Jumaat, 13 Julai 2012

الإسراء والمعراج‎‎ ISRA', MIKRAJ dan FARDHU SOLAT



[Lihat : Api Neraka dan Azab Seksa Di Dalamnya]



                                                         


                              بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   
          

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

                                         أَمَّا بَعْـدُ          
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ  
                  Maksudnya : 
" Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami barkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha  Mendengar lagi Maha Mengetahui."
                             [ Al-Quran surah سورة الإسراء Al-Israa': 1 ]

                                      **********************************
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
                       Maksudnya :
" Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu."
      [Al-Quran  سورة البقرة surah al-Baqarah : 45 ] 
                                  *****************************************
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلا رِجَالا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
                         Maksudnya :
" Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui."
          [Al-Quran  سورة النحل surah An-Nahl : 43 ]  
          ************************************************
Peristiwa malam Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. adalah salah satu episod bersejarah dan mukjizat besar kurniaan Allah yang mempunyai signifikan dan implikasi yang amat penting dan sangat besar kepada umat Islam dan seluruh umat manusia, jin dan sekalian alam. Walaupun tarikh sebenar peristiwa ini tidak dapat dipastikan kerana ia berlaku antara 10-12 tahun sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah tetapi ramai yang berpendapat ia berlaku pada malam 27 Rejab, tidak lama selepas kewafatan isteri Rasulullah s.a.w., Saidatina Khadijah r.a. dan kematian bapa saudara baginda, AbuTalib.

Oleh sebab dalam suasana kesedihan inilah terdapat golongan yang membuat tafsiran atau andaian bahawa melalui peristiwa ini Allah SWT hendak 'mengubati' kedukacitaan hati Rasullah s.a.w dengan membawanya seolah-olah 'pergi melancong dan berhibur ke alam lain'. 

Anggapan ini adalah pendapat atau andaian golongan berkenaan sahaja dan tidak sewajarnya dijadikan pegangan iktiqad kita kerana keseluruhan perjalanan peristiwa besar malam Isra' dan Mikraj ini adalah perjalanan agama dan setiap detik perjalanan dan gerak laku Rasulullah s.a.w. adalah di bawah bimbingan wahyu Allah dan ibadat belaka yang telah ditakdirkan Allah SWT. Firman Allah di dalam al-Quran:
وَمَا تَكُونُ فِي شَأْنٍ وَمَا تَتْلُو مِنْهُ مِنْ قُرْآنٍ وَلا تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ وَمَا يَعْزُبُ عَنْ رَبِّكَ مِنْ مِثْقَالِ ذَرَّةٍ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ وَلا أَصْغَرَ مِنْ ذَلِكَ وَلا أَكْبَرَ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ 
                      Maksudnya :
i." Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari al-Quran(القرءان) dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz : لَوْحٍ مَحْفُوظٍ).
                                [Surah سورة يونس‎‎ Yunus : 61                       
وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لا يَعْلَمُهَا إِلا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلا يَعْلَمُهَا وَلا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأرْضِ وَلا رَطْبٍ وَلا يَابِسٍ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ       
                      Maksudnya:
ii. "Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia Mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia Mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz لَوْحٍ مَحْفُوظٍ).
                             [Surah سورة الأنعام Al-An'aam : 59] 

Tambahan pula orang yang melakukan perjalanan ini ialah Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. yang ummi lagi maksum, Penghulu para Nabi dan Rasul, seluruh umat manusia dan jin dan juga 'Kekasih Allah'. Maka tidak wajar sama sekali dikaitkan atau disamakan pula peristiwa ini dengan konsep 'berlibur' atau pergi melancong 'makan angin' mengikut istilah komersial zaman sekarang dan menganggapkan Rasulullah s.a.w. itu sama dengan manusia biasa.

          
Ilustrasi Kota Makkah dan Masjidil Haram Sekitar Kurun ke-10-11 Masehi


                                     Ilustrasi persepsi Kota Mekah dan Kaabah pada zaman jahiliah 


Kesedihan Rasulullah s.a.w. terhadap kematian bapa saudaranya Abu Thalib yang amat dikasihinya kerana kasih sayangnya melindungi dan membantu baginda menyeru keimanan kepada penduduk Mekah tetapi meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman dijawab oleh Allah SWT dengan turunnya wahyu al-Quran surah سورة القصص Al-Qashash ayat 56 :    
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
                          Maksudnya :
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau kasihi (seperti Abu Thalib) akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (kepada) sesiapa yang Dia kehendaki; dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah.” 
Adalah menjadi satu tradisi kepada umat Islam Malaysia menyambut peristiwa malam Isra' dan Mikraj ini pada 27 Rejab dengan berbagai cara seperti mengadakan ceramah, forum dan pelbagai majlis keagamaan bertujuan untuk memperingatkan umat Islam betapa penting dan mulianya peristiwa ini dalam konteks ibadah dan penghayatan agama Islam. 
Sungguhpun tradisi ini telah diadakan sejak sekian lamanya dari satu generasi ke satu generasi namun sejauh manakah kefahaman dan keberkesanannya sukar untuk dipastikan.
Apa yang dapat diperkatakan banyak persoalan mengenai peristiwa malam Isra' dan Mikraj ini yang masih belum terjawab atau diberikan penjelasan mantap dan menyeluruh bagi memberi keinsafan kepada umat Islam bahawa peristiwa malam tersebut adalah mukjizat besar yang dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. agar dapat difahami manusia. Setiap mukjizat yang dikurniakan Allah kepada para Nabi dan Rasul adalah untuk menzahirkan kebenaran mereka dan kesemua mukjizat adalah di luar hukum tabi'ie dan batasan akal logik manusia. 

Salah satu hikmah dan rahsia besar yang dapat difahami ialah peristiwa ini memperjelaskan dengan lebih terang, nyata dan tahqik lagi kepada orang yang beriman dan seluruh umat manusia betapa benarnya kitabullah At-Taurat, Al-Injil, Az-Zabur dan Al-Quran sebagai wahyu dan Kalam Allah yang diturunkan kepada Rasul-rasul Alaihimussalam yang dibangkitkan.  

Di dalamnya terkandung maklumat, pedoman, perkhabaran, peringatan, janji-janji dan juga amaran-amaran Allah serta mengenai segala perkara tentang kehidupan duniawi dan balasan Allah di akhirat yang tidak mungkin dapat diketahui sama sekali oleh manusia yang masih hidup di dunia tanpa perkhabaran Rasulullah s.a.w. yang mendapat bimbingan dan petunjuk wahyu Allah SWT.
Keseluruhan perjalanan Rasulullah s.a.w. pada malam Isra' dan Mikraj adalah perjalanan di alam dunia nyata dan alam akhirat yang tidak diketahui sama sekali hakikatnya atau dapat difikirkan, apa tah lagi dilihat dengan mata kepala oleh manusia biasa yang masih hidup di dunia kerana kesemuanya adalah di luar hukum tabi'ie kehidupan biasa yang terdapat di dunia. Rasulullah s.a.w. mengalami dan menyaksikan sendiri dengan terang lagi nyata segala perkara yang disebut di dalam al-Quran dan Hadis-hadis dengan mata kepala baginda dalam keadaan sedar/jaga (bukan mimpi) dengan jasad dan roh.

Wahyu Allah di dalam al-Quran ada diperjelaskan bahawa segala perkara mengnai hal-hal yang ghaib (termasuk hal akhirat) tidak dapat diperlihatkan kepada manusia kecuali para Rasul pilihan seperti Firman Allah yang terkandung dalam surah سورة العمران Ali 'Imran ayat  179  : 
  مَا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِنْ رُسُلِهِ مَنْ يَشَاءُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۚ وَإِنْ تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ
                       Maksudnya :   
"..........Dan Allah tidak sesekali akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara Rasul-rasulNya. Oleh sebab itu berimanlah kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertaqwa, maka bagimu pahala yang besar."
Maksud yang hampir sama juga terkandung di dalam surah سورة الجن‎‎ Al-Jinn ayat 26-27 :  
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا (26) إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا (27
       Maksudnya : 
"(Dan adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu.(26)
Kecuali kepada Rasul yang diredai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di hadapan dan di belakangnya."(27)
Dalam hal ini masih ramai di kalangan umat Islam dan sebilangan besar manusia yang meragui atau mengingkari kebenaran peristiwa malam bersejarah ini dialami sendiri oleh Rasulullah s.a.w dalam keadaan jaga (bukan mimpi) dengan jasad dan roh. Keraguan dan kesangsian mereka adalah disebabkan akal logik mereka tidak dapat menerima sama sekali seorang manusia boleh merentasi pergi dan balik ke destinasi alam yang tersangat jauh di bumi dan langit itu dalam masa semalaman sahaja dengan menaiki seekor binatang bernama Al-Buraq البراق.  

Namun seandainya dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengalami peristiwa Isra' dan Mikraj ini dengan roh sahaja melalui mimpi ketika tidur sudah pasti amat mudah bagi mereka mendengarnya sebagai satu kisah/cerita dalam mimpi sahaja yang mungkin tidak menjadi isu besar kepada semua pihak.Abu Jahal, Abu Lahab dan pengikut-pengikut mereka pun mempunyai tahap pemikiran dan kefahaman yang sama apabila mendengar perkhabaran ini. Mereka menggunakan kisah peristiwa Isra' dan Mikraj yang mereka anggap dan fahami sebagai 'pembohongan besar ' dan 'kekalutan' ketara sebagai modal paling besar dan ampuh yang sukar dinafikan masyarakat umum supaya mengingkari seruan Rasulullah s.a.w. beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Maka berbondong-bondong mereka datang dengan penuh ceria dan sinis menemui Rasulullah s.a.w. untuk mendengar kisah Isra' dan Mikraj Rasulullah s.a.w. Tujuan mereka adalah  untuk menggunakan kesempatan ini bagi mengingkari, mempersenda-senda, menghina, mengejek-ejek Rasulullah s.a.w. dan mempengaruhi orang-orang yang sudah beriman supaya kembali murtad dan menyekat kaumnya yang masih dalam kekufuran jahiliah daripada beriman kepada seruan Nabi Muhammad s.a.w. 

Firman Allah dalam surah سورة المائدة Al-Maa'dah ayat 40 menjelaskan kekuasaan-Nya yang tidak memunyai had batasan :

 أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ يُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 
                       Maksudnya :
" Tidakkah kamu tahu, sesungguhnya Allah-lah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, diseksa-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan diampuni-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Mereka mungkin mempunyai pendirian berbeza sekirannya Rasulullah s.a.w. menceritakan bahawa baginda mengalami peristiwa Isra' dan Mikraj ini melalui mimpi sahaja yang bererti kisah ini hanya seumpama mendengar cerita dongeng mitos penglipurlara atau sebagai hiburan bersembang-sembang kosong sambil bersantai di waktu lapang. Jika berlaku demikian maka tidak berbangkit isu yang mempengaruhi sebilangan orang yang sudah beriman ketika itu kembali murtad.
Hujah logik akal dan kepetahan tutur kata Abu Jahal berjaya juga mempengaruhi sebilangan orang yang sudah beriman kembali murtad. Perubahan iktiqad dan pegangan agama mereka ini tidak menghairankan kerana tahap keimanan, pemikiran dan keilmuan mereka masih terlalu dangkal untuk menyanggah dan membangkang kepintaran kata-kata hujah logik daripada Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya yang mudah difahami dan diterima akal biasa mereka.
Hal yang sama pernah berlaku sejak diutuskan Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Lut, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi-nabi Alaihimussalam yang lain lagi. Perkembangan ini masih berterusan dengan lebih berleluasa hingga kini dan akan datang dengan kebangkitan ilmu sains dan teknologi menguasai dunia, pemikiran dan berbagai keperluan kehidupan manusia sejagat.

Akal manusia yang jahil Ilmu At-Tawhid tidak mungkin memahami dan menerima hakikat mukjizat-mukjizat para Nabi dan Rasul sebagai Perbuatan Ijadi Allah di luar tabi'ie tetapi menganggapnya sebagai ilmu sihir, ilusi permainan silap mata atau hanya sebagai kisah dongeng purbawara sahaja.  Tanpa memahami dan beriman berteraskan Ilmu At-Tawhid yang hak adalah tersangat sukar atau tidak mungkin seseorang manusia biasa itu dapat memahami Qadrat Allah dan Perbuatan Allah yang Qadim.

Apabila kisah ini sampai ke pengetahuan Abu Bakr Abdullah Bin Abi Qafah As-Siddiq r.a. dengan tegas dan spontan beliau menjawab bahawa lebih daripada peristiwa Isra' dan Mikraj ini pun dia tetap membenarkan, beriman dan mempercayai sepenuhnya. Kekuatan, keteguhan dan kekukuhan iman Abu Bakr As-Siddiq r.a. أبو بكر الصديق ini adalah disebabkan tahap kefahaman, keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan penghayatan beliau terhadap ilmu-ilmu agama Islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. cukup luas, kukuh, mantap dan amat mendalam. 

Beliau sangat mengenali dan memahami kebenaran perjalanan kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. yang ummi, maksum dan mempunyai sifat-sifat mahmudah yang amat terpuji sejak kecil lagi. Abu Bakar juga amat memuliakan Nabi Muhammad yang tidak memiliki sama sekali walaupun sedikit sifat-sifat mazmumah yang hina dan keji di sisi Allah dan manusia seperti manusia biasa. Beliau adalah antara sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang terawal beriman memeluk Islam dan paling rapat dengan baginda. 
Kasih beliau terhadap Allah, Rasul dan hari akhirat mengatasi kepentingan diri sendiri dan segala hal duniawi walaupun terpaksa menghadapi ujian paling getir dan menyulitkan yang boleh mengorbankan nyawanya. Justeru beliau amat dipermuliakan Allah dan Rasul-Nya dengan gelaran bermartabat As-Siddiqeen.
Perihal ini ada tersebut di dalam riwayat Abu Salamah bin ‘Abdurrahman bin ‘Auf disebutkan oleh Baihaqi dalam Dala’il Nubuwah 2/360 dengan matan sebagai berikut :

قال ابن شهاب قال أبو سلمة بن عبد الرحمن فتجهز ناس من
قريش إلى أبي بكر فقالوا له هل لك في صاحبك يزعم 
أنه قد جاء
بيت المقدس ثم رجع إلى مكة في ليلة واحدة فقال أبو بكر أو قال
ذلك قالوا نعم قال فأشهد لئن كان قال ذلك لقد صدق قالوا
فتصدقه بأن يأتي الشام في ليلة واحدة ثم يرجع إلى مكة قبل أن
يصبح قال نعم إني أصدقه بأبعد من ذلك أصدقه بخبر السماء 
قال أبو سلمة فبها سمي أبو بكر الصديق رضي الله عنه

                        Maksudnya :
"Ibnu Syihab berkata Abu Salamah bin ‘Abdurrahman berkata orang-orang dari kalangan Quraisy bersiap-siap menemui Abu Bakar, mereka berkata: 'Apa pendapatmu tentang sahabatmu yang menganggap dirinya datang ke Baitul Maqdis kemudian kembali ke Makkah dalam satu malam'. Abu Bakar berkata 'Apakah Ia berkata demikian?'. (mereka) berkata 'Benar'. (Abu Bakar) berkata: 'Maka aku bersaksi sungguh jika ia berkata demikian maka ia benar'. (mereka) berkata: 'Kamu membenarkan ia pergi ke Syam dalam satu malam kemudian kembali ke Makkah sebelum subuh?'. (Abu Bakar) berkata: 'Benar, aku membenarkannya bahkan aku membenarkannya untuk perkara yang lebih dari itu iaitu khabar dari langit'. Abu Salamah berkata: 'Maka oleh sebab itu Abu Bakar disebut dengan Ash-Shiddiq'.” [Dala’il An Nubuwah 2/360]
Berdasarkan keutamaan dan betapa pentingnya memahami dan menghayati dengan mendalam Ilmu At-Tawhid atau ilmu mengenali Allah inilah Rasulullah s.a.w memperingatkan di dalam Hadisnya :
وَقِيلَ يَا رَسُولَ الله : اَيُّ الاَعْمَالِ اَفْضَل. فَقَالَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقِيلَ اَيُّ الْعِلْمِ تُرِيدُ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ سُبْحَانَهُ. فَقِيلَ لَهُ: نَسْأَلُ عَنِ الْعَمَلِ وَتُجِيبُ عَنِ الْعِلْمِ . فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ:  اِنَّ قَلِيلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ الْعِلْمِ بِاللهِ وَاِنَّ كَثِيرَ العَمَلِ لَا يَنْفَعُ مَعَ الجَهْلِ بِاللهِ.
                         Maksudnya :
"Sesungguhnya telah dikatakan kepada Rasullullah: Apakah dia amalan-amalan yang lebih afdhal? Sabdanya : Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah Azawajalla.  Maka ditanya : Apakah dia ilmu yang engkau kehendaki itu? Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah SWT.  
Maka ditanya kepadanya : Kami menanya daripada amalan dan engkau menjawab daripada ilmu. Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w.: Bahawasanya SEDIKIT amalan itu memberi manfaat berserta ada ilmu dengan pengenalan kepada Allah. Bahawasanya BANYAK amalan itu tiada memberi manfaat berserta kejahilan ilmu pengenalan kepada Allah SWT."
Perjalanan Isra' dan Mikraj Rasulullah s.a.w bermula apabila Malaikat Jibrael AS  bersama-sama sebilangan malaikat melakukan pembedahan kepada tubuh badan Rasulullah s.a.w. dengan perintah Allah. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana mengapa pembedahan ini diperlukan kerana ketika Rasulullah s.a.w. di peringkat usia kanak-kanak lagi pembedahan yang mungkin hampir serupa telah dilakukan juga oleh para malaikat. Hal ini terkandung di dalam sebuah Hadis yang diriwayat oleh Imam Muslim r.a. di dalam sahihnya dan ia telah diceritakan oleh Anas bin Malik r.a., beliau berkata:
أَتَاهُ جِبْرِيلُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَلْعَبُ مَعَ الْغِلْمَانِ، فَأَخَذَهُ فَصَرَعَهُ، فَشَقَّ عَنْ قَلْبِهِ، فَاسْتَخْرَجَ الْقَلْبَ، فَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ عَلَقَةً، فَقَالَ: هَذَا حَظُّ الشَّيْطَانِ مِنْكَ، ثُمَّ غَسَلَهُ فِي طَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ بِمَاءِ زَمْزَمَ، ثُمَّ لَأَمَهُ، ثُمَّ أَعَادَهُ فِي مَكَانِهِ، وَجَاءَ الْغِلْمَانُ يَسْعَوْنَ إِلَى أُمِّهِ - يَعْنِي ظِئْرَهُ - فَقَالُوا: إِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ قُتِلَ، فَاسْتَقْبَلُوهُ وَهُوَ مُنْتَقِعُ اللَّوْنِ "، قَالَ أَنَسٌ: «وَقَدْ كُنْتُ أَرَى أَثَرَ ذَلِكَ الْمِخْيَطِ فِي صَدْرِهِ
                           Maksudnya: 
“Rasulullah s.a.w telah didatangi oleh malaikat Jibril AS ketika baginda s.a.w. sedang bermain-main bersama budak-budak kecil yang lain. Maka, Jibril AS telah mengambil baginda s.a.w. lalu merebahkan baginda . Kemudian, Jibril AS telah membelah dada baginda s.a.w. dengan mengeluarkan segumpal darah daripada hati baginda sambil berkata: 'Ini adalah bahagian syaitan yang terdapat di dalam dirimu'. Kemudian Jibril AS mensucikannya di dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada emas dengan menggunakan air zamzam. Setelah itu, Jibril AS menjahitnya kembali dan mengembalikan baginda s.a.w. di tempat permainannya tadi. Budak-budak kecil yang bermain bersama baginda tadi pergi mengadu kepada ibunya dengan mengatakan bahawa: 'Muhammad telah dibunuh'. Orang ramai menyambut baginda s.a.w yang dalam keadaan pucat kerana baginda masih di dalam ketakutan. Anas berkata: 'Aku telah melihat kesan jahitan tersebut pada dada baginda s.a.w.”. [Hadis Riwayat Muslim] 
Hasil carian imej untuk keindahan langit dan alam semesta


Kita tidak mengetahui sama sekali apakah yang sebenarnya dilakukan oleh para malaikat terhadap diri Rasulullah s.a.w. ketika melakukan pembedahan. Oleh sebab pembedahan ini dikendalikan oleh para malaikat bermakna bukan hanya kepada badan zahir Rasulullah s.a.w. sahaja yang dibedah tetapi  kemungkinan besar dilakukan juga kepada 'badan batin' atau Roh Hammalil Amanah (روح حمال للامانة  ) baginda kerana hal keadaan Roh Hammalil Amanah adalah sama jenis dengan malaikat yang tidak diketahui sama sekali oleh manusia, malaikat, jin dan sekalian makhluk Allah akan keajaiban dan hakikatnya.

[Lihat : Masalah Roh ]

Antara hikmah dan rahsia yang boleh dijangkakan pembedahan ini bertujuan untuk membersih, mensuci dan memperkukuhkan badan zahir dan Roh Hammalul Amanah Rasulullah s.a.w. daripada sebarang kekotoran zahir dan batin bagi mempastikan Rasulullah s.a.w terhindar dan terpelihara daripada terkena sebarang perkara yang boleh menganggu dirinya daripada faktor-faktor penghalang tertentu yang boleh dijangka seperti kesan tindak balas hukum alam tabi'ie, gangguan iblis syaitan dan masalah-masalah di luar jangka yang hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui akan segala rahsia alam.

Hakikat ini boleh memberi kefahaman bahawa pembedahan jasmni dan rohani yang dilakukan oleh Malaikat Jibrael AS dan para malaikat lain adalah untuk menjadikan 'badan zahir' diri Rasulullah s.a.w. sama seperti malaikat juga yang tidak lagi tertakluk atau menerima kesan tabi'ie daripada sebarang elemen tindak balas hukum alam tabi'ie, masa dan tempat seperti yang diketahui umum melalui hasil kajian ilmu fizik dan sains angkasa.

Malaikat Jibrael AS adalah Penghulu segala malaikat yang tidak diketahui sama sekali jumlahnya.  Dia dikurniakan Allah dengan lautan ilmu, ketaqwaan, kebijaksanan, kepintaran, kekuatan, mempunyai ukuran sebenar dirinya yang memenuhi setiap ufuk langit, dan berbagai kelebihan lagi mengatasi semua malaikat dan makhluk-makhluk lain yang berada di langit dan bumi. 
Dialah yang diamanahkan Allah untuk mengutuskan wahyu Allah kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul-Nya seperti yang termaklum. Ertinya sejak diutuskan para Nabi dan Rasul, Malaikat Jibrael AS sentiasa turun naik daripada langit dan bumi untuk menyampaikan wahyu Allah.

Hakikat ini amat mudah bagi Malaikat Jibrael AS kerana kesemuanya adalah semata-mata dengan perintah, kehendak dan izin Allah belaka. Persoalan tempat dan jarak jauh yang boleh mengambil masa yang tersangat lama untuk sampai sekiranya mengikut perkiraan hukum alam tabi'ie adalah terlalu mudah baginya dan tidak sama sekali mengenai dirinya kerana dia adalah makhluk yang dijadikan Allah dalam keadaan yang tidak tertakluk kepada hukum tabi'ie alam. 

Maka Malaikat Jibrael AS jugalah yang diutuskan Allah bagi mengiringi Rasulullah s.a.w. melakukan peristiwa Isra' dan Mikraj dengan menaiki kenderaan binatang yang didatangkan khas daripada syurga bernama Al-Buraq البراق setelah selesai melakukan pembedahan.

Manusia biasa yang mempunyai tahap pemikiran dan tingkatan otak yang tidak disinari cahaya keimanan dan hanya bersandar kepada pancaindera yang lima dan kebijaksanaan akal logik yang menerbitkan pemikiran khayalan sudah pasti menolak sama sekali dan amat sukar untuk mempercayai Rasulullah s.a.w. dibawa melakukan Isra' dan Mikraj dengan menaiki seekor binatang dinamakan Al-Buraq  البراق yang disebut didalam Hadis Rasulullah s.a.w : 
Hadis dari Malik, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,  
ثُمَّ أُتِيتُ بِدَابَّةٍ أَبْيَضَ، يُقَالُ لَهُ: الْبُرَاقُ، فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ، يَقَعُ خَطْوُهُ عِنْدَ أَقْصَى طَرْفِهِ، فَحُمِلْتُ عَلَيْه
                            Maksudnya :
"Kemudian dibawakan kepadaku seekor haiwan tunggangan putih, namanya Buraq البراق . Lebih tinggi dari pada keledai dan lebih pendek dari baghal. Satu langkah kakinya di hujung pandangannya. Lalu aku dinaikkan di atasnya." [ HR. Ahmad  ]
Dalam sahih As-Sunnah terutamanya Hadis-hadis  yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim terdapat nas dan riwayatnya yang telah pun diambil oleh Qadhi A’yyadh dalam kitab Syifa`: dari Anas Bin Malik r.a. yang dipetik sebahagian daripadanya menjelaskan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda:
أتيت بالبراق وهو دابة فوق الحمار ودون البغل يضع حافره عند منتهى طرفه قال فركبته حتى أتيت بيت المقدس فربطته بالحلقة التي تربط بها الانبياء ثم دلت المسجد فصليت ركعتين 
                              Maksudnya :
" Didatangakan kepada aku seekor Buraq البراق iaitu binatang yang lebih besar sedikit daripada keledai dan kecil sedikit daripada baghal, ia melangkahkan kakinya sejauh pemandangan matanya...( hingga akhir hadis).
Bagi tahap pemikiran manusia biasa sudah pasti beranggapan bahawa walau sepantas mana sekalipun perjalanan/pergerakan binatang yang terdapat di dunia ini tidak mungkin dapat mengatasi kelajuan dan kepantasan perjalanan bunyi/suara dan cahaya. Malahan, sekiranya bersandarkan kepada pemikiran logik akal manusia biasa, adalah teramat mustahil sama sekali bagi apa juga jenis binatang yang wujud di dunia ini dapat menandingi atau mengatasi kelajuan dan kepantasan kenderaan berteknologi tinggi seperti pesawat terbang supersonic, kapal angkasa atau roket hasil ciptaan manusia yang serba canggih dan termaju pada kurun ke 20/21 Masehi dan seterusnya pada kurun-kurun mendatang.

Adalah tidak menghairankan sekiranya wujud di kalangan orang-orang Islam sendiri yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya pun beranggapan demikian. Mereka membuat berbagai-bagai andaian atau tafsiran hipotesis bermaksud untuk menafikan perjalanan Rasulullah s.a.w dalam peristiwa Isra' dan Mikraj ini menaiki seekor haiwan yang pada penilaian logik akal mereka 'amat' kolot, tidak saintifik, 'memalukan' dan berbagai tanggapan sinis dan negatif lagi yang pada tanggapan mereka boleh memberi gambaran seolah-olah pengajaran Islam itu ketinggalan zaman, mundur, kolot dan peristiwa Isra' dan Mikraj ini seolah-olah sama seperti kisah khayalan dongeng alam fantasi sahaja.

Lalu terbitlah andaian atau pentafsiran yang mungkin amat mudah diterima umum dengan mengatakan oleh sebab kenaikan pada zaman Rasulullah s.a.w adalah binatang maka Allah menghantarkan binatang sebagai kenderaan. Andaian ini memberi pengertian sekiranya kenderaan yang digunakan pada zaman Rasullah s.a.w. adalah seperti kenderaan manusia zaman sekarang maka Allah akan menghantar kenderaan yang serba canggih berteknologi tinggi bersesuaian dengan perkembangan tamadun manusia sezaman.

     
Gambar foto Qubbat As-Sakhra  قبة الصخرة   (al-Haram as-Sharif ) pada tahun 1842 

         Pemandangan di dalam bangunan  'Qubbat-As-Sakara' (قبة الصخرة ) 

Terdapat juga andaian atau pemahaman di kalangan umat Islam dari golongan 'ulamak' atau agamawan yang mengatakan "Mikraj itu diertikan menaiki tangga" ke atas langit seperti menggunakan lif dalam bangunan tinggi. Ramai juga yang mentafsirkan bahawa Al-Buraq البراق itu ialah cahaya dan Rasulullah s.a.w. melakukan Israk dan Mikraj dengan menggunakan sejenis cahaya. Tanggapan dan andaian ini kononnya selaras dengan kecanggihan dunia sains dan teknologi terkini dan menepati konsep "ad-din" atau "Islam is a way of live" dan bersesuaian pada setiap zaman. Ada juga yang membuat andaian bahawa perjalanan Isra' dan Mikraj Rasulullah itu seperti ikan yang berada di dalam satu balang kaca khas dan dibawa oleh Malaikat Jibrael AS dari satu tempat ke satu tempat yang dimaksudkan.


Ada kemungkinan juga pada satu masa kelak akan wujud pula golongan umat Islam yang membuat andaian mentafsirkan bahawa Al-Buraq البراق bukan binatang tetapi hanya bahasa atau kalimah 'kiasan sahaja' (metafora) untuk memberi peringatan bahawa akan tiba masanya kelak manusia berjaya mencipta peralatan jentera pesawat terbang berteknologi tinggi lagi tercanggih untuk menguasai angkasa lepas.  Ataupun Al-Buraq البراق adalah sejenis pesawat angkasa lepas berteknologi tertinggi dan tercanggih yang belum atau tidak mampu dicipta oleh manusia atau apa yang disebut sebagai pesawat UFO.

Pemahaman ini atau fahaman-fahaman lain yang seumpama dengannya menenggelamkan langsung peranan dan kepentingan binatang Al-Buraq البراق yang didatangkan khas daripada syurga dalam peristiwa Isra' dan Mikraj ini serta mengetepikan Qadrat dan Kehendak Allah yang Qadim lagi Azali yang tidak mempunyai had batasan dan tidak langsung menyamai kuasa/qadrat tabi'ie apa jua jenis makhluk-Nya.

Bagi mencerahkan kefahaman mengenai hal binatang Al-Buraq البراق kita sewajarnya memahami bahawa segala hal yang berkaitan dengan keindahan dan kenikmatan yang tersedia di syurga alam akhirat sana adalah kesemuanya di luar tabi'ie dan tidak setitik pun menyamai dengan segala keindahan, kehidupan dan kenikmatan yang terdapat di dunia ini. 
Walaupun terdapat nama-nama sesuatu benda di syurga yang menyamai dengan apa yang ada di dunia tetapi ianya hanya menyamai pada sebutan nama sahaja tetapi hakikat keadaannya yang sebenar adalah tersangat jauh perbezaannya yang tidak mungkin dapat digambar dan difikirkan otak manusia yang masih hidup di dunia.

Dalam Hadis Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan bahawa di dalam syurga terdapat kuda terbang berwarna yaqut merah yang digunakan sebagai kenaikan ahli-ahli syurga ke mana sahaja yang dihajati kerana syurga itu tersangat besar lagi luas mengatasi segala lapisan langit dan bumi.
Keluasan syurga yang dimiliki seseorang ahli syurga itu adalah bergantung kepada darjat dan martabat masing-masing. Ahli syurga yang paling rendah martabatnya pun dikurniakan pemilikan keluasan syurga sejauh 1000 tahun pemandangan mata seperti yang tersebut di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Dan kata Mujahid bahawasanya sekurang-kurangnya ahli syurga itu martabatnya ialah bagi orang yang berjalan pada pemilikannya seribu tahun ia melihat yang lebih jauhnya, dan yang lebih tinggi martabat mereka ialah orang yang melihat kepada (Zat) Tuhannya pada pagi dan petang." 
Firman Allah di dalam al-Quran pun ada menjelaskan keluasan syurga :
سَابِقُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالأرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ 
Maksudnya :
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) keampunan dari Tuhan mu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurniaan yang amat besar."  
        [ Surah  سورة الحديد‎‎ Al Hadid : 21 ]
Al-Buraq البراق binatang syurga yang didatangkan khas untuk dijadikan kenaikan Rasulullah s.a.w dalam peristiwa Isra' dan Mikraj. Ini bererti Al-Buraq tidak sesekali menyamai binatang atau apa juga kenderaan dan kenaikan tercanggih hasil ciptaan manusia yang sedia ada dan akan wujud di dunia dalam segala aspek seperti kepantasan, kenikmatan menaikinya, naluri dan apa jua hal yang dapat difikirkan manusia. 
Ketentuan untuk menggunakan binatang Al- Buraq البراق ini adalah daripada perintah dan kehendak Allah sendiri yang lebih mengetahui segala rahsia alam yang dijadikan-Nya dengan penuh hikmah yang tidak mungkin dapat diketahui sama sekali dan terjangkau otak pemikiran makhluk-Nya dari kalangan manusia, jin termasuk makhluk-makhluk yang paling mulia di sisi-Nya iaitu para Malaikat , Nabi dan Rasul yang maksum kecuali dalam hal-hal tertentu yang dikehendaki Allah sahaja.

Sekiranya dikehendaki Allah Maha Berkuasa untuk membawa terus Rasulullah s.a.w tanpa menggunakan apa juga kenaikan tetapi terdapat rahsia serta hikmah dan sebab-sebab tertentu di sebaliknya. Antara rahsia dan hikmah yang dapat difahami ialah penghantaran binatang Al-Buraq  البراق daripada syurga ini adalah untuk mengesah dan meyakinkan lagi kepada umat manusia bahawa syurga itu sudah wujud berdasarkan bukti kehadiran Al-Buraq البراق yang  membawa Rasulullah s.a.w. ke tempat-tempat yang ditentukan Allah SWT dan syurga adalah salah satu destinasi penting yang diziarahi Rasulullah s.a.w. semasa berlakunya peistiwa Mikraj.
Sungguhpun di dalam Hadis ada menyebutkan serba sedikit mengenai rupa bentuk binatang Al-Buraq البراق  tetapi hakikat sebenarnya hanya Rasulullah s.a.w. sendiri yang lebih mengetahui. Adalah satu bida'ah bagi sesiapa juga yang melukiskan rupa bentuk Al-Buraq البراق seperti imaginasi khayalan pelukis-pelukis pada zaman-zaman terkemudian.
Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة الأنبياء Al-Anbiyaa' ayat 81 ada menceritakan perihal Nabi Allah Sulaiman a.s. dibawa terbang oleh angin:

وَلِسُلَيْمَـنَ الرِّيحَ عَاصِفَةً تَجْرِى بِأَمْرِهِ إِلَى الاٌّرْضِ الَّتِى بَارَكْنَا فِيهَا
وَكُنَّا بِكُلِّ شَىْءٍ عَـلِمِينَ

:Maksudnya                    
" Dan (telah  Kami  tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang menghembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah membarkatinya. Dan Kami Maha Mengetahui segala sesuatu."
Dalam surahسورة النمل  An-Naml ayat 40 pula Allah berfirman menceritakan bagaimana seorang ilmuan mukmin soleh dari golongan ahli al-kitab dikurniakan 'karamah' boleh mengatasi kelebihan Jin 'Ifrit yang mendakwa dirinya gagah perkasa dan mempunyai keupayaan hingga boleh membawa singgahsana (al-'arasy) Ratu Balqish dengan pantas sebelum Nabi Sulaiman berdiri dari tempat duduknya. Namun insan mukmin soleh ahli al-kitab tersebut boleh membawa singgahsana bersama Balqish dengan sekelip mata sahaja sebagaimana Firman-Nya :
 قَالَ الَّذِى عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَـبِ أَنَاْ ءَاتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَفَلَمَّا رَءَاهُ مُسْتَقِرّاً عِندَهُ قَالَ هَـذَا مِن فَضْلِ رَبِّى لِيَبْلُوَنِى أَءَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُوَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّى غَنِىٌّ كَرِيمٌ  
               Maksudnya :   
"Berkata seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab : 'Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip'. Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata: 'Ini termasuk kurnia Tuhan ku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhan ku Maha Kaya lagi Maha Mulia'."
Kedua-dua ayat al-Quran ini dapat memberikan sedikit pencerahan dan pengertian bahawa Qudrat Allah yang Qadim itu tidak mempunyai had batasan tanpa misal, ibarat dan umpama. Ia boleh berlaku mengikut ketentuan takdir-Nya berbentulan dengan Iradah (Kehendak) dan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali yang tidak mengenai masa dan di luar kemampuan akal fikiran manusia untuk memikirkannya.   
Dalam  surah Qaaf سورة ق‎‎ : 38 dan surah Yunus ‎‎ : 3 pula ada menjelaskan bahawa Allah menjadikan langit dan bumi dalam tempoh enam (6) hari sahaja tanpa cacat cela walaupun sedikit bagi menunjukkan bahawa Allah itu Amat Berkuasa dan kekuasaan-Nya tidak mempunyai had batasan dan mengenai masa. Malahan jika dikehendaki Allah boleh mengadakan tujuh lapis langit dan bumi dengan lebih pantas lagi, lebih pantas dari  kerdipan mata dan lintasan di hati. 
Ayat ini memberikan pengajaran dan kefahaman bahawa Allah mengurniakan mukjizat kepada Nabi Allah Sulaiman Alaihissalam dengan diterbangkan oleh angin kemana sahaja yang dihajatinya. Nabi Muhammad s.a.w. pula dikurniakan Allah Taala mukjizat menaiki atau Mikraj  ke langit dengan diterbangkan oleh Al-Buraq البراق, binatang yang didatangkan khas dari syurga.

Perjalanan Isra' Rasulullah s.a.w. ke Masjidil Aqsa di Bayt al-Maqdis ( بيت المقدس ) dengan diiringi oleh Malaikat Jibrael AS adalah seperti yang diperjelaskan di dalam Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Tempoh masa  perjalanan tersebut adalah terlalu pantas tetapi telah dibawa menziarahi tempat-tempat penting dalam sejarah kenabian seperti Bukit Tursina yang dikaitkan dengan tempat turun wahyu kepada Nabi Musa a.s. dan Baitul Laham (بيت لحم‎‎ ) tempat kelahiran Nabi Isa a.s..

Di samping itu diperlihatkan juga kepada Rasulullah s.a.w. berbagai-bagai hukuman Allah yang amat dahsyat di Alam Barzakh terhadap berbagai golongan manusia yang melakukan pelbagai jenis maksiat dan kemungkaran terhadap Allah bertujuan untuk mengingatkan manusia yang masih hidup di dunia supaya menjauhkan diri dan jangan sesekali berani melakukan kemungkaran-kemungkaran tersebut.

The complete Al-Aqsa mosque

                 
            
                                                  Kota Bayt- al-Maqdis
                               
Apabila tiba di Bayt al-Maqdis ( بيت المقدس ) Rasulullah s.a.w dibawa ke "Masjidil Aqsa" yang menjadi tempat beribadat Nabi-nabi dan orang-orang mukmin terdahulu sejak zaman Nabi Allah Daud a.s. [ atau mungkin juga terlebih awal lagi ] hinggalah zaman Nabi Isa Alaihisalam. Masjidil Aqsa ini juga menjadi kiblat pertama umat Islam zaman Rasulullah s.a.w. sebelum Allah memerintahkan supaya mengubah kiblat ke Ka'abah Baitullah di Masjidil Haram, Mekah.

[** Peringatan : Sila lihat al-Quran surah سورة ا لبقرةal-Baqarah : 142-143 yang menjelaskan sikap orang Yahudi di Madinah apabila berlaku perubahan arah kiblat ini.]

Dalam Hadis Rasulullah s.a.w ada menjelaskan juga tentang perubahan kiblat ini sebagaimana disebutkan oleh Ibnu ‘Umar, beliau berkata:
بَيْنَا النَّاسُ بِقُبَاءٍ فِى صَلاَةِ الصُّبْحِ إِذْ جَاءَهُمْ آتٍ فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – قَدْ أُنْزِلَ عَلَيْهِ اللَّيْلَةَ قُرْآنٌ ، وَقَدْ أُمِرَ أَنْ يَسْتَقْبِلَ الْكَعْبَةَ فَاسْتَقْبِلُوهَا ، وَكَانَتْ وُجُوهُهُمْ إِلَى الشَّأْمِ ، فَاسْتَدَارُوا إِلَى الْكَعْبَةِ
:Maksudnya                        
Ketika orang-orang solat subuh di Quba’, tiba-tiba datang seorang lelaki dan berkata: 'Sungguh, tadi malam telah turun ayat kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau diperintahkan untuk menghadap ke arah Ka’bah. Maka orang-orang yang sedang solat berputar menghadap Ka’bah, padahal pada saat itu wajah-wajah mereka sedang menghadap negeri Syam. Mereka kemudian berputar ke arah Ka’bah.” [HR. Bukhari  dan Muslim ]
Masjidil Aqsa yang ada sekarang telah dibina semula pada zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyideen. Hakikat ini memberi pengertian bahawa Baitul Maqadis adalah kota kenabian dan Masjidil Aqsa telah lama terbina menjadi tempat peribadatan para Nabi, Rasul dan insan-insan mukmin yang beriman kepada mereka sebelum kelahiran dan dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. lagi. Ini bermakna ia telah sekian lama menjadi tempat turun wahyu Allah dan pusat penyibaran agama wahyu dan kitabullah-kitabullah seperti yang termaklum. Justeru memang wajar daripada sinilah Rasulullah s.a.w. diangkat Mikraj ke langit untuk menerima wahyu terpenting dalam sejarah kenabian iaitu  "Fardhu Sembahyang/Solah".

Semasa berada di "Masjidil Aqsa" Rasulullah s.a.w. mengimamkan sembahyang yang dihadiri Roh Nabi-nabi terdahulu.  Dalam hal ini mungkin timbul persoalan, syari'at Nabi manakah Rasulullah s.a.w melakukan ibadat sembahyang berjemaah tersebut kerana syari'at fardhu solat lima waktu belum lagi diturunkan kepada baginda ?
Persoalan ini sukar diberikan jawapan yang tepat tetapi jika mengikut kebiasaan amalan ibadat Rasulullah s.a.w. sejak sebelum dibangkit dan diutuskan menjadi Rasul baginda melakukan ibadat berasaskan syari'at Nabi Ibrahim Alaihisalam. Maka besar kemungkinan ibadat sembahyang yang dilakukan di Masjidil Aqsa ini juga adalah mengikut syari'at Nabi Ibrahim a.s..

Kehadiran Roh-roh para Nabi terdahulu memberi erti bahawa peristiwa malam Isra' dan Mikraj ini adalah sangat penting dan amat besar signifikannya bagi menyambung amanah menyebarkan wahyu Allah kepada umat manusia yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi terdahulu.  Nabi Muhammad s.a.w adalah penghulu sekalian Nabi dan Rasul dan pengakhir segala Nabi-nabi yang dibangkitkan di muka bumi supaya manusia beriman kepada Allah dan Rasul-rasul pilihan.

[## Peringatan : Kehadiraan Roh para Nabi dan Rasul daripada Alam Barzakh untuk berjemaah melakukan ibadat sembahyang berimamkan Rasulullah s.a.w. di Masjidil Aqsa ini adalah semata-mata dengan kehendak dan perintah Allah untuk memuliakan Rasulullah s.a.w., Penghulu sekalian Nabi dan Rasul, atas urusan ibadat menjalani mukjizat besar malam Isra' dan Mikraj yang belum pernah berlaku dalam sejarah kenabian terdahulu. Kehadiran mereka  tidak sedikitpun bagi maksud urusan duniawi atau atas kehendak diri mereka sendiri.]

Perjalanan Mikraj Rasulullah s.a.w. ke langit dengan menaiki Al-Buraq bersama Malaikat Jibrael AS adalah tersangat pantas terus menuju ke pintu langit pertama.  

Di dalam sebuah Hadis ada disebut jarak jauh antara setiap lapisan langit hingga ke 'Arasy :
Dari Ibnu Masud radhiallahu anhu dia berkata : 
بين السماء الدنيا والتي تليها خمسمائة عام وبين كل سماء خمسمائة عام ، وبين السماء السابعة والكرسي خمسمائة عام ، وبين الكرسي والماء  خمسمائة عام ، والعرش فوق الماء ، والله فوق العرش لا يخفى عليه شيء من أعمالكم (رواه ابن خزيمة في ” التوحيد ”
               Maksudnya : 
“Antara langit dunia dengan langit berikutnya berjarak lima ratus (500) tahun dan jarak antara masing-masing langit berjarak lima ratus tahun (500). Antara langit ketujuh dengan al-Kursy berjarak lima ratus tahun (500). Sedangkan jarak antara al-Kursy dengan air berjarak lima ratus tahun (500). Al-'Arasy berada di atas air, sedangkan Allah 'di atas' (yang memiliki dan memerintah) Al-'Arasy . Tidak ada yang tersembunyi bagi-Nya amal-amal kalian.” [HR. Ibnu Khuzaimah ]
Dalam Hadis yang lain terdapat juga penjelasan yang hampir sama maksudnya tentang jarak antara langit dan bumi :
Dari Al-Abbas bin Abdul Muthallib, Rasulullah  bersabda:
هَلْ تَدْرُوْنَ كَمْ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ؟ قُلْنَا: اَللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: بَيْنَهُمَا مَسِيْرَةٍ خَمْسَمِائَة سَنَة
“ 'Apakah kalian tahu berapa jarak antara langit dan bumi?'. Kami (para sahabat) menjawab: 'Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui'. Beliau bersabda: 'Jarak langit dan bumi adalah perjalanan 500 tahun'…” [HR. Abu Dawud dan selainnya].
Ketibaan mereka ditahan/disekat dan ditanya oleh malaikat penjaga pintu siapakah yang datang dan siapakah bersamanya. Malaikat Jibrael AS memperkenalkan identiti dirinya dan menjelaskan yang datang bersamanya ialah Nabi Muhammad s.a.w yang telah dibangkitkan Allah sebagai Rasulullah.
Setelah identiti Nabi Muhammad s.a.w disahkan barulah dibenarkan masuk melepasi pintu langit pertama. Di langit pertama juga Rasulullah s.a.w dipertemukan dengan Nabi Adam Alaihisalam yang mengalu-alu dan memuliakan kedatangan baginda.

Nabi Adam a.s. yang berada di langit pertama ini adalah Roh Hammalil Amanah atau 'badan batin' Nabi Adam a.s. yang mempunyai rupa dan bentuk badan yang serupa dengan 'badan zahir' Nabi Adam yang sudah lama wafat dan jenazahnya dimakamkan di dalam tanah perkuburan di bumi. Pertemuan ini juga adalah untuk mengesahkan lagi kebenaran kisah-kisah Nabi Adam a.s. sebagai bapa segala manusia yang berada di syurga bersama isterinya Hawa sebelum diturunkan ke bumi seperti termaklum sebagaimana yang diperjelaskan di dalam al-Quran dan kitabullah-kitabullah yang lain. Di dalam al-Quran surah  سورة النساء An-Nisa' ayat 1 Allah berfirman :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
            Maksudnya :
" Hai sekalian manu , bertaqwalah kepada Tuhan mu yang telah menjadikan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menjadikan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."

Wajah Nabi Adam Alaihisalam adalah tampan, berbau harum, berukuran setinggi 60 hasta dan 7 hasta lebar badanya yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah s.a.w.. Maka ternafilah sama sekali sebarang teori, andaian, persepsi atau kepercayaan sesat yang konon dikatakan atau dianggap saintifik daripada sesetengah golongan manusia kufar yang mengatakan asal usul manusia itu berasal daripada sejenis haiwan spesis primate dalam keluarga 'beruk chimpanzee' yang mengalami proses perubahan menjadi manusia melalui teori 'evolusi' yang diterima pakai oleh berbagai golongan manusia di dunia termasuk segolongan umat Islam yang mengingkari kebenaran al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w..

Di langit yang kedua mereka juga menghadapi halangan daripada malaikat penjaga pintu yang mengemukakan pertanyaan yang sama sebelum dibenarkan masuk oleh malaikat penjaga pintu langit dan disambut dengan dipermuliakan kedatangannya oleh Nabi Isa dan Nabi Yahya Alaihimussalam.
Pertemuan ini juga adalah untuk mengesahkan lagi segala perstiwa yang ditempuh oleh Nabi Isa a.s. semasa berhadapan dengan musuh-musuhnya hingga Allah menyelamatkan dia dengan diangkat ke langit sebagaimana Firman Allah  di dalam al-Quran surah سورة العمران Ali-'Imran ayat  55  :
إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأَحْكُمُ بَيْنَكُمْ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ 
                        Maksudnya :
" (Ingatlah), ketika Allah berfirman : Hai Isa, Aku akan menyampaikan  kamu kepada akhir ajalmu dan 'mengangkat' kamu kepada Ku serta membersihkan kamu daripada orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang yang kafir hingga Hari Kiamat. Kemudian hanya kepada ( rahmat ) Aku-lah kembalimu, lalu Aku memutuskan di antaramu tentang hal-hal yang selalu kamu berselisih padanya." 
Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa Nabi Isa a.s. 
"... adalah seorang lelaki yang tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah dan kulitnya kemerahan seakan-akan baru keluar dari kamar mandi...". 
Dia akan turun semula ke bumi selama 40 tahun untuk menghapuskan kemungkaran yang berleluasa dan membinasakan Dajjal. Keterangan nas-nas ini mengesahkan lagi bahawa Nabi Isa Alaihisalam belum diwafatkan lagi dan berada di langit kedua sehingga waktu yang dijanjikan Allah.

Ada puak atau orang tertentu yang mengatakan adalah mustahil dan tidak dapat diterima logik akal sama sekali bahawa Nabi Isa a.s. belum wafat kerana dia adalah makhluk Allah yang mesti mengenai mati. Tuduhan dan kepercayaan fahaman sesat ini hendaklah ditangkis dan disanggah dengan sekeras-kerasnya dengan mengatakan bahawa Nabi Isa a.s. memang makhluk Allah yang dijadikan daripada benih ibunya Maryam dan akan mengalami kewafatan tetapi dia belum diwafatkan lagi atas rahsia hikmah Allah dan sebab-sebab tertentu yang Allah sahaja yang lebih mengetahui. Dia akan diwafatkan apabila tiba masa yang telah ditakdirkan Allah.

Apa yang berlaku kepada Nabi Isa a.s. adalah di luar kebiasaan hukum adat tabi'ie dan merupakan mukjizat Allah yang dikurniakan kepada para Nabi dan Rasul. Sebagaimana Allah Amat Berkuasa mengadakan Nabi Isa a.s. di luar kebiasaan hukum tabi'ie melalui benih ibunya sahaja tanpa benih bapa; maka amat mudah bagi Allah memanjangkan usia dia hingga ke satu masa yang ditakdirkan-Nya kelak. 

Sesiapa yang mengatakan atau mengiktiqadkan bahawa Nabi Isa a.s. sudah wafat maka dia termasuk dalam golongan manusia yang ingkar sama seperti pemahaman golongan Nasrani yang mengatakan Nabi Isa a.s. sudah wafat kena bunuh dan disalib yang menjadi teras kepercayaan dan pemahaman agama mereka.
Mengenai dakwaan dan pemahaman orang-orang Nasrani ini Allah mewahyukan Firman-Nya di dalam al-Quran bagi memperjelaskannya sebagaimana yang terkandung di dalam surah سورة النساء An-Nisa' ayat 157 : 
وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِلا اتِّبَاعَ الظَّنِّ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًا 
                      Maksudnya :
" Dan (disebabkan ) dakwaan mereka dengan mengatakan : 'Sesungguhnya kami telah membunuh al-Maseh Ibn Maryam, Rasul Allah,' pada hal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya, tetapi orang yang mereka bunuh adalah orang yang dimiripkan seakan-akan serupa dengannya (Nabi Isa al-Maseh )Dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham tentang (pembunuhan) Nabi Isa, sebenarnya mereka dalam keraguan tentang pembunuhan 'Isa. Tiada suatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut persangkaan semata-mata, dan mereka pula tidak membunuhnya dengan yakin."
Pertemuan Rasulullah s.a.w. dengan Nabi Isa a.s. ini juga memberi iktibar dan kefahaman bahawa Allah menyelamatkan Nabi Isa a.s. daripada kezaliman musuh-musuhnya dengan mengangkatnya ke langit mengikut cara dan kaedah yang Allah sahaja lebih mengetahuinya tanpa misal dan tanpa ibarat sebagaimana kedatangan Rasulullah s.a.w. menemuinya di langit kedua dengaan jasad dan roh dalam keadaan sedar dan bukan mimpi. Allah Amat Berkuasa mengadakan sesuatu dengan Qadrat-Nya Yang Qadim mengikut Kehendak-Nya yang Qadim berbetulan dengan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali.

Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Isa a.s. untuk menyelamatkan dia daripda kezaliman musuh-musuhnya adalah sama seperti yang berlaku kepada Nabi Musa a.s. ketika diburu Fir'aun dan tentera-tenteranya.  Dalam peristiwa tersebut Allah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s. supaya mengetuk air laut di hadapannya itu menggunakan tongkat di tangannya lalu dengan serta merta air laut terbelah dua dan terdapat laluan di dasarnya bagi membolehkan Nabi Musa bersama pengikut-pengikutnya berjalan merentasinya hingga selamat sampai ke tebing daratan sebarang laut tersebut.

Jika Fir'aun dan tentera-tentaranya binasa kelemasan ditelan lautan setelah air laut bertaut semula dengan serta merta apabila Allah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s. mengetuk dengan tongkatnya, maka begitulah juga nasib yang menimpa musuh utama Nabi Isa a.s. yang disalah sangka oleh tentera-tentera bersama musuh-musuhnya yang memburu Nabi Isa a.s. dihukum salib hingga mati setelah Nabi Isa a.s. diselamatkan Allah dengan mengangkatnya ke langit. Pertemuan Rasulullah s.a.w dengan Nabi Isa a.s. mengesahkan lagi apa yang dikhabarkan di dalam al-Quran. 
Pertemuan Rasulullah s.a.w. dengan Nabi Isa a.s. di langit kedua  ini jua dapat difahami bahawa sebagaimana Allah Maha Berkuasa menyelamatkan Nabi Isa a.s. daripada kezaliman musuh-musuhnya dengan membawanya ke langit dengan jasad dan roh dalam keadaan sedar dan bukan mimpi dengan cara yang dikehendaki-Nya, Allah juga Maha Berkuasa untuk menurunkannya semula kembali ke bumi pada masa yang ditakdirkan-Nya kelak sebagaimana yang disebut dalam banyak Hadis Rasulullah s.a.w.


Perjalanan Mikraj Rasulullah s.a.w seterusnya adalah memasuki setiap langit dan menghadapi pertanyaan yang sama daripada malaikat-malaikat penjaga pintu langit sebelum dibenarkan masuk. Kedatangannya disambut dan dipermuliakan oleh para Nabi dan Rasul terdahulu yang sudah lama wafat hinggalah baginda sampai ke langit ke enam yang dipertemukan pula dengan Nabi Musa Alaihisalam. Kesemua Nabi dan Rasul ( kecuali Nabi Isa a.s.) sudah lama wafat dan jenazah atau badan zahir mereka berada di dalam perkuburan di bumi. Dalam Hadis ada disebutkan juga pertemuan Rasulullah s.a.w dengan Nabi-nabi terdahulu seperti berikut :
Dari Jabir bin ‘Abdillah, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  
* عُرِضَ عَلَىَّ الأَنْبِيَاءُ فَإِذَا مُوسَى ضَرْبٌ مِنَ الرِّجَالِ كَأَنَّهُ مِنْ رِجَالِ شَنُوءَةَ وَرَأَيْتُ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ – عَلَيْهِ السَّلاَمُ – فَإِذَا أَقْرَبُ مَنْ رَأَيْتُ بِهِ شَبَهًا عُرْوَةُ بْنُ مَسْعُودٍ وَرَأَيْتُ إِبْرَاهِيمَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِ فَإِذَا أَقْرَبُ مَنْ رَأَيْتُ بِهِ شَبَهًا صَاحِبُكُمْ – يَعْنِى نَفْسَهُ – وَرَأَيْتُ جِبْرِيلَ – عَلَيْهِ السَّلاَمُ – فَإِذَا أَقْرَبُ مَنْ رَأَيْتُ بِهِ شَبَهًا دِحْيَةُ *. وَفِى رِوَايَةِ ابْنِ رُمْحٍ

« دِحْيَةُ بْنُ خَلِيفَةَ »
                           Maksudnya :
Ditampakkan kepadaku para nabi, ternyata Musa adalah salah satu jenis lelaki seperti lelaki bani Syanu’ah. Aku melihat Isa bin Maryam ‘alaihis salam, ternyata beliau mirip dengan orang yang telah aku lihat memiliki kemiripan dengannya, iaitu ‘Urwah bin Mas’ud. Aku pun melihat Ibrahim ‘alaihis salam, ternyata dia mirip dengan orang yang aku lihat memiliki kemiripan dengannya, iaitu sahabat kalian (maksudnya beliau sendiri). Dan aku melihat Jibril Alaihissalam, ternyata dia mirip dengan orang yang pernah aku lihat memiliki kemiripan dengannya, iaitu Dihyah.” Dalam riwayat Ibnu Rumhi disebut, “Dihyah bin Khalifah.” (HR. Muslim )
Maka Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang ditemui oleh Rasulullah s.a.w. pada setiap lapisan langit dalam peristiwa Isra' dan Mikraj ini adalah 'badan batin' atau Roh Hammalil Amanah (روح حمال للامانة  ) mereka yang mempunyai juzuk dan bentuk badan serta wajah yang sama dengan badan zahir ketika mereka masih hidup di dunia dahulu tetapi hal keadaan kehidupan mereka sekarang adalah seperti para malaikat. 
Rumusannya Roh Hammalil Amanah (روح حمال للامانة  ) atau 'badan batin' manusia mempunyai juzuk dan mempunyai bentuk badan yang sama dengan 'badan zahir' tetapi hal keadaannya sama jenis dengan kehidupan para malaikat yang tidak memerlukan lagi roh jasmani atau nyawa yang terbit daripada darah untuk hidup.


Sekiranya terbit lintasan di hati atau ada orang yang bertanya bagaimanakah Rasulullah s.a.w. boleh mengenali bahawa semua Nabi dan Rasul yang ditemui di langit itu adalah memang benar Nabi dan Rasul berkenaan kerana mereka tidak pernah bertemu dan jarak tempoh masa kewujudan mereka begitu jauh dengan Rasulullah s.a.w? Ada kemungkinankah Iblis yang menyerupai para Nabi dan Rasul? 
Kesangsian ini hendaklah diperjelaskan bahawa Malaikat Jibrael AS yang mengiringi Rasulullah s.a.w. semasa Isra' dan Mikraj ini memikul amanah menyampaikan setiap wahyu Allah kepada semua Nabi dan Rasul sejak Nabi Allah Adam a.s. hinggalah Nabi Isa a.s.. Maka sudah pasti dan semestinya Malaikat Jibrael AS mengenali kesemua Nabi dan Rasul dan mengkhabarkan hal ini dan memperkenalkan mereka kepada Rasulullah s.a.w. Begitu juga dengan Nabi-nabi dan Rasul-rasul tersebut amat mengenali Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana mereka mengenali diri mereka sendiri berdasarkan perkhabaran wahyu Allah.

Hendaklah diingati juga semua Nabi dan Rasul mengenali Iblis dan tentera-tenteranya. Tambahan pula Iblis laknatullah tidak dapat menyerupai wajah-wajah sebenar para Nabi dan Rasul. Setiap lapisan langit sentiasa dikawal ketat oleh para malaikat dan menjadi kawasan larangan bagi Iblis dan tentera-tentaranya. Maka tidak ada jalan langsung bagi Iblis dan tentera-tenteranya dapat menyusup masuk ke setiap lapisan langit atau menyerupai wajah sebenar mereka dan apa tah lagi untuk menipu para Nabi dan Rasul Alaihimussalam.

Pertemuan ini memberikan pengertian dan hikmah pengajaran bahawa sebagaimana para Nabi dan Rasul, semua manusia mempunyai dua badan iaitu 'badan batin' atau Roh Hammalil Amanah (روح حمال للامانة  ) yang ditiupkan oleh Malaikat Roh ketika masih berkeadaan bayi dalam kandungan perut ibu dan 'badan zahir' yang hidup daripada roh jasmani atau nyawa yang terbit daripada darah. 
Apabila mengalami kematian Roh Hammalil Amanah (روح حمال للامانة  ) dicabut keluar daripada 'badan zahirnya' oleh Malaikat Maut dan dikekalkan hidupnya tanpa mengenai mati lagi untuk selama-lamanya seperti 'badan zahir' atau jasad.  Roh jasmani atau nyawa yang terbit daripada darah hilang lenyap seperti wap sahaja apabila 'badan zahir' atau jasadnya mengalami kematian.

Sekiranya seseorang itu adalah mukmin yang soleh Roh Hammalil Amanahnya amat dipermuliakan seperti malaikat sebagaimana yang dapat disaksikan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. apabila menemui Roh para Nabi dan Rasul di setiap lapisan langit. Roh Hammalil Amanah bagi orang yang kufur ingkar pula menerima azab seksa sebagaimana yang dimaksudkan di dalam Hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
Apabila berlaku Hari Kiamat kelak semua Roh Hammalil Amanah manusia dikembalikan semula kepada badan zahirnya yang tertanam di dalam tanah perkuburan di bumi atau walau di mana sahaja mereka berada dalam keadaan apa jua hal sekalipun akan dibangkitkan hidup semula dengan serta merta untuk mengahadapi Hari Pembalasan seperti yang dijanjikan. Inilah salah satu pengajaran besar dan amat penting yang boleh difahami daripada peristiwa Isra' dan Mikraj ini.

Perjalanan seterusnya Rasulullah s.a.w dibawa ke langit ketujuh di mana terdapatnya Baitul Makmur (الْبَيْتُ الْمَعْمُورُ ) yang kedudukan lokasinya adalah bersetentangan dengan Ka'abah Baitullah di Masjidil Haram, Mekah di bumi. Sebagaimana Ka'abah Baitullah menjadi kiblat umat Islam di bumi, Baitul Makmur (الْبَيْتُ الْمَعْمُورُ ) pula menjadi kiblat para malaikat di langit. Pada setiap hari kira-kira 70,000 orang malaikat melakukan ibadat di Baitul Makmur (الْبَيْتُ الْمَعْمُورُ ).  Di sini juga Rasulullah s.a.w. menemui (Roh) Nabi Ibrahim Alaihisalam yang mempunyai wajah yang serupa dengan wajah baginda.

Dalam sebuah Hadis ada menyebut dalam pertemuan ini Nabi Ibrahim a.s. berpesan kepada Rasulullah s.a.w. sebagiamana yang bermaksud :
“Aku telah berjumpa dengan Ibrahim a.s. pada malam Isra’, dia berkata kepadaku: 'Wahai Muhammad sampaikan salamku kepada umatmu dan beritakan kepada mereka bahawa syurga itu memiliki tanah terbaik dan air yang paling segar. Syurga itu dataran kosong (Qi’aan) dan tumbuhannya adalah (zikir) Subhanallahi Walaa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar (سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ)"[HR At-Tirmidzi] 
Ketika berada di Baitul Makmur juga Rasulullah s.a.w menyaksikan para malaikat melakukan ibadat  sembahyang sebagaimana yang dijelaskan dalam Hadis Rasulullah s.a.w :

الملائكة هم مجبولون على الطاعة لامجال للمعصية في حقهم فلا جرم لا يعصون الله ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرون ويسبحون الليل والنهار لا يفترون والراكع منهم راكع أبدا  والساجد منهم ساجد أبدا والقائم منهم قائم أبدا لا اختلاف في أفعالهم ولا فتور ولكل منهم مقام معلوم لا يتعداه وطاعتهم لله من حيث لا مجال للمخالفة فيهم .                           

               Maksudnya :

"Mereka para malaikat adalah yang diletakkan oleh Allah Taala semata-mata taat sahaja di bawah perintah suruhan Allah, tiada ruang bagi menyalahi suruhan Allah pada hak mereka. Tentunya mereka tidak membuat maksiat kadar sedikit pun kepada Allah. Mereka perbuat barang apa yang disuruh, mereka mentasbihkan Allah malam dan siang, tiada penat dan letih, yang rukuk dari mereka, (terus) rukuk (buat) selama-lamanya, dan yang sujud dari mereka, (terus) sujud (buat) selama-lamanya, dan yang berdiri dari mereka (terus) berdiri selama-lamanya, tidak berlawanan dengan segala perbuatan mereka, tidak (mereka itu merasai) penat atau letih dan bagi tiap-tiap seorang itu ada makam (kedudukan) tertentu tidak ia melampauinya dan ketaatan mereka pula kepada Allah sehingga tiada ruang untuk mereka menyalahinya."
 Dalam Hadis yang lain  diperjelaskan juga :
فَأَتَيْنَا السَّمَاءَ السَّابِعَةَ فَأَتَيْتُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ ، فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ 
فَقَالَ مَرْحَبًا بِكَ مِنِ ابْنٍ وَنَبِىٍّ، فَرُفِعَ لِي الْبَيْتُ الْمَعْمُورُ 
فَسَأَلْتُ جِبْرِيلَ ، فَقَالَ : هَذَا الْبَيْتُ الْمَعْمُورُ ، يُصَلِّي فِيهِ  
كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ ، إِذَا خَرَجُوا لَمْ يَعُودُوا إِلَيْهِ آخِرَ  
مَا عَلَيْهِمْ
                      Maksudnya : 
" Kami mendatangi langit ketujuh. Lalu aku mendatangi Nabi Ibrahim, aku memberi salam kepadanya dan beliau menyambut: 'Selamat datang puteraku, wahai Nabi'. Lalu aku melihat Baitul Makmur. Akupun bertanya kepada Jibril. Katanya: 'Ini adalah Baitul Makmur, setiap hari tempat ini dikunjungi 70,000 malaikat untuk melakukan ibadat solat di sana. Setelah mereka keluar, mereka tidak akan kembali lagi ke tempat ini'." [ HR Bukhari & Muslim]
 Dalam  Hadis yang lain ada juga menyebut peri hal yang hampir sama maksudnya: 
فَرُفِعَ لِي البَيْتُ المَعْمُورُ، فَسَأَلْتُ جِبْرِيلَ، فَقَالَ: هَذَا البَيْتُ المَعْمُورُ يُصَلِّي فِيهِ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ، إِذَا خَرَجُوا لَمْ يَعُودُوا إِلَيْهِ آخِرَ مَا عَلَيْهِمْ
                  Maksudnya : 
“Kemudian ditunjukkan kepadaku Baitul Ma’mur. Aku pun bertanya kepada Jibril, beliau menjawab: ‘Ini Baitul Ma’mur, setiap hari ada 70,000 malaikat yang solat di dalamnya. Setelah mereka keluar, mereka tidak akan kembali lagi, dan itu menjadi kesempatan terakhir baginya'."  [HR. Bukhari dan Muslim ].
Penjelasan Hadis ini dapat memberi kefahaman bahawa Allah menjadikan para malaikat sebagai penduduk langit yang tidak terhingga ramainya itu semata-mata untuk beribadat dan mentaati segala suruhan-Nya sahaja dengan melaksanakan amanah pelbagai tugas yang diberikan. Mererka tidak sedetik pun mereka terlalai, terlupa, jahil dan apa tah lagi membantah atau berani mengingakari apa jua suruhan/perintah Allah.
Hadis ini juga amat bersesuaian dan selaras dengan Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة المؤمن Al-Mu'min ayat 7-9 :
الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ (7) رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (8) وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ وَمَنْ تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (9) 
            Maksudnya :
" (Malaikat-malaikat) yang memikul Al-'Arasy dan malaikat-malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta meminta keampunan bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): ' Ya Tuhan kami, rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah keampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaaan neraka yang bernyala-nyala. (7)  
Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, (8)  
dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar'." (9)
Antara pengajaran penting yang dapat difahami melalui perjalanan Isra' dan Mikraj Rasulullah s.a.w. merentasi kesemua lapisan langit ini ialah :
i.   Tujuh (7) lapisan langit yang dimaksudkan di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasullah s.a.w. yang dijadikan Allah dalam tempoh enam (6) hari itu memang benar-benar sahih kewujudannya. Langit bukanlah  sistem bimasakti cakrawala kosong belaka (galaxy of empty space system )  sebagaimana yang difahami melalui teori-teori sains angkasa lepas tetapi hal keadaanya sama seperti bumi yang didiami oleh penduduk-penduduk langit iaitu para malaikat yang dijadikan semata-mata untuk mentaati dengan beribadat kepada Allah sahaja.
 ii.   Kesemua tujuh ( 7) lapisan langit ini mempunyai pintu khas yang diamanahkan Allah kepada para malaikat menjaganya dengan ketat dan rapi.  Tidak ada sesiapa pun yang dapat memasukinya tanpa izin Allah berpandukan peraturan, syarat dan kriteria ketat yang ditetapkan.  Sungguhpun Malaikat Jibrael AS adalah penghulu sekalian malaikat yang semestinya dikenali oleh semua malaikat yang berada di langit tetapi dia pun tidak terkecuali daripada pertanyaan "identiti keselamatan dan pengenalan diri" daripada malaikat penjaga dan mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., penghulu Nabi-nabi, Rasul-rasul dan sekalian manusia dan jin.
iii.  Setiap lapisan langit itu mempunyai jarak kejauhan tertentu yang setiap lapisan mempunyai jarak yang mungkin menyamai kejauhan jarak di antara bumi dengan langit dunia yang boleh dilihat dengan pemandangan mata kasar atau menggunakan alat pemerhatian khas.
iv.  Adalah mustahil sama sekali manusia biasa yang masih hidup di dunia dapat menembusi untuk menjelajah lapisan-lapisan langit ini yang tersangat jauh kedudukannya daripada bumi. Hakikat ini memberi pengertian bahawa langit yang dimaksudkan di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w adalah termasuk Alam Akhirat yang wajib diimani sebagai pegangan aqidah keimanan.
v. Ibadat sembahyang yang menyerlahkan ketaatan, kemuliaan dan ketaqwaan para malaikat seperti yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah s.a.w di Baitul Makmur ini adalah kemuncak segala ibadat khusus para malaikat yang tidak mungkin dapat dilakukan sedemikian rupa oleh insan manusia mukmin kerana asal kejadian malaikat dan manusia yang amat berlainan serta amat jauh berbeza.
Rasulullah s.a.w telah dibawa Al-Buraq dengan iringan Malaikat Jibrael AS memasuki syurga sebagaimana yang diceritakan di dalam Hadis yang bererti :
 " Dan kata Annas: Sabda Rasulullah s.a.w. : Tatkala di Isra'kan denganku, aku memasuki syurga suatu tempat namanya Al-Badigh, di atasnya khemah-khemah daripada luk-luk [mutiara] dan zabarjad dan yaqut yang merah. Maka kata mereka  : Assalamualalaikum wahai Rasulullah. Maka aku kata [kepada Malaikat Jibrael AS] : Apa dia seruan ini? Ia berkata : Mereka ialah perempuan-perempuan bidadari yang hanya tinggal pada khemah-khemah sahaja, minta izin mereka kepada Tuhan mereka untuk memberi salam kepada engkau. Maka Dia mengizinkan bagi mereka dan jadilah mereka berkata: Kami sangat-sangat meredai, maka kami tiada marah selama-lamanya........."  [hingga akhir maksud hadis].
Hadis ini menceritakan bahawa semasa peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulullah s.a.w. dibawa ke satu tempat di dalam syurga bernama Al-Badigh yang terdapat ramai bidadari syurga yang tinggal di 'khemah-khemah' yang amat luar biasa hal kedaaan keindahan, kecantikannya dan ukurannya yang tidak setitik pun menyamai 'khemah-khemah' yang dimaksudkan di dunia. Di dalam al-Quran pula berulang-ulang kali menceritakan kenikmatan dan keindahan luar biasa yang terdapat di syurga. Keluasan syurga itu pula adalah seperti yang diperjelaskan di dalam al-Quran: 
وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَـوَتُ وَالاٌّرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
                           Maksudnya:
"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi; yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa."  
        [ Surah سورة العمران Ali 'Imran : 133 ]
Sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi Rasul, kitab-kitab wahyu Allah yang terdahulu ada menceritakan hal syurga dan neraka serta janji-janji Allah untuk memberi balasan kebahgiaan dan kenikmatan berkekalan selama-lamanya hidup di akhirat kepada mereka yang beriman dan bertaqwa dan balasan azab seksa kepada mereka yang mengingkari seruan para Rasul yang dbangkitkan.
Peristiwa Isra' dan Mikraj yang dialami dan diperlihatkan sendiri dengan mata kepala Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga hanya sebahagian daripada alam akhirat dan memasuki salah satu tempat di syurga untuk merasakan sendiri sebahagian kecil sahaja daripada kindahan, kenikmatan dan keajaiban syurga. Peristiwa ini adalah satu hikmah keistimewaan dan kelebihan yang dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya yang tidak pernah berlaku kepada Nabi-nabi [kecuali Nabi Adam Alaihisalam dan isterinya Hawa yang memulakan kehidupan awalnya berada di dalam disyurga ] dan umat-umat terdahulu.

Setiap detik keseluruhan perjalanan Isra' dan Mikraj Rasulullah s.a.w. di bawah bimbingan dan petunjuk Malaikat Jibrael AS adalah kembara ilmu dan ibadat belaka bagi memperkasa dan memperkukuhkan akidah keimanan yang lebih jelas terhadap alam akhirat untuk disampaikan dan diperingatkan kepada seluruh umat manusia supaya mencintai dan mengutamakan akhirat, beriman sepenuhnya kepada segala perintah Allah melalui Rasul-Nya dan jangan sesekali berani mengingkarinya.

Semasa berada di Sidratil-Muntaha (  سدرة المنتهى ) juga Rasulullah s.a.w. dapat melihat rupa asal Malaikat Jibrael AS seperti yang dimaksudkan Firman Allah  di dalam al-Quran surah  سورة النجم‎‎ An-Najm ayat 13-18 :  
 وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى (13) عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى (14) عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى (15) إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى (16) مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَى (17) لَقَدْ رَأَى مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَى (18
              Maksudnya :
" Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibrael itu (dalam rupanya yang asal ) pada waktu yang lain.(13)
 (Iaitu ) di Sidratil Muntaha. (14)
Berhampiran dengannya  ada syurga tempat tinggal,(15) , 
Muhammad melihat (Jibrael) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. (16)
Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang dilihatnya itu dan tidak (pula ) melampauinya.(17)
Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian daripada tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar."(18)
Firman Allah ini mengesahkan lagi bahawa Rasulullah s.a.w. memang berada di Sidratil-Muntaha semasa mengalami peristiwa besar Isra' dan Mikraj dan ia bukanlah satu fantasi pemikiran khayalan baginda untuk menipu manusia sebagaimana yang didakwa sesetengah golongan manusia yang tidak memahami, enggan beriman dan senghaja mengingkarinya.
Terdapat juga beberapa Hadis yang menjelaskan peri hal Sidratil-Muntha. Antaranya ialah:
 Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
وَرُفِعَتْ لِي سِدْرَةُ المُنْتَهَى، فَإِذَا نَبِقُهَا كَأَنَّهُ قِلاَلُ هَجَرَ وَوَرَقُهَا كَأَنَّهُ آذَانُ الفُيُولِ فِي أَصْلِهَا أَرْبَعَةُ أَنْهَارٍ نَهْرَانِ بَاطِنَانِ، وَنَهْرَانِ ظَاهِرَانِ، فَسَأَلْتُ جِبْرِيلَ، فَقَالَ: أَمَّا البَاطِنَانِ: فَفِي الجَنَّةِ، وَأَمَّا الظَّاهِرَانِ: النِّيلُ وَالفُرَاتُ
              Maksudnya :
"Aku melihat Sidratul-Muntaha di langit ke tujuh. Buahnya seperti kendi daerah Hajar, dan daunnya seperti telinga gajah. Dari akarnya keluar dua. 'Wahai Jibril, apakah keduanya ini?' Dia menjawab: 'Adapun dua yang dalam itu ada di syurga sedangkan dua yang di luar iru adalah (Sungai) Nil dan Furat." [ HR Bukhari ]
Kemuncak atau 'climax' peristiwa ini ialah diwahyukan Fardhu Ibadat Sembahyang 50 Waktu di Sidratul Muntaha ( سدرة المنتهى).  Dalam Hadis panjang Rasulullah s.a.w. menerangkan hal ini yang antara lain bermaksud :
" Dari Annas r.a., katanya :  Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : ' ........(Selain dari apa yang aku saksikan semasa aku dibawa Isra' dan Mikraj pada malam itu), maka Allah Azawajalla fardhukan (atasku dan) atas umatku lima puluh (50) sembahyang*** .......lalu aku memohon kepada-Nya [supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah dikurangkan-Nya sehingga tinggal lima (5) waktu sahaja]; maka Allah Taala berfirman : 'Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima waktu (dari segi bilangannya), dan ia juga tetap lima puluh (50) [dari segi pahalanya]; keputusan Aku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti'........"
          [Sebahagian daripada maksud Hadis sahih- Riwayat Bukhari]

Pengurangan jumlah fardhu sembahyang daripada lima puluh (50) waktu kepada lima (5) waktu sahaja adalah sebagaimana yang disebut di dalam maksud Hadis berikut :
 ***"........Sesudah itu aku turun ke tempat Musa a.s. di langit ke 6, Musa bertanya: ’Apa yang telah diwajibkan Tuhanmu kepada umatmu?’ Jawabku: ‘Sembahyang 50 kali (waktu )’. Kata Musa: ‘Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan, kerana umatmu tidak akan sanggup melakukannya. Aku sendiri telah mencuba terhadap ( umatku ) kaum Bani Israel.’ Kata Nabi s.a.w: ‘Aku kembali kepada Tuhanku, lalu aku memohon: ‘Ya Tuhan, berilah umatku keringanan.’ Maka Allah menguranginya lima. Sesudah itu aku kembali kepada Musa. Kataku: ‘Allah menguranginya lima’.
Kata Musa: ‘Umatmu tidak akan sanggup menunaikannya sebanyak itu. Kerana itu kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan.’ Kata Nabi s.a.w selanjutnaya: ‘Aku jadi berulang-ulang pulang pergi "antara" Tuhanku Tabaraka wa Taala dengan Musa, sehingga akhirnya Allah berfirman: ‘Kesimpulannya ialah sembahyang 5 kali sehari semalam.’ Bagi tiap-tiap satu kali solat, sama nilainya dengan sepuluh solat. Maka jumlah nilainya 50 juga.  Dan siapa yang bermaksud hendak berbuat kebajikan, tetapi tidak dilaksanakannya, dituliskan untuknya (pahala) 1 kebajikan. Apabila dilaksanakannya, maka ditulis baginya (pahala) 10 kebajikan.
Dan siapa bermaksud hendak berbuat kejahatan, tetapi tidak dilaksanakannya, tidak akan ditulis apa-apa baginya, tetapi jika dilaksanakannya, maka ditulis baginya balasan 1 kejahatan.  Sesudah itu aku turun kembali ke tempat Musa a.s.. Lalu aku ceritakan kepadanya apa yang difirmankan Tuhanku itu. Kata Musa: ‘Kembalilah kepada Tuhanmu, dan mintalah keringanan.’ Jawab Rasulullah s.a.w:   ‘Aku telah berulang kali kembali kepada Tuhan ku meminta keringanan, sehingga aku malu kepada-Nya...’ "
Dalam Hadis sahih yang panjang riwayat Bukhari dan Muslim  terdapat juga penjelesan maksud yang hampir sama. Sebahagian daripadanya adalah seperti yang diertikan seperti berikut :
           ".....Firman Allah Taa’la dalam surah Maryam سورة  مريم ayat  57 :
" وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا"
                      Maksudnya :
“Dan telah kami angkatkan dia ke tempat yang tinggi (di langit).
Kemudian ia naik dengan kami ke langit yang kelima maka ia menyebutkan seumpamanya maka tiba-tiba aku dengan Harun maka ia menghormati aku dan mendo'akan bagiku dengan kebajikan, kemudian ia naik dengan kami ke langit yang keenam maka ia menyebutkan seumpamanya maka tiba-tiba aku dengan Musa maka ia menghormati aku dan mendo'akan bagiku kebajikan, kemudian ia naik dengan kami ke langit yang ketujuh maka ia menyebutkan seumpamanya maka tiba-tiba aku dengan Ibrahim sedang ia menyandarkan belakangnya kepada Baitul-Mak’mur yang memasukinya pada tiap-tiap hari tujuh puluh ribu (70,000) orang malaikat, tidak pun mereka kembali daripadanya. Kemudian aku pergi ke Sidratul-Muntaha ( سِدْرَةُ المُنْتَهَى ) maka tiba-tiba daun-daunnya Sidratul-Muntaha itu seperti telinga-telinga gajah dan buahnya seperti bekasan-bekasan air. Maka manakala menutupinya dari kehendak pekerjaan Tuhanku itu barang yang menutupinya itu, iapun berubah-ubah rupanya, tidak seorang pun dari makhluk Allah berupaya menggambarkan keelokan rupanya Sidratul-Muntaha itu. Maka diwajibkan oleh Allah Taa’la kepada aku barang apa yang Ia wahyukan maka difard’ukanlah ke atasku dan ke atas umatku lima puluh (50) sembahyang pada tiap-tiap hari dan malam. Maka turunlah aku kepada Musa maka katanya: Apakah yang difard’ukan oleh Tuhan engkau ke atas umat engkau itu?
Kataku lima puluh sembahyang. Katanya: Baliklah engkau kepada Tuhan engkau dan pintalah kepadanya keringanan (kerana) bahawasanya umat engkau tidak berupaya akan yang demikian itu (kerana) bahawasanya aku telah pun mencubai  Bani Israel terdahulu dari engkau dan pengalaman mereka itu. Sabdanya: Maka baliklah aku kepada Tuhanku dan kataku: Wahai Tuhanku ringankanlah dari umatku maka Ia perkurangkan dariku lima. Maka baliklah aku kepada Musa maka kataku: Telah pun Ia kurangkan dariku lima. Katanya: Bahawasanya umat engkau itu tidak berupaya akan yang demikian maka baliklah engkau kepada Tuhan engkau maka pintalah kepadanya keringanan. 
Sabdanya: Maka sentiasalah aku berulang-alik antara Tuhanku Allah Taala dan antara Musa hingga Allah Subhanahu Wa Taa’la berfirman: “Wahai Muhammad bahawasanya lima (5) sembahyang tiap-tiap hari dan malam, bagi tiap-tiap satu sembahyang itu sepuluh (10), maka yang demikian itu ialah lima puluh (50) maka barangsiapa yang bercita-citakan kebajikan maka tidak ia mengerjakannya nescaya dituliskan baginya satu kebajikan dan barang siapa bercita-citakan kebajikan maka ia mengerjakannya nescaya dituliskan baginya sepuluh (10) kebajikan dan barang siapa bercita-cita (melakukan) kejahatan maka tidak ia mengerjakannya nescaya tidaklah ditulis baginya suatu apa pun  dan barang siapa bercita-citakan kejahatan maka ia mengerjakannya nescaya dituliskan baginya satu kejahatan”. 
Sabdanya: Maka turunlah aku hingga sampai kepada Musa maka aku khabarkan kepadanya, maka katanya: Baliklah engkau kepada Tuhan engkau maka pintalah kepadanya keringanan maka kataku: Sesungguhnya telah pun aku balik kepada Tuhanku hingga aku malu dari-Nya.”
Episod pengurangan jumalah waktu sembahyang daripada lima puluh [50] waktu hingga tinggal lima [5] waktu ini mempunyai berbagai-bagai pengertian dan tafsiran pemahaman berbagai golongan. Antara pemahaman-pemahaman yang boleh menerbitkan kekeliruan dan tersalah faham dapat dirumuskan seperti berikut :
i.  Perbuatan Rasulullah s.a.w. berulang alik sebanyak sembilan [9] kali daripada satu tempat khas di Sidratul-Muntaha ke langit ke 6 menemui Nabi Musa a.s. untuk bermohon kepada Allah supaya dikurangkan jumlah waktu sembahyang atas nasihat Nabi Musa a.s. seolah-olah baginda tidak mengetahui kewajaran dan keupayaan manusia yang amat terbatas kemampuan fizikalnya berbanding para malaikat.
 ii.  Perbuatan berulang alik sebanyak sembilan (9 ) kali ini seolah-olah memberi erti bahawa Allah SWT berada atau bertempat pada 'suatu tempat khas' di Sidratul-Muntaha yang juga memberi maksud Allah sama seperti makhluk mempunyai Zat (Diri-Nya) berjuzuk yang memerlukan tempat untuk wujud/ada dan mengambil faedah daripada makhluk tempat yang dijadikan-Nya daripada semata-mata tidak ada kepada ada. 
iii.  Segala nasihat Nabi Musa Alaihisalam itu seolah-olah memberi pengertian bahawa dia jauh lebih mengetahui atau lebih arif dan lebih tinggi martabatnya berbanding Nabi Muhammad s.a.w. yang telah ditakdirkan Allah bermartabat sebagai Penghulu yang mempunyai darjat kelebihan mengatasi sekalian Nabi dan Rasul, manusia dan jin sama seperti kelebihan Malaikat Jibrael AS terhadap sekalian malaikat.
Pemahaman dan tanggapan ini mungkin boleh menimbulkan berbagai-bagai persoalan, kekeliruan atau kesangsian daripada otak manusia berfikiran kritis yang amat sukar diberikan jawapan tepat dan meyakinkan semua pihak. Persoalan mengenai alam akhirat adalah amat rumit yang tidak mungkin diketahui sama sekali oleh manusia tanpa bimbingan wahyu Allah kepada Rasul-rasul-Nya.

Atas sifat-Nya sebagai Ar-Rahman dan Ar-Rahim lagi Maha Pemurah Allah telah mentakdirkan Rasulullah s.a.w mengalami sendiri peristiwa Isra' dan Mikraj supaya baginda dapat mengkhabarkan kepada umat manusia dengan lebih yakin dan mantap mengenai hal keadaan sebenar di langit bagi memperjelaskan dengan lebih tahqik lagi wahyu-wahyu yang disampaikan melalui Malaikat Jibrael AS.
Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة الذاريات Adz-Zaariaat : 56 menjelaskan :

                  وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

                                  Maksudnya :
" Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka berbahagia [atas sebab ] berbuat ibadat kepada Aku."
Ibadat fardhu sembahyang adalah ibu segala ibadat yang teragung, teramat penting, paling utama dan tersangat mulia di sisi Allah. Ibadat khusus ini mesti dan wajib dilakukan oleh semua hamba Allah yang beriman sebagai bukti dan tanda keimanan, ketaqwaan dan mensyukuri segala nikmat Allah yang tidak terhingga banyaknya. Tanda pengabdian mutlak ini menghubungkan terus antara hamba dengan Allah SWT yang mengadakan sekalian alam dan setiap diri makhluk yang berada di langit dan bumi semata-mata dengan murah kurniaan-Nya. Ibadat sembahyang para malaikat disaksikan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. dengan mata kepalanya apabila tiba di Baitul Makmur (البيت المعمور).  

Sungguhpun ibadat sembahyang telah difardhukan kepada para Rasul terdahulu dan syari'at ibadat Nabi Ibrahim a.s. diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. sejak sebelum diutuskan sebagai Rasul dan semasa melakukan  'uzlah' mengasingkan diri beribadat di Gua Hira' tetapi kaedah, rukun dan kaifiatnya tidak diketahui dengan jelas untuk disampaikan kepada umatnya.

Berdasarkan kepentingan dan kemuliaan terunggul ibadat sembahyang ini di sisi Allah maka Allah telah mewahyukan "Fardhu Sembahyang" ini di tempat yang paling mulia dan paling suci di Sidratil-Muntaha  سِـدْرَة الْـمُـنْـتَـهَى  yang tersangat tinggi dan jauh daripada bumi tempat tinggal manusia.
Mengapa di Sidratil-Muntaha  سدرة المنتهى   dan tidak di tempat-tampat lain di langit? 
Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui jawapan yang tepat terhadap persoalan ini.  Namun sebagai insan biasa kita dapat memahami bahawa Sidratil-Muntaha سدرة المنتهى itu adalah tempat paling suci, mulia dan dibarkati Allah yang tidak terdapat setitik kemungkaran pun di sana. Hakikat ini dapat difahami daripada hal keadaan ibadat para malaikat seperti yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah s.a.w.

Allah telah menetapkan di bumi terdapat kota Mekah, tempat yang paling mulia dan dibarkati-Nya di muka bumi kerana di sana terdapat Ka'abah Baitullah sebagai kiblat, Masjidil Haram dan Tanah Haram. Orang mukmin yang berkemampuan dan cukup syarat diwajibkan menunaikan ibadat Haji dan Umrah di Mekah sekali seumur hidup dan bukan di tempat-tempat lain. Kesemuanya telah ditetapkan Allah dan hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui sebab-sebab, rahsia serta hikmahnya kerana Dia yang mengadakan dan menetapkan segala-galanya.
Maka begitulah juga Allah telah menetapkan Sidratil-Muntaha سدرة المنتهى sebagai tempat paling istimewa jauh di luar langit bumi dan paling suci di seluruh alam semesta untuk menurunkan wahyu "Fardhu Sembahyang 50 waktu"  kepada Rasulullah s.a.w. Hakikat ini memberi pengertian bahawa ibadat solat atau sembahyang ini adalah ibadat paling mulia, paling suci  dan paling tertinggi martabatnya di sisi Allah.

Wahyu ini disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. secara langsung dan tidak melalui Malaikat Jibrael AS tanpa misal dan tanpa ibarat sama seperti Nabi Musa Alaihisalam mendengar Kalam Allah yang Qadim [tanpa huruf dan suara] di Bukit Tursina di bumi seperti Firman Allah yang terkandung di dalam al-Quran surah Al-A'Raaf سورة الأعراف ayat 143.

Rasulullah s.a.w. diutuskan Allah untuk menyampaikan wahyu amanah Allah kepada umat manusia supaya beriman sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Setiap wahyu yang diturunkan adalah sebagai satu perintah Allah yang mesti dan wajib ditaati sepenuhnya lebih-lebih lagi dalam perkara ibadat. Atas hikmah dan rahsia yang Allah sahaja Yang Maha Mengetahui, maka Allah  telah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s. supaya memberi nasihat dan mengingatkan Rasulullah s.a.w. supaya bermohon kepada Allah mengurangkan jumlah waktu sembahyang yang difardhukan hingga tinggal 5 waktu sahaja. (Perlu difahami dan ingati bahawa setiap tutur kata dan perbuatan para Nabi dan Rasul adalah dengan Kehendak dan Perintah Allah dan bukan dengan kehendak mereka sendiri)

Firman Allah dalam surah سورة النجم An-Najm ayat 1-3 memperjelaskan :
وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَى (1) مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَى (2) وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3
                 Maksudnya :

" Demi bintang ketika terbenam, (1)  
kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru, (2)  
dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. (3) "
Proses turun naik sebanyak 9 kali daripada Sidratil-Muntaha سِدْرَةُ المُنْتَهَى ke langit ke 6, tempat Nabi Musa a.s. berada, bukanlah satu kerja mudah kerana kedudukan lokasi setiap lapisan langit amat berjauhan yang mungkin sejauh langit dunia dan bumi yang boleh dilihat dengan mata kepala manusia atau menggunakan peralatan saintifik. Dalam sebuah Hadis ada menjelaskan :

Dari Al-Abbas bin Abdul Mutalib, Rasulullah s.a.w. bersabda: 
هَلْ تَدْرُوْنَ كَمْ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ؟ قُلْنَا: اَللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: بَيْنَهُمَا مَسِيْرَةٍ خَمْسَمِائَة سَنَة
                         Maksudnya :                      
“Apakah kalian tahu berapa jarak antara langit dan bumi?” Kami (para sahabat) menjawab: 'Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui'. Beliau bersabda: 'Jarak langit dan bumi adalah perjalanan 500 tahun'...…” [HR. Abu Dawud dan selainnya].
Pertemuan Rasulullah s.a.w. dengan Nabi Musa a.s. ini bukan memberi maksud bahawa martabat Nabi Musa a.s. itu lebih tinggi daripada Nabi Muhammad s.a.w. tetapi sebagai menunaikan perintah Allah yang lebih mengetahui rahsia dansebab-sebabnya. Hal keadaan ini boleh diambil iktibar daripada kisah pertemuan Nabi Musa a.s. sebagai seorang Nabi dan Rasul dengan Nabi Khidzir a.s. yang bukan seorang Rasul dalam peristiwa yang termaklum di dalam al-Quran surah سُوۡرَةُ الکهف Al-Kahfi: 60-82 atas perintah Allah kerana ada rahsia dan hikmah besar yang terkandung di sebalik peristiwa tersebut agar dapat difahami dan diambil iktibar oleh  manusia.

Pengajaran daripada peristiwa ini boleh diertikan juga bahawa sungguhpun Nabi Musa a.s. sudah lama wafat tetapi Allah mentakdirkan yang Roh Hammalil Amanahnya yang berada di langit ke enam masih diberikan tugas khusus untuk membantu Rasulullah s.a.w. sebagai Penghulu sekalian Nabi dan Rasul dalam konteks untuk memberikan kesempurnaan dan pengukuhan ibadat sembahyang kepada umat Rasulullah s.a.w yang berkekalan sehingga berlakunya Hari Kiamat besar kelak. [Hendaklah difahami bahawa langit yang dimaksudkan di dalam peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulullah s.a.w. ini adalah termasuk sebagai alam akhirat ].

Hakikat ini juga memperingatkan kepada umat Rasulullah s.a.w. bahawa segala ilmu pengetahuan agama yang dimiliki dan dihayati di dunia terus berkekalan berada pada Roh Hammalil Amanah di Alam Barzakh sebagaimana yang berlaku kepada roh Nabi Musa a.s.. Ia juga memberi erti bahawa kesemua ilmu agama yang dipelajari dan diamalkan ketika hidup di dunia tidak hilang lenyap begitu sahaja apabila jasad (badan zahir) mengalami kematian dan tidak tersimpan di dalam memori pada organ otak fizikal yang berada di kepala.

Tidak dapat dibayangkan betapa jauh dan susahnya Rasulullah s.a.w berulang alik turun naik sebanyak 9 kali hanya untuk mengurangkan jumlah waktu sembahyang sahaja agar tidak menjadi bebanan berat kepada umat melaksanakannya. Setiap pergerakan ini adalah ibadat belaka berpandukan wahyu Allah dan tidak boleh sama sekali disamakan atau diandaikan seperti 'rundingan tawar menawar harga barangan' dalam urusan perniagaan atau urusan-urusan hal duniawi. Segala peristiwa yang berlaku adalah dengan kehendak dan takdir Allah belaka dan Dia sahaja Yang Maha Mengetahui segala rahsia dan hikmah sebenar di sebaliknya.

Sewajarnya kita dapat memahami juga walaupun pada zahirnya solat itu hanya difardukan sebanyak 5 waktu sahaja dalam sehari semalam tapi pada hakikatnya setiap pergerakan dan niat di hati setiap insan hamba Allah pada setiap detik hayat mereka itu boleh dikategorikan sebagai "ibadah" juga dan diberikan ganjaran "pahala" atau dilaknat dengan hukuman "dosa". Hal ini dapat difahami dari kalimah-kalimah yang dibaca semasa melakukan idadat solat. Antara intipati kalimah yang dibaca dalam "Do'a Iftitah" ialah :

اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة واصيلاأنى وجهت وجهي للذى فطر السموات والأرض حنيفا مسلما وما أنا من المشركين. ان صلاتى ونسكى ومحياي ومماتى لله رب العالمين.لاشريك له وبذلك امرت وانا من المسلمين
                       Maksudnya :
" Allah Maha Besar lagi Maha Agung. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Aku hadapkan mukaku, kepada yang mengadakan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang mensyrikkan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku ku serahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslimin."
Sekiranya Allah berkehendak pada hari pengadilan di akhirat kelak kesemua perbuatan dan niat di hati setiap orang hamba Allah (walau sekecil mana sekalipun) akan ditanya dan dipertanggungjawabkan segaimana yang dikhabarkan oleh Rasullah s.a.w di dalam Hadisnya :
 Rasulullah s.a.w. ada bersabda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud :          
“Bahawasanya seseorang lelaki itu akan ditanya mengenai sebab ia mencelak dua matanya dan mengenai (sebab kenapa) ia memecah tanah liat dengan dua anak jarinya dan mengenai (kenapa) ia menyentuhi baju saudaranya.”
Hadis Rasulullah s.a.w. ini amat bertepatan dengan maksud Firman Allah dalam al-Quran surahسورة الإسراء Al-Isra' ayat 36 : 
وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا 
                        Maksudnya : 
" Dan janganlah kamu mengikuti yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya."
Jika  dihalusi pemahaman kita terhadap penghayatan "sunnah" Rasulullah s.a.w. serta setiap detik seluruh perjalanan hidup di sepanjang hayat baginda, para sahabat baginda, para ulamak mujtahid sebagai pewaris " ambia' " dan para insan mukmin soleh yang menghiasi bumi Allah di sepanjang zaman nescaya akan dapat kita fahami bahawa kesemuanya melakukan ibadah sama ada ibadah-ibadah fardhu atau berbagai kategori ibadah sunnat yang terlalu banyak seperti yang termaklum adalah berteraskan kepada taqwa, keimanan  yang hak menjurus kepada penghayatan "fardhu solat 50 waktu". Adalah teramat mudah untuk berdo'a dan memperkatakan :

               ان صلاتى ونسكى ومحياي ومماتى لله رب العالمين 
"....Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku ku serahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam....".
Namun untuk melaksanakan secara beristiqamah pada setiap detik di sepanjang hayat adalah sesuatu yang amat berat dilakukan kecuali mereka yang mempunyai keluasan, kedalaman serta keikhlasan pemahaman dan penghayatan ilmu serta limpahan rahmat pertolongan dan kehendak Allah.

[Lihat : Pengertian "PAHALA" dan "DOSA" ]

Maka kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan Rasulullah s.a.w yang bertaqwa tidak sewajarnya mengambil ringan dan beranggapan ibadat fardhu sembahyang lima (5) waktu hanya sebagai perkara kecil dan ibadat biasa sahaja atau kepada golongan tertentu yang jahil menganggapkannya sebagai satu tradisi yang sudah menjadi kebiasaan sejak turun temurun.
Di samping itu pemahaman iktiqad terhadap peristiwa Isra' dan Mikraj hendaklah berpegang teguh dengan sepenuhnya kepada ilmu-ilmu yang hak berteraskan al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan bukan mengikut fahaman dan sangkaan sendiri atau pengajaran orang-orang tertentu yang bercanggah dengan al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah. Jika wujud kefahaman yang sedemikian rupa maka sia-sialah sahaja ibadat sembahyangnya dan terbatallah imannya.
Besar kemungkinan wujud golongan yang berfahaman atau terbit lintasan-lintasan di hati bahawa wahyu sembahyang fardhu itu diturunkan di Sidratil Muntaha kerana Allah "beristiwa" atau "bersemayam" di sana seperti manusia yang menjadi raja pemerintah yang agung.  Sangkaan, pemahaman dan kepercayaan ini hendaklah dihapuskan dan dikikis bersih daripada hati dan rangka pemikiran minda orang yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kerana Sidratil Muntaha adalah tempat yang diadakan Allah daripada semata-mata tidak ada kepada ada dengan Qadrat-Nya yang Qadim berbetulan dengan Kehendak dan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali.

Sebelum diadakan Al-Qursi, Al-'Arasy dan Sidratul-Muntaha سدرة المنتهى dan sebelum diadakan masa, tempat dan sekalian alam dan makhluk-makhluk-Nya, Allah itu ada, sentiasa ada, selama-lamanya ada dan tidak berkeputusan ada-Nya. Adanya Allah itu tidak menyamai dengan adanya makhluk sebab Allah bukan makhluk. Apabila diadakan masa dan tempat, Allah begitu juga dengan darjat ketinggian dan kemuliaan martabat-Nya tanpa berkurangan atau bertambah seperti yang terkandung di dalam Asma' Ul-Husna. Dia tidak sesekali berhajat dan mengambil faedah kepada masa dan tempat dan tidak mengenai masa dan tempat.


Berhubung dengan peristiwa malam Isra' dan Mikraj ini intipati maksud nas berikut boleh dijadikan pegangan iktiqad:
"  Dan sesungguhnya kata perhimpunan ulama' Ahli Al Sunnah bahawasanya yang demikian itu adalah dengan tubuh badannya yang mulia itu. Dan adalah 'Aishah r.a. menegahkan penglihatan Rasulullah s.a.w. akan Tuhannya. Maka sesungguhnya telah membesarkan kedustaan ke atas Allah. "
[Untuk penjelasan lanjut sila lihat : 

Mungkin ada golongan  yang mengatakan atau berfahaman bahawa Rasulullah s.a.w. pergi  "mengadap" Allah di Sidratil Muntaha untuk menerima wahyu Fardhu Sembahyang.  Adapun kalimah "mengadap" di sini tidak sesekali boleh disamakan atau diibaratkan seperti seseorang itu pergi dititahkan "mengadap"  Raja/Sultan di dunia untuk menerima pengurniaan hadiah kebesaran atau hal-hal lain yang seumpamanya.

"Mengadap" atau "berdiri di hadapan" Allah di sini boleh diertikan sama seperti  seseorang yang  melakukan ibadat sembahyang. Semasa melakukan ibadat sembahyang pegangan iktiqad di dalam hati dan fikirannya tertumpu sepenuhnya memahami dan menghayati segala ilmu mengenali Allah yang terkandung di dalam Asma' Ul-Husna dan Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Pada Makna Syahdat At Tawhid yang panjang tafsilnya itu selain daripada mengadap arah kiblat Ka'abah Baitullah yang disyaratkan mengikut hukum syarak sebagimana yang dimaksud di dalam nas-nas berikut :
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنْتَ عَلَيْهَا إِلا لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ 
                             Maksudnya :
"Dan demikianlah (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu. Dan Kami tidak menjadikan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia."
                     [Al-Quran surah سورة البقرة  Al-Baqarah : 143 ] 

Firman Allah pada ayat ini disusuli pula dengan ayat berikut :
قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
                                         Maksudnya : 
" Sungguh Kami (sering) Melihat mukamu 'menengadah' ke langit** , maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah tidak sesekali lengah dari apa yang mereka kerjakan."                   
         [Al-Quran surah سورة البقرة  Al-Baqarah : 144]

[ ** PERINGATAN: Rasulullah s.a.w 'menegadah' (memandang) muka ke langit adalah mengharapkan dan menunggu-nunggu agar Malikat Jibril AS yang berada di langit turun menyampaikan wahyu Allah memerintahkan supaya kiblat umat Islam berubah daripada Baitul Maqddis ke Kaabah Baitullah di Masjidil Haram, Mekah yang amat digemarinya. Perbuatan baginda tidak sesekali memberi maksud bahawa Allah itu berada atau bertempat di langit.] 

Di dalam maksud Hadis Rasulullah s.a.w. juga ada menyatakan :
"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 'Hadaplah ke kiblat dan bertakbirlah.' Menghadap kiblat merupakan syarat sah solat kecuali dalam dua keadaan, iaitu ketika keadaan sangat tidak aman dan ketika melakukan solat sunat dalam perjalanan. Dalil yang membolehkan tidak menghadap kiblat ketika mendirikan solat adalah Firman Allah SWT yang bermaksud: Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan."  
Sekiranya seseorang itu beriktiqadkan bahawa Zat [Diri] Allah itu berada di hadapannya atau di dalam Ka'abah Baitullah maka rosaklah imannya dan terbatallah sembahyangnya kerana menuduhkan dan beriktiqad bahawa Zat [Diri] Allah itu menyamai zat makhluk yang berjuzuk dan bertempat di hadapannya.
Dalam al-Quran surah سورة الشورى Asy-Syuura : 11 terkandung ayat yang berbunyi :

                               " لَيْسَ كَمِثْـِلهِ شَئٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ...."

                        [ Laisa Kamithlihi Syai'un Wa Huas-sami'Ul Basir ]

                             Maksudnya :
  ["......Allah SWT itu tiada seperti seumpama "sesuatu" apa pun dan Ia Amat Mendengar lagi Amat Melihat."]                      
Ayat ini memberikan kefahaman bahawa "Allah tidak menyamai "sesuatu" apa pun  daripada segala barang yang ada selain daripada Allah."

Di samping itu hendaklah difahami juga terhadap pengertian kalimah "Allah itu bukan JIRIM, bukan JISIM , bukan JAUHAR dan bukan'ARADH." yang terdapat di dalam blog ini.

Firman Allah di dalam al-Quran ada memperjelaskan kewajipan mendirikan sembahyang sebagaimana yang disebut di dalam surahسورة النساء An-Nisaa' ayat 103  :
فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا 
                          Maksudnya :
" Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat (mu), ingatlah Allah pada waktu berdiri, waktu duduk dan waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman." 
Dalam surah سورة العنكبوت Al-Ankabut ayat 45 diperjelaskan lagi kepentingan sembahyang :
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ  
                         Maksudnya :
" Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan ) keji dan mungkar.  Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar keutamaannya daripada ibadat-ibadat yang lain. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. " 
Dalam surah Tohaa سورة طه‎‎ ayat 132 Allah memerintahkan  supaya mengerjakan mendirikan ibadat sembahyang :
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
                        Maksudnya :
" Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu. Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa." 
Perintah yang sama juga terkandung dalam surah Hud  سورة هود‎‎ ayat 114-115 : 
  وَأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ (114) وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ (115   
            Maksudnya : 
" Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang  (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.(114)  
Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tiada mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."(115) 
Perintah yang sama di samping gesaan Allah supaya mendirikan juga solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada akhir malam terkandung di dalam surah سورة الإسراء Al-Israa' ayat 78-79 :
أَقِمِ الصَّلاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا (78) وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا (79 
                           Maksudnya:
"Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). (78)
Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu : mudah-mudahan Tuhan mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji."(79)
Di dalam Firman-Nya surah Al-A'laa سورة الأعلى ayat 14-19 Allah memperingatkan perbezaan di antara orang-orang beriman yang membersihkan diri mereka dengan melakukan ibadat solat dan orang-orang kafir yang hanya memahami dan memilih kehidupan duniawi : 
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى (14) وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى (15) بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا (16) وَالآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى (17) إِنَّ هَذَا لَفِي الصُّحُفِ الأولَى (18) صُحُفِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى (19
                      Maksudnya :
" Sesungguhnya beruntunglah orng yang memberishkan diri (dengan beriman),(14) 
dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia sembahyang.(15) 
Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi.(16) 
Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. (17)
Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab yang terdahulu, (18)
(Iaitu) Kitab-kitab Ibahim dan Musa."(19)
Dalam surah سورة المدشّر Al-Muddatstsir ayat 41-47 pula menyebut balasan azab terhadap orang yang tidak mengerjakan ibadat solat :
عَنِ الْمُجْرِمِينَ (41) مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (42) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ (43) وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ (44) وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ (45) وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ (46) حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ  (47)  
                        Maksudnya :
" tentang (keadaan) orang-orang yang berdosa,(41)  
 'Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?(42)  
'Mereka menjawab : 'Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat,(43)  
dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin,(44)   
dan adalah kami membicarakan yang batil bersama orang-orang yang membicarakannya,(45)   
dan adalah kami mendustakan hari pembalasan,(46)   
hingga datang kepada kami kematian'."(47)
Terdapat banyak Hadis Rasulullah s.a.w. yang memperjelaskan dengan lebih luas dan mendalam lagi mengenai keutamaan dan peri pentingnya ibadat sembahyang yang diibaratkan sebagai tiang agama yang dapat memperkukuhkan keimanan seseorang hamba terhadap Allah dan boleh membersihkan segala dosa maksiat yang dilakukan serta mencegah kemungkaran.

Peringatan-peringatan diberikan juga bahawa ibadat sembahyang itu adalah ibadat yang amat berat kecuali mereka yang bertaqwa dan melakukannya dengan penuh kesabaran dan benar-benar ikhlas kepada Allah.  Orang-orang mukmin yang beriman kepada Allah dan Rasul tetapi dengan sengaja mengingkari perintah ini dengan mengabai dan meninggalkan sembahyang fardhu adalah melakukan dosa besar.
Keutamaan dan kepentingan ibadat sembahyang dapat difahami betapa ia wajib dilakukan walaupun seseorang itu dalam keadaan sakit berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w dalam Hadis 'Imran bin al-Hushain r.a. :

صَلِّ قَائِمًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى  
جَنْبٍ
                       Maksudnya : 
“Solatlah dengan berdiri, apabila tidak mampu maka duduklah dan bila tidak mampu juga maka berbaringlah.” [HR al-Bukhâri ]
Dalam pada itu setiap ibadat sembahyang yang diterima Allah dan diberikan pahala ibadat hendaklah mematuhi sepenuhnya hukum-hukum yang ditetapkan hukum syarak bermula daripada berwuduk hinggalah selesai menyempurnakan sembahyang dengan memberi salam. Kesempurnaan sesuatu ibadat bersembahyang itu adalah ditentukan bahawa:
 i.  Pegangan iktiqad keimanannya terhadap Allah dan Rukun Iman yang 6 perkara dan yang berkaitan dengannya adalah benar dan tidak sedikit pun rosak atau cacat cela.
ii.  Segala persediaan diri dan perbuatan ibadat sembahyang adalah mengikut peraturan, rukun dan kaifiat yang betul berpandukan hukum-hakam yang ditetapkan syarak.
iii.  Niat di hatinya ketika melakukan ibadat sembahyang hendaklah bersih daripada sifat-sifat mazmumah yang tercela dan benar-benar ikhlas semata-mata kerana Allah sahaja.
Kaifiat ibadat sembahyang adalah mencontohi ibadat sembahyang para malaikat seperti yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di Baitul Makmur sebagaimana yang dijelaskan di dalam Hadis di atas. Ia bukan ilham atau direkacipta sendiri oleh Rasulullah s.a.w. bagi tujuan riadah atau sejenis senaman bagi maksud kesihatan anggota badan.

Semua kaifiat ibadat sembahyang bermula daripada penggunaan air mutlak untuk berwuduk [termasuk kaifiat bertayamum sekiranya tidak ada air untuk berwuduk] hinggalah selesai disempurnakan dengan salam adalah diwahyukan Allah dan diajarkan sendiri oleh Malaikat Jibrael AS kepada Rasulullah s.a.w. bagi menentukan kesempurnaannya dan ibadatnya diterima Allah. Kaedah dan kaifiat berwuduk serta bertayamum diperjelaskan di dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 6:
        
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
                        Maksudnya :
"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan(basuh) kakimu sampai dengan kedua-dua kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau 'menyentuh' perempuan lalu kamu tidak memperoleh air maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih lagi suci ); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyusahkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu supaya kamu bersyukur."
                                Related image
                                                Berwuduk menggunakan air mutlak
                                                           
                                  Kaedah Bertayamum Mengggunakan Debu/Pasir

Berpandukan ayat al-Quran ini terbitlah hukum-hakam mengenai tatacara berwuduk yang luas huraian dan tafsilnya bermula dari bab air mutlak hingga selesai berwuduk dan bersedia untuk melakukan ibadat solat.
Hakikat ini memperlihatkan betapa mulianya ibadat sembahyang kerana mencontohi ibadat sembahyang para malaikat di Baitul Makmur dan diajarkan sendiri oleh Malaikat Jibrael AS kepada Rasulullah s.a.w. dengan perintah dan petunjuk wahyu daripada Allah.

Sesiapa yang beranggapan atau mempercayai bahawa kaifiat ibadat sembahyang itu adalah menyamai riadah senaman untuk kesihatan badan kerana terdapat pergerakan berdiri, rukuk, iktidal, sujud dan duduk yang seolah-olah menyamai riadah, ataupun beranggapan sembahyang itu adalah sejenis kaedah yang direka oleh manusia maka terbatallah sembahyang dan imannya disebabkan mengingkari peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulullah s.a.w.
Selain daripada ibadat sembahyang fardhu terdapat juga bermacam jenis sembahyang sunnat yang digalakkan orang mukmin melakukannya mengikut keupayaan dan kemampuan masing-masing pada waktu-waktu tertentu khususnya pada akhir malam dengan mendirikan sembahyang tahjud, sembahyang taubat dan diakhiri dengan sembahyang witir. 

Kesemua ibadat sembahyang ini di samping ibadat-ibadat lain seperti berzikirullah, membaca al-Quran, berpuasa dan menjauhkan daripada melakukan perbuatan keji bercirikan sifat-sifat mazmumah dan beristiqamah melakukan perbuatan mulia sifat-sifat mahmudah adalah bertujuan untuk mempertingkat dan memperkuhkan keimanan dan ketaqwan seseorang mukmin agar dikurniakan Allah dengan ganjaran pahala serta limpahan rahmat dan dijauhkan serta terpelihara daripada bermacam-macam gangguan dan godaan pelbagi pihak dan sumber yang sentiasa mengiringi hidup setiap diri manusia.

Dalam Hadis Rasululh s.a.w. daripada Muaz bin Jabal r.a. yang ringkasan intipatinya bermaksud  sebelum dijadikan tujuh lapisan langit dan bumi Allah mengadakan tujuh [7] orang malaikat. Apabila dijadikan tujuh lapisan langit Allah meletakkan pada stiap 'pintu' tujuh lapisan langit seorang malaikat tersebut khusus untuk menjaga dan menapis cahaya pahala ibadat setiap orang mukmin daripada sifat-sifat keji mazmumah sebelum diterima Allah.

Kemuliaan seseorang manusia di sisi Allah itu adalah kerana ketaqwaan dan ibadatnya. Setiap ibadat itu diberikan pula ganjaran pahala yang ditukar menjadi cahaya. "Cahaya ibadat" ini berbunyi seperti guruh petir dan bercahaya apabila dibawa dan dimuliakan oleh para Malaikat Hafazah ke tujuh lapisan langit untuk ditapis kesuciannya daripada sifat-sifat mazmumah oleh malaikat-malaikat tersebut. Cahaya ibadat tersebut ada yang terang seperti matahari, bulan dan sebagainya mengikut darjat dan martabat orang mukmin yang melaksanakannya.
Jika terdapat sebarang tanda-tanda perbuatan sifat-sifat mazmumah maka  'cahaya ibadat' tersebut tidak dibenarkan melepasi pintu-pintu langit seterusnya dan dipukulkan [dilaknat] kepada tuannya.  Hanya cahaya ibadat milik seseorang hamba mukmin yang disahkan bersih dan dilakukan dengan benar-benar ikhlas semata-mata kerana Allah sahaja yang diterima Allah. Kesemua tujuh lapisan langit ini dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dalam peristiwa malam Isra' dan Mikraj.

Perjalanan Isra' dan Mikraj  Rasulullah s.a.w. melalui pintu-pintu yang terdapat pada tujuh lapisan langit seperti yang dinyatakan di atas memperjelaskan lagi kebenaran dan keajaiban hal keadaan langit tersebut dan betapa mulia, suci dan taatnya para malaikat yang menjaganya pada setiap detik tanpa lalai atau merasa jemu dan penat sejak setiap lapisan langit dijadikan.

Hadis panjang daripada Muaz bin Jabal r.a. ini memberikan berbagai-bagai pengertian dan tafsiran kepada orang yang berakal.  Antara kaitannya dengan peristiwa Isra' dan Mikraj ialah :
i.  Sebelum dijadikan langit, bumi dan makhluk-makhluk lain Allah mengadakan terlebih dahulu tujuh (7) orang malaikat khusus untuk menapis segala amalan ibadat setiap orang hamba Allah yang mukmin. Ini mejelaskan betapa mulianya malaikat dan ibadat di sisi Allah mengatasi segala hal dan makhluk-makhluk lain.
 ii.  Apabila dijadikan tujuh lapisan langit Allah meletakkan seorang malaikat pada setiap pintu langit yang diamanahkan untuk melakukan tugas khas menapis amalan ibadat setiap hamba Allah.
 iii.  Ketujuh-tujuh orang malaikat ini mula melaksanakan tugas yang diamanahkan Allah apabila manusia dijadikan bermula daripada Nabi Adam Alaihisalam dan seterusnya seluruh umat manusia MUKMIN sehingga berlaku Hari Kiamat.
 iv. Setiap ibadat orang mukmin diberikan pahala, dipermuliakan dan dibawa ke langit oleh malaikat-malaikat Hafazah dalam bentuk 'cahaya ibadat' yang berbunyi seperti guruh dan bercahaya seperti matahari dan sebagainya untuk dilakukan tapisan daripada sifat-sifat mazmumah dan keikhlasan oleh tujuh orang malaikat tersebut.
[## Peringatan : Segala ibadat, kebaikan dan perbuatan kebajikan yang dilakukan oleh orang kafir, munafik dan rosak aqidah keimanannya tidak diberi pahala dan tidak ditukarkan menjadi 'cahaya ibadat' kerana segala perbuatan kebaikan, kebajikan dan ibadatnya terlebih awal lagi sudah ditolak, tidak diterima dan tidak ada 'cahaya ibadat' yang hendak dibawa Malaikat Hafazah ke langit untuk dibuat tapisan oleh ketujuh-tujuh orang malaikat tersebut. Maka sia-sia sahajalah segala kebaikan dan kebajikan yang mereka lakukan.

Sungguhpun 'cahaya ibadat' itu berbunyi kuat seperti guruh dan bercahaya seperti cahaya matahari tetapi pancaindera telinga dan mata manusi yang masih hidup di dunia dihijab tidak dapat melihatnya kerana ia ada kaitan dengan keimanan seseorang terhadap perkhabaran daripada Rasulullah s.a.w. yang mendapat petunjuk wahyu Allah. Hal keadaan ini sama seperti apa yang berlaku di dalam kubur Alam Barzakh].
v.  Kebenaran wujudnya tujuh lapisan langit dan para malaikat yang diamanahkan Allah melakukan tugas-tugas berkenaan dialami dan dilihat sendiri dengan mata kepala Rasulullah s.a.w. semasa berlaku Isra' dan Mikraj.
 vi.  Peristiwa Isra' dan Mikraj ini memperkukuhkan lagi kebenaran ayat al-Quran surah Az- Zaariyaat : 56 di atas yang mengingatkan bahawa Allah menjadikan manusia dan jin semata-mata untuk beribadat kepada-Nya supaya mereka berbahagia. Hal ibadat ini juga adalah perkara paling mulia, utama dan amat besar di sisi Allah dan Allah tidak semudah itu untuk menerima sesuatu amalan ibadat hamba-hamba-Nya. Ertinya kesemua ibadat yang dilakukan hendaklah mengikut kaifiat yang telah ditetapkan hukum syarak dan bukan mengikut 'fikiran sendiri' yang munasabah pada akal manusia.
 vii. Sebagai ibu dan kemuncak segala ibadat, Allah meletakkan kemuliaan ibadat sembahyang itu begitu tinggi dengan mewahyukannya kepada Rasulullah s.a.w. di Sidratul-Muntaha, tempat yang paling terpelihara dari sebarang kekotoran dosa kemungkaran, paling mulia dan suci yang terletak teramat jauh di langit ketujuh. 

Kesimpulannya peristiwa ini hendaklah sentiasa diingati dan disematkan di dalam 'Mata Hati' 'Ainul Qalbi bahawa peristiwa malam Isra' dan Mikraj ini adalah mukjizat dan peristiwa besar yang amat penting dalam sejarah perkembangan agama wahyu dan kenabian yang membentuk ketamadunan umat manusia sejagat sejak mula dibangkitkan kerasulan di dunia.

Pengajaran ilmu aqidah keimanan yang terkandung daripada hikmah mukjizat peristiwa sepenting dan sebesar ini sebagaimana peristiwa laut terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan menenggelamkan Fir'aun bersama tentera-tenteranya serta terselamatnya Nabi Isa a.s. daripada kezaliman musuh-musuhnya dengan diangkatkan ke langit hendaklah sentiasa diulang-ulang peringatannya, diwarwarkan dan dipasak ke dalam minda setiap orang yang beriman. 
Mungkin tidak ramai yang memikirkan atau menganggapkan bahawa peristiwa Isra' dan Mikraj dan kaitan rapatnya dengan diwahyukan Fardhu Sembahyang ini sebagai antara perkara-perkara pokok yang boleh mengangkat martabat kemuliaan dan kewibawaan umat Islam. Mereka beranggapan peristiwa ini hanya berkisar di sebalik lipatan sejarah dan pemikiran falsafah keagamaan yang telah berlalu sekian lama yang tidak perlu diberi keutamaan.

Salah faham dan kekeliruan terhadap peristiwa Isra' dan Mikraj yang boleh menjejaskan aqidah keimanan dianggap bukan perkara pokok yang wajar diberi keutamaan dan diperbesar-besarkan berbanding isu-isu semasa yang membelenggu umat Islam. Mungkin atas persepsi dan tanggapan inilah menjadikan persoalan-persoalan yang berbangkit daripada peristiwa ini dibiarkan begitu sahaja berlegar-legar di dalam minda umat Islam tanpa diberikan penyelesaian yang mantap dan konkrit.

Malahan walaupun umat Islam mengadakan sambutan Isra' dan Mikraj pada malam 27 Rejab setiap tahun tetapi kebanyakannya lebih terpesona, mengagumi dan lantas terus mempercayai dengan keyakinan tertinggi dan sentiasa memperkatakan kehebatan teori dan teknologi eksplorasi sains angkasa yang dilakukan sesebuah perbadanan dan pertubuhan saintifik  dunia. Peristiwa Isra' dan Mikraj hanya diselitkan secara tempelan sebagai satu budaya tradisi keagamaan sahaja kerana terpaksa atau dijadikan sebagai salah satu program sampingan keagamaan yang tidak ada kaitan dengan dunia sains dan teknologi yang dianggap satu realiti yang mengatasi kepercayaan agama wahyu.

Pada hakikatnya mukjizat peristiwa Isra' dan Mikraj ini adalah teramat besar yang berkekalan selama-lamanya di dalam diri setiap insan  manusia mukmin sebagaimana besarnya mukjizat al-Quran yang meyinari seluruh alam dengan ilmunya yang tidak ada had batasan dan pengakhiran.
Selagi masih wujud langit, bumi, malaikat dan insan mukmin soleh yang mengerjakan ibadat sembahyang maka selagi itulah peristiwa Isra' dan Mikraj menjadi saksi utama yang mengesahkaan betapa penting, suci dan mulianya ibadat setiap orang hamba terhadap Allah yang mengadakan sekalian alam.

Pahala 'cahaya ibadat ' sembahyang juga berkekalan selama-lamanya hingga ke akhirat mengiringi orang mukmin dan mukminat yang melaksanakannya dengan sempurna dan ibadatnya diterima Allah. Ketika berada di dalam kubur Alam Barzakh 'cahaya ibadat' ini bertukar menjadi 'Roh Amalan Soleh' yang sama jenis dengan malaikat seperti yang dimaksudkan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. :
"Dan berkata Ka'ab : Apabila dihantarkan hamba yang soleh itu di dalam kubur nescaya mengelilinginya oleh segala amalannya yang soleh ; iaitu sembahyang, puasa, haji, jihad dan sedekah. Katanya: Maka datang malaikat azab daripada pihak dua kakinya, maka kata Sembahyang: Berundurlah olehmu daripadanya, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya (mengazabnya), sesungguhnya ia telah memanjangkan denganku masa berdiri bagi Allah ke atas keduanya"...........[Hingga akhir Hadis]

 Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi bersabda bahawa Malaikat Jibril AS pernah mengimamkan solat bersamanya seanyak dua kali sebagaimana penjelasan berikut :

أَمَّنِى جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ عِنْدَ الْبَيْتِ مَرَّتَيْنِ فَصَلَّى بِىَ الظُّهْرَ حِينَ زَالَتِ الشَّمْسُ وَكَانَتْ قَدْرَ الشِّرَاكِ وَصَلَّى بِىَ الْعَصْرَ حِينَ كَانَ ظِلُّهُ مِثْلَهُ وَصَلَّى بِىَ – يَعْنِى الْمَغْرِبَ – حِينَ أَفْطَرَ الصَّائِمُ وَصَلَّى بِىَ الْعِشَاءَ حِينَ غَابَ الشَّفَقُ وَصَلَّى بِىَ الْفَجْرَ حِينَ حَرُمَ الطَّعَامُ وَالشَّرَابُ عَلَى الصَّائِمِ فَلَمَّا كَانَ الْغَدُ صَلَّى بِىَ الظُّهْرَ حِينَ كَانَ ظِلُّهُ مِثْلَهُ وَصَلَّى بِىَ الْعَصْرَ حِينَ كَانَ ظِلُّهُ مِثْلَيْهِ وَصَلَّى بِىَ الْمَغْرِبَ حِينَ أَفْطَرَ الصَّائِمُ وَصَلَّى بِىَ الْعِشَاءَ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ وَصَلَّى بِىَ الْفَجْرَ فَأَسْفَرَ ثُمَّ الْتَفَتَ إِلَىَّ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ هَذَا وَقْتُ الأَنْبِيَاءِ مِنْ قَبْلِكَ وَالْوَقْتُ مَا بَيْنَ هَذَيْنِ الْوَقْتَيْنِ

    Maksudnya: 

“Jibril AS pernah mengimamiku di rumah dua kali. Pertama kali, beliau solat Zohor bersamaku ketika matahari tergelincir ke barat dan ketika itu panjang bayangan sama dengan panjang tali sandal. Lalu beliau solat ‘Asar bersamaku ketika panjang bayangan sama dengan panjang benda. Kemudian beliau melaksanakan solat Maghrib bersamaku ketika orang ramai berbuka puasa. Lalu beliau melaksanakan solat ‘Isya’ bersamaku ketika cahaya merah saat matahari tenggelam hilang. Kemudian beliau solat Fajar (solat Subuh) bersamaku ketika telah haram makan dan minum bagi orang yang berpuasa. Kemudian esok harinya, ia solat Zohor bersamaku ketika panjang bayangan sama dengan panjang benda. Lalu ia solat ‘Asar bersamaku ketika panjang bayangan sama dengan dua kali panjang benda. Kemudian beliau solat Maghrib ketika orang ramai berbuka puasa. Lalu beliau solat ‘Isya’ hingga sepertiga malam. Kemudian ia solat Subuh bersamaku setelah itu waktu terang. Kemudian ia berpaling padaku dan berkata: 'Wahai Muhammad, inilah waktu solat sebagaimana waktu solat para nabi sebelum engkau. Batasan waktunya adalah antara dua waktu tadi'.”

[Riwayat Abu Daud (393) dan Ahmad (1/333)]


Mudah-mudahan penjelasan yang dilontarkan ini dapat menyumbang secebis kefahaman dan pencerahan dalam usaha kita untuk membina dan membangunkan insan mukmin soleh yang dapat menyinari kesuburan minda dan sahsiah diri yang berkekalan hingga ke akhirat. Amin.

                               والله أعلمُ بالـصـواب 

 
Sila bandingkan dengan penjelasan ini https://www.youtube.com/watch?v=IJ3po0mq1pg&feature=share&fbclid=IwAR1138Ml2fqX4JPLbjsYDvhM5uMr7xWl3oiqqQXWByq1aObMuzvi_o4C-jc


                   ***********************************************************
 اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ 
                      Maksudnya :
" Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup kekal (tiada mengenai mati) dengan Hayat-Nya yang Qadim, yang sangat besar pendirian-Nya menguruskan sekalian makhluk-Nya; tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah Maha Mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari Ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
               [Al-Quran surah  البقرة Al-Baqarah :255 (ayat al-Kursi)]  

                                               ************************************
Berkas:Makkah 550m.jpg
Diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w, beliau bersabda kepada para sahabat:
هل تدرون ما البيت المعمور؟ ” قالوا‏ :‏ الله ورسوله أعلم‏. قال‏ صلى الله عليه وسلم‏:‏ ” فإنه مسجد في السماء بحيال الكعبة لو خر لخر عليها‏ ,‏ يصلى فيه كل يوم سبعون ألف ملك، إذا خرجوا منه لم يعودوا آخر ما عليهم “.‏
                        Maksudnya :              
"Tahukah kalian. Apa itu Baitul Ma'mur? البيت المعمور
". Jawab sahabat : 'Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui'. Beliau bersabda: 'Ialah masjid di langit searah dengan Ka'bah, seandainya (Baitul Ma'mur) itu jatuh maka ia akan jatuh di atasnya (Ka'bah). Setiap hari ada 70,000 malaikat melakukan ibadat solat di dalamnya dan ketika mereka keluar, mereka tidak kembali lagi untuk selama-lamanya'. "                                   










ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...