Isnin, 5 September 2011

Pengertian Kalimah "AN-NUUR" ( النور)



  [Lihat : Polemik Wujudiah, Nuur Muhammad dan Awal Makhluk]                                                                                                   '
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ 
الحمد رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
                                                                               
هُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ عَلَى عَبْدِهِ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَإِنَّ اللَّهَ بِكُمْ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ 
                Maksudnya : 
" Dia-lah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluatkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyanyang terhadapmu."
                       [Al-Quran سورة الحديد surah Al-Hadid : 9 ] 
                        ************************************* 

 الَّلهُمَّ اجْعَلْ لِي نُورًا فِي قَلْبِي وَنُورًا فِي قَبْرِي وَنُورًا فِي سَمْعِي وَنُورًا فِي بَصَرِي وَنُورًا فِي شَعْرِي وَنُورًا فِي بَشَرِي وَنُورًا فِي لَحْمِي وَنُورًا فِي دَمِي وَنُورًا فِي عِظَامِي وَنُورًا مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَنُورًا مِنْ خَلْفِي وَنُورًا عَنْ يَمِينِي وَنُورًا عَنْ شِمَالِي وَنُورًا مِنْ فَوقِي وَنُورًا مِنْ تَحْتِي  الَّلهُمَّ زِدْنِي نُورًا وَاعْطِنِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي نُورًا.
                                               Maksudnya :
"....Ya Allah!, jadikanlah bagi ku cahaya pada hatiku,  
cahaya pada kubur ku,  
cahaya pada pendengaran ku,  
cahaya pada penglihatan ku,  
cahaya pada rambut ku,  
cahaya pada kulit ku,  
cahaya pada daging ku,  
cahaya pada darah ku,  
cahaya pada tulang ku,  
cahaya di hadapan ku,  
cahaya di belakang ku,  
cahaya di kanan ku,  
cahaya di kiri ku,  
cahaya di atas ku dan  
cahaya di bawah ku.   
Ya Allah!, tambahilah oleh Mu akan daku cahaya dan  kurniakanlah akan daku cahaya dan jadikanlah bagi ku cahaya." 
                          **************************************
 Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي مَنْ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ 
بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ 
مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ 
حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ 
يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ 
فِي النَّارِ
                          Maksudnya :
 "Tahukah kamu siapakah yang muflis?  Sahabat menjawab: 'Orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.' Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:  Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seorang yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat tetapi dahulunya (ketika hidup di dunia) dia pernah mencaci seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang.Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya. Dia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi. Apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orng tersebut. Maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka."                        
                                   [  Hadis Riwayat Muslim ] 
                       ****************************
Dalam pengertian bahasa istilah "An-Nuur" ( النور ) dimaksudkan sebagai cahaya, seperti cahaya lampu, cahaya matahari, cahaya api dan sebagainya yang menunjukkan bahawa cahaya itu mempunyai juzuk, rupa, ukuran dan boleh disukat mengikut hal keadaannya. Dalam konteks pemahaman agama Islam konsep "An-Nuur" boleh diertikan dengan pelbagai maksud mengikut konteks huraian, konsep dan rujukan penggunaannya. Ini bererti pengertian kalimah "An-Nuur" itu sangat luas dan hendaklah difahami agar tidak menimbulkan kekeliruan untuk memahami berbagai aspek keilmuan agama Islam yang berteraskan al-Quran dan Hadis Rasullullah s.a.w.

Pemahaman pengertian kalimah   النور‎‎ "An-Nuur" atau cahaya ini boleh dibahagikan kepada pecahan-pecahan seperti berikut :
i. Dalam Hadis berbentuk Do'a Rasullullah s.a.w. ada menyebutkan kalimah "An-Nuur" : الَّلهُمَّ اجْعَلْ لِي نُورًا فِي قَلْبِي yang bermaksud : Ya Allah jadikanlah bagi  ku cahaya pada hati (kalbu) ku. Cahaya yang dimaksudkan di sini ialah cahaya ilmu yang dapat memberikan kefaham yang jelas dan nyata mengenai kebenaran beragama dan segala hal yang berkaitan dengannya dan dapat membezakan di antara ilmu yang hak dengan yang batil.
ii. Seterusnya sambungan pada Hadis tersebut menyebut kalimah "An-Nuur": وَنُورًا فِي قَبْرِي yang bermaksud :":...... dan cahaya pada kubur ku". Cahaya yang dimaksudkan di sini ialah cahaya cerahan dan tidak gelap dalam kubur. Antara Hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan hal keadaan ini ialah :
 عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم : إِذَا قُبِرَ الْمَيِّتُ (أَوْ قَالَ: أَحَدُكُمْ) أَتَاهُ مَلَكَانِ أَسْوَدَانِ أَزْرَقَانِ يُقَالُ لِأَحَدِهِمَا الْمُنْكَرُ وَاْلآخَرُ النَّكِيْرُ فَيَقُوْلاَنِ: مَا كُنْتَ تَقُوْلُ فِى هَذَا الرَّجُلِ؟ فَيَقُوْلُ مَا كَانَ يَقُوْلُ: هُوَ عَبْدُ اللهِ وَ رَسُوْلُهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ فَيَقُوْلاَنِ قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُوْلُ هَذَا ثُمَّ يُفْسَحُ لَهُ فِى قَبْرِهِ سَبْعُوْنَ ذِرَاعًا فِى سَبْعِيْنَ ثُمَّ يُنَوَّرُ لَهُ فِيْهِ ثُمَّ يُقَالُ لَهُ: نَمْ فَيَقُوْلُ: أَرْجِعُ إِلَى أَهْلِى فَأَخْبِرُهُمْ؟ فَيَقُوْلُ: نَمْ كَنَوْمَةِ الْعَرُوْسِ الَّذِى لاَ يُوْقِظُهُ إِلاَّ أَحَبُّ أَهْلِهِ إِلَيْهِ حَتَّى يَبْعَثُهُ اللهُ مِنْ مَضْجَعِهِ ذَلِكَ وَ إِنْ كَانَ مُنَافِقًا قَالَ: سَمِعْتُ النَّاسَ يَقُوْلُوْنَ فَقُلْتُ مِثْلَهُ لاَ أَدْرِى فَيَقُوْلاَنِ: قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُوْلُ ذَلِكَ فَيُقَالُ لِلأَرْضِ: الْتَئِمِى عَلَيْهِ فَتَلْتَئِمُ عَلَيْهِ فَتَخْتَلِفُ أَضْلاَعُهُ فَلاَ يَزَالُ فِيْهَا مُعَذَّبًا حَتَّى يَبْعَثَهُ اللهُ مِنْ مَضْجَعِهِ ذَلِكَ
                          Maksudnya :
"Dari Abu Hurairah radliyallahu anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam: 'Apabila mayat (atau, seseorang di antara kalian) telah dikuburkan, datanglah kepadanya dua malaikat yang hitam biru, seorang di antara keduanya dikenal dengan nama malaikat Munkar dan yang lainnya dikenal dengan nama malaikat Nakir'. Keduanya berkata: 'Apakah yang hendak engkau katakan mengenai lelaki ini?'. Ia berkata: 'Dia adalah hamba Allah dan Utusan-Nya. Aku bersaksi bahawasanya tiada yang sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Allah dan aku bersaksi bahwasanya Muhammad itu adalah Hamba Allah dan Utusan-Nya'. 
Keduanya berkata: 'Sungguh kami telah mengetahui bahwasanya engkau akan mengatakan itu. Kemudian dilapangkan baginya di dalam kuburnya sepanjang tujuh puluh hasta kali tujuh puluh hasta. Lalu diberi cahaya baginya di dalamnya'. Dikatakan kepadanya: 'Tidurlah engkau'. Ia berkata: 'Bolehkah aku kembali kepada keluargaku untuk mengkhabarkan mereka?'. Kedua malaikat itu menjawab: 'Tidurlah engkau seperti tidurnya pengantin yang tiada siapa yang dapat membangunkannya kecuali orang yang paling dicintainya di antara keluarganya, sehingga Allah membangkitkannya dari pembaringannya itu'. 
Dan jikalau si mayat itu seorang munafik, ia berkata: 'Aku dengar orang-orang mengatakan (suatu perkataan) lalu akupun mengatakan seperti mereka, aku tidak tahu'. Kedua malaikat itu berkata: 'Sesungguhnya kami telah mengetahui bahwasanya engkau akan mengatakan itu.' Dikatakan kepada bumi: 'Himpitlah orang munafik itu, lalu bumi pun menghimpitnya'. Maka senatiasa ia diseksa di dalamnya sehingga Allah membangkitkannya dari pembaringannya itu." 
[HR at-Turmudziy]
[## Peringatan: Alam kubur yang dimaksudkan di sini ialah Alam Barzakh yang hanya dapat dilihat dan dirasai oleh roh 'si mati' yang jasadnya dikuburkan itu sahaja. Jasad atau mayat atau 'badan zahir' si mati yang berada di dalam kuburan boleh dilihat dengan pemandangan mata kepala oleh orang yang masih hidup di dunia tetapi mereka tidak dapat melihat langsung apa yang berlaku kepada 'roh' atau 'badan batin' si mati yang berkekalan hidup di Alam Barzakh berhadapan dengan Fitnah Kubur dan menerima pembalasan yang dijanjikan Allah]. 
iii.  Sambungan Hadis tersebut juga ada menyebut:  وَنُورًا فِي سَمْعِي وَنُورًا فِي بَصَرِي  yang bermaksud :" ...... dan cahaya pada pendengaran ku dan cahaya pada penglihatan ku". Kalimah "Nuur" atau cahaya di sini bermaksud cahaya ilmu yakni seperti yang terkandung dalam maksud do'a : " Ya Allah jadikanlah bagiku ilmu pada pendengaran ku dan ilmu pada penglihatan ku."
Perlu difahami  juga bahawa telinga dan mata adalah anggota badan sama seperti anggota kaki, tangan, lidah, perut, kemaluan dan sebagainya. Anggota badan ini diletakkan oleh Allah SWT hukuman-hukuman tertentu untuk menggunakannya. Umpamanya Allah melarang menggunakan tangan memegang perkara-perkara yang diharamkan yang boleh  menyebabkan pemegangnya melakukan perkara-perkara maksiat, menzalimi/menyakiti orang lain dan sebagainya. Begitu juga anggota kaki, lidah dan anggota-anggota  lain dilarang menggunakan untuk melakukan perkara-perkara maksiat yang boleh menyebabkan menerima balasan dosa.

Sebaliknya apabila anggota-anggota badan ini digunakan untuk melakukan perkara-perkara kebajikan berteraskan hukum syarak, maka Allah mengurniakan balasan pahala. Bagi membolehkan seseorang itu membezakan di antara perkara maksiat dan kebajikan dia hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan. Dalam hal ini, Rasullullah s.a.w. berdo'a kepada Allah memohon "Nuur" atau cahaya pada pendengaran telinga, penglihatan mata dan memohon ilmu pengetahuan untuk mengetahui hukum-hukam Allah dalam perkara menggunakan anggota telinga dan mata.

[Lihat : Pengertian "PAHALA" dan "DOSA".
iv.  Sambungan kepada Hadis Rasullullah s.a.w. tersebut ada menyebut:   وَنُورًا فِي شَعْرِي وَنُورًا فِي بَشَرِي وَنُورًا فِي لَحْمِي وَنُورًا فِي دَمِي وَنُورًا فِي عِظَامِي yang bererti :" .....dan cahaya pada rambut ku, cahaya pada kulit ku, cahaya pada daging ku, cahaya pada darah ku dan cahaya pada tulang ku." Maksud "Nuur" atau cahaya di sini ialah Nabi Muhammad s.a.w. berdo'a memohon kepada Allah SWT supaya menukarkan rambutnya menjadi cahaya, kulitnya menjadi cahaya, dagingnya menjadi cahaya, darahnya menjadi cahaya dan tulangnya menjadi cahaya.
Maksud do'a di dalam Hadis ini ialah merujuk kepada hal keadaan di dalam negeri akhirat adalah di luar adat kebiasaan alam tabi'i yang terdapat di dunia ini kerana kesemuanya tidak sama sekali menyamai dengan apa jua hal keadaan yang terdapat di dunia.
Terdapat Hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan bahawa antara nikmat kesenangan dan kebahagiaan yang disediakan di akhirat kepada ahli-ahli syurga ialah memiliki dan menduduki istana-istana dan mahaligai-mahaligai yang amat luar biasa keindahannya yang tidak menyamai langsung dengan apa juga segala jenis istana dan mahaligai yang terdapat di dunia. Dalam maksud Hadis Rasullullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.  menjelaskan  :
"....Bahawasanya di sekeliling al-'Arasy itu ada beberapa mimbar daripada cahaya, di atasnya itu ada satu kaum yang berpakaian dengan pakaian cahaya, muka-muka mereka bercahaya, mereka bukan Nabi-nabi dan bukan orang yang mati syahid, Nabi-nabi dan orang yang mati syahid sangat berharap mendapat sama seperti mereka. Maka kata mereka: 'Wahai Rasullullah terangkanlah sifat-sifat mereka bagi kami'. Sabdanya : 'Mereka ialah orang-orang yang berkasih sayang pada agama Allah dan orang-orang yang duduk bersama-sama pada agama Allah dan orang-orang yang ziarah-menziarahi pada agama Allah'."  
[Penjelasan: :Golongan istimewa yang berkasih sayang semata-mata kerana agama Allah yang  dimaksudkan di dalam Hadis ini ditukarkan oleh Allah SWT darah, daging dan tulang mereka menjadi cahaya bagi membolehkan mereka menaiki/memasuki mimbar-mimbar cahaya yang disediakan].
Dalam Hadis yang lain pula terdapat juga penjelasan yang hampir serupa seperti dimaksudkan :
"....dan kata Abu Idris Al-Khawlani kepada Mu'az bahawasanya aku kasihkan engkau pada agama Allah. Maka ia berkata kepadanya gembirakanlah oleh mu kemudian gembirakanlah oleh mu bahawasanya aku mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda : 'Didirikan bagi sesuatu puak daripada manusia beberapa kursi di sekeliling 'Arasy pada Hari Kiamat. Muka-muka mereka bercahaya seperti bulan empat belas. Manusia lain berdukacita tetapi mereka tidak langsung berdukacita. Manusia lain merasa sangat takut tetapi mereka tidak takut. Mereka ialah Aulia Allah yang tiada ketakutan ke atas mereka dan mereka tidak berdukacita'. Maka ditanya:  'Siapakah mereka wahai Rasullullah'. Sabdanya : 'Mereka ialah orang-orang yang berkasih sayang pada agama Allah'."
Begitu juga ada Hadis Rasulullah s.a.w. menerangkan yang antara lain  bermaksud:
" Orang yang berkasih sayang pada agama Allah itu dikurniakan ke atas mereka bangunan-bangunan yang mempunyai tiang-tiang mutiara daripada yaqut merah dan pada kemuncak tiang menara itu ada disediakan 70,000 bilik dan cahaya yang dimiliki mereka seperti cerahan matahari kepada penduduk dunia hingga menyebabkan ahli-ahli syurga yang lain merasa takjub melihatkan hal keadaan mereka." 
Demikianlah ringkasan maksud di dalam beberapa Hadis Rasullullah s.a.w. yang memohon pada Allah SWT agar dikurniakan:
"cahaya pada rambutku, cahaya pada kulitku, cahaya pada dagingku, cahaya pada darahku dan cahaya pada tulangku."
Apabila kesemua anggota badan ditukarkan menjadi cahaya maka bolehlah seseorang manusia [mukmin yang beramal salih] itu menduduki mimbar-mimbar daripada jenis cahaya di akhirat kelak, bahkan boleh memasuki ke dalam istana-istana dan mahaligai di syurga yang diperbuat daripada cahaya. 

Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. berikut dapat memperjelaskan lagi hal keadaan di dalam syurga:

"Dan meriwayatkan oleh Annas bin Malik daripada Nabi Muhammad s.a.w. bahawasanya dia bersabda :
'Barangsiapa sembahyang pada hari Isnin 12 rakaat, dia membaca pada tiap-tiap rakaat surah Al-Fatihah (سُّورَةُ الفَاتِحَة‎‎ dan ayat Al-Kursi (اية الكرسي)satu kali, apabila telah selesai dia membaca surah Ikhlas قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (Qul Huallah Hu Ahad) 12 kali dan beristigfar 12 kali , nescaya diserukan pada Hari Kiamat : di mana si polan bin si polan.... hendaklah dia berdiri mengambil pahalanya daripada Allah Azawajalla, maka awal-awal barang yang dikurniakan daripada pahala itu ialah seribu pakaian perhiasan dan dimahkotakan lalu dikatakan padanya : 'masuklah oleh mu akan syurga'. Maka menerimai sambutan kedatangannya oleh 100,000 orang malaikat yang berserta tiap-tiap seorang malaikat itu satu hadiah yang mereka memuliakannnya hingga mengelilingi di atas 1000 buah istana yang diperbuat daripada jenis cahaya yang bergermelapan'."
Allah telah meletakkan hikmah melakukan ibadat-ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah dan ibadat-ibadat lain yang sangat luas itu serta menegah berbuat mungkar supaya segala susah-payah dan kesabaran menanggung kepenatan berbuat ibadat dengan penuh ketaatan dan keikhlasan ketika hidup di dunia ini dilimpahkan dengan kurniaan pahala. Apabila berada di akhirat kelak  pahala ibadat ini ditukarkan pula menjadi 'cahaya ibadat'.
v.  Sambungan kepada Hadis Rasullullah s.a.w. yang tersebut di atas ada menyebutkan do'a : وَنُورًا مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَنُورًا مِنْ خَلْفِي وَنُورًا عَنْ يَمِينِي وَنُورًا عَنْ شِمَالِي وَنُورًا مِنْ فَوقِي وَنُورًا مِنْ تَحْتِي  
                          yang bermaksud:
."......dan cahaya di hadapan ku, cahaya di belakang ku, cahaya di kanan ku, cahaya di kiri ku, cahaya di atas ku dan cahaya di bawah ku." 
Adapun maksud "Nuur" atau cahaya dalam kandungan Do'a Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah memohon kepada Allah meminta dikurniakan cahaya di hadapan, cahaya di belakang dan seterusnya cahaya di sekitarnya ialah apabila hendak pergi ke syurga setiap orang hendaklah menyeberangi suatu titian 'sirat' yang sangat panjang lagi halus dan gelap terbentang di atas muka api Neraka Jahanam yang gelap gelita itu. 

Api Neraka Jahanam ini hitam gelap gelita dan titian  'sirat' itu pun hitam gelap. Orang-orang mukminin dan mukminat yang telah bersusah payah dan berpenat lelah berbuat taat menunaikan segala jenis ibadat dengan tekun, sabar dan penuh ikhlas semata-mata kerana Allah ketika hidup di dunia dan menghadapi segala ujian Allah dengan penuh keredaan dan kesabaran dibalasi Allah dengan ganjaran pengurniaan 'cahaya ibadat' mengikut darjat, martabat dan sekadar mana ibadat-ibadat yang diperbuatnya di dunia dahulu diterima Allah.
'Cahaya ibadat' seseorng hamba Allah yang diterima Allah dikurniakan pahala dan apabila berada di akhirat kelak cahaya pahala ibadat ini ditukarkan menjadi cerahan yang bercahaya ketika meniti titian 'sirat'Sesiapa yang dikurniakan 'cahaya ibadat' yang besar maka laju dan pantaslah perjalanannya ketika meniti itu. Jika kecil sahaja 'cahaya ibadatnya' maka lambatlah perjalanannya ketika meniti 'sirat'. Hadis ini memperjelaskan lagi ayat al-Quran surah Al-Hadid ayat 12 : 
يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
               Maksudnya :
" (Iaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin lelaki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): 'Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya.Itulah keberuntungan yang besar."**
Maksud yang hampir sama terkandung di dalam Firman Allah سورة التحريم‎‎ surah At-Tahriim ayat 8 :
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 
                 Maksudnya : 
 "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: 'Ya Tuhan kami sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'.” 
[** Mereka yang tidak beriman, kafir dan munafik berada di dalam keadaan gelap gelita kerana tidak ada 'cahaya ibadat' langsung yang menerangi mereka. Sudah pastinya mereka tidak dapat melihat titian 'sirat' yang hitam gelap lalu terhumbanlah mereka ke dalam neraka].

[Peringatan Inilah yang sebenarnya salah satu rahmat, hikmah, nikmat dan rahsia besar mengapa Allah memerintahkan manusia supaya beriman dengan keimanan yang benar lagi hak, melakukan ibadat-ibadat dengan betul mengikut kaifiat dan peraturan hukum syarak yang ditetapkan dengan penuh keikhlasan, mentaati segala perintah dan manjauhi segala larangan-Nya. 
Maka setiap ibadat yang mereka lakukan dan diterima Allah akan dikurniakan "cahaya ibadat" bagi meneranginya di sepanjang perjalanan dan terselamat daripada bermacam-macam kesusahan dan halangan yang tersedia di akhirat sebelum masuk ke syurga dan berkekalan selama-lamanya hidup penuh kebahagian dengan segala kenikmatan yang tidak terhingga banyaknya di sana.]

Dalam hal ini pegangan iktiqad Ahli sunnah wal Jamaah adalah sebagaimana yang diperjelaskan dalam Terjemah Aqidah Ahli Al-Sunnah Pada Kalimah Syahdat Ar-Rasul:
"...dan hendaklah beriman dengan sirat "titi" bahawa titi itu sebenarnya iaitu satu titian yang sangat panjang terbentangnya di atas muka api Neraka Jahanam, terlebih tajam daripada mata pedang dan lebih halus daripada rambut, tergelincir di atasnya segala kaki orang-orang kafirin dengan hukuman Allah Taala, maka jatuhlah mereka ke dalam api neraka, dan Allah tetapkan segala kaki orang-orang yang mukmin dengan semata-mata kemurahan Allah Taala, maka masuklah mereka kepada syurga."

[ Lihat  : Kandungan Do'a dan Hadis Rasulullah s.a.w. ].

Dalam al-Quran suraسورة الحديد‎‎ Al-Hadid ayat 12-13 Allah memperjelaskan mengenai cahaya pahala ibadat yang dikurniakan-Nya kepada orang-orang mukmin di akhirat kelak seperti berikut :
يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (12)
يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انْظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِنْ نُورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءَكُمْ فَالْتَمِسُوا نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ لَهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ (13)
                                   Maksudnya : 
i."Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan)pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperolehi pahala yang banyak.(12) 
(Iaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin lelaki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka (dikatakan kepada mereka):'Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar'."(13)                                       
وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ أُولَئِكَ هُمُ الصِّدِّيقُونَ وَالشُّهَدَاءُ عِنْدَ رَبِّهِمْ لَهُمْ أَجْرُهُمْ وَنُورُهُمْ وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ  
                                         Maksudnya :
ii."Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka itu orang-orang Siddiqien dan orang-orang yang menjadi saksi di sisi Tuhan mereka. Bagi mereka pahala dan cahaya mereka. Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni neraka."
                              [Surah  سورة الحديد‎‎ Al-Hadid : 19 ]

Dalam Hadis yang lain ada menerangkan hal keadaan orang-orang mukmin ketika melalui 'sirat' yang antara lainnya yang bermaksud :
"... bahawasanya sesetengah mereka diberi cahaya seperti sebesar bukit, sesetengah mereka lebih kecil lagi dan ada pula yang diberi cahaya sekadar ibu jari dua tapak tangan dan kakinya. Ada pula yang diberi cahaya yang cerah sekali dan padam sekali hinggakan dia hanya dapat berjalan ketika ada cerahan cahaya dan berhenti apabila cahayanya padam. 
Ada sesetengah mereka yang melalui 'sirat' sepantas kilat, ada yang seperti perjalanan awan, ada yang seperti perjalanan bintang-bintang, ada yang berjalan sepantas kuda berlari, dan mereka yang diberi cahaya sebesar ibu jari pula berjalan meniarap di atas muka, tangan dan kakinya."
[** Peringatan penting : Apa yang berlaku dan tersedia di akhirat adalah kesemuanya di luar tabi'i yang tidak boleh langsung digambarkan dan disamakan atau dibanding-bandingkan dengan hal keadaan yang terdapat di dunia ini.
Oleh itu jangan sekali-kali berani membuat berbagai-bagai tafsiran atau andaian mengikut logik akal duniawi apabila membaca maksud Hadis di atas mengenai titian 'sirat' yang mungkin dianggap tidak logik atau rasional pada penilaian otak manusia biasa di dunia ini hingga mengeluarkan kata-kata atau kefahaman yang mengingkari wujudnya titian 'sirat' ini yang akhirnya menjadikannya terkeluar daripada golongan orang yang beriman. Lebih malang lagi sekiranya ada yang mengatakan tidak ada dalil sahih mengenai wujudnya titian 'sirat' ini. Apa yang berlaku di akhirat kesemuanya di luar tabi'i.] 
Hakikat ini mudah difahami apabila membaca dan menghayati al-Quran سورة يس surah Yaa Siin ayat 65 :
                        الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَآ أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ   
                             Maksudnya :
" Pada hari ini kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." ]


vi.  Di dalam Asma' Ullah-al- Husna اسماء الله الحسنى ada nama Allah yang sangat indah iaitu  "An-Nuur". "An-Nuur" yang dimaksudkan dalam kandungan Asma' Ul-Husna ini ialah:
"Menzahirkan bagi tiap-tiap barang/sesuatu yang tersembunyi dengan mengeluarkannya kepada ada yakni mengadakan barang yang tidak ada wujudnya sama sekali kepada ada dengan tidak berasal daripada apa-apa jua sekali pun."
Kata satu qaul "An-Nuur" yang terkandung di dalam Asma' Ul Husna ini ialah cahaya yang memperbezakan dengannya di antara yang benar dengan yang salah dan mengeluarkan dengannya daripada segala perkara yang subahat,(“Perkara-perkara yang tidak jelas di antara benar dan salahnya.” )
Demikianlah makna "Nuur" dengan makna ilmu yang memperbezakan di antara benar dan salah. Oleh itu al-Quran dinamakan "Nuur" kerana al-Quran menerangkan yang mana benar dan yang mana salah pada hukuman Allah.

Adapun kemuliaan dan keajaiban 'cahaya ibadat' seseorang mukmin itu dapat dinilai daripada Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang intipatinya bermaksud bahawa setiap ibadat yang dilakukan oleh seseorang mukmin yang mengikut hukum dan kaifiat berteraskan hukum syarak diberi pahala dan pahala itu ditukar dalam bentuk cahaya. 'Cahaya ibadat' ini amat dimuliakan oleh Malaikat Hafazah dan diarak ke tujuh lapisan langit, berbunyi seperti guruh dan bercahaya seperti matahari.

'Cahaya ibadat' tersebut ditapis pula oleh tujuh [7] orang malaikat yang menjaga setiap ketujuh-tujuh pintu langit yang diamanahkan Allah supaya menapis pahala amal ibadat setiap hamba Allah yang mukmin daripada sifat-sifat mazmumah yang keji. Jika terdapat sifat-sifat mazmumah pada cahaya ibadat tersebut malaikat-malaikat penjaga pahala amal ibadat memerintahkan Malaikat-malaikat Hafazah yang membawa cahaya ibadat tersebut dipukulkan (dilaknat) ke pundak tuannya dan tidak diterima Allah. Hadis ini memberi pengertian bahawa kemuliaan seseorang manusia itu di sisi Allah adalah kerana ketaqwannnya dan kebersihan ibadatnya daripada keburukan yang dicemari sifat-sifat mazmumah.

Kalimah "An-Nuur" yang dimaksudkan kepada sifat Allah di dalam Asma'Ul-Husna ini TIDAK BOLEH dan DITEGAH sama sekali diertikan sebagai cahaya yang berjuzuk, mempunyai rupa, ukuran, sukatan, khasiat dan sebagainya seperti yang terdapat pada makhluk 'cahaya'. 

Ini bererti kalimah "An-Nuur" dalam Asma' Ul-Husna tidak boleh diertikan sebagai 'dhawu' (الضوء)  iaitu seperti cahaya yang ada pada makhluk yang bercahaya dan mempunyai sifat-sifat yang dimaksudkan sebagai makhluk yang mempunyai juzuk, ukuran dan rupa bercahaya terang yang boleh dilihat dengan mata kepala dan diketahui melalui deria pancaindera yang lima. 

Jika diertikan dan dituduhkan bahawa pengertian "An-Nuur" di dalam Asma' Ul-Husna ini seperti cahaya makhluk maka rosak binasalah segala makna kalimah-kalimah yang lain yang terkandung dalam  Asma' Ul-Husna itu dan rosaklah iktiqad keimanannya kepada Allah kerana menyamakan atau mensyrikkan Allah dengan makhluk-Nya.
Kalimah "An-Nuur" dalam Asma'Ul-Husna juga TIDAK BOLEH diertikan atau dikaitkan sama sekali dengan ayat yang terkandung di dalam al-Quran surah An-Nuur: 35. Maksud sebenar kandungan ayat tersebut  adalah untuk memperjelaskan hal keadaan keelokan dan keindahan hati orang-orang mukmin salih (Nabi-nabi dan Rasul-rasul ) yang sangat luar biasa. Ia bermaksud sebagaimana Allah menerangkan tujuh lapis langit dan bumi dengan cahaya matahari begitulah juga Allah mencerahkan hati hamba-hamba-Nya yang mukmin dengan ilmu yang terkandung di dalam kitabullah al-Quran.

Hati-hati mereka itu diibaratkan seperti cahaya yang terdapat di dalam rumah yang mempunyai pelita di dalamnya. Pelita itu mempunyai minyak yang sangat bersih (minyak zaitun) dan disebabkan kebersihan minyak itu ia hampir-hampir bercahaya walaupun tidak disentuh atau diterangi cahaya api. Demikian jugalah hati orang mukmin salih [ Nabi-nabi dan Rasul-rasul] yang mempunyai adab perangai mahmudah  yang amat mulia, terpuji dan sangat bersih. 

Sekiranya Allah tidak mengutuskan Malaikat Jibrael AS menurunkan wahyu sekalipun hati mereka tetap bercahaya menerima kebenaran. Apabila diturunkan wahyu al-Quran hatinya mudah menerima segala kebaikan yang didatangkan melalui al-Quran. Ini adalah yang diibaratkan: 'Cahaya Atas Cahaya' ( نُورٌ عَلى‏ نُورٍ).

Penjelasan  ini memberi erti bahawa kalimah "An-Nuur" di dalam Asma' Ul-Husna hanya dikhaskan kepada Sifat Allah sahaja dan tidak ada kaitan langsung dengan ayat al-Quran سورة النور‎‎ surah An-Nuur ayat 35. Firman Allah di dalam  al-Quran سورة النور‎‎ surah An-Nuur ayat 35 memperjelaskan :
اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
            Maksudnya :
"Allah pemberi cahaya kepada langit dan bumi. Perumpamaannya adalah sebuah masykat yang berisi sebuah lampu, lampu itu di dalam gluk (kendil) kaca, geluk kaca itu pula (jernih terang berseri-seri) laksana bintang yang bersinar cemerlang, lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya (pokok zaitun) yang bukan sahaja disinari matahari ketika naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (ia sentiasa terdedah kepada matahari),  hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana kejernihannya ) walaupun ia tidak disentuh api, (sinaran Nuur Hidayah petunjuk yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda ) : cahaya berlapis cahaya ! ( نُورٌ عَلى‏ نُورٍ). Allah memimpin siapa yang dikehendaki-Nya kepada Nuur Hidayah-Nya itu, dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia, dan Allah Amat Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." 
Intipati maksud ayat ini adalah sebagai suatu kiasan atau perumpamaan daripada  Allah untuk memperjelaskan kepada manusia betapa keindahan hati hamba-hamba Allah yang mukmin (dari kalangan para Nabi dan Rasul ) yang terpelihara (maksum) daripada melakukan sebarang dosa kesalahan dan amat menggemari menerima kebenaran wahyu Allah. Sebagaimana juga deria pancaindera yang lima iaitu telinga, mata, lidah, hidung dan kulit itu sangat bersesuaian dan mejadikan kelazatan baginya sekiranya dapat mendengar bunyi-bunyian yang elok, mencium bau-bauan yang harum, melihat segala rupa yang cantik, mengecapi barang makanan yang lazat dan menyentuh barang yang lembut, maka demikian juga Mata Hati, Qalbu atau Al Basirah yang wujud pada Roh Hammalul Amanah (badan batin) orang mukmin salih dari kalangan semua Nabi dan Rasul itu sangat suka menerima kebenaran kerana hati mereka adalah seperti cahaya dan segala ilmu yang didatangkan melalui  al-Quran dan kitabullah itu juga adalah sebagai cahaya.

Para ilmuan dan golongan mukmin yang salih amat takut, berwaspada dan amat sensatif menjaga hati, ibadat dan segala perbuatan mereka agar tidak menjadi penyebab kehilangan 'cahaya ibadat' hingga menjadi 'muflis' di akhirat kelak sebagaimana yang dimaksudkan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. yang tersebut di atas. 

[Lihat : Fitnah Kubur, Alam Barzakh dan Bumi Mahsyar ]

Bagaimana pula dengan hal keadaan golongan manusia  yang tidak mendapat cahaya petunjuk kebenaran dari Allah SWAT? Perkara ini diperjelaskan Allah melalui Firman-Nya di dalam al-Quran سورة النور‎‎ surah An-Nuur ayat 39-40 :
وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّى إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّهَ عِنْدَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ (39) أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ (40
                          Maksudnya :
"Dan orang-orng yang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana (mirage) di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga kehausan, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apa pun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya.(39)
Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi ) awan; gelap gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun."(40)
Image result for kegelapan di dasar lautan
                                   Kegelapan di dasar lautan 

 Demikian juga apabila dibangkitkan semula pada Hari Kiamat kelak mereka berada di dalam kegelapan sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran  سورة عبس‎‎ surah 'Abasa ayat 37-42  :
لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ (37) وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُسْفِرَةٌ (38) ضَاحِكَةٌ مُسْتَبْشِرَةٌ (39) وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ (40) تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ (41) أُولَئِكَ هُمُ الْكَفَرَةُ الْفَجَرَةُ (42 
                        Maksudnya :
" Setiap orang dari mereka pada hari itu (apabila dibangkitkan semula pada Hari Kiamat) mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.(37)
Banyak muka pada hari itu berseri- seri,(38) 
tertawa dan gembira,(39) 
dan banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu, (40)
dan ditutup lagi oleh kegelapan. (41)
Mereka itulah orang-orang kafir lagi durhaka." (42) 
Terdapat sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang memberikan pengertian "An Nuur" atau "Cahaya" yang menjelaskan betapa elok dan amat luar biasanya cahaya ibadat seseorang insan mukmin yang akan dilihatnya di akhirat kelak dan betapa buruk dan busuknya bau dosa maksiat yang dilakukannya: 

وَقَدْ وَرَدَ فِي الخَبَرِ "اَنَهُ يُنْشَرُ لِلْعَبْدِ بِكُلِّ يَومٍ وَلَيلَةٍ اَرْبَعُ وَعِشْرُونَ خَزَانَةً مَصْفُوفَةً فَيُفْتَحُ لَهُ مِنْهَا خَزَانَةٌ فَيَرَاهَا مَمْلُوءَةً نُورًا مِنْ حَسَنَاتِهِ الَّتِي عَمِلَهَا فِي تِلْكَ السَّاعَةِ  فَيَنَالُهُ مِنَ الفَرَحِ وَالسُّرُورِ وَالْاِسْتِبْشَارِ بِمُشَاهَدَةِ تِلْكَ الاَنْوَارِ الَّتِي هِيَ وَسِيلَتُهُ عِنْدَ المَلِكِ الجَبَّارِ مَا لَوْ وُزِّعَ عَلَى اَهْلِ النَّارِ لَأَدْهَشَهُمْ ذَلِكَ الفَرَحُ عِنْدَ الاِحْسِاسِ بِأَلَمِ النَّارِ وَيُفْتَحُ لَهُ خَزَانَةٌ أُخْرَى سَوْدَاءٌ مُظْلِمَةٌ يَفُوحُ نَتْنُهَا وَيَغْشَاهُ ظُلاَمُهَا وَهِيَ السَّاعَةُ الَّتِى عَصَى اللهَ فِيهَا فَيَنَالُهُ مِنَ الهَولِ وَالفَزَعِ مَا لَوْ قُسِّمَ عَلَى اَهْلِ الجَنَّةِ لَتَنَغَصَّ عَلَيهِمْ نَعِيمُهَا وَيُفْتَحُ لَهُ  خَزَانَةٌ اُخْرَى فَارِغَةٌ لَيسَ لَهُ فَيهَا مَا يَسُرُّهُ وَلاَ مَا يَسُوءُهُ وَهِيَ السَّاعَةُ الَّتِي نَامَ فِيهَا اَو غَفَلَ اَوْ اشْتَغَلَ بِشَئٍ مِنْ مُبَاحَاتِ الدُّنْيَا فَيَتَحَسَّرُ عَلَى خُلُوِّهَا وَيَنَالُهُ مِنْ غُبْنِ ذَلِكَ مَا يَنَالُ القَادِرُ عَلَى الرِّبْحِ الكَثِيرِ وَالمُلْكِ الكَبِيرِ اِذَا اَهْمَلَهُ وَتَسَاهَلَ فِيهِ حَتَّى فَاتَهُ.
       Maksudnya:
" Dan telah datang khabaran Hadis bahawasanya dibentangkan bagi hamba itu dengan tiap-tiap hari dan malam dua puluh empat (24) khazanah yang teratur. Maka dibukakan baginya daripadanya itu satu khazanah, maka ia melihatnya dipenuhi cahaya daripada segala kebajikan yang ia memperbuatnya pada sedemikian saat. Maka ia mendapatinya daripada sukacita yang sehabis-habis sukacita dengan sebab melihat cahaya itu yang ialah jadi wasilahnya "sebab mulianya" di sisi Allah Yang Amat Mempunyai Pemilikan lagi Yang Amat Mempunyai Kekerasan. Jika sekiranya dibahagi-bahagikan ke atas ahli api neraka nescaya menghairankan mereka oleh kesukaan hati pada melihatnya sekalipun mereka sedang menanggung azab dengan kepedihan api neraka yang sangat dahsyat pedihnya.  
Dan dibukakan baginya satu khazanah lain yang tersangat hitam lagi tersangat gelap, berkembangan bau busuknya dan menutupi kegelapannya, dan itulah satu saat yang ia telah berbuat maksiat kepada Allah padanya. Maka mendapatinya daripada huru-hara dan takut yang sangat dahsyat, jika sekiranya dibahagi-bahagikan ke atas ahli-ahli syurga nescaya mencekikkan ke atas mereka nikmat kesenangannya.
Dan dibukakan baginya satu lagi khazanah yang lain pula, (khazanah itu) kosong tanpa ada sebarang apa yang boleh membuatnya suka atau duka, iaitulah saat ia tidur padanya atau saat yang ia lupa atau yang ia mengerjakan sesuatu perkara dunia yang diharuskan.  
Maka kesemua itu, membuatkan dia teramat sedih di atas kekosongannya itu; dia kesal umpama orang yang berupaya mendapatkan keuntungan yang besar dan pemilikan yang banyak, tetapi dia cuai dan meringan-ringankan (peluang itu) hingga terlepas."
Mudah-mudahan penjelasan maksud kalimah "An-Nuur" (النور) atau 'cahaya' ini dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam dalam konteks pemahaman kita terhadap  al-Quran, Hadis-hadis Rasullullah s.a.w. dan segala ilmu pengetahuan yang berkaitan dengannya dan terhindar daripada sebarang pemahaman yang boleh menyebabkan kerosakan aqidah keimanan dan tegolong sebagai orang yang kafir munafik.

        
[  Lihat: 

              i.   Pengertian "PAHALA" dan "DOSA".
              ii.  Kekeliruan Pemahaman Terhadap Asma' Ullah Al-Husna
             iii.   ALLAH MENGETGAHUI DENGAN ILMU-NYA YANG QADIM]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

كـِتَابُ اَسْمَاءُ اللهِ الْحُسْنَى

[Sambungan daripada : كمولياءن مانوســـــــــــــيا دن كموليــــــــــــــــــــــاءن عـــــبــــــــــــادة ] كـِتَا...