Ahad, 31 Mac 2013

KEMULIAAN MANUSIA dan KEMULIAAN IBADAT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَاْلإِسْلاَمِ. وَنُصَلِّيْ وَنُسَلِّمُ عَلَى خَيْرِ اْلأَنَامِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ 
اما بعد  

         
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (133) الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (134  
        Maksudnya:    
"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.(133)  
(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya),baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan   (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang   berbuat kebajikan." (134)                 
     [Al-Quran surah  آل عمران Ali-'Imran : 133-134] 
                                     *******************************
أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (62) الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (63) لَهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ لا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (64
               Maksudnya: 
"Ingatlah, Aulia Allah itu tidak rasa kekhawatiran pada mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati. (62) 
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan sentiasa bertaqwa. (63) 
Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji Allah). Yang demikian itu adalah kemenangan yang agung." (64)    
      [Al-Quran surah ‎‎سورة يونس Yunus : 62-64 ]

                   **********************************

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِىٓ ءَادَمَ وَحَمَلْنَٰهُمْ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ وَرَزَقْنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلْنَٰهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلً

                   Maksudnya :

" Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam (manusia), Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami jadikan." 

                     [  Al-Quran سورة الإسراء surah Al-Israa' : 70 ]

***********************************************************



 


  

Di dalam satu Hadis Rasullullah s.a.w. yang panjang diriwayatkan oleh Abdullah Al-Mubarak dengan disandarkannya daripada seorang lelaki bahawasanya ia berkata kepada Mu'az bin Jabal معاذ بن جبل :
 وروى عبد الله بن المبارك  باسناده عن رجل أنه قال لمعاذ بن جبل  حدثني حديثا سمعته من رسول الله  صلى الله عليه وسلم قال فبكي معاذ حتى ظننت أنه لا يسكت ثم سكت ثم قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم قال لي يا معاذ قلت لبيك بأبي وأمي يا رسول الله قال اني محدثك حديثا إن أنت حفظته نفعك وإن أنت ضيعته لم تحفظه انقطعت حجتك عند الله يوم القيامة يا معاذ إن الله تعالى خلق سبعة أملاك قبل أن يخلق السموات والارض ثم خلق السموات فجعل لكل سماء من السبعة ملكا بوابا عليها قد جللها عظما فتصعد الحفظة بعمل العبد من حين أصبح الى حين أمسى له نور كنور الشمس حتى اذا صعدت به الى السماء الدنيا زكته فكثرته فيقول الملك للحفظة اضربوا بهذا العمل وجه صاحبه أنا صاحب الغيبة امرني أن لا أدع عمل من أغتاب الناس يجاوزني الى غيري 
                            Maksudnya :
"Khabarkanlah kepada aku satu Hadis yang engkau mendengarnya daripada Rasullullah s.a.w. Katanya: Maka menangis Mu'az bin Jabal hingga aku menyangkakan bahawa ia tidak berhenti kemudian dia berhenti lalu berkata : 'Aku dengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada aku : 'Wahai Mu'az'. Kataku : Ya, dengan bapa ku, engkau dan ibu ku wahai Rasullullah. Sabdanya : 'Aku mengkhabarkan kepada engkau satu Hadis jika engkau menghafaznya nescaya memberi manfaat kepada engkau dan jika engkau mencuaikannya dan tidak menghafaznya nescaya terputus hujah engkau di sisi Allah pada Hari Kiamat. Wahai Mu'az bahawasanya Allah SWT mengadakan tujuh orang malaikat sebelum mengadakan segala lapisan langit dan bumi. Kemudian Ia mengadakan segala lapisan langit dan Ia jadikan tiap-tiap satu lapisan langit itu seorang malaikat yang menjaga pintu ke atasnya dan membesarkannya kemuliaan Allah. 
Maka naik Malaikat-malaikat Hafazah dengan membawakan amalan seorang hamba yang daripada ketika pagi hingga ke petang ada baginya cahaya seperti matahari hingga apabila dia naik dengan membawanya kepada langit dunia ia memperkatakan bersihnya dan ia membanyakkan kepujian terhadapnya. Kata malaikat (penjaga pintu langit pertama) kepada Malaikat-malaikat Hafazah : Pukulkanlah dengan amalan ini kepada muka tuan punyanya. Aku ialah yang menjadi penjaga UMPATAN, menyuruh kepada aku oleh Tuhan ku bahawa tidak aku membiarkan amalan orang yang ada umpati manusia itu melampaui aku daripada yang lain. ( dibawa kepada lapisan langit kedua dan seterusnya hingga ke langit ke tujuh ......... )." 

              
           
Mua'z bin Jabal dilahirkan di Yathrib (Madinah) pada 603 M (20 tahun Sebelum Hijrah). Kembali ke rahmatullah pada 18 Hijrah di Jordan. Maqamnya terletak di Al-Shanan al Shamdiyah, Jordan.
Sekadar di peringkat awal Hadis yang panjang ini amat jelas mengkhabarkan kepada kita bahawa sebelum Allah SWT mengadakan segala lapisan langit dan bumi, Allah SWT mengadakan terlebih dahulu tujuh (7) orang malaikat yang diamanahkan dengan tugas untuk menapis amalan-amalan ibadat manusia (hamba mukmin) sedangkan manusia belum diadakan, bahkan segala lapisan langit dan bumi, Nabi Adam a.s., Nabi-nabi lain pun belum lagi diadakan. Ini menunjukkan bahawa betapa mulianya IBADAT itu di sisi Allah SWT. Hadis ini juga menjelaskan bahawa kewujudan malaikat itu mendahului manusia sebelum diadakan manusia. Mereka telah diadakan terlebih dahulu oleh Allah SWT dan dapat menjelaskan pula bahawa para malaikat telah mendahului manusia dalam perkara ilmu pengetahuan dan IBADAT.

Malaikat-malaikat itu sangat alim, luas dan amat luar biasa serta sangat ajaib ilmunya dan paling bertaqwa hingga dikurniakan Allah SWT ilmu bagi mengetahui serta mengenal pasti cahaya pahala tuan punya ibadat yang dipermuliakan oleh malaikat hafazah itu  menyimpan sifat-sifat mazmumah seperti umpatan, hasad, dengki dan lain-lain di dalam hatinya melalui tanda-tanda yang terdapat pada pahala 'cahaya ibadat' yang dilihatnya.

Malaikat-malaikat memperolehi ilmu pengetahuan daripada pengurniaan Allah SWT dan bukan belajar daripada manusia. Ini memberi erti betapa daif dan naifnya manusia. Hadis ini juga memberi kefahaman bahawa tiada jalan sama sekali bagi manusia untuk mengetahui dalam perkara dan hal sebelum dijadikan Allah SWT segala lapisan langit dan bumi, Allah mengadakan tujuh orang malaikat terlebih dahulu tetapi dengan sebab ada Nabi Allah yang diletakkan oleh Allah SWT menjadi Rasul Pesuruh Allah maka dapatlah manusia mengetahui akan hal yang demikian itu.

Demikian juga dalam hal adanya hidup kemudian daripada mati dan segala hal dalam negeri akhirat yang jika Allah tidak meletakkan Nabi Allah menjadi Rasul Pesuruh-Nya untuk menyampaikan segala perkara itu sudah pasti manusia tidak sesekali mengetahui langsung atau amat jahil akan perihal alam akhirat.
Justeru, tersangat besar hikmah Allah membangkitkan Rasul-rasul Alaihimussalam. Jika terdapat kaum manusia yang mendustakan Rasul sudah pasti mendustakan Kitabullah yang diturunkan kepada Rasul-rasulNya melalui wahyu yang disampaikan Malaikat Jibrael Alaihisalam. Perkhabaran yang menjelaskan malaikat-malaikat menjaga pintu langit itu untuk menapis amalan ibadat manusia adalah daripada Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Tanpa perkhabaran Hadis tersebut kita tidak sesekali mengetahui mengenainya.

Kemuliaan manusia dapat dilihat dengan perkhabaran bahawa Allah SWT mengadakan seorang malaikat kembarannya (qarin) untuk menyuruh berbuat kebaikan dan seorang syaitan kembarannya untuk menyuruh berbuat kejahatan. Diadakan pula dua orang malaikat untuk menulis dan merekodkan segala amalan kebajikan dan kejahatan setiap diri manusia di sepanjang hayat mereka.  Malaikat di sebelah kanan menuliskan amalan kebajikan dan seorang malaikat yang diletakkan di sebelah kiri untuk menulis segala amalan munkar dan kejahatan. Firman Allah di dalam al-Quran memperjelaskan hakikat ini :
 وَكُلُّ شَيْءٍ فَعَلُوهُ فِي الزُّبُرِ (52) وَكُلُّ صَغِيرٍ وَكَبِيرٍ مُسْتَطَرٌ (53
Maksudnya :
i." Dan segala sesuatu yang telah mereka perbuat tercatat dalam buku-buku catatan. (52)  
Dan segala (urusan) yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis." (53) 
                               [Surah  سورة القمر al-Qamar : 52-53
وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلا كَبِيرَةً إِلا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا 
                     Maksudnya :
ii." Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: 'Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhan-mu tidak menganiaya seorang juapun'."
                                [Surah سُوۡرَةُ الکهف al-Kahfi : 49 ]

Kesemua catatan amalan ini adalah berkekalan yang akan diperlihat dan dikhabarkan oleh kedua-dua malaikat pencatat amalan ini ketika seseorang itu menghadapi Sakarataul-maut apabila rohnya berada di halkum dan taubatnya tidak lagi diterima Allah. Pada Hari Pembalasan di akhirat kelak kesemua rekod catatan amalan ini diserahkan pula oleh malaikat yang diberikan amanah kepada pemilik amalannya sama ada kepada tangan kanan atau tangan kirinya mengikut pembahagian dan ketentuan yang sudah ditakdirkan Allah.

Hal ini jelas dikhabarkan di dalam Hadis-hadis Rasullullah s.a.w. Segala amalan kebajikan dan ibadat-ibadat yang dilakukan oleh seseorang hamba Allah itu pula Allah memberikan ganjaran pahala dalam bentuk 'cahaya' dan berbunyi seperti guruh dan cerahan sinaran cahayanya seperti cahaya matahari. Dalam perkara ini terdapat sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. dalam bentuk do'a yang pada pengakhirnya terkandung kalimah-kalimah do'a yang antara lain berbunyi :
   , اللهم اجعل لي نورا في قلبي, ونورا في قبري ونورا في سمعي, ونورا في بصري, ونورا في شعري ونورا في بشري, ونورا في لحمي, ونورا في دمي, ونورا في عظامي, ونورا من بين يدي, ونورا من خلفي, ونورا عن يميني, ونورا عن شمالي, ونورا من فوقي, ونورا من تحتي, اللهم زدني نورا, واعطني نورا, واجعل لي نورا  
                           Maksudnya :
"....Ya Allah!, jadikanlah bagi ku cahaya pada hati ku, cahaya pada kubur ku, cahaya pada pendengaran ku, cahaya pada penglihatan ku, cahaya pada rambut ku, cahaya pada kulit ku, cahaya pada daging ku, cahaya pada darah ku, cahaya pada tulang ku, cahaya di hadapan ku, cahaya di belakang ku, cahaya di kanan ku, cahaya di kiri ku, cahaya di atas ku dan cahaya di bawah ku. Ya Allah!, tambahilah oleh Mu akan daku cahaya dan  kurniakanlah akan daku cahaya dan jadikanlah bagi ku cahaya."

'Cahaya ibadat' itu dipermuliakan pula oleh Malaikat-malaikat Hafazah dan dibawa naik ke langit untuk ditapis oleh malaikat penjaga amalan sebelum ibadat-ibadat itu diterima Allah.
Apabila tuan punya ibadat itu meninggal dunia dan ketika berada di dalam kubur 'cahaya-cahaya pahala ibadat' itu ditukarkan pula oleh Allah SWT menjadi makhluk yang sangat cantik rupa parasnya, sangat harum baunya, sangat elok pakaiannya dan bertutur kata dengan fasih memberi perkhabaran baik kepada tuan punya ibadat itu dan balasan baik Allah SWT kepadanya. Makhluk yang sama jenis dengan malaikat ini ini dinamakan 'Roh Amalan Soleh' bagi tuan punya ibadat itu yang berasal daripada pahala 'cahaya ibadat'.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
.. وَيُضْربُ الصِّرَاطُ وَهُوَ بَيْنَ ظَهْرَيْ جَهَنَّمَ فَأَكُوْنُ أَنَا وَأُمَّتِي أَوَّلَ مَنْ يُجِيْزُ، وَلاَ يَتَكَلَّمُ يَوْمَئِذٍ إِلاَّ الرُّسُلُ، وَدَعْوَى الرُّسُلُ يَوْمَئِذٍ: اَللَّهُمَّ سَلِّمْ سَلَّمِ.
                  Maksudnya :
“... Kemudian dibentangkan shirat yang terbentang di atas Neraka Jahannam. Aku dan umatku adalah yang pertama-tama menitinya. Tidak ada yang berbicara pada hari itu kecuali para rasul, dan doa para rasul pada hari itu adalah: 'Ya Allah selamatkanlah, selamatkanlah'.” [Muttafaq ‘Alaih]

Apabila tiba Hari Kiamat kelak dan sewaktu meniti di atas titian 'Sirat' yang panjang lagi gelap terentang di atas permukaan api Neraka Jahanam, maka 'cahaya-cahaya ibadat' itu pula akan menjadi suluhan cerahan pada ketika meniti. Kecerahan 'cahaya ibadat' ini bergantung kepada sebanyak mana pahala ibadatnya diterima Allah. Ada yang amat terang benderang seperti sinaran cahaya matahari dan ada pula yang hanya sekadar sebesar jari kaki sahaja. Ini ialah balasan pahala ibadat yang diperbuat dan diwajibkan oleh Allah SWT ke atas hamba-hamba-Nya itu hingga ia selamat menyeberangi titian 'Sirat' bagi membolehkannya meneruskan perjalanan hingga bertemu 'Kolam Nabi' dan seterusnya dapat memasuki syurga. 

Orang-orang kafir serta golongan orang munafik pula tidak diberikan sebarang 'cahaya ibadat' terhadap segala kebaikan, amalan kebajikan dan ibadat ketika hidup di dunia. Ini bererti apabila berada di akhirat kelak mereka berada di dalam kegelapan, tidak dapat melihat titian 'Sirat' dan lantas terus terhumban ke dalam neraka.
  

Di dalam syurga pula Allah SWT menyediakan istana-istana dan mahligai-mahligai daripada emas, perak, cahaya dan lain-lain nikmat yang tidak terhingga banyaknya. Inilah hikmat-hikmat ibadat yang diwajibkan Allah SWT yang membangkitkan Rasul-rasul untuk mengkhabar dan mengingatkan umat manusia akan segala hal kebahagiaan hidup yang berkekalan di dalam syurga yang dijanjikan Allah kepada golongan manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah dan Rasul-Nya dengan mentaati segala suruhan-Nya ketika hidup di dunia.


Kepentingan dan kemuliaan ibadat di sisi Allah adalah satu keutamaan dan Allah tidak sesekali menjadikan mereka secara main-main sebagaimana Firman Allah di dalam al-Quran :

                  وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

                       Maksudnya:
i."Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya berbahagia mereka (dengan sebab) berbuat IBADAT kepada Ku.             
        [ Surah سورة الذاريات  Az-Zaariyaat : 56 ]                  

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لا تُرْجَعُونَ

              Maksudnya : 

      ii." Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami        menjadikan kamu secara main-main ( sahaja), dan bahawa          kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ?

                             [ Surah سورة المؤمنون Al-Mu'minun : 115  

Demikian juga pengertian syahdat "Asyhadu Anla Ilaaha Illallah" (اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ ) berlandaskan pegangan iktiqad Ahli Al Sunnah Wal Jamaah menjelaskan :
  "....aku menaik saksi memberi pengakuan yang teguh dengan lidah dan berkeyakinan penuh di hati mengakui akan bahawasanya tiada sah DIIBADATKAN  LA M’ABUDA BIHAQQIN ILLALLAH (لامعبود بحق إلا الله)]  dengan sebenarnya melainkan Allah,....."
Selanjutnya Hadis Rasulullah s.a.w. daripada Muaz tersebut mengkhabarkan yang bermaksud:
 " Sabdanya : Kemudian datang Malaikat-malaikat Hafazah dengan membawa amalan soleh daripada amalan-amalan hamba, maka ia melaluinya [malaikat penjaga amalan di pintu langit] yang mengatakan bersihnya dan membaikkannya hingga menyampaikannya  kepada langit yang kedua lalu berkata kepada mereka oleh malaikat yang diwakilkan menjaganya : Berhentilah olehmu dan pukulkanlah dengan amalan ini kepada muka tuannya.  Bahawasanya ia mengkehendaki dengan amalannya ini akan mata benda dunia.  Menyuruh kepadaku oleh Tuhan ku bahawa tiada aku membiarkan amalannya melampaui aku kepada yang lain [langit seterusnya] daripadaku, sesungguhnya dia bermegah-megah dengannya ke atas manusia pada majlis tempat perhimpunan mereka. 
Sabdanya : Dan naik Malaikat-malaikat Hafazah dengan membawa amalan hamba bergemerlapan cahaya daripada sedekah, puasa dan sembahyang, hingga  menghairankan Malaikat-malaikat Hafazah. Maka mereka melalui dengannya kepada langit yang ketiga.  Maka berkata kepada mereka oleh malaikat yang diwakilkan menjaganya : Berhentilah olehmu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka tuannya, aku ialah malaikat penjaga Takbur.  Menyuruh kepadaku oleh Tuhan ku bahawa tiada aku membiarkan amalannya melampaui aku kepada yang lain daripadaku.  Bahawasanya ia Berbesar Diri ke Atas Manusia pada majlis tempat perhimpunan mereka........."
Penjelasan Hadis ini berterusan hingga melepasi ke pintu-pintu langit seterusnya yang dijaga oleh malaikat-malaikat yang ditugas dan diamanahkan Allah khusus untuk menjaga serta menapis amalan-amalan setiap orang hamba-Nya daripada sifat-sifat mazmumah seperti malaikat yang menapis pahala ibadat di pintu langit ke empat menjaga "Ujub" atau "Hairankan Diri", langit ke lima menjaga "Hasad", langit ke enam menjaga amalan hamba yang "tiada menaruh belas kasihan terhadap orang yang memerlukan" dan di langit  ke tujuh seperti yang dimaksudkan :
"Sabdanya: Dan naik Malaikat-malaikat Hafazah dengan membawa amalan-amalan hamba kepada langit yang ke tujuh daripada puasa, sembahyang, nafkah, zakat, berjihad dan warak yang ada baginya suara seperti suara guruh dan cahaya seperti cahaya matahari, bersertanya 3000 orang malaikat. Maka melampaui mereka dengan membawanya hingga kepada langit yang ketujuh. [Maksudnya amalan-amalan hamba tersebut telah lulus dan melepasi tapisan-tapisan kebersihan daripada sifat-sifat mazmumah di langit pertama hingga ke enam yang diperakui dan disahkan bersih oleh malaikat-malaikat penjaga amalan]. 
Maka berkata kepada mereka oleh malaikat yang diwakilkan menjaganya:  Berhenti olehmu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka tuannya.  Pukulkan dengannya akan segala anggota, kuncikanlah dengannya ke atas hatinya, bahawasanya aku mendindingkan (menghalangi) daripada sampainya kepada Tuhan ku tiap-tiap amalan yang tidak ia kehendaki semata-mata berharap keredaan Tuhanku. Ia kehendaki dengan amalannya itu lain daripada Allah Taala, ia kehendaki ketinggian pangkat pada sisi orang-orang ulama' fiqah dan sebutan nama baik pada sisi ulama'-ulama' dan kemasyhuran nama berkembangan kemegahan dalam negeri.  Menyuruh kepadaku oleh Tuhan ku bahawa tiada membiarkan amlannya melampaui aku kepada lain daripadaku dan tiap-tiap amalan yang tidak ada bagi Allah itu bersih hati semata-mata kerana Allah iaitu Riak.  Dan tiada menerima Allah Taala akan amalan orang yang mempunyai sifat Riak.
Seterusnya Hadis tersebut mengkhabarkan seperti maksudnya:
"Dan naik Malaikat-malaikat Hafazah dengan membawa amalan-amalan hamba daripada sembahyang, puasa, haji, umrah dan kelakuan adab perangai baik, diam tiada berkata-kata pada perkara yang sia-sia dan membaca/melafazkan zikirrullah.  Memuliakannya oleh malaikat-malaikat segala lapisan langit hingga memutuskan [melalui] mereka dengan amalannya itu segala hijab [rintangan] semuanya kepada Allah Azawajalla.  Maka berdiri Malaikat-malaikat Hafazah 'di hadapan-Nya'#** dan menaik saksi baginya dengan amalan soleh yang berikhlas kerana mentaati Allah.  Maka Firman Allah kepada mereka : " Kamu Malaikat-malaikat Hafazah penjaga di atas amalan zahir hamba-Ku dan Aku ialah Yang Amat Mengetahui lagi Yang Amat Melihat di atas dirinya (niat di hatinya).  Bahawasanya ia tiada mengkehendaki dengannya lain daripada Aku.  Maka di atasnya kelaknatan-Ku".  Maka kata malaikat-malaikat sekalian:  'Di atasnya kelaknatan kami dan melaknatkannya oleh segala tujuh lapis langit dan bumi dan sekalian mereka yang ada padanya'.
Kata Mu'az :  Aku kata wahai Rasulullah, engkau ialah Rasul Pesuruh Allah dan aku ialah Mu'az.  Sabdanya : Ikutilah denganku. Jika ada pada amalan engkau itu kekurangan sekalipun wahai Mu'az, jagailah di atas lidah engkau daripada penanggung-penanggung al-Quran dan tanggunglah dosa-dosa engkau itu di atas diri engkau dan jangan sesekali engkau menanggungkannya ke atas mereka dan jangan engkau bersihkan diri engkau dengan mencerca mereka (puji diri sendiri dengan jalan mencerca orang lain) dan jangan engkau angkatkan diri engkau ke atas mereka  (mengaku diri sendiri berkelebihan ke atas mereka), dan jangan engkau masukkan amalan dunia pada amalan  akhirat, dan jangan engkau takbur sombong pada majlis perhimpunan engkau supaya berjaga diri manusia daripada buruk adab perangai engkau.   
Jangan engkau bercakap berbisik-bisik akan seorang lelaki dan ada pada sisi engkau orang lain dan jangan engkau berbesar diri ke atas manusia.  Maka terputus daripada engkau kebajikan dunia. Jangan engkau mencarik-carikkan memperpanjangkan manusia nescaya mencarik-carikkan engkau oleh anjing-anjing api neraka pada Hari Kiamat. Firman Allah: " Wanna Syata Ti Nasyta"[وَالنَّاشِطَاتِ نَشْطًا (Surah An-Naazi'zzt : 2)]. Adakah engkau ketahui apa dia itu wahai Mu'az? Aku kata: Apa dia itu dengan bapaku, engkau dan ibuku wahai Rasulullah? Sabdanya:  Iaitulah anjing-anjing dalam api neraka mencarik-carikkan daging dan tulang. 
Aku kata: 'Dengan bapaku, engkau dan ibuku wahai Rasulullah, siapakah berupaya daripada perkara ini dan siapakah yang terlepas daripadanya?'. Sabdanya : 'Wahai Mu'az bahawasanya berkemudahan di atas sesiapa yang dipermudahkan dia oleh Allah ke atasnya'. Katanya : 'Maka tidak aku lihat lebih banyak membaca al-Quran daripada Muaz kerana berjaga diri daripada barang apa yang ada pada Hadis ini'."
[ * Peringatan : Kandungan Hadis adalah sebagaimana yang terdapat  di bawah artikel ini ]

Apabila membaca dan memahami Hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang ini dapatlah difahami dan diketahui bahawa segala ibadat yang dilakukan seseorang hamba mukmin itu Allah mengurniakan pahala dalam bentuk cahaya.  Malaikat Hafazah ditugas dan diamanahkan Allah membawa"Cahaya ibadat" itu  naik ke langit untuk ditapis pula oleh malaikat-malaikat yang diamanahkan menapis "cahaya ibadat" itu pada setiap pintu tujuh lapis langit daripada kekejian sifat-sifat mazmumah.

Maka ditolak "cahaya ibadat" yang sangat elok itu dilontar dan dipukulkan (dilaknat)  kepada tuan punya amalan ibadat itu kerana ada menyimpan adab perangai mazmumah di hati dan pada perbuatannya yang buruk seperti takbur, hasad, dengki, ujub, riak dan lain-lain lagi seperti yang dimaksudkan di dalam Hadis tersebut.


Oleh itu orang-orang mukmin dan mukminat yang memahami, beramal dan menghayati ilmu yang terkandung di dalam Hadis ini sangat gemar berbuat ibadat kepada Allah kerana amat besar hikmah dan fadilat-fadilatnya serta sangat takut menyimpan di dalam hati segala kelakuan dan adab perangai mazmumah yang terbit daripada hati dan perbuatannya.

[#** Peringatan: Kalimah "..malaikat-malaikat berdiri "di hadapan" Allah bukan bererti  Zat (Diri) Allah berada di hadapan mereka seperti makhluk tetapi bermaksud sama seperti orang mukmin ketika mendirikan ibadat sembahyang yang dikatakan "mengadap" Allah, bukan bermaksud Zat [Diri] Allah berada di hadapan, di dalam, bersatu-padu dengan  tempat   kerana TEMPAT adalah makhluk dan Allah BUKAN makhluk dan Zat Allah tidak berjuzuk yang tidak memerlukan atau berhajat kepada adanya TEMPAT.

Allah berkata-kata dengan malaikat-malaikat tersebut juga secara wahyu  dengan Kalam-Nya yang Qadim tanpa huruf dan tanpa suara, tanpa kaifiat, tanpa misal dan ibarat. Ertinya malaikat-malaikat berkata-kata dengan Allah sama seperti melakukan ibadat sembahyang atau menerima wahyu Allah. Adalah amat besar salahnya jika dikatakan malaikat-malaikat berkata-kata dengan Allah sama seperti berkata-kata dengan sesama makhluk yang mempunyai suara dan huruf dan menuduhkan Zat (Diri) Allah berjuzuk dan ada bertempat di hadapan mereka seperti makhluk. Rumusannya, apa yang dilakukan malaikat-malaikat semasa 'mengadap Allah' adalah sejajar dengan yang diperjelaskan huraian mengenai 'At- Tanzih' [Ada Allah] dan 'Al-Kalam' dalam :Terjemah Akidah Ahli Sunnah dan Asma' Ullah Al Husna].


Seseorang yang mempunyai sifat-sifat mazmumah yang sangat keji dan hina di sisi Allah ini disebut atau dikira sebagai terkena syirik khafiy yang bermaksud syirik yang tersembunyi di dalam hati.  Punca berlakunya syirik khafiy ini disebabkan seseorang itu seolah-olah mengaku akan kesempurnaan milik dan memerintah adalah haknya dengan tiada mengakui dan memperlihatkan bahawa perkara-perkara yang disombongkan atau ditakburkan itu adalah semata-mata daripada pemberian dan milik Allah kepadanya sebagai satu amanah belaka.

Sungguhpun perbuatan sombong, takbur, riak itu melindungkan mata hati atau 'Ainul Qalbi  daripada menampakkan pemberian dan milik Allah pada segala nikmat yang diberikan kepadanya tetapi TIDAKLAH dihukumkan orang yang sombong takbur itu jatuh murtad atau menjadi kafir seperti perbuatan menyembah berhala, api, kayu, batu, nyawa, sebarang cahaya, huruf dan lain-lain makhluk yang seumpama dengannya.  

Dosa orang yang terkena syirik khafiy itu tidaklah menyamai dosa orang-orang musyrikin yang menyembah berhala yang termasuk dalam dosa syirik jaliy yang dijanjikan Allah menerima balasan seksa yang berkekalan di dalam api neraka sebagaimana Firman-Nya yang diperjelaskan di dalam al-Quran surahسورة النساء An-Nisaa' ayat 115-116 :
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا (115
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا (116
                        Maksudnya :
" Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang yang mukmin, Kami biarkan ia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.(115)
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa selain daripada syirik itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya."(116)
Sungguhpun ada ayat al-Quran yang menyatakan dosa syirik itu adalah sebesar-besar kezaliman yang tidak mendapat pengampunan Allah Taala tetapi dosa orang yang melakukan syirik khafiy seperti yang dimaksudkan dalam sifat-sifat mazmumah tidaklah termasuk dalam jumlah dosa syirik yang dimaksudkan dalam al-Quran yang tidak diampunkan Allah.

Ini adalah disebabkan perbuatan-perbuatan hasad, dengki dan yang seumpamanya itu menunjukkan tanda-tanda dan perasaan tidak puas hati akan pemberian Allah Taala yang telah dikurniakan kepada orang lain yang dihasadkan itu dan bermakna juga bahawa pemberian kurniaan Allah yang diberikan kepada orang yang dihasadkan itu seolah-olah dia sendiri yang berhak menentukan sebanyak mana sepatutnya diberi nikmat Allah itu, kepada siapa patut diberi dan seolah-olah dia mengaku ada bersama hak pemberian Allah.

Di dalam al-Quran ada memberikan contoh bahawa sesuatu perbuatan yang pada zahirnya  adalah satu kebajikan yang terpuji tetapi sekiranya perbuatan itu tidak benar-benar ikhlas kerana Allah maka sia-sialah sahaja kebajikan yang dilakukan tanpa mendapat ganjaran pahala daripada Allah seperti yang dimaksudkan di dalam سورة البقرة surah Al-Baqarah ayat 264: 
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَـتِكُم بِالْمَنّ وَالاْذَى كَالَّذِى يُنفِقُ مَالَهُ رِئَآء النَّاسِ وَلاَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الاْخِرِ
فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا
لاَّ يَقْدِرُونَ عَلَى شَىْء مّمَّا كَسَبُواْ وَاللَّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَـفِرِينَ

                           Maksudnya:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (hati/perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir."
Maksud yang hampir sama terkandung juga di dalam surah سورة الحجرات Al-Hujuraat ayat 12 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ 
                        Maksudnya :
" Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari persangka, sesungguhnya sebahagian daripada persangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengatakan yang buruk sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
Di dalam surah سورة محمد  Muhammad ayat 32-35 diperjelaskan lagi maksud yang hampir sama :

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَشَاقُّوا الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْهُدَى لَنْ يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا وَسَيُحْبِطُ أَعْمَالَهُمْ (32)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ (33) إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ مَاتُوا وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ (34) فَلا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنْتُمُ الأعْلَوْنَ وَاللَّهُ مَعَكُمْ وَلَنْ يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ (35)
                        Maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang kafir dan menghalangi (manusia) dari jalan Allah serta memusuhi Rasul setelah pertunjuk itu jelas bagi mereka, mereka tidak mendapat memberi mudarat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan menghapuskan (pahala) amal-amal mereka.(32)
Hai orang-orng yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan janganlah kamu merosakkan pahala amal-amal mu.(33)
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (manusia) dari jalan Allah kemudian mereka mati dalam keadaan kafir, maka Allah tidak sesekali akan memberi ampun kepada mereka.(34)
Janganlah kamu lemah dan minta damai pada hal kamu yang di atas dan Allah (pun) 'berserta' kamu dan Dia  tidak sesekali akan mengurangi (pahala) amal-amal mu."(35)
Orang-orang kafir dan jahil tidak mengetahui semuanya ini dan tidak memahami apakah maksud, tujuan dan hikmah sebenar ibadat-ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain lagi itu dengan sangkaan bahawa itu semua hanya untuk kebaikan duniawi dan menjauhkan daripada terkena fitnah dunia sahaja yang tiada kaitan dengan kehidupan akhirat.
Hadis panjang yang diriwayatkan oleh Abdullah al-Mubarak daripada  Mu'az bin Jabal ini menjadi pegangan dan amalan asas Ilmu Tasawwuf oleh sekalian para sahabat Rasullulllah s.a.w. , ulama'-ulama' Ahli Sunnah , ulama'-ulama' ahli saufi golongan Ahli Sunnah dan orang-orang mukmin yang soleh.

Mereka semua sangat takut membuat sesuatu perkara yang tidak bersih di hati seperti hasad, dengki, takbur, riak dan sebagainya kerana sekiranya perasaan mazmumah ini wujud di hati ketika melakukan sesuatu ibadat maka ibadatnya tidak diterima Allah. Mereka lebih berhati-hati dan menjaga diri daripada segala perkara yang boleh merosakkan akidah keimanan kerana bukan sahaja ibadatnya ditolak Allah tetapi keimanan mereka juga tertolak dan mereka tergolong sebagai orang kafir atau munafik walaupun pada zahirnya dia seorang Muslim yang melakukan amalan soleh.

Justeru orang mukmin soleh sentiasa menjaga segala urusan agama supaya tahqik kebenarannya menurut al-Quran dan Sunnah Rasullah s.a.w. agar semua ibadat yang dilakukan diterima Allah dan mengurniakan pahala yang setimpal serta melimpahkan rahmat serta nikmat-Nya.  Hadis yang panjang ini dapat dirumuskan bahawa pada setiap lapisan langit itu ada malaikat yang ditugaskan Allah untuk menapis 'cahaya pahala ibadat' seseorang hamba Allah yang mukmin. Ibadat ini hanya diterima oleh Allah sekiranya kesemua sifat mazmumah yang terbit pada perbuatan dan tersimpan di hati tidak terdapat di dalam amalan soleh setiap orang hamba Allah yang mukmin. 

Hakikat ini memberi pengertian bahawa setiap ibadat yang dilakukan itu mestilah berteraskan pemahaman dan penghayatan ilmu akidah keimanan yang sahih kebenarannya lagi hak, mengikut rukun dan kaifiat yang betul berdasarkan ketetapan hukum syarak dan hati seseorang yang melakukan ibadat itu mestilah benar-benar bersih dan ikhlas seikhlas-ikhlasnya semata-mata kerana Allah SWT sahaja.


Firman Allah di dalam al-Quran banyak menjelaskan sifat-sifat orang mukmin yang soleh. Antaranya ialah seperti berikut:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ (2) الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3)أُولَئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (4  
                         Maksudnya :
i."Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan jualah mereka  bertawakkal. (2)
[Iaitu] orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.(3)  
Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan keampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia."(4)
                           [Surah سورة الأنفال Al-Anfal  : 2-4 ] 
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5)
              Maksudnya :
ii."(Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka, (3)  
dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. (4)  
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang beruntung." (5)  
                            [Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 3-5 ]
إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ 
               Maksudnya :  
iii." Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan : 'Kami mendengar dan kami patuh.' Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."
                                       Surah سورة النور‎‎  An-Nur : 51

Mudah-mudahan dengan cara ini Allah menerima ibadat dan taubat mereka itu dengan melimpahkan rahmat dan syafaat yang besar ketika berhadapan dengan Sakarat al-Maut,  Fitnah Kubur di Alam Barzakh dan seterusnya berhadapan dengan pengadilan Allah di akhirat kelak yang pasti berlaku.



Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah al-Mubarak daripada  Mu'az bin Jabal r.a. tersebut amat bersesuaian dan boleh dikaitkan pula dengan Hadis berikut :

Al-Qahir: Khalifah yang Menjadi Pengemis dan Dicongkel Kedua ...

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ فَأُتِىَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ. قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لأَنْ يُقَالَ جَرِىءٌ. فَقَدْ قِيلَ. ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِىَ فِى النَّارِ
                         Maksudnya :  
"Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya di antara manusia yang mula-mula dibicarakan dan dihukum pada Hari Kiamat ialah: Pertama, orang yang gugur syahid, ia dibawa 'mengadap', maka Allah menyatakan kepadanya satu persatu nikmat-nikmat-Nya (yang telah diberikan kepadanya semasa hidupnya), lalu ia mengakui menerimanya. Allah Taala 'bertanya' kepadanya: '(Sesudah itu) maka apa engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?' Ia menjawab: 'Aku berperang kerana mematuhi perintah-Mu sehingga aku gugur syahid'. Allah Taala berfirman: 'Engkau berdusta! (bukan itu tujuanmu), akan tetapi engkau berperang supaya orang mengatakan: Engkau BERANI, dan telah pun dikatakan yang demikian.' Kemudian ia dihukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga ia dihumbankan ke dalam neraka."
                         [HR Muslim.]

Dalam Hadis yang lain ada juga dperjelaskan perkara yang hampir sama:

عَنْ أَبِيْ أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَرَأَيْتَ رَجُلًا غَزَا يَلْتَمِسُ الْأَجْرَ وَالذِّكْرَ مَالَهُ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لّاشَيْءَ لَهُ فَأَّعَادَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ يَقُوْلُ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا شَيْءَ لَهُ ثُمَّ قَالَ إِنَّ اللهَ لَا يَقْبَلُ مِنَ الْعَمَلِ إِلَّامَا كَانَ لَهُ خَالِصًا وَابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُهُ – رواه النسائى
                                       Maksudnya: 
 "Dari Abu Umamah Al-Bahili berkata: 'Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. lalu bertanya:'Bagaimanakah pendapatmu  jika ada seorang lelaki berjuang kerana ingin mendapatkan pahala dan tanda  jasa, apakah yang akan ia dapatkan?'. Jawab Rasulullah s.a.w.: ' Ia tidak mendapatkan pahala apa-apa',  sampai beliau mengulang tiga kali, Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya:'Ia tidak mendapatkan pahala apa-apa'. Kemudian Nabi bersabda: 'Sesungguhnya Allah tidak akan menerima suatu amal kecuali disertai dengan keikhlasan dan semata-mata kerana mencari keredaan Allah'. [HR. An-Nasai]
Persoalan penerapan ilmu akidah keimanan dan melakukan sesuatu ibadat dengan benar-benar ikhlas semata-mata kerana Allah adalah dua perkara yang amat sukar untuk dilakukan dengan sempurna serta diberikan penilaian dan ukuran dengan tepat oleh orang lain. Ini adalah disebabkan kedua-dua aspek ini adalah amat sulit kerana berkisar di dalam minda dan hati (qalbu) seseorang kecuali dia menzahirkannya secara lisan dan perbuatan. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dan dirahsiakan oleh hati seseorang insan.
Contoh maksud Hadis Rasulullah s.a.w. di atas amat jelas mengingatkan kita bahawa walaupun seseorang yang terkorban di dalam sesuatu peperangan fisabilillah yang pada zahirnya adalah demi untuk mempertahankan kesucian agama itu tergolong sebagai orang yang terkorban syahid tetapi apabila dihadapkan pada Hari Pengadilan Allah Yang Maha Adil di akhirat kelak barulah diketahui bahawa dia tidak mempunyai keikhlasan di hati semata-mata kerana Allah semasa berperang hingga dia terbunuh. Maka atas hak dan kehendak Allah Yang Maha Adil dia menerima balasan azab seksa dalam neraka. 

Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. tersebut juga adalah bersesuaian dan menepati dengan Firman Allah di dalam al-Quran surah
 
سورة الفرقان‎‎ Al-Furqaan ayat 23  :
 وَقَدِمْنَآ إِلَى مَا عَمِلُواْ مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَآءً مَّنثُوراً
                         Maksudnya :
" Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan."
Ayat tersebut  bertepatan juga dengan peringatan Allah dalam سورة الأنعام  surah Al-An'aam ayat 162-163 :
 قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (162) لا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ (163
                         Maksudnya :
"Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, (162)  
tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)'." (163) 
                            Related image

Kalimah-kalimah ini jugalah yang terkandung di dalam bacaan "Do'a Iftitah" ketika melakukan ibadat solat :
 إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، لاَشَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
              Maksudnya : 
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya milik Allah Rabbil 'Alamin, tiada sekutu bagi-Nya. Demikianlah aku diperintah, dan aku termasuk orang Muslim." 
Walaupun kebanyakan manusia beranggapan sifat-sifat mazmumah yang dipandang keji di sisi Allah dan pada hukum syarak itu adalah 'perkara kecil' sahaja yang tidak memberi apa-apa kesan dan implikasi dalam kehidupan duniawi manusia atau di dalam melaksanakan sesuatu perkara besar seperti peperangan, pembangunan insan, pemerintahan negara dan yang seumpama dengannya tetapi dalam konteks agama Islam dan di sisi Allah ia adalah perkara besar yang boleh memberikan kesan yang mendalam dalam pelbagai aspek. 

Hakikat ini dapat dinilai daripada peristiwa peperangan di Lembah Hunain yang berlaku pada 2 Syawal tahun ke-8 Hijrah bersamaan tahun 630 Masehi sebagaimana yang diperjelaskan di dalam al-Quran surah سورة التوبة At-Taubah ayat 25-26 
لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ (25) ثُمَّ أَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَى رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَنْزَلَ جُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا وَعَذَّبَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَذَلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ (26
                         Maksudnya :
" Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukmin)di medan peperangan yang banyak. Dan (ingatlah ) peperangan Hunain iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu. Maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepada mu sedikitpun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit oleh mu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.(25) 
Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang yang beriman, dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang yang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir."(26)     
                                                      Perkuburan para syuhadak dalam perang Hunain

Pengajaran yang amat ketara daripada peristiwa peperangan di Lembah Hunain ini ialah Allah tidak memberikan atau menarik rahmat pertolongan kepada barisan tentera Muslimin di bawah kepemimpinan Rasulullah s.a.w. kerana terdapat segelintir tentera Muslimin yang terbit di dalam hati satu persepsi dan tanggapan  bahawa jumalah barisan ketenteraan mereka yang ramai dianggarkan sekitar 10,000 orang itu dengan mudah dapat menumpaskan sekitar 4,000 orang daripada dua suku kaum di Lembah Hunain yang enggan beriman dan memerangi Rasulullah s.a.w. dan umat Islam. 

Logiknya mereka beranggapan secara perkiraan jumlah bahawa ketika berlaku Perang Badar tentera Muslimin yang hanya berjumlah 313 orang sahaja dapat menumpaskan barisan tentera puak kafir Quarisy yang berjumlah kira-kira 1,000 orang. Mereka terlupa bahawa kuasa Allah adalah menjadi penentu menang atau kalah dan rahmat pertolongan Allah adalah di luar jangka seperti yang disebut dalam ayat tersebut. 
Ertinya keyakinan sesetengah tentera Muslimin adalah dilihat daripada jumlah dan kekuatan makhluk dengan "melupakan" kekuasaan Allah. Maka berlakulah seperti yang tercatat dalam sejarah. Bantuan Allah hanya dikurniakan semula apabila mereka menyedari hakikat sebenar dan segera bertaubat memohon keampunan Allah atas kesilapan dan memperbetulkan pemahaman akidah mereka.

Berdasarkan huraian nas-nas ini dapatlah difahami bahawa kemuliaan manusia itu di sisi Allah adalah kerana ketaqwaan dan keimanannya. Keikhlasan dan kebersihan hati daripada sifat-sifat mazmumah ketika melakukan ibadatnya adalah kemuncak keunggulaan ketaqwaan dan ketaatannya kepada Allah. IBADAT itu tersangat mulia dan paling tinggi nilainya di sisi Allah kerana sebelum diadakan langit, bumi dan manusia Allah telah mengadakan terlebih dahulu tujuh orang malaikat yang ditugaskan khusus untuk menjaga dan menapis ibadat setiap orang hamba Allah pada setiap pintu masuk tujuh lapisan langit. Berteraskan kepada keikhlasan dan kesucian serta kebersihan hatinya daripada sifat-sifat mazmumah juga ibadat seseorang hamba yang mukmin itu diterima dan mendapat limpahan rahmat Allah yang berkekalan hingga ke akhirat.

Firman Allah di dalam al-Quran menjelaskan antara sebab-sebab mengapa seseorang itu tidak diberikan hidayah adalah berpunca daripada diri sendiri :

 فَرِيقًا هَدَى وَفَرِيقًا حَقَّ عَلَيْهِمُ الضَّلالَةُ إِنَّهُمُ اتَّخَذُوا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ 
                    Maksudnya :
i." Sebahagian diberi-Nya petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung (mereka) selain Allah, dan mereka mengira bahawa mereka mendapat petunjuk." 
                       [ Surah سورة الأعراف  Al-A'raaf : 30
وَمَنْ كَانَ فِي هَذِهِ أَعْمَى فَهُوَ فِي الآخِرَةِ أَعْمَى وَأَضَلُّ سَبِيلا
                         Maksudnya :
ii." Dan barangsiapa yang buta  (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan yang benar. "
                 [ Surah سورة الإسراء Al-Israa' : 72 ] 
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا صُمٌّ وَبُكْمٌ فِي الظُّلُمَاتِ مَنْ يَشَأِ اللَّهُ يُضْلِلْهُ وَمَنْ يَشَأْ يَجْعَلْهُ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
                      Maksudnya :
iii." Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami adalah pekak, bisu dan berada di dalam gelap gelita. Barangsiapa yang dikehendaki Allah (kesesatannya), nescaya disesatkan-Nya. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi-Nya petunjuk), necaya Dia menjadikannya berada di atas jalan yang lurus."
                          [ Surah  سورة الأنعام  Al-An'aam : 39


Apabila Nabi Muhammad s.a.w. mengutuskan Mu'az bin Jabal r.a. ke Yaman untuk menyibarkan risalah Islam dan keimanan, Nabi bersabda kepadanya yang kira-kira ertinya:
"Andainya seorang sahaja yang Allah berikan hidayah melalui kamu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.  Sesungguhnya Nabi telah bersabda: 'Sebaik-baik pemberian dan sebaik-baik hadiah itu ialah suatu kata hikmah yang kamu dengar lalu kamu lipatkan dia, kemudian kamu membawanya kepada saudaramu yang Muslim lalu kamu mengajarkannya adalah menyamai ibadat satu tahun'."
Oleh itu mudah-mudahan kita tidak mengabaikan peluang terbuka luas yang dijanjikan Allah ini dengan menyebarluaskan dan memperpanjangkan ilmu yang dipaparkan ini kepada keluarga dan sahabat handai yang memerlukannya. Mudah-mudahan dengan cara ini kita memperolehi kebarkatan hidup dan limpahan rahmat Allah yang tidak terhingga seperti yang dikhabarkan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w di atas.

Allah Amat memuliakan hamba-hamba-Nya yang mukmin lagi beramal soleh hingga ke akhir hayatnya hidup di dunia dengan kelembutan Firman-Nya mengalu-alukan 'kepulangan' roh hamba kepada rahmat-Nya sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran surah
سورة الفجر Al-Fajr ayat 27-30 :
 يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ (27) ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً (28فَادْخُلِي فِي عِبَادِي (29) وَادْخُلِي جَنَّتِي (30
                        Maksudnya :
"Hai jiwa yang tenang. (27) 
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. (28)  
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu, (29)  
dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (30)

Rasulullah s.a.w bersabda bahawasanya orang mukmin itu diibaratkan seumpama lebah :

Dari Abdullah bin Amru radhiallahu’anhu ia berkata, Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

وَالَّذِي نَفْسُ ‏ ‏مُحَمَّدٍ ‏ ‏بِيَدِهِ إِنَّ مَثَلَ الْمُؤْمِنِ ‏ ‏لَكَمَثَلِ النَّحْلَةِ أَكَلَتْ طَيِّبًا وَوَضَعَتْ طَيِّبًا وَوَقَعَتْ فَلَمْ تَكْسِر ولم تُفْسِد

           Maksudnya :

Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya (kekuasaan-Nya), sesungguhnya perumpamaan mukmin itu bagaikan lebah yang selalu memakan yang baik dan mengeluarkan yang baik. Ia hinggap (pada ranting) namun tidak membuatnya patah dan rosak.” [HR Ahmad dan dishahihkan oleh Ahmad Syakir]

Hadis ini selaras dengan Firman Allah dalam al-Quran surah An-Nahl ayat 68-69 : 

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (68) ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (69

        Maksudnya :

" Dan Tuhan mu mengilhamkan kepada lebah : ' Buatlah sarang-sarang di bukit-bukau, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang dibikin manusia'. (68) 

Kemudian makanlah dari tiap-tiap (pelbagai jenis) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhan mu yang telah dimudahkan (bagi mu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda ( kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. " (69)



Rumusan daripada paparan ini boleh disimpulkan bahawa kemuliaan seseorang manusia itu di sisi Allah adalah kerana ketaqwaannya terhadap Allah dengan mentaati segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sifat taqwa yang dikurniakan Allah dan dimiliki oleh seseorang hamba mukmin itu bukan datang dengan sendiri, tetapi adalah hasil daripada usahanya yang penuh keikhlasan untuk mempelajari, memahami, beriman dan menghayati Ilmu Pengenalan Allah serta beristiqamah terhadapnya tanpa mengenal jemu di sepanjang hayat. 

Sesungguhnya Ilmu Pengenalan kepada Allah bukanlah ilmu rekaan manusia  menggunakan pemikiran sendiri berteraskan pancaindera yang lima dengan mengkaji asal kejadian alam dan mengkaji diri manusia. Bahkan Ilmu Pengenalan kepada Allah adalah kurniaan Allah sendiri yang diturunkan di dalam kitabullah al-Quran al-Karim yang diwahyukan kepada Rasul-Nya melalui perantaraan Malaikat Jibril Alaihisalam.

Kemuliaan manusia juga dinilai daripada ibadatnya yang dilakukannya dengan sempurna berpandukan hukum syarak dan dengan keikhlasan hati keikhlasan yang bersih daripada segala sifat mazmumah yang keji di sisi Allah.

Semoga dengan rahmat dan kebarkatan berfikir, mengingati, menghayati dan memanfaatkan dengan sebaik-baiknya Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang di bawah ini Allah melimpahkan rahmat, taufik, hidayah dan kebarkatan-Nya dalam usaha kita untuk membina kekuatan sahsiah diri sebagai insan mukmin sejati yang soleh dengan beristiqamah melakukan ibadat dan amalan-amalan soleh dengan penuh keikhlasan di sepanjang hayat di dunia dan kembali ke akhirat bersama golongan para mukminin dan mukminat yang soleh.  Amin.

[Kandunghan Hadis yang dihuraikan di atas:]

[حَدِيثُ] مُعَاذٍ سَمِعْتُ رَسُولَ الله يَقُولُ وَأَنَا رَدِيفُهُ وَنَحْنُ نَسِيرُ إِذْ رَفَعَ بَصَرَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي يَقْضِي فِي خَلْقِهِ مَا أَحَبَّ، يَا مُعَاذُ قُلْتُ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِمَامُ الْخَيْرِ وَنَبِيُّ الرَّحْمَةِ قَالَ أُحَدِّثُكَ حَدِيثًا مَا حَدَّثَ بِهِ نَبِيٌّ أُمَّتَهُ فَإِنْ أَنْتَ حَفِظْتَهُ نَفَعَكَ عَيْشُكَ وَإِنْ سَمِعْتَهُ وَلم تحفظه انقطت حُجَّتُكَ عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ثمَّ قَالَ إِنَّ اللَّهَ خَلَقَ سَبْعَةَ أَمْلاكٍ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ ثُمَّ خَلَقَ السَّمَوَاتِ فَجَعَلَ لِكُلِّ سَمَاءٍ مَلَكًا قَدْ جَلَّلَهَا عِظَمًا وَجَعَلَ عَلَى بَابِ كُلِّ سَمَاءٍ مِنْهُمْ بَوَّابًا، يَكْتُبُ الْحَفَظَةُ عَمَلَ الْعَبْدِ لَهُ نُورٌ كَنُورِ الشَّمْسِ حَتَّى إِذَا بَلَغَ السَّمَاءَ الدُّنْيَا فَيَقُولُ الْمَلَكُ الْبَوَّابُ اضْرِبْ بِهَذَا الْعَمَلِ وَجْهَ صَاحِبِهِ وَقُلْ لَا غَفَرَ اللَّهُ لَكَ أَنَا مَلَكُ صَاحِبِ الْغِيبَةِ مَنِ اغْتَابَ النَّاسَ لَمْ أَدَعْ عَمَلَهُ يَتَجَاوَزُ إِلَى غَيْرِي وَيَلْعَنُهُ حَتَّى يُمْسِيَ وَيَقُولُ أَمَرَنِي بِذَلِكَ رَبِّي وَيَصْعَدُ الْمَلَكُ بِالْعَمَلِ الصَّالِحِ فَيَقُولُ الْمَلَكُ الَّذِي فِي السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ قِفْ فَاضْرِبْ بِهَذَا الْعَمَلِ وَجْهَ صَاحِبِهِ وَقُلْ لَا غَفَرَ اللَّهُ لَكَ إِنَّكَ أَرَدْتَ بِهَذَا الْعَمَلِ عَرْضَ الدُّنْيَا وَأَنَا مَلَكُ صَاحِبِ عَمَلِ الدُّنْيَا لَا أَدَعُ عَمَلَهُ يَتَجَاوَزُنِي إِلَى غَيْرِي أَمَرَنِي بِذَلِكَ رَبِّي وَيَلْعَنُهُ حَتَّى يُمْسِيَ وَيَصْعَدُ الْمَلَكُ بِعَمَلِ الْعَبْدِ مُبْتَهِجًا بِهِ مِنْ صَدَقَةٍ أَوْ صَلاةٍ فَتُعْجِبُ الْحَفَظَةَ فَيَتَجَاوَزُهَا إِلَى السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ فَيَقُولُ الْمَلَكُ قِفْ وَاضْرِبْ بِهَذَا الْعَمَلِ وَجْهَ صَاحِبِهِ وَقُلْ لَا غَفَرَ اللَّهُ لَكَ أَنَا صَاحِبُ الْكِبْرِ وَقَدْ أَمَرَنِي رَبِّي أَنْ لَا أَدَعَ عَمَلَ مُتَكَبِّرٍ يَتَجَاوَزُنِي إِلَى غَيْرِي وَتَصْعَدُ الْحَفَظَةُ بِعَمَلِ الْعَبْدِ يُزْهِرُ كَمَا يُزْهِرُ النَّجْمُ الَّذِي فِي السَّمَاءِ لَهُ تَسْبِيحٌ مِنْ صَوْمٍ وَحَجٍّ فَيَمُرُّ بِهِ عَلَى مَلَكِ السَّمَاءِ الرَّابِعَةِ فَيَقُولُ لَهُ قِفْ وَاضْرِبْ بِهَذَا الْعَمَلِ وَجْهَ صَاحِبِهِ وَبَطْنِهِ أَنَا مَلَكُ صَاحِبُ الْعُجْبِ بِنَفْسِهِ إِنَّهُ مَنْ عَمِلَ وَدَخَلَ مَعَهُ الْعُجْبُ فَإِنَّ رَبِّي أَمَرَنِي أَنْ لَا أَدَعَهُ يَتَجَاوَزُنِي إِلَى غَيْرِي فَقُلْ لَهُ لَا غَفَرَ اللَّهُ لَكَ وَيَلْعَنُهُ ثَلاثَةَ أَيَّامٍ وَتَصْعَدُ الْحَفَظَةُ بِعَمَلِ الْعَبْدِ مَعَ الْمَلائِكَةِ كَالْعَرُوسِ الْمَزْفُوفَةِ إِلَى بَعْلِهَا فَيَمُرُّ بِهِ عَلَى السَّمَاءِ الْخَامِسَةِ مِنْ عَمَلِ الْجِهَادِ وَالصَّلاةِ وَلِذَلِكَ الْعَمَلِ زَئِيرٌ كَزَئِيرِ الأَسَدِ عَلَيْهِ ضَوْءٌ كَضَوْءِ الشَّمْسِ فَيَقُولُ لَهُ الْمَلَكُ أَنَا صَاحِبُ الْحَسَدِ اضْرِبْ بِهَذَا الْعَمَلِ وَجْهَ صَاحِبِهِ وَاحْمِلْهُ عَلَى عَاتِقِهِ إِنَّهُ يَحْسِدُ مَنْ يَتَعَلَّمُ وَيَعْمَلُ بِمِثْلِ عَمَلِهِ إِذَا رَأَى الْعَبِيدَ فِي الْعَمَلِ حَسَدَهُمْ وَوَقَعَ فِيهِمْ فَيَحْمِلُهُ عَلَى عَاتِقِهِ وَيَلْعَنُهُ مَا دَامَ حَيًّا وَتَصْعَدُ الْحَفَظَةُ بِعَمَلِ الْعَبْدِ مِنْ صَلاةٍ وَزَكَاةٍ وَحَجٍّ فَتُجَاوِزُ بِهِ إِلَى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ فَيَقُولُ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهَا اضْرِبُوا بِهَذَا الْعَمَلِ وَجْهَ صَاحِبِهِ إِنَّهُ كَانَ لَا يَرْحَمُ إِنْسَانًا قَطُّ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ أَصَابَهُ بَلاءٌ، بَلْ كَانَ يَشْمَتُ بِهِ.
أَنَا مَلَكُ الرَّحْمَةِ، أَمَرَنِي رَبِّي أَنْ لَا أَدَعَ عَمَلَهُ يحاوزني، وتصعد الْحفظَة بِعَمَل العَبْد بضوء تَامٍّ وَقِيَامٍ كَثِيرٍ فَيَمُرُّ عَلَى مَلَكِ السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَيَقُولُ الْمَلَكُ قِفْ أَنَا صَاحِبُ الْعَمَلِ الَّذِي لِغَيْرِ اللَّهِ اضْرِبْ بِهَذَا الْعَمَلِ جَوَارِحَهُ وَاقْفِلْ عَلَى قَلْبِهِ أَنَا مَلَكُ الْحِجَابِ أَحْجُبُ كُلَّ عَمَلٍ لَيْسَ لِلَّهِ أَرَادَ بِهِ صَاحِبُهُ غَيْرَ اللَّهِ وَأَرَادَ بِهِ الذِّكْرَ فِي الْمَجَالِسِ وَالصِّيتَ فِي الْمَدَائِنِ أَمَرَنِي رَبِّي أَنْ لَا أَدَعَهُ يَتَجَاوَزُنِي إِلَى غَيْرِي مَا لَمْ يَكُنْ لَهُ وَتَصْعَدُ الْحَفَظَةُ بِعَمَلِ الْعَبْدِ مُبْتَهِجًا بِهِ مِنْ حُسْنِ خُلُقٍ وَصَمْتٍ وَذِكْرٍ كَثِيرٍ وَتُشَيِّعُهُ الْمَلائِكَةُ السَّبْعَةُ تُحْمَلُ عَلَيْهِ وَتَصْعَدُ الْحُجُبُ كُلُّهَا حَتَّى يَقُومُوا بَيْنَ يَدي الرب فيشهدوا عَلَيْهِ بِعَمَلٍ خَالِصٍ وَدُعَاءٍ، فَيَقُولُ الرَّبُّ أَنْتُمُ الْحَفَظَةُ وَأَنَا الرَّقِيبُ عَلَى مَا فِي نَفْسِهِ إِنَّهُ لَمْ يَرِدْ بِعَمَلِهِ وَجْهِي فَتَقُولُ الْمَلائِكَةُ عَلَيْهِ لَعْنَتُكَ وَلَعْنَتُنَا، فَبَكَى مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الَّذِي أَعْمَلُ فَقَالَ اقْتَدِ بِنَبِيِّكَ يَا مُعَاذُ فِي النَّبِيِّينَ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ وَأَنَا مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ فَقَالَ النَّبِي إِنْ كَانَ فِي عَمَلِكَ تَقْصِيرٌ يَا مُعَاذُ اقْطَعْ لِسَانَكَ عَنْ إِخْوَانِكَ وَلا تُزَكِّ نَفْسَكَ بِوَضْعِ إِخْوَانِكَ وَلا تُرَاءِ بِعَمَلِكَ وَلا تَفْحُشْ فِي مَجَالِسِكَ لِكَيْ يَحْذَرُوكَ السوء خُلُقِكَ وَلا تَتَنَاجَ مَعَ رَجُلٍ وَعِنْدَكَ آخَرُ وَلا تَعْظُمْ عَلَى النَّاسِ فَيَنْقَطِعَ عَنْكَ خَيْرَاتُ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَلا تُمَزِّقِ النَّاسَ فَيُمَزِّقَكَ كِلابُ النَّارِ وَذَلِكَ قَوْلُ اللَّهِ تَعَالَى فِي كِتَابِهِ {وَالنَّاشِطَاتِ نَشْطًا} أَتَدْرِي مَا هُوَ قُلْتُ يَا نَبِيَّ اللَّهِ مَا هُوَ قَالَ كِلابُ النَّارِ تَنْشِطُ اللَّحْمَ وَالْعَظْمَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يُطِيقُ هَذِهِ الْخِصَالَ قَالَ يَا مُعَاذُ إِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ تَعَالَى لَهُ

                                          **********************************************************
 وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَذَكِّرْ بِهِ أَنْ تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيٌّ وَلا شَفِيعٌ وَإِنْ تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لا يُؤْخَذْ مِنْهَا أُولَئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا لَهُمْ شَرَابٌ مِنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ       
             Maksudnya : 
" Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda-gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran itu agar diri masing-masing tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak (pula) pemberi syafaat selain daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan sekalipun, nescaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka, disebabkan perbuatan mereka sendiri. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu."
                       [Al-Quran surah سورة الأنعام   Al-An'aam : 70
                                    *******************************
  مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ
                      Maksudnya :
" Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat ."
                           [Al-Quran surah سورة الشورى Asy-Syuura : 20 ] 

                                                   ****************************
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ (24) تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ (25
                Maksudnya : 
"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang ) ke langit, (24) 
pohon itu memberikan buahnya pada tiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. (25)
                        [Al-Quran surah سورة إبراهيم‎‎  Ibrahim : 24-25 ]
 
Related image

عَنْ أَبِيْ أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَرَأَيْتَ رَجُلًا غَزَا يَلْتَمِسُ الْأَجْرَ وَالذِّكْرَ مَالَهُ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لّاشَيْءَ لَهُ فَأَّعَادَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ يَقُوْلُ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا شَيْءَ لَهُ ثُمَّ قَالَ إِنَّ اللهَ لَا يَقْبَلُ مِنَ الْعَمَلِ إِلَّامَا كَانَ لَهُ خَالِصًا وَابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُهُ – رواه النسائى
                                 Maksudnya: 
 "Dari Abu Umamah Al-Bahili berkata: 'Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. lalu bertanya:'Bagaimanakah pendapatmu  jika ada seorang lelaki berjuang kerana ingin mendapatkan pahala dan tanda  jasa, apakah yang akan ia dapatkan?'. Jawab Rasulullah s.a.w.: ' Ia tidak mendapatkan pahala apa-apa',  sampai beliau mengulang tiga kali, Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya:'Ia tidak mendapatkan pahala apa-apa'. Kemudian Nabi bersabda: 'Sesungguhnya Allah tidak akan menerima suatu amal kecuali disertai dengan keikhlasan dan semata-mata kerana mencari keredaan Allah'. [HR. An-Nasai]

                        *********************************

حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ حَدَّثَنَا كَثِيرُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ بُرْقَانَ عَنْ يَزِيدَ بْنِ الْأَصَمِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ
              Maksudnya :
"Telah menceritakan kepada kami 'Amru An Naqid; telah menceritakan kepada kami Katsir bin Hisyam; telah menceritakan kepada kami Ja'far bin Burqan dari Yazid bin Al Asham dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kalian, tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian'." [ HR Muslim ]         

Hanya gambar hiasan sahaja memperlihatkan seorang hamba Allah berusia emas yang terus belajar ilmu di sepanjang hayat




 




 

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...