Rabu, 9 November 2011

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

إِنَّ الْحَمْدَ للهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ باِللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيْئَاِتِ أَعْمَالِلنَا , مَنْ يَهْدِهِ اللهِ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ . وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
                             أَمَّا بَعْـدُ  

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالأزْلامِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لإثْمٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
                          Maksudnya :
" Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi/khinzir, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Aku cukupkan kepada mu nikmat Ku, dan Aku redai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
                            [Al-Quran surah سورة المائدة  Al-Maaidah : 3] 
          
**************************
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ 
                           Maksudnya:
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."      
    [Al-Quran سورة آل عمران  surah Ali 'Imran : 110   

 ************************************************************


       
"Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w."  ini telah disampaikan oleh baginda pada hari Jumaat, 9 Zulhijah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Antara pesanan dan amanah penting baginda adalah seperti yang terkandung seperti maksud berikut:

Wahai manusia!, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan ini. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.


Wahai manusia!, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia (syaitan) telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


[Lihat : Tipu Daya Syaitan 2]


Wahai Manusia!, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka  tidak sesekali boleh memberi keizinan masuk orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia!, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembah dan beribadatlah kepada Allah, dirikanlah solat lima kali sehari semalam, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji (sekiranya kamu mampu sekali seumur hidup). Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia ( di sisi Allah) dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah!, bahawa, kamu akan menghadapi (pengadilan) Allah pada suatu hari (di akhirat) untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan (ketika hidup di dunia). Oleh itu awasilah agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan aku.


Wahai Manusia!, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru.
 
Oleh itu wahai manusia!, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah AL-QURAN dan SUNNAH-Ku.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. 


Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-MU.


Peringatan:

[Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan 'Khutbah Terakhir' ini pada hari Jumaat ketika Hari Wuquf di Arafah semasa Haji Wada'. 

Baginda wafat  pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun ke 11 Hijrah bersamaan dengan 25hb. Mei, 632M di Madinah. Semoga peringatan amanah yang baginda sampaikan dalam khutbah terakhir ini tertanam kukuh di hati dan minda serta menjadi peringatan kepada kita agar sentiasa berusaha menghyati dan mewasiatkannya kepada setiap generasi pelapis hingga ke akhir hayat di dunia ini. Wassalam.]

     
Suasana Jemaah Haji  Ketika Wukuf di  Arafah              

Lihat juga :https://www.youtube.com/watch?v=9Sk6dfAqaVc&feature=share
https://www.youtube.com/watch?v=9Sk6dfAqaVc&feature=share

***********************************************************
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنْتَ عَلَيْهَا إِلا لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ 
                        Maksudnya :
" Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan ) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menjadikan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. ......(hingga akhir ayat ) 
                        [Al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah : 143

                  *********************************************
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى 
الله عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ
[حديث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا     

                        Maksudnya :
" Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Sebahagian daripada kebaikan seorang mukmin itu ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya'."                          
              [HR At-Tirmizi dan yang lain-lainnya] 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...