Selasa, 5 Julai 2016

كـِتَابُ اَسْمَاءُ اللهِ الْحُسْنَى






كـِتَابُ

اَسْمَاءُ اللهِ الْحُسْنَى

Asma'-Ullah Al-Husna

اوليه

الاستاذ الحاج محمد اسماعيل بن صالح


Kitab Asma'-Ullah al-Husna:
 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم
 أَمَّا بَعْـدُ


فِي أَسْمَاءِ اللهِ الحُسْنَى الَّتِي مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الجَنَّةَ
           Ertinya:
"Pada Asma'-Ullah al-Husna (nama-nama Allah yang indah lagi mulia) yang barangsiapa mengiranya nescaya ia masuk syurga."
قَالَ تَعَالَى:
قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى

             Firman Allah Taala yang bererti:
“Katakanlah olehmu (wahai Muhammad), berdo'alah engkau sekalian kepada Allah atau berdo'alah engkau sekalian kepada Ar-Rahman (Allah Yang Maha Pemurah) mana sahaja (dari kedua-dua nama itu) maka adalah bagi-Nya nama-nama yang indah mulia”. [Surah Al-Israa : 110 ]
وَقَالَ تَعَالَى:
"وَللهِ الاَسْمَاءُ الحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا"

         Firman Allah Taala yang bererti: 
“Dan bagi Allah itu nama-nama yang indah mulia maka berdo'alah olehmu sekalian kepada-Nya dengan-Nya.” [Surah al-A'araf :180]
وَفِي الحَدِيثِ الصَّحِيْحِ :
 إِنَّ للهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ إِسْمًا مِائَةً إِلَّا وَاحِدًا، مَنْ اَحْصَاهَا دَخَلَ الجَنَّةَ 
اِنَّهُ وِتْرٌ يُحِبُّ الوِتْرَ
                       Ertinya:  
          Dan pada Hadis sahih:
“Bahawasanya bagi Allah itu sembilan puluh sembilan nama, seratus melainkan satu (yakni) seratus kurang satu. Barangsiapa mengiranya nescaya masuk syurga, bahawasanya Dia gasal, Dia kasihkan gasal (tiada pasangan).”
" وَلَا يَحْفَظُهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَ الجَنَّةَ "وَفِي  رِوَايَةِ البُخَارِي:

                                    Ertinya:
"Dan pada riwayat al-Bukhari:'Dan tiada menghafaznya oleh seseorang melainkan ia memasuki syurga'.”

فَمَعْنَى "اَحْصَاهَا" حَفِظَهَا وَقِيلَ فَهِمَ مَعَانِيهَا وَآمَنَ بِهَا

           Ertinya:

Maka makna: Mengiranya itu ialah:
1.        Menghafaznya.
   Dan kata “satu qaul”:
2.         Memahami akan segala maknanya dan beriman dengan-Nya.
   Dan kata satu qaul:
3.    Beradab baik dengan barang yang membolehkannya daripada beramal dengan segala maknanya … yakni: Beradab baik dengan apabila mendengar bahawa Allah Taala Amat Memaafkan kesalahan hamba-hamba-Nya.

Maksudnya: Maka hendaklah ia beradab baik, sesama hamba Allah yang Mukmin dengan memaafkan kesalahan mereka.

Ini berbetulan dengan membaca kalimah: “al-a’fu”(العفو)  tetapi jika membaca kalimah: “al-Quddus” (القدوس) yang bererti bahawa Allah Taala itu Maha Suci daripada menyamai makhluk, maka ini tidak boleh beradab baik dengan maknanya kerana Allah sahaja bersifat: القدوس .
Adapun tafsir makna kalimah "احصاها  "jika menurut zahirnya pada makna kalimah ini ialah dengan makna “mengiranya”.

Oleh itu, jika tahu kadar mengiranya sahaja adalah tidak mencukupi maka hendaklah diambil maksud mengiranya itu dengan makna "حَفِظَهَا" yakni: menghafaznya, semua Asma'-Ullah al-Husna. Dan kata "قيل "yakni satu qaul” ialah memahami segala maknanya dan beriman dengannya.

Oleh itu, ada kalanya perkataan: kata satu qaul, yakni "قيل sangatlah membina dan lebih kuat, bukanlah dipandang kata ( قيل) itu lebih lemah maknanya.

Maka lihatlah di sini bahawa sekadar tahu mengira sahaja Asma'-Ullaha al-Husna adalah tidak mencukupi bagi memasuki syurga tetapi hendaklah menghafaznya. Menghafaznya sahaja tidak pula mencukupi bagi memasuki syurga tetapi hendaklah memahami (kehendak) segala maknanya dan beriman dengannya.
Dengan ini, jelaslah bahawa dengan adanya kata (قيل) maka jadilah makna Hadis ini semakin bertambah terang kehendaknya.

Oleh itu, kedua ibu-bapa hendaklah menyuruh anak-anak mereka menghafaz Asma'-Ullah al-Husna, bukan sekadar menghafaznya sahaja, bahkan hendaklah diambil faham segala maknanya dan disuruh beriman dengannya (percaya penuh dengannya).

Maka memahami segala maknanya dan beriman dengannya, itulah yang disuruh simpan di dalam hati untuk dijadikan ilmu pengenalan kepada Allah.

Maka segala Asma'-Ullah al-Husna yang disebutkan oleh Hadis Nabi Muhammad s.a.w ini ada banyak disebutkan di dalam al-Quran al-Karim.

Justeru barang siapa membaca al-Quran, dia akan dapat membaca begitu banyak Asma'-Ullah al-Husna.

Adapun Asma'-Ullah al-Husna yang ada disebut di dalam al-Quran al-Karim itu ialah Kalam Allah Taala, bukan kalam jin, bukan kalam manusia dan bukan kalam malaikat, bahkan Kalam Allah Taala. Sesungguhnya segala makna Asma'-Ullah yang ada di dalam al-Quran al-Karim ialah bagi menerangkan Zat Allah dan sifat-sifat Allah dan Perbuatan Allah.

Oleh itu, Allah Taala menyuruh hamba-hamba-Nya mengenali-Nya dan Allah Taala memberi tahu akan Diri-Nya sindiri dengan disebutkannya di dalam Kitab-Nya yang mulia al-Quran al-Karim itu.

Segala ilmu pengenalan kepada Allah Taala datangnya adalah daripada Kitab Allah.

Perlu diketahui dan diingatkan bahawa Ulamak At-Tauhid itu ialah Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul alaihimus-salam.  Mereka itulah yang menyampaikan Kalam Allah Taala kepada kalian umat mereka, masing-masing. Maka tidak lebih benar daripada Kalam Allah Taala dan sangat-sangat benar segala perkara yang dipersampaikan oleh Rasul-Rasul Alaihimus-salam kepada umat-umat mereka itu :
وَالْجَمْهُورُ عَلَى اَنَّ اَسْمَاءَهُ تَعَالَى غَيْرُ مَحْصُورَةٍ فِي هَذَا العَدَدِ وَاِنَّـمَا لِهَذِهِ المَعْدُودَةِ خُصُوصِيَّةً وَهِيَ دُخُولُ مَنْ أَحْصَاهَا الجَنَّةَ. وَهَذِهِ الاَسْمَاءُ  الحُسْنَى هِيَ كَمَا رَوَاهَا التَّرمِذِي وَاِبْنُ حِبَّان وَصَحَّحَهُ.
                           Ertinya:
"Perhipunan ulamak Ahli As-Sunnah adalah sekata bahawa nama-nama Allah Taala itu bukan terhad kepada bilangan ini sahaja; sesungguhnya bagi bilangan terhad ini (ada mempunyai) khususiyahnya (keistimewaannya) iaitu kemasukan siapa yang menghitungnya ke dalam syurga."

Sesunguhnya Asma'-Ullah al-Husna ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi dan Ibnu Hibban.

اَسْمَاءُ اللهِ الحُسْنَى

اللهُ الَّذِي لَا اِلهَ اِلَّا هُوَ الرَّحْـمَنُ الرَّحِيمُ الـمَلِكُ القُدُّوسُ السَّلَامُ المُؤْمِنُ المُهَيْمِنُ العَزِيْزُ الجَبَّارُ المُتَكَـبِّــرُ الخَالِقُ البَارِئُ المُصَوِّرُ الغَفَّارُ القَهَّارُ الوَهَّابُ الرَزَّاقُ الفَـتَّـاحُ العَلِيْمُ القَابِضُ البَاسِطُ الخَافِضُ الـرَّافِعُ المُعِزُّ المُذِلُّ السَّمِيْعُ البَصِيْـرُ الحَكَمُ العَدْلُ اللَّطِيْفُ الخَبِيْرُ الحَلِيمُ العَظِيْمُ الغَفُورُ الشَّكُوْرُ العَلِيُّ الْكَبِيرُ الحَفِيْظُ المُقِيْتُ الحَسِيْبُ الجَلِيْلُ الْكَرِيْمُ الرَّقِيْبُ المُجِيْبُ الوَاسِعُ الحَكِيْمُ الوَدُوْدُ المَجِيْدُ البَاعِثُ الشَّهِيْدُ الحَقُّ الوَكِيْلُ القَوِيُّ المَتِيْنُ الوَلِيُّ الحَمِيْدُ المُحْصِي المُبْدِئُ المُعِيْدُ المُحْيِي المُمِيْتُ الحَيُّ الْـقـَيـُّومُ الوَاجِدُ المَاجِدُ الوَاحِدُ الاَحَدُ الصَّمَدُ القَادِرُ المُقْتَدِرُ المُقَدِّمُ المُؤَخِّرُ الاَوَّلُ الآخِرُ الظَّاهِرُ البَاطِنُ الوَالِي الـمُتَعَالِي البَرُّ اَلتَّوَّابُ اَلْـمُنْـتَـــقِمُ العَفُوُّ الرَّؤُوْفُ مَالِكُ المُلْكِ ذُوْ الجَلاَلِ وَالْاِكْرَامِ المُقْسِطُ الجَامِعُ الغَنِيُّ المُغْنِي المَانِعُ الضَّارُ النَّافِعُ النُّورُ الهَادِي البَدِيْعُ البَاقِي الوَارِثُ اَلرَّشِيْدُ الصَّبُوْرُ.

تَمَّتْ الاَسْمَاءُ الوَارِدَةُ فِي الحَدِيْثِ

Telah sempurnalah nama-nama Allah yang elok mulia yang dibawa dalam Hadis ini.
Adalah tidak memadai setakat membaca sahaja Asma'-Ullah al-Husna ini, bahkan hendaklah diambil faham pada segala maknanya berserta beriman pula kepadanya.
Adapun makna tiap-tiap satunya daripada Asma'-Ullah al-Husna adalah seperti di bawah ini:
اللهُ
  هُوَ أَعْظَمُ الأَسْمَاءِ لِدَلَالَتِهِ عَلَى الذَّاتِ العَلِيَّةِ الجَامِعَةِ لِكُلِّ صِفَاتِ الاُلُوهِيَّةِ.
1.      الله (Allah): ialah sehabis-habis besar nama bagi Allah bagi menunjukkan-Nya di atas Zat Yang Maha Tinggi Martabat, yang berhimpun bagi semua sifat ketuhanan.

الرَّحْمَنُ
 بِمَا سَتَرَ فِي الدُّنْيَا مِنَ الذُّنُوبِ 
2.     الرَّحمْــَنُ  :Yang Maha Pemurah dengan barang apa yang ditutupkan daripada dosa-dosa dalam dunia.
اَلرَّحِيمُ 
 بِمَا غَفَرَ مِنَ العُقْبَى مِنَ الذُّنُوبِ.
 .    اَلرَّحِيمُ  Yang Maha Pengasih dengan barang apa yang Dia ampuni  dalam negeri akhirat daripada dosa-dosa.
الـمَلِكُ 
 ذُوْ المُلْكِ وَالعَظَمَةِ وَالسُّلْطَانِ.
 4.        اَلْـمَــلِكُ: Yang Amat Mempunyai pemilikan dan kebesaran dan kesultanan. 
اَلْقُدُّوسُ 
المُقَدَّسُ المُطَهَّرُ مِنْ جَمِيْعِ النَّقَائِصِ وَسُمَاتِ الحُدُوْثِ وَمِنْهَا الزَّمَانُ وَالْـمَكَانُ فَلَا يُقَارِنُهُ زَمَانٌ وَلَا يَحْوِيْهِ مَكَانٌ اِذْ هُوَ الخَالِقُ لَـهُمَا فَكَيْفَ يَحْـــتَاجُ اِلَيْهِمَا.
5.         اَلْقُدُّوْسُ: Yang Maha Suci daripada semua kekurangan dan segala        tanda-tanda baharu di antaranya ialah masa dan tempat.  Maka tiada menyertai-Nya (tiada mengenainya) oleh masa dan tempat dan tiada meliputinya oleh tempat kerana Dialah jua yang mengadakan bagi kedua-duanya itu maka bagaimanakah ia berhajat kepada kedua-duanya itu.

السَّلَامُ 
 ذُوْ السَّلَامَةِ مِنْ جـَمِيعِ الاَفَاتِ وَالنَّقَائِصِ .
6.    السَّلَامُ: Yang Amat Sejahtera daripada semua kecederaan, keaiban dan kekurangan.
اَلْــمُؤْمِنُ
 اَلْـمُصَدِّقُ نَفْسَهُ وَرُسُلَهُ وَكُـــتُبَهُ  (اَوْ) اَلْـمُؤْمِنُ عِبَادَهُ مِنَ المَخَاوِفِ.
7.        اَلْـمُؤْمِنُ: Yang Amat Membenari akan Diri-Nya dan Rasul-Rasulnya dan Kitab-kitab-Nya (atau) Yang Mengamankan hamba-hamba-Nya daripada segala ketakutan.

اَلْـمُهَيْمِنُ
 الرَّقِيْبُ الْـمُبَالِغُ فِي الْـمُرَاقَبَةِ وَالحِفْظِ (اَوْ) الشَّاهِدُ أَيْ العَالِمُ الذِي لَا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ.
8.        اَلْـمُهَيْمِنُ: Yang Bersangatan pada penjagaan dan pemiliharaan (atau) Yang Amat Mengetahui, yang tidak terselindung dan tidak tersembunyi daripada Ilmu-Nya walau sekadar satu biji debu jua pun.

اَلْعَزِيْزُ
 اَلْغَالِبُ مِنَ العِزَّةِ وَهِيَ القُوُّةُ وَالشِّدَّةُ وَالغَلَبَةُ
9.      اَلْعَزِيْزُ  : Yang amat bersangatan kuat dan kekerasan.

اَلجَبـَّارُ
 الذِي يَقْهَرُ العِبَادَ عَلَى مَا أَرَادَ.
10.     اَلجَبـَّارُ: Yang Mengerasi hamba-hamba di atas barang apa Dia  kehendaki.


اَلْـمُـتَكَبِّرُ 
 المُتَعَالِ (اَوْ) المُتَعَالِي العَظِيمُ   
  الْـمَخْلُوقَاتِ صِفَاتِعَنْ 
11.     اَلْـمُـتَكَبِّرُ  : Yang Maha Tinggi Martabat lagi Yang Amat Mempunyai      kebesaran (atau) Yang Maha Tinggi daripada mengenai segala sifat sekalian makhluk.


اَلخَالِقُ
 المُوجِدُ لِلاَشْيَاءِ بِقُدْرَتِــهِ عَلَى وَفْقِ عِلْمِه بِــــــإِرَادَتِـــهِ (اَوْ) اَلْـمُقَدِّرُ لِلْاَشْيَاءِ  (اَوْ) الَّذِي 
أَظْهَرَ الـمَوْجُودَاتِ بِقُدْرَتِــهِ وَقَدَّرَ كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهَا عَلَى مُقْتَضَى حِكْمَتِهِ

12.اَلخَالِقُ      Yang Mengadakan bagi segala barang (sesuatu) dengan Qadrat-Nya, menurut Ilmu-Nya dengan Kehendak-Nya (atau) Yang Menzahirkan (Mengadakan) semua barang yang ada dengan Qadrat-Nya dan mentakdirkan tiap-tiap suatu daripadanya dengan kadar yang tertentu dengan Kehendak-Nya, menurut Hikmah-Nya.

اَلبَارِئُ
 الخَالِقُ لِلْاَشْيَاءِ عَلَى غَيرِ مِثَالٍ سَابِقٍ
13.      البارئ: Yang Mengadakan bagi segala tiap-tiap suatu di atas ketiadaan contoh misal yang lalu.
اَلمُصَوِّرُ
 المُبْدِعُ لِصُوَرِ المَخْلُوقَاتِ وَالمُزَيِّنُ وَالمُرَتِّبُ لَهَا .
14.   اَلمُصَوِّرُ   : Yang Mengadakan bagi segala rupa makhluk, yang       memperelokkan dan menyusunkan baginya.

اَلْغَفَّارُ
.الذِي أَسْبَلَ السِّتْرَ عَلَى ذُنُوبِ عِبَادِهِ فِي الدُّنْيَا وَتَجَاوَزَ عَنْ عُقُوبَتِهَا فِي الاُخْرَى
15.  اَلْغَفَّارُ: Yang menurunkan dindingan tutupan di atas segala dosa hamba- hamba-Nya dalam dunia dan memaafkan daripada ketiadaan ambil balasan seksa dalam negeri akhirat.

اَلْقَهَّارُ  
  الغَالِبُ لِجَمِيْعِ الخَلَائِقِ (اَوْ) الَّذِي يَقْصُمُ ظُهُورَ الجَبَابِرَةِ فَيَقْهَرُهُمْ بِالِامَاتَةِ  وَالاِذْلَالِ وَالاِهْلَاكِ

16.  اَلْقَهَّارُ : Yang mengalahkan bagi semua makhluk-makhluk (atau) Yang       Memecahkan belakang-belakang orang-orang yang takbur, sombong, zalim maka Dia Mengerasi mereka itu dengan dimatikan dan dihinakan dan dibinasakan.

اَلوَهَّابُ
  جَزِيلُ العَطَاءِ وَالنَّوَالِ كَثِيرُ المَنِّ وَالاَفْضَالِ. عَظِيمُ الُّلطْفِ وَالاِقْبَالِ مِنْ غَيرِ سُؤَالٍ وَلَا يَقْطَعَ نَوَالَهُ مِنْ عِبَادِهِ بِحَالٍ.
17.    اَلوَهَّابُ    :Yang Amat banyak pemberian dan pengurniaan, lagi Yang    Amat banyak memberi nikmat dan limpah murah pengurniaan, lagi Yang Amat Besar pemberian taufik dan hidayah dengan tidak payah dipinta, dan tiada sesekali memutuskan Pemberian-Nya kepada hamba-hambaNya.

                                   الرِزْق

 المُتَوَالِي خَلْقَ  الرِزْقِ  المُتَفَضِّلُ بِإِيصَالِهِ اِلَى العَبْدِ  
18.  الرزاق: Yang Memerintahi mengadakan rezeki, Yang Amat Murah  Pengurniaan-Nya dengan menyampaikannya kepada hamba.

اَلْفَتَّاحُ 
الحَاكِمُ بَيْنَ الخَلَائِقِ (اَوْ) الَّذِي يَفْتَحُ خَزَائِنَ الرَّحْمَةِ عَلَى اَصْنَافِ البَرِيَّةِ.
19.   اَلْفَتَّاحُ   : Yang Amat Menghukumi di antara sekalian makhluk (atau)     Yang Membukakan segala khazanah rahmat ke atas berbagai-bagai jenis         makhluk.

اَلْعَلِيمُ
اَلْعَلِيمُ  المُتَّصِفُ بِالعِلْمِ الاَزَلِي "وَهُوَ بِكُلِّ شَئٍ عَلِيمٌ" يَعْلَمُ اَزَلًا كُلَّ شَئٍ وَاجِبًا كَانَ اَوْ مُمْكِنًا اَوْ مُسْتَحِيلًا عَلًى وَجْهِ .الِاحَاطَةِ عَلَى مَا هُوَ بِهِ دُونَ سَبْقِ خَفَاءٍ
20.     اَلْعَلِيمُ: Yang Mempuyai ilmu yang Azali “dan Dia dengan tiap-tiap  suatu Amat Mengetahui”. Dia Mengetahui pada Azali akan tiap-tiap suatu, sama ada yang wajib atau yang harus, atau yang mustahil atas jalan menghabisi ketetahui-Nya, tidak ada apa-apa yang tersembunyi daripada Ilmu-Nya. 

اَلقَابِضُ  .
مُضِيْقُ الرِّزْقِ عَلَى مَنْ اَرَادَ 
21.     اَلقَابِضُ :  Yang Menyempitkan rezeki di atas barangsiapa Ia kehendaki.

اَلبَاسِطُ 
وَمَوْسِعُهُ عَلَى مَنْ اَرَادَ
22.   اَلبَاسِطُ    : Yang meluaskan rezeki di atas barang siapa yang Dia kehendaki.

اَلخَافِضُ
 الوَاضِعُ مَنْ عَصَاهُ
23.  اَلخَافِضُ : Yang Mengkebawahkan/merendahkan martabat orang yang berbuat maksiat kepada-Nya.


الرافع
هُ. وَالرَّافِعُ مَنْ تَوَلَّا  
24.    الرافع : Yang mengangkatkan mertabat orang yang berbuat taat kepada-Nya.

اَلْمُعِزُّ
  اَّلذِي اَعَزَّ اَوْلِيَاءَهُ فَضْلًا
25.      المعز: Yang Memuliakan orang-orang yang berbuat amalan taat           kepada-Nya kerana semata-mata murah pengurniaan.

اَلْمُذِلُّ
 وَاَذَلَّ اَعْدَاءَهُ عَدْلًا.
26.    اَلْمُذِلُّ  : Yang Menghinakan seteru-seteru-Nya kerana semata-mata Keadilan-Nya.


:  اَلْبَصِيْرُ/ اَلسَّمِيْعُ
اَلمُتَّصِفُ اَزَلًا بِالسَّمْعِ وَالبَصَرُ لِجَمِيعِ المُوجُودَاتِ بِدُونِ حَاسَّةٍ وَآلَةٍ لِتَنَزُّهِهِ تَعَالَى عَنْ مُشَابَهَةِ الحَوَادِثِ فَلَا يَعْزُبُ عَنْ رُؤْيَتِهِ هَوَاجِسُ الضَّمِيرِ وَخَفَايَا الوَهْمِ وَالتَّفْكِيرِ وَلَا يَشُذُّ عَنْ سَمْعِهِ دَبِيْبُ النَّمْلَةِ السَّودَاءِ فِي الَّليْلَةِ الظَّلْمَاءِ عَلَى الصَّخْرَةِ الصَّمَّاءِ. " لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ البَصِيْرُ

27.      اَلسَّمِيْعُ
28.      اَلْبَصِيْرُ
Makna   اَلسَّمِيْع dan  البصير    :
"Yang Amat Mendengar lagi Yang Amat Melihat pada azal bagi semua barang yang ada, bukan dengan pancaindera  (yang lima) dan bukan dengan alat kerana Maha Suci (yakni tidak sesekali) Allah Taala itu menyamai segala barang sesuatu yang baharu, maka tiada terselindung daripada Penglihatan-Nya itu segala barang yang dilintaskan oleh hati dan segala barang yang disembunyikan oleh sangkaan-sangkaan dan pemikiran-pemikiran. Dan tiada terselindung daripada Pendengaran-Nya oleh perjalanan semut hitam pada malam yang sangat gelap di atas batu pejal yang hitam itu. " Tidak seperti seumpama-Nya, suatu apa pun", dan Dia  Yang Amat Mendengar lagi Yang Amat Melihat.

 

   اَلْحَكَمُ

 بِفَتْحِ وَسَطِهِ. الَّذِي لَا مَرَدَّ لِقَضَائِهِ وَلَا مُعَقِّبَ لِحُكْمِهِ.
29.    اَلْحَكَمُ  : Yang Amat Menghakimi, yang tidak ada suatu apapun yang    menolakkan bagi hukuman-Nya dan tidak siapa-siapa pun mengubahkan bagi Hukuman-Nya.


اَلْعَدْلُ
لعَدْلُ الَّذِي لَا يَفْعَل إِلَّا مَا يَنْبَغِي لَهُ فِعْلُهُ: العَدْلُ الَّذِي لَا يَفْعَل إِلَّا مَا يَنْبَغِي لَهُ فِعْلُهُ
30.   اَلْعَدْلُ   : Yang Amat Adil yang tiada Dia berbuat melainkan barang  apa yang selayak bagi-Nya memperbuatnya.

اَلَّلطِيفُ 
الَّذِي لَطُفَتْ اَفْعَالُهُ وَحَسُنَتْ (اَوْ) العَلِيمُ بِخَفِيَّاتِ الاُمُورِ وَدَقَائِقِهَا.
31.    اَلَّلطِيفُ  : Yang Amat Mempunyai kasih sayang dan rahmat (pada) segala  Perbuatan-Nya dan elok (atau) Yang Amat Mengetahui dengan segala   perkara/rahsia yang tersembunyi yang halus-halusnya.

اَلْخَبِيرُ
 العَالِمُ بِبَوَاطِنِ اَلْاُمُورِ.
32.  الخبير: Yang Amat Mengetahui segala perkara yang tersembunyi        sebalik daripada perkara-perkara yang terzahir.

اَلْحَلِيمُ 
 الَّذِي لَا يَعْجِلُ بِالْاِنْتِقَامِ.
33.    الحليم: Yang Tiada Bersegera dengan membalasi seksa dengan sebab berbuat dosa.


اَلعَظِيمُ
 الذِي لَا يَتَصَوَّرُهُ عَقْلٌ وَلَا تُحِيطُ بِهِ بَصِيرَةٌ.
34.     العظيم: Yang Amat Mempunyai Kebesaran yang tiada dapat diketahui oleh akal akan hakikat Zat-Nya dan tiada diketahui  dengan hakikat Zat-Nya oleh mata hati.

اَلغَفُورُ
 كَثِيرُ المَغْفِرَةِ وَالسِّتْرُ لِذُنُوبِ عِبَادِهِ.
35.   اَلغَفُورُ   : Yang Banyak Mengampuni dan Menutupi bagi segala dosa      hamba-hamba-Nya.

اَلشَّكُورُ
 المُثْنِي عَلَى المُطِيعِينَ مِنْ عِبَادِهِ.
36.   اَلشَّكُورُ   : Yang Amat Memuji di atas orang-orang yang berbuat amalan taat   daripada hamba-hamba-Nya.


اَلْعَلِيُّ
 العَالِي البَالِغُ الغَايَةُ فِي عُلُوِّ الرَّتْبَةِ (اَوْ) الَّذِي عَلَا ِبذَاتِهِ وَصِفَاتِهِ عَنْ مَدَارِكِ الْخَلْقِ بِالْكُنْهِ وَالْحَقِيقَةِ.
37.   اَلْعَلِيُّ   : Yang Maha Tinggi lagi sehabis-habis tinggi pada martabat (atau)    Yang Maha Tinggi Martabat-Nya pada Zat-Nya dan pada Sifat-Nya daripada dapat diketahui oleh sekalian makhluk dengan hakikat Zat-Nya dan  hakikat Sifat-Nya.

اَلْكَبِيْرُ 
الَّذِي فَاقَ مَدْحَ المَادِحِيْنَ وَوَصْفَ الوَاصِفِينَ (اَوْ) ذُو الكِبْرِيَاءِ.
38.      الكبير: Yang Mengatasi pujian orang-orang yang memuji dan mengatasi kesifatan orang-orang yang mesifati (atau) Yang Amat Mempunyai Kebesaran.

اَلحَفِيظُ
 المُبَالِغُ فِي الحِفْظِ لِمَا يُرِيْدُ حِفْظَهُ.
39.    الحفيظ: Yang Sehabis-habis Tinggi pada pemeliharaan bagi barang apa Dia kehendaki memeliharainya.
اَلمُقِيتُ
 المُتَكَفِّلُ  بِإِرْزَاقِ خَلْقِهِ وَإِعْطَائِهِمْ اَقْوَاتَهُمْ
40.     المقيت: Yang Amat Menyencakupi dengan memberi rezeki hamba-hamba-Nya dan memberikan mereka itu barang makanan mereka itu.

اَلْحَسِيْبُ
 الكَافِي  وَكُلُّ كِفَايَةٍ اِنَّمَا هِيَ مِنْهُ تَعَالَى.
41.    اَلْحَسِيْبُ  : Yang Amat Menberi segala kecukupan  dan tiap-tiap kecukupan itu       hanya daripada-Nya Allah Taala jua.

اَلجَلِيلُ
 الكَامِلُ فِي صِفَاتِهِ.
42.  اَلجَلِيلُ  : Yang Amat Sempurna pada segala Sifat-Nya yakni segala Sifat-Nya pada Asma'-Ullah al-Husna yang tiada terhingga banyaknya itu.

اَلْكَرِيمُ
 اَلَّذِي لَا يُضِيعُ مَنْ تَوَسَّلَ اِلَيْهِ وَلَا يَتْرُكُ مَنِ اَلْتَجَأَ اِلَيهِ.
43.  اَلْكَرِيمُ: Yang Amat Berikhsan dan Bermurah yang tiada meluputkan orang yang berwasilah kepada-Nya dan tiada meninggalkan dan membiarkan orang yang berlindung minta pertolongan kepada-Nya.

الرقيب
 الحَفِيظُ لَا يَغْفَلُ " وَكَانَ اللهُ عَلَى كُلِّ شَئٍ  رَقِيْبًا" .
44.    الرقيب: Yang Amat Memeliharai, tiada Dia lupa. “Dan adalah Allah Taala itu di atas tiap-tiap suatu Dia Amat Memeliharai”.

اَلْمُجِيبُ
 الَّذِي يُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِي اِذَا دَعَاهُ.
45.     اَلْمُجِيبُ: Yang Amat Menerima perdoaan orang yang berdoa apabila ia          berdoa kepada-Nya.
اَلوَاسِعُ


: الَّذِي اَفْضَالُهُ وَنَوَالُهُ كَامِلٌ (اَوْ) المُتَّسِعُ عِلْمُهُ وَقُدْرَتُهُ
46.اَلوَاسِعُ : Yang adalah segala murah Pengurniaan-Nya dan Pemberian-Nya itu amat sempurna (atau) Yang Amat Luas Ilmu-Nya dan Qudrat-Nya.


اَلْحَكِيمُ
 اَلْمُصِيبُ فِي التَقْدِيرِ. المُحْسِنُ فِي التَّدْبِيرِ (اَوْ) ذُوْ الحِكْمَةِ  وَهِيَ كَمَالُ العِلْمِ وَإِحْسَانُ العَمَلِ
47.    اَلْحَكِيمُ  : Yang Membetuli pada takdir, Yang Amat Mempereloki pada            tadbir (atau) Yang Amat Mempunyai hikmah iaitu kesempurnaan ilmu dan amat elok segala perbuatan.


اَلْوَدُودُ
 اَلْمُحِبُّ لِلطَائِعِينَ مِنْ عِبَادِهُ المُتَحَبِّبُ اِلَيْهِمْ بِإِنْعَامِهِ.
48.  اَلْوَدُودُ  : Yang Amat Kasih kepada orang-orang yang berbuat amalan taat daripada hamba-hambaNya, Yang Sangat Kasih kepada mereka itu             dengan memberikan Nikmat-nikmat-Nya.

اَلمَجِيدُ
:
البَالِغُ الْغَايَةُ فِي الشَّرَفِ (اَوْ) الشَّرِيفَةُ ذَاتُهُ الجَمِيلَةُ اَفْعَالُهُ الجَزِيْلُ نَوَالُهُ.
49.     اَلمَجِيدُ: Yang Sehabis-habis Tinggi pada kemuliaan (atau) Yang Amat          Mulia Zat-Na. Yang Amat Elok segala Perbuatan-Nya. Yang Amat banyak  Pemberian-Nya.

اَلْبَاعِث
: بَاعِثُ الرُّسُلِ وَبَاعِثُ المَوْتَى مِنَ القُبُورِ وَبَاعِثُ الهِمَمِ اِلَى مَعَالِي الْاُمُورِ.
50.     اَلْبَاعِث: Yang Membangkitkan Rasul-Rasul dan Yang Membangkitkan         orang-orang yang mati, hidup semula daripada kubur dan membangkitkan           segala hema-hemah, cita-cita kepada perkara-perkara yang tinggi

اَلشَّهِيدُ
: البَالِغُ الْغَايَةُ فِي عِلْمِهِ مَعَ الْحُضُورِ.
51.     اَلشَّهِيدُ  : Yang Sehabis-Habis Mengetahui pada Ilmu-Nya berserta tidak ada   yang tersembunyi.         
    الحق
الثَّابِتُ وُجُودُهُ اَزَلًا وَاَبَدًا (اَوْ) الحَقِيقُ بِالْعِبَادَةِ.
52.      الحق : Yang Sentiasa Adanya dan selama-lamanya Dia ada, tiada          berkeputusan adanya, Dialah Yang Awal, yang tiada berawal bagi-Nya dan         Dia-lah Yang Akhir yang tiada berakhir bagi-Nya, yakni Yang Thabit ada-Nya pada azal dan selama-lamanya (atau) Yang Berhak dengan berbuat ibadat (oleh hamba-hamba) kepada-Nya.

اَلْوَكِيلُ
:  المُتَصَرِّفُ فِي كُلِّ شَئٍ كَيْفَ يَشَاءُ (اَو) حَفِيظٌ عَلَيهِ (اَوْ) شَهِيدٌ.
53.     اَلْوَكِيلُ : Yang Amat Memerintahi pada tiap-tiap suatu sebagaimana Dia         kehendaki (atau) Yang Amat Memeliharai ke atasnya yakni ke atas  tiap-tiap suatu (atau) Yang Amat Mengetahui.

القوي
اَلقَوِيُّ الكَامِلُ فِي القُوَّةِ فَلَا يَعْجِزُ بِحَالٍ
54.      القوي: Yang Amat Sempurna pada kekuatan maka tiada mengenai lemah sama-sekali
اَلْمَتِينُ
شَدِيدُ القُوَّةِ فَلَا يَضْعُفُ بِحَالٍ.
55.       المتين: Yang Amat Bersangatan Kuat maka tidak sesekali mengenai lemah.

            اَلْوَلِيُّ
: المُتَكَفِّلُ بِأُمُورِ الْخَلْقِ كُلِّهَا.
56.      الولي: Yang Amat Mencangkupi dengan segala perkara makhluk semuanya.

اَلْحَمِيْدُ
: المَحْمُودُ عَلَى كُلِّ حَالٍ.
57.    اَلْحَمِيْدُ : Yang dipuji di atas tiap-tiap hal.

اَلْمُحْصِي
: الَّذِي هُوَ بِالظَّاهِرِ بَصِيرٌ وَبِالْبَاطِنِ خَبِيرٌ.
58.      المحصي: Yang Ia Dengan Perkara Yang Zahir Amat Melihat dan         dengan  perkara yang batin Amat Mengetahui.

اَلْمُبْدِئُ
 الخَالِقُ اِبْتِدَاءً.
59.      المبدئ: Yang Mengadakan permulaan sesuatu.

اَلْمُعِيْدُ
 الخَالِقُ اِنْتِهَاءً.
60.      المعيد: Yang Mengadakan kesudahan sesuatu.

اَلمُحْيِي المُمِيتُ
 مَنْ يُحْيِى بِإِيْجَادِ الْاَرْوَاحِ وَيُمِيْتُ بِنَزْعِهَا.

61.      اَلْمُحْيِي
62.      اَلْمُمِيْتُ
                   Erti المحيي dan المميت:   Yang Menghidupkan makhluk dengan mengadakan roh-roh dan mematikan dengan mecabutkannya. 
       
  اَلْحَيُّ 
 المُتَّصِفُ بِالْحَيَاةِ الدَّائِمَةِ الَّتِي لَا بِدَايَةَ لَهَا وَلَا نِهَايَةَ.
63.  الحي: Yang bersifat dengan sifat al-Hayat yang Qadim, yang hidup, yang sentiasanya Dia hidup dan selama-lamanya Dia hidup, yang berkekalan hidup, tiada sekali-kali mengenai mati, yang hidup tiada  bagi-Nya kesudahan, Dialah yang awal yang tiada berawal bagi-Nya dan Dialah yang akhir yang tiada berakhir bagi-Nya “Dia hidup bukan dengan roh dan bukan menyamai segala hidup makhluk sebagaimana Ilmu-Nya tiada menyamai segala ilmu makhluk”.

اَلْقَيُّومُ
عَظِيمُ القِيَامِ بِتَدْبِيرِ خَلْقِهِ.
64.   القيوم: Yang Amat Besar pendirian dengan mentadbirkan makhluk-Nya.

اَلْوَاجِدُ
 الغَنِيُّ (اَوْ) العَالِمُ (اَو) الذِي يَجِدُ كُلَّ مَا يَطْلُبُهُ وَيُرِيْدُه وَلَا يَعُوْذُهُ شِئٌ.
65.    الواجد: Yang Amat Terkaya (atau) Yang Amat Mengetahui (atau)   yang   dapat tiap-tiap barang yang Dia menuntutinya dan mengkehendakinya dan tiada melindunginya oleh sesuatu apa pun.

اَلمَاجِدُ
  المَجِيْدُ الْبَالِغُ الْغَايَةُ فِي الشَّرَفِ (اَو) الشَّرِيفَةُ فِي ذَاتِهِ. الجَمِيْلَةُ اَفْعَالُهُ الجَزِيْلُ نَوَالُهُ
66.      الماجد: Yang Sehabis-habis Mulia (atau) Yang Amat Mulia pada  Zat-Nya.         Yang Amat elok pada segala Perbuatan-Nya. Yang Amat banyak  Pemberian-Nya.

اَلْوَاحِدُ/ اَلْاَحَدُ
المُنْفَرِدُ فِي اُلُوهِيَّتِهِ وَرُبُوبِيَّتِهِ فَلَا شَرِيكَ لَهُ فِيهِمَا. وَقَدْ يُرَادُ بِمَعْنَى الوَاحِدُ لَاجُزْءَ لَهُ وَلَا قِسْمَةَ وَلَا مِقْدَارَ فِي الْكِبَرِ وَالصِّغَرِ وَالطُّولِ وَالْعَرْضِ وَقَدْ يُرَادُ لَا نَظِيْرَ لَهُ
67.      الواحد / الأحد:
             Dia Sahaja Yang Mempunyai sifat ketuhanan dan pemilikan pada semua perkara. Maka tidak ada sesuatu apa pun yang mengetahui bagi-Nya pada kedua-duanya itu.  Ada kalanya (الواحد) itu dikehendaki dengan makna tiada juzuk bagi-Nya dan tiada menerima bahagi-bahagi dan tiada menerima sukatan pada besar,  kecil, panjang dan lebar. Juga ada kalanya dikehendaki dengan makna  tiada bandingan bagi-Nya pada martabat-Nya.

اَلْصَّمَدُ
 مَقْصُودٌ فِي الحَوَائِجِ عَلَى الدَّوَامِ لِكَمَالِ قُدْرَتِهِ.
68.      الصمد: Yang Dipinta pada segala hajat kepada-Nya selama-lamanya kerana kesempurnaan Qadrat-Nya.


اَلقَادِرُ/ المُقْتَدِرُ

ذُو القُدْرَةِ التَّامَّة
69.      اَلْقَادِرُ{
70.     اَلْمُقْتَدِرُ{ 
                       Ertinya :
            Yang Amat Berkuasa, yang mempuyai kudrat yang amat  sempurna.


اَلْمُقَدِّمُ / المُؤَخِّرُ
 الَّذِي يُقَدِّمُ مَنْ يَشَاءُ وَيُؤَخِرُ مَنْ يَشَاءُ عَنْ بَابِهِ وَجَنابِهِ.

71.     } المُقَدِّمُ
72.      }اَلمُؤَخِّر 
Ertinya   : Yang Mendahulukan barang siapa Dia kehendaki dan     mengkemudiankan barang siapa Dia kehendaki daripada bab Taufik             Hidayat-Nya dan amalan taat dan bertaqwa kepada-Nya.

  الأول            
اَلاَوَّلُ قَبْلَ كُلِّ شَئٍ.
73.      الاول  Dialah Yang Awal yang tiada berawal bagi-Nya. Yang awal  sebelum        ada tiap-tiap suatu; yakni sebelum diadakan oleh Allah Taala akan  masa dan tempat maka yang ada hanya Allah Taala sahaja yang ada; dan adanya Allah Taala itu ialah yang awal yang tiada berawal bagi-Nya dan ialah yang akhir yang tiada berakhir bagi-Nya; yang mempunyai segala Asma'-Ullah al-Husna yang tiada terhingga banyaknya.


اَلْاَخِرُ
الآخِرُ بَعْدَ كُلِّ شَئٍ.
74.     الآخر: Yang Akhir kemudian daripada tiap-tiap suatu, yakni yang akhir yang tiada berakhir bagi-Nya.

اَلظَّاهِرُ
 الَّذَي ظَهَرَ بِآيَاتِهِ وَمِصْنُوعَاتِهِ.
75.     الظاهر: Yang Zahir dengan segala tanda-tanda dan dalil-dalil-Nya dan  segala barang Perbuatan-Nya yakni segala barang Pertukangan-Nya.

البَاطِنُ
 الَّذِي بَطُنَ بِكُنْهِ ذَاتِهِ وَصِفَاتِهِ.
76.     الباطن: Yang Batin dengan hakikat Zat-Nya dan hakikat segala Sifat-Nya;  yakni yang tiada dapat diketahui sama-sekali oleh sekalian makhluk Allah sama ada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul dan malaikat-malaikat akan hakikat Zat Allah dan hakikat segala Sifat-Nya.

اَلوَالِي
 المَالِكُ لِلْاَشْيِاءِ المُتَصَرِّفُ فَيهَا.
77.      الوالي:  Yang Memiliki bagi segala perkara (tiap-tiap suatu) lagi yang             memerintahi padanya.

اَلمُتَعَالِي
 البَالِغُ الغَايَةُ فِي العُلُوِّ وَالاِرْتِفَاعُ عَنِ النَّقَائِصِ.
78.      المتعالي: Yang Sehabis-habis Tinggi pada martabat dan sehabis-habis tinggi yang tertolak daripada segala kekurangan, yakni sebarang apa saja         dituduhkan menyamai makhluk maka itu adalah kekurangan bagi Allah maka Allah Taala amat tertolak daripada segala kekurangan.

اَلبَرُّ
 المُحْسِنُ بِالخَيْرِ
79.    اَلبَرُّ  : Yang Amat Berikhsan dengan memberikan kebajikan.

اَلتَّوَّابُ
 الَّذِي يَقْبَلُ التَّوبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وِيِعْفُو عَنْ السَيْئَاتِ.
80.      التواب: Yang Amat Menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya dan memaafi daripada segala kesalahan.


اَلمُنْتَقِمُ
الاَعْمَالِ المُعَاقِبُ لِلْعُصَاةِ عَلَى مَكْرُوهَاتِ
81.      المنتقم: Yang Amat Membalasi seksa bagi orang-orang yang berbuat maksiat (melanggar hukuman Allah) di atas  perbuatan-perbuatan yang dibenci oleh Allah.

          العفو   
 ذُوْ العَفْوِ وَهُوَ تَرْكُ المُؤَاخَذَةِ عَلَىالـذُّنُوبِ
82.      العفو: Yang Amat Memaafi iaitu meninggalkan daripada mengambil         balasan di atas dosa.

اَلرَّؤُوْفُ
 ذُوْ الرَّأْفَةِ وَالرَّحْمَةِ.
83.      الرؤوف: Yang Amat Mempunyai kasih sayang dan rahmat.

مَالِكُ المُلْكِ
 اَلَّذِي تَنْفُذُ مَشِيْئَتِهِ فِي مُلْكِهِ وَيَجْرِي حُكْمُهُ عَلَى مَا يَشَاءُ.
84.      مَالِكُ المُلْكِ: Yang Amat Lulus pada barang apa Kehendak-Nya pada    Pemilikan-Nya dan berjalan Hukuman-Nya ke atas barang apa Dia kehendaki.


ذُوْ الجَلَالِ وَالْاِكْرَامِ
 الَّذِي لَا شَرَفَ وَلَا جَلَالَ وَلَا كَمَالَ إِلَّا لَهُ تَعَالَى وَلَا كَرَامَةَ إِلَّا مِنْهُ تَعَالَى.
85.    ذو الجلال والاكرام : Yang Amat Mempunyai kebesaran dan kemuliaan yang hanya bagi Allah Taala sahaja kemuliaan dan kebesaran dan tiada kemuliaan melainkan daripada Allah Taala sahaja.

اَلمُقْسِطُ
 العَادِلُ فِي حُكْمِهِ.
86.      المقسط: Yang Amat Adil pada Hukuman-Nya.

اَلْجَامِعُ
الذِي جَمَعَ اَجْزَاءَ الخَلْقِ بَعْد تَفَرُّقِهَا عِنْدَ البَعْثِ.
87.      الجامع: Yang Menghimpunkan segala juzuk makhluk Allah kemudian          daripada bercerai-berainya pada ketika kebangkitan hidup semula daripada kubur. 

             اَلْغَنِيّ
  المُسْتَغْنِي عَنْ كُلِّ مَا سِوَاهُ.
88.      الغني: Yang Amat Terkaya daripada tiap-tiap barang yang lain    daripada-Nya. Yakni: Allah tiada berhajat kepada sekalian makhluk-Nya kerana Dialah yang mengadakan sekalian makhluk-Nya itu daripada tidak ada kepada ada dengan Qadrat-Nya.

اَلمُغْنِي
 يُغْنِي مَنْ يَشَاءُ عَنْ مَا سِوَاهُ.
89.      المغني: Yang Mengkayakan barang siapa Dia kehendaki daripada barang yang lain daripada-Nya. Yakni: Allah Taala kurniakan kepada hamba-Nya, tiada berharap pertolongan kepada sesiapa makhluk-Nya hanya kepada Allah Taala sahaja.

اَلمَانِع
 الَّذِي يَمْنَعُ مِنْ فَضْلِهِ مَنْ اسْتَحَقَّ المَنْعَ.
90.      المانع: Yang Tidak Memberikan daripada limpah murah Kurniaan-Nya          kepada siapa-siapa mereka yang  tidak berhak untuk diberikan.


اَلضَّارُّ وَالنَّافِعُ
خَالِقُ الضَّرِ وَالنَّفْعِ.


91.    }  الضار (adh-dharu)
92.      } النافع (annafi-ou)

/النافعالضار: Yang Mengadakan kemudaratan dan Dia juga yang mengadakan kemanfaatan.



اَلنُّورُ
 المُظْهِرُ لِكُلِّ خَفِيٍّ بِإِخْرَاجِهِ اِلَى الوُجُودِ يَعْنِي الذِي اَوْجَدَ لِكُلِّ شَئٍ مَعْدُومٍ  مِنْ مَحْضِ العَدَمِ اِلَى الوُجُودِ بِدُونِ اَصْلٍ مِنْ شِئٍ.
93.      النور: Yang Menzahirkan bagi tiap-tiap yang tersembunyi dengan       mengeluarkannya kepada ada. Iaitu Yang Mengadakan bagi tiap-tiap suatu, daripada semata-mata tidak ada wujudnya sama-sekali kepada ada dengan tidak berasal daripada sesuatu apa pun.

اَلهَادِي
 الذِي يَهْدِي القُلُوبَ اِلَى مَصَالِحِهَا.
94.      الهادي: Yang Memberi Petunjuk kepada hati-hati kepada segala          kebaikannya.

 اَلبَدِيعُ
المُبْدِعُ وَالمُنْشِئُ لِلاَشْيَاءِ بِلَا اِحْتِذَاءٍ وَلَا اِقْتِدَاءٍ.
95.      البديع: Yang Mengadakan dan menerbikan bagi segala sesuatu dengan tidak ada contoh ikutan misal yang lalu.


                                                            الباقي
 الدَّائِمُ لَا اِنْتِهَاءَ لِوُجُودِهِ 
96.      الباقي: Yang Kekal yang sentiasa ada dan selama-lamanya ada, tiada   berkesudahan bagi ada-Nya.

اَلوَارِثُ 
البَاقِي بَعْدَ فَنَاءِ الخَلْقِ اَيْ البَاقِي بَعْدَ مَوْتِ الخَلْقِ.

97.      الوارث: Yang Kekal, kemudian daripada fanaa’ sekalian makhluk.    Yakni: Yang kekal kemudian daripada mati sekalian makhluk, yakni             dimatikan semua makhluk selepas tiupan pertama dan dibangkitkan hidup semula pada tiupan kedua. 
اَلرَّشِيْدُ

  اَلَّذِي اَرْشَدَ الخَلْقَ وَهَدَاهُمْ اِلَى مَصَالِحِهِمْ.
98.      الرشيد: Yang Memberi ajaran baik kepada hamba-hamba dan memberi petunjuk (kepada mereka itu) kepada segala perkara kebaikan mereka.


اَلصَّبُورُ
 اَلَّذِي يُؤَخِرُ العُقُوبَةَ اِلَى الاَجَلِ المَعْلُومِ.  
99.      الصبور   : Yang Mentakhirkan balasan seksa kepada masa yang termaklum.

Dengan ini, tamatlah sudah segala Asma'-Ullah al-Husna yang sembilan puluh Sembilan (99) itu.

                                       *****    *****    *****    *****     *****     *****       *****
Berikut penerangan dalam bentuk pertanyaan dan lain-lainnya, untuk memantapkan lagi kefahaman kita seperti di bawah ini:
1.  Jika kita ditanya: Bagaimanakah jalannya untuk memperkuatkan lagi kefahaman mengenai makna yang ada pada segala Asma'-Ullah al-Husna di hati?
Jawapan kita: Bahawa sebelum masa dan tempat diadakan oleh Allah Taala maka yang ada hanyalah Allah Taala sahaja yang ada, tidak ada sesuatu apa pun yang ada selain daripada-Nya.
           
Maka ini adalah satu peringkat ke arah menguatkan fahaman.
2.   Jika ditanya: Bagaimanakah jalannya untuk menguatkan lagi
peringkat fahaman tersebut?
         Jawapan kita ialah :
Maka hendaklah diberi faham bahawa sebelum Allah Taala mengadakan "Masa dan Tempat"  tidak ada:
·      cahaya,
·      gelap,
·      lapang,
·      kosong,
·      tumpat lawan kosong,
·      huruf
·      suara,
·      sunyi,
·      senyap,
·      gerak,
·      diam,
·      segala jenis warna,
·      segala jenis rupa,
·      angin,
·      api,
·      air,
·      tanah,
·      udara,
·      arasy,
·      kursi,
·      langit,
·      matahari,
·      bulan,
·      bintang,
·      awan,
·      bumi,
·      lautan,
·      pokok-pokok,
·      binatang,
·      manusia,
·      jin,
·      roh,
·      syaitan,
·      malaikat,
·      syurga,
·      neraka,

dan lain-lain makhluk Allah yang tiada terhingga banyaknya tidak ada.
3.          Hendaklah diiktiqadkan bahawa:
·      Jika Allah Taala tidak mengadakan:
(a)  masa dan  tempat sama-sekali
(b) atau tidak mengadakan alam sekalipun,

            maka Allah Taala begitu juga dengan kemuliaan-Nya, kesempurnaan-Nya, kebesaran-Nya dan ketinggian  martabat-Nya, mempunyai segala Asma'-Ullah al-Husna yang tiada terhingga  banyaknya.

Apa yang disebutkan sebanyak 99 di dalam Hadis itu ialah barangsiapa menghafaznya 99 itu nescaya masuklah ia ke dalam syurga, bukanlah bilangan Asma'-Ullah al-Husna itu sebanyak itu.
4.          Perkataan ALAM (عالم) pada Bab Ilmu At-Tauhid bermaksud:
"كُلُّ مَوْجُودٍ سِوَى اللهُ يُسَمَّى عَالَمًا"

Ertinya: "Semua barang yang ada selain daripada Allah dinamakan “ALAM”." Inilah takrif makna alam di sini.

5.           Oleh itu, hendaklah kita iktikadkan bahawa:
·      Sebelum diadakan masa dan tempat:
(a)  maka Allah Taala tiada mengenai tempat
(b)dan tidak berada pada semua tempat.

 Apabila telah diadakan masa dan tempat oleh Allah Taala maka Allah Taala begitu juga adanya, tidak mengenai tempat dan tidak ada pada semua tempat.

6.          Dan begitu juga hendaklah kita iktiqadkan bahawa:
·      Sebelum Allah Taala adakan ALAM maka:
(a)  Allah Taala tidak di luar alam
(b)dan tidak di dalam alam
(c)  dan tidak bersatu-padu dengan alam.

Maka apabila alam telah diadakan maka Allah Taala begitu juga adanya:
i)     tidak di luar alam
ii)     tidak pula di dalam alam,
iii)   dan tidak bersatu dengan alam
Begitu jugalah sebelum 'Arasy diadakan. Maka Allah Taala:
i)     tidak di luar 'Arasy
ii)    tidak di dalam 'Arasy
iii)   dan tidak bersatu-padu dengan 'Arasy.

Dan apabila 'Arasy telah diadakan oleh Allah Taal maka Allah Taala:
i)     tidak di luar 'Arasy
ii)    tidak di dalam 'Arasy
iii)   dan tidak bersatu-padu dengan 'Arasy.
7.          Hendaklah diiktikadkan bahawa:
·      Zat Allah Taala:
(a)  Tidak menyamai segala zat makhluk.
(b)  Dan Tidak berjuzuk
(c)  Manakala zat makhluk berjuzuk.

Oleh kerana Zat Allah Taala tidak berjuzuk maka:
·      ternafilah serta tertolaklah segala perkara yang melazimkan sesuatu juzuk itu, seperti:
o  berbahagi-bahagi
o  bertempat
o  berwarna
o  berpihak (arah)
o  dan lain-lain lagi.

Barangsiapa telah mengetahui tujuh perkara yang tersebut ini maka bolehlah hatinya itu mengingatkan segala Asma'-Ullah al-Husna sahaja apabila ia menyebutkan nama Allah dalam keadaan seolah-olah "masa dan tempat" atau alam belum lagi diadakan oleh Allah Taala.

Maka barangsiapa telah memahami segala makna Asma'-Ullah al-Husna yang tersebut itu, ia akan mudah sahaja mengingatkan makna-makna kemuliaan Allah Taala, kesempurnaanNya, kebesaranNya dan ketinggian martabat-Nya apabila menyebutkan kalimah (لا اله إلا الله).

Oleh itu, maka orang yang memahami tujuh perkara itu dan memahami segala makna Asma'-Ullah al-Husna tentulah tidak syak lagi adalah lebih afdal dan mulianya dari orang yang tidak memahami tujuh perkara itu dan tidak memahami makna-makna asma-Ullah al-Husna. Malahan, tidak sedikit pun boleh dibandingkan mulianya dengan orang yang tidak memahami makna-makna Asma'-Ullah al-Husna itu tadi.


PERINGATAN PENTING

Setelah memahami tujuh perkara tersebut itu tadi maka hendaklah diiktikadkan di dalam hati bahawa Allah Taala mengadakan sesuatu itu adalah tanpa ada asal.

Lihatlah makna-makna bagi kalimah-kalimah Asma'-Ullah al-Husna yang tersebut di bawah ini iaitu pada:

1)         Kalimah: اَلمُبْدِئ maknanya: الخَالِقُ اِبْتَدَاءً
Yakni (iaitu): Yang Mengadakan permulaan sesuatu.

2)       Kalimah: البَدِيعُ maknanya: المُبْدِعُ وَالمُنْشِئ ُ لٍلْاَشْيَاءِ بِلَا اِحْتِذَاءٍ وَلِا اِقْتِدَاءٍ
Yakni: Yang Mengadakan dan Yang Menerbitkan segala barang (sesuatu) dengan tidak ada contoh ikutan misal yang lalu.

3)        Kalimah: البَارِئُ maknanya: الخَالِقُ لِلْاَشْيَاءِ عَلَى غَيرِ مِثَالٍ سَابِقٍ
Yakni: Yang Mengadakan bagi tiap-tiap suatu tanpa contoh (misal) yang lalu.

4)        Kalimah: الخَالِقُ maknanya: المَوْجِدُ لِلْاَشْيَاءِ بِقُدْرَتِهِ عِلِى وِفْقِ عِلْمِهِ بِإِرَادَتِهِ Yakni: Yang Mengadakan bagi segala barang (sesuatu) dengan Qadrat-Nya, menurut Ilmu-Nya dengan Kehendak-Nya.

5)         Kalimah: النُّورُ maknanya:
المُظْهِرُ لِكُلِّ خَفِيٍّ بِإِخْرَاجِهِ اِلَى الوُجُودِ يَعْنِي الَّذِي اَوْجَدَ لِكُلِّ شَئْ ٍمَعْدُومٍ مِنْ مَحْضِ العَدَمِ اِلَى الوُجُودِ بِدُونِ اَصْلٍ.

Yakni: Yang Menzahirkan bagi tiap-tiap yang tersembunyi dengan mengeluarkannya kepada ada. Yakni: Yang Mengadakan bagi tiap-tiap suatu yang semata-mata tiada wujudnya sama-sekali kepada ada, dengan tidak berasal daripada apa-apa pun.

Maka jika dibaca kehendak makna-maknanya pada lima kalimah daripada Asma'-Ullah al-Husna ini nescaya didapati bahawa Allah Taala mengadakan sesuatu itu daripada tiada wujudnya sama-sekali barang itu kepada ada, dengan tidak berasal daripada apa-apa pun dengan Qadrat-Nya yang Qadim.

Oleh itu, jika kita ditanya, adakah Allah Taala berkuasa mengadakan seekor semut tanpa asal, tidak daripada bapa, tidak daripada ibu, tidak daripada telur dan tidak daripada apa-apa pun?

Tentunya kita akan jawab: Bahawa Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan semut itu tanpa asal daripada apa-apa pun, lebih cepat daripada sekerlipan pemandangan mata dan lebih cepat dari segerak lintasan hati dengan Qadrat-Nya yang qadim.

Bagi orang yang berkata bahawa Allah Taala tidak berkuasa mengadakan seekor semut dengan serta-merta, tanpa ada asal daripada apa-apa pun, tidak daripada bapa, tidak daripada ibu, dan tidak daripada telur maka orang ini telah menuduhkan Allah Taala itu bersifat lemah. Ertinya orang ini tidak memahami makna-makna pada Asma'-Ullah al-Husna yang ada pada kalimah المبدئ dan البديع dan البارئ dan الخالق dan النور sebagaimana yang diterangkan makna-maknanya itu tadi.

Bagi orang yang menjawab bahawa Allah Taala Amat Berkuasa pada mengadakan seekor semut dengan serta-merta, lebih cepat daripada sekerlipan pemandangan mata dan lebih cepat daripada segerak lintasan hati dengan tidak berasal daripada apa-apa dengan Qadrat-Nya yang Qadim maka orang ini hatinya telah bersih dan fahamannya boleh meningkat kepada memahami perkara yang lebih luas lagi iaitu jika kita sebutkan kepadanya keluasan Qadrat Allah yang tidak menyamai dengan kudrat makhluk. Tentunya dia akan dapat memahami sepenuhnya jika kita sebutkan tentang mukjizat yang Allah Taala berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam peperangan ketika terputus air yang hanya tinggal  daripada baki wuduk Nabi Muhammad s.a.w dalam bekas yang kecil sahaja yang sekira-sekira sempit hendak meletakkan tapak tangan ke dalamnya.

Maka apabila Nabi Muhammad s.a.w meletakkan tangannya pada tempat bekasan air itu, tiba-tiba dengan serta-merta air memancar, bagai mata air daripada selang anak-anak jari Nabi Muhammad s.a.w itu.

Andainya bilangan askar Muslimin seratus ribu orang nescaya mencukupi segala hajat mereka itu.

Maka bagi orang yang beriman yang faham bahawa Allah Taala itu Amat Berkuasa pada mengadakan seekor semut dengan serta-merta, tanpa asal daripada apa-apa pun, nescaya ia segera berkata: Betapakah besarnya pertolongan Allah Taala dan betapakah luasnya kudrat Allah Taala yang tidak menyamai dengan segala kudrat makhuk.

Oleh itu, misalnya sekiranya seorang mukmin yang salih, berdoa di hadapan mata kita katanya: "Ya Allah, Engkau adakanlah seekor semut". Maka jadilah seekor semut itu dengan serta-merta, lebih cepat daripada sekerlipan pemandangan mata dan lebih cepat daripada segerak lintasan hati di hadapan mata kita.

Oleh itu, apakah kita kata?

Siapakah yang mengadakan semut ini?

Bagaimanakah cara dan kaifiatnya?

Apa perbezaannya dan bandingannya di antara perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk?

Tentulah jawapan kita bahawa adanya semut ini adalah dengan Qadrat Allah Taala dan Perbuatan Allah Taala tidak menyamai dengan perbuatan makhluk-Nya kerana Qadrat Allah Taala tidak menyamai dengan segala perbuatan makhluk.  Perbuatan Allah Taala sangatlah ajaibnya.

Jika berhimpun sekalian jin dan manusia hendak mengadakan seekor semut dengan tidak berasal daripada apa-apa jua pun, tidak daripada ibu dan tidak daripada bapa dan tidak daripada telur, nescaya tidak terdaya mereka itu mengadakannya, bahkan jikalau sekalian jin dan manusia hendak mengadakan satu biji pasir yang kecil itu dengan tidak berasal daripada apa-apa pun nescaya tidak terdaya mereka itu mengadakannya. Adapun mengadakan barang yang tidak ada wujudnya sama-sekali kepada ada dengan tidak berasal daripada apa-apa pun hanya tertentu bagi Allah sahaja.

Maka daripada sini, nampaklah kadar kelemahan kudrat makhluk Allah dan nampaklah kelemahan akal manusia. Terputuslah jalannya untuk berfikir jika disuruh berfikir untuk mengadakan sebiji pasir dengan tidak berasal daripada apa-apa pun, lebih-lebih lagi jika disuruh berfikir untuk mengadakan seekor semut dengan tidak berasal daripada apa-apa jua pun, tidak daripada ibu, tidak daripada bapa, tidak daripada telur dan tidak daripada apa-apa pun.

Oleh itu, perbuatan Allah Taala pada mengadakan semut ini dengan serta-merta adalah tidak ada caranya dan tidak ada kaifiatnya dan tidak ada bandingannya dan tidak ada misalnya dan tidak ada umpamanya dengan perbuatan makhluk, bahkan “lemah akal daripada mendapat tahu akan hakikat kudrat Allah itu, itulah mendapat”. Yakni itulah pengenalan.

Begitulah pada Bab, apabila kita mendengar perkhabaran yang sahih benarnya mengenainya mukjizat yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu, askar-askar Muslimin sedang dalam kehausan ketika terputusnya bekalan air dalam suatu peperangan. Apa yang ada pada ketika itu hanyalah sedikit sahaja air iaitu saki-baki daripada air wuduk Nabi Muhammad s.a.w. Maka Nabi Muhammad s.a.w pun memasukkan tangannya ke dalam bekas air itu maka terkeluarlah air dengan serta-merta daripada selang anak-anak jari Nabi Muhammad s.a.w bagai mata air, jika sekiranya mereka itu seramai seratus ribu orang pun, nescaya mencukupi segala hajat mereka itu.

Jika ditanya, dari manakah datangnya air itu, apakah daripada langit atau bumi dan bagaimanakah cara dan kaifiatnya?

Jawapan kita ialah bahawa ini adalah perbuatan Allah. Perbuatan Allah Taala tidak menyamai dengan perbuatan makhluk. Sesungguhnya Allah Taala mengadakan sesuatu itu adalah dengan Qadrat-Nya yang Qadim, tidak sama-sekali menyamai dengan kudrat makhluk.

Oleh itu, dari mana datangnya air ini tidaklah ada caranya, kaifiatnya, misalnya, bandingannya dan tidak ada umpamanya.

Segala-galanya adalah di bawah kudrat Allah belaka. Maka “Lemah daripada mendapat tahu akan hakikat kudrat Allah itu, itulah mendapat”, yakni: pengenalan.

Peristiwa air keluar bagai mata air daripada selang anak-anak jari Nabi Muhammad s.a.w telah termasyhur tersebut di dalam kitab-kitab agama.

Maka bagaimana fikiran kita seandainya kita berada bersama-sama dengan sahabat-sahabat radiallah anhum dan kita sendiri dapat minum air itu.

Adakah kita mahu mengingkari pertolongan Allah sebesar itu!

Jauh sekali … Maka apa kita kata jika kita mendengar perkataan puak agama sesat yang berkata: Jika air itu tidak datang daripada atas dan tidak pula daripada bumi, bagaimana boleh datangnya air yang begitu banyak!

Dalam hal ini, marilah kita bandingkan dengan  hal Nabi Musa a.s ketika berhadapan bahaya himpitan Firaun,  pengikut-pengikutnya dan askar-askarnya maka Allah Taala perintahkan Nabi Musa a.s untuk memukul lautan itu dengan tongkatnya. Sebaik sahaja lautan itu dipukul maka dengan serta-merta terbelahlah lautan itu lalu terbuka jalan untuk diseberangi ke sana. Maka terselamatlah Nabi Musa a.s dan sekalian orang Mukminin dan Mukminat daripada bahaya musuh mereka itu.

Maka ini adalah jalan keselamatan bagi Nabi Musa a.s dan sekalian pengikutnya, samalah sahaja dengan keadaan yang dihadapi oleh askar-askar orang Muslimin daripada bahaya mati kehausan dalam peperangan dengan diberi air daripada selang anak-anak jari Nabi Muhammad s.a.w dengan banyaknya sebagai mukjuzat yang nyata.

Bagi orang-orang yang mengingkarinya maka itu adalah disebabkan oleh akal fikiran mereka yang hanya tertumpu kepada tangan Rasulullah s.a.w itu sahaja. Apakah munasabahnya (logiknya) hingga boleh mengeluarkan air yang begitu banyaknya. Apakah munasabahnya jika air yang banyak itu tidak dapat diketahui oleh mata kepala … daripada manakah punca asalnya ia datang?!

Maka tiap-tiap yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala sendiri, di manakah puncanya air itu, nescaya tidaklah munasabah boleh berlaku.

Ini adalah disebabkan  orang-orang puak agama sesat ini menimbangkan perkara itu semata-mata dari sudut pertimbangan akal fikiran sahaja, yang sama sahaja halnya dengan pertimbangan Firaun dan bala tenteranya. Mereka masuk ke dalam lautan yang telah terbelah dan terbuka jalannya untuk ke seberang sana atas dasar sebagaimana Nabi Musa a.s dan pengikut-pengikutnya boleh terselamat maka begitu juga siapa-siapa yang lainnya pula boleh berjalan dengan selamatnya seperti mereka.

Mereka tidak terfikir sama-sekali bahawa lautan yang terbelah itu boleh terkatup semula pada bila-bila masa sahaja apabila dikehendaki oleh Allah Taala. Tidak langsung terlintas di hati mereka kerana Firaun itu sendiri mengaku dirinya Tuhan dan mereka mengingkar adanya Tuhan.

Maka betapa buruknya akibat menurut cara timbangan akal, tidak percaya kepada yang di bawah Qadrat Allah hingga terperangkapnya Firaun dan bala tenteranya ketika mengikutinya masuk ke dalam lautan itu, lalu dikatupkan semula oleh Allah Taala dengan Qadrat-Nya.

Maka apakah faedahnya, disebutkan perkara ini di sini? Tidak lain dan tidak bukan ialah supaya dapat difahami bahawa perbuatan Allah Taala itu tidak menyamai perbuatan makhluk sebagaimana Qadrat Allah Taala tidak menyamai perbuatan makhluk.

Jika kita ditanya apakah asal alam?

Persoalan ini sangatlah besar. Maka lihatlah perbuatan Allah Taala pada air yang keluar daripada selang anak-anak jari Nabi Muhammad s.a.w yang sangat banyaknya itu sehingga boleh mencukupi keperluan seratus ribu orang.

 Jika kita ditanya, bagaimana cara dan kaifiatnya, air yang banyak itu diadakan oleh Allah Taala dan kita sendiri dapat melihat air itu keluar dan dapat meminumnya air itu jika kita ada bersama dengan mereka?. Maka jawapan kita: 
“Lemah daripada mendapat tahu akan hakikat Qadrat Allah pada mengadakan air yang banyak itu, itulah mendapat.” 

Maksudnya itulah pengenalan. Adalah sesuatu yang amat mustahil untuk mengetahui akan hakikat Qadrat Allah Taala pada mengadakan sesuatu.

Apabila Allah Taala mengadakan air daripada selang anak-anak jari Nabi Muhammad s.a.w di hadapan mata kepala beribu-ribu orang tentera Muslimin yang sedang menghadapi kedahagaan air. Mereka itu tidak dapat mengetahui akan hakikat Qudrat Allah Taala pada mengadakan air yang banyak itu.

Maka Allah Taala adakan alam.  Apakah yang hendak diduga dan difikirkan oleh akal fikiran untuk mengetahuinya. Bahkan terbelahnya lautan untuk kesalamatan Nabi Musa a.s dan sekalian pengikut-pengikutnya dan pada masa yang sama untuk membinasakan Firaun dan pengikut-pengikutnya, itupun tidak dapat diduga oleh akal fikiran sebelum berlakunya hal itu.

Maka bagaimana boleh terdaya untuk perkara yang lebih besar halnya !

Oleh itu, maka perbahasan apa dia asal alam itu adalah suatu perkara besar, tetapi terlebih dahulunya hendaklah berjaga-jaga kerana ditakuti jika ada kumpulan yang telah sesat pada agama disebabkan terkena membaca buku-buku agama sesat yang dikarang oleh musuh agama untuk merobohkan agama dengan jalan supaya orang-orang Mukminin dan Mukminat terjatuh ke dalam agama kufur kerana dalam karangan itu mereka menyatakan asal alam secara rekaan mereka sendiri.

Jika ada berlaku kesesatan pada sesuatu kaum dalam bab ini maka wajiblah diberi penerangan yang jelas untuk menolakkan kesesatan mereka itu pada perkara iktiqad(apa yang sedia maklum, perkara yang tidak diketahui ramai, mudah sahaja terpengaruh kepada kesesatan).

Caranya untuk menolakkan kesesatan mereka itu ialah dengan terlebih dahulunya membahaskan perkara Asma'-Ullah al-Husna yang ada di dalam al-Quran al-Karim.

Tidak ada gunanya membahaska apa dia ASAL “ALAM”  tanpa mengetahui terlebih dahulunya segala makna pada Asma'-Ullah al-Husna.

Maka jika terdapat golongan yang tidak mahu mendengar dan menerima penerangan mengenai makna-makna Asama'-Ullah al-Husna maka golongan ini tidak boleh dibawa berbahas dalam perkara Ilmu At-Tauhid dan lain-lainnya.

Oleh sebab, barangsiapa membaca Asma'-Ullah al-Husna dan ia memahami makna-maknanya nescaya hatinya bersih daripada iktiqad yang sesat, lebih-lebih lagi apabila ia memahami bahawa sebelum masa dan tempat diadakan oleh Allah Taala maka yang ada hanya Allah Taala sahaja yang ada; dan Ia mempunyai segala Asma'-Ullah al-Husna.

Bagi mereka yang tidak mahu membaca dan mengambil faham akan segala makna Asma'-Ullah al-Husna maka hatinya belum bersih. Oleh itu tinggalkan hinggal mereka itu membersihkan hati mereka. Selepas itu baharu boleh dibawa berbincang dan berbahas.

Oleh itu hendaklah diberi faham pada Asma'-Ullah al-Husna dan segala maknanya supaya mereka nampak sejauh manakah mulianya agama Islam. Selepas itu diberikan kefahaman bahawa  yang menurunkan Kalam Allah ialah Malaikat Jibril a.s kerana golongan sesat ini tidak mengetahui kemuliaan Malaikat Jibril a.s betapa besarnya jisim Jibril dan betapa tinggi lagi mulia ketaqwanya terhadap Allah.

Oleh itu, hendaklah diberi penerangan yang jelas tentang hal-hal supaya menampakkan kemuliaan Malaikat Jibril a.s pada sisi Allah Taala. Maka Kalam Allah yang mulia itu, apabila diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan hantaran Jibril a.s mememperlihatkan berapa  mulianya Nabi Muhammad s.a.w dengan sebab dapat menerima Kalam Allah Taala itu.

Maka orang-orang Mukminin dan Mukminat pula apabila mereka itu dapat menerima ajaran al-Quran, dan dapat beramal dengan amalan yang salih, menurut ajaran al-Quran yang dipesampaikan oleh Nabi  Muhammad s.a.w telah menampakkan kemuliaan mereka berbanding dengan masa mereka dalam kejahilan dahulu.

Maka sekadar ini sahaja ditamatkan kitab ini sebagai salah satu usaha kita untuk memuliakan al-Quran dan membesarkan Kalam Allah Taala yang mudah-mudahan akan dapat memberi petunjuk dan kemanfaatan khususnya kepada anak-anak kita yang sentiasa berusaha mencari ilmu pengetahuan sebagai pembimbing jalan beragama yang hak. 
Apabila membaca kitab ini jangan lupa membaca sekali :


kerana ia akan memberi faedah yang besar jika dibaca bersama-sama dengan Kitab Asma'-Ullah Al-Husna ini.

Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah Taala dan bermohon kepada Allah Taala semoga memberikan keberkatan Kitab ini untuk semua kaum Muslimin dan Muslimat dalam perkara agama, dunia dan akhirat. Kita bermohon juga kepada Allah Taala agar mengurniakan pahala kepada sekalian ibu-bapa kita dan sekalian kaum Muslimin dan Muslimat daripada usaha sama kita mengembangkan ajaran agama.والله أعلمُ بالـصـواب

[#*Catatan :Sesiapa juga di kalangan kaum Muslimin dan Muslimat  yang bersesempatan membaca serta memahami kandungan ilmu yang disajikan di dalam kitab ini, mudah-mudahan Allah melimpahkan Rahmat-Nya agar dikurniakan kekuatan untuk memanfaatkannya kepada umum dalam apa jua cara sekalipun. Semoga rahmat, taufik dan hidayah Allah sentiasa menyinari hidup kita di sepanjang hayat dan berkekalan hingga akhirat.]

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


[ Sejambak kenangan : Al-Ustaz Haji Mohamad Ismail bin Salleh dilahirkan di Kampung Sayong Tengah, Kuala Kangsar pada tahun 1909 dan telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 24 Jun, tahun 1994 ketika  berusia 84 tahun. Jenazah beliau dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Taman KOSAS Ampang, Kuala Lumpur/Selangor. Mudah-mudahan Allah melimpahkan cucuran Rahmat-Nya yang berterusan ke atas roh beliau sebagai seorang insan mukmin yang salih. Amin. Al-Fatihah.].

                   **********************************************************

                              Sebanyak manakah emas sepenuh bumi?

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوْا وَمَاتُوْا وَهُمْ كُفَّارٌ فَلـَنْ يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِمْ مِلْءُ الاَرْضِ ذَهَبًا وَلَوِ افْـتَــدَى بِهِأُوْلَــئـِك لَهُم عَذَابٌ أَلِيْم  وَّمَالَهُمْ مِنْ نَاصِرينَ  

                                 Maksudnya :
“Bahawa orang-orang yang telah kufur dan mereka mati dalam keadaan kekafiran maka tidaklah akan diterima dari seorang pun di antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan emas (yang sebanyak) itu. Bagi mereka itulah seksaan yang pedih dan mereka tidak sesekali memperoleh penolong." 
                                  [Al-Quran surah سورة آل عمران Ali 'Imran :91]

                         *************************************************
ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ 
                              Maksudnya :
" Itulah petunjuk Allah, yang dengannya Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya. Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan (baik) yang telah mereka kerjakan." 
               [Al-Quran سورة الأنعام  surah Al-An'aam : 88 ] 
                                   *******************************************************
حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصٍ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ حَدَّثَنَا شَقِيقٌ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ النَّارَ وَقُلْتُ أَنَا مَنْ مَاتَ لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ
                           Maksudnya : 
"Telah menceritakan kepada kami 'Umar bin Hafsh telah menceritakan kepada kami bapaku telah menceritakan kepada kami Al-A'masy telah menceritakan kepada kami Syaqiq dari 'Abdullah radliallahu 'anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: 'Barangsiapa yang mati dengan menyekutukan Allah dengan sesuatu maka dia pasti masuk neraka'. Dan aku ('Abdullah) berkata, dariku sendiri: 'Dan barangsiapa yang mati tidak menyekutukan Allah dengan suatu apapun maka dia pasti masuk syurga'." [H.R. Bukhari]






























ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...