Rabu, 6 November 2013

Bhg 2: Tarbiyatu Fikrit-Tifli Li-Fahmi Ulumuddin (تربية فكر الطفل لفهم علوم الدين)




Kemudian Allah Taala menurunkan wahyu ayat al-Quran kepadanya dalam surah سورة الشعراء Asy-Syua'raa, ayat 214-216: 
وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ (214) وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ (215) فَإِنْ عَصَوْكَ فَقُلْ إِنِّي بَرِيءٌ مِمَّا تَعْمَلُونَ (216) 
             Maksudnya :
“Dan berilah ingatan kepada kaum keluargamu yang terdekat (Banu Hasyim, Banu Al-Muttalib, Banu Naufal, Banu Abdu Syams dan Anak-Anak Abdu Manaf).(214) 
Dan rendahkanlah sayapmu (yakni merendah diri) kepada siapa yang dia mengikuti engkau dari orang-orang yang beriman.(215) 
Maka jika mereka menderhakaimu, (tidak mendengar ajaran engkau di kalangan kaum keluarga engkau yang terdekat) maka katakanlah sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang engkau sekalian kerjakan itu.”(216)
Maka Nabi Muhammad s.a.w pun memanggil dan mengumpulkan kaum keluarganya yang terdekat. Sabdanya kepada mereka:
"ان الرائد لا يكذب أهله والله لو كذبت الناس جميعا ما كذبتكم ولو غررت الناس جميعا ما غررتكم والله الذي لا إله إلا هو أني لرسول الله اليكم خاصة وإلى الناس كافة والله لتموتن كما تنامون ولتبعثن كما تستيقظون ولتحاسبن بما تعملون ولتجزون بالاحسان احسانا وبالسوء سوءا وأنها لجنة أبدا أو النار أبدا".
                                Maksudnya :
“Bahawasanya **ARRA-IDالرائد  tidak akan berdusta kepada ahlinya (kaumnya), demi Allah jika aku berdusta kepada semua manusia nescaya aku tidak berdusta kepada engkau kalian dan jika aku memperdayakan manusia semua nescaya tidak aku memperdayakan engkau kalian. Demi Allah Tuhan yang tiada sah dii’badatkan dengan sebenarnya melainkan Ia, sesungguhnya aku ini adalah Pesuruh Allah kepada engkau kalian khasnya dan kepada semua manusia a’mnya . 
Demi Allah sesungguhnya engkau kalian akan mati sebagaimana engkau kalian tidur dan sesungguhnya akan dibangkitkan engkau kalian sebagaimana engkau kalian bangkit dari tidur dan engkau kalian akan dihisabkan dengan apa yang engkau kerjakan dan sesungguhnya engkau kalian akan dibalas berbuat baik itu dengan kebaikan dan berbuat jahat itu dengan kejahatan dan bahawasanya (bagi engkau kalian)  adalah syurga selama-lamanya atau pun neraka selama-lamanya.”
[** Penjelasan : Arra-id ( الرائد ): orang yang dilantik oleh kabilahnya (kaumnya) untuk sesuatu tugasan seperti mencari sumber air atau rumput untuk ternakan dan lain-lain  keperluan.]

Maka berkata-katalah kaum keluarganya dengan lemah-lembut melainkan bapa saudaranya Abu Lahab yang sangat memusuhinya dengan berkata:
"خذوا على يديه قبل أن تجتمع عليه العرب فان سلمتموه اذا ذللتم وان منعتموه قتلتم"
                             Maksudnya :
“Engkau kalian ambillah kedua tangannya itu sebelum berhimpunnya orang-orang Arab kepadanya, maka jika engkau kalian menyelamatkan dia nescaya engkau kalian (akan) diperhina dan jika engkau kalian mempertahankannya dia nescaya engkau kalian (akan) diperangi.”
Maka kata Abu Talib:
"والله لنمنعه ما بقينا"
                      Maksudnya :
“Demi Allah kami akan mempertahankannya selama kami masih hidup”. 
Kemudian bersurailah kesemua mereka itu.

Ketika Rasulullah s.a.w menyeru kepada agama Islam secara terbuka di hadapan orang ramai, kuffar Quraisy pun memperejek-ejek dan mempersenda-sendakannya di tempat-tempat perhimpunan mereka. Bila sahaja Rasulullah s.a.w berjalan melintasi mereka, berkatalah mereka: 
"Inilah anak Abi Kabsyah (ابي كبشه)  bercakap dari langit ... Dia itu adalah hamba Abdul Muttalib yang bercakap dari langit."
Apabila Rasulullah s.a.w mencela sembahan mereka (berhala-berhala) dengan sabdanya:
" والله يا قوم لقد خالفتم دين أبيكم ابراهيم"
                     Maksudnya :
Demi Allah wahai kaum, sesungguhnya kamu kalian telah pun menyalahi agama datuk engkau Ibrahim.”  
maka bergemerencanglah dalam kepala mereka itu kekerasan jahiliah kerana cemburunya kepada barang-barang sembahyang datuk-nenek mereka.

Oleh itu, pergilah mereka mendapatkan bapa saudaranya Abu Talib, ketua Bani Hasyim yang telah mengakui dirinya sebagai pemelihara Nabi Muhammad s.a.w itu dari musuh-musuhnya. Mereka (kuffar Quraisy) meminta supaya dibiarkan antara mereka dengannya (Nabi Muhammad) atau pun ia (Abu Talib) melarangnya dari apa yang dikatakannya itu.

Permintaan mereka itu ditolak oleh Abu Talib dengan baik, lalu mereka bersurai. Dalam begitu marahnya kufaar Quraisy kepada seruan Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w, baginda terus menyeru kepada apa yang dikehendakinya, tidak ada yang boleh menyekatinya dari kehendaknya itu oleh suatu apa pun. Maka bertambah besarlah perkara itu dengan hasad dengki dan permusuhan di hati-hati kuffar Quraisy yang sentiasa teransang kemarahan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian, pergilah mereka semula kepada Abu Talib pada kali yang lainnya dengan berkata:
"ان لك سنا وشرفا ومنزلة منا وانا قد طلبنا منك أن تنهي ابن أخيك فلم تنهه عناوانا والله لا نصبر على هذا من شتم أبائنا وتسفيه عقولنا وعيب ألهتنا".
                         Maksudnya : 
“Bahawasanya bagi engkau itu berusia yang lebih tua (dari kami), kemuliaan dan kedudukan (pangkat) di sisi kami dan bahawasanya kami telah pun meminta daripada engkau menghalang anak saudara engkau itu tetapi engkau tidak pun menghalangnya dari kami. Demi Allah kami sudah tidak boleh lagi bersabar dalam perkara ini dengan mencerca datuk-datuk nenek kami, membodohkan a’kal fikiran kami dan mencela barang-barang sembahan kami.”


Hanya itulah sahaja alasan mereka untuk tidak mahu mengikut perkara yang benar, semata-mata kerana mengikuti jejak langkah kekufuran datuk-nenek mereka .
Firman Allah Taala dalam al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah, ayat 170 : 
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلا يَهْتَدُونَ
            Maksudnya :
“Dan apabila dikatakan kepada mereka (orang-orang kafir) ikutilah kalian apa yang telah Allah turunkan (Islam) mereka berkata  (menjawab): (Tidak), bahkan kami (hanya) mengikuti apa yang telah kami dapati di atasnya bapa-bapa kami (dari menyembah berhala dan lain-lainnya), walaupun  bapa-bapa mereka tidak berakal/mengerti sesuatu apa pun (dari perkara agama) dan tidak pula mereka dapat petunjuk (kepada jalan yang benar).”
 Firman Allah Taala dalam surah سورة المائدة Al-Ma`idah, ayat 104:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ قَالُوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لا يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلا يَهْتَدُونَ 
              Maksudnya :
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kalian kepada apa yang Allah telah turunkan (al-Quran) dan kepada Rasul, (yang menyampaikan segala hukumannya)', mereka menjawab: 'Memadailah bagi kami apa yang telah kami dapati di atasnya bapa-bapa (yakni datuk-datuk nenek) kami, apakah (mereka tetap mengikuti) sekalipun bapa-bapa mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk kepada jalan yang benar'."
Dalam al-Quran surah سورة لقمان  Luqman, ayat 21, Allah Taala berfirman:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ الشَّيْطَانُ يَدْعُوهُمْ إِلَى عَذَابِ السَّعِيرِ 
              Maksudnya :
Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Ikutilah apa yang diturunkan Allah'. Mereka menjawab: '(Tidak), bahkan kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati bapa-bapa kami (dan datuk-nenek kami) mengerjakannya.' Dan apakah mereka akan (mengikuti bapa-bapa mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka kepada seksa api (neraka) yang menyala-nyala.?
Firman Allah Taala dalam surah سورة الزخرف‎‎ Az-Zukhruf, ayat 22 ada menyatakan hujah-hujah batil mereka:
بَلْ قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آَبَاءَنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آَثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ
                                    Maksudnya :
“Bahkan mereka berkata: 'Sesungguhnya kami telah dapati (bapa dan) datuk-datuk nenek kami menganut agama suatu umat dan sesungguhnya kami atas jejak mereka beroleh petunjuk.”
Maka yang demikian itu telah mengheret mereka kepada yang disifatkan sebagai bapa dan datuk-nenek yang tidak berakal dan tidak mendapat petunjuk kepada jalan yang hak lalu mereka melenting kemarahan dan terus menemui Abu Thalib. Kata mereka kepadanya : 
"..Sama ada engkau melarangnya ataupun kami menarunginya dengan engkau sekali sehinggalah terbinasa salah satu daripada kedua puak.." 
Kemudian mereka pun bersurai.

Maka yang demikian itu membuatkan Abu Thalib berdukacita untuk terpisah dengan kaumnya, akan tetapi tidak pula dia mahu mengecewakan anak saudaranya.

Oleh  itu, ia pun berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w: 
Wahai anak saudaraku, sesungguhnya kaum ku telah datang kepadaku. Mereka telah mengatakan kepadaku begini-begini. Maka tinggallah engkau di atas diri engkau; dan janganlah engkau bebankan ke atasku sesuatu yang tidak aku terdaya menanggunginya. Maka pada ingatan Rasulullah s.a.w bahawa bapa saudaranya itu mahu meninggalkannya, sabdanya: 'Demi Allah, wahai bapa saudaraku, jikalau mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku tinggalkan perkara ini nescaya tidak aku lakukan hinggalah Allah Taala menz’ahirkannya atau membinasakan akan yang lainnya'. Lalu ia pun menangis kemudiannya dan berpaling. Maka kata Abu Talib: 'Berhadaplah engkau wahai anak saudaraku'. Maka ia pun berhadap kepadanya. Katanya: 'Pergi  teruskanlah dan katakanlah apa yang engkau sukai, demi Allah tidak aku tinggalkan engkau'."

 

PERBUATAN-PERBUATAN YANG MENYAKIT DAN LAIN-LAIN KESUSAHAN

Terlalu banyak perbuatan yang menyakiti dilakukan oleh kuffar Quraisy terhadap Rasulullah s.a.w dengan mendatangkan berbagai kesusahan yang amat berat, terutamanya semasa hendak bersembayang di Masjidil-H’aram. Kesusahan-kesusahan yang paling hebat terhadap Rasulullah s.a.w adalah datangnya dari kumpulan yang dinamakan “orang-orang pengejek”. Terlalu banyak perbuatan menyakiti yang dilakukan oleh kumpulan tersebut. Di kalangan mereka yang menjadi ahli pengejek di peringkat awalnya ialah: Abu Jahal, dan Amru Bin Hisyam Bin Al-Mughirah Al-Makhzumi Al-Qurasyi.

Pada suatu hari Abu Jahal berkata:
يا معشر قريش ان محمد قد أتى من عيب دينكم وشتم آلهتكم وتسفيه احلامكم وسب آبائكم اني أعاهد الله لأجلس غدا بحجر لا أطيق حمله فاذا سجد في صلاة رضخت به رأسه فأسلموني عند ذلك أو امنعوني فليصنع بي بعد ذلك بنو مناف ما بدالهم فلما أصبح أخذ حجرا كما وصف ثم جلس لرسول الله ينتظره وغدا عليه السلام كما كان يغدو الى صلاته وقريش في انديتهم ينتظرون ما ابو جهل فاعل فلما سجد عليه السلام احتمل ابو جهل الحجر وأقبل نحوه حتى اذا دنا منه رجع منهزما منتقعا لونه من الفزع ورمى حجره من يده فقام اليه رجال من قريش فقالوا له مالك يا أبا الحكم قال قمت اليه لأفعل ما قلت لكم فلما دنوت منه عرض لي فحل من الابل والله ما رأيت مثله قط هم بي أن يأكلني فلما ذكر ذلك لرسول الله قال ذلك جبريل ولو دنا لأخذه.
                     Maksudnya :
Wahai sidang jamaa’h Quraisy, sesungguhnya Muhammad itu telah mendatangkan celaan terhadap agama engkau kalian dengan mencerca barang-barang sembahan engkau kalian, membodohkan a’kal fikiran engkau kalian dan mencerca datuk nenek engkau kalian. Bahawasanya aku berjanji dengan Allah, akan duduk esok pagi dengan satu batu yang hampir tidak terdaya aku mengangkatnya. Maka apabila ia sujud di dalam sembahyangnya itu, aku akan hempaskannya ke atas kepalanya. Maka engkau kalian tinggalkan daku ketika itu atau pun engkau kalian mempertahankan daku. Maka biarlah apa sahaja yang hendak dilakukan anak-anak Abdu Manaf.
Apabila pagi, ia pun mengambil satu batu sebagaimana yang ia sebutkan, kemudian ia duduk menunggu Rasulullah s.a.w. Dan keluarlah Rasulullah s.a.w itu berpagi-pagi ke tempat sembahyangnya tatkala kuffar Quraisy sedang berada di rumah-rumah persekutuan mereka, menunggu untuk menyaksikan apakah yang akan dilakukan oleh  Abu Jahal.
Ketika Rasulullah s.a.w itu sujud, Abu Jahal pun mengangkat batu itu dan pergi ke arahnya hingga apabila ia menghampirinya, tiba-tiba ia undur ketewasan dalam keadaan pucat ketakutan, lalu ia membuangkan batu itu dari tangannya. Maka datanglah kepadanya beberapa orang dari kuffar Quraisy dan berkata: "Kenapakah dengan engkau wahai Abu Al-H’akam?".
Jawabnya:"Aku datang kepadanya kerana hendak melakukan apa yang telah aku katakan kepada engkau kalian. Tatkala aku menghampirinya, ada seekor unta jantan menghalangi aku. Demi Allah, tidak pernah aku lihat seumpamanya sama-sekali, ia berniat hendak membinasakan aku."
Bila disebutkan yang demikian itu kepada Rasulullah s.a.w., sabdanya: 
“Itu ialah Malaikat Jibril, andainya ia menghampiri, nescaya ia mengambilnya.”
Abu Jahal adalah orang yang paling banyak menegah Rasulullah s.a.w. dari sembahyangnya di dalam Masjidil-H’aram. Pada suatu hari ia berkata kepada Rasulullah s.a.w. selepas ia melihat Rasulullah s.a.w itu bersembahyang: 
"Adakah tidak aku menegahkan engkau daripada ini?"
Maka Rasulullah itu pun mengeraskan kata-katanya untuk menakutkannya dengan berkata:
"Adakah engkau mengugutku dan akulah yang lebih banyak ahli tanah lembahan persekutuan ini."
Dalam perkara ini, Allah Taa’la menuurunkan wahyu ayat al-Quran, memberi ketakutan kepadanya dalam al-Quran surah سورة العلق Al-Alaq  ayat 15-19:
كَلَّا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعَنْ بِالنَّاصِيَةِ (15
نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ (16) فَلْيَدْعُ نَادِيَهُ (17) سَنَدْعُ الزَّبَانِيَةَ (18) كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ (19
                                        Maksudnya :
“Jauh sekali tidak, jika dia tidak berhenti (dari perbuatan buruknya itu) nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam api neraka).(15).
(Iaitu) ubun-ubun orang yang berdusta (yang) bersalah.(16)
Maka (biarlah) dia memanggil kaumnya (untuk menolongnya).(17)
Kelak Kami akan memanggil Malaikat Zabaniyah (yang sangat keras untuk membinasakannya).(18)
Tidak sesekali, janganlah engkau mematuhinya dan sujudlah dan dekatkan (dirimu kepada Allah).”(19)
Di antara perbuatan-perbuatan yang menyakiti Rasulullah s.a.w ialah sebagaimana yang diceritakan oleh A’dbullah bin Masu’d, riwayat daripada Al-Bukhari, katanya: 
"Semasa kami bersama Rasulullah di dalam Masjidil-H’aram, Baginda sedang bersembahyang. Maka kata Abu Jahal: 'Tidakkah ada di antara kamu kalian seorang lelaki yang boleh pergi mengambil tahi binatang sembelihan Bani polan, kemudian ia melontarkannya ke atas Muhammad semasa ia sedang sembahyang. Maka bangunlah A’qabah  Bin Abi Mui’it Bin Abi Amru Bin Umayyah Bin Abdu Syams(عقبة بن ابي معيط بن ابي عمرو بن امية بن عبد شمس)  dan ia pun datang membawa najis binatang itu lalu ia melontarkannya ke atas Nabi Muhammad s.a.w ketika ia sedang sujud.Maka tidaklah ada seseorang pun daripada orang-orang muslimin yang ada di dalam masjid itu terdaya membuangkannya disebabkan kelemahan mereka melawan seteru, hinggalah datang Fatimah anak perempuannya itu membuangkan kotoran itu.  Apabila Nabi Muhammad s.a.w bangkit berdiri, iapun mendo'akan ke atas orang yang melakukan perbuatan yang keji ini dengan menamakan kaum-kaum Quraisy itu.”  
Kata Ibnu Masu’ud aku lihat mereka itu mati terbunuh pada hari Perang Badar.

Di antara peristiwa yang telah terjadi antara Rasulullah s.a.w dengan Abu Jahal ialah bahawa Abu Jahal telah membeli beberapa ekor unta dari seorang lelaki yang dipanggil Al-Arasyi. Ia menangguh-nangguhkan bayarannya. Maka datanglah lelaki itu (Al-Arasyi) ke tempat perhimpunan kuffar Quraisy meminta pertolongan mendapatkan wang harga untanya itu. Maka mereka pun menunjukkan kepada Rasulullah supaya Rasulullah membantunya dengan tujuan mempertawa-tawa dan memperejek-ejekan Rasulullah kerana mereka mengetahui bagaimana perbuatan-perbuatan celaka Abu Jahal terhadap Rasulullah s.a.w.. Maka orang lelaki itu pun pergilah menemui Rasulullah, meminta bantuannya medapatkan semula wang harga untanya dari Abu Jahal. 

Maka keluarlah Rasulullah s.a.w. bersama lelaki itu hingga ia mengetuk pintunya.
 "Siapa tu?" 
Tanya Abu Jahal. 

Jawabnya:

 "Muhammad"
Maka keluarlah Abu Jahal dalam keadaan pucat-lesi. Sabda Rasulullah kepadanya:

              "Engkau berilah orang ini haknya." 


Kata Abu Jahal:
"Jangan engkau pergi hingga engkau mengambilnya."
 Selepas hutangnya dibayar oleh Abu Jahal berkatalah kuffar Quraisy: 
"Binasalah   engkau, wahai Abal-H’akam; tidak pernah kami lihat seumpamanya perbuatan engkau itu".. 
Katanya: 
"Kebinasaanlah bagi engkau kalian. Demi Allah, sebaik sahaja diketuknya pintu rumah aku, terdengarlah aku suara yang memenuhi diriku ini dengan ketakutan; di atas kepalaku seekor unta jantan yang tak pernah aku  lihat seumpamanya."
Di kalangan kumpulan ahli-ahli pengejek ialah Abu Lahab Bin Abdul  Muttalib, bapa saudara Rasulullah s.a.w.. Ia adalah orang yang paling kuat menegejek Rasulullah s.a.w. berbanding dengan orang-orang yang lebih jauh. Ia melontarkan kotoran ke atas pintu rumah Rasulullah kerana ianya berjiran dengan Rasulullah. Rasulullah membuang kekotoran-kotoran tersebut seraya bersabda:

"يا بني عبد مناف أي جوار هذا"

                         Maksudnya :
 "Wahai Anak-anak Abdu Manaf, jiran apakah ini." 
Orang yang menyertainya pada melakukan perbuatan yang keji ini ialah isterinya Um Jamil Binti Harb Bin Umayyah. Um Jamil ini  banyak mencerca Rasulullah dengan berbagai macam fitnah, acum dan umpat keji, lebih-lebih lagi setelah diturunkan ayat al-Quran pada perkaranya dan perkara suaminya itu dalam surah Al-Lahab.

Di antara orang-orang yang mengejek itu ialah A’qabah Bin Abi Mu’it’. 
Beliau adalah jiran yang kedua bagi Rasulullah. Ia berbuat seperti Abu Lahab juga terhadap Rasulullah.  Pada satu hari, dia mengadakan majlis perkahwinan dan ia menjemput pembesar-pembesar Quraisy. Turut hadir dalam majlis itu ialah Rasulullah  yang  juga dijemput bersama.
Sabda Nabi Muhammad saw kepada A’qabah Bin Abi Mu’iit’:

" والله لا آكل طعامك حتى تؤمن "  فتشهد بالله.

                        Maksudnya :
“Demi Allah tidak aku makan makanan engkau hingga engkau beriman dengan Allah.” 
Maka iapun mengucapkan dua kalimah syahadat.

Ceritanya itu telah sampai kepada Ubai Bin Khalaf Al-Jamhi Al-Quarisy , (أبي بن خلف الجمحي القرشي)   sahabat baik A’qabah. Kata Ubai:   ما شئ بلغني عنك 

                           Maklsudnya :
"Apakah sesuatu yang telah sampai khabarannya kepada aku dari hal engkau itu?"
Katanya:
لا شئ دخل منزلي رجل شريف فأبى أن يأكل طعامي حتى أشهد له فاستحيت ان يخرج من بيتي ولم يطعم فشهدت له
                      Maksudnya :
"Tidak ada sesuatu apa pun, cuma  seorang lelaki yang mulia telah masuk ke rumahku maka ia enggan memakan makananku hingga aku menuturkan dua kalimah syahadah kepadanya. Aku malu ia keluar dari rumahku dengan tidak makan. Dengan sebab itu, aku mengucaplah dua kalimah syahadah kepadanya."
     
Kata Ubai:
وجهي من وجهك حرام ان لقيت محمدا فلم تطأ عنقه وتبزق في وجهه وتلطم عينه
                      Maksudnya :
"Muka aku dengan muka engkau adalah haram jika engkau jumpa Muhammad, maka engkau tidak pijak tengkuknya, engkau tidak ludah mukanya dan engkau tidak tampar matanya."
Manakala A’qabah melihat Rasulullah s.a.w., iapun melakukan yang demikian itu. Maka diturunkan wahyu Allah Taa’la pada perkaranya itu dalam surah Al-Furqan سورة الفرقان‎‎ ayat 27-29:
وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلا (27) يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلانًا خَلِيلا (28) لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلإنْسَانِ خَذُولا (29
             Maksudnya :
“Dan (ingatkanlah) pada hari orang yang zalim (A’qbah Bin Abi M’uit’ yang telah menuturkan dua kalimah syahadah kemudian kembali kepada agama kafir kerana mengambil hati Ubai Bin Khalaf) menggigit kedua-dua tangannya (kerana menyesali dan berdukacita pada hari kiamat) ia berkata: "Wahai seandainya aku mengambil jalan yang benar bersama Rasul (Muhammad). (27) 
Wahai celakanya aku, alangkah baiknya seandainya aku tidak menjadikan si polan itu (yakni Ubai) kawan karib.(28)
Sesungguhnya dia (Ubai) telah pun menyesatkan aku dari jalan peringatan (al-Quran) setelah ia datang kepada aku dan adalah syaitan bagi manusia mengecewakan.”(29)
Di antara perbuatan yang paling berat, dilakukan si celaka itu (A’qabah) terhadap Rasulullah ialah seperti yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam sahihnya:
" قال بينما النبي يصلي في حجر الكعبة إذ أقبل عقبة بن أبي معيط فوضع ثوبه في عنق رسول الله فخنقه خنقا شديدا فاقبل أبو بكر حتى أخذ بمنكبه ودفعه عن النبي صلى الله عليه وسلم وقال : اتقتلون رجلا أن يقول ربي الله وقد جاءكم بالبينات من ربكم ".
                       Maksudnya :
“Ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang bersembahyang dekat kaa’bah, tiba-tiba datanglah A’qabah Bin Abi Mu’it’ lalu ia meletakkan kainnya di tengkuk Rasulullah, kemudian ia menjerutnya (mencekiknya) dengan jerutan yang kuat. Maka datanglah Abu Bakar hingga ia memegang bahunya dan menolaknya daripada Nabi Muhammad s.a.w. Katanya:
"Adakah engkau hendak membunuh seorang lelaki yang berkata: Tuhanku itu Allah, sesungguhnya ia telah pun menyampaikan kepada engkau kalian segala keterangan dari Tuhan engkau."
Antara golongan manusia yang mengejek itu lagi ialah:

·        Al-A’as’i Bin Wa`il As-Sahmi Al-Qurasyi.
           (Bapa A’mru Ibni Al-A’as’.)

Dia adalah seorang yang sangat memusuhi Rasulullah. Ia berkata: 
"Muhammad telah menipu sahabat-sahabatnya bahawa ada hidup selepas mati, demi Allah tidak membinasakan kami melainkan masa*." 
Sebagai menyangkal dakwaannya itu Allah Taala berfirman dalam al-Quran surah Al-Jathiyah سورة الجاثية ayat 24:
وَقَالُوا مَا هِيَ إِلا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلا الدَّهْرُ وَمَا لَهُمْ بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلا يَظُنُّونَ  
        Maksudnya :
“Dan mereka berkata (orang-orang yang ingkarkan kebangkitan selepas mati):  Tidaklah ia (hidup itu) melainkan hidup kami di dunia ini (sahaja); kami mati dan kami hidup (silih berganti) dan tidak membinasakan kami melainkan (peredaran) masa*; tidaklah ada bagi mereka dengan yang demikian itu sebarang ilmu pengetahuan; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata."
[ *Lihat : MASA dan TEMPAT Makhluk Allah ]

Al-A’as’i Bin Wa`il ini, ada berhutang dengan Khabab Bin Al-Arth, salah seorang lelaki Islam.  Dia telah datang meminta diselesaikan bayaran hutang darinya. Kata Al-A’as’i: 
"Adakah tidak Muhammad yang engkau itu di atas agamanya bahawa di dalam syurga terdapat apa sahaja yang diinginkan oleh ahlinya dari emas, perak, pekaian atau khadam?” 

Kata Khabab : "Bahkan." 

Kata Al-A’asi: 

"Engkau tunggulah aku pada hari itu, aku akan bawakan harta, anak dan aku akan bayar kepada engkau hutang engkau itu." 
Maka diturunkan oleh Allah Taa’la pada perkaranya itu dalam al-Quran surah Maryam  سورة مريم , ayat 77-80 :
أَفَرَأَيْتَ الَّذِي كَفَرَ بِآيَاتِنَا وَقَالَ لأوتَيَنَّ مَالا وَوَلَدًا (77) أَطَّلَعَ الْغَيْبَ أَمِ اتَّخَذَ عِنْدَ الرَّحْمَنِ عَهْدًا (78) كَلا سَنَكْتُبُ مَا يَقُولُ وَنَمُدُّ لَهُ مِنَ الْعَذَابِ مَدًّا (79) وَنَرِثُهُ مَا يَقُولُ وَيَأْتِينَا فَرْدًا (80 
                   Maksudnya :
Apakah tidak engkau lihat orang yang telah tidak percaya dengan segala ayat kami (Al-A’as’i Bin Wa`il) dan ia berkata (pada Khabab Bin Al-Arth) sesungguhnya aku akan datangkan harta dan anak-pinak (maka aku akan membayarnya kepada engkau).(77)
Apakah ia telah mengetahui perkara yang ghaib, ataukah dia telah membuat dengan (Allah) Ar-Rahman suatu perjanjian (mengenainya).(78)
Jauh sekali, Kami akan menulis apa yang dia katakan dan Kami tambahi untuknya dari azb seksa (di atas kekafirannya) waktu yang panjang.(79)
Dan Kami akan mewarisinya apa yang dia katakan dan dia akan datang kepada Kami keseorangan diri.”(80) 
·        Al-Aswad Bin Abdu Yaghuth Az-Zuhri Al-Qurasyi

Dari Bani Zahrah, bapa-bapa saudara di sebelah ibu Rasulullah.  Aapabila dia melihat sahabat-sahabat Nabi datang, iapun berkata:
"Sesungguhnya telah datang kepada engkau kalian raja-raja pemerintah bumi untuk mempersenda-sendakan mereka yang berada di dalam kesusahan dari segi pakaian dan kehidupan. (Dianya berkata kepada Rasulullah dengan tujuan memperolok-olokkannya): Tidakkah engkau bercakap hari ini dari langit."
·        Al-Aswad Bin A’bdul Mut’t’alib Al-Asadi

Beliau adalah anak kepada bapa saudara Khadijah. Dia dan pengikut- pengikutnya apabila melintasi orang-orang Islam, mereka mengenyiit-ngenyitkan mata. Pada perkara mereka itu, Allah Taala turunkan Firman-Nya dalam al-Quran surah At-Mutahaffifiin سورة المطففين ayat 29-32:
إِنَّ الَّذِينَ أَجْرَمُوا كَانُوا مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا يَضْحَكُونَ (29) وَإِذَا مَرُّوا بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ (30) وَإِذَا انْقَلَبُوا إِلَى أَهْلِهِمُ انْقَلَبُوا فَكِهِينَ (31) وَإِذَا رَأَوْهُمْ قَالُوا إِنَّ هَؤُلاءِ لَضَالُّونَ (32 
                      Maksudnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang telah derhaka, adalah orang-orang yang mentertawakan orang-orang yang telah beriman.”(29) 
Dan apabila mereka itu (orang-orang mukmin) lalu berhampiran mereka, mereka pun berkenyit-kenyit mata.”(30) 
Dan apabila mereka kembali kepada keluarga mereka, mereka kembali dengan riang gembira (tertawa-tawa kehairanan terhadap orang-orang mukmin).(31) 

Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman berkatalah mereka: sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat (kerana percayakan Muhammad s.a.w).”(32)

·        Al-Waleed Bin Al-Mughirah
Bapa saudara Abu Jahal. Beliau adalah pembesar Quraisy yang hidup mewah.  Ia pernah mendengar bacaan Al-Quran Al-A’z’im dari Rasulullah s.a.w. Berikutannya, berkatalah ia kepada kaumnya Bani Makhzum:
 "Demi Allah, sesungguhnya aku telah pun mendengar dari Muhammad kata-kata yang bukannya kata-kata manusia dan bukannya kata-kata jin; bahawasanya ada baginya kemanisan dan di atasnya pula ada keelokan dan yang teratasnya mempunyai buahan dan di bawahnya mempunyai kesuburan. Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang tinggi, tidak ada yang lebih tinggi darinya".
Maka berkatalah Quraisy:
"Telah terkeluarlah Al-Waleed demi Allah dari agamanya, pastinya akan terkeluarlah Quraisy kesemuanya.
Maka kata Abu Jahal: 
"Memadailah aku bagi (pihak) engkau kalian untuk menanganinya." 
Maka iapun pergi mendapatkan Al-Waleed dan dia pun duduk bersamanya dalam keadaan sedih. Maka dia bercakap dengan kata-kata yang memanaskan hati Al-Waleed, menyebabkan ia bangun, kemudian terus ia datang kepada Quraisy, katanya: 
"Engkau kalian mengatakan bahawa Muhammad itu gila, pernahkah kalian lihat ia bercakap gila?
Engkau kalian katakan ia tukang telek nasib, pernahkah engkau kalian lihat ia jadi tukang telek nasib?
Dan engkau kalian mengatakan ia seorang penyai’r, maka adakah engkau kalian pernah lihat ia membuat syai’r ? Engkau mengatakan ia pendusta, pernah engkau kalian dapati sesuatu apa pun yang didustakannya?
Maka mereka menjawab pada tiap-tiap pertanyaannya itu :
“Allahumma (Ya Allah) tidak!”.
Kemudian mereka menanyakan Al-Waleed : 
Apakah ia itu?
Dia (Al-Waleed) pun berfikir sejenak dan terus berkata: 
"Tidak bukan, melainkan ia adalah seorang ahli sihir; tidakkah engkau kalian lihat ia mencerai-beraikan antara seorang lelaki dan ahlinya, anaknya dan hamba-hamba sahayanya." 
Maka bergoncang gamatlah suara kaum Quraisy di tempat perhimpunan mereka itu dengan kegembiraan.
Maka Allah turunkan pada perkara Al-Waleed dalam al-Quran surah Al-Muddaththir سورة المدشّر , ayat 11-26 :
  ذَرْنِي وَمَنْ خَلَقْتُ وَحِيدًا (11) وَجَعَلْتُ لَهُ مَالا مَمْدُودًا (12) وَبَنِينَ شُهُودًا (13) وَمَهَّدْتُ لَهُ تَمْهِيدًا (14) ثُمَّ يَطْمَعُ أَنْ أَزِيدَ (15) كَلا إِنَّهُ كَانَ لآيَاتِنَا عَنِيدًا (16) سَأُرْهِقُهُ صَعُودًا (17) إِنَّهُ فَكَّرَ وَقَدَّرَ (18) فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ (19) ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ (20) ثُمَّ نَظَرَ (21) ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ (22) ثُمَّ أَدْبَرَ وَاسْتَكْبَرَ (23) فَقَالَ إِنْ هَذَا إِلا سِحْرٌ يُؤْثَرُ (24) إِنْ هَذَا إِلا قَوْلُ الْبَشَرِ (25)
 سَأُصْلِيهِ سَقَرَ (26
                   Maksudnya :
“Biarkan Aku sahaja  dan orang yang telah Aku jadikan dia berkeseorangan diri (dengan tiada ahli dan tiada berharta iaitu Al-Waleed Bin Al-Mughirah Al-Makhzumi)”(11). “Dan Aku telah jadikan baginya harta yang banyak (dari tanaman-tanaman dan hidupan-hidupan)”(12). “Dan anak-pinak (sepuluh orang) menjadi saksi (hadir dalam tempat perhimpunan mereka dan mendengar pengakuan mereka itu)”(13).  “Dan Aku telah mudahkan baginya kesenangan (dalam kehidupan) dengan semudah-mudahnya”(14). “kemudian ia tamakkan supaya Aku tambahi lagi”(15). “Jauh sekali, tidak Aku menambahinya, sesungguhnya dia adalah sangat keras menentang segala ayat-ayat Kami (al-Quran)”(16). “Aku akan menyeksanya dengan azab seksa yang kuat)”(17). 
“Sesungguhnya ia telah memikirkan (pada apa yang disebutkan di dalam al-Quran yang ia telah mendengar akan yang demikian itu) dan mereka-reka (berbagai-bagai tuduhan terhadap al-Quran)”(18). “Maka binasalah dia, bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)”(19). “Kemudian binasalah dia, bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)” ? (20). “Kemudian ia memandang (pada muka-muka kaumnya)”(21). “Kemudian ia mengerutkan mukanya (kerana kesempitan dengan apa yang ia katakan) dan bertambah lagi kerutan mukanya”(22). “Kemudian ia berpaling (dari beriman) dan berperasaan sombong angkuh”(23).  “Lalu ia berkata: (al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dipindahkan dari ahli-ahli sihir”(24). “Ini tidak lain hanyalah (semata-mata) kata-kata (rekaan) manusia (sebagaimana mereka itu menuduhkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu diajari oleh manusia)”(25). “Aku akan memasukkan dia (Al-Waleed itu) ke dalam neraka Saqar”(26).
Dan pada perkara Al-Waleed juga diturunkan ayat al-Quran dalam surah Al-Qalam سورة القلم‎‎, ayat 10-16 :
وَلا تُطِعْ كُلَّ حَلافٍ مَهِينٍ (10) هَمَّازٍ مَشَّاءٍ بِنَمِيمٍ (11) مَنَّاعٍ لِلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ (12) عُتُلٍّ بَعْدَ ذَلِكَ زَنِيمٍ (13) أَنْ كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ (14) إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الأوَّلِينَ (15) سَنَسِمُهُ عَلَى الْخُرْطُومِ (16)
                          Maksudnya :
“Dan janganlah engkau taa’ti setiap orang yang banyak bersumpah (dalam perkara yang bat’il) lagi yang hina (pada dirinya sendiri).(10)
Yang suka mencaci, lagi yang suka membuat fitnah dan umpatan.(11)
Yang sangat menghalang segala perkara kebajikan yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa.(12)
Yang jahat lagi zalim, selain itu tidak tentu pula bapanya.(13)
Kemudian daripada itu ia jahat kerana ada mempunyai harta dan anak-anak.(14)
Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami (al-Quran) ia berkata: Itu ialah cerita-cerita dongeng orang-orang yang dahulu kala,(15)
Kami akan letakkan ke atas hidungnya (berupa belalai) tanda (yang memberi malu dengannya).(16) 
Maka tidak lama ia hidup lalu iapun dibalakan dengan pedang yang terkena pada hidungnya pada Perang Badar.

·        An-Nad’er Bin Al-Harith Al-A’bdari

Daripada anak-anak Abdud-Dar Bin Qusai. Apabila Rasulullah duduk pada suatu majlis perhimpunan orang-orang ramai kerana memperingati mereka mengenai apa yang telah berlaku ke atas orang-orang yang terdahulu dari  mereka, berkatalah An-Nad’er:
"Marilah engkau kalian wahai sidang jamaah Quraisy. Bahawasanya aku adalah lebih  baik darinya dari segi cerita. Kemudian iapun menceritakan perihal Raja-raja Parsi. Dia tahu beberapa cerita Raja-raja Parsi dan berkata: Tidak lain segala cerita Muhammad  melainkan adalah segala kedustaan orang-orang yang dahulu kala."
Dalam perkara An-Nad’er Bin Al-Harith ini diturunkan oleh Allah Taala ayat al-Quran pada surah Luqman سورة لقمان, ayat 6-7:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ (6) وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّى مُسْتَكْبِرًا كَأَنْ لَمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْرًا فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (7
        Maksudnya :
“Dan ada di antara manusia, orang yang membeli cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan (dari mendengar ajaran al-Quran dari perkara-perkara yang tiada memberi faedah) untuk menyesatkan (diri dan orang ramai) dari jalan agama Allah (agama Islam) dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan dan menjadikannya (agama Allah) sebagai  ejek-ejekan; merekalah orang-orang akan beroleh azab yang menghinakan.(6)
Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami berpalinglah dia daripada beriman dengan angkuhnya seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya, maka engkau gembirakanlah dia balasan azab yang tidak terperi sakitnya.”(7)
Pada suatu ketika An-Nad’er Bin Al-H’arith pergi ke Al-Hairah الحيرة 
atas urusan perniagaan di sana. Dalam perjalanan pulang ia membeli buku-buku mengenai cerita-cerita orang Parsi dan ia menceritakannya kepada ahli penduduk Makkah. Dan ia berkata: 
"Bahawa Muhammad menceritakan kepada engkau kalian cerita-cerita A’ad dan Thsmud, aku menceritakan kepada kamu kalian cerita-cerita mengenai negeri Parsi dan Rom."
Maka orang-orang kuffar Quraisy itu pun mempersedapkan jalan ceritanya dan berpaling dari mendengar ajaran-ajaran al-Quran.
Maka kesemua mereka yang mengejek-ejek itu telah dibalasi seksa oleh Allah Taa’la, sebahagiannya ketika masih berada di dalam dunia ini lagi sebagaimana Firman Allah Taa’la yang diturunkannya pada surah Al-Hijr سورة الحجر ,ayat 95-96
إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ (95) الَّذِينَ يَجْعَلُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آَخَرَ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ (96)
                Maksudnya :
“Sesungguhnya Kami telah pun memeliharakan engkau dari orang-orang yang mengejek dan mempersendakanmu.(95)
(iaitu) orang-orang yang menjadikan berserta Allah itu Tuhan yang lain maka mereka akan mengetahui kelak.(96)
Sesungguhnya Allah Taa’la telah pun meletakkan janjinya itu dalam bentuk masa lampau iaitu bagi menyatakan kepastian akan berlakunya perkara itu kerana turunnya ayat ini adalah di Makkah dan kebinasaan puak pengejek-pengejek itu ialah selepasnya Hijrah.

Ada di antara orang-orang (pengejek) yang matinya dibunuh seperti:

·        Abu Jahal
·        An-Nad’er Bin Al-H’arith
·        A’qabah Bin Abi Mu`iit

dan ada yang dibalakan oleh Allah Taa’la dengan penyakit-penyakit yang amat kuat lalu binasalah mereka seperti:

·        Abu Lahab
·        Al-A’as Bin Wa'il
·        Al-Waleed Bin Al-Mughirah.


PENGISLAMAN HAMZAH


Perbuatan-perbuatan biadap yang menyakiti yang dilakukan oleh pengejek-pengejek adalah salah satu sebab kenapa saudaranya, Hamzah bin Abdul Mutalib, memeluk Islam seketika Nabi Muhammad s.a.w. dicerca oleh sesetengah orang yang berjiran dengannya, dengan perbuatan jahat Abu Jahal terhadap anak saudaranya. Maka naiklah perasaan marah dan kepanasan di hatinya. Lalu dia menemui Abu Jahal dan memarahinya dan berkata :
    " كيف تسب محمدا وأنا على دينه "
                      Maksudnya :
"Kenapakah engkau mencerca Muhammad sedangkan aku adalah di atas agamanya."
Kemudian Allah Taa’la bukakan pengelihatan mata hatinya dengan keimanan hinggalah ia menjadi salah seorang yang terbaik dalam agama Islam. Dia amat bersangatan cemburu ke atas kalian orang Islam dan amat keras melawan seteru-seteru agama Islam hinggalah dinamakan 'Asadullah'.

Sebagaimana susah dan sakitnya Rasulullah s.a.w, begitu jugalah susah dan sakitnya hati sekalian sahabatnya, lebih-lebih lagi orang yang tiada baginya puak yang menjaga dan melindungi dari tipu daya seterunya. Akan tetapi kesemua kesusahan dan perbuatan yang menyakiti itu adalah dipandang manis pada mata mereka selamanya mendapat keredaan Allah Taa’la.

Oleh itu mereka tidak dapat difitnahkan pada agama mereka bahkan Allah Taa’la pertetapkan mereka hinggalah disempurnakan pekerjaannya. Justeru mereka itu adalah sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintah bumi, selepas berada dalam keadaan d’ai’f dan lemah di bumi ini sebagaimana Firman Allah Taala Jalla Zikruhu pada surah Al-Qas’as’ سورة القصص‎‎ ayat 5 :

وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ  
أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ 
                    Maksudnya :
“Dan Kami mahu mengurniakan kepada orang-orang yang telah (berada dalam) lemah di muka bumi dan Kami jadikan mereka itu pemimpin-pemimpin (yang diikuti dalam perkara kebajikan) dan kami jadikan mereka itu orang-orang yang mewarisi (pemerintah-pemerintah bumi).”
"Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk ( tempat beribadat) manusia ialah Baitullah yang di Bakkah ( Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia."  [Al-Quran surah Ali 'Imran :  96 ]        


ORANG-ORANG YANG DISAKITI DALAM AGAMA ALLAH


Antara orang-orang yang disakiti dalam agama Allah ialah:

·        Bilal  Bin Rabbah

Beliau adalah  hamba kepada Umayyah Ibnu Khalaf Al-Jamhi Al-Qurasyi. Dia diazab dengan tengkuknya diletakkan  tali dan diserahkan kepada budak-budak mempermain-mainkannya. Namun dia terus berkata:
"   أحـد .. أحد"
  (Ahadun.. Ahadun).

Ertinya: 
Tuhan itu tidak menyamai suatu apa pun dari makhluk-Nya.
Dalam begitupun dia tidak leka dari mentauh’idkan Allah. Dia dibawa oleh Umayyah keluar pada waktu panas, semasa rembang mata hari dan diletakkan di atas pasir yang terlampau panas, andainya diletakkan sepotong daging nescaya masaklah daging itu, kemudian dipaksa mengambil batu yang besar untuk diletakkan ke atas dadanya. Kata Umayyah: 
"Sentiasalah engkau begini hingga engkau mati atau pun engkau ingkar, jangan percayakan Muhammad dan engkau sembahlah Allatu Wal-U’zza((اللات والعزى  (berhala)." 
Maka katanya: 
أحـد .. أحـد  . 
Pada  suatu hari Abu Bakr melintasinya, katanya:
 "Wahai Umayyah, Takutilah Allah pada orang yang miskin ini (yang dai’f) dan hingga bilakah engkau mahu menyeksanya !."
Jawabnya: 
"Telah pun engkau rosakkan dia maka engkau lepaskanlah dia dari apa yang engkau lihat." 


Maka Abu Bakar pun membelinya untuk dimerdekakan. Perihal  Abu Bakr dan Umayyah ini Allah Taala menurunkan wahyu dalam surah Al-Lail الليل, ayat 14-21:


فَأَنْذَرْتُكُمْ نَارًا تَلَظَّى (14) لا يَصْلاهَا إِلا الأشْقَى (15) الَّذِي كَذَّبَ وَتَوَلَّى (16) وَسَيُجَنَّبُهَا الأتْقَى (17)الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى (18) وَمَا لأحَدٍ عِنْدَهُ مِنْ نِعْمَةٍ تُجْزَى (19) إِلا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِ الأعْلَى (20وَلَسَوْفَ يَرْضَى 
21
          Maksudnya :
“Maka Aku peringatkan kalian (wahai ahli Makkah) dengan api yang bernyala-nyala.(14)
Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang celaka (Umayyah bin Khalaf).(15)
Yang telah pun mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar.(16)
Dan akan dijauhkan darinya (neraka) orang yang bertaqwa (Abu Bakar As-Siddiq).(17)
Yang mengeluarkan hartanya (di jalan Allah) (dengan) mensucikan (hati/tidak pamer),(18)
dengan bersih hati (semata-mata kerana Allah).(18)
Dan tidak (memberi) kepada seseorang pun di sisinya kerana sesuatu nikmat (yang harus) dibalasnya.(19)
Kecuali (hanya) mencari keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi.(20) 
Dan kelak dia akan reda/puas (dari apa yang dikeruniai oleh Allah kepadanya di dalam negeri akhirat)."(21)   
Allah Taala A’zza Wajalla telah memberi ingatan atas pemberian Abu Bakar As-Siddiq akan hartanya, membeli Bilal untuk dimerdekakan yang semata-mata mengharapkan pahala dari Tuhannya maka memadailah dengan ini kemuliaan dan kelebihan Abu Bakar As-Siddiq r.a. apabila Tuhan telah mered’ainya.

Selain Bilal, Abu Bakar telah pun memerdekakan sekumpulan hamba yang dicela oleh tuan-tuan penghulu mereka kerana memeluki agama Islam, antaranya:

·                     H’amamah Bin Bilal حمامة بن بلال  dan
·            A’amir Bin Faheerah  عامر بن فهيرة  di mana ia diseksa hingga tidak tahu apa yang  dikatanya dan juga:
·          Abu Fakeehah (ابو فكيهة) hamba kepada S’afuan (صفوان ) Bin Umayyah Bin Khalaf.
·      Zunaizah. Ia diseksa hingga buta. Apa yang berlaku ke atas dirinya itu hanyalah menambahkuatkan lagi keimanannya. Abu Jahal berkata: 
  "Adakah  engkau sekalian tidak hairan melihat mereka dan pengikut-pengikut mereka. Andainya, apa yang dibawa oleh Muhammad itu baik, pastinya mereka  tidak akan mendahului kami kepadanya. Apakah Zunaizah akan mendahului kami kepada jalan petunjuk? " 
    Maka diturunkan oleh Allah Taala dalam surah Al-Ah’qaf سورة الأحقاف ayat  11 :

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آمَنُوا لَوْ كَانَ خَيْرًا مَا سَبَقُونَا إِلَيْهِ وَإِذْ لَمْ يَهْتَدُوا بِهِ فَسَيَقُولُونَ هَذَا إِفْكٌ قَدِيمٌ 
                  Maksudnya :
“Dan berkata orang-orang yang kafir kepada orang-orang yang telah beriman: Kalaulah (apa yang dibawa oleh Muhammad) adalah suatu kebaikan nescaya tidaklah mereka itu mendahului kami kepadanya dan ketika tidaknya mereka itu mendapat petunjuk dengannya (al-Quran) maka mereka akan berkata: Ini (al-Quran) adalah rekaan dusta yang sudah lapuk.”
Di antara orang-orang yang dimerdekan oleh ABU BAKAR selepas ia membelinya ialah:
·            Um A’nis (ام عنيس), hamba perempuan kepada Bani Zahrah (زهرة)  diseksa oleh Al-Aswad Bin Abdu Yaghuth (ألاسود بن يغوث) dan
·        A’mmar Bin Yassir, saudara lelakinya, bapanya dan ibunya.

Kesemua mereka itu diseksa dengan api.  Bila Rasulullah s.a.w melintasi mereka maka sabdanya: 
"Kesabaranlah keluarga Yasir maka janjian (kepada) engkau kalian ialah syurga, wahai Tuhanku ampunilah keluarga Yasir dan sesungguhnya telah pun diperlakukan.”
Adapun bapa A’mmar dan ibunya, kedua-duanya telah pun mati di bawah penyeksaan tersebut. Semoga Allah mengurniakan rahmat ke atas roh keduanya itu.

Bagi A’mmar, maka terkeluarlah kata-kata kufur dari lidahnya disebabkan terlalu berat penyeksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dengan baju besi yang dipakaikan kepada A’mmar pada hari musim panas kemarau. Maka berkatalah orang-orang muslimin bahawa A’mmar telah jatuh kafir.

Dalam perkara ini, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: A’mmar dipenuhi keimanan dari ubun kepala hingga ke hujung kakinya.
Maka Allah Taala turunkan pada perkaranya itu untuk dikecualikan dari hukuman murtad. Firman Allah Taala Jalla Zikruh dalam surah An-Nah’l  سورة النحل‎‎ ayat 106:
مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَن شَرَحَ بِالْكُفْرِصَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ.
                         Maksudnya :
Siapa yang mereka ingkar/kafir kepada Allah setelah keimanannya kecuali orang yang dia dipaksa (melafazkan kata kufur) sementara hatinya (tetap) tenang/yakin dengan iman akan tetapi siapa yang dia merasa tenang dengan kekufuran dadanya maka atas mereka kemurkaan dari Allah dan bagi mereka seksa yang besar."

·        Khabab Bin Al-Arath
  
Semasa jahiliah dia ditawan dan dibeli oleh Um Anmar.  Dia adalah seorang tukang besi dan Nabi Muhammad s.a.w beramah mesra dengannya sebelum dibangkitkan menjadi Rasul. Bila Nabi Muhammad s.a.w dibangkitkan menjadi Rasul, dia (Khabab) pun beriman memeluk Islam. Oleh itu, dia diseksa oleh tuannya dengan api dan dipaksa membawa besi yang dibakar untuk diletakkan ke atas belakangnya supaya kembali kafir. Sebaliknya penyeksaan ini menguatkan lagi keimanannya. 

Pada satu hari datanglah Khabab menemui Rasulullah semasa Rasulullah sedang baring dengan kain selimutnya di bawah teduhan Ka'abah, katanya: 
"Ya Rasulullah tidakkah kiranya engkau mendo'akan kepada Allah bagi kami." 
 Maka duduklah Rasulullah dalam keadaan merah mukanya, sabdanya:
“Bahawasanya orang-orang yang terdahulu dari engkau kalian, mereka disikati dengan sikat-sikat besi, cuma tak sampai ke tulang iaitu daging dan urat, diletakkan gergaji di atas ubun-ubun kepala seseorang itu lalu terbelah  dua, namun tidaklah membuatnya berpaling dari agamanya, sesungguhnya Allah Taa’la akan menz’ahirkan urusan ini hinggalah seseorang yang berjalan menunggang itu dari Sana’ ke Hadhramaut tanpa ada rasa takut selain dari Allah dan (atau takutkan dari) serigala ke atas kambingnya."
Sabdanya itu, ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang berada pada tahap yang amat susah di mana sebijak-bijak orang yang berakal tidak dapat membayangkan akan tercapainya suatu kekuatan yang dinantikan itu atau kebahagiaan pada masa yang akan datang.

Sesungguhnya yang demikian itu tidak lain melainkan ia adalah wahyu yang diwahyukan  Allah kepadanya.
Kemudian diturunkan oleh Allah Taa’la untuk memantapkan hati orang-orang yang mukmin bagi menerima segala ujian dan cubaan itu pada awal surah Al-A’nkabut سورة العنكبوت , ayat 1-3:
الم (1)أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (2وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3  
                       Maksudnya :
      "    (الم)  (Allah Amat mengetahui akan segala kehendak maknanya dengan yang demikian itu). (1)
Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan berkata: Kami telah beriman, dan mereka tidak diuji.(2) 
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang dari sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang telah benar pada keimanan mereka dan Dia Maha Mengetahui orang-orang yang berdusta.”(3)

·        Abu Bakar As’-S’dddiq

Ketika dikenakan segala kesulitan ke atasnya oleh kuffar Quraisy maka ia pun merancang untuk pindah dari Makkah ke Negeri H’absyah. Apabila ia sampai ke suatu tempat yang dipanggil “Birk Al-Ghimad(برك الغماد) terjumpalah di situ Ibnu Daghnah (ابن دغنة), pengetua puak yang besar bernama  Al-Qarah (القارة) , katanya:
"Hendak kemana wahai Abu Bakar?" 
Jawabnya: 
"Aku dikeluarkan oleh kaumku, aku mahukan menjelajah di muka bumi ini untuk aku beribadah kepada Tuhanku." 
Kata Ibnu Daghnah: 
"Orang seumapama engkau, wahai Abu Bakar, tidak boleh keluar kerana engkau melabakan orang yang tidak punya harta, menghubungkan silatur-rahim, menanggung orang yang d’ai’f, merai’kan kedatangan tamu dan membela orang yang berhak. Maka aku di atas diri engkau itu ada hak kejiranan.  Baliklah engkau dan beribadatlah engkau kepada Tuhan engkau di tanah air engkau." 
Maka baliklah  Abu Bakar dan berjalan bersama-sama dengan Ibnu Daghnah. Ibnu Daghnah pun dikelilingi orang-orang ternama Quraisy, katanya kepada mereka: 
"Orang seumpama Abu Bakar tidak akan keluar, adakah engkau kalian mahu mengeluarkan seorang lelaki yang melabakan orang yang tak punya harta, menghubungkan silatur-rahim, menanggung orang lemah, merai’kan tetamu, menolong dan membela  orang-orang  yang berhak. Tidaklah ada di kalangan orang-orang Quraisy yang  menafikan hak kawalan kejiranan Ibu Daghnah itu." 
Maka berkatalah mereka kepada Ibnu Daghnah: 
"Engkau suruhlah dia (Abu Bakar) apa yang ia mahukan tetapi hendaklah ia lakukan ibadahnya kepada Tuhannya itu di rumahnya dan bersembahyang mengikut sekehendaknya, membaca bacaan mengikut sekehendaknya, janganlah ia menyakiti kami dengan yang demikian itu. Janganlah ia melakukannya secara terang-terang kerana kami takuti akan timbulnya fitnah di kalangan kepada perempuan-perempuan kami dan anak-anak kami."
Maka Ibnu Daghnah pun menyampaikannya perkara tersebut kepada Abu Bakar. Maka teruslah ia beribadah kepada Tuhannya di dalam rumahnya, tidak ia melakukan ibadah sembahyang itu berterang-terang, tidak ia membaca di tempat lain selain dari rumahnya. Kemudian ia mendirikan sebuah masjid di halaman rumahnya. Ia pun bersembahyang di dalam masjid itu dan membaca al-Quran. 

Maka datanglah perempuan-perempuan orang musyrikin dan anak-anak mereka berdesak-desak kehairanan melihatkan keadaannya. Abu Bakar adalah seorang laki-laki yang banyak menangis, tidak terdaya ia menahan dua matanya itu dari menangis apabila sahaja ia membaca al-Quran. Maka yang demikian itu telah mengejutkan orang-orang mulia Quraisy lalu mereka mengirimkan seorang utusan kepada Ibnu Daghnah.
Maka datanglah Ibnu Daghnah kepada mereka. Kata mereka: 
"Bahawasanya kami telah pun memberikan engkau hak kawalan kejiranan kepada Abu Bakar supaya ia beribadat kepada Tuhannya di dalam rumahnya. Tetapi ia telah melamapauinya, ia membina sebuah masjid di halaman rumahnya, ia melaklukan ibadat sembahyang secara terang-terang dengan membaca  bacaan di dalamnya. Kerana kami takutkan fitnah kepada perempuan-perempuan kami dan anak-anak kami. Jika ia suka memendekkan kerja-kerja ibadah kepada Tuhannya di halaman rumahnya  berbuatlah, tetapi jika ia enggan melainkan terus berbuat terang-terang akan yang demikian itu maka engkau pintalah kembali darinya itu hak tanggungan kawalan engkau itu. Sesungguhnya kami tidak perkenan hendak meninggalkan janjian engkau itu, bukanlah kami ini mengakui bagi Abu Bakar melakukannya berterang-terang."
Maka datanglah Ibnu Daghnah kepada Abu Bakar, katanya: 

"Sesungguhnya telah pun engkau ketahui barang apa yang telah aku janjikan kepada engkau di atasnya itu maka tidak pun engkau memendekkan di atas yang demikian itu dan tidak pun engkau kembalikan balik kepada aku hak tanggungan kawalan aku itu. Kerana aku tidaklah aku perkenan didengari oleh orang Arab bahawa aku telah meninggalkan janji pada seorang laki-laki yang aku telah berikat janji dengannya."
Maka kata Abu Bakar: 
"Bahawa aku pulangkan kepada engkau hak kawalan kejiranan engkau dan aku red’ha dengan kawalan Allah." 
           (Diriwatkan oleh Al-Bukhari)

Segala perbuatan yang menyakiti itu, dilakukan oleh kuffar Quraisy terhadap orang-orang Islam adalah sia-sia saja kerana mereka memeluki agama Islam bukanlah disebabkan kepentingan diri untuk memperolehi segala keseronokan hidup di dunia ini. Akan tetapi mereka itu telah diberi oleh Allah Taa’la taufik dan hidayat-Nya bagi segala ajaran agama Islam dan segala kehendaknya dalam perkara iman.

Apabila dilihat oleh kuffar Quraisy segala perbuatan yang menyakiti itu tidak memberi apa-apa kesan, malahan menambahkan lagi keyakinan dan kekuatan keimanan mereka maka berhimpunlah kuffar Quraisy dalam satu persidangan yang diadakan sesama mereka sendiri.

Berkatalah A’tabah Bin Rabia’h Al-A’bsyi dari Bani Abdu Syams Bin Abdu Manaf, seorang penghulu yang ditaa’ti dan dihormati di kalangan kaumnya itu:
“Wahai sidang jamaah Quraisy, mahukah kiranya aku ini menemui Muhammad, maka aku akan cakapkan kepadanya beberapa perkara, moga-moga ia dapat menerima sebahagiannya dan kita berikan dia semoganya ia berpaling dari kita (tidak menyentuh urusan kita)."
Jawab mereka: 
"Wahai Abal Waleed, pergilah dan cakaplah kepadanya."
Maka iapun pergi mendapatkan Rasulullah. Pada ketika itu Rasulullah sedang bersembahyang di dalam Masjid Al-H’aram. Maka A’tabah pun berkata: 
"Wahai anak saudaraku, sesungguhnya engkau adalah dari kami dan sebagaimana yang telah diketahui, engkau itu adalah dari orang-orang pilihan kami dari segi kemuliaan, nasab dan keterunan,  sesungguhnya engkau telah pun membawa kepada kaum engkau suatu perkara yang besar, dengannya engkau memecah-belahkan kumpulan mereka, engkau memperbodoh-bodohkan a’kal fikiran mereka, engkau cela barang sembahan dan agama mereka, engkau mengkafirkan orang-orang yang terdahulu dari datuk-datuk nenek mereka. Jadi, engkau dengarlah dari aku, aku mengkemukakan kepada engkau beberapa perkara. Engkau fikirkan padanya moga-moga engkau dapat menerima  sebahagiannya."
Sabda Nabi Rasulullah s.a.w:
“Katakanlah wahai Abal-Waleed, aku mendengarnya.”
Maka katanya: 
Wahai anak saudaraku, jika engkau berkehendakkan dari apa yang engkau bawakan itu harta benda nescaya kami kumpulkan bagi engkau dari harta-harta benda kami, hinggalah engkau memiliki harta, lebih banyak dari kami, jika engkau berkehendakkan kemuliaan, nescaya kami angkatkan engkau menjadi ketua kami, hingga tidaklah diputuskan sesuatu perkara oleh sesiapa selain dari engkau. Jika engkau berkehendakkan menjadi raja, nescaya kami angkatkan engkau menjadi raja memerintahi kami. Jika pemandangan itu datangnya dari jin, tidak terdaya engkau menolaknya, nescaya kami usahakan permintaan ini untuk engkau dan akan kami belanjakan kerananya harta-harta kami, hingga kami melepaskan engkau daripadanya itu, barang kali juga telah dikerasi oleh jin ke atas seseorang lelaki itu hingga ia perlu diubati.
Sabda Rasulullah s.a.w:  
"Selesai sudahkah engkau, wahai Abal Waleed?"
Katanya :
 "Ya, Bahkan." 
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : 
"Engkau dengarlah dariku pula. Lalu Rasulullah s.a.w membaca awal surah Fus’s’ilat سورة فصلت ,  ayat 1-14:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 
  حم (1) تَنْزِيلٌ مِنَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (2) كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (3) بَشِيرًا وَنَذِيرًا فَأَعْرَضَ أَكْثَرُهُمْ فَهُمْ لا يَسْمَعُونَ (4) وَقَالُوا قُلُوبُنَا فِي أَكِنَّةٍ مِمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ وَفِي آذَانِنَا وَقْرٌ وَمِنْ بَيْنِنَا وَبَيْنِكَ حِجَابٌ فَاعْمَلْ إِنَّنَا عَامِلُونَ (5) قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُ وَوَيْلٌ لِلْمُشْرِكِينَ (6) الَّذِينَ لا يُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ بِالآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ (7) إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ (8)

  قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الأرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَنْدَادًا ذَلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ (9) وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ (10) ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلأرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ (11) فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (12)فَإِنْ أَعْرَضُوا فَقُلْ أَنْذَرْتُكُمْ صَاعِقَةً مِثْلَ صَاعِقَةِ عَادٍ وَثَمُودَ (13) إِذْ جَاءَتْهُمُ الرُّسُلُ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ أَلا تَعْبُدُوا إِلا اللَّهَ قَالُوا لَوْ شَاءَ رَبُّنَا لأنْزَلَ مَلائِكَةً فَإِنَّا بِمَا أُرْسِلْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ (14)
                   Maksudnya :
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."حم" (1) Allah Taala Amat mengetahui akan segala kehendak maknanya. “Diturunkan (al-Quran ini) dari Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani”(2).  “ (Ia adalah sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu al-Quran (yang diturunkan) berbahasa Arab bagi kaum yang mengetahui (maknanya)”(3). “(Sebagai membawa) berita yang mengembirakan (orang-orang yang beriman) dan (membawa) peringatan (kepada orang-orang yang ingkar); lalu kebanyakan mereka berpaling ingkar (dari al-Quran)  lantaran mereka tidak mendengar (dengan pendengaran menerima)”(4).  “Dan mereka berkata: "Hati-hati kami dalam tutupan dari apa yang engkau serukan kami kepadanya; dan pada telinga-telinga kami (ada) penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), dan di antara kami dan di antara engkau dinding (yang memisahkan) maka kerjalah engkau (untuk agamamu), sesungguhnya kami (adalah) orang-orang yang bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)"(5). “Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku seorang manusia seperti engkau kalian yang diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kalian adalah Tuhan yang Esa (yang tiada menyamai dengan sesuatu apa pun dari segala makluk-Nya); maka hendaklah engkau tetap teguh kepada-Nya (di atas jalan yang betul lurus), dan pohonlah keampunan dari-Nya),dan kecelakaanlah bagi orang-orang yang  mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain)”(6).  
"(Mereka adalah) orang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan harta bendanya) dan mereka dengan hari akhirat mereka kufur ingkar”(7). Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-putus”(8).“Katakanlah (wahai Muhammad): "Apakah kalian (benar-benar) ingkar kepada Tuhan yang mengadakan bumi dalam dua hari, dan engkau kalian menjadikan bagi-Nya sekutu-sekutu (pada hal) Dialah itu Tuhan semesta alam”(9). “Dan Ia (Allah) telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang kukuh dari atasnya, dan Ia berkati (penduduk) di dalamnya, dan Dia menentukan ada pada-Nya makanan-makanan (bagi penghuninya) dalam empat hari; cukup (untuk jawapan) bagi orang-orang yang bertanya”(10). 
“Kemudian Ia menuju kepada (Yang Mengadakan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kalian berdua sama ada dengan sukarela atau dengan paksa, lalu keduanya berkata: Kami berdua datang (dengan) sukarela” (11). “Lalu Ia (Allah) menjadikannya (langit itu) tujuh langit, dalam dua hari; dan Ia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (yakni beribadah dan taat)  dan Kami telah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang (yang bersinar terang) dan (dengan) jagaan (dari intipan syaitan mencuri dengar), (semua) itu adalah atas ketentuan Tuhan Yang Maha Perkasa (pada pemerintahan-Nya)  lagi Maha Mengetahui (segala barang yang diadakan-Nya)”(12). “Maka andainya mereka (orang-orang kafir Makkah) berpaling (dari beriman) maka katakanlah (wahai Muhammad): Aku telah memperingatkan kalian dengan (azab yang dahsyat) petir, seperti petir (yang telah menyambar) kaum A’ad dan kaum Thamud"(13). “Ketika telah datang kepada mereka para Rasul dari depan mereka dan dari belakang mereka (menyeru) agar janganlah kalian beribadat kecuali  (kepada) Allah,  mereka berkata  (menjawab): Jika Tuhan kami berkehendak, tentulah Ia akan menurunkan malaikat;  maka sesungguhnya kami  dengan apa  yang kalian telah diutus  (menyampaikan) dengannya (adalah) orang-orang yang ingkar”(14).
Maka A’tabah pun memegang mulut Nabi, minta belas kasihan supaya yang demikian itu tidak diteruskan."
Manakala pulangnya A’tabah, mereka pun menanyakan kepadanya maka katanya:
“Demi Allah telah aku dengar kata-kata yang tidak pernah aku dengar seumpamanya sama-sekali. Demi Allah ia bukannya syai’r, bukannya ramalan (tekaan) dan bukannya sih’ir. Wahai sidang jamaa’h Quraisy: Engkau sekalian patuhilah aku, jadikanlah dia itu bagi aku kelapangan antara lelaki itu dan antara barang yang ia ada padanya maka engkau sekalian perasingkanlah  diri darinya maka demi Allah adalah bagi kata-katanya itu yang telah pun aku dengar suatu perkara besar maka jika orang-orang Arab mendapatinya maka engkau sekalian memadainya dengan orang-orang lain dari engkau sekalian, andainya ia lahir ke atas orang-orang Arab maka kemuliaannya itu itulah kemuliaan engkau sekalian."
Maka kata mereka: 
"Sesungguhnya engkau telah disih’ir oleh Muhammad."
Maka katanya: 
"Ini adalah pendapatku."
Kemudian dikemukakan kepada Rasulullah s.a.w supaya Rasulullah masuk berkongsi dengan mereka dalam soal i’badat dan mereka pula masuk berkongsi dengan i’badatnya.

Pada perkara yang demikian itu, maka Allah Taala mewahyukan ayat-ayat al-Quran sebagimana yang tekandung di dalam surah Al-Kafirun
 سورة الكافرون‎‎
 :
                        بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (1) لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ (2) وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (3) وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ (4) وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (5) لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (6
                     Maksudnya :
Katakanlah (wahai Muhammad) Hai orang-orang kafir.(1) 
Aku tidak akan menyembah apa yang engkau kalian sembah (dari berhala-berhala itu).(2)  
Dan engkau tidak mengi’badatkan Tuhan yang aku i’badatkan (iaitu Allah Taala yang tiada menyamai sesuatu apa pun dari segala makhluk-Nya).(3)
Dan aku tidak akan beribadat secara engkau kalian beribadat.(4)
Dan tidak engkau kalian mengi’badatkan Tuhan yang aku i’badatkan.(5) 
Bagi engkau agama engkau dan bagiku agamaku.”(6)
Dengan turunnya surah Al-Kafirun سورة الكافرون‎‎, berputus asalah mereka darinya lalu mereka meminta supaya dikeluarkan dari al-Quran apa yang membuatkan mereka marah daripada mencerca berhala-berhala dan janji-janji balasan seksa yang amat pedih atau dibawakan al-Quran yang lainnya atau pun digantikan sahaja.




Sebagai jawapan kepada permintaan mereka Allah Taala mewahyukan ayat al-Quran dalam surah Yunus سورة يونس‎‎  , ayat 15:
وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آَيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ قَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا ائْتِ بِقُرْآَنٍ غَيْرِ هَذَا أَوْ بَدِّلْهُ قُلْ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أُبَدِّلَهُ مِنْ تِلْقَاءِ نَفْسِي إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَى إِلَيَّ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ  رَبِّي  عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ 
                     Maksudnya :
“Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak mereka mengharapkan menemui Kami (untuk menerima balasan): Datangkanlah sebuah al-Quran yang selain ini atau gantilah ia; Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak mungkin bagiku untuk aku menggantinya (al-Quran)  dari kemahuan  diriku sendiri, tidaklah aku mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku menderhaka kepada Tuhanku, (terhadap) seksa hari yang besar.” 

[Lihat sambungannya : Bhg 3 :Tarbiyatu Fikrit-Tifli Li-Fahmi Ulumuddin ]

     








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...