Selasa, 13 Mei 2014

PERSAUDARAAN INSAN MUKMIN


[Sambungan daripada : Pengertian " PAHALA" dan "DOSA"                             
  

 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

 أَمَّا بَعْـدُ 
وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالإيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ 
                                     Maksudnya :
Dan sekalian mereka (orang-orang Ansar) yang telah mendiami negeri itu (kota Madinah) dan beriman sejak sebelum kedatangan mereka (orang-orang Muhajirin) sangatlah mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka. Dan tidak ada pula menaruh dalam hati mereka perasaan berhajatkan dari apa yang diberikan kepada mereka (orang-orang Muhajirin) dan mereka lebih mengutamakan (orang-orang Muhajirin) dari diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat (kepada apa yang diberikan); dan barangsiapa memelihara dirinya dari tabi'at bakhilnya maka merekalah orang-orang yang beruntung."        
            [ Al-Quran surahسورة الحشر Al-Ha'asyr : 9                                                                                                                                                                                                          ***************************************
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
              Maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."
       [Al-Quran سورة الحجرات  surah Al-Hujuraat : 10 ] 

        **************************************** 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بجَلَالِي؟ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي"رواه البخاري وكذلك مالك
                           Maksudnya :
"Dari Abi Hurairah r.a., dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: 'Sesungguhnya Allah S.W.T. berfirman pada hari kiamat: 'Di manakah mereka yang berkasih-sayang kerana keagungan Ku? Pada hari ini Aku akan lindungi mereka di bawah lindungan Ku pada hari yang tiada perlindungan lain melainkan perlindungan Ku'." [Hadis riwayat Bukhari dan Malik ] 
                                                ******************************************

Persaudaraan atau ikatan persahabatan yang terjalin di antara sesama insan mukmin yang beriman dengan pegangan iktiqad keimanan yang hak kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Rasul-Nya, Kitabullah dan Hari Akhirat adalah salah satu hikmah dan rahsia penting yang menjadi teras kekuatan ideal yang wujud di dalam sanubari setiap individu mukmin yang dapat membentuk kekeluargaan dan masyarakt mukmin soleh.  

Keimanan mereka yang teguh terhadap perkara-perkara tersebut yang diserukan oleh para Rasul yang dibangkitkan Allah melalui kitabulah-kitabulah yang diturunkan melalui perutusan Malaikat Jibrael AS walaupun terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai ujian getir daripada golongan manusia yang memusuhinya menjadikan mereka umat manusia yang dikasihi Allah, dipermuliakan di dunia dan menikmati kebahagiaan berkekalan di akhirat. 

Wahyu Allah yang dimaksudkan dalam surah سورة الحشر Al-Hasyr: 9 di atas adalah puji-pujian Allah terhadap kemuliaan dan keikhlasan jalinan persahabatan dan persaudaraan yang amat luar biasa di antara golongan Ansar (penduduk Islam Madinah) melayani tetamu mereka dari golongan Muhajirin yang baru sahaja sampai dari Makkah.  Mereka mengikuti Hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah dengan perintah Allah tanpa bekalan mencukupi dan ramai juga yang tergesa-gesa berhijrah sehelai sepinggang dengan hanya berbekalkan iman dan taqwa sahaja.
  
Ketibaan golongan Muhajirin amat dinanti-nantikan golongan Ansar dengan sambutan kemeriahan luar biasa bersama keluarga di sepanjang jalan kota Madinah. Mereka berebut-rebut untuk menerima gologan Muhajirin sebagai tetamu 'istimewa' di rumah masing-masing walaupun ramai di antara mereka adalah terdiri daripada golongan fakir miskin yang serba kekurangan segala-galanya. Namun demi menjaga kepentingan dan keselesaan para tetamu 'istimewa' golongan insan mukmin Muhajirin yang berminggu-minggu kepenatan merentasi kepanasan gurun padang pasir dan berhadapan dengan berbagai kesukaran dan halangan meninggalkan kampung halaman mereka di Makkah semata-mata kerana Allah dan Rasul-Nya, mereka dengan penuh keredaan, kerelaan, dan keinsafaan menyediakan kemudahan tempat tinggal dan menghulurkan apa juga kemudahan dan bantuan dengan mengetepikan kepentingan peribadi  dan keluarga sendiri.

Gabungan ikatan tali ukhwah persaudaraan, persahabatan dan kekukuhan perpaduan gologan Muhajirin dan Ansar yang bergerak seiring mendokong kibaran panji-panji iman dan taqwa di bawah kepemimpinan Rasulullah s.a.w. akhirnya membentuk sinar tamadun Islam yang menerangi seluruh alam semesta di sepanjang zaman. Mereka inilah yang dinamakan sebagai golongan para sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallamصَلَّىٰ ٱللَّٰهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ  yang selama-lamanya menjadi sumber rujukan ilmu, hukum-hakam, inspirasi dan segala urusan agama Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Pembentukan akhlak mukmin di kalangan mereka khususnya golongan Muhajirin atau para sahabat Rasulullah s.a.w. dari kalangan kaum Quraisy di Makkah bukanlah satu perkara yang begitu mudah tercapai tetapi terpaksa melalui berbagai-bagai pengorbanan, kesusahan dan ujian Allah yang amat mencabar dan menyakitkan jiwa raga sama seperti yang dihadapi Rasulullah s.a.w. selama 13 tahun menyampaikan amanah wahyu Allah di bumi Makkah.

Pada setiap detik dalam tempoh masa 13 tahun di Makkah dipenuhi dengan cabaran getir yang dirasai sendiri oleh Rasululah s.a.w. yang memikul amanah Allah untuk menyampaikan wahyu-Nya yang diturunkan melalui perutusan Malaikat Jibrael AS agar manusia beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Rasul-Nya dan Hari Akhirat. Sebelum dibangkitkan menjadi Rasul Nabi Muhammad s.a.w. begitu dipermuliakan saudara-mara, kaum kerabat dan kaum Arab Qurisy di bumi Makkah kerana kemuliaan akhlak baginda yang amat terpuji hinggakan baginda dipermuliakan dan disanjung tinggi dengan memberi gelaran mulia, "Al-Amin". 

Namun apabila baginda dibangkitkan Allah menjadi Rasul dan diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu-wahyuNya kepada penduduk Makkah segala kemuliaan, sanjungan tinggi dan puji-pujian yang diberikan sebelumnya terus lenyap. Sebaliknya tercetuslah babak permusuhan berpanjangan dengan kaum kafir Quarisy terutama sekali di kalangan saudara-mara terdekat. Baginda dikeji, diperejek, disakiti, diganggu-gugat ketika mendirikan sembahyang dan lain-lain penghinaan lagi agar baginda memberhentikan usaha menyampaikan kalimah-kalimah ayat al-Quran wahyu Allah yang amat bertentangan dengan adat resam warisan budaya dan pola kehidupan jahiliah penduduk Makkah yang sudah kukuh berakar umbi buat sekian lamanya.  

Mereka menyedari jika sekiranya seruan keimanan Nabi Muhammad s.a.w. yang berteraskan Dua Kalimah Syahdat: 

أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله
diterima umum oleh penduduk Makkah maka akan runtuhlah cara hidup jahiliah dan anutan kepercayaan budaya tradisi nenek moyang mereka menyembah berhala yang diwarisi sekian lama dari satu generasi ke satu generasi. Lantas mereka bertindak menggerakkan berbagai plan strategi untuk melenyapkan penyibaran kepercayaan agama wahyu al-Quran dengan berbagai-bagai cara. Sesiapa juga yang didapati beriman kepada seruan Nabi Muhammad s.a.w diseksa, didera, disakiti, disisihkan, dipulau, dicela dan bermacam-macam jenis penghinaan lagi. 

Bumi Makkah menjadi saksi betapa Ammar bin Yassir diseksa dan kedua ibu dan bapanya dibunuh dengan kejam oleh Abu Jahal menggunakan api. Bilal bin Rabbah, seorang hamba abdi berkulit hitam dari Habsyah diseksa tuannya, Ummayah bin Khalaf.  Dia dikenakan berbagai seksa dengan ditimpakan batu besar di atas dadanya dan dijemur di padang pasir di bawah sinaran matahari yang panas membakar oleh tuannya yang memaksanya supaya meninggalkan keimanannya terhadap pengajaran Nabi Muhammad s.a.w dan kembali kepada kepercayaan asalnya menyembah berhala al-Latta dan Uzza. Namun keimanan Bilal tetap teguh tanpa sedikit pun berganjak dengan mengucapkan kalimah at-Tauhid menyebut nama Allah : Ahad!!, Ahad!!, Ahad!!.

Demikian juga dengan kisah Abu Zarrin Al-Ghifari sebaik sahaja beriman memeluk Islam dengan lantang dan beraninya melafazkan dengan lantang Dua Kalimah Syahdat:

أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله           
di hadapan kafir Qurisy yang berada di hadapan Ka'abah Baitullah. Akibatnya dia  telah dipukul teruk hampir maut hingga diselamatkan oleh Abbas, bapa saudara Rasulullah s.a.w yang belum beriman memeluk Islam. Begitu juga dengan kisah-kisah duka nestapa ramai lagi para sahabat Rasulullah s.a.w. termasuk kisah Abdullah bin Qah'fah bin A'amair bin Kaa'b bin Saad bin Tim bin Murrah At-Timi Al-Quraisyi (Abu Bakar As-Siddeeq), seorang hartawan yang telah menjalin persahabatan dengan Nabi Muhammad sejak baginda belum lagi dibangkitkan menjadi Rasul, membebaskan beberapa orang hamba abdi yang diseksa tuan-tuan mereka termasuk Bilal bin Rabah al-Habsyi.

Segala tindak tanduk yang dikenakan terhadap Rasulullah s.a.w. dan kezaliman kafir Quraisy terhadap mereka yang beriman kepada seruan baginda tidak sedikitpun melemah atau menggoncang keutuhan semangat dan meruntuhkan keimanan mereka. Malahan segala ujian getir yang mereka alami diterima dengan penuh kesabaran dan memperkukuhkan lagi keimanan mereka terhadap kebenaran ajaran Islam dan wahyu al-Quran. 

Rasulullah s.a.w teramat sedih dan berdukacita melihat segala kezaliman ini dan membaca ayat al-Quran surah سورة العنكبوت Al-A’nkabut, ayat 1-3 agar mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan menerima ujian Allah :
  الم (1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3
                            Maksudnya :
"(الم)(Allah Amat mengetahui akan segala kehendak maknanya  dengan yang demikian itu). (1)  
Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiar hanya dengan berkata: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi. (2) 
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang dari sebelum mereka maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang-orang yang benar pada keimanan mereka dan Dia Maha Mengetahui orang-orang yang berdusta." (3)

Allah mempergingatkan juga Rasulullah s.a.w. agar dapat memperteguhkan keyakinan dan kesabarannya menempuh segala kegetiran ujian yang dihadapinya dan orang-orang yang beriman kepadanya dengan menurunkan wahyu seperti yang terkandung dalam سورة الأحقاف surah Al-Ah’qaf, ayat 35:

فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ بَلَاغٌ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ 
                       Maksudnya :
“Maka bersabarlah (wahai Muhammad) sebagaimana sabarnya Ulul-Azmi (orang-orang yang mempunyai keazaman dan keteguhan hati) dari kalangan Rasul-rasul (sebelum engkau) dan janganlah engkau minta disegerakan (azab) bagi mereka. Pada hari mereka melihat azab yang diancamkan (dijanjikan) kepada (mereka)  seolah-olah  mereka, tidak tinggal (di dunia) kecuali sesaat pada siang hari; (al-Quran ini adalah) penjelasan (dari Allah), maka tidak dibinasakan (ketika melihat keseksaan) kecuali kaum orang-orang yang fasik.”
Pada permulaannya wahyu-wahyu yang diturunkan disampaikan Rasulullah s.a.w. kepada umum secara senyap tanpa diuar-uarkan kerana kebimbangan terhadap tindakan melampau pihak kafir Quraisy yang boleh menyakiti dan memudaratkan orang-orang yang beriman. Kebiasaannya baginda menemui sekitar 30 orang jemaah  di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam untuk menyampaikan wahyu dan tafsiran lanjut terhadap setiap wahyu yang diturunkan. 

Kebiasaannya Malaikat Jibrael AS (tanpa dapat dilihat atau dikenali oleh jemaah yang hadir) ada bersama Rasulullah s.a.w. untuk mengikuti penyampain ilmu-ilmu wahyu dan membantu memberikan penjelasan dan pentafsiran kepada Rasulullah sekiranya berbangkit persoalan-persoalan yang dikemukakan tidak dapat dijawab atau diperjelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Di samping itu sudah semestinya ramai para malaikat rahmat yang turut hadir untuk membarkati majlis ilmu dan mendo'akan kerahmatan dan kesejahteraan semua yang hadir.

Setelah jumlah orang yang beriman menyahut seruan baginda bertambah ramai maka Allah memerintahkan pula agar menyibarkannya secara terbuka dan berterang-terangan kepada semua seperti Firman Allah dalam surahسورة الحجر Al-Hijer, ayat 94 :
   فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ
                            Maksudnya :
"Maka serukanlah secara terbuka dengan apa yang engkau diperintahkan dan berpalinglah engkau dari orang-orang musyrikin.”
Kesusahan dan penderitaan yang ditanggung oleh orang beriman semakin mencengkam dan memaksa sekumpulan daripada mereka yang terdiri daripada 12 orang lelaki bersama lima orang wanita isteri-isteri mereka berhijrah ke Habsyah setelah mendapat restu keizinan dan petunjuk daripada Rasulullah s.a.w. Tidak lama selepas itu diikuti pula dengan rombongan yang lebih besar berhijrah ke Habsyah untuk meminta perlindungan daripada Raja Habsyah bernama An-Najasyi yang juga seorang ahli kitab yang baik dan bertimbang rasa yang telah menerima warkah perutusan daripada Rasulullah s.a.w. menyeru dia supaya memeluk Islam beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

                       
 Surat Rasulullah s.a.w, kepada Raja Habsyah dan Kaisar 
Romawi Byzantine menyeru mereka supaya beriman.
                        
Raja Habsyah bernama An-Najasyi itu memanggil mengadap perwakilan mereka untuk menerangkan kedudukan sebenar yang berlaku di Makkah apabila dia diminta oleh beberapa orang perwakilan kafir Quraisy iaiatu Amru bin Al-'As dan Abdullah bin Abi Rabiah supaya menyerahkan kesemua 83 orang Muslim Makkah yang berlindung di Habsyah dengan berbagai tuduhan memburuk-burukkan mereka. Amru Al-'As yang belum beriman ketika itu adalah seorang pemuda kaum Quraisy anak kepada A-'As bin Wail dari Bani Sham seorang ahli perniagaan terkenal dan paling kuat menentang Rasulullah s.a.w. Pemilihan Amru Al-'As dalam misi ini adalah berdasarkan kewibawaan beliau sebagai seorang yang bijaksana dan petah berbicara yang dijangka dapat mempengaruhi Raja Habsyah. Raja An-Najasyi yang juga seorang yang berpegang teguh kepada ajaran-ajaran al-kitab merasa amat insaf dan terharu apabila Saidina Jaafar bin Abi Talib r.a., sepupu Rasulullah s.a.w, yang mewakili kaum Muslimin Makkah berucap bagi memperjelaskan perihal sebenar seperti yang bermaksud :
"....Kami ini manusia jahil. Kami tidak mengenal Allah dan Pesuruh-Pesuruh-Nya. Kami menyembah batu-batu, memakan bangkai dan melakukan segala jenis kejahatan. Kami tidak menunaikan kewajipan kami terhadap kaum kerabat kami. Yang kuat di antara kami menindas yang lemah. Akhirnya dibangkitkan seorang Nabi yang membawa pembaharuan dalam kehidupan kami. Keturunannya mulia, akhlak dan perangainya lurus dan kehidupannya yang suci bersih diketahui umum. Dia menyeru kami supaya beribadat kepada Allah dan meninggalkan perbuatan-perbuatan syirik (menyekutukan Allah). Dia mengajar kami supaya bercakap benar, menunaikan amanah, menghormati kaum kerabat dan berbaik-baik dengan jiran tetangga.  
Daripadanya kami belajar sembahyang, berpuasa, berzakat dan berkelakuan baik. Kami diajar supaya menjauhi perbuatan-perbuatan jahat dan pertumpahan darah. Dia melarang berzina, perbuatan-perbuatan lucah dan keji, bercakap bohong, memakan harta anak yatim secara haram, mengada-adakan fitnah dan sebagainya. Dia mengajarkan kami al-Quran, kitab Allah yang mengagumkan. Jadi kami percaya kepadanya, kami mengikuti jejak langkahnya, beriman dan menerima sepenuhnya segala ajaran yang dibawanya. Oleh kerana inilah maka kami telah diganggui, dizalimi dan diseksa dengan harapan kami kembali kepada keadaan sedia kala (jahiliah) seperti dahulu. Apabila kekejaman dan penyeksaan terhadap orang-orang kami melampaui batas-batas peri kemanusiaan, maka kami pun dengan do'a restu Nabi datang kemari (Habsyah) untuk berlindung di negeri  tuanku......."
Raja An-Najasyi mendengar ucapan penjelasan tersebut dengan teliti dan bertambah terharu apabila Jaafar r.a. membacakan ayat-ayat al-Quran surah Maryam yang menjelaskan kisah keajaiban luar biasa yang dialami Maryam ketika mengandung dan  melahirkan puteranya Nabi Isa Alaihisalam. Lantas mereka diberikan keizinan untuk terus tinggal di Habsyah selama mana yang dihajati dengan memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan. Permintaan perwakilan kafir Quraisy yang diketuai oleh Amru Al-'As untuk menyerahkan mereka telah ditolak dan hadiah berharga yang diberikan dikembalikan semula.

[Lihat : Tingkatan Otak Manusia dan Akhlak Mukmin]

Dalam tempoh masa 13 tahun Rasulullah s.a.w berhadapan dengan berbagai -bagai cabaran getir dan kesusahan daripada kaum kafir Quraisy yang sebilangan daripadanya adalah dari kalangan keluaraga terdekat baginda sendiri Allah telah menurunkan wahyu-wahyu al-Quran yang kebanykannya memberikan peringatan demi peringatan kepada manusia supaya beriman kepada Allah, Rasul-Nya, Hari Akhirat, ibadat, dosa dan pahala, balasan syurga dan neraka dan segala perkara yang berkaitan akidah keimanan dengan memberikan contoh-contoh pengajaran yang pernah menimpa kepada umat manusia terdahulu yang mengingkari seruan para Rasul yang dibangkitkan.

Surah-surah al-Quran yang diturunkan di Makkah ini dikenali sebagai ayat-ayat Makkiyah yang meliputi 19 juzuk daripada 30 juzuk al-Quran yang mengandungi 86 surah. Sementara surah-surah al-Quran yang diturunkan di Madinah dinamakan sebagai ayat-ayat Madaniyah yang terdiri daripada 11 juzuk al-Quran yang mengandungi 28 surah. Setiap ayat al-Quran yang diturunkan disusuli pula dengan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. untuk memperjelasakn dengan lebih detail lagi pentafsiran dan pengertian setiap kalimah dan ayat al-Quran supaya para sahabat baginda dapat membaca, menghafaz, memahami, menghayati dan beriman sepenuhnya terhadap kitabullah al-Quran Kalam Allah. 

Maka setiap detik selama 13 tahun di Makkah adalah tempoh masa turun wahyu Allah yang memberikan berbagai-bagai implikasi terhadap penduduk Makkah sama ada bertambah kukuh keimanan dan ketaqwaan mereka atau terus berkekalan hidup dalam kegelapan kufur mengingkari Allah dan seruan Rasul-Nya kecuali mereka yang mendapat taufik hidayah Allah.
Setiap ayat al-Quran yang diwahyukan daripada surah-surah yang panjang seperti surah سورة طه‎‎ Thaahaa yang mengandungi 135 ayat hinggalah kepada surah-surah yang pendek seperti surah سورة العصر‎‎ Al-'Ashr yang mengandungi 3 ayat sahaja diimani dan dihayati sepenuhnya. Kisah-kisah kezaliman dan hukuman Allah yang ditimpakan kepada umat-umat para Rasul yang dibangkitkan terdahulu menjadi ingatan, keinsafan dan pengajaran berkesan kepada semua jemaah yang beriman kepada Rasululah s.a.w. Ramai juga di kalangan mereka yang ditakdirkan Allah menjadi penyebab turunnya sesuatu ayat al-Quran. Maka sudah pastinya mereka dapat merasakan sendiri kesusahan dan kedukacitaan menanggungnya dan memberikan penjelasan dan pentafsiran yang tepat lagi meluas mengenai sesuatu ayat yang turun melibatkan diri mereka.

Mereka juga melihat sendiri dengan mata kepala dan merasakan mukjizat-mukjizat kurniaan Allah kepada Rasulullah s.a.w yang teramat jelas lagi nyata apabila berhadapan dengan sesuatu kesusahan yang tidak ada jalan untuk mengatasinya. Mereka menyaksikan sendiri kemuliaan sifat-sifat mahmudah dan kemaksuman Rasulullah s.a.w. Baginda mengatasi manusia lain dalam segala perkara mengenai urusan duniawi, ketaqwaan,  peribadatan, keilmuan, kebijaksanaan, keberanian dan sebagainya. 

Segala ilmu yang terkandung di dalam al-Quran seperti sifat-sifat Allah di dalam pengertian nama-nama Allah yang amat indah Asma' Ullah al-Husna, segala balasan yang dijanjikan Allah kepada orang mukmin soleh dan mereka yang kufur ingkar, hal hari kiamat, syurga, neraka dan segala perkara berkaitan dengan akidah keimanan seperti yang diperjelaskan di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. difahami sepenuhnya mata hati mereka tanpa sebarang syak, waham dan ragu-ragu. Teras akidah keimanan yang hak ini tersemat kukuh di dalam hati (qalbu) menjadi pegangan dan diterjemahkan dalam ibadat, perbuatan dan pola pemikiran dan kehidupan seharian mereka.
Ertinya bimbingan, pendidikan keilmuan dan amalan berterusan secara langsung daripada Rasulullah s.a.w., penghulu segala Nabi dan Rasul yang dibangkitkan, manusia dan jin dengan sokongan keilmuan daripada  Malaikat Jibrael AS, penghulu sekalian malaikat yang terdapat di langit dan bumi selama 13 tahun di Makkah telah melahirkan barisan para insan ilmuan mukmin soleh. Mereka amat memahami, menjiwai dan menghayati sepenuhnya wahyu Allah yang diturunkan dan mentaati segala suruhan dan tegahan Allah dan Rasul-Nya tanpa kompromi. 

Mereka dengan mudah dapat merasai dan membezakan keindahan, kebenaran dan kemuliaan hidup orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan keburukan tradisi kehidupan jahiliah kerana sebilangan besar daripada mereka dilahirkan dan hidup dalam suasana mengamalkan warisan tradisi dan kepercayaan jahiliah buat sekian lamanya.


Lautan ilmu yang mereka 'timba' terus daripada sumber "Hadis Hidup" di hadapan mereka menjadikan kecintaan mereka terhadap Allah, Rasul-Nya dan Hari Akhirat mengatasi segala-galanya walaupun terpaksa hidup dalam serba kekurangan dan berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran kesusahan dan gangguan mental dan fizikal tanpa ikhsan belas daripada kafir Quraisy. 

Mereka inilah golongan Muhajirin Makkah yang setia mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w dan mentaati perintah Allah supaya berhijrah ke Madinah seperti Firman Allah yang dimaksudkan dalam surah سورة النساء An-Nisaa' ayat 97-100 tanpa mengambil kira, dapat menjangka atau memikirkan nasib masa depan dan risiko hidup-mati yang sedia menunggu di sepanjang perjalanan dan apabila berada di Kota Madinah. 


Mereka yang dikecualikan dari perintah berhijrah ini adalah seperti yang dimaksudkan dalam Firman Allah surah سورة النساء  An-Nisaa' ayat 98-99 : 
إِلاَّ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجالِ وَالنِّساءِ وَالْوِلْدانِ لَا
يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلا يَهْتَدُونَ سَبِيلاً (98) فَأُولئِكَ عَسَى
اللَّهُ أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُمْ وَكانَ اللَّهُ عَفُوًّا غَفُوراً (99            
                         Maksudnya :
"Kecuali mereka yang tertindas baik lelaki atau wanita ataupun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah).(98)  
Mereka itu mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."(99)
Kemunculan golongan orang Ansahr dari Yathrib atau Madinah bermula kira-kira tahun ke 11 selepas dibangkitkan Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah bersamaan tahun 620 Masehi iaitu pada musim Haji di Makkah. Enam orang dari kaum Auz dan Kazraj telah menemui Rasulullah s.a.w. di Aqabah dan memeluk Islam. Mereka berjanji untuk menyampaikan risalah keimanan agama tauhid yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. di kalangan penduduk Yathrib.

Pada musim Haji tahun berikutnya iaitu pada bulan Julai tahun 621 Masehi lebih ramai lagi orang Ansar menemui Rasulullah di Aqabah berhampiran Mina dan termetrailah perjanjian atau bai'ah lisan di antara mereka dengan Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai Bai'ah (Ikrar Setia) Al-Aqabah. Antara nama-nama yang tercatat ialah :
1. Mu’adh bin Al-Harith bin Afra’ dari Bani An-Najjar (Kabilah Al-   Khazraj)  
2. Zakwan bin Abdul Al-Qays dari Bani Zurayq (Kabilah al-Khazraj)  
3. Ubadah bin Al-Samit dari Bani Ghanam (Kabilah al-Khazraj 
4. Yazid bin Tha’labah dari sekutu Bani Ghanam (Kabilah al- Khazraj)  
5. Al-Abbas bin Ubadah Bin Nadhlah dari Bani Salim (Kabilah al-Khazraj) 
6. Abu Al-Haytham bin Al-Tihan dari Bani Abdul Al-Ayshal (Kabilah Aus)  
7. Uwaym Bin Saidah dari Bani Amru’ bin Auf (Kabilah Aus) 
Antara kandungan bai'ah tersebut adalah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. bermaksud :
"...Marilah, berbai’ahlah kepadaku bahawa kamu tidak akan mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anakmu, tidak membawa cerita-cerita fitnah dari hadapan dan belakang kamu dan tidak mendurhakaiku dalam kebajikan. Barangsiapa daripada kamu yang menunaikan bai’ah ini, maka Allah akan memberikan ganjarannya. Barangsiapa yang melanggar sesuatu daripadanya lalu dihukum semasa di dunia maka itu adalah sebagai penebus (kafarah). Barangsiapa yang melanggar sesuatu daripadanya lalu Allah menutupnya, maka urusannya terserahlah kepada Allah, jika Dia berkehendak maka Dia akan menyeksanya dan jika Dia berkehendak Dia akan mengampunkannya..."

   Masjid Al-Bai'at Di Mina Yang Dibina Untuk Memperingati Peristiwa Bai'ah  Al-Aqabah

Selepas mendengar sabda Rasulullah s.a.w tersebut kesemua orang Ansar yang hadir tampil ke hadapan seorang demi seorang memberikan salam perakuan terhadap bai'ah tersebut. Sekembalinya mereka ke Yathrib Rasulullah s.a.w telah mengutuskan seorang sahabat yang masih muda dan di antara yang terawal beriman memeluk Islam bernama  Mush'ab bin Umair bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Abd al-Dar Qushai (مُصعَب بن عُمَیر بن هاشم بن عبدمناف بن عبدالدار قُصیmengiringi perjalanan mereka ke Yathrib. 

Mus'ab adalah seorang pemuda Quraisy yang bijaksana, berhemah mulia, penuh ilmu di dada dan mempunyai kebijaksanaan luar biasa dalam pembacaan dan pentafsiran al-Quran. Peranan utama dan terpenting yang diamanahkan Rasuluillah s.a.w. kepada Mus'ab adalah menyibarkan syiar Islam di kalangan penduduk Yathrib.
Dalam tempoh masa setahun sahaja Mus'ab bin Umayr bergerak bersama sahabatnya orang Ansar bernama As'ad bin Zurarah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat tinggal Mus'ab dan pusat menyibarkan risalah keimanan dan syariat Islam kepada penduduk Madinah ternyata amat berkesan. Islam tersebar luas ke seluruh Yathrib. Sinar Islam yang terpancar melaluinya menjadi perbulan harian seluruh penduduk. Hikmah terbesar penerimaan Islam di kalangan penduduk Madinah ialah jalinan perdamaian di antara puak Aus dan Kazraj yang dahulunya adalah musuh ketat yang sering bersengketa.

Pada musim Haji tahun berikutnya terdapat kira-kira tujuh puluh (70) orang lagi termasuk dua (2) orang wanita menemui Rasulullah s.a.w. di Aqabah untuk berbai'ah dengan baginda. Di samping mereka terdapat juga penduduk Yathrib yang masih kafir turut serta yang diketuai Abdullah bin Ubayi tetapi menginap di khemah-khemah yang berasingan dengan orang Islam.

Akhirnya Rasulullah s.a.w yang ditemani oleh bapa saudaranya yang masih belum beriman, Al-Abbas bin Abdul Mutalib, menemui rombongan golongan Ansar dari Yathrib pada larut malam hari Tasyriq di Aqabah berhampiran Jamrah Al-Ula di Mina. Pertemuan bagi tujuan berbai'ah ini dilakukan secara rahsia bagi mengelakkan dari diketahui oleh kafir Quraisy. Dalam catatan sejarah ada menyebut yang bermaksud:
“...lalu Rasulullah s.a.w berucap, kemudian membaca al-Quran dan mengajak kepada agama Allah serta menggemarkan kepada Islam. Kemudian baginda berkata : Aku sanggup menerima bai'ah kamu dengan syarat kamu mempertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri, isteri dan anak pinak kamu....."
Sabda Rasulullah s.a.w ini disambut oleh Al-Barra’ bin Ma’rur dengan memegang tangan baginda seraya berkata :
“ Ya, demi yang mengutuskan kamu dengan kebenaran pasti kami akan mempertahankan kamu sebagaimana kami mempertahankan belakang tubuh kami. Maka sudilah menerima bai’ah kami ya Rasulullah...." 
Ketika Al-Barra sedang berkata-kata, Abu Al-Haytham bangkit mencelah dengan berkata yang bermaksud:
“....wahai Rasulullah sesungguhnya antara kami dengan orang Yahudi ada perjanjian, apakah sekiranya kami memutuskan hubungan dengan mereka kemudian Allah memenangkan kamu, maka kamu akan balik kepada kaummu meninggalkan kami?..."
Rasulullah s.a.w. tersenyum mendengar kata-kata ini seraya bersabda :
"....bahkan, darah tetap darah, binasa tetap binasa, aku dari kalangan kamu dan kamu dariku, aku akan memerangi siapa yang kamu perangi dan aku akan berikan keamanan kepada siapa yang kamu selamatkan?..."
Sungguhpun bai'ah yang dipersetujui bersama adalah dalam bentuk pengakuan lisan dan qalbu sahaja namun detik bersejarah yang terukir di Aqabah, Mina ini adalah detik permulaan bercambahnya kesuburan benih ikatan persaudaraan mukmin soleh berteraskan IMAN dan TAQWA yang kukuh di antara golongan Muhajirin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w dengan golongan Ansar dari Yathrib/Madinah yang tidak dapat dipisahkan walaupun kaum kafir Quraisy berusaha gigih untuk menghancurkannya dengan bantuan golongan munafiqin.

Menyedari apa yang berlaku di Aqabah dan penerimaan penduduk Madinah terhadap seruan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w memberi pengertian kepada  kaum kafir Quraisy di Makkah bahawa mereka menghadapi ancaman keselamatan yang amat besar. Persidangan Darul Nadwah di Makkah yang dihadiri semua pembesar kafir Quraisy telah mencapai kesepakatan untuk menghapuskan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pencetus kebangkitan dan kesedaran baru terhadap kebenaran agama Islam di kalangan masyarakat Arab jahiliah di bumi Hijaz.

Maka bermulalah babak "Hijrah" Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda kaum Muhajirin dari Makkah menuju Madinah untuk menyelamatkan nyawa dan keimanan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya dari ancaman besar kaum kafir Quraisy sebagaimana yang tercatat dalam sejarah. Peristiwa besar ini mengulangi kembali apa yang pernah berlaku dan dialami nabi-nabi terdahulu khususnya Nabi Nuh a.s., Nabi Luth a.s. dan Nabi Musa a.s. sebagaimana yang diceritakan di dalam al-Quran dan kitabullah terdahulu. Nabi Musa a.s. telah diperintahkan Allah supaya berhijrah meninggalkan bumi Mesir bersama kaum Bani Israel dari ancaman Firaun dan tentera-tenteranya yang memburu mereka dengan tujuan untuk menamatkan riwayat Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya kaum Bani Israel yang sudah sekian lama bermastautin di Mesir.

Firaun binasa ditelan lautan yang terbelah dua dan terkatup semula dengan serta merta kerana dia tidak memahami Qadrat dan Rahmat pertolongan Allah kepada Rasul-Nya dan orang-orang mukmin yang beriman dari ancaman musuh-musuhnya melalui mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Musa a.s.. Kaum kafir Quraisy yang juga jahil bahawa rahmat pertolongan serta perlindungan Allah sentiasa mengiringi penghijrahan Rasulullah s.a.w dan kaum Muhajirin gagal dalam misi untuk membunuh Rasulullah s.a.w. yang menggunakan strategi dan taktik pergerakan melarikan diri yang amat teliti di luar jangka.

Bezanya tidak berlaku kejadian fenomena alam seperti yang menimpa kaum Nabi Nuh, Nabi Luth dan Firaun bersama bala tenteranya.  Takdir Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui mempunyai hikmah yang lebih besar membangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul terakhir untuk menyampaikan amanah wahyu kitabullah al-Quran al-Karim kepada seluruh umat manusia yang berkekalan hingga berlakunya hari kiamat besar dunia.

Hakikat ini dapat memberikan pengertian bahawa mukjizat besar kitabullah al-Quran adalah untuk "membelah lautan kejahilan hati dan minda" dan melimpahkan rahmat kepada umat manusia pada setiap zaman agar memahami bahawa sekalian alam ini adalah milik Allah kerana Allah yang mengadakannya daripada semata-mata tiada kepada ada. Dijadikan manusia hanya untuk beriman kepada-Nya, mensyukuri segala nikmat-Nya dengan mentaati segala suruhan dan tegahan-Nya dan apa yang diwahyu dan diperjelaskan di dalam kitabullah adalah kesemuanya benar belaka.
Dalam tempoh masa 10 tahun Rasulullah s.a.w. bertapak di Madinah al-Munawwarrah berbagai-bagai peristiwa penting berlaku yang amat mencabar kewibawaan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Hakikat ini terkandung di dalam 11 juzuk  al-Quran yang terhimpun di dalam 28 surah yang dinamakan sebagai ayat-ayat Madaniyah. Cabaran berat yang terpaksa dihadapi adalah untuk mentadbirkan masyarakat majmuk Madinah yang sudah sebati mengamalkan berbagai-bagai fahaman dan kepercayaan agama dan tradisi budaya kemasyarakatan suku kaum masing-masing termasuk golongan ahli kitab kaum Yahudi dan Nasrani.  Sumber rezeki dan pembentukan sosio-ekonomi yang berteraskan sistem riba yang dipelopori kaum Yahudi juga amat mencengkam kehidupan mereka.

Cabaran paling berat dan getir adalah menangani kaum Yahudi yang amat terkenal dengan kelicikan dan memusuhi Rasulullah s.a.w. dan Islam yang semamangnya dari awal lagi mereka mengetahui kebenaran Nabi Muhammad sebagai Rasulullah terakhir dibangkitkan yang ada disebut di dalam kitab At-Taurat dan Injil. 

Kaum Yahudi di Madinah terdiri daripada tiga suku etnik iaitu Bani Qainuqa, Bani Nadir dan Bani Quraizah. Dalam pada itu terdapat juga seorang pemimpin kanan dan pendita orang Yahudi Bani Qainuqa bernama Abdullah bin Salam yang berpegang teguh kepada ajaran sebenar At-Taurat dikurniakan hidayah memeluk Islam. Tindakan beliau itu memberi tamparan hebat kepada orang Yahudi di Madinah, lantas dia dihina, disingkir dan dipulau kaumnya. 

Di samping itu terdapat juga golongan munafiqin yang amat sukar dikenali kerana pada zahirnya mereka sama seperti umat Islam tetapi hati mereka masih meingkari dan tidak beriman. Mereka melakukan ibadat yang sama dengan orang Islam dan bercampur gaul dengan masyarakat dan terlibat sama dalam aktiviti sosio-ekonomi dan budaya hidup umat Islam. 

Ketika berada di Makkah Rasulullah s.a.w dan orang-orang yang beriman kepadanya amat mudah mengenali orang-orang kafir Quraisy kerana mereka tidak bercampur gaul dan melakukan berbagai urusan yang berbeza dan bertentangan dengan umat Islam. Justeru Allah mewahyukan di dalam al-Quran mengenai perangai dan tanda-tanda orang-orang munafiq untuk dijadikan ingatan dan panduan. Antara tanda-tanda atau ciri-ciri orang munafiq adalah seperti yang terkandung di dalam al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah ayat  8-15 :

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (8) يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ (9) فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (10) وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لا تُفْسِدُوا فِي الأرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ (11) أَلا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لا يَشْعُرُونَ (12) وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ أَلا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لا يَعْلَمُونَ (13وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ (14) اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ (15)
                          Maksudnya :
"Di antara manusia ada yang mengatakan: 'Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian,' pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.(8)     
Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar. (9) 
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. (10) 
Dan bila dikatakan kepada mereka: 'Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi'. Mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.'(11)   
Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar. (12) 
Apabila dikatakan kepada mereka: 'Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman.' Mereka menjawab: 'Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?' Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu. (13)  
Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: 'Kami telah beriman'. Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka (pemimpin-pemimpin), mereka mengatakan: 'Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok.'(14)   
Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka."(15) 
Ciri-ciri golongan orang munafiq diperjelaskan juga dalam سورة التوبة surah At-Taubah ayat 62-66 :
يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَكُمْ لِيُرْضُوكُمْ وَاللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَقُّ أَنْ يُرْضُوهُ إِنْ كَانُوا مُؤْمِنِينَ (62) أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّهُ مَنْ يُحَادِدِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَأَنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدًا فِيهَا ذَلِكَ الْخِزْيُ الْعَظِيمُ (63) يَحْذَرُ الْمُنَافِقُونَ أَنْ تُنَزَّلَ عَلَيْهِمْ سُورَةٌ تُنَبِّئُهُمْ بِمَا فِي قُلُوبِهِمْ قُلِ اسْتَهْزِئُوا إِنَّ اللَّهَ مُخْرِجٌ مَا تَحْذَرُونَ (64) وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ (66
                    Maksudnya :
" Mereka bersumpah kepada kamu dengan [nama] Allah untuk mencari keredaanmu, pada hal Allah dan Rasul-Nya itulah yang lebih patut mereka cari keredaannya jika mereka adalah orang-orang yang mukmin.(62)
Tidakkah mereka [orang-orang munafik] mengetahui bahawasanya barangsiapa menentang Allah dan Rasul-Nya Neraka Jahanamlah baginya, dia kekal di dalamnya. Itu adalah kehinaan yang besar.(63)
Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surat yang menerangkan apa yang tersembunyi di dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: ' Teruskanlah ejekan-ejekanmu (terhadap Allah dan Rasul-Nya)'Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu.(64)
Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan) tentulah mereka akan menjawab: 'Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan barmain-main sahaja.' Katakanlah: 'Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?'(65)  
Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami maafkan segolongan daripada kamu (kerana bertaubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa."(66)
Maksud yang hampir sama terkandung juga di dalam surah سورة آل عمران Ali 'Imran ayat 167 :
وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ نَافَقُوا وَقِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا قَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوِ ادْفَعُوا قَالُوا لَوْ نَعْلَمُ قِتَالا لاتَّبَعْنَاكُمْ هُمْ لِلْكُفْرِ يَوْمَئِذٍ أَقْرَبُ مِنْهُمْ لِلإيمَانِ يَقُولُونَ بِأَفْواهِهِمْ مَا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يَكْتُمُونَ 
                   Maksudnya :
" dan supaya Allah mengetahui siapa orang yang munafik. Kepada mereka dikatakan : 'Marilah berperang di jalan Allah  atau pertahankanlah (dirimu)'. Mereka berkata : 'Sekiranya kami mengetahui akan terjadi peperangan, tentulah kami mengikuti kamu'. Mereka pada hari itu lebih dekat kepada kekafiran daripada keimanan. Mereka mengatakan dengan mulutnya apa yang tidak terkandung dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan."
Terdapat juga banyak Hadis Rasulullah s.a.w. yang memperjelaskan sifat-sifat orang munafiq. Antara Hadis terkenal dan sering menjadi rujukan bermaksud :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
                            Maksudnya : 
"Dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w., baginda bersabda: 'Tanda munafik ada tiga; jika berbicara dia dusta, jika berjanji ia mengingkari dan jika diberi amanah dia khianat'."[HR Bukhari ]
Allah memperingatkan juga agar orang-orang beriman sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap orang "fasik" yang amat bijak dan licik menyibar berita fitnah dengan berbagai-bagai cara dan pendekatan di luar jangka :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ 
                         Maksudnya :
" Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidk menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatmu itu."
                       [Al-Quran سورة الحجرات  surah Al-Hujuraat : 6 ] 

Allah menghina dan melaknat golongan orang munafik ini dengan menghukum mereka dengan azab seksa di dalam neraka yang paling bawah sekali sebagaimana Firman-Nya dalam surah سورة النساء An-Nisaa' ayat 145 :
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الأسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا 
                           Maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka, dan kamu tidak sesekali akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka."  
Salah satu hikmah kesusahan dan kedukacitaan yang ditimpakan ke atas Rasulullah s.a.w., para sahabat dan semua orang yang beriman kepada seruan baginda selama 13 tahun di Makkah ialah pengkukuhan iman, taqwa, mental, kerohanian dan fizikal. Sebagai insan mukmin soleh berbekalkan kemantapan ilmu dan taqwa mereka sudah cukup terlatih dan bersedia untuk berhadapan dengan berbagai-bagai jenis dan skop ujian lebih berat dan mencabar yang akan dilalui ketika berada di Madinah dengan turunnya wahyu-wahyu memerintahkan berperang jihad fisabillah dan berbagai urusan memperkasa dan pengukuhan umat serta agama pada babak-babak selanjutnya.

Islam terbina di atas jihad perjuangan ilmu, pengorbanan harta, jiwa raga dan titisan darah para syuhadak yang gugur di kalangan mereka yang bergerak bersama Rasulullah s.a.w. tanpa mengenal penat lelah dan jemu menyibarkan sinar Islam dan wahyu Allah sehingga turunnya wahyu terakhir al-Quran سورة المائدة surah Al-Maa-idah ayat 3: 
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالأزْلامِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لإثْمٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ                                   
                             Maksudnya :
"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redai Islam itu menjadi agama bagimu.Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."           
Ikatan persaudaraan antara golongan Muhajirin dan Anshar di Madinah semakin kukuh lagi mantap laksana benteng pertahanan yang kukuh padu di bawah kepemimpinan Rasulullah s.a.w. Hakikat ini mendapat pujian daripada Allah dengan menyebut mereka sebagai golongan:Radhiallhu'anhum yang bermaksud Allah reda terhadap mereka seperti  yang disebut di dalam al-Quran سورة التوبة  surah At-Taubah ayat 100  :
وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ  
                        Maksudnya :
" Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama mula beriman memeluk agama Islam di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka juga reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar."    
Rasulullah s.a.w. amat menyanjung tinggai para sahabat baginda dalam segala aspek penghayatan agama Islam. Baginda mengibaratkan perbezaan ketinggian martabat kemuliaan para sahabat baginda dengan golongan insan mukmin lain adalah sebagaimana yang termaktub di dalam sabda baginda:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَتَسُبُّوا أَصْحَابِيْ فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَابَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيْفَهُ 
(صحيح البخاري)
               Yang bermaksud :
i."Sabda Rasulullah s.a.w. :' Janganlah kalian mencaci para sahabatku, jika di antara kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud, maka belum menyamai segenggam dari mereka tidak pula setengah genggam dari mereka'. "  (Hadis Shahih Al-Bukhari)   
             أَصْحَابِي كَالنُّجُومِ فَبِأَيِّهِمُ اقْتَدَيْتُمُ اهْتَدَيْتُمْ
                   Maksudnya :
ii." Para sahabatku adalah seperti bintang-bintang. Dengan sesiapa sahaja (di kalangan para sahabat) yang kamu ikuti nescaya kamu akan  memperoleh petunjuk."
Begitu juga terdapat banyak Hadis betapa Raslulullah s.a.w memuji-muji para sahabat baginda seperti yang dimaksudkan:

“Umatku yang paling penyayang terhadap sesamanya adalah Abu Bakar.
Sahabatku yang paling gigih dan tegas untuk menegakkan perintah Allah adalah Umar.
Sahabatku yang paling pemalu adalah Usman.
Sahabatku yang paling mengetahui halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal.
Sahabatku yang paling menguasai Ilmu Faraidh (Ilmu Harta Pusaka Waris) adalah Zaid bin Tsabit.
Sahabatku yang paling bagus membaca dan mengerti Al-Quranul Karim adalah Ubayd bin Ka’ab.
Setiap umat pasti memiliki orang yang paling dipercayai, dan orang yang paling dipercaya oleh umatku ini adalah Abu Ubaydah bin Jarrah.
Sahabatku yang paling tepat memberikan hukum adalah Ali bin Abi Thalib.
Umatku yang paling zuhud dan setia adalah Abu Dzar.
Umatku yang paling banyak beribadah dan bertaqwa adalah Abu Darda'.
 
Umatku yang paling penyantun dan dermawan adalah Muawiyah bin Abu Sofyan.” Radhiyallahu anhum ajma’in.” [HR. At-Tirmidzi]   
Firman Allah dalam surah سورة الأحزاب‎‎  Al-Ahzab ayat 23-24  menjelaskan lagi  :
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلا (23) لِيَجْزِيَ اللَّهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ إِنْ شَاءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا (24 
                      Maksudnya :
"Di antara orang-orang mukmin itu ada di antara mereka yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur (syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran [apa yang Allah telah janjikan] dan mereka tiada sedikit pun merubah (janjinya),(23) 
supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya, dan menyeksa orang munafik jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(24)
Terdapat ramai di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w yang berjihad  di medan perang fisabillah bersama-sama baginda terdiri daripada golongan miskin belaka tetapi tidak mahu memperlihatkan kemiskinan mereka. Hakikat ini dinyatakan Allah dalam Firman-Nya :
 لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الأرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ 
                        Maksudnya :
"(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri  dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu  nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui."
                    [Al-Quran surah سورة البقرة  Al-Baqarah : 273]

Imam An-Nawawi Rahimahullah mengatakan:

وَاتَّفَقَ أَهْل السُّنَّة عَلَى أَنَّ أَفْضَلهمْ أَبُو بَكْر ، ثُمَّ عُمَر . قَالَ جُمْهُورهمْ: ثُمَّ عُثْمَان ، ثُمَّ عَلِيّ . وَقَالَ بَعْض أَهْل السُّنَّة مِنْ أَهْل الْكُوفَة بِتَقْدِيمِ عَلِيّ عَلَى عُثْمَان ، وَالصَّحِيح الْمَشْهُور تَقْدِيم عُثْمَان . قَالَ أَبُو مَنْصُور الْبَغْدَادِيّ: أَصْحَابنَا مُجْمِعُونَ عَلَى أَنَّ أَفْضَلهمْ الْخُلَفَاء الْأَرْبَعَة عَلَى التَّرْتِيب الْمَذْكُورَة ثُمَّ تَمَام الْعَشَرَة ، ثُمَّ أَهْل بَدْر ، ثُمَّ أُحُد ، ثُمَّ بَيْعَة الرِّضْوَان ، وَمِمَّنْ لَهُ مَزِيَّة أَهْل الْعَقَبَتَيْنِ مِنْ الْأَنْصَار ، وَكَذَلِكَ السَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ ، وَهُمْ مَنْ صَلَّى إِلَى الْقِبْلَتَيْنِ فِي قَوْل اِبْن الْمُسَيِّب وَطَائِفَة ، وَفِي قَوْل الشَّعْبِيّ أَهْل بَيْعَة الرِّضْوَان ، وَفِي قَوْل عَطَاء وَمُحَمَّد بْن كَعْب أَهْل بَدْر.

 :Maksudnya              
“Ahlus Sunnah telah sepakat bahwa sahabat yang paling utama adalah Abu Bakar, kemudian Umar. Lalu kebanyakannya mengatakan: Uthman, kemudian Ali. Sebahagian Ahlus Sunnah mengatakan dari penduduk Kufah lebih mengutamakan Ali dibanding Uthman, yang shahih adalah mengutamakan Uthman. Abu Manshur Al-Baghdadi berkata: ‘Sahabat-sahabat kami telah ijma’ bahwa para sahabat yang paling utama adalah khalifah yang empat sesuai urutan yang telah disebutkan, kemudian sepuluh orang (yang dijamin masuk syurga), kemudian Ahli Badr, kemudian Uhud, kemudian Bai’atur Ridwan, dan orang-orang mulia yang ikut serta dalam dua kali Bai’at ‘Aqabah dari kalangan Ansar, demikian juga as- sabiqunal awwalun, mereka adalah orang yang pernah mengenyam dua buah kiblat menurut Said bin Al Musayyib, dan menurut Asy-Sya’bi mereka adalah pengikut Bai’atur Ridwan, ada pun menurut Atha’, Muhammad bin Ka’ab, mereka adalah Ahli Badr. [Syarah Shahih Muslim, Muqadimah Bab Fadhailush Shahabah, Mausu’ah Syuruh Al Hadis]


 Tugu Peringatan Perang Badar Al-Kubra Yang Berlaku Pada 17 Ramadan Tahun Kedua Hijrah Antara 313 Orang Tentera Muslimin Menentang 1000 Orang Tentera Musyrikin Mekah. Nama 14 Orang Para Sahabat Rasulullah Yang Gugur Syahid Diabadikan Pada Tugu Peringatan Ini. Tanah Perkuburan Mereka Terletak Berhampiran Lokasi Ini.

Ikatan persaudaraan insan mukmin soleh yang terjalin kukuh tertanam di dalam jiwa raga dan hati nurani setiap orang Muhajirin dan Ansar inilah yang mendaulatkan Islam sebagai agama yang hak diredai Allah dan umat Islam sebagai insan mulia yang dirahmati Allah sebagaimana Firman Allah di dalam al-Quran سورة الفتح‎‎ surah Fath ayat 29  :
مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الإنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا 
                  Maksudnya :
" Muhammad itu adalah Utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka : kamu lihat mereka itu ruku' dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara mereka keampunan dan pahala yang besar." 

Penghargaan dan puji-pujian Allah terhadap keikhlasan beragama serta pengorbanan dan ketaqwaan para sahabat Rasulullah s.a.w dirahmati pula dengan berbagai kelebihan sebagaimana Firman-Nya :
وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ  
أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ 
                    Maksudnya :
“Dan Kami mahu mengurniakan kepada orang-orang yang telah (berada dalam) lemah di muka bumi dan Kami jadikan mereka itu pemimpin-pemimpin (yang diikuti dalam perkara kebajikan) dan kami jadikan mereka itu orang-orang yang mewarisi (pemerintah-pemerintah bumi).
                        [Al-Quran surah سورة القصص‎‎ Al-Qas'as : 5 ] 

Golongan insan mukmin soleh seperti inilah yang dimaksudkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w. sebagai:  "berkasih sayang semata-mata kerana agama Allah" yang mendapat kedudukan tertinggi yang paling istimewa dan mulia pada Hari Kiamat berada di bawah naungan Arasy:
i. "Dan kata Abu Idris Al Khawlani kepada Ma'az: Bahawasanya aku kasihkan engkau pada agama Allah, maka ia berkata kepadanya: Sukailah, kemudian sukailah. Maka bahawasanya aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Didirikan bagi satu puak daripada manusia itu kerusi-kerusi di sekeliling 'Arasy pada Hari Kiamat. Muka-muka mereka bercahaya seperti bulan malam empat belas, huru-hara manusia dan mereka tiada huru-hara, dan takut manusia dan mereka tiada takut, dan mereka ialah Aulia Allah yang tiada ketakutan di atas mereka dan mereka tiada berdukacita. Siapakah mereka wahai Rasulullah s.a.w.? Maka ia bersabda : Mereka ialah yang berkasih sayang pada agama Allah Taala."
يَآأَيُّهَا النَّاسُ اسْمَعُوْا وَاعْقِلُوْا وَاعْلَمُوْا أَنَّ لِلّٰهِ عَزَّ وَجَلَّ عِبَادًا لَيْسُوْا بِأَنْبِيَاءَ وَلَا شُهَدَاءَ يَغْبِطُهُمُ الْأَنْبِيَاءُ وَالشُّهَدَاءُ عَلَى مَجَالِسِهِمْ وَقُرْبِهِمْ مِنَ اللهِ فَجَاءَ رَجُلٌ مِنَ الْأَعْرَابِ مِنْ قَاصِيَةِ النَّاسِ وَأَلْوَى بِيَدِهِ إِلَى نَبِيِّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا نَبِيَّ اللهِ نَاسٌ مِنَ النَّاسِ لَيْسُوْا بِأَنْبِيَاءَ وَلَا شُهَدَاءَ يَغْبِطُهُمُ الْأَنْبِيَاءُ وَالشُّهَدَاءُ عَلَى مَجَالِسِهِمْ وَقُرْبِهِمْ مِنَ اللهِ انْعَتْهُمْ لَنَا يَعْنِيْ صِفْهُمْ لَنَا فَسُرَّ وَجْهُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِسُؤَالِ الْأَعْرَابِيِّ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُمْ نَاسٌ مِنْ أَفْنَاءِ النَّاسِ وَنَوَازِعِ الْقَبَائِلِ لَمْ تَصِلْ بَيْنَهُمْ أَرْحَامٌ مُتَقَارِبَةٌ تَحَابُّوْا فِي اللهِ وَتَصَافَوْا يَضَعُ اللهُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنَابِرَ مِنْ نُوْرٍ فَيُجْلِسُهُمْ عَلَيْهَا فَيَجْعَلُ وُجُوْهَهُمْ نُوْرًا وَثِيَابَهُمْ نُوْرًا يَفْزَعُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
وَلَا يَفْزَعُوْنَ وَهُمْ أَوْلِيَاءُ اللهِ الَّذِيْنَ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُوْنَ
                       Maksudnya :
ii."Wahai sekalian manusia! Dengar, fahami dan ketahuilah bahwa Allah Azza wa Jalla memiliki hamba-hamba, mereka bukan para Nabi ataupun Syuhada’ (orang-orang yang mati syahid), akan tetapi para Nabi dan Syuhada’ merasa iri pada mereka kerana rahmat, nikmat dan  dan kedudukan  mereka di sisi Allah pada hari Kiamat'.
Kemudian, salah seorang Badui datang, dia berasal dari pedalaman jauh dan menyendiri, dia menunjuk tangannya ke arah Nabi s.a.w. seraya berkata: 'Wahai Nabi Allah! Sekelompok orang yang bukan para Nabi ataupun Syuhada’ tetapi para Nabi dan Syuhada’ merasa iri terhadap mereka kerana rahmat,  nikmat serta kedudukan mereka di sisi Allah, sebutkan ciri-ciri mereka untuk kami?'.
Wajah Rasulullah s.a.w. bergembira kerana pertanyaan orang Badui itu, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Mereka adalah orang-orang yang berasal dari berbagai-bagai penjuru dan orang-orang asing, di antara mereka tidak dihubungkan oleh kekerabatan yang dekat, mereka saling berkasih sayang semata-mata kerana Allah dan saling tulus ikhlas, Allah menempatkan untuk mereka pada mimbar-mimbar dari cahaya pada hari Kiamat, Allah mendudukkan mereka di atasnya, Allah menjadikan wajah-wajah mereka bercahaya, pakaian-pakaian mereka bercahaya, orang-orang ketakutan pada hari kiamat sementara mereka tidak ketakutan, mereka adalah para Wali Allah yang tidak takut dan tidak bersedih hati.(HR. Ahmad)
iii. "Dan diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a  dan Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya : 'Bahawasanya di sekeliling 'Arasy itu ada mimbar-mimbar daripada cahaya, di atasnya itu ada kaum, pakaian mereka ialah cahaya, dan muka-muka mereka ialah cahaya, mereka bukan Nabi-nabi dan bukan mereka itu orang yang mati syahid, berharap mendapat seperti mereka oleh Nabi-nabi dan orang-orang yang mati syahid. Kata mereka: 'Wahai Rasulullah terangkan kepada kami siapa mereka itu?' Maka ia  bersabda: 'Mereka ialah orang-orang yang berkasih sayang pada agama Allah, dan  duduk bersama-sama pada agama Allah, dan ziarah menziarahi pada agama Allah....' "
               iv.   Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah SWT berfirman:
عن النبي صلى اللهم عليه وسلم يرفعه إلى الرب عز وجل قال حقت محبتي للمتحابين في وحقت محبتي للمتزاورين في وحقت محبتي للمتباذلين في وحقت محبتي للمتواصلين في
                            Maksudnya :
"Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku (Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku (Allah), maka semuanya berhak mendapat kasih sayang Ku (Allah)." 
                      [Hadis riwayat Ahmad]
                v.   Rasulullah s.a.w. bersabda: 
     أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ
   عِبَادِ اللهِ لَأُنَاسًا مَا هُمْ بِأَنْبِيَاءَ وَلَا شُهَدَاءَ يَغْبِطُهُمُ الْأَنْبِيَاءُ  وَالشُّهَدَاءُ   يَوْمَ
 الْقِيَامَةِ بِمَكَانِهِمْ مِنَ اللهِ تَعَالَى قَالُوْا يَا رَسُوْلَ اللهِ
     تُخْبِرُنَا مَنْ هُمْ قَالَ هُمْ قَوْمٌ تَحَابُّوْا بِرُوْحِ اللهِ عَلَى غَيْرِ أَرْحَامٍ بَيْنَهُمْ
     وَلَا أَمْوَالٍ يَتَعَاطَوْنَهَا فَوَاللهِ إِنَّ وُجُوْهَهُمْ لَنُوْرٌ وَإِنَّهُمْ عَلَى نُوْرٍ لَا
      يَخَافُوْنَ إِذَا خَافَ النَّاسُ وَلَا يَحْزَنُوْنَ إِذَا حَزِنَ النَّاسُ وَقَرَأَ هٰذِهِ
      الْآيَةَ ) أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ اللهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُوْنَ )
                  Maksudnya :
"Bahwa Umar bin Khatthab berkata, Nabi s.a.w. bersabda: 'Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah terdapat beberapa orang manusia yang bukan para Nabi dan bukan orang-orang yang mati syahid. Para Nabi dan orang-orang yang mati syahid merasa iri kepada mereka pada hari kiamat kerana kedudukan mereka di sisi Allah Ta'ala'. Para sahabat bertanya: 'Wahai Rasulullah, apakah engkau akan menceritakan kepada kami siapakah mereka?'. Beliau bersabda: 'Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai dengan ruh dari Allah tanpa ada hubungan kekerabatan di antara mereka, dan tanpa adanya harta yang saling mereka berikan. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka adalah cahaya, dan sesungguhnya mereka berada di atas cahaya, tidak merasa takut ketika orang-orang merasa takut, dan tidak bersedih ketika orang-orang merasa bersedih.' Dan beliau membaca ayat ini:
        أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ اللهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُوْنَ
 'Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati'. (Surah Yunus : 62).[HR. Abu Dawud].
vi.Dalam sebuah Hadis riwayat Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa terdapat tujuh (7) golongan yang mendapat naungan (perlindungan) Allah SWT pada Hari Kiamat kelak :
قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه. (صحيح البخاري)
:Maksudnya                          
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى  pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى, (3) Seseorang yang hatinya selalu terikat kepada masjid, (4) Dua orang yang saling berkasih sayang semata-mata kerana Allah سبحانه وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seseorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala bersendirian hingga bercucuran air matanya  kerana menangis (takutkan Allah).” [Sahih Al-Bukhari ]
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: (لا يجد أحد حلاوة الإيمان حتى يحب المرء لا يحبه إلا لله، وحتى أن يقذف في النار أحب إليه من أن يرجع إلى الكفر بعد إذ أنقذه الله، وحتى يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما)
                   Maksudnya : 
vii."Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., beliau berkata : Nabi s.a.w. telah bersabda : 'Seseorang itu tidak akan merasai kemanisan iman sehinggalah dia mengasihi seseorang hanya semata-mata kerana Allah; sehinggalah dicampak ke dalam api lebih disukainya daripada kembali kufur selepas Allah menyelamatkannya, dan sehinggalah Allah dan Rasul-Nya lebih dia kasihi berbanding yang lain dari kedua-duanya'." [Sahih Bukhari ] 
 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي
                   Maksudnya : 
viii." Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada Hari Kiamat kelak : ' Mana orang-orang yang saling berkasih sayang semata-mata kerana Keagungan-Ku?. Hari ini Aku naungi mereka. Sesungguhnya pada hari ini tidak ada naungan selain naungan-Ku'." [HSR Muslim ]
Sebagai langkah berjaga-jaga dari sebarang  kemungkinan yang boleh berlaku dalam berbagai cara untuk menguji keutuhan perasudaraan dan keimanan mereka Allah memperingatkan seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran surah Ali 'Imran سورة آل عمران ayat 103 : 
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍمِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
                         Maksudnya :
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah,dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepada mu ketika kamu dahulu (semasa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati mu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara, dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada mu, agar kamu mendapat petunjuk." 
Peringatan Allah SWT tentang pentingnya kesepakatan di kalangan orang mukmin tekandung juga di dalam surah سورة الأنفال Al-Anfaal ayat 46
وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ  
                 Maksudnya :
" Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah 'berserta' orang-orang yang sabar."
Di atas landasan ini jugalah pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah memuliakan semua para sahabat Rasulullah s.a.w seperti yang disebut:
"....Hendaklah diiktiqadkan kelebihan martabat sahabat-sahabat Rasullullah s.a.w. itu dan tertib-tertibnya kelebihan mereka itu. Adalah seafdhal-afdhal manusia kemudian daripada Nabi Muhammad s.a.w. itu ialah Abu Bakar, kemudian Omar, kemudian Usman dan kemudian Ali Radziallahu Anhum. Hendaklah menaruh baik sangkaan kepada kesemua sahabat Rasullullah s.a.w. dengan memuji mereka itu sebagaimana Allah SWT dan Rasul-Nya memuji mereka sekalian. Semuanya itu ada tersebut menunjukkan puji-pujian itu di dalam al-Quran al-'Azim dan beberapa Hadis Nabi Muhammad s.a.w...."
Janji balasan Allah terhadap segala pengorbanan besar orang mukmin semata-mata untuk mempertahan dan menegakkan agama Allah ini adalah sebagaimana yang dirakamkan dalam Firman-Nya surah سورة التوبة  At-Taubah ayat 111:
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيم
                        Maksudnya :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."
Peristiwa yang terukir indah pada tahun pertama Hijrah di bumi Madinah al- Munawarrah ini dan turunnya wahyu-wahyu Allah memberi kepujian terhadap pengorbanan dan jalinan persaudaraan yang amat luar biasa di antara golongan Ansar dan Muhajirin ini adalah salah satu detik penting yang paling bersejarah dalam konteks pembinaan ketamadunan dan akhlak terpuji insan manusia berteraskan IMAN dan TAQWA yang tidak mungkin atau terlalu sukar untuk diwujudkan lagi di dunia ini. 

Rahmat dan kebarkatan mereka menjalinkan ikatan tali perasudaraan yang luar biasa ini diperingatkan Allah seperti yang terkandung di dalam al-Quran surah   سورة الأنفال  Al-Anfaal ayat 26 :
وَاذْكُرُوا إِذْ أَنْتُمْ قَلِيلٌ مُسْتَضْعَفُونَ فِي الأرْضِ تَخَافُونَ أَنْ يَتَخَطَّفَكُمُ النَّاسُ فَآوَاكُمْ وَأَيَّدَكُمْ بِنَصْرِهِ وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
                        Maksudnya :
"Dan ingatlah (hai para Muhajirin) ketika kamu masih berjumlah sedikit, lagi tertindas di muka bumi(Makkah)kamu takut orang-orang (Makkah) akan menculik kamu, maka Allah memberi kamu tempat menetap (di Madinah)dan dijadikan-Nya kamu kuat dengan pertolongan-Nya dan diberi-Nya kamu rezeki dari yang baik-baik agar kamu bersyukur."
Demikian juga Allah amat menyanjung tinggi serta memberikan puji-pujian dan peringatan kepada mereka seperti di dalam Firman-Nya di dalam al-Quran :
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يُهَاجِرُوا مَا لَكُمْ مِنْ وَلايَتِهِمْ مِنْ شَيْءٍ حَتَّى يُهَاجِرُوا وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلا عَلَى قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
                      Maksudnya :
i."Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Anshar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan." 
    [ Al-Quran سورة الأنفال  surah Al-Anfaal : 72 ] 
 وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالإيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ 
                    Maksudnya :
ii. " Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mengasihi orang yang berhijarah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap  apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukan (apa yang berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang yang beruntung.
                         [ Surah سورة الحشر  Al-Hasyr : 9 ] 

Rakaman detik bersejarah yang pertama kali terukir di dunia ini sewajarnya diinsafi, dihayati dan menjadi pengajaran serta ikutan umat Islam setiap generasi dalam usaha untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan rahmat dan kebarkatan realiti hidup di dunia dalam ikatan "Persaudaraan Insan Mukmin." Ciri-ciri insan mukmin salih seperti inilah yang dimaksudkan Allah sebagai Khalifah Allah di bumi dan golongan ini juga yang menepati maksud dalam Firman Allah surah Ali 'Imran سورة آل عمران ayat 110-111 sebagai 'umat terbaik' yang amat digeruni dan tidak dapat dikalahkan oleh musuh-musuh Allah :
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ (110) لَنْ يَضُرُّوكُمْ إِلا أَذًى وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الأدْبَارَ ثُمَّ لا يُنْصَرُونَ (111
                 Maksudnya : 
" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.(110) 
Mereka tidak sesekali akan dapat membuat mudarat kepada kamu, selain dari gangguan celaan sahaja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan." (111)
Maksud yang hampir sama juga terkandung di dalam surah سورة البقرة Al-Baqarah ayat 143 :
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنْتَ عَلَيْهَا إِلا لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ 
                       Maksudnya :
"Dan demikianlah (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu. Dan Kami tidak menjadikan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia."
Maka adalah sesuatu yang amat mendukacitakan jika umat Islam pada hari ini begitu ghairah dan lantang 'mencerca' dan membuat penilaian serta andaian terhadap hati, pola pemikiran dan tindak tanduk para sahabat Rasulullah s.a.w. itu sama seperti umat Islam dan manusia sejagat keseluruhannya pada kurun-kurun kebelakangan ini.

Allah memperingatkan bahawa hubungan kasih sayang kekeluargaan antara orang mukmin adalah dinilai dari segi keimanan mereka dan bukan lagi ikatan kekeluragaan sekiranya keluarga mereka masih tidak beriman. Allah juga menjanjikan limpahan rahmat-Nya dan kesejahteraan hidup kepada hamba-hamba-Nya dari golongan insan mukmin soleh di dunia dan balasan kebahagian nikmat syurga yang kekal abadi selama-lamanya:
لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
                        Maksudnya :
" Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah reda terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat-Nya). Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung."
                       [Al-Quran surah المجادلة Al-Mujaadilah : 22** ]

[** Peringatan : Ayat ini diturunkan apabila Abu Ubaidah al-Jarrah berada dalam kesedihan kerana terpaksa membunuh bapa kandungnya sendiri, Abdullah, dalam Perang Badar.  Bapanya yang tidak beriman bersama tentera musyrikin memerangi barisan tentera mukmin di bawah kepemimpinan Rasulullah s.a.w. dan berusaha pula membunuh Abu Ubaidah apabila mereka bertembung.]

Maqam 70 Orang Sahabat Rasulullah S.A.W Yang Gugur Syahid Dalam Medan Perang Uhud Yang Berlaku Pada 7 Syawal Tahun Ketiga Hijrah Berhampiran Jabal Uhud Menentang Tentera Kufar Qurasy. 

                                         Jabal Uhud adalah antara bukit yang terdapat  di syurga


Semoga pengertian maksud Hadis Rasulullah s.a.w. berikut sentiasa menjadi amalan hidup kita di sepanjang hayat :
i. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:“Demi Zat yang jiwaku ada di dalam kekuasaan-Nya, kamu semua tidak dapat masuk syurga sehingga kamu semua beriman, dan kamu semua belum disebut beriman sehingga kamu semua saling kasih-mengasihi. Sukakah kamu saya beri petunjuk pada sesuatu yang apabila itu kamu semua lakukan, maka kamu semua dapat saling kasih-mengasihi? Sebarkanlah ucapan salam antara kamu semu." 
       [Maksud Hadis riwayat Muslim] 
 عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسْ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى  اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِه [رواه البخاري ومسلم

                    Maksudnya :
ii."Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, beliau bersabda: 'Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri'."[Riwayat Bukhari dan Muslim]  
   مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ مَثَلُ النِّحْلَةِ ، إِنْ أَكَلَتْ أَكَلَتْ طَيِّبًا ، وَإِنْ وَضَعَتْ وَضَعَتْ طَيِّبًا ، وَإِنْ وَقَعَتْ عَلَى عُودِ شَجَرٍ لَمْ تَكْسِرْهُ
                  Maksudnya :  
iii.“Perumpamaan seorang Mukmin seperti lebah, apabila ia makan maka ia akan memakan suatu yang baik. Dan jika ia mengeluarkan sesuatu, ia pun akan mengeluarkan sesuatu yang baik. Dan jika ia hinggap pada sebuah dahan untuk menghisap madu ia tidak mematahkannya.” (HR. Al-Baihaqi]
iv.Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: 
المؤمن مرآة أخيه، والمؤمن أخو المؤمن؛ يكف عليه ضيعته، ويحوطه من ورائه                
             Maksudnya: 
Seorang mukmin adalah cermin bagi saudaranya. Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Dia tidak merusak harta miliknya dan menjaga kepentingannya.” 
v.Dari Al Mustaurid, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: 
من أكل بمسلم أكلة؛ فإن الله يطعمه مثلها من جهنم، ومن كُسِيَ برجل مسلم، فإن الله عز وجل يكسوه من جهنم، ومن قام برجل مقام رياء وسمعة؛ فإن الله يقوم به مقام رياء وسمعة يوم القيام
              Maksudnya          
Siapa yang mencari makan dengan (mengorbankan) seorang Muslim, Allah Ta’ala akan memberinya makan dengan yang semisal dari neraka Jahannam. Dan siapa yang mencari pakaian dengan (mengorbankan) seorang Muslim, sesungguhnya Allah Ta’ala akan memberinya pakaian dari Jahannam. Dan siapa yang menempati suatu kedudukan dengan tujuan riak dan sum’ah, Allah akan menempatkannya pada kedudukan orang yang riak dan sum’ah di hari kiamat.”   
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَإِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا
تَجَسَّسُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ
إِخْوَانًا
                         Maksudnya : 
vi. Dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Jauhilah prasangka, kerana sesungguhnya prasangka adalah ucapan yang paling dusta, dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan, dan janganlah kalian saling menghendap-hendap, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling membelakangi, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara'." [Al-Bukhari]

Siapakah yang tergolong sebagai para sahabat Rasulullah s.a.w.? 

Antara takrif yang paling komprehensif untuk menjelaskan siapakah yang tergolong sebagai Sahabat Rasulullah s.a.w ialah takrif yang dikemukakan oleh ulama hadis boleh disimpulkan sebagaimana berikut:
مَنْ لَقِيَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقَظَةً بَعْدَ بِعْثَتِهِ حَالَ حَيَاتِهِ مُؤْمِنًا بِهِ وَمَاتَ عَلَى الْإِيْمَانِ
                Maksudnya: 
“Seseorang yang telah berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w secara jaga (bukan melalui mimpi) selepas baginda menerima wahyu, semasa baginda masih hidup, dalam keadaan dia beriman kepada kerasulan baginda dan dia mati dalam iman.”
Pengertian di atas mengandungi lima ciri penting yang menjadi syarat utama untuk menentukan siapakah yang layak serta sewajarnya mendapat gelaran Sahabat Rasulullah s.a.w. Lima ciri yang dimaksudkan boleh diringkaskan sebagaimana berikut:
i.   Pertama- hanya orang yang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w sahaja yang dinamakan sebagai Sahabat sekalipun dia adalah seorang buta yang tidak dapat melihat baginda seperti Abdullah Ibn Ummi Makhtum (‘Amr @ Abdullah bin Qays bin Za’idah) r.a. yang ditakdirkan menjadi penyebab turunnya wahyu Allah dalam surah A’Basa سورة عبس‎‎ ayat 1-10.
ii.  Kedua-  perjumpaan dengan baginda hendaklah berlaku selepas penerimaan wahyu yang menandakan bermulanya zaman kenabian baginda. Sehubungan itu, maka Waraqah bin Nawfal yang beriman kepada kerasulan baginda selepas penerimaan wahyu yang pertama adalah tergolong sebagai Sahabat Rasulullah s.a.w. Manakala Zayd bin ‘Amr bin Nufayl dan Jarjis bin ‘Abd al-Qays (yang digelarkan sebagai paderi Bahira) tidak termasuk dalam kategori Sahabat kerana perjumpaan itu berlaku sebelum baginda menerima wahyu. 
iii.  Ketiga- perjumpaan itu hendaklah berlaku semasa baginda masih hidup. Justeru, orang yang beriman semasa hayat baginda tetapi hanya melihat baginda selepas kewafatan seperti Abu Zu’ayb al-Huzali (Khuwaylid bin Khalid) tidak termasuk dalam kategori Sahabat.
iv. Ke empat- orang yang berjumpa Rasulullah s.a.w. selepas baginda dibangkitkan sebagai Rasul hendaklah beriman kepada kerasulan baginda semasa perjumpaan tersebut. Jika orang yang berjumpa itu mengingkari kerasulan baginda, mereka tidak tergolong sebagai Sahabat Rasulullah s.a.w sekalipun mereka akhirnya memeluk Islam selepas kewafatan baginda.
v.  Kelima- selepas memenuhi empat ciri di atas, hanya orang yang meninggal dunia sebagai orang yang beriman sahaja diperakukan sebagai Sahabat Rasulullah s.a.w. Manakala orang memenuhi empat ciri di atas tetapi jika dia kemudiannya menjadi murtad dan mati dalam keadaan murtad adalah terkeluar daripada kategori Sahabat Rasulullah s.a.w.
Kesemua Sahabat Rasulullah s.a.w dipermuliakan Allah dengan kalimah puji-pujian رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ** yang bermaksud: "Allah reda terhadap mereka dan mereka reda kepada Allah"  sebagaimana Firman-Nya dalam al-Quran surah سورة التوبة At-Taubah ayat 100 :
وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ  
                        Maksudnya :
" Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama mula beriman memeluk agama Islam di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka juga reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar." 
[ ** Peringatan : Kalimah puji-pujian رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ ini terkandung juga di dalam surah سورة المائدة Al-Maaidah : 119, surah  سورة التوبة At-Taubah : 100, surah سورة المجادلة‎ Al-Mujaadilah : 22 dan surah سورة البينة Al-Bayyinah : 8. ]

Justeru, kita sebagai umat Muhammad pada akhir zaman ini hendaklah memuji-muji dan memuliakan kesemua Sahabat Rasulullah s.a.w sebagaimana Allah dan Rasul-Nya memuji serta memuliakan mereka. 

Firman Allah di dalam surah Al-Kaffi ayat 9-26 menceritakan kisah tujuh (7) orang sahabat mukmin soleh yang berlindung di dalam gua dari gangguan pemerintah yang zalim hingga tertidur selama 309 tahun adalah salah satu contoh yang amat luar biasa bagi memberikan kefahaman betapa Allah melimpahkan rahmat pertolongan-Nya kepada orang-orang yang beriman memberikan perlindungan dengan cara di luar tab'ie kehiduapan biasa manusia. Tidak menghairankan jika perkara yang sama juga masih berlaku hingga kini tetapi melalui kaedah dan cara yang berlainan.


Akhir sekali mari kita renung dan fikirkan bersama hakikat di sebalik pengertian dan maksud yang tersirat di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. berikut dengan hal keadaan yang sedang melanda umat Islam sejagat sekarang:

"Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيْلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ
أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً
وَاحِدَةً  قَالُوْا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ
وَأَصْحَابِيْ 
                             Maksudnya :
"Bahawasanya Bani Israil berpecah kepada 72 golongan, dan umatku pula berpecah kepada 73 golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu golongan, sahabat-sahabat bertanya: Siapakah yang satu itu ya Rasulullah? Nabi bersabda: Golongan yang satu itu adalah mereka yang berpegang sebagaimana iktiqadku, dan iktiqad sahabat-sahabatku."                              [Hadis diriwayatkan oleh At-Tirmizi]
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

 [Lihat :  
                        ************************************************************
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ 
                           Maksudnya :  
" Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."
                                 [ Al-Quran سورة سبأ surah Saba' : 28

                                                  *********************************
 اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا هَادِينَ مُهْتَدِينَ غَيرَ ضَالِّينَ وَلاَ مُضِلِّينَ حَرْبًا لِأَعْدَائِكَ وَسَلَمًا لِاَوْلِيَائِكَ نُحِبُّ بِحُبِّكَ مَنْ أَطَاعَكَ مِنْ خَلْقِكَ وَنُعَادِي بِعَدَاوَتِكَ مَنْ خَالَفَكَ مِنْ خَلْقِكَ. اللَّهُمَّ  هَذَا الدُّعَاءُ وَعَلَيكَ الِاجَابَةُ وَهَذَا الجُهْدُ وَعَلَيْكَ التُّكْلاَنُ وَاِنَّا لِلَّهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُونَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ ذِي الحَبْلِ الشَّدِيدِ وَالاَمْرِ الرَّشِيدِ أَسْأَلُكَ الاَمْنَ يَومَ الوَعِيدِ وَالجَنَّةَ يَومَ الخُلُودِ مَعَ المُقَرَّبِينَ الشُّهُودِ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ المُوفِينَ بِالعُهُودِ اِنَّكَ رَحِيمٌ وَدُودٌ وَأَنْتَ تَفْعَلُ مَا تُرِيدُ.
                   Maksudnya :
"Ya Allah!, jadikanlah akan kami orang-orang yang memberi pertunjuk lagi yang mendapat pertunjuk lain daripada orang-orang yang sesat dan tiada orang-orang yang menyesatkan perseteruan bagi seteru-seteru Engkau dan perdamaian bagi Aulia-aulia Engkau. Kami kasihi dengan sebab kasihkan Engkau akan orang yang mentaati Engkau daripada hamba-hamba Engkau. Kami memusuhi dengan sebab permusuhan Engkau akan orang yang menyalahi Engkau daripada hamba-hamba Engkau. 
Ya Allah!, bermula do'a ini dan di atas Engkau memakbulkan dan ini persungguhan dan di atas Engkau berserah, bahawasanya kami ialah milik bagi Allah dan bahawasanya kami kepada bawah perintah-Nya kami kembali dan tiada berupaya mengekali berbuat taat dan tiada kekuatan bagi memberhentikan daripada berbuat maksiat melainkan dengan pertolongan Allah yang amat mempunyai kebesaran yang mempunyai tali agama yang amat kuat dan pekerjaan atas jalan yang hak.  
Ya Allah!, barangsiapa berpagi-pagi dan berpetang-petang kepercayaannnya dan harapannya lain daripada Engkau, maka, Engkau ialah kepercayaan kami dan harapan kami, dan tiada terdaya mengekalkan berbuat taat, dan tiada berupaya meninggalkan maksiat melainkan dengan pertolongan  Allah."                                                                                                                 ********************************
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠﻰَ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪِ، ﺍﻟْﻔَﺎﺗِﺢِ ﻟِﻤَﺎ ﺃُﻏْﻠِﻖَ ﻭَﺍﻟْﺨَﺎﺗِﻢِ ﻟِﻤَﺎ ﺳَﺒَﻖَ، ﻧَﺎﺻِﺮِ ﺍﻟْﺤَﻖِّ ﺑِﺎﻟْﺤَﻖِّ، ﻭَﺍﻟْﻬَﺎﺩِﻱ ﺇِﻟَﻰ ﺻِﺮَﺍﻃِﻚَﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢِ ﻭَﻋَﻠﻰَ ﺁﻟِﻪِ ﺣَﻖَّ ﻗَﺪْﺭِﻩِ ﻭَﻣِﻘْﺪَﺍﺭِﻩِ ﺍﻟﻌَﻈِﻴْﻢِ 
             Maksudnya : 
" Ya Allah berikanlah salawat kepada penghulu kami Nabi Muhammad yang membuka apa yang tertutup dan yang menutupi apa-apa yang terdahulu, penolong kebenaran dengan kebenaran yang memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus. Dan kepada keluarganya, sebenar-benar pengagungan padanya dan kedudukan yang agung."
                                            ***************************************

Related image
      اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتَ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ، وَاَلِّفْ بَيْنَ
قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَالْحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلىَ مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ 
                    Maksudnya :  
"Ya Allah, ampunilah insan mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat. Perbaikilah diri mereka, satukanlah hati-hati mereka. Penuhilah hati mereka dengan iman dan hikmah. Perkukuhkanlah mereka atas ajaran Rasulullah s.a.w."              
Image result for wukuf di arafah
Wukuf di Padang Arafah dalam ibadat Haji mempunyai hikmah dan pengertian yang amat besar dalam konteks "Persaudaraan Insan Mukmin ."

اللّهُمَّ تُوَفِّنا مسلمين وَاحْيِناَ مُسْلِمِينَ وَأَلحِقْناَ بالصالحين

Maksudnya:

Ya Allah matikan kami dalam keadaan kami Muslim, hidupkan kami sebagai Muslim dan masukkan kami dalam kalangan orang yang soleh."

                           [Hadis Riwayat al-Bukhari]












    




   






ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...