala amalan kita. Segtala perkara yang mereka tulis akan dibentangkan kelak dan ditimbang di negeri akhirat.

Inipun sudah cukup memberi ingatan supaya seseorang itu:
  •         malu membuat kerja-kerja keji atau
  •  mengeluarkan kata-kata buruk di hadapan dua orang malaikat yang alim pada hukuman Allah Taala.
Hendaklah difahami jika sekiranya  malaikat yang menuliskan segala amalan kebajikan itu tidak mengetahui hukuman-hukuman Allah dari segi halal-haramnya dan salah-benarnya pada perkataan dan lain-lainnya, bagaimanakah ia hendak menuliskan segala amalam itu. Begitu juga dengan malaikat yang menuliskan segala amalan kejahatannya.

Kata-kata daripada dua orang malaikat yang menuliskan amalan-amalan hamba Allah seketika seseorang hamba Allah itu mengakhiri hayatnya apabila dikeluarkan rohnya dari badan adalah seperti tersebut di bawah ini:

مُشَاهَدَةُ المَلَكَيْن الحَافِظَيْن
قَالَ وَهِيب : "بَلَغَـنَا اَنَّهُ مَا مِنْ مَيِّتٍ يَمُوتُ حَتَّى يَتَرَاءَى لَهُ مَلَكَاهُ الكَاتِبَانِ عَمَلَهُ فَاِنْ  كَانَ مُطِيعًا قَالاَ لَهُ جَزَاكَ اللهُ عَنَّا خَيرًا فَرُبَّ مَجْلِسِ صِدْقٍ اَجْلَسْتَنَا وَعَمَلٍ صَالِحٍ اَحْضَـرْتَـنَا وَاِنْ كَانَ فَاجِرًا قَالاَ لَهُ لاَ جَزَاكَ اللهُ عَنَّا خَيْرًا فَرُبَّ مَجْلِسِ سُوءٍ اَجْلَسْتَنَا وَعَمَلٍ غَيْرِ صَالِحٍ اَحْضَرْتَـنَا وَكَلاَمٍ قَبِيحٍ اَسْمَعْـتَـنَا فَلاَ جَزَاكَ اللهُ عَنَّا خَيْرًا فَذَلِكَ  شُخُوصُ بَصَرِ المَيِّتِ اِلَيْهِمَا وَلاَ يَرْجِعُ اِلَى الدُّنْيَا".

                   Ertinya:
Kata Waheeb:”Telah sampai perkhabarannya kepada kami (daripada Hadis Nabi Muhammad s.a.w.) bahawasanya tiada mayat yang mati hinggalah ia melihat kedua orang malaikat yang menulis amalannya. Jika ia adalah seorang yang taat, berkatalah kedua-dua mereka kepadanya:

  •  (Semoga) Allah balasi Engkau bagi diri kami kebajikan, maka berapalah (banyaknya) majlis kebenaran telah Engkau bawa kami duduk padanya dan amalan yang salih telah Engkau hadirkan kami padanya.
Dan jika ia adalah seorang ahli maksiat, berkatalah kedua-dua mereka kepadanya:
  •    Semoganya Allah tidak membalasi engkau bagi diri kami kebajikan, maka berapalah (banyaknya) majlis kejahatan yang telah engkau bawa kami duduk padanya, dan amalan yang tidak baik telah engkau bawa kami hadir padanya, dan kata-kata yang buruk telah engkau perdengarkan kami padanya maka tidaklah Allah membalasi engkau bagi diri kami akan kebajikan.
Maka sedemikian itulah si mati memandang kepada keduanya dan ia tidak kembali balik kepada dunia.”

Oleh itu, orang-orang mukminin dan mukminat yang banyak ilmu pengetahuan tentang akhirat di kalangan para sahabat r.a tidak mengeluarkan:
kata-kata yang sia-sia tanpa ditimbang terlebih dahulu iaitu:
  •             apakah faedahnya di sisi agama, 
  •   faedahnya di sisi kehidupan dunia dan bagi kebahagian hidup di negeri akhirat. 
Apakah kita kata seandainya diri kita dijaga oleh dua orang penjaga seperti polis. Kemana sahaja kita pergi, mereka berdua ada sahaja bersama kita, tidak berhenti-henti memerhatikan hal perbuatan  kita untuk ditulis.

Dalam hal ini, marilah kita fikir-fikirkan bagi diri kita sendiri, bila kita berkeseorangan di rumah, bersama kita ini ada:
  •                 dua orang malaikat,
i)    seorang di kanan dan
ii)   seorang lagi di kiri,
sedang menunggu untuk menulis apa saja kita buat.

Jika kita bertasbih atau membaca al-Quran atau bersembahyang atau membaca kitab-kitab agama maka malaikat sebelah kanan itu terus menulis segala hal kita.

Andainya buku yang sesat pada agama atau cerita-cerita kesukaan hawa nafsu yang kita baca maka malaikat sebelah kiri, terus menulis segala hal kita. Sekiranya kita tidur maka mereka tidak menuliskan apa-apa.

Oleh itu, bila Allah Taala memasukkan seseorang hamba-Nya ke dalam api neraka maka itu adalah keadilan daripada-Nya, kerana telah adanya kitab Allah yang diturunkan dari langit, menerangkan segala perkara yang berkaitan hukuman Allah; dan memberi tahu segala hal di negeri akhirat.

Untuk itu, dibangkitkan Rasul-Rasul alaihumus-salam bagi menyampaikan segala hukuman Allah dan lain-lainnya kepada kalian umat mereka.

Setiap seorang hamba Allah itu telah diberitahu bahawa ada dua orang malaikat yang menuliskan segala amalan pekerjaannya.

Di negeri akhirat kelak akan ditimbang segala suratan amalannya itu. Jika berat di sebelah kebajikan, masuklah ia ke syurga, jika sebaliknya masuklah ia ke neraka.
Akan tetapi, kalimah لا اله الا الله itu tidak ditimbang, kerana jika ditimbang dan diletakkan segala lapisan langit yang tujuh dan segala bumi dan barang apa yang ada padanya, nescaya kalimah: لا اله الا الله itu lebih berat.

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اَيضًا لِأَبِي هُرَيْرَةَ: "يَا أَبَا هُرَيْرَةَ إِنَّ كُلَّ حَسَنَةٍ تَعْمَلُهَا تُوزَنُ يَومَ القِيَامَةِ اِلاَّ شَهَادَةُ أَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ فَإِنَّهَا لاَ تُوضَعُ فِي مِيزَانٍ لِأَنَّهَا لَوْ وُضِعَتْ فِي مِيزَانٍ مَنْ قَالَهَا صَادِقًا وَوُضِعَتْ السَّموَاتُ السَّبْعُ وَالاَرْضُونَ السَّبْعُ وَمَا فِيهِنَّ كَانَ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ اَرْجَحُ مِنْ ذَلِكَ".

                Ertinya: 
Sabda Nabi s.a.w. kepada Abu Hurairah: “Wahai Abu Hurairah bahawasanya tiap-tiap kebajikan yang Engkau amalkan itu, ditimbang pada hari kiamat, melainkan syahadat لا اله الا الله  maka bahawasanya ia tidak diletakkan pada penimbang kerana bahawasanya sekiranya diletakkan pada penimbang orang yang menuturkannya, benar-benar jujur (ikhlas) dan diletakkan segala lapisan langit yang tujuh dan segala bumi yang tujuh dan barang apa yang ada padanya (maka) لا اله الا الله itu adalah lebih berat daripada yang demikian itu”.

[“Tanbih”:
Maksud “benar-benar” jujur itu ialah dengan makna benar-benar faham segala makna nama-nama Allah yang Allah memuji Diri-Nya sendiri dengannya itu, memahami segala makna Asma-Ullah al-Husna dan mempunyai ilmu yang dinamakan iman seperti yang terkandung dalam Kitab Terjemaah Aqidah Ahli As-Sunnah Pada Makna Dua Kalimah Syahadat at-Tauhid dan Syahadat ar-Rasul, baharulah kalimah لا اله الا الله  itu berat timbangannya kerana kalimah لا اله الا الله itu sangat tinggi harganya jika dituturkan oleh orang yang benar-benar memahami segala ilmu yang tersebut itu tadi hingga tiap-tiap kalimah yang dituturkannya itu diampuni dosa-dosanya.]
وَيُرْوَى " اِنَّ العَبْدَ اِذَا قَالَ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ أَتَتْ اِلَى صَحِيفَتِهِ فَلاَ تَمُرُّ عَلَى خَطِيئَةٍ اِلاَّ مَحَتْهَا حَتَّى تَجِدَ حَسَنَةً مِثْلَهَا فَتَجْلِسُ اِلَى جَنْبِهَا".
                  Ertinya: 
"Dan diriwayatkan bahawasanya seseorang hamba itu apabila ia berkata لا اله الا الله datanglah ia kepada suratan amalannya maka:

i)    tidak ia lalu ke atas suatu kesalahan
ii)   melainkan ia memadamkannya
iii) sehingga ia temui kebajikan seumpamanya lalu ia duduk di sebelahnya”.
Walaubagaimana mulianya kalimah ini, akan tetapi bagi orang-orang munafiqin, mereka itu tidak diberikan pahala. Samalah sembahyang itu besar pahalanya tetapi jika salah pada wuduknya dan salah pada iktiqadnya seperti diiktiqadkan bahawa sembahyang itu bukan difardukan oleh Allah pada waktu malam Israk dan Mikraj, maka rosaklah sembahyangnya, walau pun ia kuat menunaikan sembahyang fardu dan sunat yang lainnya.

Oleh itu, tiap-tiap orang mukmin yang telah memahami tentang adanya dua orang malaikat yang tidak pernah terpisah sepanjang masa hidupnya itu, menuliskan segala amalan pekerjaannya di dalam dunia ini amatlah besar harganya dan besar keuntungannnya bagi diri mereka sendiri dan Allah Taala meletakkan  martabat manusia itu sangat tinggi kemuliaannya oleh sebab beberapa banyak perkara: 

 1.    Tiap-tiap seorang manusia diletakkan oleh Allah Taala dua orang malaikat untuk menulis segala amalan pekerjaannya pada setiap ketika supaya dibentangkan di akhirat kelak dan ditimbang. Jika berat di sebelah kebajikan maka masuklah ia ke dalam syurga. 
2.   Syurga itu ialah tempat nikmat kesenangan yang tidak berhingga maka beruntunglah manusia yang beriman. Sesungguhnya syurga itu sangat jauh tempatnya tetapi Allah Taala menurunkan kitab-kitab-Nya Al-Quran Al-Karim dan lain-lainnya.
Dalam kitab-kitab Allah itu ada disebutkan hal-hal keadaan syurga.
3.   Beruntungnya manusia itu, apabila ia mengerjakan sesuatu amalan salih seperti:
·        sembahyang,
·        membaca al-Quran,
·        bersedekah
·        dan lain-lainnya

Maka Allah Taala mengurniakan cahaya dari ibadat-ibadat itu seperti cahaya matahari dan mempunyai suara seperti guruh dan dibawa naik oleh malaikat hafazah ke langit, dimuliakan oleh malaikat-malaikat yang ada di langit akan cahaya ibadat yang sangat elok itu.

Tatkala meniti titian yang panjang yang terbentang di atas muka api Neraka Jahanam yang hitam gelap itu maka cahaya ibadat itulah yang menjadi alat cerahan di waktu meniti nanti.
4.   Betapa mulianya manusia itu kerana dikurniakan oleh Allah Taala dua badan yang berlainan yang boleh diasing-asingkan.
Satu badan:
·        Seperti badan manusia
dan satu lagi:
·        Seperti badan malaikat.

Lihatlah Adam a.s, tatkala Nabi Muhammad s.a.w naik ke langit pada malam Israk dan Mikraj. Nabi Adam a.s ditemuinya pada langit pertama dan di situlah Nabi Allah Adam a.s memuliakan kedatangannya.

Pada hal badan Nabi Allah Adam a.s telah dikebumikan di bumi. Begitu juga dengan Nabi Allah Musa a.s, ditemuinya pada langit yang ke enam pada malam Israk dan Mikraj. Maka di situlah sembahyang yang difardukan oleh Allah Taala sebanyak lima puluh (50) waktu itu diringankan hingga dikurangkan kepada lima (5) waktu sahaja.

Pada hal, badan Nabi Allah Musa a.s telah pun dikebumikan di bumi.

Sebenarnya badan Musa a.s yang ditemui oleh Nabi Muhammad s.a.w pada langit yang ke enam itu adalah badannya yang seperti badan malaikat.

Begitu juga dengan badan Adam a.s yang ditemuinya pada langit pertama itu adalah badannya yang sama dengan badan malaikat.
5.   Sangat besar hikmah Israk dan Mikraj bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang dikurniakan oleh Allah Taala kepadanya.  Daripada mukjizat Israk dan Mikraj, dapatlah kita umat Nabi Muhammad s.a.w ini mengetahui bahawa walaupun roh manusia ini sesuatu yang ghaib dari pandangan mata tetapi dengan adanya perkara Israk dan Mikraj maka mudahlah difahami perkara-perkara yang bersangkutan dengan perkara roh dan menolak segala salah faham dalam bab ini. 
Oleh itu, maka kita ambil faham terlebih dahulu apakah perkara-perkara yang akan ditemuinya ketika seseorang itu hampir mati ?

Dalam perkara ini, bagaimana hal roh?

Maka perkara-perkara yang bakal dihadapi oleh seseorang itu adalah sama ada ia:
a)  Seperti seorang pengantin yang akan disambut oleh orang-orang lain atau pun:
b)  Seperti seorang yang sedang melakukan jenayah yang akan ditangkap oleh askar-askar untuk dibawa ke penjara supaya dihukum.

Dalam hal ini, akan diterangkan di antara dua hal iaitu di antara hal orang mukmin yang salih dan hal orang yang ahli maksiat kepada Allah Taala.

Justeru, hendaklah dipelihara dan dijaga berkenaan dengan iktiqad.

Inilah yang wajib dijaga dan dipelihara terlebih dahulu oleh orang yang sakit. Maka, hendaklah disimpan di dalam hatinya segala makna nama-nama Allah yang Allah Memuji Diri-Nya sendiri dengannya itu, ditambahi lagi dengan memahami segala kandungan isi Kitab Terjumah Aqidah Ahli Al-Sunnah di samping beriktiqad bahawa awal makhluk yang diadakan oleh Allah Taala ialah:
·        seorang malaikat,
·        tidak berasal dari apa-apa pun,
·        bahkan semata-mata dari tiada kepada ada,
·        diadakan oleh Allah Taala dengan Qudrat-Nya yang Qadim.
Dan bagi malaikat ini ada lima kelemahan dan sangatnya takut kepada Allah dan sangatnya takut kepada azab api neraka.
Dalam hal awal makhluk yang diadakan oleh Allah, apa kita kata:
Jika seorang mukmin salih berdoa kepada Allah Taala, katanya: "Ya Allah adakanlah seekor semut..", tiba-tiba ia ada:
·        dengan serta merta,
·        lebih cepat dari sekerlipan mata,
·        lebih cepat dari segerak lintasan hati.
Maka sebagaimana Allah Taala itu amat berkuasa mengadakan semut itu dengan tidak berasal dari apa-apa pun, begitulah Allah Taala amat berkuasa mengadakan seorang malaikat sebagai makhluk yang mula-mula sekali diadakan oleh Allah dengan serta-merta. Dia tidak berasal dari apa-apa pun.

Maka hendaklah diiktiqadkan bahawa walaupun segala lapisan langit dan bumi ini diadakan dalam masa enam hari tetapi Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan segala lapisan langit dan bumi ini dengan serta merta, lebih cepat dari sekerlipan mata. Ini adalah sebagai menolak waswas syaitan supaya tidak dituduhkan bahawa setiap suatu itu mestilah ada asalnya.  

Bagi persediaan waktu sakit ialah membaca dan memahami segala makna Doa Abu Bakar As-Siddiq r.a. selain dari tidak berhenti-henti menyebut kalimah yang mulia لا اله الا الله hingga diambil rohnya dalam keadaan baik sangka kepada Allah Taala dan kasihkan Allah sahaja. Jangan sekali-kali ingat perkara dunia walau apa perkaranya pun.
Inilah persediaan untuk dapatkan Husnul-khatimah (حسن الخاتمة).

Barangsiapa kasihkan sesuatu perkara dunia sewaktu rohnya diambil oleh Malakul-maut maka matinya itu adalah dalam Su-ul-Khatimah (سوء الخاتمة) pada peringkat kedua. Sewaktu itu hendaklah ia kasihkan Allah Taala sahaja dan hendaklah ia meredai rasa kesakitan cabutan roh itu kerana kesakitan itu mengkafaratkan dosa dan menambahkan ketinggian darjat di dalam syurga.

Janganlah berasa marah kerana marah ketika nazak bererti kasihkan dunia, tidak meredai nikmat sakit kerana sakit itu adalah nikmat pemberian Allah kepada orang mukmin supaya menambahkan ketinggian darjatnya di dalam syurga.
Apakah kita kata, jika di dalam dunia ini sahaja pun apabila seorang raja mengatakan di sana ada sebuah rumah, nilai harganya sepuluh juta ringgit, dikelilingi kebun-kebun yang berharga lima juta ringgit untuk diberi percuma tetapi dengan syarat hendaklah pergi ke tempat itu. Maka terkenalah duri-duri di kaki, di tangan dan di badan, baharulah boleh dapat rumah itu.
Mereka yang berhajat memiliki hadiah sebesar itu, tentulah hatinya meredai kesakitan terkena duri-duri di mana-mana sahaja pada badannya, tidak marah kepada kesakitan itu, malahan ia mengirakan terkena duri itu sebagai suatu nikmat bukannya patut dibenci oleh hati. Maka begitulah kesakitan masa mati itu, sangatlah kuatnya akan tetapi ianya adalah suatu nikmat yang besar untuk mendapat pahala bersabar di atas kesakitan dan pahala meredai di atas apa yang telah diletakkan oleh Allah Taala ke atasnya.
       
Berikut perkara-perkara yang akan dihadapi oleh seseorang itu.

Pada ketika sakit mati, mula-mula dia akan:
·        menemui Malakul-maut
Cara orang mukmin yang salih melihat rupa muka Malakul-maut tidaklah sama dengan orang yang ahli maksiat.

وَرُوِىَ فِي الحَدِيثِ عَنِ النَّبِيِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ أّنَّهُ قَالَ: إِنَّ اللهَ اَذّا رَضِيَ عَنْ عَبْدٍ قَالَ يَا مَلَكَ المَوْتِ اِذْهَبْ اِلَى فُلاَنٍ فَأْتِنِي بِرُوحِهِ لِأُرِيحَهُ حَسْبِي مِنْ عَمَلِهِ قَدْ بَلَوْتُهُ فَوَجَدْتُهُ حَيْثُ اُحِبُّ فَيَنْزِلُ مَلَكَ المَوْتِ وَمَعَهُ خَمْسَمِائَةٍ مِنَ المَلاَئِكَةِ مَعَهُمْ قَضْبَا الرَّيْحَانِ وَاُصَولَ الزَّعْفَرَانِ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ يُبَشِّرُهُ بِبَشَارَةٍ سِوَى بَشَارَةِ صَاحِبِهِ وَتَقُومُ المَلاَئِكَةُ صَفَّيْنِ لِخُرُوجِ رُوْحِهِ مَعَهُمْ الرَّيْحَان فَاِذَا نَظَرَ اِلَيهِمْ اِبْلِيسُ وَضَعَ يَدَهُ عَلَى رَأْسِهِ ثُمَّ صَرَخَ قَالَ فَيَقُولُ لَهُ جُنودُهُ مَالَكَ يَا سَيِّدَنا فَيَقُولُ أَمَا تَرَوْنَ مَا أُعْطِىَ هَذَا العَبْدُ مِنَ الكَرَامَةِ أَيْنَ كُنْتُمْ مِنْ هَذَا قَالُوا قَدْ جَهَدْنَا بِهِ فَكَانَ مَعْصُومًا".

               Ertinya: 
"Dan diriwayatkan pada hadis daripada Nabi Muhammad s.a.w. bahawasanya ia bersabda: “Bahawasanya Allah Taala, apabila meredai seseorang hamba, Ia berfirman: Wahai Malakul-maut,     
  •  pergilah engkau kepada si polan,
  • maka Engkau bawakan kepadaKu dengan rohnya itu untukKu rehatkan dia, 
  • mencukupilah akan Daku daripada amalannya itu,
  •       sesungguh telah Aku datangkan ujian kepadanya maka Aku dapati ianya sebagaimana yang Aku kasihi. 
Maka turunlah Malakul-maut bersama dengan:    
  • Lima ratus (500) malaikat,      
  • bersama mereka itu dahan-dahan pokok raihan dan pangkal-pangkal pokok za’afaran, 
  •  tiap-tiap seorang daripada mereka itu memberi khabaran sukacita kepadanya dengan khabaran yang berlainan dengan khabaran tulannya.
  • Dan malaikat-malaikat itu berdiri dua barisan kerana keluarnya rohnya itu, berserta mereka itu (pokok) raihan. 
Bila saja Iblis melihat pada mereka itu, iapun:     
  • meletakkan tangan di atas kepalanya,       
  •  kemudian ia menjerit berkata.
Maka berkatalah tentera-tenteranya kepadanya:       
  • Kenapakah engkau wahai tuan penghulu kami 
  •  
  • maka katanya: “Apakah kalian tidak lihat apa yang telah diberikan kepada hamba ini daripada kemuliaan..!     
  •  Di manakah kamu kalian daripada orang ini,kata mereka: “Sesungguhnya kami telah berusaha keras dengannya maka dia itu adalah seorang yang terpelihara”.
Demikianlah ertinya.

Maka ini, menunjukkan bahawa orang mukmin yang salih seperti:
·        Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul Alaihimus-salam
·        dan orang-orang yang taat kepada Allah Taala,
sangatlah mulia ketika matinya, kerana Allah Taala hantarkan Malakul-maut, bersama dengan lima ratus (500) orang malaikat untuk memuliakan rohnya.

Selain dari itu, ada tersebut di dalam Hadis:

قَالَ البُرَاءُ بْنُ عَازِبٍ خَرَجْنَا مَعَ رَسُول اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ فِي جَنَازَةِ رَجُلٍ مِنَ الاَنْصَارِ فَجَلَسَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم عَلَى قَبْرِهِ مُنَكِّسًا رَأْسَهُ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ ثَلاَثًا ثُمَّ قَالَ اِنَّ المُؤْمِنَ اِذَا كَانَ فِي قِبَلٍ مِنَ الآخِرَةِ بَعَثَ اللهُ مَلاَئِكَةً كَأَنَّ وُجُوهَهُمْ الشَّمْس مَعَهُمْ حُنُوطَهُ وَكَفَنَهُ فَيَجْلِسُونَ مُدَّةَ بَصَرِهِ فَاِذَا خَرَجَتْ رُوحُهُ صَلَّى عَلَيهِ كُلُّ مَلَكٍ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَكُلُّ مَلَكٍ فِي السَّمَاءِ وَفُتِحَتْ اَبْوَابُ السَّمَاءِ فَلَيْسَ مِنْهَا بَابٌ إِلاَّ ُيُحِبُّ أَنْ يُدْخَلَ بِرُوحِهِ... اِلى آخِرِ الحَدِيثِ

                  Ertinya: 
"Kata Al-Buraa’ bin A’zib, kami telah keluar bersama Rasulullah saw pada jenazah seorang laki-laki dari puak Ansar. Maka Rasulullah s.a.w duduk di atas kuburnya, menundukkan kepalanya, kemudian ia berkata: 
"اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ"
(Ertinya): “Ya Allah aku minta dipelihara dengan (pertolongan) Engkau daripada azab kubur”, tiga kali, kemudian ia berkata: “Bahawa orang mukmin itu jika berada di arah akhirat: 
  •   Allah Taala hantarkan malaikat-malaikat,   
  •  seolah-olah muka-muka mereka itu (umpama) matahari,       berserta mereka perkakas bauan dan kafannya.
Maka duduklah mereka itu:      
  • sejauh pandangan matanya.
Sebaik rohnya (dibawa) keluar maka:      
  •  disalawatkan ke atasnya oleh tiap-tiap malaikat yang ada antara langit dan bumi dan tiap-tiap malaikat pada langit;   
  •      dan dibukakan segala pintu langit. 
  • Maka tidak ada satu pintu pun melaikan ia sukakan rohnya itu memasukinya..."
                 [   hinggga akhir Hadis.]
وَقَالَ اَبُو هُرَيرَة قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ  "اِنَّ المُؤْمِنَ اِذَا احْتَضَرَ أَتَــتْهُ المَلاَئِكَةُ بِحَرِيرَةٍ فِيهَا مِسْكٌ وَضَبَائِرَ الرَّيْحَانِ فَتُسَلُّ رُوحُهُ كَمَا تُسَلُّ الشَّعْرَةُ مِنَ العَجِينِ وَيُقَالُ اَيَّتُهَا النَّفْسُ المُطْمَئِنَّةُ اُخْرُجِي رَاضِيَةً وَمَرْضِيًا عَنْكِ اِلَى رَوْحِ اللهِ وَكَرَامَتِهِ فَاِذَا اُخْرِجَتْ رُوحُهُ وُضِعَتْ عَلَى ذَلِكَ المِسْكِ وَالرَّيحَانِ وَطُوِيَتْ عَلَيهَا الحَرِيرَة وَبُعِثَ بِهَا اِلَى عِلِيّيِنَ وَاِنَّ الكَافِرَ اِذَا احْتَضَرَ أَتَتْهُ المَلاَئِكَةُ بِمِسْحٍ فِيهِ جَمْرَةٌ فَتُـنْـزَعُ رُوحُهُ اِنْتِزَاعًا شَدِيدًا وَيُقَالُ: أَيَّتُهَا النَّفْسُ الخَبِيثَةُ اُخْرُجِي سَاخِطَةً وَمَسْخُوطٌ عَلَيكِ اِلَى هَوَانِ اللهِ وَعَذَابِهِ فَاِذَا اُخْرِجَتْ رُوحُهُ وُضِعَتْ عَلَى تِلْكَ الجَمْرَةِ وَاِنَّ لَهَا نَشِيشًا وَيُطْوَى عَلَيهَا المِسْحُ وَيُذْهَبُ بِهَا اِلَى سِجِّينِ".

              Ertinya :
Dan kata Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Bahawasanya orang mukmin itu, apabila hampir ajal mautnya, datanglah kepadanya malaikat-malaikat dengan membawa:      
  • kain sutera, padanya kasturi
  •  dan     dahan-dahan pokok raihan
maka ditarikkan rohnya itu, sebagaimana menarik sehelai rambut daripada tepung yang beruli, seraya dikatakan:   
  • “Wahai diri yang mutma-innah (مطمئنة) (yang bertetap dalam iman dan taat), keluarlah engkau (dengan) reda lagi diredai keatas engkau kepada tempat rahmat Allah dan (tempat) Kemuliaan-Nya.
Maka apabila rohnya itu dikeluarkan, ianya :     
  • diletakkan ke atas kasturi dan raihan dan      
  •  dilipatkan ke atasnya sutera itu dan     dibawa dengannya ke eliyeen (tempat yang tinggi).
Dan bahawasanya orang yang kafir itu apabila hampir ajal mautnya, datanglah kepadanya malaikat-malaikat dengan membawa suatu penempatan berisi bara api maka direntapkan rohnya dengan rentapan yang sangat kuat dan dikatakan: 
  •    “Wahai diri yang keji, keluarlah engkau (dengan) murka lagi dimurkai keatas engkau ke tempat yang hina yang disediakan Allah dan (di tempat) azabnya.
  • Maka apabila rohnya dikeluarkan:      
  •  ianya diletakkan ke atas bara api itu dan       
  • bahawasanya ada baginya bunyi suara mendidih    
  •  dan dilipatkan ke atasnya penempatan itu 
  • dan dibawa dengannya kepada 'Sijjin' (lembah di Neraka Jahanam)."
Dalam satu Hadis lain yang panjang , riwayat daripada Al-Buraa’ bin A’zib , Nabi Muhammad s.a.w ada menyebutkan hal orang kafir, sabdanya:

قَالَ وَأَمَّا الكَافِرُ فَإِنَّهُ اِذَا كَانَ فِي قِبَلٍ مِنَ الآخِرَةِ وَانْقِطَاع مِنَ الدُّنْيَا نَزَلَتْ اِلَيهِ مَلاَئِكَةٌ غِلاَظٌ شِدَادٌ مَعَهُمْ ثِيَابٌ مِنْ نَارٍ وَسَرَابِيلٌ مِنْ قَطِرَانٍ فَيَحْتَوِشُونَهُ فَاِذَا خَرَجَتْ نَفْسُهُ لَعَنَهُ كُلُّ مَلَكٍ بَينَ السَّمَاءِ وَالْاَرْضِ وَكُلُّ مَلَكٍ فَي السَّمَاءِ وَغُلِقَتْ اَبْوَابُ السَّمَاءِ فَلَيْسَ مِنْهَا بَابٌ إِلاَّ يَكْرَهُ أَنْ يُدَخَلَ بِرُوحِهِ .. اِلَى أَخِرِ الحَدِيثِ.

                 Ertinya
"Dan adapun orang yang kafir itu maka bahawasanya apabila berada di arah akhirat dan terputus daripada (kehidupan) dunia:
  • turunlah kepadanya malaikat-malaikat yang sangat besar dan sangat kuat,  
  • bersama mereka itu pakaian-pakaian dari api neraka 
  • dan baju-baju dari tembaga, lalu mereka itu mengelilinginya.
Maka apabila dirinya (rohhnya) keluar:    
  • ia dilaknati oleh malaikat-malaikat yang ada antara langit
  •  dan bumi dan tiap-tiap malaikat pada langit  .
  • serta ditutupkan segala pintu langit
Maka tiada satu pintu pun darinya melainkan membenci dimasukkan dengan rohnya itu…”. [hingga akhir hadis.]

Kepedihan dan kesakitan roh ketika dicabut:
Adapun Nabi Musa a.s yang ditemui Nabi Muhammad s.a.w pada langit yang ke enam pada malam Israk dan Mikraj itu adalah badannya yang dikebumikan di tempat perkuburannya, tetapi rohnya itu ditemui oleh Nabi Muhammad saw pada langit yang ke enam.

Adapun rohnya (nyawanya) yang daripada darah itu telah pun:
·        hilang lenyap selepas matinya,
kerana roh daripada darah itu hanyalah sebagai wap sahaja. Maka Roh Hammal lil-Amanah tidak dimatikan. Ia hanya berpindah tempat sahaja.
 Kesakitan ketika Roh Hammal lil-amanah itu dicabut keluar adalah :
·        dirasai juga pedihnya oleh badan zahir.
Dengarlah kesakitan dan kepedihan ketikanya diambil roh Nabi Musa a.s:

وَرُوِيَ عَنْ مُوسَى عَلَيهِ السَّلاَمُ اَنَّهُ لَمَا صَارَتْ رُوحُهُ اِلَى اللهِ تَعَالَى قَالَ لَهُ رَبُّهُ: يَا مُوسَى كَيفَ وَجَدْتَ المَوتَ، قَالَ وَجَدْتُ نَفْسِي كَالعُصْفُورِ حِينَ يُقْلَى عَلَى المُقْلَى لاَ يَمُوتُ فَيَسْتَرِيحُ وَلاَ يَنْجُو فَيَطِيرُ. وَرُوِيَ عَنْهُ اَنَّهُ قَالَ: وَجَدْتُ نَفْسِي كَشَاةٍ حَيَّةٍ تُسْلَخُ بِيَدِ القَصَّابِ.

                 Ertinya: 
Diriwayatkan daripada Musa a.s bahawasanya tatkala rohnya kembali kepada rahmat Allah Taala, Tuhannya berfirman kepadanya:
  • “Wahai Musa, bagaimanakah engkau dapati mati itu? 
  • Katanya: “Aku dapati diriku, seperti burung pipit (عُصْفُورٌ) ketika digoreng ke atas penggoreng, tidak ia mati lalu ia berehat dan tidak ia terlepas lalu ia terbang”.
Dan diriwayatkan daripadanya bahawasanya ia berkata:
  • “Aku dapati diriku seperti seekor kambing hidup, disiatkan  (dilapah)kulitnya dengan tangan tukang penyembelih”.
Demikianlah pedih dan sakitnya ketika roh Nabi Allah dicabutkan. Dan ini hanyalah yang dimaksudkan sebagai :
·        sekadar menarik sehelai rambut daripada tepung yang beruli.
Betapakah sakit dan pedihnya keadaan seumpama:
·        burung yang hidup-hidup diletakkan di atas penggoreng atau
·       seumpama kambing disiat/ditanggalkan (dilapah) kulitnya hidup-hidup.
Akan tetapi kalau dibandingkan dengan:
·        setitik daripada kesakitan mati yang sekiranya diletakkan di atas segala gunung yang ada di dunia ini, nescaya hancurlah gunung-gunung itu semuanya,
Maka kesakitan dan kepedihan yang dirasai oleh Nabi Musa a.s itu amatlah ringan, seolah-olah tiada apa-apa sakitnya, bagai sehelai rambut ditarik daripada tepung yang beruli.

Andainya ditanya bagaimanakah boleh menahan begitu kuat sakitnya yang jika satu titik pun daripada kesakitan mati itu boleh menghancurkan segala gunung di dunia?

Sebenarya, kesakitan dan kepedihan yang dirasai oleh badan zahir, sewaktu roh itu dicabutkan, hanyalah sedikit sahaja sakitnya dan pedihnya. Sekiranya kesakitan itu melebihi hadnya, ia akan mati, tetapi Roh Hammal lil-Amanah itu sangat kuat untuk menanggung kesakitan dan kepedihan. Walau kadar mana sekalipun azabnya ia tetap tidak dimatikan oleh Allah Taala.

Lihatlah kepada Roh Hammal lil-Amanah. Ketika seseorang itu tidur:
  •            badan zahirnya terletak di atas tilam di atas katil.
 Jika ia bermimpi dapat berjalan pada suatu tempat yang luas, terdapatnya pokok-pokok, sungai-sungai, rumah-rumah yang cantik, dimuliakan oleh orang ramai, kemudiannya disuruh memberi syarahan; alangkah sukanya ia dalam tidurnya itu hingga tidak mahu terjaga.

Sekiranya ia bermimpi,berjalan pada suatu tempat yang merbahaya kerana adanya ular-ular bisa, datangnya pula orang-orang yang bengis-bengis hendak memukulnya maka ia berasa takut dan cuba hendak lari serta menjerit minta pertolongan.

Demikianlah hal yang berlaku dalam mimpinya itu dan ini menunjukkan badannya yang terletak di atas tilam itu ialah:
·        badan zahir 
yang terasing dari badan yang sedang berjalan pada tempat yang luas yang dijumpainya dalam mimpinya itu tadi.
Untuk memudahkan fahaman kita maka badan batin ini bolehlah disebutkan di sini:
·        sebagai badan batin manusia.
Badan batin inilah yang dinamakan Roh Hammal lil-Amanah yang:

i)  menyimpan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari sewaktu di dalam dunia ini,
ii)   tidak dimatikan sejak diadakan oleh Allah Taala dan
iii) badan ini jugalah yang dicabut keluar oleh malakul-maut daripada badan zahirnya.

Bagi memudahkan lagi pemahaman kita bahawa badan inilah yang menyimpan segala ilmu maka sebagai contoh:

Lihatlah apabila seorang yang berilmu itu bermimpi dapat menemui orang ramai dan berupaya menjawab segala soalan yang diacukan kepadanya.

Ini menunjukkan bahawa:
·        badan inilah yang menyimpan segala ilmu,
·        bukan otaknya atau
·        jantung hatinya yang berbuku itu.
Maka mengetahuilah kita bahawa badan atau Roh Hammal lil-Amanah ini bukanlah suatu perkara yang ringan.

Walaubagaimanapun, amatlah penting difahami terlebih dahulu bahawa Iblis Laknatullah alaihi sewaktu ditemui oleh Nabi Nuh a.s ketika ia menaiki bahtera, ia adalah seorang tua yang tidak dikenali oleh Nabi Nuh a.s, siapakah si tua itu, tetapi apabila ditanya dan ia menjawab pertanyaan itu, baharulah Nabi Nuh a.s mengetahui bahawasanya dia itu ialah Iblis laknatullah alaihi.

Apa yang dimaksudkan di sini ialah tentang Iblis, seorang tua seperti manusia, namun begitu, ia boleh:
·        memasuki badan manusia bagai berjalannya darah,
·        rohnya pada hati manusia dan
·        matanya pada mata manusia.
Sekuat manakah  sakitnya ketika mati? 
Dengarlah kadar kuatnya yang mengenai kedua badan zahirnya dan badan batinnya.

وَعَنِ الحَسَنِ اَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ ذّكَرَ المَوتَ وَغُصَّتَهُ فَقَالَ :
هُوَ قَدْرُ ثَلَثَمِائِةِ ضَرْبَةٍ بِالسَّيفِ .

              Ertinya: 
Daripada Al-Hasan, “Bahawasanya Rasulullah s.a.w menyebutkan mati dan kecekikannya (kepedihannya). Maka sabdanya: “Ia adalah kadar tiga ratus kali dipancung dengan pedang”.
وَقَالَ شَدَّادُ بْنُ أَوْسٍ: المَوْتُ اَفْظَعُ هَوْلٍ فِي الدُّنْيَا وَالاَخِرَةِ عَلَى المُؤْمِنِ وَهُوَ أَشَدُّ مِنْ نَشْرٍ بِالمَنَاشِيرِ وَقَرْضٍ بِالمَقَارِيضِ وَغَلْيٍ فِي القُدورِ، وَلَوْ اَنَّ المَيِّتَ نُشِرَ فَأَخْبَرَ أَهْلَ الدُّنْيَا بِالمَوتِ مَا انْتَفَعُوا بِعَيْشٍ وَلاَ لَذُّوا بِنَوْمٍ .

               Ertinya: 
"Kata Shaddad bin Aus (riwayat daripadanya) mati itu ialah  suatu:      
  • huru-hara yang paling dahsyat dalam dunia dan akhirat ke atas orang mukmin,
  • dan    ia lebih kuat daripada digergaji dengan gergaji-gergaji dan    (lebih kuat daripada) digunting dengan gunting-gunting
  •  dan     (lebih kuat daripada) dididih dalam periuk-periuk.
dan sekiranya si mati itu digergaji, lalu ia menceritakan kepada ahli dunia dengan kesakitan mati itu nescaya tidaklah mereka itu berasa guna lagi untuk hidup di dunia dan tidak lagi berasa sedap tidur."
Demikianlah ertinya.

Bagi orang-orang mukmin salih seperti Nabi-Nabi dan lain-lain seumpama mereka itu, mereka hanyalah mengenai kesakitan huru-hara pada waktu mati sahaja.
Selepas itu, mereka tidak mengenai apa-apa kesusahan dan huru-hara jua pun.

Maka inilah sebabnya orang mukmin salih itu mengalami kesakitan ketika mati itu sedahsyat-dahasyat huru-hara dalam dunia dan akhirat, tetapi bukanlah maknanya huru-hara akhirat itu lebih ringan, cuma hanyalah bagi orang mukmin salih sahaja yang tidak mengenai huru-hara.

وَرُوِيَ عَنِ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ "اَنَّهُ كَانَ عِنْدَهُ قَدْحٌ مِنْ مَاءٍ عِنْدَ المَوتِ فَجَعَلَ يُدْخِلُ يَدَهُ فِي المَاءِ ثُمَّ يَمْسَحُ بِهَا وَجْهَهُ وَيَقُولُ: اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيَّ سَكَرَاتِ المَوْتِ وَفَاطِمَةُ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا تَقُولُ وَاكَرْبَاهْ لِكَرْبِكَ يَا أَبَتَاه وَهُوَ يَقُولُ: لاَ كَرْبَ عَلَى اَبِيكَ بَعْدَ اليَوْمِ.

                  Ertinya: 
Dan diriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w bahawa pada sisinya ada satu mangkuk berisi air ketika wafatnya, lalu ia memasukkan tangannya ke dalam air itu, kemudian ia menyapukan dengannya mukanya dan ia berkata: اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيَّ سَكَرَاتِ المَوتِ “Ya Allah, engkau ringankanlah ke atas ku kesakitan sakaratul-maut”, dan berkatalah Fatimah r.a: “Wahai susahnya kerana kesusahan engkau, wahai bapaku”. Dan ia bersabda: “Tiada kesusahan ke atas bapa engkau kemudian daripada hari ini”.
وَرُوِيَ اَنَّ  اِبْرَاهِيمَ عَلَيهِ السَّلاَمُ لَمَّا مَاتَ قَالَ اللهُ تَعَالَى لَهُ كَيفَ وَجَدْتَ المَوتَ يَا خَلِيلِي قَالَ كَسَفُودٍ جُعِلَ فِي صُوفٍ رَطِبٍ ثُمَّ جُذِبَ فًقَالَ أَمَّا إِنَّا قَدْ هَوَّنَا عَلَيكَ".
            Ertinya: 
Dan diriwayatkan bahawasanya Ibrahim a.s tatkala wafat, Allah Taala telah berfirman kepadanya: 
  •   “Betapakah engkau dapati mati itu wahai kekasihKu”.
Katanya:    
  • Seperti sepotong besi hangat, diletakkan pada bulu yang basah, kemudian ditarik.
Maka Firman-Nya:     
  •  “Adakah tidak bahawasanya Kami telah meringankan ke atas engkau.".
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : " تُقْبَلُ تَوبَةُ العَبْدِ مَالَمْ يُغَرْغِرْ". وَقاَل مُجَاهِد فِي قَولِهِ تَعَالَى "وَلَيسَتِ التَّوبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيئَاتِ حَتَّى اِذَا حَضَرَ اَحَدَهُمُ المَوتُ قَالَ اِنِّي تُبْتُ الآنَ ..." الآية. قَالَ اِذَا عَايَنَ الرُّسُلُ فَعِنْدَ ذَلِكَ تَبْدُو لَهُ صَفْحَةُ وَجْهِ مَلَكِ المَوتِ فَلاَ تَسْأَلْ عَنْ طَعْمِ مَرَارَةِ المَوتِ وَكَرْبِهِ عِنْدَ تَرَادُفِ سَكَرَاتِهِ وَلِذَلِكَ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: "اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَى مُحَمَّدٍ سَكَرَاتِ المَوتِ". وَالنَّاسُ اِنَّمَا لاَ  يَسْتَعِيذُونَ مِنْهُ وَلاَ يَسْتَعْـظِمُونَهُ لِجَهْلِهِمْ بِهِ فًاِنَّ الاَشْيَاءَ قَبْلَ وُقُوعِهَا اِنَّمَا تُدْرَكُ بِنُورِ النُّبُوَّةِ وَالوَلاَيَةِ وَلِذَلِكَ عَظُمَ خَوْفُ الْاَنْبِيَاءِ عَلَيهِمُ السَّلاَمُ وَالْاَولِيَاءِ مِنَ المَوتِ حَتَّى قَالَ عِيسَى عَلَيهِ السَّلاَم يَا مَعْشَرَ الحَوَارِيِّينَ اُدْعُوا اللهَ تَعَالَى اَنْ يُهَوِّنَ عَلَيَّ هَذِهِ السَّكْرَةَ يَعْـنِى المَوْتَ فَقَدْ خِفْتُ المَوتَ مَخَافَةً اَوقَفَنِي خَوْفِي مِنَ المَوتِ عَلَى المَوتِ .

          Ertinya: 
Sabda Rasulullah s.a.w: “Diterima taubat hamba itu selama belum lagi ia dalam ghargharah”. (Yakni sebelum rohnya tiba ke halkum).
Dan kata Mujahid pada makna firman Allah Taala:

"وَلَيسَتِ التَّوبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيئَاتِ حَتَّى اِذَا حَضَرَ اَحَدَهُمُ المَوتُ قَالَ اِنِّي تُبْتُ الآنَ ...".

              Ertinya: 
“Dan bukanlah taubat itu bagi orang-orang yang mengerjakan segala kejahatan sehingga apabila salah seorang mereka itu sampai ajal mati, ia pun berkata bahawasanya aku telah bertaubat sekarang ini”. Katanya: Apabila ia melihat malaikat-malaikat (yang dihantar) maka pada ketika itu (barulah) kelihatan muka Malakul-maut maka janganlah engkau tanya tentang pedihnya rasa kematian dan susahnya pada ketika menemui sakaratul-maut dan kerana sedemikian itulah Rasulullah s.a.w berdoa, katanya:
اللهم هون علي محمد سكرات الموت
                     Ertinya: 
“Ya Allah, Engkau ringankanlah ke atas Muhammad sakaratul-maut (kesakitan ketika mati).”

Kejahilan terhadap perkara sakaratul-maut menyebabkan manusia tidak minta perlindungan daripadanya dan tidak pula melihatnya sebagai sesuatu yang amat dahsyat.

Maka sebelum berlakunya segala perkara itu akan hanya diketahui dengan ilmu kenabian dan kewalian yang dikurniakan oleh Allah.

Oleh kerana itu, para Nabi Alaihimussalam dan para wali Allah tidak memperkecilkan kesakitan mati itu hingga berkata Nabi Isa a.s yang bermaksud:
  •     “Wahai kalian sahabat, berdoalah olehmu kalian kepada Allah Taala bahawa Ia meringankan ke atasku ini kesakitan mati.
  •   Maka sesungguhnya aku takut kepada mati sehabis takutnya, 
  •   Sehinggakan) ketakutanku itu hampir-hampir membawa kepada mati."
Demikianlah kadar takutnya Nabi Isa a.s kepada kesakitan dan kepedihan sakit ketika mati.

Berikut adalah sejauh manakah sakitnya ketika mati:
وَرُوِيَ عَنْ مَكْحُولٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اَنَّهُ قَالَ: " لَوْ أَنَّ شَعْرَةً مِنْ شَعْرِ المَيِّتِ وُضِعَتْ عَلَى اَهْلِ السَّمَوَاتِ وَالاَرْضِ لَمَاتُوا بِإِذِنِ اللهِ تَعَالَى لِأَنَّ فِي كُلِّ شَعْرَةٍ المَوْتُ وَلاَ يَقَعُ المَوْتُ بِشَيءٍ إِلاَّ مَاتَ". وَيُرْوَى " لَوْ اَنَّ قَطْرَةً مِنْ أَلَمِ المَوتِ وُضِعَتْ عَلَى جِبَالِ الدُّنْيَا كُلِّهَا لَذَابَتْ".
               Ertinya: 
Diriwayatkan daripada Mak-hul bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:
“Sekiranya sehelai rambut daripada rambut simati itu diletakkan keatas ahli penduduk segala lapisan langit dan bumi, nescaya matilah mereka itu dengan izin Allah Taala kerana pada setiap rambut itu adalah maut dan maut itu tidak terkena pada sesuatu melainkan ia mati."
Dan diriwayatkan:
  •       “Bahawa sekiranya satu titik daripada kepedihan sakit mati itu diletakkan keatas segala gunung di dunia, nescaya cairlah semuanya”.
Demikianlah kadar sakitnya ketika mati.
وَعَنْ زَيْدٍ بْنِ أَسْلَم عَنْ اَبِيهِ قَالَ إِذَا بَقِيَ عَلَى المُؤْمِنِ مِنْ دَرَجَاتِهِ شَيءٌ لَمْ يَبْلُغْهَا بِعَمَلِهِ شُّدِدَ عَلَيهِ المَوتُ لِيَبْلُغَ بِسَكَرَاتِ المَوتِ وَكَرْبِهِ دَرَجَتَهُ فِي الجَنَّةِ وَاِذَا كَانَ لِلْكَافِرِ مَعْرُوفٌ لَمْ يُجْزَ بِهِ هُوِّنَ عَلَيهِ فِي المَوتِ لِيَسْتَكْمِلَ ثَوَابَ مَعْرُوفِهِ فَيَصِيرُ اِلَى النَّارِ".
                     Ertinya: 
"Dan diriwayatkan daripada Zaid bin Aslam daripada bapanya, katanya:

Apabila tertinggal ke atas orang mukmin itu daripada pangkat-pangkat darjatnya sesuatu yang tidak tercapai dengan amalannya: 
i)   nescaya diperkuatkan ke atasnya kesakitan mati itu,
ii)  supaya ia dapat mencapai dengan (sebab) sakaratul-maut dan kesusahannya itu darjatnya di dalam syurga.
Dan apabila ada bagi orang kafir itu kebaikan yang belum dibalas dengannya, 
i)  nescaya diringankan keatasnya kesakitan mati itu untuk: 
ii)  disempurnakan pahala kebaikannya, lalu ia (selepas itu) dimasukkan ke api neraka." 
[Tanbih
Jangan ingat seseorang yang sesat pada agama, apabila diringankan kesakitan semasa matinya itu bahawa itu adalah petanda baik kerana mudah dan senang.

Dalam bab ini, perlu difahami iaitu jika seseorang kafir itu ada kebaikannya yang belum lagi dibalas di dalam dunia ini maka Allah Taala balasi (kebaikannya) pada ketika matinya dengan diringankan keatasnya kesakitan waktu matinya, sebelum dibawa ke api neraka.]
 وَقالَ عُمَرُ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ لِكَعَب الاَخْبَار يَا كَعَب حَدِّثْنَا عَنِ المَوتِ فَقَالَ نَعَمْ يَا أَمِيرَ المُؤْمِنِينَ "اِنَّ المَوتَ كَغُصْنٍ كَثِيرِ الشَّوكِ اُدْخِلَ فِي جَوفِ رَجُلٍ وَاَخَذَتْ كُلُّ شَوْكَةٍ بِعِرْقٍ ثُمَّ جَذَبَهُ رَجُلٌ شَدِيدُ الجَذْبِ فَأَخَذَ مَا أَخَذَ وَأَبْقَى مَا أَبْقَى."
                Ertinya: "Kata Umar r.a. kepada Kaab Al-Akhbar: “Wahai Kaab, khabarkanlah kepada kami mengenai mati maka katanya: “Bahkan, wahai Amirul-mukminin, bahawa mati itu ialah:
  •      Seperti satu dahan yang banyak duri,
  •        dimasukkan pada rongga seseorang lelaki dan
  •    tiap-tiap satu duri itu mengambil dengan satu urat,
  •   kemudian dicabutkan oleh seorang lelaki dengan sentapan yang amat kuat maka ia mengambil barang apa yang ia ambil dan meninggalkan barang apa yang tertinggal”.

Sebesar manakah Malakul-maut itu?

Adapun malakul-maut, jika hendak mengetahuinya sekadar mana besarnya dan kuatnya, maka hendaklah kita terangkan kadar besar badan Jibril a.s terlebih dahulu dan kadar besar Israfil a.s. Kerana besarnya Jibril a.s apabila ia zahir atas rupa asalnya, ianya memenuhi segala pihak (ruang) langit, tidak berupaya Nabi Muhammad s.a.w itu melihatnya lalu ia pengsan tatkala melihat Jibril a.s atas rupa asalnya itu.
Maka yang mengangkatkan bumi kaum Lut a.s ke atas dan yang membalikannya ke bawah itu ialah Jibril a.s.

Maka ini, menunjukkan betapa besarnya Jibril a.s dan betapa kuatnya pula, namun begitu maka yang mengambil rohnya daripada badan Jibril a.s ialah malakul-maut.

Maka Israfil a.s adalah:
·  lebih besar dari Jibril a.s kerana 'Arasy itu adalah di atas bahunya, sementara kakinya menebusi bumi yang di bawah
·        dan dialah yang meniupkan sangkakala.
Maka besar pangkal peniupan itu sahaja pun pada bulatannya adalah seperti:
·        besar tujuh lapisan langit dan bumi.
·        Dia telah pun meletakkan mulutnya kepada peniup itu dan hanya menunggu bilakah disuruh untuk meniupkannya.

Walaupun begitu besarnya Israfil a.s tetapi yang mengambil rohnya itu juga ialah Malakul-maut.

Namun, orang-orang jahil, puak-puak agama sesat dan orang-orang munafiqin tidak dapat memahami hal yang sebesar ini.

Disebabkan kejahilan, mereka mengejek-ejek perkara Malakul-maut dan menghinanya. Perbuatan menghina Malakul-maut itu hendaklah dibangkang.

Di bawah ini, diberikan sedikit penerangan mengenai Malaku-maut.

قَالَ أَشْعَثُ بْنُ أَسْلَم سَأَلَ اِبْرَاهِيمَ عَلَيهِ السَّلاَمُ مَلَكَ المَوتِ يَا مَلَكَ المَوتِ مَا تَصْنَعُ اِذَا كَانَ نَفْسٌ  بِالمَشْرِقِ وَنَفْسٌ بِالمَغْرِبِ وَوَقَعَ الوَبَاءُ بِأَرْضٍ وَالتَقَى الزَّحْفَانُ كَيْفَ تَصْنَعُ؟ قَالَ: اَدْعُو الاَرْوَاحَ بِإِذْنِ اللهِ فَتَكُونُ بَينَ إصْبَعَيْ هَاتَينِ وَقَالَ قَدْ دُحِيَتْ لَهُ الْاَرْضُ فتركت مِثْلَ الطَّسْت بَيْنَ يَدَيْهِ يَتَنَاوَلُ مِنْهُمَا مَا يَشَاءُ قَالَ وَهُوَ يُبَشِّرُهُ بِأَنَّهُ خَلِيلُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

                    Ertinya: 
Kata Asy-ath bin Aslam: Nabi Ibrahim a.s telah menanya Malakul-maut, katanya:       
  • “Wahai Malakul-maut, apakah engkau perbuat apabila ada seorang di masyrik dan seorang di maghrib dan berlaku penyakit TA’UN pada satu bumi dan bertemu dua puak tentera berperang; bagaimanakah engkau buat? 
  • Katanya: Aku serukan segala roh itu dengan izin Allah maka (roh-roh itu) beradalah di antara kedua anak jariku ini.
  •  Dan katanya: Dibentangkan baginya bumi maka tinggallah ia seperti talam kecil di hadapannya, ia mengambil daripadanya apa yang ia kehendaki. 
  • Katanya: Dan dia menyampaikan berita gembira bahawa ia (Ibrahim) adalah kekasih Allah Azza Wajalla."
Dari penerangan ini, fahamlah kita bahawa Malakul-maut itu sangatlah besar.

Sungguhpun Jibril a.s dan Israfil a.s begitu besar tetapi Malakul-maut juga yang mengambil roh-roh kedua mereka. Maka nyatalah dustanya jika kita mendengar puak-puak yang memperkecil-kecilkan perkara Malakul-maut itu.

Oleh itu, jika seseorang ahli maksiat atau seseorang ahli iktiqad sesat pada agama itu mati, bagaimanakah kadar dahsyat hal-halnya ketika memandang muka Malakul-maut itu?

Di bawah ini, diterangkan perkara ini dan amatlah mustahaknya diterangkan kepada anak-anak dan ahli rumah supaya mereka mengetahuinya.

فَقَدْ رُوِىَ عَنْ اِبْرَاهِيمَ الخَلِيل عَلَيهِ السَّلاَمُ  اَنَّهُ قَالَ لِمَلَكِ المَوتِ هَلْ تَسْتَطِيعُ اَنْ تُرِيَنِي صُورَتَكَ الَّتِي تَقْبِضُ عَلَيهَا رُوحَ الفَاجِرِ؟ قَالَ لاَ تُطِيقُ ذَلِكَ قَالَ بَلَى. قَالَ اِعْرِضْ عَنِّي فَأَعْرَضَ عَنْهُ ثُمَّ الْتَفَتَ فَاِذَا هُوَ بِرَجُلٍ أَسْوَدٍ قَائِمِ الشَّعْرِ مُنْتِنِ الرِّيحِ أَسْوَدِ الثِّيَابِ يَخْرُجُ مِنْ فِيهِ وَمَنَاخِيرِهِ لَهِيبُ النَّارِ وَالدُّخَانُ فَغَشِيَ عَلَى اِبْرَاهِيمَ عَلَيهِ السَّلاَمُ ثُمَّ اَفَاقَ وَقَدْ عَادَ مَلَكُ المَوتِ اِلَى صُورَتِهِ الْاُولَى فَقَالَ يَا مَلَكَ المَوتِ لَوْ لَمْ يَلْقَ الفَاجِرُ عِنْدَ المَوتِ إِلاَّ صُورَةَ وَجْهِكَ لَكَانَ حَسْبَهُ".

               Ertinya: 
Diriwayatkan daripada Ibrahim Al-Khahlil a.s bahawasanya ia berkata kepada Malakul-maut:
  •      “Bolehkah engkau tunjukkan kepadaku rupa engkau ketika engkau mengambil roh orang ahli maksiat?
  •        Katanya: Tak terdaya engkau (melihat) akan yang demikian itu. 
  •        Kataya: Bahkan.
  •   Katanya: Berpaling engkau dariku maka iapun berpaling, kemudian ia menoleh maka tiba-tiba ia dengan:  
  •   seorang lelaki yang hitam,    
  •    (dengan) rambutnya yang berdiri,      
  • berbau busuk,     
  •   berpakaian hitam,   
  •   keluar daripada mulut dan lubang hidungnya nyalaan api dan asap, 
  lalu Nabi Ibrahim a.s pengsan. Kemudian ia sedar dan Malakul-maut telah pun kembali balik kepada rupanya yang mula-mula itu.
Maka katanya: Wahai Malakul-maut jikalaulah orang yang ahli maksiat itu tidak menemui pada ketika matinya, melainkan rupa muka engkau nescaya itu adalah mencukupinya (memadainya), (yakni dengan itu sahaja pun sudah mencukupi dahsyat dan menyeksakannya)."
فَهَذِهِ دَاهِيَةٌ تَلْقَاهَا العُصَاةُ وَيَكْفَاهَا المُطِيعُونَ. فَقَدْ حكى الْاَنْبِيَاءُ مُجَرَّد سَكْرَةِ المَوْتِ دُونَ الرَّوْعَةِ الَّتِي يُدْرِكُهَا مَنْ يُشَاهِدُ صُورَةَ مَلَكِ المَوتِ  كَذَلِكَ وَلَوْ رَآهَا فِي مَنَامِهِ لَيْلَةً لَتَنَغَّصَ عَلَيهِ بَقِيَّةُ عُمْرِهِ فَكَيفَ بِرُؤْيَتِهِ فِي مِثْلِ تِلْكَ الحَالِ.

                                   Ertinya: 
"Maka ini adalah suatu  
  • perkara dahsyat yang diterima oleh ahli maksiat dan tidak dialami oleh orang-orng ahli taat.       
  • Maka apa yang dikhabarkan tentang hal Nabi-nabi itu ialah semata-mata kesakitan pada ketika mati sahaja, 
  • bukannya ketakutan yang dialami oleh sesiapa yang melihat rupa Malakul-maut. 
  • Begitu juga seandainya ia melihatnya pada tidurnya (mimpinya) buat satu malam sahaja, nescaya rosaklah ke atasnya (kesedapan hidup di dunia) sepanjang baki umurnya. 
  • Maka bagaimanakah dengan melihatnya (Malakul-maut) seperti itu halnya."

[Tanbih:
Bagi orang ahli maksiat:
i)   yang sedang menanggung kesakitan ketika mati yang jika di letakkan ke atas segala gunung di dunia ini nescaya hancurlah gunung-gunung itu:
ii)  akan juga merasakan ketakutan yang amat sangat tatkala melihat rupa muka malakul-maut, sehingga Nabi Allah yang diberi melihat tidak terdaya melihatnya, lalu ia pengsan.]

Oleh itu maka bagi orang ahli maksiat dan puak agama sesat pada ketika rohnya dicabutkan akan mengalami dua hal iaitu:
        TAKUT dan
       SAKIT
 Bagi orang mukmin yang salih, mereka melihat rupa muka Malakul-maut itu dalam keadaan rupanya yang cantik sebagaimana disebutkan di bawah ini:

وَاَمَّا المُطِيعُ فَاِنَّهُ يَرَاهُ فِي اَحْسَنِ صُورَةٍ وَأَجْمَلُهَا فَقَد رَوَى عَكْرَمَة عَنْ ابْنِ عَبّاس اَنَّ اِبْرَاهِيمَ عَلَيهِ السَّلامُ كَانَ رَجُلاً غَيُّورًا وَكَانَ لَهُ بَيتٌ يَتَعَبَّدُ فِيهِ فَاِذَا خَرَجَ اَغْلَقَهُ فَرَجَعَ ذَاتَ يَومٍ فَاِذَا بِرَجُلٍ فِي جَوفِ البَيتِ فَقَالَ مَنْ أَدْخَلَكَ دَارِي فَقَالَ اَدْخَلْنِيهَا رَبُّهَا فَقَالَ اَنَا رَبُّهَا فَقَالَ اَدْخَلْنِيهَا مَنْ هُوَ أَمْلَكُ بِهَا مِنِّي وَمِنْكَ فَقَالَ مَنْ اَنْتَ مِنَ المَلاَئِكَةِ قَالَ اَنَا مَلَكُ المَوْتِ قَالَ: "هَلْ تَسْتَطِيعُ اَنْ تُرِيَنِي الصُّورَةَ الَّتِي تَقْبِضُ فِيهَا رُوحَ المُؤْمِنِ؟ قَالَ نَعَمْ فَاعْرِضْ عَنِّي فَاَعْرَضَ ثُمَّ الْتَفَتَ فَاِذَا هُوَ شَابٌ فَذَكَرَ مِنْ حُسْنِ وَجْهِهِ وَحُسْنِ ثِيَابِهِ وَطِيبِ رِيحِهِ فَقَالَ يَا مَلَكَ المَوتِ لَوْ لَمْ يَلْقِ المُؤْمِنُ عِنْدَ المَوتِ اِلاَّ صوُرَتَكَ كَانَ حَسْبَهُ".

                    Ertinya: 
"Adapun orang yang taat maka bahawasanya ia (akan) melihatnya (malakul-maut) itu pada seelok-elok rupa.

Diriwayatkan oleh Akramah daripada Ibnu Abbas bahawasanya Ibrahim a.s adalah seorang lelaki yang sangat cemburu dan ada baginya rumah, tempat dia beribadat di dalamnya. Maka apabila ia keluar ia menguncinya. Maka (apabila) ia balik pada suatu hari, tiba-tiba dia (terserempak) dengan seorang lelaki di dalam rumah maka katanya: Siapakah yang memasukkan engkau ke dalam rumahku maka katanya: Yang memasukkan daku ke dalamnya ialah tuannya maka katanya: Akulah tuannya maka katanya: Yang memasukkan daku ke dalamnya ialah Yang Ia lebih memilikinya dari aku dan (dari) engkau maka katanya: Siapakah engkau dari malaikat? Katanya: Aku adalah Malakul-maut.
Katanya: Apakah boleh engkau perlihatkan kepadaku rupa yang engkau mengambil roh orang mukmin? Katanya: Bahkan. Maka berpalinglah engkau dariku maka iapun berpaling, kemudian ia menoleh maka tiba-tiba ia seorang muda belia. Maka ia menyebutkan dari keelokan rupa mukanya dan keelokan pakaiannya dan keharuman baunya maka katanya: Wahai malakul-maut jikalau seorang mukmin itu tidak menemui ketika mati itu melainkan rupa engkau nescaya itu adalah memdainya." 
Demikianlah ertinya.
Apa yang dimaksudkan “orang mukmin” di sini ialah orang mukmin yang salih termasuklah para Nabi dan Rasul alaihumusalam, ulamak dan orang-orang ahli taat.

Mereka itu hanya mengenai (mengalami) kepedihan kesakitan pada waktu cabutan roh itu sahaja.

Walaupun kesakitan dan kepedihan itu seperti tiga ratus kali pancung dengan pedang dan digergaji dengan beberapa kali gergaji dan lain-lain seumpamanya, tetapi orang-orang mukmin yang salih, mereka itu dikurniakan oleh Allah Taala beberapa banyak perkara yang melipurkan hati iaitu:

1  Sebagaimana tersebut dalam hadis yang panjang ini:

اَنَّهُ قَالَ : اِنَّ اللهَ اِذَا رَضِيَ عَنْ عَبْدِهِ قَالَ يَا مَلَكَ المَوتِ اِذْهَبْ اِلَى فُلاَنٍ فَآتِنِي بِرُوحِهِ حَسْبِي مِنْ عَمَلِهِ قَدْ بَلَوْتُهُ فَوَجَدْتُهُ حَيْثُ أُحِبُّ فَيَنْزِلُ مَلَكٌ وَمَعَهُ خَمْسَمِائَةٍ مِنَ المَلاَئِكَةِ. 
     [hingga akhir hadis.]

Ketika melihat rupa Malakul-maut yang sangat menyukakan hatinya, kerana terlalu elok dan cantiknya. Apabila Allah Taala hantarkan kepada orang mukmin itu malaikat-malaikat yang muka-muka mereka itu seperti matahari, sepanjang penglihatan mata, bersama mereka itu kain kafannya dan bau-bauannya. Maka ini amat mengembirakan hatinya bila ia melihat sehingga sekadar itulah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Taala kepadanya.


2. Bila Allah Taala hantarkan malaikat-malaikat dengan membawa kain sutera yang ada padanya kasturi untuk diletakkan rohnya itu ke atasnya selepas dikeluarkan daripada badan zahirnya, sebagaimana yang tersebut pada hadis. Maka ini amat mengembirakan hatinya. 
3. Dibukakan hijab untuknya melihat tempatnya di syurga maka terlipurlah hatinya, melihat kedudukannya dalam syurga, malahan akan cair lemak seseorang itu jikalau diberi lihat (syurga) Firdaus di sana kerana terlalu ingin hendak memasukinya.
وَقَدْ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : "لَنْ يَخْرُجَ أَحَدُكُمْ مِنَ الدُّنْيَا حَتَّى يَعْلَمَ أَينَ مَصِيرُهُ وَحَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الجَنَّةِ اَوِ النَّارِ".
            Ertinya: 
"Dan sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Tidak sekali-kali seseorang kamu keluar daripada dunia sehinggalah ia mengetahui di mana tempat kembalinya dan hingga ia melihat tempat duduknya di syurga atau neraka”.
وَقَالَ عَلِيٌّ بْنُ اِبِي طَالِب شَبِعَ يَحْيَى بْنُ زَكَرِيَا عَلَيهِمَا السَّلاَم مِنْ خُبْزِ شَعِيرٍ فًنَامَ عَنْ وِرْدِهِ حَتَّى اَصْبَحَ فَأَوْحَى اللهُ تَعَالَى اِلَيهِ يَا يَحْيَى اَوَجَدْتَ دَارًا خَيرًا لَكَ مِنْ دَارِي أَمْ وَجَدْتَ جِوَارًا خَيرًا لَكَ مِنْ جِوَارِي فَوَعِزَّتِي وَجَلاَلِي يَا يَحْيَى لَوِ اطَّلَعْتَ اِلَى الفِرْدَوسِ اِطِّلاَعَةً لَذَابَ شَحْمُكَ وَلَزَهَقَتْ نَفْسُكَ اِشْتِيَاقًا وَلَوِ اطَّلَعْتَ اِلَى جَهَنَّمَ اِطِّلاَعَةً لَذَابَ شَحْمُكَ وَلَبَكَيتَ الصَّدِيدَ بَعْدَ الدُّمُوعِ وَلَبِسْتَ الجِلْدَ بَعْدَ المُسُوحِ".

                    Ertinya: 
"Dan kata Ali bin Abi Talib telah kenyang Nabi Yahya bin Zakaria Alaihimassalam daripada roti gandum, lalu ia tertidur daripada wiridnya hingga pagi. Maka Allah Taala wahyukan kepadanya:
  •    “Wahai Yahya, adakah engkau telah dapat negeri, lebih baik bagi engkau dari negeriKu, atau:
  •    engkau dapat jiran, lebih baik bagi engkau dari berjiran denganKu.
Maka demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, wahai Yahya jikalau engkau lihat kepada (syurga) Firdaus sepenglihatan:
  •    nescaya cair lemak engkau
  •    dan keluar roh engkau kerana keinginan (untuk memasukinya) 
Dan jikalau engkau lihat kepada neraka jahanam sepenglihatan:
  •    nescaya cair lemak engkau dan
  •   engkau menangiskan darah bercampur nanah, selepas dari air-air mata dan
  •    engkau memakai kulit, selepas dari kain kasar."
Demikianlah ertinya iaitu orang mukmin diperlihatkan tempat duduknya di dalam syurga, selepas dibukakan hijab. Betapalah kadar sukacitanya.

Sungguhpun rasa kesakitan roh ketika ia dicabut seperti tiga ratus kali pancung dengan pedang, tetapi ketika itulah juga ia diberi lihat tempatnya di dalam syurga hingga tak sabar lagi dia hendak memasuki ke dalamnya.
4. Dalam masa kesakitan roh dicabut, bukan sekadar diberi lihat keelokan rupa malakul-maut dan diberi lihat kedudukannya di dalam syurga, tetapi :
diberi lihat juga cahaya ibadat:
o   sembahyang,
o   puasa,
o   zakat,
o   haji
o   dan ibadat menuntut ilmu Islam,
o   ibadat membaca al-Quran,
o   bertasbih,
o   ibadah mencari nafkah yang halal dan lain-lain seumpamanya.

Maka sangatlah eloknya cahaya ibadat itu kerana segala ibadat yang dikerjakan itu telah ada disebutkan di dalam hadis seperti di bawah ini:

وَقَدْ وَرَدَ فِي الخَبَرِ "اَنَهُ يُنْشَرُ لِلْعَبْدِ بِكُلِّ يَومٍ وَلَيلَةٍ اَرْبَعُ وَعِشْرُونَ خَزَانَةً مَصْفُوفَةً فَيُفْتَحُ لَهُ مِنْهَا خَزَانَةٌ فَيَرَاهَا مَمْلُوءَةً نُورًا مِنْ حَسَنَاتِهِ الَّتِي عَمِلَهَا فِي تِلْكَ السَّاعَةِ  فَيَنَالُهُ مِنَ الفَرَحِ وَالسُّرُورِ وَالْاِسْتِبْشَارِ بِمُشَاهَدَةِ تِلْكَ الاَنْوَارِ الَّتِي هِيَ وَسِيلَتُهُ عِنْدَ المَلِكِ الجَبَّارِ مَا لَوْ وُزِّعَ عَلَى اَهْلِ النَّارِ لَأَدْهَشَهُمْ ذَلِكَ الفَرَحُ عِنْدَ الاِحْسِاسِ بِأَلَمِ النَّارِ وَيُفْتَحُ لَهُ خَزَانَةٌ أُخْرَى سَوْدَاءٌ مُظْلِمَةٌ يَفُوحُ نَتْنُهَا وَيَغْشَاهُ ظُلاَمُهَا وَهِيَ السَّاعَةُ الَّتِى عَصَى اللهَ فِيهَا فَيَنَالُهُ مِنَ الهَولِ وَالفَزَعِ مَا لَوْ قُسِّمَ عَلَى اَهْلِ الجَنَّةِ لَتَنَغَصَّ عَلَيهِمْ نَعِيمُهَا وَيُفْتَحُ لَهُ  خَزَانَةٌ اُخْرَى فَارِغَةٌ لَيسَ لَهُ فَيهَا مَا يَسُرُّهُ وَلاَ مَا يَسُوءُهُ وَهِيَ السَّاعَةُ الَّتِي نَامَ فِيهَا اَو غَفَلَ اَوْ اشْتَغَلَ بِشَئٍ مِنْ مُبَاحَاتِ الدُّنْيَا فَيَتَحَسَّرُ عَلَى خُلُوِّهَا وَيَنَالُهُ مِنْ غُبْنِ ذَلِكَ مَا يَنَالُ القَادِرُ عَلَى الرِّبْحِ الكَثِيرِ وَالمُلْكِ الكَبِيرِ اِذَا اَهْمَلَهُ وَتَسَاهَلَ فِيهِ حَتَّى فَاتَهُ.

            Ertinya: 
"Dan sesungguhnya, dalam satu khabar (Hadis): “Bahawasanya dibentangkan bagi hamba itu dengan tiap-tiap hari dan malam:
  •    dua puluh empat(24) khazanah yang teratur.
  • Maka dibuka baginya satu khazanah, lalu ia melihatnya, (khazanah itu)
  •         dipenuhi cahaya daripada kebajikan-kebajikan yang telah ia kerjakan pada waktu itu.
Maka dia mendapat kegembiraan, kesukaan, dan berita yang menggembirakan dengan melihat cahaya-cahaya itu yang (akan) menjadi wasilahnya (sebab kemuliaan dan ketinggian pangkat darjatnya) di sisi (Allah) Yang Amat Mempunyai Pemilikan lagi Yang Amat Mempunyai kekerasan.
Seandainya diagihkan (cahaya-cahaya itu) kepada orang-orang ahli neraka:
  •     nescaya membuatkan mereka itu terharu kegembiraan (bila melihatnya),
  •        sekalipun mereka itu sedang mengalami rasa kepedihan azab api neraka;
  •    dan dibukakan baginya satu khazanah yang lain, hitam gelap, (dengan) semerbak bau busuk yang ditutupi oleh kegelapannya iaitulah saat yang ia telah berbuat maksiat kepada Allah Taala.
  •    Lantaran itu, ia merasa huru-hara, takut dan dukacita, yang mana sekiranya diagihkan kepada ahli syurga:
  •    nescaya merosak dan mengeruhkan ke atas mereka itu segala rasa nikmat kesenangannya;
  •    dan dibukakan baginya satu lagi khazanah yang lain pula, (khazanah itu) kosong tanpa ada sebarang apa yang boleh membuatnya suka atau duka,  iaitulah saat yang ia tidur padanya atau saat yang ia lupa atau yang ia mengerjakan sesuatu perkara dunia yang diharuskan.
Maka kesemua itu, membuatkan dia teramat sedih di atas kekosongannya itu; dia kesal umpama orang yang berupaya mendapatkan keuntungan yang besar dan pemilikan yang banyak, tetapi dia cuai dan meringan-ringankan (peluang itu) hingga terlepas”.
Maka betapalah besar faedahnya bagi orang-orang mukmin dan mukminat yang telah berpenat-penat berbuat ibadat kepada Allah sewaktu hayatnya di dalam dunia, apabila cahaya ibadatnya itu ditunjukkan oleh Allah, ketika hendak mati, sebelum rohnya keluar dari badan.

وَقَالَ مُحَمَّدٌ بْنُ عَلِى "مَا مِنْ مَيِّتٍ يَمُوتُ إِلاَّ مُثِّلَ لَهُ عِنْدَ المَوتِ اَعْمَالُهُ الحَسَنَةُ وَاَعْمَالُهُ السَّيْئَةُ قَالَ فَيَشْخَصُ اِلَى حَسَنَاتِهِ وَيُطْرِقُ عَنْ سِيْئَاتِهِ".

               Ertinya: 
Kata Muhammad bin Ali tiada seorang yang mati, melainkan:
  •  dirupakan (ditayangkan) kepadanya ketika matinya itu, segala amalan kebajikannya dan amalan kejahatannya. Katanya maka ia: 
  •   memandang (tanpa berkejipan matanya) kepada segala amalan kebajikannya dan ia:
  •  menundukkan pandangan(nya) daripada segala amalan kejahatannya.  
5. Setiap manusia, bukan sekadar Allah Taala adakan dua orang malaikat untuk menuliskan segala amalan pekerjaannya pada setiap ketika, siang dan malam, tetapi segala pekerjaan yang dilakukannya itu tergambar pula segala halnya pada 'Arasy di sana, sebagaimana cermin menangkap segala hal yang dilakukan oleh seseorang itu di hadapannya. Bezanya, cermin tidak menyimpan hal-hal itu tetapi 'Arasy menyimpan segala halnya itu.
Apabila seseorang itu tiba ajal matinya maka Allah Taala tayangkan segala halnya itu. Bagi orang yang taat kepada Allah Taala sepanjang hayatnya, berapalah kadar sukacitanya.

وَقَالَ بَعْضُ العَارِفِينَ مِنَ السَّلَفِ العَرْشُ جَوهَرَةٌ تَلأْلأُ نُورًا فَلاَ يَكُونَ العَبْدُ عَلَى حَالٍ اِلاَّ انْطَبَعَ مِثَالُهُ فَي العَرْشِ عَلَى الصُّورَةِ الَّتِي كَانَ عَلَيهَا فَاِذَا كَانَ فِي سَكَرَاتِ المَوْتِ كُشِفَ لَهُ صُورَتُهُ مِنْ العَرْشِ فَرُبَّمَا يَرَى نَفْسَهُ عَلَى صُورَةِ مَعْصِيَةٍ وَكَذَلِكَ يُكْشَفُ لَهُ يَومَ القِيَامَةِ فَيِرَى اَحْوَالَ نَفْسِهِ فَيِأْخُذُهُ مِنْ الحَيِاءِ وَالْخَوْفِ مَا يَجِلُّ عَنِ الوَصْفِ.

     Ertinya
"Dan kata setengah ahli makrifah di kalangan ahli as-salaf, arasy itu ialah jauharah (sejenis permata) yang bergemerlapan cahaya. Maka tidak berada seseorang hamba itu dalam apa hal jua pun, melainkan tercetak (terlekat dan tersimpan) contohnya (gambarnya) pada 'Arasy di atas rupa gambar yang ia berada padanya.
Apabila sampai sakaratul-maut maka:
  •         dibukakan hijab baginya untuk ia melihat rupa gambarnya daripada 'Arasy.
      Maka (pada ketika itu) barang-kali ia:
  •     melihat dirinya sedang berbuat maksiat.
Demikian itu jugalah dibukakan baginya pada hari kiamat, maka ia akan melihat segala hal dirinya. Alangkah malu dan takutnya sehingga tidak dapat digambarkan."
6. Orang mukmin yang salih mendengar seruan Malakul-maut iaitu "اَبْشِرْ يَا وَلِيَّ اللهِ بِالجَنَّةِ"
Ertinya: “Sukailah olehmu wahai wali Allah dengan syurga.” Maka orang ahli maksiat juga mendengar seruan malakul-maut iaitu "اَبْشِرْ يَا عَدُوَ اللهِ بِالنَّارِ"
    Ertinya:
 “Sukailah olehmu wahai seteru Allah dengan neraka”.

Oleh itu, maka tiada hamba Allah yang tahu, apakah yang akan diserukan oleh Malakul-maut bagi dirinya pada ketika matinya kelak.

Lantaran itu, para wali Allah dan ulamak yang hak sangat takutkan hal ini.

"وَلَنْ تَخْرُجَ اَرْوَاحُهُمْ مَالَمْ يَسْمَعُوا نَغْمَةَ مَلَكِ المَوتِ بِأَحَدِ البشْرَيْنَ إِمَّا أَبْشِرْ   يَا عَدُوَ اللهِ بِالنَّارِ اَوْ اَبْشِرْ يَا وَلِيَّ اللهِ بِالجَنَّةِ". وَمِنْ هَذَا كَانَ خَوفَ اَرْبَابِ الْاَلْبَابِ وَقَدْ قَالَ النَّبِيُ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ "لَنْ يَخْرُجَ اَحَدُكُمْ مِنَ الدُّنْيَا حَتَّى يَعْلَمَ اَينَ مَصِيرُهُ وَحَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الجَنَّةِ اَوِ النَّارِ".
             Ertinya: 
Dan tidak sekali-kali, roh-roh mereka itu keluar selagi mereka itu belum mendengar seruan malakul-maut dengan salah satu daripada dua seruan, sama ada:
  i)   Sukailah olehmu wahai seteru Allah dengan api neraka, ataupunii)  “Sukailah olehmu wahai wali Allah dengan syurga”.

Sesunguhnya daripada inilah terbitnya ketakutan bagi orang yang mempunyai mata hati.

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang kira-kira ertinya:
“Tidak sekali-kali, seseorang kamu kalian keluar daripada dunia, sehinggalah ia mengetahui di mana tempat kembalinya dan sehinggalah ia melihat tempat duduknya di syurga atau neraka”.
 7. Seruan Malakul-maut, jika ia berkata: ابشر يا عدو الله بالنار Sukailah olehmu wahai seteru Allah dengan neraka”, adalah  (perkhabaran) muktamad bahawa ia telah menjadi: 
·        ahli neraka, walaupun ia menangis seberapa banyak tangisan pun maka ianya tetap menjadi orang ahli neraka,
·        tidak ada perkara yang senang selepas rohnya itu dicabutkan.

Maka segala jenis azab akan berdatang-datang dengan segala sebabnya.

Jika seseorang itu mendapat seruan ابشروا يا ولي الله بالجنة""  “sukailah olehmu wahai wali Allah dengan syurga” maka ini adalah:
·        perkhabaran muktamad bahawa ia adalah ahli syurga.

Makanya tiada sebarang:
·        kesusahan selepas daripada rohnya keluar daripada badan, sama ada di:
i)    dalam kuburnya atau
ii)   ketika dia hidup semula
daripada kubur atau ketika berlaku segala hal di hari kiamat besar, sehinggalah ia memasuki syurga.

[“Tanbih”:
Tidak ada sesiapa pun yang mengetahui hal dirinya:
·        apakah yang akan diserukan oleh malakul-maut itu kelak
·        dan tiada siapa pun berani memuji dirinya sendiri yang ia akan diseru oleh Malakul-maut dengan "ابشروا يا ولي الله بالجنة" (sukailah olehmu wahai wali Allah dengan syurga).
Bahkan semakin banyak ilmu seseorang itu dalam agama Islam dan semakin banyak amalan-amalan kebaikannya kepada Allah, semakin kuatlah takutnya kepada Allah dan semakin banyak ia mengaku tentang ketaksirannya pada menunaikan segala apa yang diwajibkan oleh Allah keatasnya.]

8. Akhir sekali, orang yang tiba ajal matinya, semasa dikeluarkan rohnya daripada badan oleh Malakul-maut, dia akan melihat kedua malaikat yang menulis segala amalannya dan mendengar kata-kata yang diucapkan kedua mereka kepadanya.

Bab ini telah ada diterangkan sebelumnya.

قَالَ وَهِيبُ: بَلَغَنَا اَنَّهُ مَا مِنْ مَيِّتٍ يَمُوتُ حَتَّى يَتَراءَى لَهُ  مَلَكَاهُ الكَاتِبَانِ عَمَلَهُ فَاِنْ كَانَ مُطِيعًا قَالاَ لَهُ جَزَاكَ اللهَ عَنَّا خَيرًا فًرُبَّ مَجْلِسِ صِدْقٍ أَجْلَسْتَنَا وَعَمَلٍ صَالِحٍ أَحْضَرْتَنَا وَاِنْ كَانَ فَاجِرًا قَالاَ لَهُ لاَ جَزَاكَ اللهُ عَنَّا خَيرًا فَرُبَّ مَجْلِسِ سُوءٍ اَجْلَسْتَنَا وَعَمَلٍ غَير صَالِحٍ أَحْضَرْتَنَا وَكَلاَمٍ قَبِيحٍ اَسْمَعْتَنَا فَلاَ جَزَاكَ اللهُ عَنَّا خَيرًا فَذَلِكَ شُخُوص بَصَرِ المَيِّتِ اِلَيهِمَا وَلاَ يَرْجِعُ اِلَى الدُّنْيَا اَبِدًا.

               Ertinya: 
Telah diterangkan sebelum ini dan ulangilah bacaan terjemahannya.

Lihatlah hal orang mukmin yang salih:
i)   Kadar kemuliaannya, sebelum dikebumikan. 
ii)  Sewaktu  roh masih ada di dalam badan
iii)   Dan ia masih lagi berada di rumah.

Berapakah banyak hal-hal yang berlaku dan ketika itu tidak ada siapa pun yang dapat menolongnya, melainkan dengan mengajarnya supaya tidak lalai daripada menyebut kalimah لا اله الا الله sahaja.
Akan tetapi untuk mendapatkan pangkat yang mulia maka terlebih dahulunya hendaklah ada ilmu pengetahuan dengan:
·        memahami segala makna nama-nama Allah Taala yang Allah Taala memuji diriNya sendiri dengannya itu,
·        memahami Asma-Ullah al-Husna,
·        memahami segala kandungan isi Kitab Terjemah Aqidah Ahli As-sunnah Pada Dua Kalimah Syahadat at-Tauhid dan Syahadat ar-Rasul dan
·        beriktiqadkan bahawa awal-awal makhluk yang diadakan oleh Allah Taala ialah:
(i)  seorang malaikat tanpa ada asal daripada apa-apa pun
(ii)    dan malaikat ini ada baginya lima kelemahan,
(iii)  begitu  juga dengan sekalian makhluk yang lain iaitu:

لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ نَفْعًا وَلاَ ضَرَّا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ  نُشُورًا

Tidak memiliki bagi dirinya sendiri:

i)    kemanfaatan
ii)   kemudaratan
iii) kematian
iv) kehidupan
v)   kebangkitan selepas mati

Bahawasanya malaikat yang awal-awal makhluk diadakan oleh Allah Taala itu juga:
·        sangat takut kepada Allah Taala,
·        sangat takut melangkar perintah suruhan Allah
·        dan sangat takut kepada azab api neraka.
Orang mukmin yang menyimpan iktiqad sedemikian itu di dalam hatinya hendaklah banyak membaca:
i)  doa nama-nama Allah yang Allah Taala Memuji Diri-Nya Sendiri dengannya itu  
   ii)    D oa Nabi Muhammad s.a.w.
iii)   Doa Abu Bakar As-Siddiq r.a yang mengandungi bab Qadak dan Qadar selepas tiap-tiap sembahyang fardu sebagai persediaan untuk peroleh pangkat yang mulia sewaktu sihat lagi. 
[Tanbih:
Dengarlah hal-hal kesakitan orang-orang ahli maksiat, bila roh-roh mereka itu sampai ke halkum di samping kehinaan dan ketakutan yang mereka temui.
1.   Perkara yang mula-mula ditemui pada waktu mati oleh seseorang itu ialah melihat Malakul-maut.
(Penerangan ini diulang semula sebagai menambahkan lagi peringatan.)

Maka dengarlah hal-hal orang ahli maksiat.
Kesemuanya adalah berkait dengan kesakitan, ketakutan dan kedukacitaan.

فَقَدْ رُوِىَ عَنْ اِبْرَاهِيمَ الخَلِيلِ عَلَيهِ السَّلاَمُ اَنَّهُ قَالَ لِمَلَكَ المَوتِ هَلْ تَسْتَطِيعُ اَنْ تُرِيَنِي صُورَتَكَ الَّتِي تَقْبِضُ عَلَيهَا رُوحَ الفَاجِرِ؟  قَالَ لاَ تُطِيقُ ذَلِكَ قَالَ بَلَى. قَالَ اِعْرِضْ عَنِّي فَأَعْرَضَ عَنْهُ ثُمَّ التَفَتَ فَاِذَا هُوَ بِرَجُلٍ أَسْودٍ قَائِمِ الشَّعْرِ مُنْتِنِ الرِّيحِ أَسْوَدِ الثِّيَابِ يَخْرُجُ مِنْ فِيهِ وَمَنَاخِيرِهِ لَهِيبُ النَّارِ وَالدُّخَانُ فَغَشِيَ عَلَى اِبْرَاهِيمَ عَلَيهِ السَّلاَمُ ثُمَّ اَفَاقَ وَقَدْ عَادَ مَلَكَ المَوتِ اِلَى صُورَتِهِ الاُولَى فَقَالَ يَا مَلَكَ المَوتِ لَو لَمْ يَلْقَ الفَاجِرُ عِنْدَ المَوتِ إِلاَّ صُورَةَ وَجْهِكَ لَكَانَ حَسْبهُ.
      Ertinya:

Maka sesungguhnya diriwayatkan daripada Ibrahim al-kahlil a.s bahawasanya ia berkata kepada malakul-maut:

“Bolehkah engkau perlihatkan kepadaku rupa engkau, ketika engkau mengambil roh seorang ahli maksiat?
Katanya (malakul-maut): Tak terdaya engkau yang demikian itu. Katanya (Nabi Ibrahim): Bahkan.
Katanya (malakul-maut):
Berpalinglah engkau daripadaku, lalu diapun berpaling daripadanya, kemudian ia menoleh maka tiba-tiba ia dengan seorang:
(i)    Lelaki yang hitam,
(ii)       (dengan) rambutnya yang tegak berdiri,
(iii)    sangat busuk baunya,
(iv)       berpakaian hitam,
(v)   terkeluar dari mulut dan lubang  hidungnya nyalaan api dan asap.
Maka pingsanlah Nabi Ibrahim a.s, kemudian ia sedar dan malakul-maut telah pun kembali balik kepada rupanya yang mula itu; maka katanya:
      'Wahai malakul-maut, sekiranya orang yang ahli maksiat itu tidak menemui pada ketika mati itu melainkan rupa muka engkau nescaya memadainyalah'.”  

Demikian ertinya.

Inilah yang mula-mula dilihati oleh ahli maksiat itu semasa sedang dalam keadaan ketakutan dan kesakitan ketika rohnya dicabutkan.
2.   Kesakitan yang dirasai oleh ahli maksiat pada ketika rohnya dicabutkan oleh malakul-maut, bukanlah sekadar: 
i)   tiga ratus kali pancung dengan pedang seperti apa yang dirasai oleh orang mukmin yang salih,
ii)  bahkan bersangatan pedihnya.

Bahawasanya amat menggerunkan kita apabila mendengar kadar kesakitannya itu.

وَرُوِيَ عَنْ مَكْحُولٍ عَنِ النَّبِيِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اَنَّهُ قَالَ: " لَوْ أَنَّ شَعْرَةً مِنْ شَعْرِ المَيِّتِ وُضِعَتْ عَلَى اَهْلِ السَّمَوَاتِ وَالاَرْضِ لَمَاتُوا بِإِذْنِ اللهِ تَعَالَى لِأَنَّ فِي كُلِّ شَعْرَةٍ المَوتُ وَلاَ يَقَعُ المَوتُ بِشَيءٍ إِلاَّ مَاتَ".
      Ertinya:
"Dan diriwayatkan daripada Mak-hul daripada Nabi Muhammad saw sabdanya yang kira-kira ertinya: “Jika sekiranya sehelai rambut daripada rambut-rambut simati itu diletakkan ke atas penduduk-penduduk segala lapisan langit dan bumi, nescaya matilah mereka itu dengan izin Allah Taala. Kerana tiap-tiap sehelai rambut itu (ertinya) maut dan tidak terkena maut itu dengan sesuatu melainkan ia mati.

وَيُرْوَى " لَوْ اَنَّ قَطْرَةً مِنْ أَلَمِ المَوتِ وُضِعَتْ عَلَى جِبَالِ الدُّنْيَا كُلِّهَا لَذَابَتْ".

Dan diriwayatkan, “Jika sekiranya satu titik daripada kepedihan sakit mati itu diletakkan di atas semua gunung dunia, nescaya hancurlah (gunung-gunung itu)."

Demikianlah kesakitan yang dirasai oleh orang ahli maksiat itu ketika rohnya direntapkan dengan kuatnya oleh malakul-maut.
3.   Ketika begitu sakit dan pedihnya, dia juga merasakan ketakutan yang sangat dahsyatnya bila melihat muka Malakul-maut.
4.   Selain itu, dibukakan hijab untuknya melihat tempat duduknya di dalam api neraka di sana. Tak dapat dibayangkan sejauh mana kadar dahsyatnya halnya itu apabila dilihatkan tempatnya di dalam api neraka sebagaimana yang disebutkan di akhir Hadis ini: 
"وَلَوِ اطَّلَعْتَ اِلَى جَهَنَّمَ اِطِّلاَعَةً لَذَابَ شَحْمُكَ وَلَبَكَيتَ الصَّدِيدَ بَعْدَ الدُّمُوعِ وَلَبِسْتَ الجِلْدَ بَعْدَ المُسُوحِ".
     Ertinya:
“Sekiranya engkau lihat Neraka Jahanam sepenglihatan, nescaya:
·        cair lemak engkau dan
·   engkau menangis hingga keluar darah bercampur nanah selepas air mata dan
·        engkau memakai kulit selepas kain kasar”.

Maka segala perbuatan maksiat yang telah dilakukan dan perbuatan meninggalkan ibadat yang difardukan oleh Allah Taala ke atasnya itu juga adalah perbuatan maksiat, akan menjadi suatu yang sangat hitam, gelap dan kesemerbakan bau busuknya.
Jika diagihkan kepada ahli syurga nescaya merosakkan ke atas mereka itu rasa kesengan nikmat syurga.
5. Segala perbuatan jahatnya yang lalu itu telah tersedia terbentang rupa hal-hal itu pada 'Arasy untuk diulang balik (tayangannya) agar dilihat kesemuanya. Maka berapalah kadar malunya, menyesalnya dan dukacitanya ketika ia melihat perbuatan dirinya sendiri pada masa yang lampau.
6.   Berapalah kadar takut dan dahsyatnya apabila melihat kedatangan malaikat-malaikat azab yang mengelilinginya. Kesemua mereka itu sangatlah besar, kuat dan berpakaian daripada api neraka, menunggu rohnya keluar untuk dibawa ke tempat azab. Sabda Rasulullah s.a.w. :
قَالَ وَاَمَّا الكَافِرُ فَاِنَّهُ اِذّا كَانَ فِي قِبَلِ الاَخِرَةِ وَانْقِطاعٌ مِنَ الدُّنْيَا نَزَلَتْ اِلَيهِ مَلاَئِكَةٌ غِلاَظٌ شِدَادٌ مَعَهُمْ ثِيَابٌ مِنْ نَارٍ وَسَرَابِيلٌ مِنْ قَطِرَانٍ فَيَحْتَوِشُونَهُ.

      Ertinya: 
"Dan adapun orang kafir maka bahawasanya jika ia berada di pihak akhirat dan terputusnya daripada dunia, turunlah kepadanya malaikat-malaikat yang sangat besar lagi sangat kuat, berserta mereka itu pakaian-pakaian daripada api neraka dan baju-baju daripada tembaga lalu mereka itu mengelilinginya."

7.   Betapalah kadar takutnya apabila malaikat-malaikat azab itu membawanya ke satu tempat untuk diletakkan badan batinnya atau rohnya itu keatas bara api selepas badan batin yakni Roh Hammal lil-Amanah itu dicabutkan dari badan zahirnya.
Pada akhir Hadis yang panjang ini disebutkan:

وَاَنّ َالكَافِرَ اِذَا احْتَضَرَ أَتَـتْهُ المَلاَئِكَةُ بِمِسْحٍ فِيهِ جَمْرَةٌ فَتُنْزَعُ رُوحُهُ اِنْتِزَاعًا شَدِيدًا وَيُقَالُ اَيَّتُهَا النَّفْسُ الخَبِيثَةُ  اُخْرُجِي  سَاخِطَةً وَمَسْخُوطٌ عَلَيكِ اِلَى هَوَانِ اللهِ وَعَذَابِهِ فَاِذَا خَرَجَتْ رُوحُهُ وُضِعَتْ عَلَى تِلْكَ الجَمْرَةِ وَاِنَّ لَهَا نَشِيشًا وَيُطْوَى عَلَيهَا المِسْحُ وَيُذْهَبُ بِهَا اِلَى سِجِّينَ.

             Ertinya: 

Dan bahawasanya orang kafir apabila sampai ajal matinya:
·        datanglah kepadanya malaikat-malaikat dengan membawa suatu tempat, di dalamnys ada bara api.
·        maka dicabutkan rohnya dengan satu sentapan yang sangat kuat dan diperkatakan:
·        “Wahai diri yang jahat, keluarlah engkau dalam keadaan murka lagi dimurkai keatas engkau, ke tempat kehinaan yang disediakan Allah dan (ke tempat) azab-Nya.

Sebaik sahaja rohnya keluar ia:
·        diletakkan keatas bara api itu dan
·        ada baginya bunyi suara mendidih (yakni daripada bakaran itu) dan
·        dilipatkan keatasnya bekasan itu dan
·   dibawa dengannya kepada sijjeen (lembah di Neraka Jahannam).
Demikianlah ertinya.

Maka lihatlah hal Roh hammal lil-Amanah bagi orang ahli maksiat setelah menerima kepedihan dan kesakitan yang sangat kuat pada ketika roh dicabutkan.

Maka suara pendidihan itu:
·        bukanlah dalam masa rohnya sampai ke halkum tetapi ianya adalah suara pedidihan ketika roh itu:
·  diletakkan keatas bara api, setelahnya diasing dan dikeluarkan daripada badan.
·        ini adalah satu lagi kesakitan yang sangat dahsyat dan kuat, khas untuk roh sahaja.

Berapalah jauh bezanya dengan roh orang mukmim salih yang diletakkan di atas kain sutera yang ada padanya kasturi untuk dibawa kepada tempat yang tinggi.

8.   Adapun orang ahli maksiat pada ketika matinya itu, terlalu banyak kesakitan yang dirasainya sebelum rohnya dikeluarkan daripada badan. Apa yang dilihat dan apa yang dirasa amatlah dahsyat dari segi takutnya dan dukacitanya.

Oleh itu, mereka minta:
·        dikembalikan ke dunia untuk berbuat amalan-amalan taat dan salih bagi diganti apa-apa yang terluput dan tertinggal daripada ibadat-ibadat yang difardukan oleh Allah Taala ke atas mereka
·        tetapi permintaan mereka tidak diterima oleh Allah.

Ini ada disebutkan di dalam al-Quran iaitu:

وَعَنْ مُحَمَّدٍ بْنِ كَعَب القرظي اَنَّهُ كَانَ يَقْرَأُ قَولَهُ تَعَالَى: "حَتَّى اِذَا جَاءَ أَحَدَهُمْ المَوتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ". قَالَ اَيُّ شَيءٍ تُرِيدُ فِي أَيِّ شَئٍ تَرْغَبُ أَتُرِيدُ أَنْ تَرْجِعَ لِتَجْمَعَ المَالَ وَتُغْرِسَ الغِرَاسَ وَتَبْنِي البُنْيَانَ وَتُشَقِّقُ الاَنْهَارَ. قَالَ لاَ لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ. قَالَ فَيَقُولُ الجَبَّارُ "كَلاَّ اِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا". اَيْ لَيَقُولَنَّهَا عِنْدَ المَوتِ.
                   Ertinya:  
"Dan daripada Muhammad bin Ka’ab al-Qarzi bahawasanya ia membacakan Firman Allah Taala (surah al-Mu’minun, ayat 100):
               Yang bermaksud: 
“Sehingga apabila telah datang seseorang dari mereka kematian, dia berkata: Wahai Tuhanku, kembalikanlah akan daku (yakni balik ke dunia) agar aku berbuat amalan salih pada apa yang telah aku tinggalkan…”. (Surah al-Mukminun, ayat 100).
Katanya (Allah berfirman): Apakah sesuatu yang engkau kehendaki; pada apa sesuatu yang engkau inginkan; adakah engkau mahu kembali untuk mengumpul harta-benda dan bercucuk tanam dan mendirikan bangunan dan membelah sungai-sungai?
Katanya: Tidak, semoganya aku (dapat) berbuat amalan salih pada apa yang telah aku tinggalkan.
Katanya, maka Allah berfirman Yang Amat mempunyai kekerasan: “Tidak sekali-kali, sesungguhnya itu (adalah) kalimah (dalih) yang dia mengatakannya”. Yakni hanya dituturkannya pada ketika mati.
Demikianlah ertinya.
9.   Bacalah seruan Malakul-maut dengan kata: ابشر يا عدو الله بالنار dan berita buruk oleh dua orang malaikat, penulis segala amalan kepadanya itu.

[Tanbih
Lihatlah kepada hal-hal orang ahli maksiat, bagaimanakah keadaan mereka ketika berhadapan dengan mati.
Setiap detiknya amatlah menggerunkan dari semua sudut, dari segi:
·        dukacitanya,
·        takutnya
·        dan azabnya.
·        Teringinnya kembali semula ke dunia.
Masakan boleh !]
Oleh itu, jika ada orang memberitahu bahawa dia:
      ·        ada merasai mati,
·        hidup semula dan balik ke dunia
maka hendaklah kita katakan kepadanya: Bahawa itu bukan mati bahkan hanya sekadar pengsan sahaja. 
Dalam bab ini, adalah sangat mustahaknya untuk diajar anak-anak kita dan diberi penerangan kepada ahli keluarga.
Jika seseorang anak itu mati dalam su-ulkhatimah سوء الخاتمة apakah yang hendak disayangi oleh kedua ibu-bapa lagi kerana anaknya telah kerugian habuan akhiratnya; walau ditangisi beberapa lama sekalipun maka ia tetap dimasukkan ke dalam api neraka serta berkekalan di sana.
Berapalah sayangnya kedua ibu-bapa kepada anak-anak mereka !

Sedangkan nyamuk yang kecil pun dijaga di waktu malam supaya tidak terganggu semasa tidurnya hingga dia membesar, dibelanja dan diusahakan bagi memeliharainya tetapi apabila tiba masa matinya maka dia mati dalam su-ulkhatimah. Maka datanglah malaikat-malaikat azab ke rumahnya; terselindung daripada pandangan mata orang ramai, tiada siapa yang nampak anaknya menangis dan minta ditolong.

Betapa pedih dan sakitnya ketika roh itu dicabutkan dari badan, tetapi tiada siapa pun mendengar suaranya itu.

Oleh itu, maka jalan untuk menolong anak-anak supaya tidak mengenai su-ulkhatimah, bukanlah setakat berpada dengan doa-doa sahaja, bahkan hendaklah dengan ilmu pengetahuan agama Islam sewaktu anak-anak itu sedang sihat dan sebelum balighnya lagi supayanya anak-anak itu dapat memahami beberapa banyak perkara dalam agama Islam.

Jika anak-anak dan ahli keluarga diajar dengan:
·        segala makna nama-nama Allah
·        berdoa dengan nama-nama Allah
·        memahami pula segala makna Kitab Terjemah Aqidah Ahli As-Sunnah 
·    berdoa dengan doa Nabi Muhammad s.a.w yang panjang itu pada tiap-tiap sembahyang lima waktu
·        dan berdoa dengan doa Abu Bakar as-Siddiq dalam bab Qadak dan Qadar,
maka kesemuanya ini adalah asas iktiqad yang sah lagi benar dalam agama Islam, yang perlu ada tersimpan pada hati anak-anak itu.

Sesungguhnya inilah modal utama bagi mendapat "Husnul-Khatimah" dan menjauhkan daripada "Su-ul Khatimah".

Selain dari itu, asas agama Islam hendaklah diajar kepada anak-anak; dan juga perkara memperelokkan ibadat-ibadat yang difardukan oleh Allah Taala seperti sembahyang, puasa dan lain-lain.

Akan tetapi dalam bab sakaratul-maut, hendaklah diulang-ulang di hadapan orang ramai, di hadapan seisi rumah dan semasa memberi syarahan. Misalnya:

Seorang bapa menyuruh mana-mana anaknya, membaca dan ia sebutkan: Sila engkau baca segala perkara yang ditemui oleh orang mukmin salih itu pada ketika matinya supaya kami dapat mendengarnya.

Setelah selesai, hendaklah disuruh anak yang lain pula membaca penerangan yang lain, katanya: Sila engkau baca segala perkara yang ditemui oleh orang ahli maksiat itu pada ketika matinya untuk kami mendengarinya.

Jika ini dilakukan di rumah pada kelapangan masa, amatlah baik sekali bagi:
·        melatih anak-anak itu supaya mencapai mati dalam husnul-khatimah,
kerana hati mereka :
·        sentiasa gemar mentaati hukuman-hukuman Allah
·        dan menjauhi diri dari segala larangan-Nya.
Maka sebagaimana anak-anak itu dijaga dalam perkara makan minumnya dan pakaiannya daripada kecil lagi maka begitulah juga dengan ilmu keimanan yang wajib dimasukkan ke dalam hati mereka sedikit demi sedikit sekadar kelayakannya.

Adapun azab kubur dan kesenangannya adalah kehasilan dari akhir kalam orang yang mati itu tadi.

Jika mati dalam husnul-khatimah:
·        maka besarlah nikmat kesenangannya di dalam kuburnya
Dan jika mati dalam su-ulkhatimah:
·        maka besarlah azab keseksaannya di dalam kuburnya.

Segala niat hati, hendaklah dipelihara sewaktu sakit tenat. Tiap-tiap seorang manusia itu ada disertakan oleh Allah Taala dua orang kembarannya, seorang malaikat untuk menyuruh berbuat baik dan seorang syaitan untuk menyuruh berbuat jahat.

Adapun syaitan bagi Nabi Muhammad s.a.w ianya jadi muslim, tidak menyuruh melainkan kepada kebaikan.
Kesemua syaitan kembaran manusia selain daripada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul alaihimussalam adalah bukan muslim. Sabdanya s.a.w:

قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : "مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ وَلَهُ شَيطَانٌ قَالُوا وَاًنْتَ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ وَاَنَا إِلاَّ اَنَّ اللهَ  أَعَانَنِي عَلَيهِ فَأَسْلَمَ فَلاَ يَأْمُرُ إِلاَّ بِخَيرٍ".

            Ertinya: 
“Tiada seorang (pun) dari kamu kalian melainkan ada baginya syaitan”. Kata mereka: Dan engkau wahai Rasulullah? Katanya: “Dan aku (juga) melainkan Allah Taala telah menolongi akan daku ke atasnya, lalu ia jadi muslim maka ia tidak menyuruh melainkan dengan kebajikan”.
Sabdanya lagi:
وَقَدْ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : "  فِي القَلْبِ لُمَّتَانِ لُمَّةٌ مِنَ المَلَكَ اِيعَادٌ بِالخَيرِ وَتَصْدِيقٌ بِالْحَقِّ فَمَنْ وَجَدَ ذَلِكَ فَلْيَعْلَمْ اَنَّهُ مِنَ اللهِ سُبْحَانَهُ وَلْيَحْمَد اللهَ وَلُمَّةٌ مِنَ العَدُوِّ اِيعَادٌ بِالشَّرِّ وَتَكْذِيبٌ بِالْحَقِّ وَنَهْيٌ عَنِ الخَيرِ فَمَنْ وَجَدَ ذَلِكَ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ.

        Ertinya:
 “Di dalam hati ada dua lintasan:
 ·        satu lintasan daripada malaikat (iaitu)
i)   menjanjikan dengan kebajikan
ii)  dan membenari dengan perkara yang hak.
Maka barang siapa mendapati akan yang demikian itu maka hendaklah ia ketahui bahawasanya itu adalah daripada Allah Subhanah dan hendaklah ia memuji Allah.
 ·        dan satu lintasan daripada seteru (iaitu):
i)   menjanjikan kejahatan,
ii)  mendustakan kebenaran
iii) dan mencegah daripada kebaikan.
Maka barang siapa mendapati akan yang demikian itu maka hendaklah ia minta perlindungan dengan pertolongan Allah daripada syaitan yang dilaknat”.
Kemudian ia membacakan Firman Allah Taala: الشَّيطَانُ يَعِدُكُمُ الفَقْرَ وَيَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ yang kira-kira ertinya: “Syaitan itu menjanjikan kamu kalian dengan kefakiran dan menyuruh (kamu) dengan perbuatan keji”.

Begitulah keadaannya. Bagi tiap-tiap seorang manusia ada dua kembaran dengan dua lintasan hati.

Oleh itu maka salah satu daripada dua hal sahaja akan mengenai tiap-tiap seorang itu sama ada:
·        mati dalam husnul-khatimah
                  atau
·        mati di dalam su-ulkhatimah.
Maka segala lintasan hati jahat yang datangnya daripada syaitan, tidak terdaya seseorang itu hendak melawannya kecuali dengan ilmu yang banyak. Jika tidak maka syaitan akan mendatangkan beberapa banyak lagi lintasan yang sesat pada agama supaya seseorang itu jatuh kafir dan masuk ke dalam api neraka berkekalan, bersama-sama dengannya.

Syaitan akan berusaha sedaya-uapaya supaya manusia jatuh kafir. Di dalam Al-Quran Al-Karim ada dinyatakan hal itu, Firman-Nya:

"كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ اِذْ قَالَ لِلْاِنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ اِنِّي بَرِئٌ مِنْكَ ... 

               Ertinya: 
“Seperti seumpama syaitan tatkala ia berkata kepada manusia: Kafirlah engkau maka apabila ia telah jatuh kafir ia pun berkata bahawasanya aku berlepas diri daripada kamu…”.
(surah al-Hasyr, ayat 16)
قَالَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَ رَسُولُ اللهُ صَلَّى اللُه عَلَيهِ وَسَلَّمَ : "اِنَّ الشَّيطَانَ يَأْتِي أَحَدَكُمْ فَيَقُولُ مَنْ خَلَقَكَ فَيَقُولُ: اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فَيَقُولُ:  فَمَنْ خَلَقَ اللهَ فَاِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ ذَلِكَ فَلْيَقُلْ آمَنْتُ بِاللهِ وَرَسُولِهِ فَإِنَّ ذَلِكَ يُذْهِبُ عَنْهُ".

                 Ertinya: 
Kata Aisyah r.a Rasulullah telah bersabda: “Bahawa syaitan itu (akan) mendatangi engkau maka ia berkata:
  •            Siapakah mengadakan engkau?
·      m aka ia berkata: Allah Tabaraka Wataala.
·        Maka siapakah yang mengadakan Allah Taala?.
 Apabila seseorang kamu mendapati akan yang demikian itu maka hendaklah ia berkata:
·        Aku telah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. 
 Bahawasanya yang demikian itu akan membuat ia pergi daripadanya.”
Semestinya anak-anak kita akan berhadapan antara dua hal. Begitu juga dengan diri kita sendiri. Sesungguhnya orang-orang jahil itu tidak ada jalan hendak mendapatkan pangkat Husnul-Khatimah, disebabkan tidak mempunyai ilmu untuk melawan hujah-hujah sesat syaitan itu.
Akan tetapi jika kita dan anak-anak kita memahami segala makna nama-nama Allah dan memahami segala kandungan isi "Kitab Terjemah Aqidah Ahli As-Sunnah" maka sudah tentu dapat menolak segala lintasan syaitan yang hendak menjatuhkan seseorang itu jadi kafir. Itulah sahaja jalannya bagi mengalahkan hujah-hujah syaitan.

Oleh sebab itu, ketika sakit tenat tidak boleh mengingatkan makhluk, selain Allah, sementara lidahnya pula terus menuturkan kalimah لا اله الا الله sahaja.

Ingatlah bahawa sebelum alam ini ada, hanyalah Allah Taala sahaja yang ada, tiada apa-apa pun selain daripada-Nya.

Sekiranya Allah Taala tidak mengadakan:
·        masa dan tempat atau tidak mengadakan
·        alam ini sama-sekali
maka Allah Taala begitu juga ada-Nya dengan kemuliaan, kesempurnaan, kebesaran dan ketinggian martabat dan mempunyai segala Asma'-Ul Husna.

Sekiranya syaitan mendatangkan waswas di hati:
·        dengan tuduhan Allah Taala itu ada rupa.
Maka waswas ini mudah saja ditolak kerana rupa itu berkehendakkan tempat. Pada hal tempat belum ada.

Dan jika datang waswas di hati:
·        dengan tuduhan Allah Taala itu di luar alam atau di dalam alam atau bersatu-padu dengan alam.
Maka waswas ini mudah ditolak kerana sebelum alam ini diadakan oleh Allah Taala:
                 i.        maka Allah Taala tiada di luar atau di dalam alam dan tidak bersatu-padu dengan alam, bahkan Allah Taala itu lain dan alam itu lain.
                    ii.        Begitu juga jika dituduhkan Allah Taala itu ada cahaya.

Maka ini mudah ditolak kerana cahaya itu jika kecil atau besar maka ia berkehendakkan tempat. Pada hal tempat belum ada.

Jika datang waswas syaitan:
·        menuduhkan Allah Taala itu berserta hamba.

Maka ini mudah ditolak kerana makna berserta itu ialah:
·        berserta rahmat dan pertolongan-Nya.

Dan jika datang musykil pada makna Allah Taala itu lebih hampir dari urat lihir.

Maka ini mudah ditolak dengan:
·        bahawa ilmu Allah Taala itulah yang lebih hampir dari urat leher dan
·        bukanlah Zat Allah Taala itu yang lebih hampir dari urat leher.

Andainya datang waswas syaitan:
·        menuduhkan awal makhluk itu ialah Nur Muhammad,

maka ini mudah ditolak kerana awal makhluk itu ialah seorang malaikat yang mula-mula diadakan oleh Allah,
i)   tidak berasal daripada cahaya dan
ii)  tidak berasal daripada apa-apa pun.

Jika dituduhkan malaikat yang mula-mula itu diadakan daripada cahaya:
·        maka cahaya itulah yang awal makhluk dan
·        bukannya malaikat.  

Jika terlintas di hati bahawa Zat Allah itu berjuzuk:
Maka itu mudah ditolak kerana:
·        Zat Allah tidak berjuzuk.
Sedangkan zat alam/makhluk ada berjuzuk.

Oleh itu, tidak sekali-kali alam itu daripada Zat Allah, bahkan alam itu adalah daripada barang perbuatan Allah yang diadakan dengan Kudrat-Nya yang Qadim.

Jika dituduh atau terlintas di hati bahawa Zat Allah itu adalah berjuzuk.
Maka itu mudah ditolak kerana Zat Allah tidak berjuzuk sedangkan zat alam berjuzuk. Jika berjuzuk:

               i.      nescaya ia berkehendakkan kepada tempat.
                kerana besar-kecilnya itu berkehendakkan                         kepada tempat juga.
           ii..      Maka sebelum ada masa dan tempat maka Allah Taala tidak mengenai masa dan tempat dan tiada pada semua tempat.

Maka Zat Allah Taala ialah sebagaimana yang disebutkan pada Kitab Terjemah Aqidah Ahli As-sunnah pada dua kalimah syahadat at-tauhid dan syahadat ar-rasul itu pada Bab "Tanzih".

Oleh itu, orang yang sakit sebelum tenat hendaklah ia:
·        bertaubat dari segala dosanya dan
·        memberi wasiat kepada anak-anaknya.

Setelah memberi wasiat:
·        dia tidak berhajat apa-apa lagi untuk bercakap dengan anak-anak
·        dan dengan lain-lain orang lagi, walau apapun masalahnya, biarlah anak-anak dan waris-waris pusaka yang menangani segala perkaranya itu.
Walaupun masih lagi boleh bercakap dengan orang-orang yang menziarahinya tetapi sudah bukan lagi masanya untuk dia bercakap-cakap kerana ditakuti kemungkinan hatinya akan rosak kerana mendengar kata-kata yang boleh menyebabkan dia kasihkan dunia. Kerana orang yang mati dalam keadaan kasihkan dunia, matinya adalah dalam su-ulkhatimah, bukan lagi dalam Husnul-Khatimah.

Ataupun rosak hatinya oleh sebab bencikan orang lain yang boleh melalaikan hatinya daripada zikrullah, tiba-tiba anak-anak dan waris-warisnya membenarkan orang lain masuk menemuinya maka hatinya merasa marah kepada anak-anak dan warisnya kenapakah dibenarkan sipolan itu masuk menemuinya. Kerana kemarahan itu boleh membawa kepada Su-ul Khatimah.

Maka itu adalah ketaksiran anak-anak dan waris-waris, kenapakah mereka itu membenarkan orang-orang masuk menemuinya setelah ia membuat wasiat.

Kadang-kadang orang yang datang itu musuh lamanya; dan ini akan merosakkan hatinya pada ketika itu; dan ada kalanya yang datang itu orang yang kuat membangkang ajaran agama Islam dan mengeluarkan kata-kata kufur dan sesat pada agama, menyebabkan dia marah mendengar kata-kata sesat itu. Ini adalah kerana ditakuti jika matinya itu dalam kemarahan yang boleh membawa kepada Su-ul-Khatimah.

Maka janganlah marah kerana sakit, kerana kesakitan itu diberi pahala sabar dan reda, malahan meninggikan pangkat dalam syurga dan mengkafaratkan segala dosa. Sebenarnya sakit itu adalah rahmat daripada Allah.

Setelah menuliskan segala wasiatnya itu hendaklah ia menuturkan Dua Kalimah Syahadat at-Tauhid dan Syahadat ar-Rasul اشهد أن لا اله الا الله واشهد ان محمدا رسول الله supaya tersimpan di hatinya segala kandungan isi Kitab Terjemah Aqidah Ahli As-Sunnah.

Selepas itu hendaklah ia membaca Doa Abu Bakar as-Siddiq r.a:
اللهم انك ابتدأت الخلق من غير حاجة بك اليهم . .... .
hingga akhir iaitu: ولا حول ولا قوة الا بالله kemudiannya jangan berhenti daripada menyebut kalimah لا اله الا الله hingga diambil rohnya oleh Malakul-maut.

وَعَنْ مُحَمَّدٍ بْنِ عَلِي اَنَّهُ لَمَّا ضُرِبَ أَوْصَى بَنِيهِ ثُمَّ لَمْ يَنْطُقْ اِلاَّ بِلاَ اِلَهِ اِلاَّ اللهُ حَتَّى قُبِضَ.

                 Ertinya: 
Daripada Muhammad bin Ali tatkala ia (Ali bin Abi Talib) kena pukul, diapun memberi wasiat kepada anak-anaknya, kemudiannya ia tidak bertutur kata melainkan dengan لا اله الا الله hingga diambil rohnya.
Oleh itu, setiap yang sakit sebelum kuat, janganlah ia lalai daripada menyebut kalimah yang mulia ini.

Orang-orang yang hadir yang berdekatan dengannya adalah dilarang daripada bercakap-cakap dalam perkara dunia kerana orang yang sakit itu berdukacita mendengar cerita-cerita yang melalaikan hatinya daripada menyebut kalimahلا اله الا الله   itu bahkan hendaklah bersenyap-senyap sahaja. Jangan menangis dan berbual apa-apa supaya orang yang sakit itu tidak mengingatkan dunia, anak-anak, isteri dan lain-lain lagi selain Allah, buatkan seolah-olah segala lapisan langit dan bumi ini belum lagi diadakan oleh Allah semoga hatinya mengingatkan Allah sahaja. Lidah dan hatinya sentiasa menyebut لا اله الا الله dan tiap-tiap kali lidah berasa jemu menyebut kalimah لا اله الا الله dan hati berasa lemah maka hendaklah diingati fadilat membaca لا اله الا الله seperti yang tersebut selepas ini supaya hati berasa segar dan kuat semula pada menyebutkan kalimah-kalimah yang mulia ini.

Kerja-kerja syaitan hanyalah ke arah melemahkan hati itu daripada menyebutnya.
Apabila mengingati pahala dan fadilat membacanya kalimah ini, tentulah rasa jemu akan hilang dan kuat semula.

Fadilat لا اله الا الله
Allah Taala berfirman:  " ... اُذْكُرُوا اللهَ ذِكْرُا كَثِيرًا".  yang kira-kira ertinya: “...hendaklah kamu kalian menyebut (mengingati) Allah (dengan) sebutan yang sebanyak-banyaknya”. (Surah Al-Ahzaab, ayat 41).
Firman-Nya lagi: "فَاذْكُرُونِي اُذْكُرْكُمْ". Ertinya: “Maka hendaklah kamu kalian sebutkan Daku nescaya Aku sebutkan kamu kalian”.

Kata Thabit al-Banani Rahimahullah:

اِنِي اَعْلَمُ مَتَى يَذْكُرُنِي رَبِّي عَزَوَجَلَّ فَفَزَعُوا مِنْهُ وَقَالُوا  كَيْفَ تَعْلَمُ ذَلِكَ
فَقَالَ: اِذّا ذَكَرْتُ ذَكَرَنِي.

                        Ertinya: 
Bahawasanya aku tahu bilakah Tuhanku Azza Wajalla menyebutkan daku maka terkejutlah mereka itu daripadanya dan kata mereka: Bagaimanakah engkau tahu akan yang demikian itu maka katanya: Apabila aku menyebutkan (Dia) nescaya Ia menyebutkan daku.Firman Allah Taala:
"فَاِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاَةَ فَاذْكُرُوا اللهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُم".

                        Ertinya: 
“Maka apabila kamu kalian telah tunaikan sembahyang maka hendaklah kamu menyebut Allah pada ketika berdiri dan duduk dan semasa kamu berbaring”. (Surah An-Nisaa : 103)

قَالَ ابْنُ عَبَّاسِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَيْ بِالَّليلِ وَالنَّهَارِ فِي البَرِّ وَالْبَحْرِ وَالسَّفَرِ وَالحَضَرِ وَالْغِنَى وَالفَقْرِ وَالمَرَضِ وَالصِّحَةِ وَالسِّرِ وَالعَلاَنِيَّةِ.

             Kata Ibnu Abbas r.a yang bererti: 
"yakni di waktu malam dan siang; di darat dan lautan; dalam perjalanan dan semasa (bukan dalam perjalanan) menetap; di waktu kaya dan miskin; (semasa) sihat dan sakit; dan (semasa) sunyi dan terbuka."

Dan Rasulullah s.a.w ditanya: Apa dia amalan-amalan yang lebih afdal maka sabdanya:
"اَنْ تَمُوتَ وَلِسَانُكَ رَطبٌ بِذِكْرِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ".

               Ertinya:
 “Bahawa engkau mati sedangkan lidah engkau basah dengan zikrullah Azza Wajalla”.
Nabi s.a.w bersabda:

"مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَرْتَعَ فِي رِيَاضِ الجَنَّةِ فَلْيُكْثِرْ ذِكْرَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ".

                     Ertinya: 
“Baransiapa gemar bersuka-suka, bersenang-senag di taman-taman syurga maka hendaklah ia memperbanyakkan sebutan zikrullah Azza Wajalla.

Sabdanya lagi:

"أَصْبِحْ وَأَمْسِ وَلِسَانُكً رَطِبٌ بِذِكْرِ اللهِ تُصْبِحُ وَتُمْسِيِ وَلَيْسَ عَلَيكَ خَطِيئَةً ".
                   Ertinya: 
“Berpagi-pagi dan berpetang-petanglah kamu kalian dalam keadaan lidah kamu basah dengan menyebut Allah, nescaya kamu berada (sepanjang) pagi dan (sepanjang) petang tanpa ada keatas kamu apa-apa kesalahan”.
Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w:

"لَذِكْرُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِالْغَدَاةِ والعَشِيِّ اَفضلُ مِنْ حَطمِ السيوفِ فِي سَبِيلِ اللهِ
وَمِنْ اِعْطَاءِ المَالِ سَحًّا".

                  Ertinya: 
“Sesungguhnya zikrullah itu (iaitu menyebut Allah Azza Wajalla) di waktu pagi dan petang adalah lebih afdal dari memecahkan pedang-pedang pada (perang) sabilillah (jalan Allah) dan dari memberi wang (sedekah) secara berterusan.

 Sabdanya lagi : 

"مَا عَمِلَ ابْنُ آدَم مِنْ عَمَلٍ أَنْجَى لَهُ مِنْ عَذَابِ اللهِ مِنْ ذِكْرِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ وَلاَ الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ قَالَ وَلاَ الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ اِلاَّ اَنْ تَضْرِبَ بِسَيْفِكَ حَتَّى يَنْقَطِعَ ثُمَّ تَضْرِبَ بِهِ حَتَّى يَنْقَطِعَ ثُمَّ تَضْرِبَ بِهِ حَتَّى يَنْقَطِعَ".

            Ertinya: 
"Tidak ada suatu amalan yang dilakukan oleh anak Adam itu lebih selamat baginya dari azab Allah, selain dari zikrullah Azzal Wajalla. Kata mereka: Wahai Rasulullah, walaupun berjihad pada sabilillah (jalan Allah)? Sabdanya: “Sekalipun berjihad pada sabilillah melainkan engkau memukulkan dengan pedang engkau hingga terputus, kemudian engkau memukulkan dengannya hingga terputus, kemudiannya engkau memukulnya hingga terputus."
Begitulah besarnya fadilat menyebutkan Allah daripada berperang pada sabilillah serta melepaskan daripada azab Allah.

وَيُرْوَى "اِنَّ كُلَّ نَفْسٍ  تَخْرُجُ مِنَ الدُّنْيَا عَطْشَى اِلاَّ ذّاكِرُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ"

                      Ertinya:
Dan diriwayatkan: “Bahawasanya tiap-tiap diri yang keluar daripada dunia, ianya dahaga melainkan orang yang menyebut zikrullah Azza Wajalla”.

وَقَالَ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : "لَيْسَ يَتَحَسَّرُ اَهْلُ الجَنَّةِ عَلَى  شَئٍ إلاَّ عَلَى سَاعَةٍ مَرَّتْ بِهِمْ لَمْ يَذْكُرُوا اللهَ سُبْحَانَهُ فِيهَا".

                     Ertinya: 
Kata Mu’az bin Jabal r.a: “Tidak berdukacita ahli syurga di atas sesuatu, kecuali satu saat (masa) yang berlau ke atas mereka yang mereka tidak menyebutkan Allah Subhanah pada-Nya”.

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : " لَيْسَ عَلَى اَهْلِ لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْشَةً فِي قَبَورِهِمْ وَلاَ فِي نُشُورِهِمْ كَأَنِّي اَنْظُرُ اِلَيْهِمْ عِنْدَ الصَّيْحَةِ يُنْفِضُونَ  رُؤُوْسَهَمْ مِنَ التُّرَابِ وَيَقُولُونَ الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي اَذْهَبَ عَنَّا الحَزَنَ اِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ".

                             Ertinya: 
          Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
Tidak ada di atas ahli لا اله إلا الله itu:
  •         (rasa) dukacita dalam kubur mereka dan 
  •  mereka tidak (merasa) dukacita ketika dibangkitkan hidupa semula,
  •    seolah-olah aku melihat kepada mereka pada ketika tiupan sangkakala, membersihkan kepala mereka daripada tanah dan berkata: 
  •  Segala pujian itu adalah bagi Allah yang menghilangkan daripada kami rasa dukacita,
  •  bahawasanya Tuhan kami amat mengampuni lagi amat memuji (di atas mereka yang berbuat taat)”.

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّمَ اَيْضًا لِأبِي هُرَيْرَةَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ اِنَّ كُلَّ حَسَنَةٍ تَعْمَلُهَا تُوْزَنُ يَومَ القِيَامَةِ إِلاَّ شَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ فَإِنَّهَا لَا تُوْضَعُ فِي مِيزَانٍ لِأَنَّهَا لَوْ وُضِعَتْ فِي مِيزَانٍ مَنْ قَالَهَا صَادِقًا وَوُضِعَتْ السَّمَوَاتِ السَّبْعُ وَالْاَرْضُونَ السَّبْعُ وَمَا فِيهِنَّ كَانَ لاَ إِلَهِ إِلاَّ اللهُ أَرْجَحُ مِنْ ذَلِكَ".
              Ertinya: 
Sabda Nabi Muhammad saw kepada Abu Hurairah:
“Wahai Abu Hurairah bahawasanya tiap-tiap kebajikan yang engkau amalkan dia itu, ditimbang pada hari kiamat melainkan:   
  • syahdat   لا إله إلا  الله, maka bahawasanya ia 
  •  tidak diletakkan لا إله إلا  اللهdi atas penimbang,
   kerana jika ianya diletakkan pada penimbang siapa orang yang menuturkannya (dengan) benar (yakni benar pada kata lidahnya dan benar pada iktiqad hatinya) dan diletakkan segala langit yang tujuh lapisan dan segala bumi yang tujuh lapisan dan barang apa yang ada padanya adalah لا إله إلا  الله itu lebih berat daripada yang demikian itu.
وَيُرْوَى إِنَّ العَبْدَ اِذَا قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ أَتَتْ اِلَى صَحِيفَةٍ فَلاَ تَمُرُّ عَلَى خَطِيئَةٍ إِلاَّ مَحَتْهَا حَتَّى تَجِدَ حَسَنَةً مِثْلَهَا فَتَجْلِسُ اِلَى جَنْبِهَا".

                            Ertinya: 
Dan diriwayatkan: “Bahawasanya seseorang hamba apabila ia berkata: لا إله إلا الله   
  •  datanglah ia kepada suratan amalan        
  •  maka ia tidak melalui di atas sesuatu kesalahan melainkan dipadamkannya        
  • hinggalah ia dapat suatu kebajikan sepertinya, lalu iapun duduk di sebelahnya”.
وَقَالَ صَلَّى اللهُ عليه  وسلم " يَا اَبَا هُرَيْرَةَ لَقِّنِ المَوتَى شَهَادَةَ أَنْ لا إله إلا الله فَاِنَّهَا تَهْدِمُ الذُنُوبَ هَدْمًا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللهِ هَذَا لِلْمَوْتَى فَكَيْفَ لِلْاَحْيَاءِ قَالَ صَلَّى اللهُ عليه وسلم: "هِيَ اَهْدَمُ وَأَهْدَمُ".

                      Ertinya: 
  • "Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Wahai Abu Hurairah:    talqinkanlah orang-orang yang hampir mati itu syahadat لا إله إلا الله
  • maka bahawasanya ia merobohkan segala dosa dengan sehabisnya.
Kataku: Wahai Rasulullah, itu bagi orang-orang yang hampir mati maka bagaimanakah bagi orang-orang yang hidup?
Sabdanya s.a.w: Ianya lebih meroboh dan sehabis merobohkan (akan segala dosa)”.
وقال صلى الله عليه وسلم : "مَنْ قَالَ لا إله إلا الله مُخْلِصًا دَخَلَ الجَنَّةَ".

                 Ertinya: 
Dan sabda Nabi Muhammad saw: “Barang siapa berkata: لا إله إلا الله   (dengan) benar-benar ikhlas nescaya masuklah ia syurga”.

وقال صلى الله عليه وسلم: " لَتَدْخُلَنَّ الجَنَّةَ كُلُّكُمْ إِلَّا َمَنْ أَبَى وَشَرَدَ عَنِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ شَرَادَ البَعِيرِ عَنْ أَهْلِهِ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللهِ مَنِ الْذِّي يَأْبَى وَيَشْرُدُ عَنِ اللهِ تَعَالَى قَالَ مَنْ لَمْ يَقُلْ لا اله الا الله فَاَكْثِرُوا مِنْ قَولِ لاَ الَهَ الا الله قَبْلَ اَنْ يُحَالَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهَا فَاِنَّهَا كَلِمَةُ التَّوحِيدِ وَهِيَ كَلِمَةُ الْاِخْلاَصِ وِهِيَ كَلِمَةُ التَّقْوَى وَهِيَ الكَلِمَةُ الطَّيْبَةُ وَهِيَ دَعْوَةُ الحَقِّ وَهِيَ العُرْوَةُ الْوُثْقَى وَهِيَ ثَمَنُ الجَنَّةِ".

                     Ertinya: 
Dan sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya kamu kalian akan masuk syurga melainkan orang yang enggan (memasukinya) dan lari daripada Allah Azza Wajalla umpama larinya seekor unta dari tuannya”.
Maka ditanya: Wahai Rasulullah,      siapakah yang enggan dan lari dari Allah?
Sabdanya:
·        “Siapa yang tidak menyebut: لا اله الا الله
maka hendaklah kamu kalian:
·        perbanyakkan daripada (menyebut) kata لا اله الا الله sebelum ianya  terdinding antara kamu kalian dan antaranya;
maka bahawasanya ia adalah:
    i)  kalimah tauhid  ii)  dan kalimah ikhlas  iii)  dan kalimah taqwaiv )dan kalimah baik v)  dan seruan hak  vi)dan simpulan (tali agama) yang teguh  vii)  dan harga syurga”.

وَقَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ "هَلْ جَزَاءُ الْاِحْسَانِ اِلاَّ الْاِحْسَانُ. فَقِيلَ: اَلْاِحْسَانُ فِي الدُّنْيَا قَوْلُ لا اله الا الله وَفِي الْاَخِرَةِ الجَنَّةُ".

Firman Allah Azza Wajalla dalam surah Ar-Rahman ayat 60 yang bererti:
Tiada balasan ikhsan (bagi amalan yang baik) melainkan ikhsan”. 
Maka dikatakan (satu qaul): Ihsan itu di dunia ialah kalimah لا اله الا الله dan di akhirat ialah syurga”.
وَقَالَ عُثْمَانُ قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: "مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنْ لا اله الا الله دَخَلَ الجَنَّةَ".
                    Ertinya: 
Dan kata Uthman: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa mati dan dia tahu bahawa tiada Tuhan yang sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Allah nescaya dia masuk syurga”.
وَقَالَ عثمان "اِذَا احْتَضَرَ المَيِّتُ فَلَقِّـنُوهُ لا اله الا  الله فَإِنَّهُ مَا مِنْ عَبْدٍ يُخْتَمُ لَهُ بِهَا عِنْدَ مَوْتِهِ إِلاَّ كَانَتْ زَادَهُ اِلَى الجَنَّةِ".

               Kata Uthman yang bererti
“Apabila seseorang itu (berada di ambang maut) nazak maka hendaklah kamu kalian:      talqinkan dia dengan لا اله الا الله
maka bahawasanya tiada seorang hamba yang disudahkan baginya dengan لا اله الا الله pada ketika matinya melainkan,      ia menjadi bekalannya ke syurga.”

وَقَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : "اُحْضُرُوا مَوْتَاكُمْ وَذَكِّرُوهُمْ فَاِنَّهُمْ يَرَوْنَ مَا لاَ تَرَوْنَ وَلَقِّـنُوهُمْ َلا اله الا الله".

         Dan kata Umar r.a: 
Hadirilah kalian kepada orang-orang kamu kalian (yang hampir) mati dan peringatkanlah mereka. Maka sesungguhnya mereka itu melihat apa yang kamu tidak lihat dan talqinkanlah mereka (dengan) لا اله الا الله.
Demikianlah ertinya.

Maka hendaklah dibacakan kepada orang yang sedang nazak itu dengan nama-nama Allah yang Allah Taala memuji DiriNya sendiri dengannya itu dan fahamilah segala maknanya.
Bacalah Kitab Terjemah Aqidah Ahli As-Sunnah Pada Makna Dua Kalimah Syahadat at-Tauhid dan Syahadat ar-Rasul dengan diambil faham segala maknanya. Itulah satu-satunya yang akan menjadi bekalan akhirat supayanya tersimpan di dalam hati apa yang dinamakan iman, sedangkan mulut tidak berhenti-henti menyebutkan kalimah لا اله الا الله sementara hati tidak lagi mengingatkan segala hal dunia walau sedikit pun, bahkan mengingatkan Allah sahaja.
Maka orang yang sedang sakit apabila ia banyak membaca kalimah yang mulia ini لا اله الا الله
·        bukan sekadar dosa-dosanya diampuni Allah Taala
bahkan sangatlah mulia jika sebegitu keadaannya kerana terjumlah daripada orang-orang yang banyak berzikir di dalam rumahnya.
Rumah orang yang banyak berzikir itu:
·        dihadiri oleh malaikat-malaikat,
·        sementara syaitan-syaitan lari keluar daripada rumahnya.
Ini adalah suatu kemuliaan di mana rumah itu pula:
·       dipandang dan dilihat oleh malaikat-malaikat yang ada di langit
·        umpama bintang-bintang yang berkemerlipan cahayanya.
Sayugia difahami bahawa  segala zikrullah itu adalah ibadat yang Allah berikan cahaya, seperti cahaya matahari, mempunyai suara seperti suara guruh, dibawa naik oleh malaikat-malaikat hafazah ke langit untuk ditapis oleh malaikat-malaikat penjaga pintu di langit supaya jangan ada cedera dan keaiban hati orang-orang yang membuat ibadat itu dengan sifat-sifat keji mazmumah  seperti riak, takbur, hasad dan lain-lainnya. Jika ada cederanya dan keaibannya dengn sifat-sifat mazmumah nescaya  cahaya ibadat itu akan ditolak dan diterima Allah.
Oleh itu, hati yang sentiasa mengingatkan Allah dan menuturkan لا اله الا الله itu sentiasa bersih. Maka cahaya ibadat yang dibawa oleh malaikat-malaikat hafazah yang tidak ada keaibannya itu dipermuliai oleh malaikat-malaikat di langit hingga dibawa kepada Allah Taala.

Bagi orang yang sakit, sebelum tenat hendaklah:
         ·        berjaga diri,
  •    jangan bercakap perkara-perkara dunia dengan sesiapa pun kerana bukanlah masanya lagi hendak bercerita tentang dunia.
Ketika sedang sakit,
·        perlu diingat bahawa Allah Taala amat mengampuni segala dosa hamba-Nya
·        walau sebanyak manapun
·        dan amat menerima segala doanya.
Ketika tenat, hendaklah sentiasa diajar menutur kalimah: لا اله الا الله
Bagi orang mukmin yang tidak berhenti-henti lidahnya dari menyebut لا اله الا الله ketika waktu sakitnya sehingga kematiannya, banyaklah kemuliaan-kemuliaan yang dikurniakan Allah Taala kepadanya.

Lihatlah jika seseorang mukmin yang salih itu apabila tiba ajal matinya, Allah Taala hantar malakul-maut, bersamanya lima ratus malaikat bagi memuliakan rohnya ketika ianya keluar, di samping beberapa banyak lagi kemuliaan.

Bagi orang yang sesat pada agama hendaklah ia bertaubat dari dosa-dosanya dan meninggalkan ilmu agama sesat itu sebelum rohnya sampai ke halkum.

Lihatlah hal manusia ketika nazaknya, sangatlah banyak malaikat-malaikat yang datang sama ada malaikat-malaikat rahmat mahupun malaikat-malaikat azab.

Sewaktu hidup di dunia ini, sangat banyak perkara-perkara yang bersangkutan dengan manusia sesama manusia. Mereka tidak nampak malaikat-malaikat tetapi apabila rohnya sampai ke halkum, sampailah masanya mereka melihat malaikat-malaikat dan melihat perkara badan batinnya atau roh Hammal lil-Amanah yang hendak diambil oleh malaikat-malaikat itu tadi untuk dibawa ke tempat-tempat kelayakannya sama ada di tempat-tempat kesenangan ataupun di tempat-tempat kehinaan dan keseksaan.


Tanbih:
Marilah kita fikirkan perkara roh orang yang mati itu menurut ajaran al-Quran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw kepada sekalian umatnya.

Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa:
·        roh atau badan batin yang dikeluarkan oleh malakul-maut itu daripada badan zahirnya telah pun diletakkan di atas kain sutera yang ada padanya kasturi.
Ertinya badan zahirnya itu sudah:
·        tidak ada apa-apa lagi,
·        bahkan kosong sahaja.
Jika si mati itu namanya Zaid maka di manakah Zaid ?
Tentunya Zaid itu adalah yang terletak di atas kasturi pada kain sutera itu tadi.

Si Zaid sewaktu hidupnya di dunia,
·  hanya tahu tentang badannya yang batin itu semasa dalam mimpinya sahaja.
Maka badan batin yang berjalan ke sana-sini ketika ia bermimpi hanya halnya itu :
  • dirasakan ringan sahaja,
  • tetapi apabila tiba masa matinya, barulah nampak betapakah besar halnya.
Jika si mati itu ahli maksiat semasa hidupnya di dunia,
·        betapalah dahsyat halnya bilamana badan batinnya itu diletakkan oleh malaikat-malaikat azab di atas bara api untuk dibawa ke tempat azab.
·  Betapalah kadar dahsyatnya hal badan batin itu apabila dikeluarkan dan diasingkan daripada badan zahir dengan malaikat-malikat azab yang sangat kuat dan menggerunkan, berpakaian daripada pakaian api neraka melingkunginya, sementara bara api membakar badan batin hingga berbunyi bagai suara yang mendidih.
·  Betapakah kadar penyesalannya, kedukacitaannya dan kesakitannya semasa masih berada di dalam rumah,
·        belum lagi dibawa ke kubur
·        dan belum lagi menerima azab kubur.
Hal ini hanya dapat diketahui oleh orang mukmin daripada perkhabaran Rasulullah s.a.w..

Maka oleh sebab itulah, orang mukmin tidak memperdulikan segala ejekan manusia terhadap mereka berbuat segala ibadat sembahyang, puasa, zakat, haji, ibadat menuntut ilmu agama Islam dan ibadat-ibadat lain.
Setiap hamba Allah yang mentaati suruhan-suruhan Allah dan beramal salih:
       ·        bukan sahaja sekadar terlepas daripada azab,
    ·      bahkan diberi balasan nikmat kesenagan pada segala halnya. 
Sesungguhnya Allah Taala telah memberitahu:
   ·        segala hal akhirat
   ·        sebelum tiba ke akhirat
Al-Ustaz Haji Mohamad Ismail Salleh

  ·    tentang hal-hal azab yang disediakan di negeri akhirat bagi sesiapa yang berbuat maksiat, mendustakan perkhabaran Rasul a.s dan al-Quran.
Mudah-mudahan segala perkara yang disampaikan di sini memberi kefahaman dan kesaedaran kepada kita semua betapa pentingnya bagi kita memahami ilmu yang berkaitan dengan pengkukuhan iman agar kita diredai Allah sebagai hamba-Nya yang bertaqwa. Bacakanlah dan manfaatkanlah penerangan ini kepada anak-anak dan saudara-mara dan sesiapa juga dari kalangan Muslimin dan Muslimat.  





 [Lihat sambungan nya :   كـِتَابُ اَسْمَاءُ اللهِ الْحُسْنَى]
********************************************

Image result for jihad menuntut ilmu lebih mulia drpd jihad fisabilillah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

كـِتَابُ اَسْمَاءُ اللهِ الْحُسْنَى

[Sambungan daripada : كمولياءن مانوســـــــــــــيا دن كموليــــــــــــــــــــــاءن عـــــبــــــــــــادة ] كـِتَا...