Rabu, 6 November 2013

Bhg 3: Tarbiyatu Fikrit-Tifli Li-Fahmi Ulumuddin (تربية فكر الطفل لفهم علوم الدين)



[Sambungn daripada Bhg 2 : Tarbiyatu Fikrit-Tifi Li-Fahmi Ulumuddin] 


Ada suatu peristiwa yang berlaku iaitu semasa Rasulullah s.a.w bersama orang-orang kuffar Quraisy agar dapat dijadikan pengajaran supaya tidak memandang rendah terhadap orang yang miskin dan dai’f.
Dalam peristiwa itu ketika Rasulullah s.a.w sedang bersama pembesar-pembesar kuffar Quraisy dan orang-orang kenamaan mereka untuk menjinak-jinakkan mereka dengan menerangkan al-Quran al-Az’im dan perkara-perkara agama Islam, tiba-tiba datanglah kepadanya A’bdullah bin Um Makthum Al-Ak’ma.  Dia adalah salah seorang yang telah lama memeluk agama Islam. Sewaktu itu didapati mereka itu beramah-mesra sehingga baginda amat berkehendakkan agar mereka beriman memeluk Islam. Maka banyaklah pertanyaan mereka kepada baginda.

Pada ketika itu bertanyalah A’bdullah Bin Um Makthum Al-Ak’ma kepadanya yang bermaksud:
“Wahai Rasulullah ajarkanlah daku daripada barang apa yang Allah Taa’la ajarkan engkau..." 
Akan hal yang demikian, memberatkan ke atas Rasulullah s.a.w dan  baginda tidak berkenan hendak memutuskan bagi pertanyaannya itu kerana bimbang apabila berpaling kepadanya akan meliarkan hati-hati pembesar-pembesar Quraisy. Maka baginda tidaklah berpaling kepada A'bdullah bin Um Makhtum. Atas sebab itu Allah Taa’la menurunkan wahyu ayat al-Quran memberi ingatan kepadanya atas hal yang demikian dengan Firman-Nya pada awal surah  A’Basa سورة عبس‎‎ ayat 1-10: 
                                        

                          بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
عَبَسَ وَتَوَلَّى (1) أَنْ جَاءَهُ الأعْمَى (2) وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّى (3)أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنْفَعَهُ الذِّكْرَى (4) أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَى (5) فَأَنْتَ لَهُ تَصَدَّى (6) وَمَا عَلَيْكَ أَلا يَزَّكَّى (7) وَأَمَّا مَنْ جَاءَكَ يَسْعَى (8) وَهُوَ يَخْشَى (9) فَأَنْتَ عَنْهُ تَلَهَّى (10
                         Maksudnya :
Ia (Muhammad) memasamkan muka dan berpaling.(1) 
Ketika datang kepadanya orang buta (Abdullah bin Um Maktum).(2) 
Dan apakah kamu tahu mungkin dia ingin mensucikan diri (dari dosa-dosa).(3)   
Atau barangkali ia mahu mendapatkan pelajaran lalu bermanfaat baginya pengajaran (darimu).(4) 
Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran al-Quran).(5)
Maka kepadanya kamu memberi perhatian.(6) 
Padahal tidak ada (cela) atas engkau jika tidak dia mensucikan diri (beriman).(7) 
Dan adapun orang yang datang kepadamu (dengan) berusaha keras.(8)
Dan (sedangkan) dia takut (kepada Allah).(9)
Maka engkau darinya leka.”(10)
Kemudian, selepas turunnya ayat ini, tidaklah Rasulullah s.a.w 'bermasam muka ' kepada seseorang fakir miskin pun. Tatkala datang kepadanya Abdullah bin Um Makthum ia amat menghormatinya dengan katanya:
" مرحبا بمن عاتبني فيه ربي " 
               Maksudnya :
“ Selamat datang kepada orang yang kerana dia, aku ditegur oleh Tuhanku."
Apabila segala tuntutan yang dikemukakan oleh kuffar Quraisy tidak diterima oleh Rasulullah s.a.w, mereka pun mencari jalan hendak melemahkan Rasulullah s.a.w. dengan menuntut segala tanda bukti kebenaran. Maka berhimpunlah mereka itu dan berkata kepadanya:
“ Wahai Muhammad jika engkau adalah seorang yang benar, engkau tunjukkanlah kepada kami satu tanda yang kami mahukan dari engkau iaitulah engkau belahkan bagi kami bulan itu. Maka terbelahlah bulan itu sebagai mukjizat Allah Taala kepadanya lalu  Rasulullah s.a.w bersabda:
                                              ..... اشهدوا "
                      Maksudnya :
       “Lihatlah (Saksikanlah) kamu kalian.”                        
Kejadian (qis’ah) ini telah diriwayatkan oleh A’bdullah Bin Masu’d, salah seorang yang mula-mula memeluki agama Islam. Kajadian ini juga telah diriwayatkan oleh A’bdullah Bin A’bbas dan oleh orang-orang lainnya sehingga menjadi Hadis yang mutawatir.

Firman Allah di awal surah Al-Qamar سورة القمر‎‎ , ayat 1:

اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ.
                          Maksudnya :
" Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan."
               Image result for bulan terbelah dua di bukit
                                         Ilustrasi gerafik 'bulan terbelah dua'

Berkatalah orang-orang yang degil lagi keras kepala, menentang perkara yang benar setelah melihat tanda bukti (muk’jizat) yang sangat besar itu bagi menunjukkan kebenaran seruan Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya engkau sekalian itu telah terkena sihir  oleh anak Abi Kabsyah.”
 Dalam perkara ini Allah Taala mewahyukan Firman-Nya dalam surah Al-Qamar  سورة القمر‎‎, ayat 2-3:
وَإِنْ يَرَوْا آَيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُسْتَمِرٌّ (2) 
وَكَذَّبُوا وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ وَكُلُّ أَمْرٍ مُسْتَقِرٌّ (3)

                         Maksudnya :
“Dan jika (kuffar Quraisy) melihat tanda/mukjizat (Rasulullah) mereka berpaling (dari beriman) dan berkata: (Ini adalah) suatu sih’ir yang terus-menerus berlaku.(2) 
Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedangkan tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).(3)
Kemudian mereka meminta dari Rasulullah s.a.w beberapa tanda bukti, semata-mata berkeras hati untuk menentang setelah diketahui kebenarannya. Antaranya adalah sebagaimana yang disebutkan dalam surah Al-Isra`k سورة الإسراء , ayat  90-93:
وَقَالُوا لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّى تَفْجُرَ لَنَا مِنَ الأرْضِ يَنْبُوعًا (90) أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِنْ نَخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ الأنْهَارَ خِلالَهَا تَفْجِيرًا (91) أَوْ تُسْقِطَ السَّمَاءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِيَ بِاللَّهِ وَالْمَلائِكَةِ قَبِيلا (92) أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِنْ زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَى فِي السَّمَاءِ وَلَنْ نُؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّى تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَابًا نَقْرَؤُهُ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنْتُ إِلا بَشَرًا رَسُولا (93 
                            Maksudnya :
"Dan mereka berkata: Tidak akan kami percaya kepada engkau sehingga engkau pancarkan bagi kami dari bumi mata air.(90)  
Atau ada bagi engkau kebun dari pohon tamar dan anggur maka engkau pancarkan sungai-sungai di tengah-tengahnya itu sebagai suatu pancaran.(91) 
Atau engkau gugurkan langit sebagaimana yang telah engkau katakan ke atas kami berkeping-keping, atau engkau datangkan dengan Tuhan dan malaikat-malaikat saling berhadap-hadapan mata (berterang-terang maka kami lihat akan mereka itu).(92) 
Atau ada bagi engkau itu rumah dari emas, atau engkau menaiki ke langit (di atas tangga-tangga) dan tidak kami mempecayai kenaikan engkau itu sehinggalah engkau turunkan ke atas kami suatu kitab yang dapat kami membacanya. 'Katakanlah (wahai Muhammad): 'Maha suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul', (seperti sekalian Rasul-rasul dan mereka tidak ada mendatangkan sesuatu tanda bukti melainkan dengan izin Allah).(93)
Sesungguhnya Allah Taa’la amat mengetahui barang apa jua yang disembunyikan oleh hati-hati mereka dan bagaimana kuatnya kedegilan hati dan kekerasan mereka melawan perkara yang benar setelah diketahui kebenarannya. Namun mereka tetap tidak mahu beriman walaupun didatangkan kepada mereka apa jua tanda-tandanya sebagaimana Firman Allah Taa’la Jalla `Zikruh dalam surah Al-Ana’am سورة الأنعام , ayat 109 :
وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ لَئِنْ جَاءَتْهُمْ آَيَةٌ لَيُؤْمِنُنَّ بِهَا قُلْ إِنَّمَا الْآَيَاتُ عِنْدَ اللَّهِ وَمَا يُشْعِرُكُمْأَنَّهَا إِذَا جَاءَتْ لَا يُؤْمِنُونَ 
                             Maksudnya :
 “Dan mereka pula bersumpah dengan nama Allah, dengan menegaskan sumpah mereka bersungguh-sungguh, bahawa sesungguhnya jika datang kepada mereka sesuatu tanda (mukjizat) (sebagaimana yang mereka minta itu), tentulah mereka akan beriman kepadanya. Katakanlah (wahai Muhammad): 'Bahawa soal mendatangkan tanda-tanda (mukjizat-mukjizat) itu hanyalah Allah yang menentukannya, dan kamu tidak menyedari (orang-orang Islam), bahawa apabila (tanda-tanda yang mereka minta) itu datang, mereka juga tidak akan beriman'.”
Kedegilan, keingkaran dan kekerasan hati golongan manusia seperti ini tidak boleh diharapkan sesuatu kebajikan dari mereka pun sebagaimana yang disebutkan dalam surah Al-Anfal سورة الأنفال , ayat 32 :
وَإِذْ قَالُوا اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ هَذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِنْدِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِنَ السَّمَاءِ أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ 
                        Maksudnya :
“Dan tatkala (orang-orang musyrik) berkata: Ya Allah,! jika adalah ini (yang dibacakan oleh Muhammad) benar dari sisi Engkau maka hujanilah ke atas kami batu dari langit, atau pun (Engkau) datangkan kepada kami dengan suatu azab yang pedih.”
Begitulah rupa keingkaran yang ditunjukkan mereka dan yang apa yang dituturkan oleh An-Nad’er dan orang-orang lainnya yang memperejekkan Rasulullah s.a.w. seperti yang dikatakan: 
 "...Jika ini yang dibacakan oleh Muhammad itu benar diturunkan dari sisi Engkau maka berilah kami petunjuk dengannya."
Orang-orang yang menuntut segala tanda bukti adalah mereka yang berkeras hati mahu melawan dan mengingkari perkara benar setelah diketahui kebenarannya. Mereka meminta tanda-tanda kebenaran hanyalah dengan tujuan hendak melemahkan. Maka oleh sebab itulah juga sekalian para Anbia' tidak meminta dari Allah Taa’la segala tanda supaya tidak diturunkan ke atas kaum mereka kebinasaan seperti mana yang telah berlaku ke atas kaum A’ad, Thamud dan lain-lainnya. Inilah perjalanan-perjalanan sekallian Anbia'. 

Perkara inilah juga yang dikehendaki dari firman Allah Taa’la dalam surah Al-Isra`k  سورة الإسراء , ayat 59:
وَمَا مَنَعَنَا أَنْ نُرْسِلَ بِالْآَيَاتِ إِلَّا أَنْ كَذَّبَ بِهَا الْأَوَّلُونَ وَآَتَيْنَا ثَمُودَ النَّاقَةَ مُبْصِرَةً فَظَلَمُوا بِهَا وَمَا نُرْسِلُ بِالْآَيَاتِ إِلَّا تَخْوِيفًا 
                        Maksudnya : 
“Dan tiada yang menghalang Kami untuk Kami menghantar tanda-tanda (kebesaran Kami) (yang dipinta oleh ahli Makkah) melainkan telah pun didustakan(nya) (tanda-tanda itu) oleh kaum-kaum yang telah lalu; dan (di antaranya) Kami telah datangkan kepada (kaum) Thamud unta betina yang menjadi keterangan yang nyata, lalu mereka berlaku zalim terhadapnya; dan biasanya Kami tidak menghantar turun tanda-tanda itu melainkan untuk dijadikan suatu yang menakutkan (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman).
Apabila kuffar Quraisy menyedari kelemahan mereka untuk berhujah dengan orang-orang Islam, mereka pun memilih jalan kekerasan seperti yang dilakukan oleh kaum Nabi Allah Ibrahim A’laihissalam ketika mereka lemah untuk mendirikan dalil dan hujah bagi melawan Nabi Ibrahim sebagaimana yang ada disebutkan di dalam surah Al-Anbia' سورة الأنبياء , ayat 68:

" قَالُوا حَرِّقُوهُ وَانْصُرُوا آَلِهَتَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ فَاعِلِينَ "
                         Maksudnya :
“Mereka berkata: Bakarlah dia (Ibrahim) dan belalah Tuhan-Tuhan kalian jika kalian adalah orang-orang yang (benar-benar) mahu melakukannya (dengan membakar Ibrahim).”
Melalui kekerasan,  bertambah kuatlah kuffar Quraisy untuk menyakiti siapa juga yang memeluk agama Islam dengan harapan supaya orang-orang Islam dapat disekat daripada mengikuti Rasulullah s.a.w. Tidak ada ruang yang ditinggalkan tanpa dimanfaatkan oleh mereka terhadap orang-orang Islam. Oleh itu, Nabi Muhammad s.a.w menyuruh mereka berhijrah, sabdanya:
"تفرقوا في الأرض فإن الله سيجمعكم" فسالوه عن الوجه فأشار الى الحبشة.
                       Maksudnya :
“Berpecah-pecahlah kamu sekalian di muka bumi, sesungguhnya Allah akan menghimpunkan semula  engkau sekalian." 
Bila ditanya arahnya, baginda memberi isyarat ke Negeri Habsyah.

 

PERPINDAHAN PERTAMA  KE NEGERI  HABSYAH  

Ketika itu, bersiap-siaplah mereka untuk keluar dari tanah air sendiri dengan meninggalkan harta benda demi memelihara agama mereka, (agama Islam) sebagaimana yang dikehendakki oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Hijrah yang pertama dari Makkah ini terdiri daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Mereka ialah:

·        Uthman Bin Affan
·        Ruqayyah Binti Rasulullah (isteri Uthman)
·        Abu Salamah
   dan Isterinya:
·        Um Salamah (isteri Abu Salamah)
·        Saudara lelaki seibu kepada Abu Salamah
·          Abu Sabrah Bin Abi Raham ابو سبرة بن ابي رهم  
·          Um Kalthum (isteri kepada Sabran) 
·         A’amir Bin Rabia’h  عامر بن ربيعة   
·          Laila (isteri A’amir)
·        Abu Hu`zaifah Bin A’tabah Bin Rabia’h
·          Sahlah Binti Suhail (سهلة بنت سهيل)  (isteri Abu Huzaifah) 
·          A’bdur Rahman Bin A’uf
·          Uthman bin Maz’on عثمان بن مظعون   
Mas-a’b Bin A’meer مصعب بن عمير   
·         Suhail Bin Al-Baid’a   
   dan
·        Zubair Bin Al-A’wam.

Dengan keberkatan Allah, bergeraklah mereka. Sebaik sampai di pinggir pantai mereka pun menyewa bahtera ke tempat yang dimaksudkan. Maka tinggallah mereka di sana secara aman dari perbuatan jahat kuffar Quraisy. Hanya sedikit sahaja yang tinggal bersama Nabi Muhammad s.a.w.

PENGISLAMAN  U’MAR BIN AL-KHAT’AB

U’mar Bin Al-Khat’t’ab Al-A’dawi Al-Quraisyi  adalah seorang yang bijak dan perkasa. Sebelum memeluk Islam beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, ia amat membenci orang-orang Islam dan banyak menyusahkan mereka.

Laila, salah seorang wanita yang hendak berhijrah ke bumi Habsyah bersama suaminya berkata: U’mar Bin Al-Khat’t’ab adalah di antara orang-orang yang banyak menyusahkan kami dalam Islam. Tatkala aku menunggang untaku hendak pergi ke bumi Habasyah, tiba-tiba aku terserempak dengannya lalu ia pun menegur:
  “Hendak kemanakah wahai Um Abdullah?"  
Jawabku: 
"Kamu kalian telah pun menyakiti kami dalam agama kami, jadi kami hendak pergi ke bumi Allah supaya kami tidak lagi disakiti." 
Maka katanya: 
"Semoga Allah berserta kamu kalian."  
Apabila suamiku A’amir sampai, aku pun memberitahunya apa yang telah aku lihat dari kelembutan hati U’mar. Maka katanya: 
"Apakah kamu mengharapkan ia memeluk Islam? Demi Allah, tidak ia memeluki agama Islam hinggalah keledai al-Khattab itu memeluki agama Islam, memandangkan bagaimana keras dan kuatnya ia menyusahkan orang-orang Islam." 
Akan tetapi U’mar telah mendapat keberkatan do'a Nabi Muahammad s.a.w sebelum masa keislamannya apabila Nabi Muhammad s.a.w berdoa:
"اللهم أعز الاسلام بعمر"  
              Maksudnya : 
"Allahumma Ya Allah, perkuatkanlah Islam dengan U’mar.” 
Maka ia memeluki Islam di rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam, tempat berkumpulnya orang-orang Islam. Dengan keislamannya itu, Allah Taala telah melaksanakan barang apa yang dihajatkan oleh Nabi s.a.w.

A’bdullah Bin Masu’d berkata, riwayat daripada Al-Bukhari:

ما زلنا أعزة منذ أسلم عمر

                     Maksudnya :
“Sentiasalah kami berkeadaan mulia (kuat) semenjak Islamnya U’mar.”
Dia telah memohon daripada Rasulullah s.a.w untuk melakukan sembahyang berterang-terangan di dalam Masjid Al-H’aram. Akibatnya, kuffar Quraisy teramat sangat mengalami tekanan kedukaan apabila mereka melihat kemasukan U’mar ke dalam agama Islam.

Oleh itu, mereka merancang hendak membunuhnya dan berhimpun beramai-ramai di sekeliling rumahnya. Ketika itu datanglah Al-A’as’ Bin Wa`il As-Suhaimi dari Bani ( Anak-anak)  Saham  yang telah berjanji setia dengan Bani (Anak-anak) U’dai, kaum U’mar. Katanya kepada U’mar:
 "Apa yang telah terjadi pada engkau?"
Jawab U’mar:  
"Kaum engkau mengatakan mereka akan membunuh aku jika aku memeluk agama Islam. "
Balasnya: 
"Tidak ada jalan bagi mereka (melakukannya) terhadap engkau, kerana aku bagi engkau adalah jiran (hak kawalan kejiranan)."
Maka terselamatlah U’mar. Pada ketika Al-A’as hendak keluar pulang, didapatinya orang ramai telah melimpahi tanah wadi (lembah), maka katanya:
 "Kemana kamu kalian hendak pergi ?" 
Kata mereka: 
"Kami mahukan anak Al-Khat’t’ab yang telah menukar agamanya." 
Kata Al-A’as’: 
"Tidak ada jalannya (bagi kamu kalian berbuat sedemikian) kepadanya." 
Maka bersurailah mereka ke tempat masing-masing dari mana mereka itu datang.

KEPULANGAN ORANG-ORANG YANG BERPINDAH KE HABSYAH

Selepas 3 bulan berhijrah ke Habsyah, mereka kembali semula ke Makkah kerana ketidakselesaan menetap lama di sana disebabkan bilangan mereka yang sedikit. Hanya segelintir sahaja yang  berkebiasaan, tambahan pula dari segi kemuliaan mereka itu adalah orang-orang ternama Quraisy. Tambahan pula  bersama-sama mereka  adalah isteri-isteri yang  menyebabkan  mereka itu tidak berasa sesuai dan selesa dengan kehidupan di Habsyah.

Ketika orang-orang yang berpindah ke Habsyah itu balik semula ke Makkah, mereka  tidak dibenarkan memasuki Makkah kecuali  ada  orang yang memberikan perlindungan “kawalan” kepada mereka. Maka masuklah Abu Salamah dalam kawalan bapa saudaranya Abi T’alib dan U’thman Bin Maz’u’n  di bawah kawalan Al-Waleed Bin Al-Mughirah.

WATIQAH PEMULAUAN DAN PENYEMPITAN

Apabila segala helah yang diguna pakai oleh kuffar Quraisy menemui jalan buntu, mereka pun mengemukakan kepada Bani Abdu Munaf (Nabi Muhammad s.a.w juga adalah dalam jamaa’h Bani Abdu Munaf) tuntutan supaya dibayar diah yang berganda-ganda dengan Nabi Muhammad s.a.w diserahkan ke tangan mereka. 

Permintaan itu ditolak oleh Bani Abdu Munaf. Kemudian pihak kuffar Quraisy mengemukakan kepada Abu T’alib yang mereka mahu memberikan seorang daripada kalangan anak-anak  muda mereka, dijadikan anak peliharaan dan (sebagai gantian) hendaklah diserahkan anak saudaranya itu  kepada mereka. Maka berkatalah Abu T’alib:
"Alangkah peliknya engkau kalian, engkau mahu menyerahkan anak engkau supaya dipelihara sementara engkau kalian mahukan anakku diserahkan untuk dibunuh."
Apabila perancangan mereka gagal, mereka berpakat hendak melawan puak-puak Bani Hasyim, Bani Al-Mut’t’alib dan Bani Abdu Munaf untuk mengeluarkan mereka dari Makkah dengan dikenakan sekatan. Mereka memberhentikan jual-beli sehinggalah mereka menyerahkan Muhammad untuk dibunuh. Perkara itu dituliskan oleh kuffar Quraisy dalam satu muka surat yang digantung di Kaa’bah. Dengan sebab itu, berhimpunlah puak-puak Bani Hasyim di Syaa’b (شعب) Abu T’alib, sama ada mereka itu orang-orang Islam  atau kafir selain Abu Lahab yang telah bersekutu dengan kuffar Quraisy.

Maka tertinggallah daripada mereka itu anak-anak Abdu Syams dan Bani Naufal anak-anak Abdu Munaf. Dengan sekatan yang dikenakan itu, terpaksalah puak-puak yang bersama Rasulullah s.a.w melalui sa'at genting sehingga terpaksa memakan daun-daun kayu. Bukan setakat itu sahaja malahan saudagar-saudagar mereka  pun disekat membuat urusan berjual-beli. Urusan sekatan dan pemulauan ini  diketuai oleh Abu Lahab.

BERPINDAH KALI  KEDUA  KE  HABSYAH

          
                        Surat jawapan Raja Najasyi (Habsyah) kepada Rasululllah

Selepas apa yang telah berlaku, Rasulullah s.a.w dan kaumnya pun masuklah ke Syaa’b Abu T’alib menyeru orang-orang Muslimin berpindah ke H’absyah secara tolong-menolong di antara satu sama lain untuk berdagang diri. Maka  berhijrahlah kebanyakan mereka yang berjumlah kira-kira 83 orang lelaki dan 18 orang perempuan.

Di kalangan lelaki ialah:

·        Jaa’far Bin Abu T’alib
·         Asma`a Binti ‘Amis اسماء بنت عميس (isteri Jaafar Bin  Abu Talib) 
·        Al-Miqdad Bin Al-Aswad  المقداد بن الاسود 
·       Abdullah Bin Masu’d
·         U’baidah Bin Jahasy جحش 
·         Um Habibah Binti Abi Sufian (isteri Ubaidah Bin Jahasy)

Pihak orang-orang Yaman  yang telah memeluki agama Islam ialah :

·        Abu Musa  dan
·       Anak-Anak Bapa Saudara Abu Musa

Apabila keadaan yang sedemikian itu dilihat oleh kuffar Quraisy, mereka pun mengutuskan A’mru Bin Al-A’as’ dan A’mmarah Bin Al-Waleed عمارة بن الوليد  dengan beberapa hadiah kepada An-Najasyi Raja H’absyah supaya diserahkan kembali orang-orang muslimin itu.  Dalam pertemuan itu, kedua-dua mereka tidak mendapat apa-apa dari An-Najasyi Raja H’absyah selain dari penghinaan apabila kedua mereka itu meminta dibatalkan kawalannya terhadap kaum yang telah pun mendapat perlindungan daripadanya itu. 

Maka baliklah kedua mereka dengan hampa dan kehinaan. Adapun anak-anak Hasyim tinggallah mereka itu di Syaa’b Abu T’alib selama hampir 3 tahun lamanya dalam keadaan paling sempit tanpa ada suatu apa pun makanan yang sampai kepada mereka melainkan secara sulit.

PEMBATALAN WATIQAH

Pemulaun, sekatan dan tekanan hebat kuffar Qurasy terrhadap Rasulullah s.a.w dan golongan orang yang beriman seperti yang terkandung di dalam watiqah akhirnya telah menggerakkan 5 orang di kalangan orang-orang ternama Quraisy bangkit menuntut dibatalkan watiqah yang terlalu kejam itu. Mereka itu terdiri daripada:

·       Hisyam Bin U’mar Bin Al-Harith Al-a’amiri العامري 
(beilau adalah orang yang paling teruk mengalami kesusahan)
·       Zuhair Bin Abi Umayyah Al-Makhzumi
 (anak Emak saudara Rasulullah  A’atikah عاتكة )
·   Al-Mut-'am bin Adi al Nufli المطعم بن عدي النوفلي  
·       Abu Al-Bakhtari Ibn Hisyam Al-Sadi ابو البختري ابن هشام الاسدي  dan
·        Zama’h Bin Al-Aswad Al-Asadi  زمعة بن الاسودي الاسدي 

Dalam hal ini,  mereka telah bermuafakat pada suatu malam mengenainya. Pada paginya berjalanlah Zuhair berpagi-pagi lagi dengan pakaian baru. Ia pun mengelingi Baitullah, kemudian berhadaplah dengan orang ramai. Katanya:
"Wahai ahli Makkah, adakah kita memakan makanan dan memakai pakaian pada hal anak-anak Hasyim dan anak-anak Al-Mut’T’alib itu binasa? Mereka tidak menjual dan mereka tidak membeli. Demi Allah, tidaklah aku duduk sehinggalah dicarikkan watiqah yang kejam ini yang (kononnya) tidak boleh dibantahi."

Maka kata Abu Jahal: 
"Berdusta, engkau". 
Maka kata Zama’h kepada Abu Jahal: 
"Engkaulah, demi Allah, lebih dusta, kami tidak merestuinya ketika engkau menulisnya". 
Maka kata Abu Al-Bakhtari: 
"Benarlah, Zama’h."  
Dan kata Al-Mut’-E’m Bin U’dai:
"Benarlah engkau berdua dan berdustalah orang yang berkata lain dari itu dan benarlah barang apa yang diperkatakan Hisyam Ibnu A’mru."
Berikutannya, berdirilah Al-Mut’-E’m Bin U’dai mendapatkan watiqah itu lalu ia mencariknya. Watiqah itu pun telah dimakan oleh anai-anai, tidak tertinggal di dalamnya melainkan yang ada  padanya hanya nama "Allah." 

Perihal yang berlau ini telah dimaklumkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada bapa saudaranya Abu T’alib sebelum berlakunya sebagaimana yang tersebut. Maka keluarlah kaum Quraisy yang berkesempitan ke tempat mereka masing-masing selepas menghadapi kesusahan ini.

KEDATANGAN AHLI NAJRAN

Selepas Nabi Muhammad s.a.w keluar daripada Syaa’b Abu T’alib, satu rombongan dari orang-orang Nasara Najran telah datang berjumpa baginda. Kedatangan mereka adalah tindakan susulan sebaik sahaja menerima perkhabaran yang disampaikan melalui orang-orang yang berhijrah ke H’absyah untuk melihat segala sifat baginda sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab-kitab suci mereka. Rasulullah s.a.w membacakan al-Quran kepada rombongan seramai lebih kurang 20 orang itu. Maka berimanlah kesemua mereka itu. 

Maka berkatalah Abu Jahal kepada mereka:
"Belum pernah kami lihat mana-mana kafilah sebodoh engkau kalian, engkau itu diutuskan oleh kaum engkau untuk mengetahui perkhabaran mengenai lelaki ini lalu engkau kalian menukar agama kamu." 
Mereka menjawab:
"سلام عليكم لا نجاهلكم لكم ما أنتم عليه ولنا ما أخترناه"
                 Maksudnya: 
"Salam sejahteralah ke atas kamu kalian, kami tidak menjahilkan kamu kalian, bagi kamu kalian apa yang kamu kalian anuti dan bagi kami apa yang kami telah pilih."
 Dalam hal ini, Allah Taala menurunkan wahyu ayat al-Quran dalam surah Al-Qas’as سورة القصص , ayat  52-55:
الَّذِينَ آَتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِهِ هُمْ بِهِ يُؤْمِنُونَ (52) وَإِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ قَالُوا آَمَنَّا بِهِ إِنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّنَا إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلِهِ مُسْلِمِينَ (53) أُولَئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُمْ مَرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (54) وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ (55)
              Maksudnya :
“Orang-orang yang kami telah berikan Kitab kepada mereka dari sebelumnya (al-Quran) mereka itu dengannya (juga) beriman.(52)
Dan apabila dibacakan (al-Quran) kepada mereka, mereka berkata: Kami telah beriman dengannya, sesungguhnya itulah yang sebenar(nya) daripada Tuhan kami; sesungguhnya kami sebelum ini adalah orang-orang Muslimin (yakni orang yang muah’h’ideen (موحدين) yang mentauh’idkan Tuhan).(53)
Mereka itu (akan) diberikan pahala dua kali (dengan sebab mereka beriman dengan dua kitab) kerana kesabaran mereka (beramal dengan keduanya) dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan dan dari apa yang telah kami rezekikan kepada mereka, mereka menginfakkan.(54)
Dan apabila mereka mendengar kata-kata yang sia-sia (cercaan yang menyakiti hati oleh orang-orang kuffar) mereka berpaling darinya dan berkata: Bagi kami amalan-amalan kami dan bagi engkau kalian a’malan-amalan engkau kalian, salam (sejahtera) ke atas engkau kalian, tidaklah kami ingin (menyertai) orang-orang yang jahil.” (55)
Apabila ahli-ahli musyrikin Makkah sudah tidak lagi berdaya menangani urusan Rasulullah s.a.w dan tidak lagi dapat berhujah, mereka pun menuduhnya melakukan perbuatan sih’ir. Ada kalanya dikatakan berdusta, ada kalanya pula dikatakan gila dan kadang-kadang dikatakan tilikan. Itulah kerja-kerja orang yang lemah, namun mereka tetap ingkar dan keras kepala menentang Rasulullah s.a.w. kerana tidak mahu menerima perkara yang benar setelah diketahui kebenarannya. Firman Allah dalam surah Al-Anfal  سورة الأنفال  , ayat 32:
وَإِذْ قَالُوا اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ هَذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِنْدِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَاحِجَارَةً مِنَ السَّمَاءِ أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
                   Maksudnya :
“Dan (ingatlah) tatkala (orang-orang musyrik) berkata: Ya Allah, jika betullah (al-Quran yang dibacakan oleh Muhammad) benar-benar dari sisi Mu maka hujanilah ke atas kami (dengan) batu dari langit atau pun Engkau datangkan kepada kami dengan azab yang pedih.”

KEWAFATAN KHADIJAH R.A.

Selepas Rasulullah s.a.w keluar dari Syaa’b Abu T’alib sebelum berhijrah iaitu dalam masa 3 tahun, wafatlah isteri baginda Khadijah Binti Khualid r.a.

Tatkala wafatnya Khadijah, bersedihlah Rasulullah s.a.w, suatu kesedihan yang amat sangat kerana Khadijah telah menaruh belas kasihan kepadanya, melindunginya dari perbuatan jahat kuffar Quraisy, memandangkan kemuliaanya pada kaumnya Bani Asad. Rasulullah s.a.w kerap kali mengenangnya dan menaruh belas kasihan kepadanya kerana Khadijah ialah wanita pertama sekali yang beriman dan mempercayai Rasulullah s.a.w pada segenap perkara yang disampaikan dari Tuhannya. Melaluinya telah dikurniakan Allah beberapa orang putera dan puteri anakanda baginda.

PERKAHWINAN DENGAN SAUDAH

Pada bulan kewafatan Khadijah r.a., Rasulullah s.a.w telah diakadkan dengan Saudah Binti Zama’h Al-A’amiri Al-Qurasyiah, seorang janda kematian suami. Anak bapa saudaranya As-Sakran Bin U’mar dan Saudah telah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dan amat bertentangan dengan kaum kerabatnya serta anak-anak bapa saudaranya yang kafir. Ia telah berhijrah bersama suaminya ke H’absyah pada kali keduanya kerana takutkan fitnah kaumnya yang kafir. Ketika mengiringi balik dari perpindahannya itu, wafatlah suaminya.

Maka tidak ada yang lebih baik dari apa yang telah diperbuat oleh  Rasulullah s.a.w itu dengan  mengahwinkan seorang lelaki yang ia telah beriman dengannya. Andainya ditinggalkan kepada kaumnya yang sedang melakukan kekerasan dan sangat membenci Islam, nescaya mereka akan memfitnahkannya. Dari sudut lainnya pula, kemuliaan nasab keturunannya pada kaumnya pun menghalangnya dari berkahwin dengan seorang lelaki yang bukan setaraf dengan  nasab keturunan dan kemualiaannya.

PERKAHWINAN DENGAN A’ISYAH R.A.

Tidak lama selepas itu iaitu selepas berlalunya masa satu bulan, Rasulullah s.a.w diakadkan dengan A’isyah Binti Abu Bakar. Rasulullah s.a.w tidak berkahwin dengan anak perawan selain daripada A'isyah. Urusan perkahwinannya dengan A’isyah telah dilangsungkan di Madinah sementara urusan perkahwinannya dengan Saudah disempurnakan di Makkah.

Kira-kira satu bulan selepas wafatnya Khadijah, wafatlah Abu Talib, bapa saudara Rasulullah s.a.w., orang yang melindungi dan mempertahankannya dari segala kejahatan yang dilakukan oleh seteru-seterunya. Walapun Abu T’alib tidak pernah mendustakan Rasulullah s.a.w pada sebarang apa yang disampaikannya daripada wahyu Allah Taa’la, malahan ia mengik’tiqadkan kebenaran Rasulullah, namun ia tidak menuturkan Dua Kalimah Syahadah at-Tauh’id dan Syahadah Ar-Rasul sehinggalah ke saat akhir hayatnya. Rasulullah s.a.w sangat-sangat mengharapkan keimanan bapa saudaranya Abu T’alib.
Dalam hal ini, turunlah wahyu  al-Quran dalam surah Al-Qas’as’ سورة القصص  , ayat 56:
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
                    Maksudnya :
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau kasihi (seperti Abu Talib) akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (kepada) sesiapa yang Dia kehendaki; dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah.”
[##Akan tetapi, bagi menghargai segala pertolongan, kasih sayang dan amalan Abu T'alib yang sangat besar di sepanjang hayatnya kepada Rasulullah s.a.w., kita mengharapkan mudah-mudahan Allah Taa’la meringankan azab-Nya.]  

Ketidakislaman Abu T'alib di samping ramai lagi di kalangan kerabat-kerabat Rasulullah s.a.w. yang lain juga tidak memeluki agama Islam sudah pastinya ada hikmah di sebebaliknya. Antara hikmahnya ialah sekiranya mereka segera mengikutinya nescaya dikatakan mereka itu ialah kaum yang menuntut pangkat ketuanan dan kemegahan yang kedua-duanya itu tidak ada pada sisi mereka. Oleh kerana itulah didatangkan oleh mereka perkara  yang memfitah Rasulullah s.a.w. 

Akan tetapi orang-orang yang  berkeras kepala itu sendiri menyaksikan bahawa pengikut-pengikut Rasulullah s.a.w. itu adalah di kalangan orang-orang luar dan asing,  bukan daripada suku kaum bangsawan atau kaum keluarganya malahan mereka itu adalah dari kalangan orang-orang yang bermusuhan dengannya pada beberpa ketika, seperti U’thman bin A’ffan dari Bani Umayyah.

Justeru, tidak berbangkit di sisi mereka sebarang perkara atau hujah untuk dijadikan alasan selain daripada dakwaan-dakwaan dusta yang menjadi pegangan kuat mereka. Ketika mereka dikalahkan dengan segala hujah, mereka berkata:
".....Itu adalah tukang sih’ir yang mencerai-beraikan antara seseorang dengan isterinya dan tukang tilik tentang perkara-perkara yang  ghaib....."
Pada tahun kewafatan isteri dan bapa saudaranya Abu T'alib, Rasulullah s.a.w telah menamakan tahun itu sebagai 'Tahun Dukacita.'  Dengan wafatnya Abu T’alib, berjayahlah kuffar Quraisy melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak boleh mereka lakukan terhadap Rasulullah s.a.w semasa hayat Abu T’alib. Tugasan baginda menjadi lebih berat dan sukar sehinggalah kedapatan di kalangan kuffar Quraisy yang berani menyiram debu-debu tanah ke atas kepalanya ketika baginda sedang berjalan. Terdapat juga di kalangan mereka yang melontar kotoran (najis) kambing  ketika baginda melakukan ibadat sembahyang dan ada yang merentap-rentapnya sambil berkata:
 "Engkaulah yang mahu menjadikan Tuhan itu Esa (yakni Tuhan yang tiada menyamai sesuatu apa pun dari segala makhkuk-Nya)."
Tidak seorang pun dari kalangan orang-orang Islam yang berani tampil melepaskannya, lantaran kelemahan mereka, sehinggalah datang Abu Bakar lalu berkata:
"Adakah engkau kalian ini hendak membunuh seorang lelaki   yang berkata Tuhanku Allah!"

BERPINDAH KE TAIF


Thaif: Malaikat Pun Siap Menyiksa Penduduknya | Republika Online
                             Salah satu suasana alam di Taif 
Memandangkan perbuatan melampau kaum kuffar Quraisy, maka berangkatlah Rasulullah s.a.w. kepada puak Thaqeef di Taif dengan harapan kaumnya itu dapat membantu dan menolongnya hingga baginda dapat menyempurnakan pekerjaan Tuhannya.  Puak Thaqeef itu merupakan orang-orang yang terdekat dengan Makkah dan Rasulullah mempunyai hubungan persaudaraan dengan mereka yang jadi saudara ibu. Adalah diketahui Um Hasyim Bin A’bdu Munaf A’atikah As-Sulamiyah dari Bani Saleem Bin Mans’ur adalah orang-orang yang berjanji setia dengan puak Thaqeef. Rasulullah pergi bersama hambanya Zaid Bin Harithah, menemui  tiga orang pembesar mereka iaitu:

·        A’bdu Yalil عبد ياليل   
·        Masu’ud dan
·     H’abeeb anak-anak A’mru Bin A’meer Ath-Thaqafi

Maka baginda pun mengkemukakan usul  kepada mereka supaya menolongnya hingga ia menunaikan seruannya itu.  Permintaannya itu mereka tolak  secara keji dan tidak ada apa-apa kebaikannya daripada mereka itu.

Pada ketika itu Rasulullah s.a.w. meminta daripada mereka supaya tidak dihebohkan berita penolakan itu supaya tidak diketahui oleh kuffar Quraisy. Andainya diketahui, sudah pastinya mereka akan bertindak lebih ganas lagi kerana meminta bantuan dari seteru-seteru mereka.

Puak Thaqeef enggan mendengar dan tidak menghiraukan apa yang diharapkan oleh Rasulullah s.a.w, malahan mereka telah mengirim orang-orang jahat  dan hamba-hamba mereka untuk menyakiti Rasulullah dalam perjalanannya. Mereka melontarkan batu-batu hingga berdarah tumitnya, sementara Zaid Bin Harithah bertindak menangkis hinggalah Rasulullah sampai ke satu pohon tamar.

Di situlah baginda berdua berteduh.  Pohon tamar itu pula, berhampiran dengan kebun kepunyaan milik A’tabah dan Syaibah, kedua-duanya adalah anak Rabia’h.  Kedua-dua orang ini adalah seteru Rasulullah dan kedua-duanya juga sedang berada di kebun mereka. Rasulullah tidak berkenan berada di tempat keduanya itu lalu ia pun berdo'a kepada Allah Taala katanya:
"اللهم إني أشكو إليك ضعف قوتي وهواني على الناس يا أرحم الراحمين أنت رب المستضعفين وأنت ربي الي من تكلني ان لم يكن بك غضب علي فلا أبالي".
:Maksudnya                            
“Wahai Tuhanku bahawasanya aku mengadukan kepada engkau kelemahan daya-upayaku dan kehinaanku ke atas manusia. Wahai Tuhan Yang Amat Belas Kasihan dari sekalian yang belas-kasihan, Engkaulah Tuhan sekalian orang-orang yang berkelemahan dan Engkaulah Tuhanku, kepada orang yang Engkau lemahkan daku jika tidak ada dengan Engkau itu kemurkaan ke atasku maka tidaklah aku memperdulikan.”
Apabila kedua orang anak Rabia’h ternampak Rasulullah s.a.w., lembutlah hati keduanya dengan menaruh belas kasihan. Keduanya menghantarkan kepadanya sejambak buah anggur yang mereka petik bersama seorang hamba milik keduanya, berbangsa Nasrani bernama A’ddas.
Ketika memulakan makan, Rasulullah s.a.w membaca
 بسم الله الرحمن الرحيم
Maka kata A’ddas: "Kata-kata ini tidak dituturkan oleh orang-orang negeri ini".  

Maka kata Rasulullah s.a.w kepadanya:
"Dari negeri manakah engkau dan apa agama engkau?"
Jawab orang Nas’rani itu: 
"Dari Nainawi." 
Maka kata Rasulullah s.a.w kepadanya: 
"Dari dusun seorang lelaki yang soleh Yunus Bin Mata?"
Maka bertanyalah orang Nasrani itu : 
"Apakah yang engkau tahu tentang Yunus itu?"  
Maka Rasulullah s.a.w pun membaca al-Quran yang di dalamnya ada kisah Nabi Allah Yunus Alaihisalam.  Apabila didengari, ia pun terus beriman memeluk agama Islam. Lalu datanglah Malaikat Jibrael A.S  dengan perintah Allah Taa’la Jalla ‘Zikruhu, katanya: 
"Bahawasanya Allah Taala telah menyuruhkan daku mentaa’ti engkau pada kaum engkau kerana barang apa yang telah mereka lakukan terhadap engkau."  
Maka kata Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku berilah petunjuk kepada kaumku kerana bahawasanya mereka itu tiada mengetahui.”
Maka kata Jibrael: 
"Telah benarlah yang menamakan engkau itu orang yang sangat menaruh belas kasihan lagi yang sangat mengasihi."
Sewaktu Rasulullah di Nakhlah (suatu tempat antara Taif dan Makkah) datanglah kepadanya sekumpulan jin mendengar al-Quran. Mereka itu ialah dari golongan yang bersekutu dengan Musa Salawatullah Alaihi. Apabila mereka mendengarinya, senyaplah mereka kerana mendengarkan bacaannya. Sebaik selesai, mereka pun bersurai dan pergi kepada kaum mereka, memberi peringatan dan menyampaikan perkhabaran Rasulullah s.a.w. itu.

Berkenaan dengan perkara itu, diturunkan oleh Allah Taala dalam surah Al-Ah’qaf سورة الأحقاف , ayat  29-32:
وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآَنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَى قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ (29) قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا أُنْزِلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى طَرِيقٍ مُسْتَقِيمٍ (30) يَا قَوْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ وَآَمِنُوا بِهِ يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُجِرْكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (31) وَمَنْ لَا يُجِبْ دَاعِيَ اللَّهِ فَلَيْسَ بِمُعْجِزٍ فِي الْأَرْضِ وَلَيْسَ لَهُ مِنْ دُونِهِ أَولِيَاءُ أُولَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (32
                 Maksudnya :
“Dan ketika Kami telah halakan kepadamu (wahai Muhammad) sekumpulan dari jin mereka mendengar (bacaan) al-Quran, maka setelah mereka menghadirinya, berkatalah (setengahnya kepada sebahagian lain): Diamlah kalian (untuk mendengarnya) maka (sebaik sahaja) selesai (bacaannya) kembalilah mereka kepada kaum mereka (untuk) memberi peringatan (mengenai azab Allah jika mereka tidak beriman dan mereka itu adalah beragama Yahudi dan memeluki agama Islam).(29)
Mereka berkata: Wahai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (yakni al-Quran) yang diturunkan sesudah Musa (yang) membenarkan bagi apa yang ada di hadapannya (yakni yang terdahulunya seperti at-Taurat), ia memberi petunjuk kepada yang hak (agama Islam) dan kepada jalan (yang) lurus.(30)
Wahai kaum kami sahutlah seruan yang menyeru kepada Allah (yakni seruan Muhammad s.a.w itu kepada iman) dan berimanlah engkau kalian dengannya (nescaya) Dia (Allah) mengampuni bagi engkau kalian dari dosa-dosa kalian dan Dia akan melepaskan engkau kalian dari a’zab yang tidak terperi sakitnya.(31)
Dan sesiapa tidak menerima seruan orang yang menyeru (Muhammad) kepada Allah maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan Allah) di bumi dan tidaklah ada baginya dari selain Allah (sebagai) pelindung-pelindung; mereka (yang demikian halnya) adalah dalam kesesatan yang nyata.”(32)
Kisah Jin, ada disebutkan oleh Allah Taala dengan ibarat yang lebih panjang di dalam surah, dinamakan surah Al-Jin سورة الجن‎‎  , ayat 1-2:
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآَنًا عَجَبًا(1)  يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآَمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا (2)
                 Maksudnya: 
“Katakanlah (wahai Muhammad) telah diwahyukan kepadaku bahawasanya telah mendengar (bacaan al-Quran)  sekelompok dari bangsa jin, maka berkatalah mereka sesungguhnya kami telah mendengar al-Quran (yang) menakjubkan. (1)
Ia (al-Quran) memberi petunjuk kepada kebenaran, lalu berimanlah kami dengannya dan kami tidak akan mempersekutukan Tuhan kami dengan seseorang pun Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sesekali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami."(2)

Masjid Jin di Mekah. Menurut riwayat di sinilah dulu Rasulullah s.a.w bertemu dan menyampaikan seruan keimanan kepada sekumpulan jin yang sebelumnya beriman kepda Nabi Musa a.s. dan kitab At-Taurat.

 

Maka apabila balik dari Taif dalam keadaannya itu, Rasulullah s.a.w tidak dibenarkan masuk ke Makkah selepas diketahui oleh kuffar Quraisy tentang pemergiannya itu ke Taif. Maka Rasulullah s.a.w pun mengutus kepada  Al-Mut’e’m Bin U’dai  Bin Naufal Bin Abdu Munaf memaklumkan kepadanya bahawa ia akan masuk ke Makkah di bawah kawalannya. Maka akan hal yang demikian itu diperkenankan lalu ia dan anak-anaknya memakai senjata ke tempat itu.

Bila ditanya oleh beberapa orang kuffar Quraisy kepadanya: 
"Adakah engkau orang yang memberi kawalan atau pun orang yang mengikuti ?"
Maka katanya: 
"Bahkan..orang yang memberi kawalan."  
Kata mereka: 
"Kalau begitu tidak dibatalkan hak tanggungan kawalan engkau itu." 

KEDATANGAN  PUAK DAUS

Ketika di Makkah datanglah At’-T’ufail Bin A’mru Ad-Dausi الطفيل بن عمرو الدوسي  dari kaum keluarga Abu Hurairah, seorang sahabat yang masyhur.           
At’-T’ufail adalah seorang yang dihormati di sisi kaumnya, pandai bersyai’r dan berketurunan orang yang baik-baik. Bila dibacakan al-Quran oleh Rasulullah s.a.w  kepadanya, lalu ia pun terus beriman memeluk Islam.

Maka sabda Rasulullah s.a.w:
"اذهب إلى قومك فادعهم إلى الاسلام". ودعا لهم رسول الله فقال: "اللهم اهد دوسا".
                      Maksudnya:
“Pergilah kepada kaum engkau dan serulah mereka kepada agama Islam”. Dan Rasulullah mendoakan mereka, katanya: Allahuma Ya Allah, berilah petunjuk kepada Kaum Daus"
Justeru pulanglah At’-T’ufail kepada suku kaumnya menyeru mereka itu kepada agama Islam dan ramailah di kalangan mereka yang beriman terhadap seruannya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...