Jumaat, 19 Ogos 2011

ADAB HATI KETIKA SAKIT TENAT MEMBAWA MAUT


    [Lihat : BERSEDIAKAH ANDA MENGHADAPI SAKARATUL-MAUT? ]



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَاْلإِسْلاَمِ. وَنُصَلِّيْ وَنُسَلِّمُ عَلَى خَيْرِ اْلأَنَامِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ 
اما بعد  
لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ    
                                Maksudnya:
Sehingga jika telah datang (kepada) seorang dari mereka kematian, dia berkata Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku, berbuat yang baik pada apa yang telah aku tinggalkan, sama-sekali tidak, sesungguhnya ia (adalah) perkataan/dalih (yang) dia (hanya) mengatakannya dan dari belakang mereka Alam Barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan.
                  [ Al-Quran surah سورة المؤمنون Al-Mukminun : 100]

                                    ***************************************

  Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada Abdullah bin Umar Radiallahua’nhuma:

اِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تُحْدِثُ نَفْسَك بِالْمَسَاءِ وَاذَا
أَمْسَيْتَ فَلَا تُحْدِثُ نَفْسَكَ بِالصَّبَاحِ وَخُذْ مِنْ حَيَاتِكَ
لِمَوْتِكَ وَمِنْ صِحَتِكَ لِسَقَمِكَ فَاِنَّكَ يَا عَبْدَ اللهِ لَا
تَدْرِي مَا اِسْمُكَ غَدًا
                      Maksudnya:
“Apabila engkau berada pada waktu pagi, janganlah engkau ingatkan adanya diri engkau itu pada waktu petang, apabila engkau berada di waktu petang, janganlah engkau ingatkan adanya diri engkau itu pada waktu paginya, dan ambillah (persediaan/peluang) semasa hidup engkau untuk mati engkau dan semasa sihat engkau bagi persediaan sakit engkau, sesungguhnya engkau wahai Abdullah tidaklah engkau tahu apa nama engkau pada esoknya.”
                                *********************************
Walaupun manusia tidak menggemari kematian tetapi sebagai makhluk Allah setiap diri manusia pasti dan tetap akan merasai kematian dan kematian akan datang menjemput manusia ke 'Barzakh' di alam akhirat pada bila-bila masa dengan bermacam-macam cara sama ada dapat dijangka atau tidak sesekali dapat dijangkakan. 

Pada kebiasaannya kedatangan ajal maut seseorang manusia itu diberikan pertanda-tanda awal dengan dikenakan berbagai-bagai jenis penyakit supaya mereka dapat menyemak dan melakukan 'muhasabah' dirinya dari sebarang kesalahan yang dilakukannya, bertaubat dan menyediakan diri secukupnya berhadapan dengan saat-saat kematian. Namun dalam hal-hal tertentu maut datang dengan mengejut tanpa sebarang "pertanda amaran/peringatan" yang jelas.

Insan mukmin soleh yang mempunyai kekuatan iman kepada Allah dan Rasul-Nya pula diberikan kelebihan kerana mempunyai kefahaman ilmu dan mengetahui apakah perkara-perkara yang akan dihadapinya ketika berhadapan dengan Sakarat al-maut (سكرات الموت). 
Justeru mereka menjaga adab hati dan dirinya daripada sebarang gangguan yang datang sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas di dalam Hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
Pada waktu sakit tenat hendaklah dipelihara niat-niat di dalam hati supaya dilindungi Allah daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada Su-ulkhatimah (سوء الخاتمة) iaitu "kesuduhan yang buruk" dan dikurniakan Husnul-khatimahحسن الخاتمة)  ) iaitu "kesudahan yang baik", jika ditakdirkan sakit itu membawa maut.
  
Setiap diri manusia ada disertakan Allah Taala dua kembarannya (Qarin), seorang malaikat untuk menyuruh membuat kebajikan dan seorang syaitan untuk menyuruh membuat kejahatan [melalui bisikan lintasan-lintasan di hati]. 
Adapun syaitan bagi Nabi Muhammad s.a.w. itu ianya menjadi Muslim dan tidak menyuruh sebarang kejahatan melainkan kepada kebajikan sahaja. Syaitan bagi manusia yang lain daripada Nabi-nabi dan Rasul-rasul Alaihimussalam itu semuanya syaitan yang tidak menjadi Muslim sebagaimana yang tersebut di dalam Hadis berikut:
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.  :
"ما منكم من أحد إلا وله شيطان قالوا وأنت يا رسول الله قال وأنا إلا أن الله أعانني عليه فأسلم فلا يأمر إلا بخير".
                          Maksudnya :
Tiada seorang daripada kamu sekalian melainkan ada baginya syaitan قرين ".Kata mereka: Dan engkau (juga), wahai Rasulullah? Sabdanya: “Dan aku (juga) melainkan Allah menolong aku ke atasnya, maka ia jadi Muslim; tiada ia menyuruh melainkan dengan kebajikan.
Di dalam Hadis Rasullullah s.a.w. yang lain ada menyatakan juga bahawa:

Rasulullah s.a.w bersabda:
"في القلب لمتان لمة من الملك ايعاد بالخير وتصديق بالحق فمن وجد ذلك فليعلم أنه من الله سبحانه وليحمد الله ولمة من العدو ايعاد بالشر وتكذيب بالحق ونهي عن الخير فمن وجد ذلك فليستعذ بالله من الشيطان الرجيم." 
                          Maksudnya :
“Pada hati (qalbu)itu ada dua lintasan, satu lintasan daripada malaikat  yang menjanjikan dengan kebajikan (yakni menyuruh berbuat kebajikan) dan membenarkan dengan (apa yang) hak. Barangsiapa mendapati akan yang demikian itu, maka hendaklah ia ketahui bahawasanya itu ialah daripada Allah SWT dan hendaklah ia memuji Allah. Dan satu lintasan daripada seteru iaitu menjanjikan dengan kejahatan (yakni menyuruh dengan kejahatan) dan mendustakan perkara yang hak dan menegah daripada kebajikan. Maka barangsiapa mendapati yang demikian, ia hendaklah minta dilindungi dengan pertolongan Allah daripada syaitan yang kena laknat.”
Demikianlah asas keterangan dan pemahaman bahawa pada setiap diri manusia itu mempunyai dua kembarannya (Qarin) yang menerbitkan dua lintasan di hati. Oleh hal yang demikian pada ketika sakit tenat, hanya salah satu daripada dua hal sahaja yang akan mengenai setiap diri manusia iaitu sama ada mati dalam keadaan Husnul-khatimah ataupun mati dalam keadaan Su-ulkhatimah.  Seseorang itu tidak mampu dan terdaya menolak segala lintasan hati 'jahat' yang terbit daripada syaitan melainkan dengan sebab dia mempunyai banyak ilmu pengetahuan agama Islam khususnya Ilmu At-Tawhid dan yang berkaitan dengan Rukun Iman yang enam (6) perkara serta beriman dan menghayatinya dengan penuh keikhlasan di sepanjang hayatnya semata-mata kerana Allah sahaja.

Jika seseorang itu tidak memiliki ilmu agama Islam yang benar lagi hak khususnya yang berkaitan dengan At-Tawhid dan Aqidah keimanan maka syaitan akan mendatangkan beberapa banyak lintasan hati yang sesat pada agama supaya manusia itu jatuh menjadi kafir pada saat-saat kematiannya dan masuk di dalam api neraka berkekalan di sana selama-lamanya bersama-sama syaitan. Syaitan menyuruh manusia menjadi kafir sebagaimana Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة الحشر  Al-Hasyr ayat 16:

كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنْسَانِ اكْفُرْ
فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ  
                      Maksudnya :
"(Pujukan orang munafik itu adalah) seperti (pujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: 'Kafirlah kamu', maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata: 'Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam'."  
Firman Allah dalam al-Quran surah سورة الزخرف  Az-Zukhruf ayat 36 memperingatkan juga peri hal yang hampir sama :
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ  قَرِينٌ 
                       Maksudnya :
" Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya."
Dalam Hadis Rasullullah s.a.w. ada menyebut juga :

Kata 'Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
" إن الشيطان يأتي احدكم فيقول من خلقك فيقول: الله تبارك وتعالى فيقول: فمن خلق الله.  فاذا وجد أحدكم ذلك فليقل : آمنت بالله ورسوله فإن ذلك يذهب عنه ".
                      Maksudnya :
i.“Bahawa syaitan datang kepada seseorang kamu maka ia berkata: 'Siapakah mengadakan engkau'?Maka ia mejawab: 'Allah Tabaraka Wa Taala.' Maka ia berkata: 'Maka siapakah mengadakan Allah?'.Maka apabila seseorang kamu mendapati akan hal yang demikian, maka hendaklah ia katakan :
         "   آمنت بالله ورسوله "
                        Yang bererti : 
“Aku telah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.”
Maka sesungguhnya yang demikian itu (akan) membuatnya ia pergi daripadanya. 
 "وكل بالمؤمن مائة وستون ملكا يذبون عنه مالم يقدر عليه من ذلك للبصر سبعة املاك يذبون عنه كما يذب الذباب عن قصعة العسل في اليوم الصائف وما لو بدا لكم لرأيتموه على كل سهل وجبل كل باسط يده فاغر فاه ولو وكل العبد الى نفسه طرفة عين لاختطفته الشياطين".
                     Maksudnya :
ii. "Seorang mukmin itu diwakilkan oleh seratus enam puluh (160) orang  malaikat. Mereka melindunginya dari apa yang ia tidak berupaya ke atasnya; daripada (bilangan) itu, untuk mata tujuh (7) orang malaikat. Mereka melindunginya umpama melindungi lalat daripada pinggan berisi madu pada hari musim panas; andainya ia zahir bagi kamu kalian nescaya kalian (dapat) melihatnya di atas tiap-tiap tanah rata dan bukit, semuanya membentang (menadah) tangannya dan membuka mulutnya.Dan jika diwakilkan hamba itu kepada dirinya sendiri (untuk menolak syaitan itu) sekadar sekerlipan mata sahaja, nescaya syaitan-syaitan itu menyambarnya.”
Demikianlah betapa halus dan liciknya lintasan-lintasan hati yang diterbitkan oleh syaitan dan ramainya jumlah syaitan yang bersedia untuk merosakkan pegangan agama dan kesejahteraan hidup manusia di dunia. Sekiranya hal ini berlaku pada ketika sakit tenat yang boleh membawa maut adalah sangat sukar bagi orang-orang jahil pada agama untuk dikurniakan martabat 'Husnul-khatimah' kerana tidak memiliki kekuatan ilmu mencukupi yang mampu melawan dan menolak hujah-hujah sesat yang terbit daripada syaitan itu.

Namun demikian jika kita sendiri dan anak-anak kita ada memiliki ilmu bagi memahami dan menyimpan di dalam hati segala makna : Nama-nama Allah yang Allah SWT memuji Diri-Nya sendiri (kandungan Do'a Ali bin Abi Talib) dan memahami segala makna Asma' Ullah Al-Husna serta memahami segala isi kandungan kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Pada Maksud Dua Kalimah Syahadah barulah (insya-Allah, dengan rahmat pertolongan dan izin Allah Subhanahu Wataala) kita berkemampuan dan mempunyai kekuatan untuk menolak segala hujah dan lintasan-lintasan hati yang terbit daripada bisikan syaitan yang tidak penah merasa jemu dan penat hendak menyesatkan dan menjatuhkan seseorang insan itu menjadi kafir. 

Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai pemahaman, pegangan dan penghayatan ilmu-ilmu tersebut, adalah tidak mungkin atau terlalu sukar dan tidak ada jalan baginya untuk mengalahkan hujah-hujah halus bisikan syaitan kerana ketika menghadapi sakit tenat itu kita dilarang mengingatkan makhluk Allah tetapi hendaklah mengingatkan Allah dan kasihkan Allah sahaja di dalam hati dan lidah pula berterusan menuturkan kalimah La Ilaha Illallah :

                                             لا إله إلا الله 

Hakikat ini memberi ingatan bahawa ketika seseorang mukmin itu dikurniakan nikmat kesihatan tubuh badan dan mental, persediaan yang mencukupi hendaklah diberikan untuk mempelajari, memahami, beriman, menghayati dan mengamalkan sepenuhnya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan At-Tawhid untuk mengenali Allah dan aqidah keimanan dengan penuh keikhlasan. 

Pada setiap detik hayatnya hati dan lidahnya hendaklah dilatih dan beristiqamah berzikir dengan kalimah La Illaha Illallah (لا إله إلا الله ) dengan menyertakan kefahaman ilmu yang terkandung di dalamnya. Rahmat dan fadilatnya adalah sangat besar yang akan dapat dirasakan dan alami sendiri apabila tiba saat-saat kesukaran berhadapan dengan sakit yang membawa Sakaratul-maut.
                        

                                         Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
 "Wahai Abu Hurairah ajarkanlah olehmu akan orang-orang yang hampir mati itu syahdat La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) kerana ia dapat merobohkan segala dosa sehabis-habis robohan........"
Seseorang Muslim itu hendaklah benar-benar memahami dan berpendirian yang kukuh di dalam hati bahawa sebelum diadakan oleh Allah SWT akan masa dan tempat dan sebelum di adakan oleh Allah SWT akan sekalian alam maka Allah SWT sahaja yang ada dan tidak ada apa-apa pun yang ada selain daripada-Nya. Jika sekiranya Allah SWT tidak mengadakan masa dan tempat atau tidak mengadakan makhluk alam sama sekali pun maka Allah SWT begitu juga dengan kemuliaan-Nya, kesempurnaan-Nya, kebesaran-Nya dan ketinggian martabat-Nya mempunyai segala Asma' Ullah Al-Husna.

Apabila melafazkan kalimah  La Ilaha Illallah  (لا إله إلا الله ) hendaklah difahami dan dihayati dengan pengakuan yang kukuh di lidah dan keyakinan penuh di hati akan maksudnya iaitu:
"...tiada yang sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Allah..."
Adapun Allah SWT Tuhan kita Azawajalla ialah sebagaimana yang diketahui pada segala makna nama-nama Allah yang Allah SWT memuji Diri-Nya sendiri dengan-Nya dan segala makna Asma Ullah Al-Husna dan Terjemah Aqidah Ahli Sunnah.  Jika syaitan hendak mendatangkan waswas di hati dengan mengaku dirinya Allah atau menuduhkan atau mengajarkan bahawa Allah SWT itu ada rupa begini, begini....dan begini... maka mudah sahaja ditolak waswas atau ajaran/dakwaan seumpama ini kerana rupa berkehendakkan kepada adanya tempat yang pada hal tempat belum diadakan lagi oleh Allah SWT.

Jika terbit pula waswas di hati dengan menuduhkan dan berganggapan/mempercayai bahawa Allah SWT itu di luar alam atau di dalam alam atau meliputi dan bercampur bersatu-padu dengan alam,  maka waswas ini mudah ditolak kerana sebelum diadakan oleh Allah SWT akan alam maka Allah SWT tidak di luar alam,  tidak di dalam alam dan tidak bersatu-padu dengan alam, bahkan Allah SWT itu lain dan alam itu lain. Sekiranya alam ini tidak ada, rosak binasa atau belum ada sekalipun Allah tetap ADA sebagaimana Dia ADA juga yang tidak memerlukan atau berhajat kepada makhluk yang dinamakan masa, tempat dan alam. 

[**Peringatan : Alam yang dimaksudkan di dalam Ilmu Tawhid bukan hanya merujuk kepada alam langit, bumi dan alam akhirat tetapi meliputi juga segala sesuatu yang ada selain daripada Allah dan yang dijadikan Allah daripada semata-mata tidak ada kepada ada.]

Jika terbit pula waswas syaitan yang menuduhkan/mengatakan  bahawa Allah SWT itu cahaya maka ini mudah ditolak bahawa cahaya itu jika kecil atau sebesar mana sekalipun berkehendakkan kepada adanya tempat juga, pada hal tempat belum lagi diadakan Allah SWT.  Jika datang pula waswas syaitan yang menuduhkan bahawa Allah SWT itu "berserta" hamba-Nya, maka ini juga mudah ditolak kerana maksud " berserta" itu ialah berserta rahmat-Nya dan pertolongan-Nya dan bukan berserta Zat-Nya (Diri-Nya) yang tidak berjuzuk, Qadim lagi Azali. 
Jika terbit pula kemusykilan atau kata-kata pada makna bahawa: "Allah SWT lebih hampir daripada urat leher", maka ini mudah ditolak dengan mengatakan kefahaman bahawa:
"Ilmu, dan rahmat pertolongan Allah itu lebih hampir daripada urat leher dan bukan Zat (Diri) Allah SWT yang lebih hampir daripada urat leher."
Jika terbit waswas syaitan yang menuduhkan bahawa awal-awal makhluk yang Allah jadikan ialah Nur Muhammad,  maka ini  mudah ditolak bahawa awal-awal makhluk yang Allah jadikan ialah seorang malaikat bernama 'Akal' atau 'Kalam' yang bukan berasal daripada cahaya dan tidak berasal daripada apa-apa pun.


Jika dituduhkan bahawa malaikat yang mula-mula diadakan itu daripada cahaya maka ini akan memberi erti bahawa cahaya itulah awal makhluk dan bukan malaikat.  Jika terbit lintasan atau waswas hati pada menuduhkan Zat Allah itu ada berjuzuk,  maka ini mudah ditolak kerana Zat Allah itu tiada berjuzuk tetapi zat alam/makhluk ada mempunyai juzuk.
Oleh itu tidak sesekali boleh dikatakan atau dituduh bahawa alam itu daripada Zat Allah tetapi alam ialah barang perbuatan Allah yang diadakan daripada semata-mata tidak ada kepada ada dengan Qudrat-Nya yang Qadim berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim algi Azali. Jika di tuduhkan Zat Allah itu ada berjuzuk nescaya berkehendakkan pada tempat.  Begitu juga kecil atau besar sesuatu itu berkehendakkan pada adanya tempat.

Sebelum diadakan oleh Allah SWT akan masa dan tempat maka Allah SWT tiada mengenai masa dan tempat dan tiada pada semua tempat. Apabila telah diadakan oleh Allah SWT akan masa dan tempat maka Allah SWT begitu juga tiada mengenai masa dan tempat dan tidak berada pada semua atau di mana-mana tempat. **

[** Peringatan : Penjelasan  yang lebih mendalam mengenai Zat Allah SWT ini ada diterangkan di dalam kitab: Terjemah Aqidah Ahli Al-Sunnah Pada Makna Dua Kalimah Syahadat Al-Tawhid dan Syahadat Ar-Rasul pada bab 'At Tanzihu' dan juga pengertian Jirim, Jisim, Jauhar dan 'Aradh.]

Oleh hal yang demikian orang yang sakit sebelum tiba ke perenggan sakit tenat dan sebelum roh tiba halkum, hendaklah ia segera bertaubat daripada dosa-dosanya dan memberi wasiat kepada anak-anak dan ahli-ahli warisnya mengenai perkara-perkara yang mustahak sahaja. Selepas berwasiat dia sewajarnya tidak berhajat apa-apa lagi yang hendak diperkatakan kepada anak-anak, ahli-ahli warisnya dan apa tah lagi orang-orang lain walaupun dalam perkara-perkara mustahak.
Memadailah anak-anak dan ahli-ahli waris yang berhak menyelesaikan segala perkara mustahak seperti harta pusaka dan lain-lain, walaupun pada ketika itu dia masih berupaya bercakap-cakap dengan orang-orang yang datang menziarahinya. Adalah sangat ditakuti pada ketika dia berkata-kata dengan orang-orang yang menziarahinya akan mengganggu hingga boleh merosak hatinya apabila mendengar atau terdengar apa-apa juga perkataan orang lain dan terbit di hatinya "kasihkan dunia".  

Jika seseorang itu mati dalam keadaan "kasihkan dunia" seperti : harta benda dunia, anak-isteri, orang-orang tertentu atau sesuatu benda yang amat disayangi atau dibencinya dan apa juga hal urusan duniawi [walaupun sedikit] maka ditakuti matinya dalam keadaan Su-ulkhatimah (سوء الخاتمة) atau "Kesudahan Yang Buruk" dan bukan Husnul-khatimah(حسن الخاتمة) atau "Kesudahan Yang Baik."

Hati (qalbu) juga boleh rosak kerana ingatkan segala aspek urusan duniawi oleh sebab ada kemungkinan orang yang datang menziarahinya itu ialah orang yang dibencinya ataupun musuhnya hingga menerbitkan rasa marah dan menjadikan hatinya lalai daripada mengingati Allah dan melafazkan zikirullah. Oleh itu anak-anak dan ahli-ahli waris tidak sewajarnya menggalakkan/mengizinkan orang-orang yang tidak berkenaan atau memang diketahui sebagai musuhnya datang menziarahinya.
Kemarahan mungkin timbul di hatinya apabila orang yang dikatakan musuhnya itu atau orang yang kuat membangkang agama Islam datang menziarahinya dengan mengeluarkan perkataan-perkataan hal duniawi atau perkataan kufur yang sesat pada agama hingga menerbitkan kemarahan di hati orang yang sakit tenat itu. Adalah amat dikhuatiri pada ketika itu jugalah Malaikat Maut datang mencabut rohnya keluar daripada jasadnya dan dia mati dalam keadaan kasihkan dunia. Jika berlaku demikian adalah sangat ditakuti ia mati dalam Su-ulkhatimah.
Orang yang sakit tenat hendaklah bersabar dan jangan marah apabila merasai sakit yang kuat kerana kesakitan itu diberi pahala sabar dan reda yang meninggikan martabat darjatnya dalam syurga dan mengkifarahkan dosa-dosanya. Hendaklah sentiasa disematkan di dalam hatinya bahawa sakit itu adalah rahmat dan nikmat daripada Allah SWT juga. Oleh itu selepas sahaja orang yang sakit itu membuat wasiat dalam perkara-perkara yang penting sahaja, dia jangan berkata-kata mengenai hal duniawi lagi sebaliknya hanya melafazkan dengan kalimah hak La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) sahaja.

Bahkan setelah menulis atau menyampaikan wasiat-wasiatnya dia hendaklah melafazkan Dua Kalimah Syahadah Al-Tawhid dan Syahadah Ar-Rasul,  Asyhadu Alla Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah :
       أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ  
Di dalam hatinya pula hendaklah mengingatkan segala ilmu yang terkandung di dalam kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah yang panjang tafsilnya itu.
Selepas mengucap Dua Kalimah Syahadah dia hendaklah membaca Do'a Abu Bakar Al-Siddiq r.a. dan kemudian lidah berserta hatinya tidak berhenti menyebut kalimah La Ilaha Illallah لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ sahaja hingga Malaikat Maut mencabut keluar rohnya daripada badan zahirnya.

[ Lihat : Kandungan Do'a Khalifah Abu Bakr As Siddiq Ketika Sakit Membawa Kewafatannya ]

Di dalam satu riwayat ada menceritakan bahawa ketika Saidina Ali bin Ali Talib r.a. cedera parah yang membawa maut beliau telah memberi wasiat kepada anak-anaknya dan selepas itu dia tiada bertutur kata lagi melainkan melafazkan kalimah La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) sahaja hingga rohnya diambil oleh Malaikat Maut.

Penjelasan dan pesanan ini hendaklah dimanfaatkan oleh orang yang sakit tenat dan ahli-ahli warisnya supaya dia tidak lalai daripada menyebut kalimah yang mulia ini dan dilarang sama sekali orang yang hadir berdekatan dengannya bercakap-cakap mengenai hal duniawi kerana ditakuti kata-kata ini didengari oleh orang sakit itu hingga boleh menerbitkan rasa dukacita atau melalaikan hatinya daripada mengingati Allah dengan melafazkan kalimah zikirullah La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ).
Bahkan orang yang sakit itu jangan sesekali mengingatkan harta benda dunia, anak isteri, ahli keluarga dan lain-lain lagi tetapi hanya mengingatkan Allah sahaja seolah-olah dia benar-benar faham dan menghayati bahawa segala lapisan langit dan bumi yang luas ini dan sekalian makhluk-Nya belum lagi diadakan Allah.  

Jika dikosongkan di dalam hati daripada mengingati makhluk Allah dan tidak mengingati segala hal duniawi maka mudahlah hatinya untuk mengingatkan Allah sahaja. Pada setiap kali lidah merasa jemu menyebut kalimah La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) dan hati merasa lemah, hendaklah mengingati fadilat membaca kalimah La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) agar hatinya merasa kuat semula untuk menyebut kalimah-kalimah yang mulia ini kerana pada ketika inilah syaitan akan berusaha untuk melemahkan hatinya daripada menyebut kalimah zikirullah. Apabila mengingati pahala-pahala dan fadilat-fadilat membaca kalimah ini nescaya tidak akan merasa jemu dan kembali bersemangat semula kekuatannya melafazkan kalimah ini.

Antara Firman Allah di dalam al-Quran mengenai tuntutan, kebesaran, kelebihan dan fadilat membaca kalimah zikirullah La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) adalah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلا (42) هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا (43)
                        Maksudnya : 
i." Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama-nama Allah), zikir yang sebanyak-banyaknya. (41) 
Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang. (42)  
Dia-lah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman." (43)
                  [ Surah  سورة الأحزاب‎‎  Al-Ahzab : 41-43 ]  
فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا 
                         Maksudnya :
ii. Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman."
                          [ Surah سورة النساء   An-Nisaa' : 103] 
    فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ 
                 Maksudnya :
iii."Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku."
                         [ Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 152] 
وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ 
                      Maksudnya :
iv." Dan sebutlah (nama) Tuhan-mu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai ."
             [ Surah سورة الأعراف‎‎ Al-A'Raaf : 205 ]
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ (190) الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (191
                      Maksudnya :
v." Sesungguhnya pada kejadian  langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. (190) 
(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (seraya berkata) : 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau mengadakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab seksa neraka'." (191).
                        [ Surah  سورة آل عمران Ali 'Imran : 190-191 ]
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
                  Maksudnya :
vi."(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."
                               [Surah سورة الرعد‎‎ Ar-Ra'd : 28

Selain daripada itu terdapat banyak Hadis Rasulullah s.a.w.  yang menjelaskan keutamaan, kelebihan dan fadilat zikirullah. Antaranya ialah seperti yang dimaksudkan seperti berikut :

i.  Kata Ibnu Abbas r.a.:
"..., yakni pada malam dan siang , pada daratan dan lautan , pada perjalanan dan kehadiran,  pada waktu kaya dan miskin, pada kesakitan dan kesihatan, dengan perlahan dan baring..."
ii.  Apabila ditanya Rasullullah s.a.w. apakah dia amalan yang lebih afdhal?
"Maka sabdanya: Bahawa kau mati dan lidah engkau basah menyebutkan Allah Aza Wajalla." 
iii. Rasullullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
" Barangsiapa gemar bersuka-suka dan bersenang-senang pada taman-taman syurga maka dia hendaklah membanyakkan menyebut Allah Aza Wajalla."
iv.  Sabda Rasulullah s.a.w. lagi bermaksud:
"Berpagi-pagilah dan berpetang-petanglah oleh mu dengan lidah engkau basah menyebutkan Allah nescaya tiada dosa dan kesalahan ke atas engkau pada sepanjang hari ."
v. Bahawasanya Rasullullah s.a.w. juga ada bersabda :
".... menyebutkan Allah Aza Wajalla pada pagi dan petang itu lebih afdhal daripada memecahkan pedang pada perang fisabillillah dan daripada memberikan wang sedekah yang banyak."
vi.  Sabda Nabi s.a.w. :
إذا احتضر الميت فلقنوه لا إله إلا الله ، فإنه ما من عبد يختم له بها عند موته إلا كانت زاده إلى الجنة
             Maksudnya:  
“Apabila seseorang itu sedang nazak dengan kematian, maka hendaklah kamu ajarkan kepadanya: La Ilaha Illa Allah (لا إله إلا الله ). Ini kerana, mana-mana hamba yang mengakhiri dengannya (kalimah tauhid) ketika kematiannya, melainkan Allah akan memberi bekalannya ke syurga.
 vii.          Rasulullah bersabda :

من مات وهو يعلم أنه لا إله إلا الله دخل الجنة
                         Maksudnya :
Barangsiapa meninggal dunia dan ia mengetahui bahwa tidak ada yang lain yang sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, maka ia masuk syurga.” [HR. Muslim]
Di samping itu Rasulullah s.a.w. juga memperjelaskan  :
وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اَيضًا لِأَبِي هُرَيْرَةَ: "يَا أَبَا هُرَيْرَةَ إِنَّ كُلَّ حَسَنَةٍ تَعْمَلُهَا تُوزَنُ يَومَ القِيَامَةِ اِلاَّ شَهَادَةُ أَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ فَإِنَّهَا لاَ تُوضَعُ فِي مِيزَانٍ لِأَنَّهَا لَوْ وُضِعَتْ فِي مِيزَانٍ مَنْ قَالَهَا صَادِقًا وَوُضِعَتْ السَّموَاتُ السَّبْعُ وَالاَرْضُونَ السَّبْعُ وَمَا فِيهِنَّ كَانَ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ اَرْجَحُ مِنْ ذَلِكَ".
                     Maksudnya :
i. " .....dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. pula kepada Abu Hurairah r.a. : 'Wahai Abu Hurairah, bahawasanya tiap-tiap kebajikan yang kau amalkan  itu ditimbang pada Hari Kiamat melainkan syahadat La Illahaillallah (لا إله إلا الله ). Bahawasanya jika sekiranya diletakkan pada tempat penimbangan orang yang menuturkannya yang ia benar (benar pada kata lidahnya dan benar pada iktiqad di hatinya ) dan diletakkan segala langit yang tujuh lapis dan segala bumi yang tujuh lapis dan segala barang apa yang ada padanya adalah La Illahaillallah (لا إله إلا الله ) lebih berat daripada demikian itu' ."

 

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ
وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ
وَالْوَرِقِ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ
وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا بَلَى قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى قَالَ مُعَاذُ
بْنُ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مَا شَيْءٌ أَنْجَى مِنْ عَذَابِ اللَّهِ مِنْ
ذِكْرِ اللَّهِ
Maksudnya :
ii."Dari Abu Ad Darda` radliallahu ‘anhu ia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 'Mahukah aku beritahukan kepada kalian mengenai amalan kalian yang
terbaik dan
yang paling suci di sisi Allah kalian, paling tinggi darajatnya, serta lebih baik bagi kalian daripada menginfakkan emas dan perak, serta lebih baik bagi kalian daripada bertemu dengan musuh kemudian kalian memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian?'. Mereka berkata: Ya. Beliau berkata: 'Berzikir kepada Allah Ta’ala.' Mu’az bin Jabal radliallahu ‘anhu berkata: 'Tidak ada sesuatu yang lebih dapat menyelamatkan dari azab Allah daripada zikir kepada Allah'." [HR Tirmidzi ]
وَعَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ ، وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيْكِكُمْ ، وَأَرْفَعَهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ ، وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالْوَرَقِ ، وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ أَنْ تُلْقُوا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ ؟ قَالُوا : بَلَى ، قَالَ : ذِكْرُ اللهِ تَعَالَى » . رواه الترمذي وابن ماجه. الْوَرَقُ الْفِضَّةُ
Maksudnya :
iii."Dari Abu Darda' r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Mahukah aku beritahukan sebaik-baik perbuatan, lebih bersih dan suci di hadapan Tuhan kalian dan labih tinggi darajatnya, dan lebih baik dari berinfaq dengan emas dan perak, bahkan lebih baik dari kalian berjumpa dengan musuh lalu kalian penggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian (syahid) ?' Mereka berkata : Tentu. Nabi bersabda : 'Zikir kepada Allah'."
[HR: Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Ada diriwayatkan juga bahawasanya tiap-tiap diri (roh) yang keluar daripada dunia ini merasa amat dahaga melainkan orang yang menyebut zikir Allah Aza Wajalla. Berkata Mu'az bin Jabal r.a. bahawa:
"..Tidak berdukacita ahli syurga di atas sesuatu melainkan di atas satu saat yang dilaluinya mereka tidak menyebutkan Allah SWT kepadanya." 
Di dalam Hadis Rasullullah s.a.w. ada menyebutkan bahawa tidak ada ahli La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) itu berdukacita di dalam kubur mereka dan tidak ada dukacita apabila dibangkitkan hidup semula kelak seolah-olah aku melihat kepada mereka pada ketika tiupan sangkakala itu mereka membersihkan kepala-kepala mereka daripada tanah dan mereka berkata:
" ...Segala kepujian itu bagi Allah yang menghilangkan daripada kami kedukacitaan dan bahawasanya Tuhan kami Yang Amat Mengampuni lagi Yang Amat Memuji di atas mereka yang membuat taat." 
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
 "Wahai Abu Hurairah ajarkanlah olehmu akan orang-orang yang hampir mati itu syahdat La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) kerana ia dapat merobohkan segala dosa sehabis-habis robohan. Kata ku:  Wahai Rasullullah ini bagi orang-orang yang hampir mati,  maka bagaimanakah orang-orang yang hidup? Sabda Nabi Muhammad s.a.w., iaitulah lebih merobohkan dan lebih merobohkan. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud barangsiapa berkata  La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) dengan penuh ikhlas nescaya masuk syurga ."
 Sabdanya lagi: 
 ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻟﺘﺪﺧﻠﻦ ﺍﻟﺠﻨﺔ ﻛﻠﻜﻢ ﺇﻻ ﻣﻦ ﺃﺑﻰ ﻭﺷﺮﺩ ﻋﻦ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﺰ ﻭﺟﻞ ﺷﺮﺍﺩ ﺍﻟﺒﻌﻴﺮ ﻋﻦ ﺃﻫﻠﻪ ﻓﻘﻴﻞ ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﺄﺑﻰ ﻭﻳﺸﺮﺩ ﻋﻦ ﺍﻟﻠﻪ ﻗﺎﻝ ﻣﻦ ﻟﻢ ﻳﻘﻞ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ 
                     Maksudnya :
"Nabi s.a.w. bersabda: 'Masing-masing kamu masuk syurga, kecuali orang-orang yang enggan dan lari dari Allah ‘Azza Wa Jalla seperti larinya unta dari pemiliknya'. Maka ditanyakan: 'Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan dan lari dari Allah?'. Beliau bersabda: 'Orang yang tidak mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAAHU (  ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ)'." [HR. Bukhari dari hadis Abu Hurairah ]
Bahawasanya kalimah At-Tawhid ialah kalimah 'Al-Ikhlas'  ialah kalimah At-Taqwa dan ialah kalimah yang baik, dan ialah seruan yang hak dan ialah pemegang teguh dan ialah harga syurga.  Firman Allah Aza Wajaalla di dalam al-Quran : 
 فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8
                 Maksudnya :  
i." Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). (7) 
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya)." (8) 
            [ Surah الزلزلة Az-Zalzalah : 7-8  
                                  هَلْ جَزَاءُ الإحْسَانِ إِلا الإحْسَانُ

                         Maksudnya :
ii."Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula." 
                        [ Surah سورة الرحمن Ar-Rahman : 60 ] 

Kata satu qaul bermula baik di dalam dunia ialah perkataan La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) dan di dalam akhirat kelak ialah syurga.

Berkata Saidina Umar al-Khatab r.a.:
".. Hadirilah olehmu orang-orang mati dan ingatkanlah kepada mereka kerana bahawasanya mereka melihat barang yang kamu tiada melihat dan ajarkanlah mereka La Ilaha Illallah(لا إله إلا الله )."
Dalam Hadis-hadis yang lain ada menjelaskan:
" لَقِّـنـُواْ مَوتَـاكـُمْ لاَ إلَـهَ إلاّ الله " . رواه  مسلم والترمذي عن أبي هريرة.

                Maksudnya: 
i.Talqinkanlah orang-orang kamu yang sedang sakit  itu denganلا اله الا الله 
           [Riwayat Muslim dan Al-Tarmizi daripada Abu Hurairah] 
" مَـا مِــنْ عَبْـــدٍ قَـالَ  لاَ إلَــــهَ إلاَّ اللهَ  ثُـمَّ مـَاتَ إلاَّ دَخـَــلَ الجَـنَّـة َ"
                         Maksudnya:
ii.“Tidak ada seorang hamba yang menuturkan: 
                    لا اله الا الله 
 kemudian ia mati, melainkan ia masuk syurga.  

"مـَنْ كَـانَ أخِـــرُ كَـلاَ مِهِ لاَ  إلَــهَ إلاّ اللهُ دَخـَـلَ الجَنـَّـــةَ"
                     Maksudnya:
 iii.“Siapa jua yang mengakhiri kalamnya dengan:

                                         لا اله الا الله 

 nescaya masuklah ia syurga. 
 [Diriwayatkan oleh Muslim dan Al-Tarmizi daripada Abu Hurairah]
Dalam Hadis-hadis lain yang memperjelaskan lagi kelebihan dan keutamaan zikirullah La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) ialah :
i. Diriwayatkan dari Ali r.a.: “Suatu ketika aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : “Wahai Rasulullah, apakah jalan paling 'hampir' kepada Allah dan paling mudah bagi hamba-hamba Allah dan paling utama di sisi Allah Ta’ala?”  Rasulullah s.a.w. menjawab: “Wahai Ali, hendaklah engkau sentiasa tetap zikrullah”. 
Ali r.a.bertanya lagi: “Semua manusia menyebut Allah”. Jawab Rasulullah s.a.w. “Tidak akan berlaku kiamat sehingga tiada tinggal lagi  di atas muka bumi ini orang yang menyebut “Allah”. 
Kemudian Ali r.a. bertanya lagi: “Bagaimanakah kaifiat (cara) untuk berzikir wahai Rasulullah?” Maka jawab Rasulullah s.a.w.: “Pejamkan kedua matamu dan dengarlah daripadaku tiga kali, kemudian katakanlah seumpamanya sambil aku mendengar”. Maka Rasulullah s.a.w. pun mengucapkan لاإله إلا الله sebanyak tiga kali dalam memejamkan kedua matanya, kemudian Ali r.a mengucapkannya pula.”
ii.“Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ dengan hati yang ikhlas”.(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
iii.Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang beramaksud : 
“Barangsiapa yang mengucapkan Lailahaillallah لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ
dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Lalu ditanya kepada Baginda : Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”.(Hadis riwayat Al-Imam At-Tabarani).
iv.Dari Umar Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya : “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu Lailahaillallah لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ."
[Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim].

    
Hanya Allah Yang Mengetahui Akhir Kalam Setiap Orang Hamba-Nya

Rumusan daripada paparan dan peringatan nas-nas yang tersebut hendaklah difahami dan dihayati bahawa orang yang sakit tenat hendaklah membaca dan memahami maksud kandungan ilmu yang terdapat di dalam Do'a Ali bin Abi Talib yang menjelaskan Allah SWT Memuji Diri-Nya Sendiri setiap hari. Di samping itu hendaklah membaca dan  mengambil faham ilmu yang terkandung di dalam Asma' Ullah Al-Husna dan kitab Terjemah Aqidah Al-Sunnah Pada Makna Dua Kalimah Syahadat yang panjang tafsilnya itu kerana segala kandungan ilmu yang terdapat di dalamnya adalah bekalan akhirat dan di dalam hati ada menyimpan ilmu yang dinamakan IMAN .
Lidahnya pula tidak berhenti-henti menyebutkan kalimah La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) dan hatinya (qalbu) tidak mengingatkan lagi walau sedikitpun segala hal perkara duniawi. Dia juga hendaklah berbaik sangka terhadap Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemurah, Maha Pengampun dan lain-lain lagi seperti yang terkandung di dalam Asma' Ul Husna Allah dan tidak sesekali berputus asa terhadap Rahmat-Nya. Mudah-mudahan dengan persediaan ini dosa-dosanya bukan sahaja diampuni Allah SWT bahkan dia dipermuliakan Allah sebagai terjumlah dalam golongan mukmin soleh yang membanyakkan zikirullah.

Apabila seseorang mukmin yang soleh itu tiba ajal matinya Allah SWT menghantarkan Malaikat Maut bersama lima ratus (500) orang Malaikat Rahmat bagi menyambut dan memuliakan rohnya yang dicabut keluar daripada jasadnya oleh Malaikat Maut. Sebelum roh sampai di halkum orang yang sakit tenat itu hendaklah memohon ampun segala dosa-dosanya daripada Allah SWT kerana Allah Amat Mengampuni segala dosa hamba-Nya walau sebanyak mana sekalipun dan Allah Amat Menerima segala do'a hamba-hamba-Nya yang beriman. 
Adapun orang yang sesat pada agama hendaklah segera bertaubat dan memohon ampun kepada Allah segala dosa-dosa kesesatannya dan meninggalkan ilmu agama sesat dan menggantikannya dengan ilmu yang hak itu sebelum rohnya sampai halkum. 

Bagi ahli-ahli maksiat dan kufur, Allah memerintahkan Malaikat Maut bersama Malaikat-malaikat Azab untuk mengazab roh yang dicabut keluar itu. Pada ketika hidup di dunia orang yang sakit tenat itu sangat banyak berurusan di dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan manusia sesama manusia sahaja dan tidak pernah dan terdiding/terhijab daripada melihat malaikat-malaikat. Namun apabila dia berhadapan dengan sakit Sakratul-maut akan tiba masanya dia hanya melihat malaikat-malaikat sahaja di sekelilingnya. Bermula dari saat inilah dia dapat merasakan sama ada kenikmatan atau azab seksa apabila rohnya tiba di halkum dan akhirnya dicabut keluar oleh Malaikat Maut mengikut cara yang ditakdirkan Allah SWT.
Hal keadaan rohnya adalah sama ada dipermuliakan oleh 500 orang Malaikat Rahmat atau menerima azab seksa daripada Malaikat Azab seperti yang tersebut di dalam Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang berkaitan. Kesemuanya ini berlaku ketika si mati masih berada di rumah/di dunia dikelilingi para waris, sanak saudara dan sahabat handai atau di mana sahaja dia berada di dunia ini sebelum dibawa ke Alam Barzakh dan Alam Kubur untuk berhadapan pula dengan Fitnah Kubur seperti yang disebut di dalam nas.


Berdasarkan keterangan ringkas ini marilah kita sama-sama merenung dan memikirkan apakah persediaan diri kita sendiri untuk berhadapan dengan saat-saat yang paling genting dan kritikal di dalam hidup setiap diri kita yang pasti dihadapi iaitu Sakratul-maut. 
Persediaan di sini bukanlah bererti hanya bermula apabila saat ketibaan Sakaratul-maut tetapi hendaklah dilakukan dengan segera ketika hidup dalam keadaan sihat wal'afiat mengikut keutamaan secara beristiqamah. Mudah-mudahan huraian ini dapat disambung pula mengenai saat-saat yang lebih menarik tetapi lebih kritikal lagi dan mencemaskan apabila membicarakan perihal Sakratul-maut yang disebut sebagai 'kiamat kecil' yang pasti dihadapi oleh setiap diri manusia.
                                والله أعلمُ بالـصـواب

[ Lihat : 
  i. Bersediakah Anda Menghadapi SAKARATUL MAUT? 

              **************************************************
ذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
                          Maksudnya :
“Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan membuatnya beramal.” Para sahabat bertanya; 'Bagaimana membuatnya beramal?'. Beliau menjawab: 'Allah akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum dia meninggal dunia.” [HR. Ahmad dan Tirmidzi]



Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w bersabda:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ: مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ؟، قَالَ: إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ، وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ، وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

    Maksudnya:  

“Hak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah s.a.w? Rasulullah s.a.w berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. Jika dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah 'hamdalah' serta balaslah (dengan doa: يرحمك الله). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.” [Riwayat Muslim ].




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...