Isnin, 29 Ogos 2011

PERBEZAAN PERBUATAN ALLAH DENGAN PERBUATAN MAKHLUK

           

            بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

                    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ
 أَمَّا بَعْـدُ 
              اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ (1) وَإِنْ يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُسْتَمِرٌّ (2) وَكَذَّبُوا وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ وَكُلُّ أَمْرٍ مُسْتَقِرٌّ (3)   
                                    Maksudnya:
Telah hampir sa'at (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.(1)  
Dan jika mereka (orang-orang kafir musyrikin) melihat sesuatu tanda (mukjizat) mereka berpaling dan berkata : '(Ini adalah) sihir yang terus menerus'.(2) 
Dan mereka mendustakan (Nabi) dan mengikuti hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapan."(3)      
                                    [Al-Quran سورة القمر‎‎ surah al-Qamar : 1-3 ]

                                             ***********************************

                      Image result for menjadi kera yang hina
وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ الَّذِينَ اعْتَدَوْا مِنْكُمْ فِي السَّبْتِ فَقُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ (65) فَجَعَلْنَاهَا نَكَالا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهَا وَمَا خَلْفَهَا وَمَوْعِظَةً لِلْمُتَّقِينَ (66 
:Maksudnya                             
" Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka : 'Jadilah kamu kera yang hina'.(65) 
Maka Kami jadikan yang demikian itu sebagai peringatan bagi orang-orang pada masa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa." (66)  
[Al-Quran سورة البقرة surah al-Baqarah:65-66]
  ******************************************
Sungguhpun pada umumnya manusia memahami perbezaan yang ketara di antara perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk-Nya tetapi kadangkala manusia tersalah faham atau tersasar dengan berbagai-bagai tanggapan, sangkaan dan persepsi terhadap pengertian perbuatan Allah dan perbuatan makhluk. 
Pada umumnya perkembangan dan percambahan pemikiran ini berpunca daripada sistem pendidikan dan pembelajaran ilmu pengetahuan yang diterapkan ke dalam minda manusia memisahkan pemahaman keagamaan dengan konsep ilmu duniawi "sekular" yang dianggap bertentangan dengan ilmu agama yang dikatakan bersifat "ritual" dan "spiritual" yang dalam banyak hal sukar dibuktikan kesahiahnnya melalui kaedah kajian saintifik yang mudah difahami dan diterima oleh logik akal manusia.
  
Pemahaman ilmu-ilmu saintifik yang dihasilkan oleh golongan cerdik pandai tertentu yang dikenali sebagai ahli-ahli dalam pelbagai bidang sains dan teknologi, matematik, astronomi, seni bina, falsafah, bahasa dan kesusteraan, perundangan dan pelbagai bidang ilmu lagi amat berpengaruh dan dimuliakan di kalangan masyarakat kerana mereka dikatakan memiliki kecerdasan dan kepintaran akal luar biasa yang menghasilkan penemuan-penemuan terbaru dan daya kreativiti bagi keperluan hidup manusia di dunia.

Adalah menjadi kebiasaan bagi seseorang manusia itu berfahaman bahawa alam yang berada di sekelilingnya dipercayai "wujud dengan sendiri" melalui proses kejadian alam tabi'ie tertentu yang mengambil masa sangat panjang seperti ribuan juta, ratusan juta atau ratusan ribu tahun lamanya ataupun alam itu sudah sedia ada dan ada dengan sendiri tanpa ada sesiapapun yang menjadikannya. 
Kepercayaan ini diyakini umum dan hampir-hampir meluput dan menghilangkan atau menapikan sama sekali hakikat dan rahsia atau hikmah kejadian dan kewujudan alam ini adalah kesemuanya berpunca daripada perbuatan Allah Yang Maha Berkuasa mengadakan setiap sesuatu yang dikehendaki-Nya dan Dia lebih mengetahui segala-galanya dengan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali.

Dalam pemahaman dan pegangan iktiqad akidah keimanan Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang bersandar kepada nas-nas al-Quran, Hadis-hadis Rasullullah s.a.w. dan ijtihad para sahabat Rasullullah s.a.w. serta para ulama' mujtahid golongan Ahli As-Sunnah menegaskan bahawa Allah SWT yang mengadakan semua barang sesuatu/makhluk dengan Qadrat-Nya yang Qadim lagi Azali atas limpah murah kurnia daripada Keadilan-Nya. Al-Afa'al-الافعال-(Perbuatan) Allah itu diperjelaskan :
".......Maka Allah SWT jualah yang mengadakan sekalian makhluk dan mengadakan segala amal pekerjaan mereka itu. Allah SWT jualah yang mentakdirkan segala rezeki dan ajal mati mereka dan Allah SWT sahajalah Yang Amat Berkuasa mengadakan dan mentiadakan 'sesuatu'.Tidak ada 'sesuatu'  apa barang pun yang di bawah kuasa dan milik Allah yang terlepas daripada kuasa, milik dan di bawah perintah Allah. Sesungguhnya tidak terhingga segala barang yang di bawah kuasa Allah itu dan kuasa Allah itu tiada terhad, tiada terhingga dan tiada berkesudahan segala barang yang diketahui Allah SWT itu........... 
Semua barang perbuatan Allah itu adalah atas keadaan yang sehabis-habis elok sempurnanya, sangat-sangat berbetulan pada tempat letaknya, susunannya  dan timbangannya. Bahawasanya setiap perbuatan Allah itu mempunyai hikmat yang nyata atau tersembunyi lagi dengan penuh keadilan pada segala hukumannya.  
Sesungguhnya tidaklah sesekali dapat dikiaskan keadilan Allah itu dengan keadilan sekalian hamba makhluk-Nya kerana hamba Allah itu boleh berlaku kezaliman yang terbit daripadanya kerana memerintah hak orang lain. Tetapi Allah tidak sesekali boleh berlaku zalim kerana tidak ada satu barang atau makhluk walau sekecil dan sehalus mana sekalipun yang tidak dimiliki Allah.
Maka semua barang yang ada selain daripada Allah iaitu sekalian manusia, jin, malaikat, syaitan, langit, bumi, binatang, pokok, batu-batan, segala jenis kebendaan, segala khasiat benda dan kekuatannya, segala barang yang didapati oleh lintasan-lintasan hati, dan segala barang yang didapati dengan segala pancaindera yang lima, segala jenis cahaya, segala jenis rupa dan warna, masa, tempat,lapang, suara, huruf, bilangan, ukuran, sukatan, gerak, diam dan lain-lain lagi semuanya itu barang/sesuatu yang baharu iaitu barang yang diadakan oleh Allah Taala dengan Qadrat-Nya yang Qadim daripada tidak adanya barang-barang itu sama sekali kepada adanya barang itu diadakan oleh Allah..." 
Bagi memudahkan kefahaman terhadap perbezaan ketara di antara perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk penilitian lebih mendalam wajar diberikan bahawa setiap perbuatan yang wujud itu boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu: 
  • Perbuatan makhluk 
  • Perbuatan Allah  
Adapun Perbuatan Makhluk boleh dibahagikan kepada tiga [3] kategori iaitu :
1.  Perbuatan Tabi'ie (طبيعي) - Perbuatan ini boleh dilihat dan difahami umpamanya khasiat sesuatu barang atau benda seperti:      
  • magnet boleh menarik bahan-bahan logam,
  • kemudaratan sesuatu benda terhadap kehidupan manusia, haiwan, tumbuh- tumbuhan dan alam, 
  • khasiat ubat-ubatan boleh menyembuhkan penyakit, cahaya matahari  boleh memanaskan bumi, khasiat pemakanan untuk pertumbuhan dan kesihatan tubuh badan, ais memberi kesejukan dan sebagainya tetapi ianya tidak mempunyai nyawa.
Ini Pidato Rasulullah Di Akhir Bulan Sya’ban
                                               Sinar cahaya matahari
 2.  Perbuatan Kasbi  (كسبي)  - Perbuatan ini boleh dirujuk kepada perbuatan yang dimiliki oleh haiwan. Umpamanya haiwan boleh makan, minum, berjalan, berkahwin, membiak dan segala perkara yang layak bagi binatang. Perbuatan ini lebih tinggi daripada perbuatan tabi'ie kerana binatang mempunyai nyawa, naluri tindak balas dan sebagainya.   
                                 Image result for burung tempua membuat sarang

                              Burung tempua membuat sarang dan lebah membuat sarang bermadu

Lihat : Usaha mengambil madu lebah

3.  Perbuatan Sina'ie (صناعي)- Perbuatan ini lebih tinggi daripada Perbuatan Tabi'ie dan Perbuatan Kasbi. Perbuatan ini boleh dikiaskan kepada perbuatan manusia yang boleh melakukan berbagai-bagai pekerjaan seperti boleh bertukang, merekacipta, membuat rumah/bangunan, mengajar dan belajar, berfikir, mempunyai daya kreatif seni dan inovatif, mempunyai wawasan, membina ketamadunan hidup dan lain-lain lagi yang tidak berkeupayaan bagi binatang melakukannya. Ini disebabkan manusia mempunyai nyawa/roh, dan akal.

Runtuhan  Kota Persepolis, ibu kota kerajaan Dinasti Achaemenid, Parsi sekitar kurun ke 6 SM

       Runtuhan Kota Ephesos/Efesus Warisan Tamadun Yunani di Izmir, Turki yang  dibina sekitar kurun ke-10 Sebelum Masehi .

Antara warisan tamadun Lembah Sungai Nil, Mesir yang dibina sekitar tahun 2,000-17000 SM 

Perbuatan Allah pula dinamakan "Perbutan Ijadi"(ايجادي).  Perbuatan ini boleh ditakrifkan sebagai:
"Mengadakan sesuatu daripada semata-mata tiada kepada ada tanpa apa-apa jua asal pun mengikut Kehendak dan Takdir-Nya berbetulan dengan Ilmu-Nya Yang Qadim lagi Azali." 
Hal ini dapat difahami dan dibezakan sekiranya disuruh sekalian jin dan manusia mengadakan seekor semut yang bukan berasal daripada ibu bapa, telur dan apa juga bahan, nescaya mereka tidak sanggup/mampu melakukannya walau sebanyak mana sekalipun yang dibelanjakan dengan upah wang atau harta benda yang paling banyak, malah sekiranya dibunuh sekalipun mereka tidak terdaya melakukannya.

Bagaimana pula jika terdapat seeorang mukmin soleh berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas supaya mengadakan seekor semut tanpa apa-apa juga asalnya. Kemudian dengan serta merta wujud seekor semut yang disaksikan oleh sekalian orang yang hadir. Adakah Allah berkuasa mengadakan seekor semut tersebut tanpa apa-apa jua asalnya? Sudah semestinya Allah Maha Berkuasa mengadakannya lebih cepat dari kerdipan mata dan lintasan di hati berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali tanpa misal, umpama dan ibarat. 


Perbuatan Ijadi Allah ini diertikan juga sebagai Khalaqa  (خلقه )
 yang bererti: 
"mengadakan sesuatu daripada semata-mata tiada kepada ada."
Perbuatan ini dikhaskan bagi Allah sahaja.

[Lihat : Nabi Ibrahim Alaihisalam "Jahil" Ilmu Mengnal Allah?]


Antara Firman Allah di dalam al-Quran yang menjelaskan perihal ini ialah:
إِنَّهُ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ (13) وَهُوَ الْغَفُورُ الْوَدُودُ (14) ذُو الْعَرْشِ الْمَجِيدُ (15) فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ (16    
                              Maksudnya :
i."Sesungguhnya Dia-lah Yang mengadakan (makhluk) dari permulaan dan menghidupkannnya (kembali).(13)      
Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih, (14)
yang mempunyai al-'Arasy, lagi Maha Mulia. (15)
Maha Berkuasa berbuat apa yang dikehendaki-Nya."(16)
     [Surah  سورة البروج Al-Buruuj :13-16 ]
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنَ الأرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الأمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمً
                     Maksudnya : 
ii."Allah yang mengadakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segla sesuatu, dan sesungguhnya Allah, Ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu." 
            [Surah  سورة الطلاق‎‎ Ath-Thalaaq: 12
 الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَاعِلِ الْمَلائِكَةِ رُسُلا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَثْنَى وَثُلاثَ وَرُبَاعَ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
                       Maksudnya : 
iii." Segala puji bagi Allah yang mengadakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk  mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada barang perbuatan-Nya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." 
                               [Surah سورة فاطر  Faathir : 1

Related image
                ".......jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus....."
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ جَعَلَ اللَّهُ عَلَيْكُمُ اللَّيْلَ سَرْمَدًا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ إِلَهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُمْ بِضِيَاءٍ أَفَلا تَسْمَعُونَ (71) قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ جَعَلَ اللَّهُ عَلَيْكُمُ النَّهَارَ سَرْمَدًا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ إِلَهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُمْ بِلَيْلٍ تَسْكُنُونَ فِيهِ أَفَلا تُبْصِرُونَ (72) وَمِنْ رَحْمَتِهِ جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (73
               Maksudnya :
iv. " Katakanlah : 'Terangkanlah kepadaku; jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Maka apakah kamu tidak mendengar?' (71) 
Katakanlah : ' Terangkanlah kepadaku; jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu yang kamu beristirehat padanya? Maka apakah kamu tidak memperhatikan?' (72) 
Dan kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya'. " (73)
                    [ Al-Quran surah Al-Qashash سورة القصص‎‎ : 71-73 ] 

Pengertian ini dapat menjelaskan bahawa Perbuatan Allah itu tidak sesekali menyamai atau tersangat berbeza dengan Perbuatan Makhluk dalam apa jua hal, jalan dan cara sekalipun kerana ALLAH itu BUKAN makhluk tetapi Dia yang menjadikan/mengadakan semua makhluk, sifat dan segala perbuatan makhluk dengan Qadrat-Nya yang Qadim berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali. 

Hakikat Qadrat Allah tidak dapat diketahui sama sekali sama ada Nabi-nabi, Rasul-rasul dan para Malaikat sendiri yang dikurniakan keluasan dan kefahaman ilmu mereka mengenali Allah mengatasi manusia biasa.  Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan hakikat Qadrat-Nya. Demikianlah betapa ajaibnya Perbuatan Allah yang Qadim lagi Azali.

Bagi memantap serta memperkukuhkan lagi kefahaman mengenai Perbuatan Allah ini rujukan hendaklah dilakukan terhadap kandungan ilmu yang terdapat pada Asma' Ullah Al-Husna
Antara sifat-sifat Allah yang terkandung di dalam Asma' Ul Husna Allah yang boleh diselaras dan dikaitkan dengan Perbuatan Ijadi Allah ialah: 
i.  Al-Khaliq  :Yang Mengadakan makhluk-makhluk daripada semata-mata tidak ada kepada ada dengan Qadrat-Nya yang Qadim. Dia telah mentakdirkan tiap-tiap satu daripadanya dengan kadar tertentu dengan kehendak-Nya menurut hikmatnya [atau] yang mentakdirkan bagi segala perkara.
ii.  Al-Bari'  : Yang Mengadakan segala barang sesuatu daripada semata-mata tidak ada kepada ada dengan ketiadaan contoh misal yang lalu.
iii.  Al-Musawuwir  : Yang Mengadakan bagi segala rupa makhluk-makhluk dan memperelok serta menyusun baginya.
iv.  Al-Lahtiff   : Yang Amat Mempunyai kasih sayang  dan Yang Amat Latiff (mempunyai kelembutan dan amat halus) dan elok (pada) segala perbuatan-Nya(atau) Yang Amat Mengetahui, dengan segala  perkara yang tersembunyi dan perkara-perkara yang sehalus-halusnya.
v.   Al-Matin  :Yang Bersangatan Kuat dan tidak mengenai kedaifan sama sekali.
vi.   Al-Mubdiu'  : Yang Mengadakan permulaan sesuatu, yakni yang mengadakan permulaan sesuatu daripada semata-mata tidak ada kepada ada dengan tidak berasal daripada apa-apa pun.
vii.  Al-Mua'id  :  Yang Mengadakan kesudahan sesuatu.
viii.  Al-Qadar dan  ix.  Al-Muqtadir  :  Yang Mempunyai Qadrat paling sempurna yang tidak mengenai sama sekali sebarang kekurangan dan kelemahan.
x.    An-Nuur  :  Yang Menzahirkan bagi tiap-tiap barang yang tersembunyi [tidak ada] dengan mengeluarkannya kepada ada, yakni Yang Mengadakan bagi tiap-tiap sesuatu yang tidak wujudnya sama sekali kepada ada dengan tidak berasal daripada sesuatu apa pun. Dan Firman Allah SWT yang kira-kira ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman jika kamu sekalian takutkan Allah nescaya ia jadikan bagi kamu Furqanan”. Kata satu qaul 'Furqanan' ialah cahaya yang memperbezakan dengannya di antara yang benar dan yang salah dan mengeluarkan dengannya daripada segala perkara-perkara yang subahat, iaitu “perkara-perkara yang tidak jelas di antara benar dan salahnya” . 
Demikianlah makna Nuur dengan makna ilmu yang memperbezakan di antara benar dan salah.  Oleh itu al-Quran dinamakan Nuur kerana al-Quran menerangkan yang mana benar dan yang mana salah pada hukuman Allah. 
        [Sila lihat : Pengertian An Nuur ].
xi.  Al-Badi'  : Yang Mengadakan sesuatu atau barang-barang yang belum pernah ada/wujudnya sama sekali dengan tiada ikutan contoh misal yang lalu.
Segala perbuatan Allah adalah berbetulan dengan takdir Qadha dan Qadar serta Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali sebagaimana yang diperjelaskan di dalam pegangan iktiqad Ahli Sunnah Pada Maksud Syahdat At-Tauhid dalam bab Kehendak (Iradatu  الارادة ) Allah :
"...Barang apa yang dikehendaki oleh Allah itu sahajalah yang berlaku. Barang apa yang tidak dikehendaki oleh Allah tidaklah berlaku dan tidak terkeluar daripada Kehendak Allah berlakunya sesuatu perkara itu sekadar sekerlipan pemandangan mata dan sekadar segerak lintasan hati jua pun. Bahkan Allah SWT jualah yang mengadakan permulaan sesuatu dan Allah SWT jualah yang mengembalikannya. 
Allah SWT itu amat berkuasa bagi barang apa sahaja yang Dia Kehendaki. Tidak ada suatu apa pun yang menghalangi Kehendak Allah itu dan tidak ada suatu apa pun yang menolakkan supaya terlepas daripada Qadha Allah SWT. Maka tidak dapat lari seseorang hamba Allah itu daripada berbuat maksiat kepada Allah melainkan semata-mata dengan pertolongan Allah dan rahmat-Nya dan tiada terdaya mengekalkan berbuat taat kepada Allah melainkan semata-mata dengan Kehendak Allah. 
Sebarang apa jua yang Allah SWT Kehendaki adanya pada Azal-Nya pada masa yang ditakdirkan adanya maka didapatilah adanya barang itu pada waktu yang Allah SWT telah mentakdirkan adanya menurut sebagaimana yang Dia Kehendaki pada Azal-Nya itu juga dengan tiada terdahulu dan tiada terkemudian. 
Bahkan berlakunya berbetulan dengan Ilmu-Nya dan Kehendak-Nya yang tiada bertukar dan tiada berubah dan Allah SWT mentadbirkan semua perkara itu bukan dengan susunan fikir dan bukan mengenai masa kerana yang demikian itu tidak membimbangkan Allah oleh sesuatu pekerjaan daripada sesuatu pekerjaan....."
Kesemua perbuatan makhluk yang terjumlah sebagai Perbuatan Tabi'ie, Perbuatan Kasbi dan Perbuatan Sina'ie bukan wujud dengan sendiri tetapi Allah yang mengadakannya bagi menyempurnakan segala takdir yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian dan tujuan serta hikmah setiap makhluk yang diadakan-Nya berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali.
Perbuatan makhluk juga tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan mengikut hukum tabi'ie seperti mempunyai bahan-bahan tertentu, deria pancaindera anggota tertentu, tempoh hayat (masa), ruang, tempat, pergerakan, diam dan sebagainya. Ertinya kesemua perbuatan makhluk mempunyai kelemahan dan terhad keupayaannya mengikut hikmah, rahsia atau tujuan Allah mengadakannya yang Dia sahaja Yang Maha Mengetahui kecuali dalam hal-hal tertentu yang dikehendaki-Nya sahaja.

Huraian ini dapat memberi kefahaman bahawa semua yang ada selain daripada Allah iaitu sekalian manusia, jin, syaitan, malaikat, masa, tempat, 'arasy, kursi, syurga, neraka, langit, bumi, binatang, pokok, batu-batan, gunung-ganang, bukit-bukau, segala jenis kebendaan, segala khasiat benda dan kekuatan serta mudaratnya, segala barang yang didapati atau terbit melalui lintasan-lintasan hati dan segala barang yang didapati melalui segala pancaindera yang lima, segala jenis cahaya, rupa, warna, gelap, terang dan apa jua warna, masa, lapang, tempat, suara,huruf, bilangan, ukuran, sukatan gerak, diam dan lain-lain lagi itu, semuanya adalah barang yang baharu iaitu barang atau 'sesuatu '(syai') yang diadakan oleh Allah SWT dengan Qadrat-Nya yang Qadim daripada semata-mata tiadanya barang-barang itu sama sekali kepada adanya barang itu diadakan oleh Allah SWT .

Sewajarnya dapatlah difahami juga bahawa: 
"....ada atau tidak ada atau belum ada,  atau rosak binasa sesuatu barang hasil perbuatan Allah itu maka Allah SWT itu Ianya tetap ADA sebagaimana IA ADA begitu juga kerana yang ADA pada Azal itu ialah Allah SWT sahaja yang ADA dan tiada yang lain daripada-Nya....."
Allah SWT mengadakan segala makhluk-Nya itu daripada semata-mata tidak ada kepada adanya ialah untuk menzahirkan bagi kuasanya serta mentahkik atau memperkukuhkan lagi bagi barang apa yang telah terdahulu daripada Kehendak-Nya dan Kebenaran-Nya terhadap apa yang ada pada Azal-Nya daripada Kalam-Nya dan bukan mengambil apa jua faedah daripadanya dan tidak sama sekali mempunyai sesuatu hajat kepadanya. 
Bahkan Allah SWT itu amat terkaya daripada yang demikian itu kerana Allah SWT mempunyai kelebihan, kesempurnaan, kemurahan dan sentiasa memberi berbagai-bagai rahmat dan kenikmatan yang tiada terhingga banyaknya.

Allah SWT berbuat sesuatu adalah semata-mata kerana limpah murah pengurniaan-Nya serta nikmat pemberian-Nya. Adalah bukan satu kewajipan ke atas Allah itu berbuat sesuatu dan tidak termestinya dan tidak termustahak ke atas-Nya untuk berbuat sesuatu kerana  Allah SWT itu Amat Berkuasa berbuat apa sahaja terhadap sekalian makhluk-Nya berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali seperti menurunkan berbagai azab seksa ke atas sekalian hamba-Nya dan mengazabkan mereka dengan bermacam-macam azab kesakitan dan penderitaan ataupun memberikan kenikmatan dan kebahagain hidup kepada mereka mengikut kadar dan takdir yang telah ditentu dan dijanjikan-Nya.

Allah SWT berbuat demikian ke atas hamba-hamba-Nya adalah semata-mata kerana Keadilan-Nya dan kemurahan limpah Kurnia-Nya yang tidak terhingga. Sesungguhnya Allah itu tidak sama sekali melakukan kezaliman dan sebarang sifat kekejian. 

Allah SWT juga Amat Berkuasa memberi pahala kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin atas ketaatan mereka itu semata-mata kerana kemurahan dan janji-Nya dan bukan hukuman termestinya, terwajibnya dan termustahaknya bagi Allah itu berbuat demikian kerana tiada terwajib ke atas Allah berbuat sesuatu bagi hamba-hamba-Nya dan tiada sama sekali daripada Allah itu kezaliman dan tiada wajib bagi hamba itu menuntut hak ke atas Allah. 
HAK setiap orang hamba itu adalah semata-mata mentaati Allah dengan melakukan ibadat sebagaimana Firman Allah di dalam al-Quran سورة الذاريات surah Adz-Zaariyaat ayat 56-58 :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ (56) مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ (57) إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ(58         
                               Maksudnya :
"Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supya mereka berbahagia kerana beribadat kepada Ku.(56)  
Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun  dari mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.(57) 
Sesungguhnya Allah Maha Pemberi rezekiYang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh."(58)
Bagi memudahkan pemahaman 'akal' manusia terhadap Perbuatan Allah di luar tabi'ie yang tidak sesekali menyamai langsung dengan perbuatan makhluk ialah pengurniaan mukjizat-mukjizat tertentu yang jelas lagi nyata kepada para Nabi dan Rasul seperti yang diperjelaskan di dalam Al-Kitab khususnya Al-Quran. 
Antara yang banyak memberi pengajaran dan kesan mendalam ialah berlakunya banjir besar yang menenggelamkan bukit-bukau dan gunung-ganang di bumi untuk menyelamatkan Nabi Nuh Alaihisalam dan orang-orang mukmin bersamanya serta membinasakan umatnya yang ingkar. Hakikat ini diperjelaskan Allah dalam Firmannya seperti yang terkandung dalam al-Quran  surah Yunus
   سورة يونس ayat 73 :

                                       
فَكَذَّبُوهُ فَنَجَّيْنَاهُ وَمَنْ مَعَهُ فِي الْفُلْكِ وَجَعَلْنَاهُمْ خَلائِفَ وَأَغْرَقْنَا الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُنْذَرِينَ 
:Maksudnya        
" Lalu mereka mendustakan Nuh, maka Kami selamatkan dia dengan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami jadikan mereka itu pemegang kekuasaan (Khalifah) dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang diberi peringatan itu."                        
Selanjutnya Allah berfirman lagi di dalam سورة الحاقة surah Al-Haaqqah ayat 11-12 :

               (11) إِنَّا لَمَّا طَغَى الْمَاءُ حَمَلْنَاكُمْ فِي الْجَارِيَةِ
                   (12) لِنَجْعَلَهَا لَكُمْ تَذْكِرَةً وَتَعِيَهَا أُذُنٌ وَاعِيَةٌ
           
                      Maksudnya :
"Sesungguhnya Kami, tatkala air telah naik ( sampai ke gunung) Kami bawa (nenek-moyang) kamu ke dalam bahtera, (11)
agar Kami jadikan peristiwa itu peringatan bagi kamu dan agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar."(12)
Demikian juga Allah membinasakan bumi tempat terbinanya tamadun manusia hingga menjadi Laut Mati (The Dead Sea) untuk menyelamatkan Nabi Luth Alaihisalam dan orang-orang mukmin bersamanya daripada kezaliman kaumnya dan membinasakan kaumnya yang ingkar seperti yang terkandung dalam Firman Allah dalam al-Quran سورة الحجر surah Al-Hijr ayat 73-77  :
فَأَخَذَتْهُمُ الصَّيْحَةُ مُشْرِقِينَ (73) فَجَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِنْ سِجِّيلٍ (74) إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِلْمُتَوَسِّمِينَ (75) وَإِنَّهَا لَبِسَبِيلٍ مُقِيمٍ (76) إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِلْمُؤْمِنِينَ (77
                     Maksudnya :
" Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengeggar amat dahsyat, ketika matahari akan terbit.(73) 
Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang keras.(74) 
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang memerhatikan tanda-tanda.(75) 
Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap (dilalui manusia).(76) 
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."(77)
Peristiwa laut terbelah dua dengan serta merta untuk menyelamatkan Nabi Musa Alaihisalam daripada kezaliman Firaun dan tentera-tenteranya seperti yang diriwayatkan di dalam al-Quran dan kitabullah sebelumnya adalah contoh paling jelas mengenai Perbuatan Ijadi Allah di luar hukum tabi'ie alam yang tidak mampu difikirkan oleh otak manusia biasa yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Firman Allah dalam al-Quran memperjelaskan hal ini seperti yang terkandung dalam سورة الشعراء  surah Asy-Syu'araa' ayat 60-68 :
فَأَتْبَعُوهُمْ مُشْرِقِينَ (60) فَلَمَّا تَرَاءَى الْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَابُ مُوسَى إِنَّا لَمُدْرَكُونَ (61) قَالَ كَلا إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ (62) فَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنِ اضْرِبْ بِعَصَاكَ الْبَحْرَ فَانْفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَالطَّوْدِ الْعَظِيمِ (63) وَأَزْلَفْنَا ثَمَّ الآخَرِينَ (64) وَأَنْجَيْنَا مُوسَى وَمَنْ مَعَهُ أَجْمَعِينَ (65) ثُمَّ أَغْرَقْنَا الآخَرِينَ (66) إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُؤْمِنِينَ (67) وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (68
                     Maksudnya :
"Maka Fir'aun dan bala tenteranya dapat menyusuli mereka di waktu matahari terbit. (60)
Maka setelah kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa:'Sesungguhnya kita benar-benar akan tersusul.' (61)
Musa menjawab: ' Tidak sesekali akan tersusul; sesungguhnya Tuhan ku 'berserta' ku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepada ku.'(62)  
Lalu Kami wahyukan kepada Musa : 'Pukullah lautan itu dengan tongkat mu.' Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar. (63)
Dan di sanalah Kami dekatkan golongan yang lain. (64)
Dan Kami selamatkan Musa dan semua orang yang bersertanya. (65)
Dan Kami tenggelamkan golongan yang lain itu. (66)
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar merupakan suatu tanda (mukjizat) dan tetapi adalah kebanyakan mereka tidak beriman.(67) 
Dan sesungguhnya Tuhan mu benar-benar Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang."(68)
Di dalam سورة البقرة surah Al-Baqarah ayat 50 Allah memperjelaskan juga peristiwa yang sama  :

وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ الْبَحْرَ فَأَنجَيْنَاكُمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ
                     Maksudnya :
" Dan (ingatlah) ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri (Nabi Musa a.s.) menyaksikan."

Firman Allah dalam al-Quran berulang kali menceritakan peri hal Firaun yang berusaha mencabar Nabi Musa a.s. dalam banyak perkara. Antara yang amat menarik ialah kisah ahli-ahli sihir yang diundang khas oleh Firaun untuk mencabar 'sihir' Nabi Musa a.s.. Mereka dijanjikan dengan upah paling lumayan dan keddudukan tinggi di sisi Firaun jika mereka berjaya mengalahkan 'sihir' Nabi Musa a.s. Ahli-ahli sihir yang tidak pernah mengenali Nabi Musa amat gembira dengan tawaran lumayan yang dijanjikan telah menyahut cabaran.

Setelah semuanya berhimpun untuk menyaksikan 'pertarungan' luar biasa antara ahli sihir terhandal dalam negeri menentang ilmu 'sihir' Nabi Musa a.s., Nabi Musa a.s. sempat menyampaikan seruan keimanan kepada ahli-ahli sihir. 'Pertarungan' bermula dengan ahli-ahli sihir mencampakkan 'tali' dan 'tongkat' yang seolah-olah bertukar menjadi ular bergerak meluru ke arah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu juga Allah mewahyukan kepada Nabi Musa supaya mencampakkan tongkat pada  tangan kanannya. Sebaikan sahaja dicampakkan maka dengan serta merta tongkat Nabi Musa a.s. bertukar menjadi seekor ular yang besar menelan kesemua 'ular' ahli sihir. Firman Allah dalam سورة طه surah Thaaha ayat 66-69 menjelaskan :

قَالَ بَلْ أَلْقُوا فَإِذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيُّهُمْ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ مِنْ سِحْرِهِمْ أَنَّهَا تَسْعَى (66) فَأَوْجَسَ فِي نَفْسِهِ خِيفَةً مُوسَى (67) قُلْنَا لا تَخَفْ إِنَّكَ أَنْتَ الأعْلَى (68) وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى (69)

             Maksudnya :

" Berkata Musa : ' Silakan kamu sekalian melemparkan '. Maka tiba-tiba tali-tali dan tongkat-tongkat mereka, terbayang kepada Musa seakan-akan ia merayap cepat lantaran sihir mereka. (66)

Maka Musa merasa takut dalam hatinya, ( 67)

Kami berkata : ' Janganlah kamu takut, sesungguhnya kamulah yang paling unggul ( menang). (68)

Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir ( belaka). Dan tidak akan menang tukang-tukang sihir itu, dari mana sahaja ia datang'. "( 69) 


Apabila ahli-ahli sihir melihat dengan mata kepala mereka sendiri terhadap apa yang berlaku terus sujud ketakutan dan melafazkan keimanan mereka kepada Allah sebagaimana Firman Allah dalam surah yang sama ayat 70. Firaun yang jahil ilmu sihir dan tidak memahami mukjizat kenabian adalah Perbuatan Ijadi Allah tidak memahami apa yang berlaku. Dia beranggapan bahawa tindakan ahli-ahli sihir tersebut beriman kepada Nabi Musa a.s. adalah satu pakatan dengan Nabi Musa a.s. untuk menjatuhkannya. Lalu dengan amat marah dia menempelak dengan mengeluarkan kata-kata ugutan sebagaimana Firman Allah pada ayat 71 : 

قَالَ آمَنْتُمْ لَهُ قَبْلَ أَنْ آذَنَ لَكُمْ إِنَّهُ لَكَبِيرُكُمُ الَّذِي عَلَّمَكُمُ السِّحْرَ فَلأقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ مِنْ خِلافٍ وَلأصَلِّبَنَّكُمْ فِي جُذُوعِ النَّخْلِ وَلَتَعْلَمُنَّ أَيُّنَا أَشَدُّ عَذَابًا وَأَبْقَى 

             Maksudnya :

" Berkata Firaun : ' Apakah kamu telah beriman (percaya dengan yakin)  kepadanya  (Musa) sebelum aku memberi izin kepada mu sekalian. Sesungguhnya ia adalah pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu sekalian. Maka sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kaki kamu sekalian dengan bersilang secara bertimbal balik, dan sesungguhnya aku akan menyalib kamu sekalian pada pangkal pohon kurma dan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapa di antara  kita yang lebih pedih dan lebih kekal seksaannya'."

Kata-kata ancaman seksaan yang dahsyat daripada Firaun tidak sedikitpun menakutkan dan menggementarkan hati ahli-ahli sihir kerana mereka amat memahami kekuasaan Allah yang tidak ada tolok bandingnya. Justeru mereka lebih rela kena seksa Firaun daripada hidup dalam kekufuran. Hal ini diperjelaskan Allah dalam ayat 72-76 pada surah yang sama. 

Dalam peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dilontar hidup-hidup ke dalam nyalaan unggun api daripada bakaran timbunan kayu atas perintah Raja Namrud yang zalim dapat memperjelaskan lagi betapa Perbuatan Ijadi Allah di luar tabi'ie itu dengan tersangat mudah boleh menukarkan sifat tabi'ie api yang panas membakar itu menjadi dingin terhadap Nabi Ibrahim a.s. seperti Firman-Nya di dalam al-Quran :
قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلامًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ (69) وَأَرَادُوا بِهِ كَيْدًا فَجَعَلْنَاهُمُ الأخْسَرِينَ (70
                      Maksudnya :
" Kami berfirman : 'Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim', (69) 
mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka itu orang-orang yang paling merugi." (70)
                       [Al-Quran سورة الأنبياء  surah Al-Anbiyaa' : 69-70 ]

  Sifat Tabi'ie Api Panas Membakar  tetapi dengan perintah Allah ia bertukar menjadi dingin kepada tubuh Nabi Ibrahim a.s. sebagaimana wahyu Allah dalam surah Anbia: 69

                        

Allah juga memelihara sesuatu tempat suci yang dimuliakannya dari angkara kebinasaan tangan manusia dengan cara yang amat luar biasa di luar jangkaan otak pemikiran manusia. Hal ini berlaku apabila tentera-tentera bergajah di bawah kepimpinan Abrahah menyerang Mekah dalam usahanya untuk membinasakan Ka'abah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. atas perintah-Nya dengan mendatangkan sepasukan burung dan melontar batu ke atas mereka hingga ramai yang binasa dan terpaksa berundur meninggalkan bumi Mekah. Kisah ini tersebut di dalam al-Quran surah Al-Fil  سورة الفيل  ayat 1-5:

     Image result for surah al-fil menceritakan tentang
       Related image
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (1) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ (2) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (3) تَرْمِيهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّيلٍ (4) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَأْكُولٍ (5
                     Maksudnya :
" Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? (1)  
Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia? (2)  
dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong,(3)  
yang melimpari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, (4)  
lalu dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat)." (5)
Firman Allah di dalam al-Quran سورة ق‎‎ surah Qaaf : 38 dan surahسورة يونس‎‎ Yunus : 3 ada memperjelaskan bahawa Allah mengadakan langit dan bumi dalam enam (6) hari sahaja. Sungguhpun sekiranya mengikut kerangka pemahaman dan perkiraan otak logik manusia tempoh enam (6) hari itu begitu pantas tetapi jika sekiranya Allah mengkehendaki Dia boleh mengadakannya dengan lebih pantas daripada tempoh masa tersebut, umpamanya 1 hari, 1 jam, 1 minit atau lebih cepat daripada kerdipan mata dan gerak lintasan hati. 
Hakikat ini adalah untuk memperjelaskan bahawa Perbuatan dan Qadrat Allah yang Qadim itu tidak mempunyai sebarang kelemahan atau dibatasi oleh apa juga sekatan atau halangan yang dapat difikirkan akal fikiran logik manusia dan tidak menyamai langsung perbuatan atau kudrat makhluk. 

Banyak lagi contoh peristiwa mukjizat kurniaan Allah yang amat jelas lagi nyata yang dikurniakan kepada para Rasul Alaihimussalam termasuk Nabi Muhammad s.a.w. yang tercatat di dalam sejarah yang hanya berlaku apabila para Rasul berhadapan dengan kesukaran yang amat memberatkan yang tidak ada jalan dan terputus akal mereka untuk mengatasinya. 

Pertolongan yang diberikan kepada para Rasul ini mempunyai rahsia dan hikmat tersendiri dan berlaku di luar tabi'ie yang tidak dapat dibuktikan sama sekali secara saintifik dan dapat diterima logik akal manusia.
Justeru kebanyakan manusia yang tidak mempunyai 'Ainul Qalbi, Al-Basirah atau Matahati adalah terlalu sukar atau tidak akan memahami Perbuatan Ijadi Allah yang diperlihatkan buktinya yang jelas lagi nyata melalui mukjizat Rasul-rasul Allah yang dibangkitkan tetapi mereka beranggapan bahawa kesemua keajaiban itu adalah perbuatan sihir belaka dan memandang Rasul itu sebagai orang 'gila'. Hakikat ini diperjelaskan Allah dalam al-Quran سورة الذاريات surah Adz-Dzaariyaat ayat 52:
كَذَلِكَ مَا أَتَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ رَسُولٍ إِلا قَالُوا سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ 
       Maksudnya :
" Demikianlah tidak seorang Rasul pun yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, melainkan mereka mengatakan :'Ia adalah seorang tukang sihir atau orang gila'."
Walaupun mukjizat itu hanya dikurniakan kepada para Nabi dan Rasul sahaja tetapi pada hakikatnya apa yang berlaku di sebalik peristiwa yang dikaitkan dengan sesuatu mukjizat para Rasul itu adalah kuasa atau Perbuatan Ijadi Allah yang tidak mempunyai sebarang kekurangan, kelemahan atau mempunyai kaifiat atau ibarat. Ia  boleh berlaku mengikut tempoh masa yang dikehendaki-Nya berbentulan dengan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali dan ketetapan takdir-Nya sama ada memakan masa yang sangat lama atau dengan amat pantas dan penuh dengan keajaiban yang amat menakjubkan dan luar biasa berbetulan dengan kehendak dan ketetapan takdir Allah. Kesemuanya berlaku dengan kehendak Allah belaka dan bukan melalui proses atau susunan fikiran atau kajian saintifik menggunakan kaedah teori dan formula setelah melakukan berbagai percubaan"trial and error"

Sungguhpun Nabi Musa a.s. diwahyukan supaya mengetuk air laut menggunakan tongkatnya tetapi dia tidak mengetahui atau menjangkakan sama sekali bahawa lautan yang sebegitu luas boleh terbelah dua dengan serta merta. Tongkat di tangannya tidak mempunyai sebarang keajaiban atau kuasa sakti yang ajab dan luar biasa. 
Allah mewahyukan kepadanya supaya mengetuk air laut tersebut dengan tongkatnya hanya sebagai syarat/penyebab sahaja. Jika Allah berkehendak laut itu boleh terbelah dua juga ataupun berubah kepada apa juga bentuk lain yang dikehendaki-Nya tanpa perlu diketuk oleh Nabi Musa a.s. menggunakan tongkatnya.

Mukjizat yang dikurniakan Allah kepda Nabi Sulaiman a.s. adalah sesuatu yang amat menarik lagi menakjubkan umat manusia apabila dia dapat menguasai pemerintahannya bukan sahaja kepada manusia tetapi temasuk juga alam tabi'ie, makhluk jin dan binatang melata. Makhluk jin yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala manusia biasa dan dapat  dibuktikan secara saintifik akan kewujudan mereka turut mentaati Nabi Suliman a.s. dengan menjadi tentera, golongan pekerja dan hamba abadi kepda Nabi Sulaiman. Golongan makhluk jin ini juga mempunyai kepakaran untuk membina bangunan-bangunan tinggi dan segala perkara berkaitan yang dikehendaki Nabi Sulaiman a.s. Namun  sehingga kini perkara ini masih belum dapat dibuktikan secara pasti dan khusus oleh golongan penyelidik akan kewujudannya walaupun Firman Allah di dalam al-Quran amat jelas menceritakannya : 

وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ غُدُوُّهَا شَهْرٌ وَرَوَاحُهَا شَهْرٌ وَأَسَلْنَا لَهُ عَيْنَ الْقِطْرِ وَمِنَ الْجِنِّ مَنْ يَعْمَلُ بَيْنَ يَدَيْهِ بِإِذْنِ رَبِّهِ وَمَنْ يَزِغْ مِنْهُمْ عَنْ أَمْرِنَا نُذِقْهُ مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ (12) يَعْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاءُ مِنْ مَحَارِيبَ وَتَمَاثِيلَ وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَاسِيَاتٍ اعْمَلُوا آلَ دَاوُدَ شُكْرًا وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ (13 
                 Maksudnya :
" Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannnya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. (12) 
Para jin membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih." (13)
                     [Surah سورة سبأ  Saba' : 12-13 ]

[Lihat : "MASA" dan "TEMPAT" Makhluk Allah ]

Keajaiban perbuatan Allah melalui mukjizat Nabi dapat dilihat juga apabila tentera-tentera Rasulullah s.a.w. keputusan air semasa di dalam peperangan. Baginda telah memasukkan jarinya ke dalam kendi baki air wuduk dan dengan serta merta air yang terdapat di dalam kendi tersebut boleh digunakan dengan mencukupi bagi memenuhi apa juga hajat keperluan walau seramai mana sekalipun jumlah tentera baginda. Dari manakah datangnya air tersebut?
Sudah semestinya jumlah air yang sebegitu banyak tidak keluar daripada celah-celah jari Rasulullah s.a.w. ataupun daripada sumber alam tabi'ie. Baginda hanya memasukkan jari-jarinya ke dalam kendi tersebut hanya sebagi syarat untuk mendapat pertolongan Allah setelah menerima wahyu-Nya. Inilah pengertian hakikat Perbuatan Ijadi Allah yang diperlihatkan di sebalik mukjizat Rasul-Nya.
Demikian juga apabila Rasulullah s.a.w. dicabar oleh kaum kuffar Qurasy untuk membuktikan kebenarannya dengan membelah bulan, lalu bulan terbelah dua seperti yang diperjelaskan dalam al-Quran سورة القمر surah Al-Qamar ayat 1:
اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ.
                       Maksudnya :
Telah hampir saa’t (kedatangan hari qiamat) dan terbelahlah bulan.
                         Image result for bulan terbelah dua dalam al quran
                              Ilustrasi imaginasi pelukis bulan terbelah dua di Mekah


Peristiwa kejadian "Bulan Terbelah" sebagimana Firman Allah dalam surah 

 سورة القمر Al-Qamar: 1-3 yang tertera di atas, disahihkan lagi di dalam Hadis Rasulullah :

سَأَلَ أَهْلُ مَكَّةَ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- آيَةً فَانْشَقَّ الْقَمَرُ بِمَكَّةَ مَرَّتَيْنِ فَنَزَلَتِ (اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ) إِلَى قَوْلِهِ (سِحْرٌ مُسْتَمِرٌّ
:Maksudnya                      
i.Penduduk Makkah meminta kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam suatu bukti. Akhirnya bulan terbelah di Makkah menjadi dua bahagian, lalu turunlah ayat yang bermaksud : ‘Telah dekat datangnya hari kiamat dan telah terbelah bulan. Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat suatu tanda (mu’jizat), mereka berpaling dan berkata: “(Ini adalah) sihir yang terus menerus.(Al-Quran surah سورة القمر Al-Qamar: 1-2).” [HR Tirmizi] 
ii.Diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, beliau berkata: 
انْشَقَّ الْقَمَرُ بِمَكَّةَ حَتَّى صَارَ فِرْقَتَيْنِ، فَقَالَ كُفَّارُ أَهْلِ مَكَّةَ: هَذَا سِحْرٌ سَحَرَكُمْ بِهِ ابْنُ أَبِي كَبْشَةَ؛ انْظُرُوا السُّفَّارَ فَإِنْ كَانُوا رَأَوْا مَا رَأَيْتُمْ فَقَدْ صَدَقَ، وَإِنْ كَانُوا لَمْ يَرَوْا مَا رَأَيْتُمْ فَهُوَ سِحْرٌ سَحَرَكُمْ بِهِ، قَالَ: فَسُئِلَ السُّفَّارُ وَقَدِمُوا مِنْ كُلِّ وَجْهٍ فَقَالُوا: رَأَيْنَا
               Maksudnya : 
Bulan terbelah di Mekah hingga menjadi dua bahagian. Orang-orang kafir Mekah berkata: Ini adalah sihir. Ibnu Abi Kabsyah menyihir kalian. Tunggulah orang-orang yang bersafar tiba. Kalau mereka melihat seperti apa yang kalian lihat, maka Muhammad benar. Kalau mereka tidak melihat apa yang kalian lihat, maka Muhammad telah menyihir kalian. Mereka bertanya pada para musafir yang datang dari berbagai penjuru. Kata mereka: Kami melihatnya. [HR. al-Baihaqi ]

 Dari Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu, ia berkata : 

رَأَيْتُ الْقَمَرَ مُنْشَقًّا بِشِقَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ بِمَكَّةَ قَبْلَ مَخْرَجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، شِقَّةٌ عَلَى أَبِي قُبَيْسٍ، وَشِقَّةٌ عَلَى السُّوَيْدَاءِ” فَقَالُوا: سُحِرَ الْقَمَرُ. فَنَزَلَتْ {اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ} [القمر: 1

                   Maksudnya :

iii.Aku melihat bulan terbelah menjadi dua bahagian sebanyak dua kali. Peristiwa ini terjadi di Mekah sebelum hijrahnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Satu potongan di atas Gunung Abu Qubais dan potongan lainnya di atas As-Suwaida. Mereka berkata, ‘Bulan telah disihir’. Turunlah Firman-Nya (surah al-Qamar): ‘Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan’. [HR. al-Hakim ]
Golongan manusia yang tidak beriman masih tetap mengingkari kebenaran kisah-kisah kenabian ini dengan membuat berbagai teori, persepsi dan andaian untuk menafikan serta menyanggah kebenaran kewujudannya. Kebanyakan mereka hanya beranggapan apa yang diceritakan dalam al-Quran itu sebagai satu kisah dongeng purba berunsur mitos legenda sejarah agama yang bertujuan untuk menyeronokkan cerita sahaja yang tidak ada ada kaitan langsung dengan tamadun dunia yang wajar diberikan perhatian serius dan dilakukan kajian menyeluruh dalam pelbagai aspek kemanusiaan dan ketamadunan. Terdapat beberapa ayat al-Quran yang menjelaskan perihal golongan manusia yang mengejek-ejek kisah-kisah yang diwahyukan Allah di dalam al Quran adalah dusta belaka dan kisah dongengan manusia zaman dahulu kala. Antaranya ialah:
 وَمَا يُكَذِّبُ بِهِ إِلا كُلُّ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ (12) إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الأوَّلِينَ (13 
              Maksudnya : 
i."Dan tidak ada yang mendustakan hari pembalasan itu melainkan setiap orang yang melampau batas lagi berdosa, (12) 
yang apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ' Ini adalah dongengan orang-orang yang dahulu'." (13)
                            [Surah سورة المطففين  Al-Muthaffiin : 12-13 ] 
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَذَا إِلا إِفْكٌ افْتَرَاهُ وَأَعَانَهُ عَلَيْهِ قَوْمٌ آخَرُونَ فَقَدْ جَاءُوا ظُلْمًا وَزُورًا (4) وَقَالُوا أَسَاطِيرُ الأوَّلِينَ اكْتَتَبَهَا فَهِيَ تُمْلَى عَلَيْهِ بُكْرَةً وَأَصِيلا (5
                       Maksudnya :
ii." Dan orang-orang kafir berkata : ' Al-Quran ini tidak lain hanyalah kebohongan yang diada-adakan oleh Muhammad dan dia dibantu  oleh kaum yang lain', maka sesungguhnya mereka telah berbuat suatu kezaliman dan dusta yang besar. (4) 
Dan mereka berkata : ' Dongengan-dongengan orang-orang dahulu, dimintanya supaya dituliskan, maka dibacakan dongengan itu kepadanya setiap pagi dan petang'." (5)                            
          [Surah سورة الفرقان‎‎  Al-Furqan : 4-5 ]  
   وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ مَاذَا أَنْزَلَ رَبُّكُمْ قَالُوا أَسَاطِيرُ الأوَّلِينَ
                    Maksudnya :
iii."Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Apakah yang telah dturunkan Tuhan mu?'. Mereka menjawab: 'Dongengan-dongengan orang-orang dahulu'."
                            [Surah سورة النحل‎‎  An-Nahl : 24 ]
 لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لأولِي الألْبَابِ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَى وَلَكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ 
                  Maksudnya :
iv." Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman."

                              [  Surah سورة يوسف  Yusuf : 111 ]

Namun demikian kaum kuffar Qurasy yang sudah tertutup mata hati dengan kegelapan dosa kekafiran mereka tetap tidak memahaminya dan terus mendustakan Rasulullah s.a.w dengan mengatakan apa yang mereka dengar adalah cerita-cerita dongeng orang dahulukala dan mukjizat yang mereka saksikan dengan mata kepala adalah perbuatan sihir Nabi Muhammad s.a.w. belaka.

Dalam peristiwa yang lain ada mencatatkan kisah ketika Abu Hurairah r.a. begitu dalam kehausan dan kelaparan yang amat memberatkan hingga dirasakannya tidak tertanggung lagi bebanannya. Apabila bertemu Rasulullah s.a.w dia telah diundang untuk berkongsi minum semangkuk susu kambing yang dihadiahkan oleh seseorang. Rasulullah s.a.w telah meminta Abu Hurairah memanggil juga 70 orang sahabat-sahabatnya dari golongan ahli sufah yang beribadat sepanjang masa di dalam masjid yang juga dalam kelaparan dan kehausan untuk sama-sama meminum semangkuk susu tersebut. 

Semangkuk susu kambing tersebut diedarkan terlebih dahulu mengikut giliran seorang demi seorang kepada 70 orang ahli sufah tersebut hingga setiap orang merasa cukup puas kekenyangan. Kemudian baharulah sampai kepada giliran Abu Hurairah yang meminumnya dengan sepuas hati hingga merasa cukup kenyang dan hilang segala bebanan kelaparan dan dahaga yang ditanggungnya tetapi susu kambing tersebut masih tidak berkurangan. 

Semangkuk susu tersebut hanya habis selesai apabila akhir sekali barulah Rasulullah s.a.w. meminumnya setelah dapat memenuhi segala hajat Abu Hurairah r.a. dan 70 orang ahli sufah.  Ini adalah pengajaran mukjizat yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. untuk memberi kefahaman bahawa perbuatan Allah di luar tabi'ie dan kemuliaan akhlak mahmudah Rasulullah s.a.w. yang amat menghormati, mengasihi dan memuliakan para tetamu dari golongan mukmin soleh lagi fakir miskin yang berhadapan di dalam kesusahan. 

Kesemua peristiwa ini teramat besar pengajarannya dan adalah terlalu mudah bagi Allah untuk mengadakannya, lebih pantas daripada kerdipan mata atau gerak lintasan hati kerana kuasa Qadrat Allah itu Qadim yang tidak mempunyai sebarang sekatan had masa, sukatan, bilangan, keluasan, ukuran, timbangan dan sebagainya seperti kuasa yang diberikan kepada makhluk-makhluk-Nya.

Pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah tentang mukjizat yang dikurniakan kepada para Rasul Alahimussalam ini adalah seperti yang dipaparkan dalam Terjemah Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah pada maksud Syahdah At-Tauhid dalam bab Afa'al (Perbuatan) Allah :

وأنه عزوجل يثيب عباده المؤمنين على الطاعات بحكم الكرم والوعد لا بحكم الاستحقاق واللزوم له إذ لا يجب عليه لأحد فعل ولا يتصور منه ظلم ولا يجب لأحد عليه حق. وأن حقه في الطاعات وجب على الخلق بإيـجـابه على ألسنة أنبـيائه علـيـهم السلام لا بمجرد العقل ولكنه بعث الرسل وأظهر صدقهم بالمعجزات الظاهرة فبلغوا أمره ونهيه ووعده ووعيده فوجب على الخلق تصديقهم فيما جاؤا به
                     Maksudnya :
"....Adalah hal yang demikian itu ialah Allah SWT telah membangkitkan Rasul-rasul dan telah menzahirkan kebenaran mereka itu dengan beberapa banyak mukjizat yang terang dan nyata. Maka berkerjalah mereka itu untuk menyampaikan segala suruhan Allah dan barang-barang tegahan-Nya dan janji-janjian balasan pahala dan balasan azab-Nya.Maka wajiblah ke atas sekalian hamba Allah itu mempercayai kebenaran mereka itu dan menerimanya segala seruan Rasul-rasul itu pada sebarang apa juga barang yang didatangkan dan disampaikan oleh mereka."
Mudah-mudahan penjelasan ini dapat memberi kefahaman dan pencerahan kepada kita. Semoga Allah memberi rahmat petunjuk dan hidayah-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang berusaha dan berjihad menuntut ilmu yang hak untuk menyelamatkan diri daripada azab seksa api neraka dan memasukkan kita bersama-sama orang mukmin soleh dan ahli muqarabun di Syurga Jannah.  Amin.
 هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَلِكَ إِلا بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ 
           Maksudnya :
"Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak mengadakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran dan kekuasaan-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui."
                         [Al-Quran surah سورة يونس Yunus : 5]

                                         ********************************
لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
                        Maksudnya :
 " Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." 
                [Al-Quran  سورة البقرة surah Al-Baqarah : 256]
                          *****************************************
Related image
                                       
Related image

Related image
 وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنْتُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ (90) آلآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ (91) فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ   (92
                          Maksudnya :
"Dan Kami selamatkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tenteranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia : 'Aku percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku termasuk orang yang berserah diri (kepada Allah)'.(90 ) 
Apakah sekarang (baru kamu percaya), pada hal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan. (91) 
Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan daripada manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." (92)
                      [Al-Quran سورة يونس‎‎ surah Yunus : 90-92 ] 
Laut Terbelah 
https://www.facebook.com/nwry.eslam.page/videos/233099818496047

Animasi kemusnahan Pompeii





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...