Isnin, 22 Ogos 2011

DO'A KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A. KETIKA SAKIT TENAT

                             
 ( Lihat : Kandungan Do'a Nabi Khidzir Alaihisalam )



'
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيم
 الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على
أشرف الأنبياء والمرسلين،سيدنا ونبينا
محمد وعلى 
آله  وصحبه أجمعين  

            ".......Dan kata Sa'id bin Al-Masib : 
Tatkala Khalifah Abu Bakar r.a. sakit tenat datang orang-orang daripada para sahabat, lalu mereka berkata:  'Wahai Khalifah Rasullullah s.a.w. , perbekalkan kami, bahawasanya kami lihati engkau barang apa yang ada dengan hal engkau (sakit)'.   
Maka kata Abu Bakar r.a.:
فقال ابو بكر: من قال هؤلاء الكلمات ثم مات جعل الله  
  روحه في الأفق المبين، قالوا وما الافق المبين؟ قال 
قاع بين يدي العرش فيه رياض الله وانهار يغشاه كل 
يوم مائة رحمة فمن قال هذا القول جعل الله روحه في هذا المكان .
                     Maksudnya: 
"Barangsiapa membaca do'a ini kemudian ia mati nescaya Allah Taala tempatkan rohnya itu di al-Ufukil Mubin (الافق المبين)Maka berkata mereka: 'Apa dia al-Ufukil Mubin (الافق المبين)?' Jawabnya: 'Satu tempat di hadapan 'Arasy terdapat (di dalamnya) taman-taman dan sungai-sungai di mana turunnya setiap hari seratus (100) rahmat. Maka barangsiapa membaca do'a ini nescaya Allah tempatkan rohnya di tempat ini'.”     
********************


اللَّهُمَّ اِنَّكَ اِبْتَدَأْتَ الْخَلْقَ مِنْ غَيْرِ حَاجَةٍ بِكَ اِلَيْهِمْ ثُمَّ جَعَلْتَهُمْ فَرِيْقَيْنِ فَرِيْقًا لِلنَّعِيمِ وَفَرِيْقًا لِلسَّعِيرِ فَاجْعَلْنِي لِلنَّعِيْمِ وَلَا تَجْعَلْنِي لِلسَّعِيْرِ. اَللَّهُمَّ اِنَّكَ خَلَقْتَ الخَلْقَ فَرِقًا وَمَيَّزْتَهُمْ قَبْلَ اَنْ تَخْلُقَهَمْ فَجَعَلْتَ مِنْهُمْ شَقِيًّا وَسَعِيْدًا وَغَوِيًّا وَرَشِيْدًا فَلَا تُشْقِنِي بِمَعَاصِيْكَ. اَللَّهُمَّ  اِنَّكَ عَلِمْتَ مَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ قَبْلَ اَنْ تَخْلُقَهَا فَلَا مَحِيْصَ لَهَا مِمَّا عَلِمْتَ فَاجْعَلْنِي مِمَّنْ تَسْتَعْمِلُ بِطَاعَتِكَ. اَللَّهُمَّ اِنَّكَ قَدْ قَدَّرْتَ حَرَكَاتَ العِبَادِ فَلَا يَتَحَرَّكُ شَيءٌ اِلَّا بِإِذْنِكَ فَاجْعَلْ حَرَكَاتِي فِي تَقْوَاكَ. اَللَّهُمَّ اِنَّكَ خَلَقْتَ الخَيْرَ وَالشَّرَ وَجَعَلْتَ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا عَامِلًا َيَعْمَلُ بِهِ فَاجْعَلْنِي مِنْ خَيْرِ القِسْمَيْنِ. اَللَّهُمَّ اِنَّكَ خَلَقْتَ الجَنَّةَ وَالنَّارَ وَجَعَلْتَ لِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا اَهْلًا فَاجْعَلْنِي مِنْ سُكَّانِ جَنَّتِكَ. اَللَّهُمَّ اِنَّكَ اَرَدْتَ  بِقَوْمٍ الضَّلَالَ وَضَيَّقْتَ بِهِمْ صُدُوْرَهُمْ فَاشْرَحْ صَدْرِي لِلْاِيمَانِ وَزَيِّنْهُ فِي قَلْبِي. اَللَّهُمَّ اِنَّكَ دَبَّرْتَ الاُمُورَ وَجَعَلْتَ مَصِيْرَهَا اِلَيْكَ فَاَحْيِنِي بَعْدَ المَوْتِ حَيَاةً طَيْبَةً وَقَرِّبْنِي اِلَيْكَ زُلْفَى. اَللَّهُمَّ مَنْ اَصْبَحَ وَاَمْسَى ثِقَتُهُ وَرَجَاؤُهُ غَيْرَكَ فَأَنْتَ ثِقَتِي وَرَجَائِي وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ .  


       Maksudnya:


"Ya Allah!, bahawasanya Engkau telah mengadakan permulaan makhluk daripada ketiadaan apa-apa hajat dengan Engkau kepada mereka itu, kemudian Engkau jadikan mereka itu dua puak, satu puak untuk syurga dan satu puak untuk neraka. Maka,  Engkau jadikanlah akan daku untuk syurga dan jangan Engkau jadikan daku untuk api neraka. 

Ya Allah !, Engkau telah mengadakan makhluk beberapa puak dan Engkau telah memperbezakan mereka itu lebih dahulu sebelum Engkau mengadakan mereka itu. Maka Engkau jadikan daripada mereka itu ada yang celaka dan ada yang bahagia, ada yang sesat dan ada yang mendapat petunjuk. Maka, janganlah Engkau celakakan akan daku dengan sebab berbuat maksiat kepada Engkau.  

Ya Allah !, bahawasanya Engkau telah mengetahui akan barang apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri seseorang sebelum Engkau mengadakannya, maka tidak dapat lari baginya daripada barang apa yang telah Engkau ketahui.  Maka, Engkau jadikanlah akan daku daripada orang yang Engkau jadikan dia dengan berbuat amalan ta'at kepada Engkau.

Ya Allah!, bahawasanya seseorang itu tiada dapat barang apa yang dia kehendaki hingga Engkau kehendaki, maka Engkau jadikanlah kehendak Engkau itu bahawa aku mengkehendaki barang gerak-gerak hamba-hamba.  Sesungguhnya tidak bergerak sesuatu melainkan dengan izin Engkau. Maka, jadikanlah segala gerak-gerak aku pada takutkan Engkau.

Ya Allah!,  sesungguhnya Engkau telah mengadakan kebaikan dan kejahatan dan telah Engkau jadikan tiap-tiap satu daripada keduanya itu ada orang yang mengerjakan dengannya. Maka, Engkau jadikanlah akan daku daripada orang yang sebaik-baik daripada dua bahagian itu.


Ya Allah !, sesungguhnya Engkau telah mengadakan syurga dan neraka dan telah Engkau jadikan bagi tiap-tiap sesuatu daripada keduanya itu ahli [yakni ahli syurga dan ahli neraka]. Maka, Engkau jadikanlah akan daku daripada penduduk syurga Engkau.


Ya Allah !, bahawasanya Engkau mengkehendaki dengan sesuatu kaum itu kesesatan dan Engkau sempitkan dengannya dada mereka itu, maka, cerahkanlah dadaku bagi keimanan dan perhiaskanlah akan dia pada hati ku.

Ya Allah !, bahawasanya Engkau telah mentadbirkan segala perkara dan telah Engkau jadikan kembalikannya [segala perkara itu] kepada Engkau, maka, hidupkanlah akan daku kepada Engkau pangkat martabat ketaatan.  

Ya Allah!, barangsiapa berpagi-pagi dan berpetang-petang kepercayaannnya dan harapannya lain daripada Engkau, maka, Engkau ialah kepercayaan ku dan harapan ku, dan tiada terdaya mengekalkan berbuat taat, dan tiada berupaya meninggalkan maksiat melainkan dengan pertolongan Allah. "
"Kata Abu Bakar r.a. sesungguhnya seluruh (kandungan) do'a ini semuanya dalam kitab Allah Azza Wajalla." Demikian ertinya.

[ Lihat : 
i.   Kandungan Do'a/Hadis Rasulullah s.a.w

ii.  Qadha dan Qadar Allah  dan Had Batasan Akal Manusia 
iii.  Api Neraka dan Azab Seksa Di Dalamnya 
iv.  Kenikmatan dan Kebahagiaan Hidup Di Syurga
v.   Adab Hati Ketika Sakit Tenat Membawa Maut  


Betapa indah dan eloknya jika kita semua dapat beristiqamah mengamalkan membaca do'a ini seperti membaca surah Al-Fatihah pada setiap masa khususnya selepas selesai mendirikan ibadat fardhu solat lima waktu dan solat-solat sunnat pada akhir malam hingga menjadikannya sebagai salah satu amalan yang sebati dalam kehidupan kita beragama hingga ke akhir hayat.
Adalah terlebih afdal dan sangat besar hikmah dan fadilatnya jika do'a ini dapat diajarkan kepada orang yang sedang sakit tenat yang amat berat keadaannya atau dalam keadaan sakit biasa.

Mudah-mudahan Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pemurah memakbulkan dan menerima do'a kita dengan mengurniakan fadilat seperti yang dikahabarkan oleh Khalifah Abu Bakr As-Siddiq r.a. di atas. Semoga Allah melimpahkan rahmat pertolongan-Nya ketika kita berhadapan dengan saat-saat terakhir yang teramat kritikal dan paling genting dalam hidup di dunia ini iaitu ketika berada dalam Sakaratul-maut yang boleh datang pada bila-bila masa sama ada tanpa dijangka atau dapat diduga.

Ajarkan dan perpanjangkanlah do'a dan maksud pengertiannya ini kepada anak-anak, keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai dan sesiapa juga yang berhajat kerana kandungan do'a ini begitu indah dan sangat besar ertinya serta luas dan mendalam ilmunya dalam hal mengukuhkan ilmu keimanan kita bagi memahami Qadha dan Qadar Allah yang termasuk dalam Rukun Iman yang enam [6] perkara.

Alangkah  malang dan  ruginya kita sekiranya mengambil mudah, mengabaikan atau tidak menghiraukan langsung peringatan terakhir dan wasiat amat penting Khalifah Rasulullah Abu Bakar As-Siddiq r.a., seorang sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang sudah termaklum kemuliaan dan kedudukan martabatnya di sisi Allah berbanding sekalian manusia lain selepas Rasulullah s.a.w.  والله أعلمُ بالـصـواب 

[Lihat : 

           Do'a/Hadis  Rasulullah s.a.w. ]

***************************************************
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا صُمٌّ وَبُكْمٌ فِي الظُّلُمَاتِ مَنْ يَشَأِ اللَّهُ يُضْلِلْهُ وَمَنْ يَشَأْ يَجْعَلْهُ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ 
                       Maksudnya :
" Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami adalah pekak, bisu dan berada dalam gelap gelita. Barangsiapa yang dikehendaki Allah (kesesatannya), nescaya disesatkan-Nya. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi-Nya petunjuk), nescaya Dia menjadikannya berada di atas jalan yang lurus."                              
                       [Al-Quran surah  سورة الأنعام  Al-An'aam : 39]

                   ******************************************


WASIAT 10 NASIHAT IMAM AS-SYAFI'E RAHIMAULLAH KEPADA MURID-MURIDNYA SEBELUM DIA KEMBALI KE RAHMATULLAH :

SEBELUM Imam As-Syafi'e kembali ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada  murid-muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah terjemahan kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara:
PERTAMA : HAK PADA DIRI SENDIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA JAHANAM PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
 
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa; 
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa reda dengan Qadha' Allah, bersabar menerima ujian bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang teguh dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat baginda, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.
 
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan."
[Catatan : Nama penuh dan jurai keturunan Imam As-Syafi'e ialah : Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafi'e bin Assaib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abd Manaf Al-Qurasy.  Dia dilahirkan pada tahun 180 H/767 M di wilayah Gaza, Palestin pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyah kedua , Abu Jaafar Al-Mansur dan kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Rejab 204 H/820 M di Mesir.]





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

مخ الدعاء في الايمان

Sambungan daripada كـِتَابُ اَسْمَاءُ اللهِ الْحُسْنَى كتاب مخ الدعاء في الايمان تأليف الأستاذ الحاج محمد اسماعيل بن...