Jumaat, 5 Jun 2015

KEMULIAAN MANUSIA, ROH AMALAN SOLEH dan KEMULIAAN MALAIKAT




[Lihat : KITAB PENDAHULUAN KATA  ]



 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

 أَمَّا بَعْـدُ 
Related image

KEMULIAAN MANUSIA DAN KEMULIAAN IBADAT:

Kita hendaklah ajar anak-anak kita dan orang-orang awam sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang  seperti yang tersebut di bawah ini:
 وروى عبد الله بن المبارك  باسناده عن رجل أنه قال لمعاذ بن جبل  حدثني حديثا سمعته من رسول الله  صلى الله عليه وسلم قال فبكي معاذ حتى ظننت أنه لا يسكت ثم سكت ثم قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم قال لي يا معاذ قلت لبيك بأبي وأمي يا رسول الله قال اني محدثك حديثا إن أنت حفظته نفعك وإن أنت ضيعته لم تحفظه انقطعت حجتك عند الله يوم القيامة يا معاذ إن الله تعالى خلق سبعة أملاك قبل أن يخلق السموات والارض ثم خلق السموات فجعل لكل سماء من السبعة ملكا بوابا عليها قد جللها عظما فتصعد الحفظة بعمل العبد من حين أصبح الى حين أمسى له نور كنور الشمس حتى اذا صعدت به الى السماء الدنيا زكته فكثرته فيقول الملك للحفظة اضربوا بهذا العمل وجه صاحبه أنا صاحب الغيبة امرني أن لا أدع عمل من أغتاب الناس يجاوزني الى غيري 
Sehingga ke akhir Hadis yang panjang ini disebutkan:

وتصعد الحفظة بعمل العبد الى السماء السابعة من صوم وصلاة ونفقة وزكاة واجتهاد وورع له دوي كدوي الرعد وضوء كضوء الشمس معه ثلاثة ألاف  ملك فيجاوزون به الى السماء السابعة   

              Maksudnya : 

"...Dan naiklah malaikat-malaikat Hafazah membawa amalan hamba ke langit yang ketujuh daripada ibadat puasa, sembahyang, nafakah, zakat, ijtihad dan warak, ada baginya suara seperti suara guruh, cahaya seperti cahaya matahari, berserta tiga ribu malaikat.  Mereka melepasinya dengan amalan itu hingga ke langit yang ketujuh...."
Lihatlah betapa ajaibnya perbuatan Allah kepada makhluk-Nya. Allah menyuruh hamba-Nya berbuat taat dan ibadat seperti puasa, sembahyang, nafkah, zakat, jihad,ijtihad dan warak supaya faedahnya kembali kepada hamba-Nya dan supaya berbahagia mereka itu dengan sebab taat berbuat ibadat kepada Allah. Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan daripada ibadat hamba-Nya yang mukmin sedemikian elok dan mulianya cahaya ibadat itu hingga ada mempunyai suara seperti suara guruh. Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan daripada ibadat-ibadat itu menjadi Roh Amalan Soleh, bertutur kata dengan fasihnya, memberi khabaran baik kepada tuannya.

Di bawah ini kita imbas kembali penerangan yang lalu iaitu:

Satu jam berbuat taat dan kebajikan maka Allah Taala adakan dari amalan-amalan ibadat itu cahaya yang jika diperlihatkan kepada orang-orang ahli neraka untuk dibahagi-bahagikan kepada mereka, nescaya sangatlah sukacitanya mereka itu melihatnya walaupun sedang mengalami kepedihan azab seksa api neraka.
Bagi orang mukmin yang berbuat ibadat dari pagi hingga ke petang maka Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan dari amalan ibadatnya itu cahaya seperti cahaya matahari dan bersuara seperti suara guruh, dibawa naik oleh  Malaikat Hafazah ke langit lalu dipermuliakan oleh malaikat-malaikat yang berada di langit.
Apabila orang mukmin yang soleh itu masuk ke dalam kuburnya maka setelah disoal oleh Malaikat Munkar dan Nakir berkenaan dengan keimanan datanglah kepadanya seorang yang sangat elok rupa mukanya, sangat harum baunya, sangat elok pakaiannya lalu berkata yang bermaksud: 
"...Sukailah dengan rahmat Tuhan engkau dan dengan syurga-syurga yang ada padanya nikmat yang berkekalan...." 
Maka orang mukmin itu menjawab: 
"...Dan engkau jugalah, sukailah dengan kebaikan, siapakah engkau?..."  
Maka katanya: 
"...Aku ini ialah amalan engkau yang soleh...."
Dari sini dapatlah kita fahami keajaiban perbuatan Allah pada makhluk-Nya. Sesungguhnya Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan Roh Amalan Soleh yang sangat elok rupa mukanya, sangat harum baunya, sangat elok pakaiannya, bertutur kata dengan fasihnya. Roh Amalan Soleh ini  tidak berasal daripada apa-apa pun.

Maka jangan dihairankan, Allah Taala mengadakan roh tanpa berasal daripada apa-apa pun.  Dari sini dapatlah kita ambil faham pada bab roh Nabi Allah Musa a.s pada langit  ke enam tatkala ditemui oleh Nabi  Muhammad s.a.w pada malam Israk dan Mikraj sebagaimana yang termaklum.

Apakah Asal Roh Hammal Lil-Amanah ini?

Roh Hammal Lil-Amanah asalnya adalah dari tiupan Malakur-Roh (ملك الروح) pada waktu ia masih berada dalam kandungan rahim ibunya, sebagaimana rupa budak begitulah rupa Roh Hammal Lil-Amanah.

Jika ditanya, manakala Roh Hammal Lil-Amanah bagi Nabi Musa a.s. datangnya dari tiupan Malakur-Roh kepadanya pada waktu ia dalam kandungan perut ibunya dahulu, bagaimanakah hal Roh Hammal Lil-Amanah bagi Nabi Muhammad s.a.w?

Sebagaimana Roh Hammal Lil-Amanah bagi Nabi Musa a.s. datangnya daripada tiupan Malakur-Roh ketika berada di dalam perut ibunya tanpa ada sebarang asal dari apa-apa pun maka begitulah juga dengan  Roh Hammal Lil-Amanah bagi Nabi Muhammad s.a.w..

Bila kita mendengar bahawa Roh Hammal Lil-Amanah bagi orang kafir,  sungguhpun sangat elok jenis Roh Hammal Lil-Amanah tetapi apabila terkena ilmu menysirikkan Allah maka ia berubah dan bertukar menjadi hitam, buruk dan busuk baunya sehingga setiap kali terkena senggaran api neraka maka gugurlah segala kulit dan dagingnya, dan rohnya bergantung kepada urat-urat.

Apakah perkakas dan anggota badannya yang mulia ketika itu?
Adakah hati jantungnya itu mulia atau alat kemaluannya atau nafasnya yang turun naik dari hidungnya itu mulia?

Tidak ada sebarang perkakas dan anggota badannya itu jadi mulia apabila terkena senggaran api neraka sedangkan rohnya pula mendidih kesakitan yang amat bersangatan azabnya. Ini kerana puak agama sesat amat memuji perkakas badan, roh dan nafas turun-naik.

Tiada apa yang mulia, bahkan ia menyesal kenapakah tidak mahu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya sewaktu hidup di dunia dahulu dan tidak mahu mentaati Allah dan Rasul-Nya, sebaliknya minta dihidupkan semula supaya berbuat ibadat kepada Allah Taala sebagaimana Firman-Nya dalam al-Quran surah al-An'aam ayat 27 : 
وَلَوْ تَرَى إِذْ وُقِفُوا عَلَى النَّارِ فَقَالُوا يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ وَلا نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
                         Maksudnya :
" Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata: 'Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami serta menjadi orang-orang yang beriman', (tentulah kami melihat suatu peristiwa yang mengharukan)."
Sewajarnya kita berasa takut kepada Allah SWT.

Sila baca Hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Al-Mubarak. 
Dalam Hadis tersebut, ia menunjukkan kemuliaan ibadat hamba Allah yang mukmin, bukan menunjukkan kemuliaan roh atau perkakas (anggota dan organ yang terdapat dalam badan) seperti jantung hati yang berbuku ataupun kemuliaan nafas turun-naik. Bahkan tujuh orang malaikat telah ditugaskan menjaga pintu-pintu langit untuk menapisi ibadat-ibadat hamba Allah yang mukmin, pada hal langit, bumi dan manusia belum lagi diadakan. Ini menunjukkan kemuliaan ibadat.

Sungguhpun manusia dijadikan dalam seelok-elok kejadian tetapi dikembalikan kepada yang paling rendah ke bawah lagi hina kecuali orang-orang yang beriman dan berbuat amalan-amalan yang soleh. Maka lihatlah betapa mulianya amalan-amalan soleh itu di sisi Allah hingga segala ibadat seperti puasa, sembahyang, sedekah dan lain-lainnya ditukarkan menjadi cahaya seperti cahaya matahari dan bersuara seperti suara guruh dan dibawa naik oleh Malaikat-malaikat Hafazah ke langit, seterusnya dipermuliai oleh malaikat-malaikat yang berada di langit.

Pada waktu meniti titian yang panjang, hitam lagi gelap terbentang di atas muka api Neraka Jahanam yang juga hitam lagi gelap Allah Taala kurniakan orang-orang mukmin cahaya ibadatnya. Sebesar mana cahaya ibadat itu maka selaju itulah ia menyeberangi titi itu masuk ke syurga.

Lafaz “ALLAH” dan lafaz “AN-NUUR” pada “ASMA'-ULLH AL-HUSNA

Makna lafaz ALLAH pada Asma' Ullah Al-Husna ialah:

هو أعظم الأسماء لدلالته على الذات العلية الجامعة لكل صفات الألوهية

             Maksudnya: 
"Lafaz 'ALLAH' ialah sebesar-besar nama (Allah) bagi menunjukkan Zat-Nya Yang Maha Tinggi dari segala kekurangan, terhimpunnya segala sifat ketuhanan."
Maksudnya ialah : 
Setiap sifat Allah Taala, seperti: 

'الشكور'الغفور, الرَّحِيمِ ,الرَّحْمَـنِ  [ AR-RAHMAN, AR-RAHIM, AL-GHAFUR, AL-SYAKKUR ]  dan lain-lain termasuklah segala makna yang terkandung di dalam Asma'-Ullah Al-Husna, maka kesemuanya itu adalah terkandung dan terkumpul pada lafaz “ALLAH” itu. Lihatlah betapa elok maknanya.

Lafaz kalimah :"السلام" maknanya ialah : ذو السلامة من جميع الآفات والنقائص
                       Maksudnya: 
"Yang sejahtera daripada segala kecederaan dan kekurangan. Yakni, setiap perkara yang menyamai makhluk maka Allah Taala tidak sesekali mengenai atau menyamainya. (Itulah makna dari segala kekurangan)."

Lafaz kalimah An-Nuur (النور), maknanya ialah :

" المظهر لكل خفي بإخراجه الى الوجود يعنى الموجد لكل معدوم من محض العدم الى الوجود ".      

              Maksudnya: 

"Yang menzahirkan bagi setiap yang tersembunyi dengan megeluarkannya kepada ada, yakni  Yang Maha Mengadakan bagi yang tiada daripada semata-mata tiada kepada ada, Dialah Yang Mengadakan sesuatu dari tiada kepada ada, tidak berasal dari apa-apa pun."
 [ Lihat : Asma' Ullah Al-Husna ]

Demikianlah erti lafaz An-Nuur pada Asma'-Ullah Al-Husna.

Maka nyatalah salahnya bagi sesiapa yang meletak atau mentafsirkan makna An-Nuur dengan makna cahaya yang berjuzuk, mempunyai rupa, bentuk, ukuran dan lain-lain lagi seperti makhluk  (الضوء) .

ASAS KESILAPAN

Betapakah kelirunya kita apabila membaca kitab-kitab agama Islam yang kebanyakannya menterjemahkan lafaz “An-Nuur” pada Asma'-Ullah Al-Husna dengan makna cahaya (الضوء) . Selain dari itu nyatalah salahnya jika seseorang itu meletakkan tafsiran ayat Al-Quran pada surah سورة النور‎‎ An-Nuur ayat 35 pada Firman Allah Taala:

الله نور السموات والأرض مثل نوره كمشكاة فيها مصباح ...  الآية" 

dengan makna mengikut zahir ayat itu sahaja dengan makna: 
Allah adalah cahaya segala lapisan langit dan bumi ...
Pentafsiran ayat ini tidaklah  bermaksud demikian, bahkan maknanya ialah :
 Sebagaimana Allah menerangi segala lapisan langit dan bumi dengan cahaya matahari begitulah juga Allah Taala menerangi hati-hati orang-orang mukmin (Nabi dan Rasul)  dengan cahaya ilmu yang ada di dalam al-Quran, umpama cahayanya orang mukmin dan hatinya ialah seperti sebuah bilik yang ada padanya lampu....

Oleh itu, ayat Al-Quran itu tadi tiada kena mengena dengan lafazسورة النور‎‎ An-Nuur pada Asma'-Ullah Al-Husna. Andainya tersalah tafsir pada ayat ini maka ia boleh menyebabkan ramai orang awam tersesat pada agama. Begitu juga berkenaan dengan roh. Banyak pula kitab agama yang mentafsirkan makna ayat al-Quran pada Firman Allah Taala dalam surah سورة الإسراء Al-Isra’ ayat 85:

".... قل الروح من أمر ربي ...."

            Maksudnya: 
Katakanlah roh (adalah) urusan Tuhanku …

Lafaz: الروح di sini bukanlah dengan makna Roh Jasmaniجسماني   روح yang terbit dari darah, tetapi ianya adalah dengan makna Roh Hammal Lil-Amanah yang terbit dari tiupan Malakur-Roh. Maka nyatalah salahnya jika dimaknakan dengan Roh Jasmani. Jika diandaikan seorang ahli tafsir meletakkan takrif maknanya dengan makna Roh Jasmani maka ia akan membawa kepada makna “sebagaimana hidupnya pokok dengan air” atau yang seumpama dengannya dan kepada makna bahawa apabila seorang itu mati maka samalah seperti binatang itu mati kerana rohnya yang dari darah itu hilang lenyap kerana sifatnya adalah seumpama seperti wap sahaja 

Kesimpulan daripada pemahaman tafsiran ini, terkenalah diingkarkan adanya balasan azab kubur dan kesenangannya. Bahkan jika terdapat mana-mana Hadis yang ada menerangkan balasan azab kubur dan kesenangannya terkenalah tolak. Golongan yang berfahaman sedemikan mendustakan semua Hadis yang menerangkan adanya azab kubur dan kesenangannya, seterusnya mentakwilkan kesemua Hadis itu kepada sesuatu makna yang lain sahaja.

Oleh itu, golongan yang mentafsirkan lafaz ROH pada ayat al-Quran al-Karim itu dengan makna ROH JASMANI tentulah bukan sahaja sekadar hendak menolak kesemua Hadis yang menerangkan adanya azab kubur dan kesenangannya, bahkan terkenalah menolak perkara-perkara mukjizat seperti Isra’ dan Mikraj yang dikurniakan Allah Taala kepada Nabi Muhammad s.a.w. 

Dalam perkara Isra’ dan Mikraj telah diterangkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah menemui Roh Nabi Allah Adam a.s. di langit pertama. Begitulah seterusnya sehingga menemui  roh Nabi Allah Musa a.s. di langit ke enam.  Roh Nabi Allah Musa a.s. di langit ke enam itulah yang menyuruh Nabi Muhammad s.a.w supaya memohon kepada Allah Taala supaya diringankan fardu sembahyang  lima puluh (50) waktu sehari semalam. Perkara ini dapat menjelaskan adanya bagi manusia itu Roh atas nama Roh Hammal Lil-Amanah selain daripada Roh Jasmani.

Kita telah mengetahui bahawa manusia itu ada baginya dua orang malaikat untuk menulis segala amalan dan perbuatan yang ia lakukan. Segala perbuatan baiknya ditulis oleh malaikat di sebelah kanan sementara perbuatan-perbuatan jahatnya ditulis oleh malaikat di sebelah kiri. Kedua-dua malaikat ini sangat alim untuk menulis apa yang baik dan apa yang jahat. Apabila seseorang itu mati, berundurlah kedua-dua orang malaikat ini. 

Marilah kita ambil faham lagi bahawa seorang manusia apabila zahir dari rahim perut ibunya, maka Allah Taala adakan dua orang atas nama 'qarin', iaitu seorang malaikat untuk menyuruh berbuat baik dan seorang syaitan untuk menyuruh berbuat jahat. Daripada sini mudah difahamkan bahawa manusia itu ada baginya satu badan yang lain yang sama jenisnya dengan badan 'qarin'

itu tadi. Maka badan yang sejenisnya dengan badan qarin ini, ia hidup bersendirian hal-halnya. Maka inilah badan Nabi Musa a.s. yang Nabi Muhammad s.a.w temui  di langit yang ke enam pada malam Israk dan Mikraj di sana. Di sini dapatlah kita fahami bahawa  badan Nabi Musa a.s yang di atas langit itu itulah Roh. Justeru lafaz roh pada Firman Allah Taala:

" قل الروح من أمر ربي ......"

itu ialah roh Hammal Lil-Amanah dan bukanlah Roh Jasmani yang terbit daripada darah. Adalah sangat dustanya jika terdapat mana-mana kaum yang menuduh roh itu qadim atau roh itu Tuhan atau hilang lenyap sahaja ketika mati

Maka lihat dan fahami kata-kata Abu Bakar As-Siddiq:
فقال ابو بكر من قال هؤلاء الكلمات ثم مات جعل الله  روحه في الأفق المبين، قالوا وما الافق المبين؟ قال قاع بين يدي العرش فيه رياض الله وانهار يغشاه كل يوم مائة رحمة فمن قال هذا القول جعل الله روحه في هذا المكان .
                         Maksudnya: 
"Barangsiapa membaca doa ini kemudian ia mati nescaya Allah Taala tempatkan rohnya itu di al-Ufukil Mubin (الافق المبين), kata mereka: Apa dia al-Ufukil Mubin? Jawabnya: Satu tempat di hadapan 'Arasy terdapat (di dalamnya) taman-taman dan sungai-sungai di mana turunnya setiap hari seratus (100) rahmat. Maka barangsiapa membaca do'a ini nescaya Allah tempatkan rohnya di tempat ini.
[ Lihat : DO'A KHALIFAH ABU BAKR AS-SIDDIQ KETIKA SAKIT MENGHAMPIRI WAFAT ]

Demikianlah betapa  mulianya orang-orang mukmin yang soleh. Akan tetapi jika orang yang mati itu ialah seorang kafir dan ahli maksiat maka diletakkan rohnya itu di tempat azab.

Roh Hammal Lil-Amanah ini sangat banyak keajaibannya. Roh Nabi Muhammad s.a.w. berada di syurga tetapi jika diberikan salam di kuburnya nescaya ia menjawab salam itu. Seseorang yang hampir mati ketika rohnya sampai ke halkum, ia diberi melihat tempatnya di syurga oleh Allah. Jika ia seorang ahli kufur dan maksiat maka ia akan dilihatkan tempatnya di dalam api neraka semasa ia masih di rumahnya/di dunia lagi. Bagaimanakah ia dapat melihat tempatnya di syurga, sedangkan syurga itu tidak datang kepadanya dan tidak pula ia memasuki syurga?. Maka ini adalah antara keajaiban-keajaiban roh yang tidak diketahui sama sekali akan hakikatnya oleh sekalian makhluk Allah.

Maka hendaklah dipendekkan sahaja kerana jika makhluk Allah yang menerima azab dan yang menerima kesenangan pun tidak terdaya akal fikiran untuk mengetahui hakikat Roh Hammal Lil-Amanah maka bagaimanakah hendak memikirkan tentang Zat Allah?. Bahkan perkara yang mudah difahami seperti roh yang terbit daripada darah dan roh yang terbit daripada tiupan Malakur-Roh, itupun masih banyak lagi puak dan golongan manusia yang tidak memahami perbezaan di antara keduanya hingga ada kaum yang beriktiqadkan bahawa roh itu qadim dan roh itu Tuhan.
Oleh itu, ditegaskan lagi, eloklah dibaca bab Israk dan Mikraj. Sangatlah besar rahmat Allah yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w iaitu mukjizat Israk dan Mikraj.

Lihatlah, di manakah ilmu Nabi Musa a.s. disimpan?
Adakah di dalam otak kepala yang berada  di dalam kubur atau di dalam hati yang berbuku di dada dalam kubur itu?

Dalam perkara ini banyak pihak tersalah faham yang boleh merosakkan pegangan iktiqadnya. Kebanyakannya terkeliru di antara otak dan hati. Jawapannya ialah ilmu yang banyak itu adalah disimpan oleh Roh Hammal Lil-Amanah seperti Roh Nabi Musa a.s. yang berada di langit yang ke enam di sana. Maka betapakah ajaibnya ilmu pengetahuan itu yang bukan ada kebendaannya dan bukan ada rupanya tetapi Roh Hammal Lil-Amanah itulah yang dapat menyimpannya.

Jika kita ditanya: Adakah Roh Hammal Lil-Amanah ini suatu hal yang ringan kerana Roh Hammal Lil-Amanah ini adalah sangat besar halnya, berbanding dengan badan zahir ini?

Apabila Zainab binti Rasulullah s.a.w dikebumikan, Nabi Muhammad s.a.w memberitahu bahawa satu himpitan ke atasnya (Zainab) telah didengari suaranya oleh makhluk (selain daripada manusia dan jin) yang berada di antara masyrik dan maghrib; himpitan itu sepertilah himpitan kasih seorang ibu kepada anak, bukan himpitan azab.

Dari hal keajaiban roh eloklah diambil tahu bagaimanakah halnya jika ia terkena azab dan bagaimanakah jika ia mendapat nikmat kesenangan. Banyak kaum jatuh sesat pada agama kerana tidak memahami kejaiban perbuatan Allah pada makhluk-Nya. Walau bagaimanapun, Roh Hammal Lil-Amanah tetap boleh menerima kebinasaan, menerima azab dan kesenangan dan ia tetap lemah (kerana) tidak memiliki bagi dirinya kemanfaatan, kehidupan, kematian dan hidup semula kemudian daripada mati.  Ia diadakan oleh Allah Taala dengan Qudrat-Nya, bukan dengan Zat-Nya. Ia diadakan oleh Allah Taala dengan tidak berasal daripada apa-apa pun dan ianya  diadakan daripada tiupan Malakur-Roh.

Apakah Jenisnya Roh ?

Untuk memahaminya, eloklah kita imbas semula kuasa Allah Taala mengadakan dari amalan taat hamba-Nya yang mukmin itu seorang yang sangat elok rupa mukanya, sangat harum baunya, sangat elok pakaiannya, bertutur dengan fasihnya, memberi khabar sukacita kepada tuan empunya ibadat. Maka inilah jenisnya Roh Hammal Lil-Amanah, begitulah juga malaikat-malaikat.

Jauh sekali dapat difikirkan tentang ajaibnya perbuatan Allah Taala. Walaupun ianya ada berjuzuk, bertempat, tetapi ia boleh ada tanpa memerlukan tempat. Inilah ajaibnya roh, samalah halnya ketika sedang berada di halkum tetapi ia diberi lihat tempatnya dalam syurga atau neraka. Demikianlah halnya dan cukuplah sekadar ini sahaja.
Sungguhpun jarak masa di antara hayat Nabi kita Muhammad s.a.w. dengan masa kita sekarang begitu jauh tetapi kita seolah-olah merasakan sentiasa bersama-sama dengan para sahabat r.a. dan Nabi Muhammad s.a.w.

[ Lihat : MASALAH ROH ]


AGAMA ISLAM ATAS ASAS KEBENARAN DAN KEBAIKAN

Apabila seseorang itu memahami manusia itu hidup di dua negeri iaitu dunia dan akhirat dia juga sewajarnya memahami keselamatan hidup di dunia ini mempunyai caranya dan untuk keselamatan hidup di akhirat pula ada lain caranya. Maka manusia itu dijadikan oleh Allah Taala dua badan yang berasingan hal-halnya, satu badan bersesuaian hidupnya di dunia dan satu badan bersesuaian hidupnya di negeri akhirat. Untuk memberikan kefahaman hal ini Allah Taala bangkitkan Rasul-rasul Alaihimusslam bagi setiap umat manusia untuk mengkhabarkannya.

Sungguhpun segala hal di negeri akhirat tidak dapat dilihat sebelum seseorang itu mati tetapi Allah Taala turunkan kitab al-Quran al-Karim kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya dipersampaikan kepada umatnya sekalian dengan hantaran Malaikat Jibril AS  sedikit demi sedikit hinggalah tamat sempurna tiga puluh (30) juzuk. Di dalamnya penuh dengan segala ilmu pengetahuan bagi menerangkan segala hal negeri akhirat, hukuman-hukuman Allah, perkara-perkara ibadat dan lain-lain.

Maka kemuliaan al-Quran al-Karim tidak boleh nampak keelokan ilmu yang ada di dalamnya melainkan hendaklah hati seseorang yang hendak membacanya itu memahami bahawa ayat-ayat al-Quran al-Karim telah disampaikan oleh Malaikat Jibril AS kepada Nabi Muhammad s.a.w. Seterusnya hendaklah ia memahami bagaimanakah kadar kemuliaan Malaikat Jibril AS di sisi Allah Subhanahu Wa Taala.

Bagi seseorang yang tidak memahami kemuliaan Malaikat Jibril AS di sisi Allah Taala, dia tidak akan nampak kemuliaan ayat-ayat al-Quran yang disampaikan oleh Malaikat Jibril AS kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan seterusnya kepada sekalian umatnya. Maka orang itu hendaklah memahami kemulaiaan akhlak Nabi Muhammad s.a.w sebelum ia dibangkitkan menjadi Rasul Allah. Apabila dia sudah memahami kesemuanya ini, baharulah dia nampak pada pandangan mata hatinya kemuliaan ayat-ayat Al-Quran.
Dalam ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan, ada menyebutkan: "وربك الأكرم" ertinya: “Tuhan engkau Yang Amat Mulia”. Maka setiap orang itu hendaklah memahami kemuliaan Allah dan kebesaran-Nya. Kemuliaan Allah Taala ada disebutkan pada Asma’ Ullah Al-Husna bahawa Allah Taala memuji Diri-Nya sendiri dengannya. Barangsiapa memahami segala maknanya, baharulah ia nampak kemuliaan ayat-ayat al-Quran.

Maka anak-anak kita, orang-orang mukminin dan mukminat hendakalah diberi kefahaman mengenai tiga asas bagi memuliakan ayat-ayat al-Quran supaya mereka dapat mempertahankan kemuliaan kitab Allah serta kemuliaan dan kebenaran agama Islam. Di antara sebab-sebab orang-orang kafirin memeluki Islam ialah apabila mereka dapat memahami tiga perkara asas yang memperlihatkan betapa mulianya al-Quran itu.
Begitulah sebaliknya yang akan berlaku apabila mereka mendustakan al-Quran dan mendustakan Nabi Muhammad s.a.w berpunca daripada kejahilan mereka dalam tiga perkara asas tersebut. Setakat boleh membaca al-Quran tidak membolehkan mereka menolak fitnah-fitnah agama pada mendustakan Allah dan Rasul-Nya. Hanya mereka yang memiliki pengtahuan luas dalam agama Islam sahaja dapat menghadapi segala fitnah agama apabila tiba masanya kelak.

Ketiga-tiga asas ini akan diterangkan dalam kitab ini supaya para ibu-bapa dan guru-guru agama dapat melatih anak-anak dan murid-murid mereka dengan mendahului ajaran pada Bab ( سيرته في قومه قبل البعثة(aitu sirah kemuliaan akhlak Nabi Muhammad s.a.w di sisi kaumnya sebelum dibangkitkan menjadi Rasul.

Di kalangan kaumnya Nabi Muhammad s.a.w. adalah:
* Yang terbaik dari segi akhlaknya.
* Yang paling beramanah
* Yang paling berjauh diri dari segala perbuatan keji dan dari segala perbuatan yang boleh mencemar nama baik seorang lelaki sehingga ia menjadi :
         *  Seafdhal-afdhal di kalangan kaumnya dari segi    menjaga   maruah diri.
                 *  Yang paling baik dari segi kejiranan      
                 *  Yang terbaik dari segi lemah-lembut dan
            *  Yang paling benar di kalangan mereka dari segi pertuturan.
Atas segala sifat terpiji dan kemuliaan akhlak ini maka kaum Quraisy menamakan baginda sebagai “Al-Amin.”

Segala perkara yang baik, mulia dan terpuji yang dihimpunkan oleh Allah Taala kepadanya daripada berlemah-lembut, bersabar, bersyukur, berlaku adil, merendah diri, menjaga maruah diri, pemurah dari segi pemberian, berani dan bersifat malu telah diakui oleh orang yang paling kuat permusuhannya iaitu An-Nadhar bin Al-Harith dari kaum Bani Abdud-Dar. Dalam hal ini  dia berkata yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah berada di kalangan engkau kalian seorang budak yang baru yang engkau kalian paling meredainya, yang paling benar pertuturan katanya di kalangan engkau kalian, yang paling beramanah dari engkau kalian sehinggalah apabila engkau kalian melihat pada dua pelepisannya uban, dan ia bawakan kepada engkau kalian dengan apa yang ia telah datangkan kepada engkau kalian maka engkau kalian pun berkata :'Itu adalah tukang sihir... Tidak! Wallahi (Demi Allah), itu bukanlah tukang sihir.'  Ia menyatakan sedemikian itu di tempat orang-orang Arab datang menghadirkan diri pada musim perhimpunan mereka untuk membuat sesuatu ketetapan bersama untuk dilaksana..."
Apabila Abu  Sufian  ditanya oleh Harqal, Raja Rom:
"Adakah engkau kalian menuduhanya dia itu seorang pendusta sebelum ia datangkan apa yang ia telah katakan itu?"
(Abu Sufian) menjawab: Tidak. 

Maka kata Harqal: 
“Dia itu tidak akan meninggalkan pedustaan ke atas manusia lalu mendustai Allah. (Yakni jikalau dengan manusia dia tidak berdusta apatah lagi dengan Allah)." 
    [Yang demikian itu ada disebutkan pada awal Sahih Al-Bukhari.]
Sesungguhnya baginda telah dipelihara oleh Allah Taala sewaktu kecilnya lagi dari segala perbuatan orang-orang jahiliyah, selaras dengan syariatnya yang mulia itu. Dia tidak makan apa yang disembelih di atas batu berhala dan ia telah mengharamkan ke atas dirinya sendiri meminum arak.
Kesemuanya itu adalah sifat yang Allah Taala perhiasi para Nabi dengannya supaya berkeadaan sempurna untuk menerima wahyu. Sebenarnya mereka itu adalah termaksum dan terpelihara dari segala keburukan orang-orang jahiliyah, sama ada sebelum dibangkitkan menjadi Rasul atau selepas dibangkitkan menjadi Rasul supaya menjadi ikutan kepada umat-umat mereka.

Maka Roh Hammal Lil-Amanah itu adalah umpama lampu di sebuah bilik, sementara segala adab mulianya itu umpama minyak yang sangat bersih menjadikan ia hampir bercahaya.
Maka hendaklah diajar anak-anak kita, orang-orang mukminin dan mukminat membaca dan menghafaz segala adab mulia Nabi kita Muhammad s.a.w. bukan sekadar berpada dengan kata-kata ringkas seperti bersifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah sahaja. Perlu juga mereka itu diajar Hadis yang tersebut di bawah ini supaya menampakkan keistimewaan para Rasul Alahimussalam yang tidak menyamai martabat umat-umat mereka. Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

"ما منكم من أحد إلا وله شيطان قالوا وانت يا رسول الله قال وأنا إلا أن الله أعانني عليه فأسلم فلا يأمر إلا بخير".   

             Maksudnya:

“ 'Tiada seorang dari kamu sekalian melainkan ada baginya syaitan'. Kata mereka (sahabat-sahabat r.a): 'Dan engkau, wahai Rasulullah.' Sabdanya: 'Dan aku (juga) melainkan Allah Taala menolongi aku ke atasnya lalu ia jadi Muslim maka ia tidak menyuruh melainkan dengan kebaikan'.”
Oleh itu, anak-anak kita hendaklah diingatkan tentang  tipu helah syaitan. Kata Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: 

"ان الشيطان يأتي أحدكم فيقول من خلقك فيقول: الله تبارك وتعالى. فيقول: فمن خلق الله؟ فاذا وجد أحدكم ذلك فليقل: آمنت بالله وبرسوله فإن ذلك يذهب عنه                

                 Maksudnya :        

“Bahawasanya syaitan datang kepada seseorang kamu sekalian dan ia berkata: 'Siapakah menjadikan engkau'. Maka ia menjawab: 'Allah Tabaraka Wataala'. Maka katanya: 'Maka siapakah menjadikan Allah?' 
Apabila salah seorang dari kamu sekalian mendapati yang demikian maka hendaklah ia katakan: 'Aku telah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.' Maka sesungguhnya yang demikian itu (membuatnya) ia pergi beredar darinya”.
Maka itulah perkaranya yang Allah Taala berfirman dalam surah سورة الحشر Al-Hasyr ayat 16:

كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلإنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ 
               Maksudnya :
(Pujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (pujukan ) syaitan ketika dia berkata kepada manusia : 'Kafirlah kamu', maka tatkala telah jatuh kafir, iapun (syaitan) berkata: 'Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam'."
Dari segi akhlak dan segala adab mulia Nabi Muhammad s.a.w. tidak mempunyai sebarang sifat mazmumah yang keji. Segala sifat mahmudah yang mulia lagi terpuji kurniaan Allah kepada baginda ini melayakkan baginda menemui Jibril A.S. kerana syaitan kembarannya jadi Muslim, tidak menyuruh melainkan kepada kebaikan. Keistimewaan ini hanya dikurniakan oleh Allah Taala kepada Nabi Muhammad s.a.w dan tidak diberikan kepada umat manusia lain.

Maka adalah tersangat  dustanya jika terdapat orang yang mengaku dirinya ada menemui Jibril AS.

Para kuffar Quraisy adalah tidak sunyi daripada menyimpan sepuluh perkara sifat mazmumah dalam hati mereka iaitu bakhil, takbur, membesar diri, hairankan diri, riak, hasad dengki, bengis, kuat marah, buruk makan, buruk kahwin, kasihkan harta dan kasihkan kemegahan dunia. Dalam hal ini, orang-orang kuffar Quraisy melihat sendiri segala akhlak mulia Nabi Muhammad s.a.w. hingga mereka memberikan pujian dengan  menamakan/menggelarkan dia "Al-Amin." 

Mereka menyaksikan keelokan akhlak Nabi Muhammad s.a.w itu puluhan tahun lamanya. Itulah sebabnya mereka mempercayai segala perkhabaran yang disampaikan olehnya kecuali mereka yang tidak mahu membuang perasaan hasad dengki, perasaan membesarkan diri dan lain-lain sifat hati yang buruk dan tidak mahu meninggalkan berhala. Orang-orang yang begini sifatnya tidak akan nampak perkara baik itu baik dan perkara benar itu benar disebabkan sifat kasihkan kemegahan dunia di kalangan penyembah-penyembah berhala.

Hanya orang-orang yang ingin menyontohi dan mengikuti akhlak mulia Nabi Muhammad s.a.w. bersegera menerima ajaran dan seruan agama Islam kerana mereka nampak yang ajaran agama Islam itu bukanlah datangnya daripada rekaan manusia bahkan datangnya daripada al-Quran, yang disampaikan oleh Malaikat Jibril A.S.

Oleh itu, hendaklah diberi faham kepada anak-anak mengenai kemuliaan Jibril A.S. Adapun Malaikat Jibril A.S itu sangatlah mulianya di sisi Allah Taala sebagaimana terlebih afdalnya Nabi Muhammad s.a.w. itu dari sekalian Nabi Allah dan Rasul-Nya a.s. Maka begitulah malaikat Jibril A.S terlebih afdalnya di kalangan sekalian Malaikat a.s.

[Lihat : Allah Berkata-kata Dengan Kalam-Nya yang Qadim]

Maka kemuliaan Malaikat-malaikat A.S. hendaklah diajar kepada anak-anak seperti yang tersebut di bawah ini:

الملائكة هم مجبولون على الطاعة لامجال للمعصية في حقهم فلا جرم لا يعصون الله ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرون ويسبحون الليل والنهار لا يفترون والراكع منهم راكع أبدا  والساجد منهم ساجد أبدا والقائم منهم قائم أبدا لا اختلاف في أفعالهم ولا فتور ولكل منهم مقام معلوم لا يتعداه وطاعتهم لله من حيث لا مجال للمخالفة فيهم .             

             Maksudnya :

"Mereka para malaikat  adalah yang diletakkan oleh Allah Taala semata-mata taat sahaja di bawah perintah suruhan Allah, tiada ruang bagi menyalahi suruhan Allah pada hak mereka. Tentunya mereka tidak membuat maksiat kadar sedikit pun kepada Allah. Mereka perbuat barang apa disuruh, mereka mentasbihkan Allah malam dan siang, tiada penat dan letih, yang rukuk dari mereka, (terus) rukuk (buat) selama-lamanya, dan yang sujud dari mereka, (terus) sujud (buat) selama-lamanya, dan yang berdiri dari mereka (terus) berdiri selama-lamanya, tidak berlawanan dengan segala perbuatan mereka, tidak (mereka itu merasai) penat atau letih dan bagi tiap-tiap seorang itu ada makam (kedudukan) tertentu tidak ia melampauinya dan ketaatan mereka pula kepada Allah sehingga tiada ruang untuk mereka menyalahinya."
Ini adalah kemuliaan para Malaikat AS Maka betapakah eloknya iktiqad anak-anak itu yang dapat mengetahui kemuliaan Malaikat-malaikat AS di sisi Allah seperti yang tersebut ini. Maka Allah Taala menjadikan Jibril AS sebagai Rasul bagi menyampaikan ayat-ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan ayat-ayat al-Quran pula diturunkan dengan didahului keadaan dukacita dan kesusahan dan secara berperingkat-peringkat tanpa ada sebarang silap dan lupa. Maka daripada sini nampaklah kemuliaan ayat-ayat al-Quran itu bukanlah kalam jin atau kalam manusia, bahkan ia adalah Kalam Allah Taala.

Jika Allah Taala tidak bangkitkan Nabi Muhammad s.a,w menjadi Rasul, tidaklah kita ketahui bahawa Jibril A.S itu ialah ahli penduduk  langit.

RUPA SEBENAR MALAIKAT JIBRIL A.S

Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada Jibril A.S:

" أحب أن أراك في صورتك التي هي صورتك "

                     Maksudnya :
“Aku ingin melihat engkau dalam rupa yang sebenarnya rupa engkau”.
 Kata Jibril: 
“Engkau tidak terdaya yang demikian." 
Jawabnya: 
       "Bahkan, engkau perlihatkanlah kepadaku." 
Lalu Jibril menjanjikan di Baqi'e (بقيع) di suatu malam kecerahan bulan. Maka datanglah Jibril AS kepadanya lalu Nabi Muhammad s.a.w. melihatnya, tiba-tiba ia dengannya telah menutup ufuk iaitu segala arah langit. Nabi pun jatuh pengsan ke atasnya,  kemudian ia sedar semula sedangkan Jibril telah pun kembali kepada rupanya semula seperti yang mula-mula tadi.
Maka kata Nabi Muhammad s.a.w. :

ما ظننت أن أحدا من خلق الله هكذا  

                    Maksudnya :

               "Tidak aku sangka adanya hamba Allah sebegitu."

Maka kata Jibril AS:

               "Dan bagaimanakah sekiranya engkau melihat
                Israfil AS yang 'Arasy di atas bahunya dan kedua
                kakinya menembusi bumi yang terkebawah dan
                sesungguhnya ia boleh jadi kecil kerana membesarkan 
                Allah hingga menjadi seperti "Al-Wasi'k" الوصع)
                   (iaitu seperti burung yang kecil ).

Betapakah besarnya jisim Jibril AS? 

Bila anak-anak tahu bahawa Malaikat Jibril yang sebegitu besar itulah yang menyampaikan al-Quran, Kalam Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. nescaya nampaklah mereka tersangat mulianya al-Quran yang diturunkan itu. Pada ghalibnya, Jibril AS menemui Nabi Muhammad s.a.w. atas rupa seorang pemuda yang sangat kacak tampan rupanya seperti rupa wajah Dahyat Al-Qalbi (Sahabat Rasulullah s.a.w. ).

Ketaqwaan Malaikat-Malaikat AS.

Walaupun Jibril AS yang begitu besar jisimnya dan sentiasa mentasbihkan Allah malam dan siang, tidak berbuat maksiat kepada Allah sekadar sekerlipan mata juapun, namun apabila ia menerangkan hal azab orang-orang ahli neraka menangislah Nabi Muhammad s.a.w kerana mendengar betapa dahsyatnya hal-hal azab api neraka dan menangislah Jibril AS kerana tangisan Nabi Muhammad s.a.w. Begitu juga dengan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Antara yang menangis apabila menderngar Hadis ini  ialah  Mua’dz bin Jabal r.a.. Apakah yang menyebabkan kita sebagai umat Nabi Muhammad  s.a.w. yang sepatutnya menangis tidak pula menangis atau merasa takut bila membaca Hadis ini?

[ Lihat : KEMULIAAN dan KEAJAIBAN MALAIKAT]


PERIHAL API NERAKA

Baca dan fahamilah tentang bagaimana dahsyatnya api neraka seperti di bawah ini:

ان جبريل عليه السلام أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال أتيتك حين أمر الله بمنافخ النار فوضعت النارتسعر ليوم القيامة فقال له يا جبريل صف لي النار فقال ان الله تعالى أمر بها فأوقد عليها الف عام حتى أحمرت ثم أوقد عليها ألف عام حتى أصفرت ثم أوقد عليها ألف عام حتى أسودت فهي سوداء مظلمة لا يضئ جمرها ولا يطفأ لهبها والذي بعثك بالحق لو أن ثوبا من ثياب أهل النار أظهر لأهل الارض لماتوا جميعا ولو أن ذنوبا من شرابها صب في مياه الأرض جميعا لقتل من ذاقه ولو أن ذراعا من السلسلة التي ذكرها الله وضع على جبال الارض جميعا لذابت وما استقلت ولو  أن رجلا أدخل النار ثم أخرج منها لمات أهل الارض من نتن ريحه وتشويه خلقه وعظمه فبكى النبي صلى الله عليه وسلم وبكى جبريل عليه السلام لبكائه فقال أتبكي يا محمد وقد غفر لك ما تقدم من ذنبك وما تأخر فقال افلا أكون عبدا شكورا ولم بكيت يا جبريل وأنت الروح  الامين أمين الله على وحيه قال اخاف أن ابتلى بما ابتلى به هاروت وماروت فهو الذي منعني من اتكالي على منزلتي عند ربي فأكون قد أمنت مكره فلا يزالا يبكيان حتى نوديا من السماء يا جبريل ويا محمد أن الله قد آمنكما أن تعصياه فيعذبكما وفضل محمد على سائر الأنبياء كفضل جبريل على سائر الملائكة

                         Maksudnya:

"Bahawa Jibril a.s telah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. maka katanya: Aku datang kepada engkau ketika Allah Taala perintahkan dengan peniup-peniup api neraka maka diletakkan api neraka itu menyala  untuk hari qiamat. Kata Nabi  kepadanya: Wahai Jibril, terangkan bagiku (perihal) api neraka. Maka ia pun berkata: Bahawasanya Allah Taala perintahkan dengannya maka dinyalakan ke atasnya seribu tahun hingga ia merah, kemudian dinyalakan ke atasnya seribu tahun hingga ia kuning, kemudian dinyalakan ke atasnya seribu tahun, hingga ia hitam maka (jadilah)  ia hitam gelap, tiada cahaya baranya dan tidak  padam nyalaannya; demi Tuhan Yang membangkitkan engkau dengan sebenarnya (menjadi Rasul) jika sekiranya satu pakaian dari pakaian-pakaian ahli neraka dizahirkan (ditunjukkan ) kepada ahli (penduduk) bumi nescaya matilah mereka sekalian, dan jika sekiranya satu timba dari minumannya itu dituangkan ke dalam  segala air bumi kesemuanya, nescaya ia  membunuh sesiapa yang merasanya. Dan jika satu hasta dari rantai besi yang Allah  sebutkan itu diletakkan ke atas segala gunung-ganang di bumi kesemuanya, nescaya cair hancur, dan tidak  terdaya ia menanggungnya; dan jika seorang laki-laki dimasukkan ke dalam api neraka kemudian dikeluarkan daripadanya nescaya matilah penduduk bumi dari kebusukan baunya dan keburukan rupa kejadiannya dan besar badannya."
Maka menangislah  Nabi Muhammad s.a.w. dan menangislah Jibril A.S kerana tangisannya. Kata Jibril : 'Adakah engkau menangis wahai Muhammad dan sesungguhnya telah diampuni bagi engkau barang apa yang telah terdahulu dari dosa engkau dan dari apa yang terkemudian'. Maka Nabi  berkata: 'Apakah tidak  aku  menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur  dan kenapakah engkau menangis wahai Jibril sedangkan engkau adalah Arruhul-amin (الروح الامين) yang diamanahkan Allah  menerima wahu-Nya?' Ia berkata: Aku takut dibala dengan apa yang dibalakan dengannya Harut dan Marut maka itulah yang menegahkan aku dari bersandar ke atas pangkatku di  sisi Tuhanku maka aku telah menjadi seorang yang mengamankan (iaitu merasakan selamat) daripada kemurkaan-Nya. Maka teruslah kedua-duanya menangis hingga diserukan kepada kedua-dua mereka dari langit: Wahai Jibril, Wahai Muhammad bahawasanya Allah telah mengamankan engkau berdua dari berbuat maksiat kepadaNya maka dengan sebab itu (iaitu merasakan aman/selamat) engkau berdua  diazabkan. Dan kelebihan Muhammad ke atas sekalian Nabi adalah seperti kelebihan Jibril ke atas sekalian malaikat."
Demikianlah ertinya.

[ Lihat : API NERAKA dan AZAB SEKSA DI DALAMNYA ]

Lihatlah betapa takutnya Malaikat Jibril AS dan kadar mana takutnya Nabi Muhammad s.a.w dari api neraka. Betapa  taqwanya malaikat Jibril AS dan malaikat a.s. yang lain adalah sebagaimana  sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"ما جاءني جبريل قط إلا وهو يرعد فرقا من الجبار"

                         Maksudnya :
" Tidak datang kepadaku Jibril melainkan ia dalam keadaan     menggeletar ketakutan daripada Al-Jabbar.      (Yakni Tuhan Yang Mempunyai Kekerasaan )
وقيل لما ظهر على إبليس ما ظهر طفق جبريل وميكائيل عليهما السلام يبكيان فأوحى الله إليهما ما لكما تبكيان كل هذا البكاء فقالا يا رب ما نأمن من مكرك فقال الله تعالى هكذا كونا لا تأمنا مكري .

          Maksudnya:  
"Dan kata satu qaul, tatkala berlaku ke atas Iblis barang apa yang telah berlaku menagislah Jibril dan Mikaeil Alaihimussalam kedua-duanya, maka Allah Taala wahyukan kepada kedua mereka : “Kenapakah engkau berdua menangis sehabis-habis tangisan”. Kedua-dua mereka berkata: “Wahai Tuhan, kami tidak (merasa) aman (selamat) dari  kemurkaan Engkau."  Maka Firman Allah Taala : “Jadilah begitu,jangan engkau berdua (merasa) aman (selamatdari  kemurkaan-Ku”.
Daripada Muhammad bin al-Munkadarمحمد بن المنكدر , katanya:
" قال لما خلقت النار طارت افئدة الملائكة من اماكنها فلما خلق بنو آدم عادت "
                        Maksudnya : 
"Bila diadakan api neraka, berterbanganlah hati-hati malaikat dari tempat-tempatnya maka bila diadakan anak-anak Adam, kembalilah semula." (Yakni ke tempatnya).
Kata Anas bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bertanyakan kepada Jibril A.S.:

"مالي لا ارى ميكائيل يضحك فقال جبريل  "ما ضحك ميكائيل منذ خلقت النار"

                  Maksudnya :
"Kenapaku tidak lihat Mikael ketawa”. 
            Jawab Jibril: 
       “Mikeal telah tidak ketawa semenjak diadakan api neraka”.
Dan kata satu qaul:
        "أن لله تعالى ملائكة لم يضحك أحد منهم منذ خلقت النار مخافة ان يغضب الله عليهم  فيعذبهم بها"  

                 Maksudnya :

“Bahawa ada bagi Allah Taala itu malaikat-malaikat yang tiada seorang pun dari mereka ketawa semenjak diadakan api neraka kerana ketakutan dimurkai Allah lalau mereka diazab dengannya." 
[Lihat : API NERAKA DAN AZAB SEKSA DI DALAMNYA ] 

Begitulah hal Malaikat-malaikat Alaihimussalam yang sentiasa mentasbihkan Allah siang malam dan  tidak pernah berbuat maksiat kepada Allah sekadar sekerlipan mata pun.

Walaupun Malaikat Jibril begitu besar badannya, begitu mulia di sisi Allah Taala dan menjadi Pesuruh-Nya untuk menyampaikan ayat-ayat Al-Quran kepada Nabi Muhammadf s.a.w.  tetapi lihatlah kadar takutnya dia kepada api neraka. Maka dari sini nampaklah  mulianya ayat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah Taala. Sebab itu barangsiapa tidak  tahu kemuliaan Jibril AS, pasti ia tidak akan tahu kemuliaan ayat-ayat ayat Al-Quran. Maka barangsiapa mengejek-ejek Malaikat Jibril AS, ertinya ia juga  mengejek-ejek dan menghina ayat-ayat Al-Qurn.

Oleh itu, adalah diingatkan semula supaya anak-anak itu diajar tentang kemuliaan Jibril a.s, bagaimanakah  kadar besarnya, taqwanya kepada Allah Taala dan kadar takutnya  dari azab api neraka. Pada masa yang sama hendaklah diajar tentang  adab kelakuan mulia   Nabi Muhammada s.a.w dalam Bab Sirah Nabi Pada Kaumnya Sebelum Dibangkitkan Menjadi Rasul  (سيرته في قومه قبل البعثة). Selepas itu hendaklah diajar Asma-Ullah Al-Husna dengan makna-maknanya yang Allah Taala memuji sendiri dengannya.

Seandainya tidak dilakukan yang sedemikian itu maka janganlah dipersalahkan anak-anak itu masuk ke dalam puak yang mendustakan al-Quran, mendustakan Rasul Nabi Muhammad s.a.w akibat ketaksiran dan kecuaian keduia  ibu bapa memberikan pelajaran agama Islam yang sebenar kepada mereka.

Selain dari perkara tersebut, lihatlah ayat-ayat al-Quran pada surah سورة العلق Al-'Alaq ayat 3 yang mula-mula diturunkan oleh Allah Taala yang menyebutkan:
  وربك الأكرم 
                     Maksudnya : 
"Dan Tuhan engkau Yang Maha Mulia."
Dalam Asma-Ullah Al-Husna ada disebutkan ilmu pengenalan kepada Allah Taala, kemuliaan-Nya, kebesaran-Nya dan ketinggian martabat-Nya.  Maka hendaklah diajar anak-anak itu tentang kemuliaan Allah Taala dalam Asma'-Ullah al-Husna yang juga ada disebutkan di dalam Hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Ali Bin Abi Talib r.a.  jika ia hendak mentafsirkan surah سُّورَةُ الفَاتِحَة‎‎ Al-Fatiha maka kitab tafsirannya boleh dimuatkan tujuh puluh (70) ekor keledai untuk menanggungnya tetapi dalam begitu luas ilmunya, ia pun berdo'a dengan Asma-Ullah Al-Husna seperti di bawah ini:

DOA ALI BIN ABI TALIB R.A.:


Ali bin Abi Talib r.a. meriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bersabda :
" Bahawa Allah Taala memuji diri-Nya sendiri tiap-tiap hari, Firman-Nya :

إني أنا الله  

رب العالمين، إني أنا الله لا إله إلا انا، الحي القيوم، اني انا 

الله لا إله إلا انا العلي العظيم، اني انا الله لا إله إلا أنا لم ألد 

ولم أولد، اني انا الله لا إله إلا انا  العفو الغفور، إني أنا الله

لا إله إلا أنا مبدئ كل شئ والي يعود، العزيز الحكيم 

الرحمن  

الرحيم مالك يوم الدين خالق الخير والشر خالق الجنة 

والنار  

الواحد الأحد الفرد الصمد الذي لم يتخذ صاحبة  ولا ولدا 

الفرد الوتر عالم الغيب والشهادة الملك القدوس السلام 

المؤمن المهيمن العزيز الجبار المتكبر الخالق البارئ 

المصور الكبير المتعالي المقتدر القهار الحليم الكريم اهل 

الثناء والمجد اعلم السر وأخفى القادر الرزاق فوق الخلق 

والخليقة. 

فمن دعا بهن كتب من الساجدين المخبتين الذين يجاورون 

محمدا وابراهيم وموسى وعيسى والنبيين صلوات الله عليهم  

في دار الجلال وله ثواب العابدين في السموات والارضين 

وصلى الله على محمد وعلى كل عبد مصطفى

"Dan ertinya :

Meriwayatkan oleh Ali Bin Ali Talib r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w.,  bahawasanya ia bersabda:

Bahawasanya Allah SWT memuji Diri-Nya sendiri tiap-tiap hari dan Ia berfirman :

Bahawasanya Aku ialah Allah Tuhan yang memiliki sekalian alam.
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku yang hidup lagi sentiasa ada dan selama-lamanya ada. 

Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku, Yang Maha Tinggi Martabat lagi yang Amat Mempunyai Kebesaran. 

Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku, tiada Aku beranak dan tiada Aku diperanakkan. 

Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku,Yang Amat Memaafi lagi Amat Mengampuni .

Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku yang mengadakan permulaan tiap-tiap sesuatu dan kepada di bawah pentadbiran milik Aku ia kembali, Yang Amat Mempunyai Kekuatan dan Yang Amat Mempunyai Hikmat,  Yang Amat Pemurah lagi Yang Amat Mengasihani, yang memiliki hari agama (yakni Hari Kiamat besar), 
yang mengadakan kebajikan dan kejahatan, yang mengadakan syurga dan neraka, yang tiada menyamai sesuatu lagi yang tiada mempunyai juzuk lagi yang Ia sahaja yang ada mempunyai sifat ketuhanan, yang berhajat semua makhluk kepada-Nya kerana kesempurnaan Qadrat-Nya lagi yang tiada menjadikan bagi-Nya isteri dan anak, yang tiada mempunyai lawanan, 
yang tiada mempunyai pasangan, Yang Amat Mengetahui segala perkara yang ghaib dan segala perkara yang tiada ghaib, 

Yang Amat Mempunyai pemilikan dan kesultanan lagi Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan segala ketandaan baru [ seperti masa dan tempat ] ,

Yang Amat Sejahtera daripada segala kekurangan yang membenarkan Diri-Nya dan Rasul-Nya dan kitab-kitab-Nya, lagi Yang Amat Mengetahui yang tiada tersembunyi daripada ilmu-Nya kadar sebesar debu jua pun, 

Yang Amat Mempunyai Kekuatan lagi Yang Amat Mempunyai Kekerasan lagi Yang Amat Mempunyai Kebesaran ,yang mengadakan sesuatu daripada tiada kepada ada dengan Qadrat-Nya lagi yang mengadakan bagi segala barang sesuatu dengan tiada contoh misal yang lalu lagi yang mengadakan segala rupa sekalian makhluk dan memperelokkan baginya,
Yang Amat Mempunyai Kebesaran, Yang Maha Suci daripada segala sifat-sifat makhluk, Yang Amat Tinggi Martabat,  yang tiada mengenai sama sekali segala kekurangan, yang mempunyai Qadrat Yang Amat Sempurna lagi yang mengalahkan bagi semua makhluk, yang tiada bersegera membalasi seksa di atas kesalahan, lagi Yang Amat Baik.

Ahli kepercayaan dan kemuliaan. Aku mengetahui perkara yang tersembunyi dan barang yang lebih tersembunyi, yang mempunyai Qadrat Yang Amat Sempurna, yang mengadakan rezeki hamba-hamba-Nya dan segala makhluk. "

Bagi sesiapa yang hendak berdo'a dengannya hendaklah digantikan ayat : اني أنا الله kepada انك انت الله  pada ayat الا أنا kepada الا انت  dan لم الد ولم اولد kepada  لم تلد ولم تولد  dan والي يعود kepada واليك يعودأعلم السرdan    kepada تعلم السر  seperti berikut:

اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ رَبُّ العَالَمِينَ. اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ اِلَّا اَنْتَ الحَيُّ القَيُّومُ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ اِلَّا اَنْتَ العَلِيُّ العَظِيمُ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلهَ اِلَّا اَنْتَ لَمْ تَلِدْ وَلَمْ تُولَدْ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ إلَّا اَنْتَ العَفُوُّ الغَفُورُ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ إِلَّا اَنْتَ مُبْدِئُ كُلِّ شَيْئٍ وَاِلَيْكَ يَعُوْدُ العَزِيْزُ الحَكِيْمُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ مَالِكُ يَوْمِ الدِّيْنِ خَالِقُ الخَيْرِ وَالشَّرِّ خَالِقُ الجَنَّةِ وَالنَّارِ الوَاحِدُ الاَحَدُ الفَرْدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَلَا وَلَدًا الفَرْدُ الوِتْرُ عَالِمُ الغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ المَلِكُ القُدُّوْسُ السَّلَامُ المُؤْمِنُ المُهَيْمِنُ العَزِيْزُ الجَبَّارُ المُتَكَبِّرُ الخَالِقُ البَارِئُ المُصَوِّرُ الْكَبِيْرُ المُتَعَالِي المُقْتَدِرُ القَهَّارُ الحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ اَهْلُ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدُ تَعْلَمُ السِّرَّ وَأَخْفَى القَادِرُ الرَّزَّاقُ فَوْقَ الخَلْقِ وَالْخَلِيْقَةِ. 

                Maksudnya :

 "Maka barngsiapa berdo'a dengannya nescaya ditulis sebagai salah seorang daripada orang-orang yang sujud, tunduk dan patuh (kepada Allah) yang berjiran dengan Nabi Muhammad, Ibrahim, Nusa, Isa, dan para Nabi (   صلوات الله عليهم )    di Darul-Jalal (dalam syurga) dan baginya pahala orang-orng ahli ibadah (di semua) lapisan langit dan bumi."

Sangatlah besar fadilat berdo'a dengannya kerana ia mengandungi ilmu pengenalan kepada Allah Taala  yang  Allah Taala  memuji Diri-Nya sendiri dengannya. 

[Lihat : DO'A SAIDINA ALI BIN ABI TALIB R.A ]

Marilah kita baca dan fahami Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Mu'az bin Jabal r.a iaitu:

" إن الله تعالى خلق سبعة أملاك قبل أن يخلق السموات والأرض ثم خلق السموات فجعل لكل سماء من السبعة ملكا بوابا عليها ..." 

                   ( hingga akhir Hadis yang panjang..)

                      Maksudnya :
 “Bahawasanya Allah Taala telah  mengadakan tujuh orang malaikat sebelum diadakan segala lapisan langit dan bumi, kemudian Ia mengadakan (pula)  segala lapisan langit maka dijadikan bagi setiap langit daripada tujuh langit itu seorang malaikat (sebagai) penjaga pintu ke atasnya.....” (hingga akhir Hadis..) 
Marilah kita ambil faham bahawa Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan segala lapisan langit dan bumi daripada tiada wujudnya sama-sekali kepada ada. Sebelum diadakan segala lapisan langit dan bumi maka ia mengadakan tujuh orang malaikat sebagai penjaga pintu langit.

Jika ditanya, siapakah boleh tahu hal sebesar ini?

Tentulah dengan wasitah mereka yang diangkat menjadi Rasul oleh Allah Taala, mereka itulah  yang memberitahu perkara ini melalui  Malaikat Jibril A.S.

Maka Hadis yang panjang ini  tiada jalan dituduh ianya adalah rekaan manusia. Oleh itu, hati anak-anak akan segera faham betapakah keluasan Qudrat Allah Taala mengadakannya dari tiada wujudnya sama-sekali kepada ada. Kemudiannya mereka itu hendaklah diberi fahama bahawa "Masa" dan "Tempat" adalah makhluk  Allah yang diadakan oleh Allah Taala dengan Qadrat-Nya.  Kedua-duanya adalah  makhluk Allah Taala. Sebelum "Masa" dan "Tempat" diadakan Allah, begitu juga dengan  'Arasy, Kursi dan segala lapisan langit dan bumi, cahaya, gelap dan lapang maka yang ada ialah Allah Taala sahaja yang ada. 

Dalam Bab ada Allah inilah perkara yang terpenting sekali untuk diajar kepada anak-anak seperti yang tersebut di bawah ini dan disuruh mereka menghafal  dengan lidah supaya tidak lupa iaitu:
*    Allah Taala Ia-Nya ada, sentiasa ada dan selama-lamanya ada, dan tidak berkeputusan ada-Nya. 
*     Dialah yang awal yang tidak berawal bagi-Nya. 
*     Dialah yang akhir yang tidak berakhir bagi-Nya. 
*  Sentiasanya dan selama-lamanya mempunyai kemuliaan, kesempurnaan, kebesaran, ketinggian martabat dan 
*     Mempunyai segala Asma' Ullah al-Husna.
Sekiranya Allah Taala tidak mengadakan masa, tempat atau alam sama-sekali pun maka Allah Taala begitu juga Ada-Nya, sentiasa Ada dan selama-lamanya Ia Ada dan tidak  berkeputusan Ada-Nya.

[Lihat : SOAL dan JAWAB Mengenai ADA ALLAH SWT]

Apabila anak-anak diajar seperti itu, baharulah mereka tidak tersalah faham  pada makna Asma-Ullah Al-Husna dan pada kalimah "An-Nuur"(النور) itu dengan makna yang tersebut itu.

Sewaktu membaca:

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر

orang yang tahu makna Asma-Ullah Al-Husna tidaklah terkeliru dan terus memahaminya dengan sepenuh hati pada mengingatkan segala makna Asma-Ullah al-Husna itu.  Bagi mereka yang salah faham pada makna " An-Nuur"(النور) pada Asma-Ullah Al-Husna itu, rugilah zikirullah itu kerana ia telah mensyirikkan Allah (mempersamakan Allah dengan makhluk-Nya) dengan menuduhkan Tuhan itu cahaya.

Sekiranya anak-anak di rumah diajar dalam bentuk soal-jawab: Apakah makna adanya Allah?

Mereka akan  mejawab pada bab adanya  Allah, seperti yang disebutkan  itu tadi, kemudian  mereka akan bertanya pula :
 "Siapakah Tuhan kita?"
Maka ia menjawab Tuhan kita ialah:
" الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم الملك القدوس السلام المؤمن المهيمن العزيز الجبار ...  الصبور".

Selepas itu ditambah lagi dengan apa yang Allah Taala memuji Diri-Nya sendiri:

" إني أنا الله رب العالمين إني أنا الله لا إله إلا أنا الحي القيوم .....  فوق الخلق والخليقة "

Alangkah eloknya anak-anak dan ibu bapa yang melatih anak-anak seperti ini di  rumahnya sendiri.


MENOLAK KEMUSYIKILAN

Jika kita terdengar mana-mana syarahan agama perihal Nabi Allah Ibrahim a.s. tatkala melihat bintang-bintang maka katanya yang bermaksud :

                         "Ini Tuhanku."

Maka ketika ghaib (terbenam) bintang-bintang dia berkata:


فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ الَّيْلُ رَأَى كَوْكَباً قَالَ هَـذَا رَبِّى
فَلَمَّآ أَفَلَ قَالَ لا أُحِبُّ الاٌّفِلِينَ

                      Maksudnya :
".....Tidak aku menyukai (sesuatu) yang ghaib."
                     [Surah  سورة الأنعام  Al-Ana'am : 76 ]

Maka ketika dia melihat bulan terbit dia berkata :

فَلَمَّآ رَأَى الْقَمَرَ بَازِغاً قَالَ هَـذَا رَبِّى
فَلَمَّآ أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِى رَبِّى لاّكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّآلِّينَ

                   Maksudnya :
"........Ini Tuhan akulah...."
                   [Surah  سورة الأنعام  Al-Ana'am : 77 ]

Begitulah juga hingga dia melihat matahari lalu dia berkata :
فَلَماَّ رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَـذَا رَبِّى هَـذَآ أَكْبَرُ
فَلَمَّآ أَفَلَتْ قَالَ يقَوْمِ إِنِّى بَرِىءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ
                Maksudnya  :
"......Ini, Tuhan ku ......."
                      [Surah  سورة الأنعام  Al-Ana'am : 78  ] 

Maka kesemua kata-kata ini bukanlah mengikut zahir maknanya. Lihatlah keluasan ilmu Ali bin Abi Talib r.a. pada Ilmu At-Tauhid, apa tah lagi Nabi Ibrahim a.s. :
كما سئل أمير المؤمنين على بن طالب رضي الله عنه فقيل يا أمير المؤمنين أتعبد من ترى أو من لا ترى فقال لا بل أعبد من أرى لا رؤية العيان ولكن رؤية القلب .
                Maksudnya :  
" Apabila Amirul Mukminin, Ali bin Abi Talib r.a. ditanya : Wahai Amirul Mukminin, apakah engkau beribadat kepada Tuhan yang engkau lihat atau pun Tuhan yang engkau tidak lihat?Katanya : Tidak, tetapi aku beribadat kepada Tuhan yang aku lihat, bukan dengan penglihatan mata tetapi dengan penglihatan hati (qalbu)."

وقيل لجعفر الصادق رضي الله عنه هل رأيت الله عز وجل قال لم أكن لأعبد ربا لم أره قيل وكيف رأيته وهو الذي لا تدركه الابصار قال لم تره الابصار بمشاهدة العيان ولكن تراه القلوب بحقائق الايمان لا يدرك بالحواس ولا يقاس بالناس. أكبر من أن ينال بالحواس، اكبر من أن يدرك كنه جلاله، أكبر من أن

يعرفه غيره فإنه لا يعرف الله تبارك وتعالى إلا الله .  

                       Maksudnya :
" Dan dikatakan kepada Jaafar As-Siddiq r.a. : 'Adakah engkau melihat Allah Azza Wajalla ?'. Jawabnya: ' Aku tidak beribadat kepada Tuhan yang aku tidak lihat'. Lalu ditanya :  'Bagaimanakah engkau melihat-Nya sedangkan Ia tidak boleh dikenali dengan segala pemandangan mata?'. Katanya : 'Tidaklah Dia (Allah) dapat dilihat oleh segala penglihatan mata, tetapi Dia dilihat oleh hati-hati dengan segala hakikat keimanan, Dianya (Allah) tidak dapat dikenali dengn segala pancaindera dan tidak boleh dikiaskan dengan manusia. Maha Besar dan Maha Suci daripada diketahui dengan segala pancaindera dan Maha Besar daripada dapat diketahui hakikat Kemuliaan-Nya dan Kesempurnaan-Nya. Maha Suci Allah daripada diketahui oleh yang lainnya akan hakikat Kemuliaan-Nya dan Kesempurnaan-Nya selain daripada Tabaraka Wataala. Begitu juga dengan makna ALLAHU AKBAR."    
Adapun kalimah Al-Basirah (البصيرة)Al-Mukalamah (المكالمة)
Al-Musyahadah   (المشاهدةdan Al-Muaayanah (  لمعاينةا  kesemuanya adalah nama-nama muradif atau kata-kata yang mempunyai maksud seerti.

Sesungguhnya perihal keluasan Qadrat Allah tidak dapat dilihat atau difahami oleh hati-hati tanpa diberikan penerangan mengenai makna perbuatan makhluk yang terbahagi kepada empat bahagian iaitu :


1.  Perbuatan Tabi'ie (طبيعي)

     Misalnya :
     
      a) Ubat 

       Maka ubat itu ada padanya khasiat-khasiat tertentu dan boleh       menyembuhkan beberapa penyakit mengikut jenis ubat dan jenis penyakit.

      b)  Besi Berani (Magnet)
   
             Besi berani (magnet) ada baginya kekuatan menarik besi/logam yang lain.
          c )   Matahari


                   Ada baginya cahaya dan sifat-sifat lain yang termaklum.

        d)    Api
                
               Ada mempunyai asap.

Maka Perbuatan Tabi'ie ini amat mudah difahami oleh orang awam.


2.   Perbuatan Kasbi  (كسبي) 

         Misalnya

Binatang itu boleh berjalan, makan,  minum, membiak dan lain-lain yang seumpamanya. Maka ini dinamakan Perbuatan Kasbi.Dari segi martabatnya ia adalah lebih tinggi dari Perbuatan Tabi'ie.  Perbuatan Kasbi inipun mudah difahami orang awam.

3.  Perbuatan Sinai'i (صناعي): 

 Ertinya : Perbuatan pertukangan.

Contohnya :Manusia itu boleh membuat kasut, kerusi hingga kepada membuat kapal dan lain-lain sedangkan  matahari dan binatang tidak terdaya membuat kasut, kerusi dan meja. Oleh itu fahamlah kita bahawa  Perbuatan Sinai'i adalah  lebih tinggi martabatnya dari Perbuatan Kasbi dan Tabi'ie.

4.  Perbuatan Ijadi (ايجادي):

Ertinya: 
Mengadakan sesuatu tanpa ada asal.  Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan seekor semut bukan daripada  ibunya, bapa atau  daripada telurnya. Maka jika berhimpun sekalian jin dan manusia hendak mengadakan seekor semut tanpa asal  nescaya tidak berupaya mereka itu melakukannya walaupun dibelanjakan berapa banyak wang sekalipun, malahan untuk mengadakan sebiji debu pun tidaklah mereka berupaya melakukannya. Terputuslah jalan untuk  berfikir hendak mengadakannya.

Maka dapatlah difahami bahawa Perbuatan Ijadi  hanya bagi Allah Taala sahaja.Sebagaimana Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan sebiji debu dengan tidak berasal daripada apa-apa pun maka begitulah Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan 'Arasy, Kursi dan segala lapisan langit dan bumi dan lainnya dengan tidak berasal daripada apa-apa pun.  Oleh itu, mengetahuilah kita keluasan  makna Asma-Ullah al-Husna.

Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad s.a.w memuji Allah Taala katanya:

  لا أحصي ثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك

                        Maksudnya :
“Tidaklah aku mampu menghinggakan (menghitungkan) pujian ke atas Mu sebagaimana Engkau (sendiri) memuji ke atas Diri Mu”.
Dari sini dapatlah difahami bahawa segala kandungan makna Asma' Ullah al-Husna yang mengandungi ilmu pengenalan kepada Allah Taala adalah  sangat luas dan dibaratkan seperti di bawah ini:-

Bagi orang awam, apabila membaca kitab Terjemah Aqidahmaka memadailah bagi dirinya, umpama seorang yang berada di sebuah rumah terdapat di dalamnya pelita lilin kecil. Cukuplah dengan ilmu yang sebesar cahaya lilin itu untuk seorang dirinya, cahaynya itu tidak dapat diambil  faedahnya oleh orng lain. Akan tetapi apabila ia belajar ilmu tauhid, dengan lebih luas daripada apa yang ada dalam Kitab Terjemah Akidah Ahli As-Sunnah itu maka ia mendapati ilmunya itu bukanlah sekadar cahaya lilin, malahan cahayanya adalah seperti lampu yang besar, membolehkan orang lain mengambil faedah dari cerahan cahaya ilmu yang ia telah miliki itu,  iaitu seperti cahaya lampu yang besar. 

Ketika memiliki cahaya ilmu seperti cahaya lilin itu dahulunya maka itulah sahaja ilmu untuk mengenal Allah Taala dan tiada lain lagi. Akan tetapi apabila  telah mendalami ilmu tauhid dengan lebih luas lagi maka ia telah memiliki ilmu pengenalan kepada Allah seperti memiliki lampu yang besar, lalu ia berkata:
"Inilah sahaja ilmu pengenalan kepada Allah Taala dan tiada lain lagi dan ia tidak gemar pada kadar ilmu yang seperti cahaya lilin itu dahulu." 
Maka begitulah ilmu pengenalan kepada Allah Taala sangatlah luas. Para Nabi dan Rasul Allah dikurniakan oleh Allah Taala ilmu pengenalan kepadanya, bukan sekadar cahaya lilin atau sekadar satu lampu besar yang dapat ditumpangi oleh  beberapa orang lain daripada cerahan cahaya lampu besar itu sahaja tetapi para Nabi Allah dan Rasul a.s adalah  dikurniakan oleh Allah Taala fahaman yang lebih luas pada segala makna Asma-Ullah al-Husna mengenai ilmu pengenalan kepada Allah iaitu seperti cahaya bintang di langit yang membolehkan penduduk dunia mendapat cahaya ilmu itu.

Maka fahamlah kita bahawa apabila Allah Taala mengkurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim a.s . ilmu pengenalan kepada Allah sekadar cahaya bintang, maka ia berkata: 
"Inilah Tuhanku. (Maknanya inilah penghabisan ilmu pengenalan kepada Tuhanku.) 
Namun apabila dikurniakan oleh Allah Taala fahaman yang luas lagi,  sekadar cahaya bulan maka ia berkata: 
"Inilah Tuhanku. (Maknanya inilah penghabisan ilmu untuk mengenal  Tuhanku dan ia tidak gemar kepada ilmu yang sekadar cahaya bintang itu kerana telah ada termasuk dalam cahaya bulan itu.)
Apabila dikurniakan oleh Allah Taala fahaman yang lebih luas lagi mengenai ilmu pengenalan kepada Allah Taala sekadar cahaya matahari maka ia berkata: 
"Inilah Tuhanku." (Maknanya inilah penghabisan ilmu untuk pengenalan kepada Tuhanku dan ia tidak gemar lagi kepada ilmu pengenalan kepada Allah sekadar cahaya bulan itu.)
Adapun fahaman yang luas ini adalah  daripada adanya ilmu yang memahami "Perbuatan Ijadi" bagi Allah Taala.

Justeru barangsiapa memahami makna "Perbuatan Ijadi" bagi Allah Taala ia akan dapat memahami maksud persabdaan Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi :      
لا أحصي ثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك
Seterusnya  dapat  memahami makna:

                 ان لله سبحانه سبعين حجابا من نور

                              Maksudnya : 
"Bahawasanya ada bagi Allah Subhanahu itu tujuh puluh dindingan daripada nur iaitu tujuh puluh dindingan daripada cahaya ilmu." 
Untuk memahami maksud dindingan di sini  sila rujuk kepada ilmu pengenalan sekadar cahaya bintang yang Allah kurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.  katanya: 
"Inilah Tuhanku." ( Inilah penghabisan ilmu pengenalan kepada Tuhanku iaitu tiada ilmu yang lain.) 
[ Sila lihat kandungan ayat al-Quran mengenai hal Nabi Ibrahim a.s.  dalam surah سورة الأنعام Al-An'aam : 75-79].

Akan  tetapi apabila ada  cahaya ilmu yang lebih besar iaitu ia dapat memahaminya. Maka apakah sebab terdapat begitu banyak kaum yang telah sesat pada agama?
Ini adalah disebabkan mereka itu hanya tahu makna Perbuatan Tabi'i sahaja. Wal hal Perbuatan Tabi'e itu adalah lebih rendah dari Perbuatan Kasbi dan lebih rendah dari Perbuatan Sinai'i (صناعي).

Disebabkan kejahilan, ramai orang yang tidak mengetahui makna "Perbuatan Ijadi". Mereka hanya tahu makna Perbuatan Tabi'i sahaja. Akibatnya apabila membaca ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadis yang 'mutasyabihat' mereka itu akan mengikut makna zahir ayat-ayat itu sahaja. Pemahaman seperti ini boleh menjadi salah jika dihurai dan ditakwilkan dengan lebih meluas berdasarkan nas-nas yang sahih benarnya. Orang-orang ini yang telah sesat pada agama menuduh bahawa Allah Taala samalah seperti Perbuatan Tabi'i. Oleh itu hendaklah diberi pelajaran dan kefahaman kepada anak-anak supaya dapat membezakan antara perbuatan Tabi'i, Kasbi, Sinae'i dan Ijadi.

      
***************************************
 Image result for burung-burung berterbangan
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ  
                       Maksudnya : 
" Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah; kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masingnya telah mengetahui (cara) sembahyang/solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."
                             [Al-Quran surah سورة النور‎‎  An-Nuur : 41 ]

                                                  *******************************

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لا يُؤْمِنُونَ (6) خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (7)
                   Maksudnya : 
" Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman. (6)
Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat pedih." (7)
           [Al-Quran سورة البقرة  surah al-Baqarah : 6- 7 

************************

Sahal bin Sa'id meriwayatkan bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:
ورواه مسلم عن أبي هريرة وسهل بن سعد عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إن في الجنة لشجرة يسير الراكب في ظلها مائة عام لا يقطعها .
               Maksudnya:
"Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah pohon. Orang yang mengendarai boleh berjalan di bawah naungannya selama 100 tahun, dan tidak akan putus naungannya (ketika mengelilinginya)." [Shahih, HR. Muslim] 
                             
                             
   


             

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...