Rabu, 23 November 2011

ALLAH MENGADAKAN SESUATU DENGAN QADRAT-NYA YANG QADIM

 
[Sambungan daripada : PENGERTIAN "HAMPIR" ALLAH]
                                          

  

 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم
 أَمَّا بَعْـدُ
أَوَلَيْسَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يَخْلُقَ مِثْلَهُمْ بَلَى وَهُوَ الْخَلاقُ الْعَلِيمُ (81) إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (82
                                           Maksudnya :
"Dan tidakkah Tuhan yang mengadakan langit dan bumi itu berkuasa mengadakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa, Dialah Yang Maha Berkuasa (mengadakan sesuatu) lagi Maha Mengetahui.  (81)
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia mengkehendaki (mengadakan) sesuatu hanyalah "berfirman": "Kun Faya Kun"   
كُن فَيَكونُ  maka jadilah ia." (82)
          [ Al-Quran سورة يس surah Yaa Siin : 81-82]
                                  ********************************* 
إِنَّ مَثَلَ عيسىٰ عِندَ اللَّهِ كَمَثَلِ ءادَمَ ۖ خَلَقَهُ مِن تُرابٍ ثُمَّ قالَ لَهُ كُن فَيَكونُ      
                     Maksudnya :
"Sesungguhnya misal (kejadian) 'Isa di sisi Allah, adalah seperti (kejadian) Adam. Allah menjadikan Adam daripada tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya : 'Kun Faya Kun' كُن فَيَكونُ (seorang manusia), maka jadilah dia." 
[ Al-Quran surah  سورة آل عمران Ali-'Imran : 59] 
                                            ************************************
وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَمَا أَمْرُ السَّاعَةِ إِلا كَلَمْحِ الْبَصَرِ أَوْ هُوَ أَقْرَبُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
             Maksudnya :  
" Dan kepunyaan Allah-lah segala apa yang tersembunyi di langit dan di bumi. Tidak adalah kejadian kiamat itu, melainkan seperti sekejap mata atau lebih cepat (lagi). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." 
                             [ Al-Quran  surah سورة النحل An-Nahl : 77 ]
              ****************************
Iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan jelas menegaskan bahawa Allah Subhanahu Wataala mengadakan setiap makhluk-Nya daripada sekalian alam yang amat besar dan luas seperti al-'Arasy, al-Qursi, Syurga, Neraka, langit dan bumi hinggalah kepada setiap diri makhluk yang kecil dan paling halus; sehalus kuman dan atom atau zarrah sama ada yang nyata atau yang 'ghaib' (tidak dapat dilihat oleh pemandangan mata kepala manusia atau diuji menggunakan peralatan ciptaan manusia) semuanya dengan Qadrat-Nya yang QADIM.  

Di dalam kitab Terjemah Aqidah Ahli Al Sunnah Wal Jamaah Pada Makna Kalimah Syahdah Al Tauhid (Bhg 1) 

[في ترجمة عقيدة اهل السنة  في كلمتي الشهادة التي هي أحد مباني الاسلام]

yang terkandung di dalam blog ini dengan jelas menyatakan bahawa: 

                                        الحياة والقدرة 
وأنه تعالى حي قادر جبار قاهر لا يعتريه قصور ولا عجز ولا تأخذه سنة ولا نوم ولا يعارضه فناء ولا موت وانه ذو الملك والملكوت والعزة والجبروت له السلطان والقهر والخلق والامر والسموات مطويات بيمينه والخلائق مقهورون في قبضته. وأنه المنفرد بالخلق والاختراع المتوحد بالايجاد والابداع خلق الخلق وأعمالهم وقدر أرزاقهم وآجالهم لا يشذ عن قبضته مقدور ولا يعزب عن قدرته تصاريف الامور ، لا تحصى  مقدروراته ولا تتناهى معلوماته  
          
                            Terjemahannya dalam Bahasa Melayu berbunyi :
"Bahawasanya Allah SWT itu Ianya Hidup dan Amat Berkuasa, tidak sekali-kali mengenai lemah, tidak mengenai binasa, tidak mengenai mati, tidak mengenai lupa dan tidak mengenai lalai. Allah SWT itu mempunyai pemerintahan dan memiliki semua perkaranya, mempunyai kemuliaan, kebesaran dan kesempurnaan dan segala tujuh lapis langit berserta sekalian makhluk Allah semuanya terletak di bawah kuasa dan tadbir Allah dan kehendak Allah belaka. Maka Allah SWT jualah yang mengadakan sekalian makhluk dan mengadakan segala amal pekerjaan mereka itu. Allah SWT jualah yang mentakdirkan segala rezeki dan ajal mati mereka dan Allah SWT sahajalah Yang Amat Berkuasa mengadakan dan mentiadakan 'sesuatu'.Tidak ada 'sesuatu'  apa barang pun yang di bawah kuasa dan milik Allah yang terlepas daripada kuasa, milik dan di bawah perintah Allah. Sesungguhnya tidak terhingga segala barang yang di bawah kuasa Allah itu dan kuasa Allah itu tiada terhad, tiada terhingga dan tiada berkesudahan segala barang yang diketahui Allah SWT itu."
Diperjelaskan lagi bahawa : 
"........adalah Allah Taala itu Ia-Nya yang hidup, yang berilmu, yang berkuasa, yang berkata-kata, dan Ia hidup dengan Hayat-Nya yang Qadim, Ia mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim, Ia berkuasa dengan Qadrat-Nya yang Qadim, Ia berkehendak dengan Kehendak-Nya yang Qadim, Ia mendengar dengan Pendengaran-Nya yang Qadim, Ia melihat dengan Penglihatan-Nya yang Qadim dan Ia berkata-kata dengan Qalam-Nya yang Qadim...." 
Dalam pengertian Al-Afa'al (الافعال) pula diperjelaskan bahawa :
" ...... Adalah semua barang yang ada selain daripada-Nya itu maka semuanya itu barang yang baharu atau makhluk Allah belaka iaitu Allah Taala jualah yang mengadakan semua barang itu dengan Perbuatan-Nya dan limpah murah daripada keadilan-Nya, dan adalah semua barang perbuatan Allah itu ialah atas keadaan sehabis-habis elok sempurnanya berbetulan sangat-sangat pada tempat letaknya, susunannya dan timbangannya...."  
Kunci pemahaman ilmu mengenali Zat dan Sifat-sifat Allah ini ialah kalimah QADIM. Pengertian Qadim di dalam Ilmu At-Tawhid adalah merujuk dan dikhususkan kepada Allah Subhanahuwa Taala sahaja dan dilarang sama sekali penggunaannya kepada semua makhluk kerana maksud Qadim dalam Ilmu Tawhid ialah memperjelaskan Zat (Diri) dan Sifat-sifat Allah yang terkandung di dalam Asma' Ul Husna yang tidak terhingga banyaknya itu TIDAK menyamai sama sekali dengan zat dan sifat-sifat semua makhluk-Nya walau dalam apa jua hal sekalipun tanpa umpama, tanpa misal, tanpa bandingan dan tanpa ibarat.

Jelasnya pengertian Qadim dalam Ilmu Tawhid tidak boleh diterjemah dan difahami secara literal berdasarkan pemahaman bahasa harian atau ilmu bahasa persuratan dan ilmu-ilmu lain seperti dikatakan "qadim" itu ertinya "lama" lawannya "baharu."

Apabila sudah memahami maksud dan pengertian Qadim maka mudahlah untuk memahami bahawa Allah Amat Berkuasa mengadakan setiap sesuatu yang meliputi sekalian makhluk-Nya seperti yang dijelaskan di atas iaitu dengan Qadrat-Nya yang Qadim tanpa umpama, tanpa misal dan tanpa ibarat berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali yang langsung tidak menyamai sama sekali dengan qadrat setiap makhluk-Nya. 

Di dalam al-Quran ada menjelaskan bahawa Allah menjadikan sesuatu itu dengan berfirman: "KUN FAYA KUN" كُنْ فَيَكُونُ seperti yang terkandung di dalam  سورة يس surah Yaa Siin ayat 82 :           
        إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ
                                   Maksudnya :
"Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia (Allah) mengkehendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman:  Kun Faya Kun (Jadilah engkau!). Maka terus jadilah ia (dengan serta merta)."
Jika difahami dari segi bahasa luaran kalimah-kalimah ini seolah-olah bermaksud apabila hendak menagadakan sesuatu Allah berfirman dengan Kalam-Nya yang Qadim itu : " KUN FAYA KUN"كُنْ فَيَكُونُ, lalu berlaku atau terjadi atau wujudlah sesuatu perkara, barang  atau makhluk itu. 

Sekiranya seseorang yang sudah beriman itu berfahaman sedemikian rupa maka akan rosaklah aqidahnya kerana bertentangan dengan pemahaman bahawa:
" Allah berkata-kata, menyuruh, menegah dan menjanjikan balasan kebaikan dan kejahatan dengan Kalam-Nya yang Qadim lagi Azali dan Ia sentiasa Berkata-kata, selama-lamanya Berkata-kata dengan Kalam-Nya yang Qadim."
Pemahaman yang salah ini sama juga dengan pemahaman yang mengatakan,  beranggapan atau menuduh bahawa Allah menjadikan alam ini dengan Zat-Nya (Diri-Nya) yang Qadim yang boleh membawa erti sekiranya Zat Allah itu Qadim, maka alam pun Qadim atau sebahagian daripada Allah dan memberi maksud bahawa alam ini pun Allah juga ataupun sekiranya alam ini Allah maka keputusannya Allah itu tiada kerana yang ada semuanya makhluk belaka. 

Pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah menegaskan pendiriannya bahawa :
"Allah itu Berkata-kata dengan Kalam-Nya yang Qadim, Allah Mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim, Allah Melihat dengan Pemandangan-Nya yang Qadim, Allah Mendengar dengan Pendengaran-Nya yang Qadim, Allah Hidup dengan Hayat-Nya yang Qadim dan Allah Berkehendak dengan Kehendak-Nya yang Qadim." 
Maka adalah amat salah dan boleh rosak pegangan aqidah keimanan seseorang dan terkeluar daripada golongan Ahli Sunnah wal Jamaah jika dia berkata atau beriktiqad bahawa Allah Berkata-kata, Mengetahui, Melihat, Hidup dan Berkehendak dengan Zat-Nya yang Qadim.


Adapun maksud kalimah "KUN FAYA KUN" (كُنْ فَيَكُونُ ) yang terkandung di dalam ayat al-Quran tersebut adalah untuk memberitahu dan memperjelaskan tentang kesegeraan dan kepantasan ataupun mengikut tempoh masa tertentu berlakunya apa sahaja yang Allah kehendaki.  Sekiranya Allah Taala berkehendak untuk mengadakan alam ini daripada semata-mata tiada wujudnya sama sekali kepada ada tanpa sebarang apa-apa jua asalnya pun, maka Allah Taala Amat Berkuasa mengadakannya dengan sangat mudah mengadakannya dengan segera dan serta merta, lebih pantas daripada sekerlipan mata atau gerak lintasan hati tanpa misal, tanpa umpama dan tanpa ibarat berbetulan dengan ilmu dan kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali. Allah Taala sangat berupaya untuk melakukan yang demikian kerana Qadrat-Nya yang Qadim itu  tidak ada had batasan dan tidak mengenai sama sekali walau sedikit pun kekurangan atau kelemahan.

Di samping itu terdapat juga pemahaman yang boleh mengelirukan hingga boleh membawa kepada kesesatan apabila membaca dan memahami beberapa ayat al-Quran dan Hadis Rasululllah s.a.w yang menyebut "Tangan Allah". Antara ayat-ayat al-Quran yang sering dijadikan rujukan nas ialah : 

وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الأرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ 
                          Maksudnya :
i." Orang-oarang Yahudi berkata : 'Tangan  Allah terbelenggu', sebenarnya tangan merekalah yang terbelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi 'kedua tangan Allah' terbuka, dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki......(hingga akhir maksud ayat)." 
      [Surah سورة المائدة surah Al-Maaidah : 64
 قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ 
                        Maksudnya :
ii." Allah berfirman : ' Hai Iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku jadikan dengan 'kedua tangan Ku'. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang lebih tinggi?" 
          [  Surah  ص سورة  Shaad : 75 ]
  إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا 
               Maksudnya :
iii." Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. 'Tangan Allah' di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar." 
        [ Surah  سورة الفتح‎‎  Al-Fath : 10
Nas-nas al-Quran tersebut disokong pula dengan beberapa Hadis Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah : 
فَيَأْتُونَ آدَمَ فَيَقُولُونَ يَا آدَمُ أَنْتَ أَبُو الْبَشَرِ خَلَقَكَ اللَّهُ بِيَدِهِ وَنَفَخَ فِيكَ مِنْ رُوحِهِ وَأَمَرَ الْمَلاَئِكَةَ فَسَجَدُوا لَكَ اشْفَعْ لَنَا إِلَى رَبِّكَ... (متفق عليه
                        Maksudnya :
i.Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: ... Mereka menemui Adam dan berkata: “Wahai Adam engkau adalah bapanya manusia, Allah telah menjadikan engkau dengan 'Tangan-Nya', meniupkan roh dalam dirimu, dan Allah telah memerintahkan para malaikat untuk bersujud kepadamu, mintakanlah syafaat untuk kami kepada Rabbmu… (HR. Bukhari Muslim)
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه berkata: 
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يَسُبُّ ابْنُ آدَمَ الدَّهْرَ وَأَنَا الدَّهْرُ بِيَدِيَ اللَّيْلُ وَالنَّهَار. (متفق عليه
                        Maksudnya :
ii.Aku pernah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Anak Adam selalu mencaci-maki masa, padahal Akulah masa. Siang dan malam berada di 'Tangan-Ku'”. (HR. Bukhari Muslim)
Dari Musa al-‘Asyari رضي الله عنه, berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوْبَ مَسِيْءَ النَّهَارِ وَبِالنَّهَارِ مَسِيْءَ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا. (رواه مسلم عن أبي موسى الأشعري
                        Maksudnya :
iii.Sesungguhnya Allah ta’ala membentangkan 'Tangannya' pada malam hari untuk menerima taubat 
sampai siang harinya, dan dari siang hari sampai malam harinya hingga matahari terbit dari arah tenggelamnya. (HR. Muslim) 
Bagi meyakinkan kefahaman orang-orang awam terhadap kebenaran hujah-hujah yang berteraskan nas-nas tersebut diperkatakan pula sesiapa yang menafikan dan tidak beriman kepada nas-nas tersebut boleh menjejaskan keimanan mereka. Lalu dikunci pula pemikiran orang awam bahawa 'Tangan Allah' itu adalah mengikut kesesuaian kehendak-Nya berdasarkan ayat al-Quran surah سورة الشورى  Asy-Syuura ayat 11:

                       " لَيْسَ كَمِثْـلِهِ شَئٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ البَصِيرُ........."
               Yang bermaksud :
" ....Allah Subhanahu Wataala itu tiada seperti seumpama 'sesuatu' apa pun dan Ia amat Mendengar lagi Amat Melihat."
Bunyi terjemahan, huraian serta makna yang sedemikian rupa akan menyebabkan orang-orang awam yang membacanya membayangkan di dalam minda khayalan mereka bahawa Allah itu mempunyai "tangan" yang sempurna seperti yang terdapat pada anggota badan manusia dan makhluk-makhluk-Nya yang lain mengikut kehendak yang layak bagi Allah. Seterusnya pemikiran mereka akan melarat-larat pula dengan anggota-anggota lain seperti kaki, mata, badan dan sebagainya atau membuat berbagai-bagai andaian dan persepsi yang munasabah pada khayalan pemikiran mereka. Akhir sekali dikunci pula pemahaman mereka dengan penuh keyakinan terhadap kaitan nas-nas tersebut dengan ayat al-Quran surah سورة الشورى Asy-Syuura ayat 11 di atas.    

Dalam hal ini penjelasan yang tekandung di dalam Terjemah Aqidah Ahli Sunnah ada menyebut bahawa  :
" ....dan Allah Taala itu tidak ada bagi-Nya misal, dan tidak ada bagi-Nya bandingan, dan tidak ada bagi-Nya umpama, dan tidak ada bagi-Nya keadaan yang berlawanan...Dan sentiasalah Allah Taala itu mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan....Dan Dialah yang Zahir yakni 'al-a'ali' yakni Yang Maha Tinggi dan Maha Suci daripada segala kekurangan, yakni tidak sekali-kali Allah Taala itu menyamai segala apa juga barang yang diadakan oleh-Nya......dan tidak sekali-kali Allah Taala itu menyamai segala apa juga barang yang diadakan oleh-Nya atas barang mana jalan pun dan tidak Allah itu menyamai sesuatu dan tidak ada sesuatu pun yang ada yng menyamai Allah. Maka Allah Taala itu sangat berlainan yang sehabis-habis berlainan dan tiada suatu apa pun yang menyamai-Nya.......sebagaimana juga Zat Allah itu tidak menyamai segala zat yang baharu, dan tidak zat-zat yang baharu menyamai Zat Allah..." 
Kesemua nas tersebut hanya bahasa kiasan sahaja dengan merujuk terhadap sifat dan diri manusia serta makhluk-makhluk Allah yang berkenaan yang dijadikan Allah mempunyai anggota tangan dan anggota-anggota lain yang berkaitan bagi membolehkan mereka mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu pekerjaan dan pergerakan agar dapat hidup sempurna sebagai makhluk Allah. Kesemua sifat tersebut Allah juga yang mengadakannya dan tidak kena mengena langsung dengan Sifat dan Zat Allah yang Qadim lagi Azali. Kalimah-kalimah tersebut juga menjelaskan betapa Qadrat dan Kekuasaan Allah yang tiada mempunyai had batasan  terhadap sekalian hamba dan makhluk-Nya. 

Di dalam Asma' Ullah Ul Husna ada menjelaskan pengertian nama-nama Allah yang berkaitan dengan Qadrat-Nya iaitu:

i. AL-KAHLIQ الخالق: Yang Mengadakan, bagi segala sesuatu dengan Qudrat-Nya, menurut ilmu dan Kehendak-Nya (atau) Yang Menzahirkan (Mengadakan) semua barang yang ada dengan Qudrat-Nya dan Mentakdirkan (Menentukan) tiap-tiap suatu daripadanya dengan kadar tertentu dengan Kehendak-Nya, menurut Hikmah-Nya."
ii. AL-QADIR  dan AL-MUQTADIR    القادر المقتدرYang Amat Berkuasa, Yang Mempunyai Qudrat Yang Amat Sempurna.
iii. AL-QAUWI  القويYang Amat Sempurna pada kekuatan. Maka tiada mengenai lemah sama-sekali.
iv. AL-MATTIN المتين  : Yang Bersangatan Kuat, maka tidak mengenai lemah.
v. AL-MUBDI'U  المبدئYang Mengadakan permulaan sesuatu.
vi. AL-MU'ID  المعيدYang Mengadakan kesudahan sesuatu.
vii. AN-NUUR النور  : Yang Menzahirkan, bagi setiap yang tersembunyi dengan mengeluarkannya kepada ada. Yakni; Yang Mengadakan, bagi setiap suatu yang tidak ada daripada semata-mata tiada wujudnya sama-sekali kepada ada dengan tiada berasal daripada sesuatu apa pun.
Mudarat dan bala bencana yang ditimpakan kepada mereka yang ingkar atau tidak memahami hakikat Qadrat Allah dan memusuhi Rasul Pesuruh-Nya adalah sama seperti yang berlaku kepada Fir'aun dan pengikut-pengikutnya apabila laut yang sebegitu luas dengan serta merta terbelah dua apabila Allah mewahyukan kepada Nabi Musa Alaihimussalam mengetuk air laut tersebut menggunakan tongkatnya untuk menyelamatkan dia dan kaumnya daripada kezaliman Firaun dan tentera-tenteranya.

Firaun yang zalim dan ingkar itu tidak memahami Qadrat Allah. Dia dan penasihatnya yang menggunakan logik akal fikiran yang bersandarkan kepada pancaindera yang lima itu binasa karam ditelan laut dilaknat Allah. Adalah dijangkakan tidak terlintas langsung di hati dan pemikiran logik akal Firaun, penasihat dan bala tennteranya bahawa laut yang sebegitu luas boleh terbelah dua dengan serta merta dan boleh terkatup semula dengan serta merta juga.
Dia pasti berfikir secara logik akalnya sekiranya Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikunya boleh selamat sampai ke tebing daratan sebarang, dia pun boleh selamat melalui  laut yang terbelah dua dan mempunyai jalan laluan. Sekiranya dia mempunyai al-Basirah, Mata Hati atau 'Ainul Qalbi untuk memahami Qadrat Allah yang Qadim dengan mengurniakan mukjizat yang jelas lagi nyata kepada Nabi Musa a.a., beriman kepada wahyu Allah yang terkandung di dalam Kitab At-Taurah dan kerasulan Nabi Musa a.s. dia pasti amat takut melihat laut yang sebegitu luas boleh terbelah dua dengan serta mata. 

Dia juga  tidak mungkin begitu berani membantah, menghina, mengejek, mempersenda dan sanggup memburu mengikuti jejak laluan Nabi Musa a.s. untuk membunuhnya. Akhirnya dia dan tentera-tenteranya yang menerima kebinasaan karam dan mati lemas ditelan laut.


Banyak lagi contoh Qadrat Allah yang disebut dalam al-Quran untuk memberi ingatan supaya difahami dan dihayati oleh manusia bagi memperjelaskan maksud kalimah "KUN FA YAKUN" كُنْ فَيَكُونُ . Walaupun semua peristiwa ini adalah mukjizat yang dikurniakan Allah kepada para Nabi dan Rasul tetapi pada hakikatnya adalah untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada manusia terhadap Qadrat Allah yang Qadim melalui mukjizat para Rasul-Nya untuk menyelamatkan mereka daripada musuh atau ketika berhadapan dengan kesusahan yang amat sulit lagi memberatkan.

Dalam hal ini pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jama'ah menjelaskan bahawa: 
" ...maka wajiblah di atas hamba Allah itu berbuat taat kepada Allah Taala dengan sebab adalah pekerjaan taat itu diwajibkan oleh Allah Taala ke atas hamba-Nya berbuat demikian itu atas perkhabaran daripada lidah Nabi-nabi-Nya Aaihisalam dan bukan semata-mata dengan akal, tetapi adalah yang demikian itu ialah bahawa Allah Taala telah membangkitkan Rasul-rasul dan telah menzahirkan kebenaran mereka dengan beberapa banyak mukjizat yang nyata dan terang...."
Mungkin kita pernah bersua dengan persoalan daripada seseorang yang menggunakan logik akalnya dengan tujuan untuk mengalahkan hujah akal kita dengan mengatakan; misalannya :
 i.  Berkuasakah Allah mengadakan sesuatu yang Dia  tidak boleh mengangkatnya?
 ii. Berkuasakah Allah mengadakan sesuatu yang Dia  tidak boleh masuk? 
Soalan-soalan yang sedemikian rupa atau yang seumpama dengannya yang pada zahirnya seperti soalan 'loyar buruk' tetapi logik dan mudah diterima akal manusia biasa ini tetapi amat sukar diberikan jawapan yang memuaskan kebanyakan orang Islam awam yang tidak mendalami pemahaman Ilmu At-Tawhid mengikut pegangan Ahli Assunah Wal Jamaah. 

Oleh itu setiap orang Islam hendaklah dengan segera merujuk, membaca dan memahami kandungan kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Pada Makna Syahdah At-Tawhid dan Syahdah Ar-Rasul yang terdapat di dalam blog ini. Di dalamnya terkandung bab At-Tanzihu (الـتـنـزيه )
yang membicarakan dengan jelas bahwa: 
".....Maka sebelum ada masa, sebelum ada tempat, sebelum ada lapang, sebelum ada cahaya, sebelum ada warna, sebelum ada rupa, sebelum ada huruf, sebelum ada suara, sebelum ada sukatan, bilangan, ukuran, gerak, diam, sunyi, senyap, berat, ringan dan sebelum ada al-arasy, al-qursi, syurga, neraka, tujuh lapis langit dan bumi dan segala isinya, sebelum ada apa-apa benda pun barang yang diadakan oleh Allah SWT itu adalah Allah SWT itu Tuhan kita Jalla Wa'azza itu Ia-Nya ADA sebagaimana Dia ADA itu juga, yang sentiasa ADA, selama-lamanya ADA, mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan...". 
Penjelasan ini memberi erti bahawa persoalan 'sesuatu' barang berbentuk benda sama ada berat, ringan, padu, mempunyai ruang rongga dan seumpamanya atau apa juga perkara adalah makhluk Allah belaka yang Allah adakan daripada semata-mata tidak ada kepada ada dengan Qadrat-Nya berbetulan dengan Kehendak dan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali. Ada, tiada, belum ada atau rosak binasa segala sesuatu yang diadakan Allah daripada semata-mata tiada kepada ada itu tidak sesekali mengenai Allah dan Allah tidak berhajat dan mengambil faedah daripada setiap barang perbuatan-Nya.

Adalah amat penting difahami agar diperkecilkan lagi sebutan segala 'sesuatu' yang ada selain daripada Allah itu dengan perkataan atau kalimah yang tertakluk di bawah takrif lafaz : JIRIM, JISIM, JAUHAR MURAKAB, JAUHAR FIRID dan 'ARADH. Ini dapat dirumuskan bahawa semua barang yang ada selain daripada Allah SWT terbahagi kepada empat (4) bahagian iaitu: JIRIM (جرم), JISIM (جسم), JAUHAR (جوهر) dan 'ARADH( عرض)

Apabila kita sudah memahami dengan mendalam bahawa Allah itu BUKAN makhluk tetapi Dia yang mengadakan semua makhluk-Nya maka tidak timbul masalah 'berat', ringan, boleh masuk atau 'tidak boleh masuk' seperti yang dipersoalkan kerana kesemuanya adalah makhluk Allah belaka. Sifat-sifat berat, ringan, gerak, diam, bersatu-padu, terlalu halus seni hingga tidak boleh dipecahkan lagi, mempunyai ruang dan yang seumpamanya adalah sifat-sifat makhluk belaka seperti yang dimaksudkan di bawah takrif JIRIM, JISIM, JAUHAR MURAKAB, JAUHAR FIRID dan 'ARADH yang tidak mengenai sama sekali Zat dan Sifat-sifat Allah yang Qadim lagi Azali.

Segala kisah yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Kitab-kitab Allah yang terdahulu adalah peringatan Allah Taala kepada sekalian manusia supaya jangan sesekali mengikuti jejak langkah golongan manusia yang zalim dan hanya bergantung kepada kebijaksanaan akal fikiran logik semata-mata dalam memahami segala ilmu berhubung dengan Allah, Rasul-Nya dan Hari Akhirat. Keingkaran golongan manusia yang sombong, fasik dan jahil ini akan tetap menerima balasan seksa Allah yang sangat pedih dan berkekalan hingga ke akhirat seperti yang dijanjikan.

Bala bencana di dunia yang ditimpakan ke atas kaum-kaum Nabi Noh, Luth, Firaun, Nimrod, Abu Jahal, Abu Lahab, Al-'As bin Wail dan pengikut-pengikut mereka akan terus diterima oleh manusia-manusia lain yang sehaluan dengan tindakan dan akal fikiran duniawi mereka hingga Hari Kiamat dunia ini pada masa yang ditakdirkan Allah. 

Mudah-mudahan kita dikurniakan Allah untuk merenungi, memikirkan, memahamai dan seterusnya menghayati betapa halus, indah dan benarnya peringatan-peringatan Allah seperti yang terkandung di dalam  al-Quran. Antaranya ialah: 
  أَوَلَمْ يَرَوْا كَيْفَ يُبْدِئُ اللَّهُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ  (19) قُلْ سِيرُوا فِي الأرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ ثُمَّ اللَّهُ يُنْشِئُ النَّشْأَةَ الآخِرَةَ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (20
                       Maksudnya :
i." Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menjadikan (manusia) dari permulaannya, kemudian mengulanginya (kembali). Sesungguhnya yang demikian itu adalah teramat mudah bagi Allah. (19)  
Katakanlah : 'Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah mengadakannya (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu'." (20)

                                 [   Surah سورة العنكبوت  Al-Ankabut ayat 19-20 ]


يَا أَيُّهَا النَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌ فَاسْتَمِعُوا لَهُ إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَنْ يَخْلُقُوا ذُبَابًا وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَهُ وَإِنْ يَسْلُبْهُمُ الذُّبَابُ شَيْئًا لا يَسْتَنْقِذُوهُ مِنْهُ ضَعُفَ الطَّالِبُ وَالْمَطْلُوبُ

                 Maksudnya :

ii." Hai manusia, telah dibuat suatu perumpamaan! Maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain daripada Allah tidak sesekali dapat menjadikan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah  mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah."

                            [Surah  سورة الحج Al-Haj : 73         

أَوْ كَالَّذِي مَرَّ عَلَى قَرْيَةٍ وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوشِهَا قَالَ أَنَّى يُحْيِي هَذِهِ اللَّهُ بَعْدَ مَوْتِهَا فَأَمَاتَهُ اللَّهُ مِائَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ قَالَ كَمْ لَبِثْتَ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالَ بَلْ لَبِثْتَ مِائَةَ عَامٍ فَانْظُرْ إِلَى طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ وَانْظُرْ إِلَى حِمَارِكَ وَلِنَجْعَلَكَ آيَةً لِلنَّاسِ وَانْظُرْ إِلَى الْعِظَامِ كَيْفَ نُنْشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًا فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 

                  Maksudnya :
iii.." Atau apakah ( kamu tidak memperhatikan ) orang yang melalui suatu negeri yang ( temboknya) telah roboh menutupi bumbungnya. Dia berkata : ' Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah roboh'? Maka Allah 'mematikan' orang itu selama 100 tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya : ' Berapa lamakkah kamu tinggal di sini?'. Ia menjawab : ' Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari'. Allah berfirman kepadanya : ' Sebenarnya kamu telah tinggal di sini 100 tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah keledai kamu ( yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami menutupnya kembali dengan daging'. Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) diapun berkata : ' Saya yakin bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu'."

                [Al-Quran  surah سورة البقرة‎ Al-Baqarah : 259 ]

                  وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ وَمَا يَعْقِلُهَا إِلا الْعَالِمُونَ 

                     Maksudnya :

iv." Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk  manusia, dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.

                          [ Surah سورة العنكبوت Al-Ankabut : 43 ]

Dalam surah سورة الواقعة Al-Waqi'ah ayat 62 Allah memperingatkan pula kejadian manusia pada kali kedua apabila berlaku hari kiamat :


             وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الأولَى فَلَوْلا تَذَكَّرُونَ 

                        Maksudnya : 
" Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui kejadian yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran (untuk kejadian yang kedua)?"
Semoga penjelasan ringkas  ini dapat memberi pencerahan dan kefahaman kepada kita bahawa Allah mengadakan setiap sesuatu itu dengan Qadrat-Nya yang Qadim dan bukan dengan Zat-Nya yang Qadim atau Firman-Nya atau Kalam-Nya "KUN FA YAKUN"كُنْ فَيَكُونُ .

[Lihat :

 i. Fitnah Kubur, Alam Barzakh dan Bumi Mahsyar  
ii. Pengertian 'HAMPIR' Allah 
iii. Allah Mengetahui Dengan Ilmu-Nya Yang Qadim.
iv. Perbezaan Perbuatan Allah Dengan Perbuatan Makhluk 
v. Allah Dikatakan Berjuzuk, Mempunyai "Tangan " dan Istiwa' di 'Arasy ?

 ************************************************************
 اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
                Maksudnya :
"Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup kekal (tiada mengenai mati) dengan Hayat-Nya yang Qadim, yang sangat besar pendirian-Nya menguruskan sekalian makhluk-Nya; tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah Mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari Ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
[Al-Quran سورة البقرة surah al-Baqarah : 255 (Ayat al-Kursi) ] 
                          *************************************** 
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (21) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (22)هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (24
                        Maksudnya : 
" Jika sekiranya Kami menurunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung pasti kamu melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. (21) 
Dia-lah Allah Yang tiada sah diibadatkan selain Dia. Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (22) 
Dia-lah Allah Yang tiada sah diibadatkan selain Dia. Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (23) 
Dia-lah Allah yang Menjadikan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling Indah 'Asma' Ul Husna'. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit  dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (24)
                        [Al-Quran surah الحشر Al-Hasyr : 21-24] 

                                            **************************************

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ 
                        Maksudnya :
"Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan langit dan bumi, dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka."
                        [Al-Quran سورة الأنعام  surah Al-An'aam : 1]





ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...