Khamis, 8 September 2011

QADHA قَضَاء‎ dan QADAR قدر‎ Allah dan Had Batasan Akal Manusia


[ Sambungan daripada:   Do'a Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. ]  

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَاْلإِسْلاَمِ. وَنُصَلِّيْ وَنُسَلِّمُ عَلَى خَيْرِ اْلأَنَامِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ 
اما بعد  
وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تَمُوتَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ كِتَابًا مُؤَجَّلًا ۗ وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الْآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا ۚ وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ 
                         Maksudnya :
"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang tertentu waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur." 
                       [ Al-Quran  سورة آل عمران  surah Ali 'Imran : 145 ]

****************************
وَمَا مِنْ غَائِبَةٍ فِي السَّمَاءِ وَالأرْضِ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ 
     Maksudnya :
" Tiada sesuatu  pun yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan (terdapat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh لَوْحٍ مَحْفُوظٍ)." 
           [ Al-Quran  سورة النمل surah An-Naml :75 ]
              *********************************
  أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ أَفَلا تَذَكَّرُونَ 
                     Maksudnya:  
" Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan Ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?."     
    [Al-Quran سورة الجاثية  surah Al-Jaatsiyah : 23  
                     ***********************************************************


Percaya dan beriman pada Qadha قَضَاء‎ dan Qadar قدر‎ Allah adalah salah satu daripada Rukun Iman yang wajib dipercayai dan diyakini sepenuhnya oleh orang yang beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Salah faham atau  mereka yang tidak ambil peduli pengertian ilmu yang hak mengenai Qadha قَضَاء dan Qadar قدر ini boleh menjadikan seseorang yang beriman itu tertarik dan terpengaruh kepada fahaman-fahaman lain seperti Qadariyah, Jabariyah, Mu'tazilah dan yang seumpama dengannya yang  terkeluar dan terpesong jauh daripada pegangan akidah keimanan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Kandungan Do'a Khalifah Rasulullah Abu Bakar As-Siddiq sebelum kewafatannya menjelaskan dengan terperinci mengenai takdir Qadha  قَضَاء dan Qadar قدر Allah yang tidak sesekali diketahui oleh hamba-hambaNya. 

Tugas dan tanggungjawab setiap hamba Allah adalah untuk beribadah kepada-Nya di sepanjang hayat. Mereka juga diwajibkan berusaha bersungguh-sunggun menuntut ilmu yang hak, beriman, menghayati yang disertakan dengan penuh keikhlasan memohon do'a kepada Allah SWT agar segala 'takdir' yang telah ditetapkan-Nya terlebih awal sebelum dijadikan sekalian makhluk-Nya dijauhkan daripada perkara-perkara keburukan, keaiban dan lebih-lebih lagi menjurus kepada jalan kesesatan beragama yang menjadi penyebab kemurkaan-Nya yang akhirnya dilaknat ke dalam neraka berkekalan selama-lamanya menerima azab seksa tanpa henti sebagaimana yang dijanjikan. 

Di dalam Hadis Rasulullah s.a.w ada memperjelaskan :
Sabda Nabi kita Muhammad s.a.w.:
 وقال عليه السلام قال الله تعالى خلقت الخير وخلقت  
له اهلا وخلقت الشر وخلقت له اهلا فطوبى لمن
خـلقـته للخير ويسرته على يديه وويل لمن خلقـته
للشر ويسرت الشر على يديه وويل ثم ويل لمن قال 
لم وكيف   
 (كتاب الاربعين في اصول الدين)

     :Maksudnya                   
“ Dan sabdanya Alaihissallam: Allah Taala telah berfirman; Aku telah jadikan kebaikan dan Aku jadikan baginya ahli dan Aku jadikan kejahatan dan Aku jadikan baginya ahli. Maka  (syurga)  “Tuba”-lah bagi siapa yang Aku jadikan dia untuk kebaikan dan Aku permudahkannya (jalannya) ke atas kedua belah tangannya. Dan (neraka) “Wail”-lah bagi siapa yang Aku jadikan dia untuk kejahatan dan Aku permudahkan kejahatan itu ke atas kedua belah tangannya dan (neraka) Wail-lah kemudian “Wail”-lah bagi siapa yang berkata kenapa dan bagaimana.” 
    [Petikan daripada Kitab Al-Arba-Iin Fi Usuluddin
Dalam Hadis yang lain ada diperjelaskan juga :
عَنِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ : إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْماً نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَ اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا
                    Maksudnya :
i."Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu anhu, ia berkata :'Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyampaikan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar lagi dibenarkan: 'Sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan kejadiannya di perut ibunya sebagai setitis mani selama empat puluh (40) hari, lalu berubah menjadi segumpal darah selama empat puluh (40) hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh (40) hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan kepadanya roh dan diperintahkan untuk mencatat empat perkara: mencatat rezekinya, ajalnya, amalnya, dan celaka atau bahagia. 
Demi Allah yang tidak ada Tuhan yang sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya selain Dia, sesungguhnya di antara kamu ada orang yang melakukan perbuatan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga hanya tinggal sehasta, akan tetapi catatan mendahuluinya, akhirnya dia melakukan perbuatan ahli neraka, ia pun masuk ke neraka. Sesungguhnya di antara kamu ada orang yang melakukan perbuatan ahli neraka sehingga jarak antara dirinya dengan neraka hanya tinggal sehasta, akan tetapi catatan mendahuluinya, akhirnya dia melakukan perbuatan ahli syurga, ia pun masuk ke syurga'. 

          ii.   Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ الزَّمَنَ الطَّوِيلَ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُخْتَمُ لَهُ عَمَلُهُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّ 
الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ الزَّمَنَ الطَّوِيلَ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ ثُمَّ يُخْتَمُ لَهُ عَمَلُهُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ
                 Maksudnya :
"Sesungguhnya ada seseorang yang beramal dengan amalan penghuni syurga dalam jangka waktu yang sangat panjang, kemudian ia menutup akhir hayatnya dengan amalan penghuni neraka. Dan sesungguhnya ada seseorang yang beramal dengan amalan penduduk neraka dalam jangka waktu yang sangat panjang, kemudian ia menutup akhir hayatnya dengan amalan penduduk syurga.” [HR. Muslim]
  iii. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْئٌ فَلاَ تَقُل:ْ لَوْ أَنِّيْ فَعَلْتُ، كَانَ كَذَا وَكَذَا، وَلَكِنْ قُلْ: قَدَرُ 
اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ
                         Maksudnya :
“…Jika sesuatu menimpamu, maka janganlah mengatakan: ‘Seandainya aku melakukannya, nescaya akan demikian dan demikian.’ Tetapi ucapkanlah: ‘Sudah menjadi ketentuan Allah, dan apa yang dikehendaki-Nya pasti terjadi… '.”
Antara maksud kandungan Do'a Abu Bakar As-Siddiq  ialah :
."....... Ya Allah!, bahawasanya Engkau telah mengadakan permulaan makhluk daripada ketiadaan apa-apa hajat dengan Engkau kepada mereka itu, kemudian Engkau jadikan mereka itu dua puak, satu puak untuk syurga dan satu puak untuk neraka. Maka Engkau jadikanlah aku untuk syurga dan jangan Engkau jadikan aku untuk api neraka...... 
Ya Allah!, Engkau telah mengadakan makhluk beberapa puak dan telah engkau memperbezakan mereka itu lebih dahulu sebelum Engkau mengadakan mereka itu. Maka Engkau jadikan daripada mereka itu ada yang celaka dan ada yang bahagia, ada yang sesat dan ada yang mendapat petunjuk. Maka janganlah Engkau celakakan akan daku dengan sebab berbuat maksiat-maksiat kepada Engkau. 
Ya Allah!,  bahawasanya Engkau telah mengetahui akan barang apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri seorang sebelum mengadakannya, maka tidak dapat lari baginya daripada barang apa yang telah Engkau ketahui, maka jadikanlah aku daripada orang yang Engkau jadikan dia dengan berbuat amalan taat kepada Engkau."
[Perhatian : Keseluruhan kandungan doa ini boleh didapati dalam: " Do'a Saidina Abu Bakar As-Siddiq Ketika Sakit Menghampiri Wafat " dalam entri blog ini.] 

Firman Allah di dalam al-Quran سورة الحديد‎‎ surah Al-Hadid ayat 22-23 terdapat penjelasan yang nyata mengenai takdir Allah terhadap sesuatu perkara telah tertulis dengan Kalam Allah (tanpa huruf dan tanpa suara) di Luh Mahfuz لَوْحٍ مَحْفُوظٍ  sebelum wujud atau berlakunya sesuatu perkara itu :
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الأرْضِ وَلا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ (22) لِكَيْلا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ (23 
                 Maksudnya :
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab لَوْحٍ مَحْفُوظٍ (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mengadakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah amat mudah bagi Allah. (22)   
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepada mu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (23) 

Gempa bumi di Lautan Hindi (berhampiran Aceh) pada 26 Disember 2004  yang mempunyai kekuatan 9.0 pada Skala Richter telah menyebabkan berlakunya 'Tsunami' melanda musnah Banda Aceh dan beberapa lokasi di Thailand, Malaysia dan Sri Lanka. 
     
Antara ayat-ayat lain yang terkandung dalam al-Quran bagi maksud menjelaskan perihal takdir dan Qadha قَضَاء dan Qadar قدر Allah ialah :
وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لا يَعْلَمُهَا إِلا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلا يَعْلَمُهَا وَلا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأرْضِ وَلا رَطْبٍ وَلا يَابِسٍ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ       
                      Maksudnya:
i."Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia Mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia Mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata لَوْحٍ مَحْفُوظٍ (Lauh Mahfuz).
                               [Surah سورة الأنعام Al-An'aam : 59

وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ يُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَلَتُسْأَلُنَّ عَمَّا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ 
                     Maksudnya :
ii."Dan jika sekiranya Allah menghendaki, nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (sahaja), tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan."
                         [ Surah  سورة النحل‎‎ surah An-Nahl : 93 ]

مَا كَانَ عَلَى النَّبِيِّ مِنْ حَرَجٍ فِيمَا فَرَضَ اللَّهُ لَهُ سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلُ وَكَانَ أَمْرُ اللَّهِ قَدَرًا مَقْدُورًا 
                       Maksudnya :
iii."Tidak ada suatu keberatan pun atas Nabi tentang apa yang telah ditetapkan Allah baginya. (Allah telah menetapkan yang demikian) sebagai Sunnah-Nya pada Nabi-nabi yang telah berlalu dahulu. Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku."
                           [Surah سورة الأحزاب‎‎ Al-Ahzab : 38
 الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا 
                        Maksudnya :
iv." yang kepunyaanNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekusaan(-Nya), dan Dia telah mengadakan segala sesuatu, dan dia menetapkan ukuran-ukurannya sedemikian dengan serapai-rapinya."
                             [Surah  سورة الفرقان‎‎  Al-Furqan : 2
اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ (1) وَإِنْ يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُسْتَمِرٌّ (2) وَكَذَّبُوا وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ وَكُلُّ أَمْرٍ مُسْتَقِرٌّ (3)      
                  Maksudnya:  
v.“Telah hampir sa'at (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.(1)    
Dan jika mereka (orang-orang kafir musyrikin) melihat sesuatu tanda (mukjizat) mereka berpaling dan berkata : '(Ini adalah) sihir yang terus menerus'.(2)  
Dan mereka mendustakan (Nabi) dan mengikuti hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapan."(3)         
          [Surah سورة القمر‎‎ Al-Qamar : 1-3 ]

           هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُمْ مُؤْمِنٌ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ 

                         Maksudnya:

vi." Dia-lah yang menjadikan kamu, maka di antara kamu ada yang kafir dan di antara kamu ada yang beriman. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."

                                [ Surah سورة التغابن‎‎ surah At-Taghabun : 2 ]

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ 
                       Maksudnya :
vii." Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengethui segala sesuatu."
                      [ Surah سورة التغابن‎‎ surah At-Taghabun : 11 ]

Berpandukan sedutan dan nukilan-nukilan sebahagian daripada do'a dan ayat-ayat tersebut di atas amat jelas sekali bahawa Qadha قَضَاء dan Qadar قدر Allah terhadap setiap sesuatu serta sekalian hamba makhluk-Nya telah ditakdirkan terlebih dahulu sebelum kewujudannya.

Kandungan "Do'a Rasullullah s.a.w." selepas sembahyang sunat subuh mempunyai maksud yang hampir serupa yang antara lainnya menyebut  :

 اللهم اعْطِنِي اِيْمِانًا صَادِقًا وَيقِينًا لَيْسَ بَعْدَهُ كُفْرٌ وَرَحْمَةً أَنَالُ بِهَا شَرَفَ  كَرَامَتِكَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ.
 اللَّهُمَّ اِنِّي اَسْأَلُكَ الْفَوْزَ عِنْدَ الْقَضَاءِ وِمَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَعَيْشَ السُّعَدَاءِ وَالنَّصْرَ عَلَى الاَعْدَاءِ وَمُرَافَقَةَ الاَنْبِيَاءِ. 
 اللَّهُمَّ اِنِّي اَنْزِلُ بِكَ حَاجَتِي وَاِنْ ضَعُفَ رَأْيِي وَقَلَّتْ حِيلَتِي وَقَصُرَ عَمَلِي وَافْتَقَرْتُ اِلَى رَحْمَتِكَ فَأَسْأَلُكَ يَا كَافِيَ الاُموْرِ وَيَا شَافِيَ الصُّدُورِ كَمَا تُجِيرُ بَيْنَ البُحُورِ أَنْ تُجِيرَنِي مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ وَمِنْ دَعْوَةِ الثُّبُورِ وَمِنْ فِتْنَةِ القُبُورِ.

                       Maksudnya :
"....... Ya Allah , kurniakanlah kepada aku keimanan yang benar dan keyakinan yang tidak ada kemudiannya kekafiran, dan rahmat yang aku mendapati dengannya kemuliaan pemberian Engkau dalam dunia dan negeri akhirat. 
Ya Allah, aku memohon kepada Engkau kelepasan pada ketika Qadha (menjatuhkan hukuman ) dan dapat martabat orang yang mati syahid dan kehidupan orang-orang yang sebahagia-bahagia dan kemenangan di atas seteru-seteru dan menyamai Nabi-nabi. 
Ya Allah!, bahawasanya aku memohon kepada Engkau hajat ku dan jikalau sekali pun lemah fikiran ku dan sedikit upaya kekuatan ku dan singkat amalan ku dan aku sangat berhajatkan kepada rahmat Engkau. Maka aku memohonkan kepada Engkau wahai Yang Amat Mencukupkan segala perkara dan wahai Yang Amat Menyembuhkan segala dada sebagaimana Engkau melepaskan di antara lautan-lautan bahawa Engkau lepaskanlah akan daku daripada azab api neraka dan daripada seruan kebinasaan dan daripada Fitnah Kubur...."
Demikian juga di dalam maksud Do'a Al-Iman As-Syafie Rahimatullah ketika beliau menghadapi kesusahan dapat menjelaskan kelemahan yang terdapat pada setiap hamba Allah seperti berikut:
        اَللَّهُمَّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا وَلَا مَوْتًا 
وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا وَلَا  
أَسْتَطِيْعُ أَنْ آ خُذَ إِلَّا مَا أَعْطَيْتَنِي وَلَا أَتَّقِي إِلَّا مَا وَقَّيْتَنِي  
 اَللَّهُمَّ فَوَفِّقْنِي لِمَا  
تُحِبُّ وَتَرْضَى مِنَ القَوْلِ وَالْعَمَلِ فِي عَافِيَةٍ 
                    Maksudnya:
"Ya Allah, bahawasanya aku tiada memiliki bagi diriku kemanfaatan, tiada memiliki kemudaratan, tiada memiliki kematian, tiada memiliki kehidupan, tiada memiliki kebangkitan hidup kemudian daripada mati, tiada aku berupaya mengambil melainkan barang apa yang Engkau berikan kepada aku dan tiada dapat aku memeliharai melainkan dengan barang apa yang telah Engkau peliharai akan aku.  
Ya Allah, Engkau berilah taufik kepada aku bagi barang apa yang Engkau kasihi dan Engkau redai daripada perkataan dan amalan dalam 'afiat." 
Maksud yang hampir sama ada diperjelaskan juga dalam Firman Allah di dalam al-Quran. Antaranya :
قُلْ لا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلا ضَرًّا إِلا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ 
                         Maksudnya :
i."Katakanlah : Aku tidak berkuasa memberi kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudaratan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib,tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman." 
                         [ Surah سورة الأعراف‎‎  Al-A'Raaf : 188  ]
وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلا كَاشِفَ لَهُ إِلا هُوَ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلا رَادَّ لِفَضْلِهِ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ 
                                  Maksudnya :
ii." Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
                           [Surah  سورة يونس Yunus : 107 ]

Dalam satu Hadis Rasullullah s.a.w. ada mengkhabarkan yang antara lainnya bermaksud :
" .....dan sabda Nabi Muhammad s.a.w.: Sesungguhnya datang kepada aku syaitan, maka ia menarikkan akan daku, aku ambil dengan memegang tengkuknya, maka demi yang membangkitkan akan daku menjadi Rasul dengan sebenarnya tiada aku melepaskannya hingga aku dapati kesejukan air lidahnya ke atas tangan ku dan jika sekiranya tidak ada perdo'aan saudara ku Sulaiman a.s.[al-Quran سورةُ ص  surah Shaad ayat 35  :
  قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لا يَنْبَغِي لأحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ  nescaya aku berpagi-pagi terlantar dalam masjid... ......." [ hingga akhir Hadis]
Dalam peristiwa yang lain pula ada menceritakan yang antara lainnya bermaksud :
".. daripada Abdul Rahman bin Abi Laili, katanya adalah syaitan yang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada tangannya ada sepotongan nyalaan daripada api. Maka ia berdiri di hadapannya ketika ia sembahyang lalu ia membaca dan berta'uz membaca A'uzubillahi Minasyaitanirrajim tetapi ia tiada pergi. Lalu datang kepadanya Jibril AS dan katanya (kepada Nabi Muhammad s.a.w. ) : Katakan oleh mu:   
 أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لَاْ يُجَاوِزُهَنَّ
بِرٌّ وَلَاْ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِيْ الأَرْضِ وَمَا
يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ
فِيْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ طَوَارِقِ
اللَّيْلِ  وَالنَّهَارِ إِلاَّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَن 
             Maksudnya : 
"Aku meminta peliharakan (perlindungan) dengan segala kalimah yang sempurna yang tiada melampaui oleh orang yang baik dan tiada melampaui oleh orang jahat daripada kejahatan barang apa yang masuk pada bumi dan barang apa  yang keluar daripadanya, dan barang apa yang turun daripada langit dan barang apa yang naik kepadanya, dan daripada segala fitnah malam dan siang, dan daripada segala yang datang malam dan siang melainkan yang datang mendatangkan dengan kebajikan, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah." Apabila ia (Rasulullah s.a.w. ) mengatakan yang demikian itu maka padam sepotongan nyalaan api itu jatuh ke atas mukanya (syaitan)."
Do'a-do'a dan peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. yang cuba diganggu dan dizalimi jin syaitan ini menunjukkan bahawa makhluk tidak mempunyai apa-apa kuasa terhadap makhluk yang lain jika tidak diizinkan dan dikehendaki Allah walaupun seseorang makhluk itu lebih kuat pada zahirnya berbanding makhluk yang hendak dizaliminya. Do'a juga adalah senjata kekuatan yang paling ampuh dan tali penghubung dengan Allah bagi orang mukmin dan ditegah sama sekali meminta pertolongan kepada makhluk yang lain.

Firman Allah di dalam al-Quran berulang-ualang kali memberi peringatan  tentang kepentingan berdo'a kepada Allah sama ada ketika melakukan ibadat-ibadat khusus atau dalam segala hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian agar sesuatu ibadat dan pekerjaan yang dilakukan mengikut peraturan dan kaifiat hukum syarak yang ditetapkan itu diterima Allah dengan kurniaan balasan pahala serta mendapat keampunan, rahmat dan kebarkatan yang dijanjikan-Nya. Malahan dalam beberapa hal Allah mengajar cara, kaifiat dan kalimah-kalimah do'a yang wajar dilafazkan semsa melaksanakan ibadat khusus dan ketika berhadapan dengan sesuatu hal yang memerlukan pertolongan-Nya.

Firman Allah di dalam surah سورة المؤمن Al-Mu'min ayat 60 memberikan penjelasan dan penekanan betapa pentingnya berdo'a kepada-Nya :
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ 
                              Maksudnya :
"Dan Tuhan mu berfirman : 'Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah (mengibadatkan ) Aku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina'."
Mudah-mudahan dengan kesungguhan beristiqamah melakukan ibadat, berdo'a dan memohon keampunan tanpa mengenal jemu dan penat pada setiap masa walaupun mengambil masa yang lama,  maka atas sifat Ar-Rahman, Ar-Rahim, Maha Pengampun, Maha Penyayang lagi Maha Pemurah Allah melimpahkan keampunan dan makbulkan do'a seseorang hamba-Nya yang mukmin sebagimana Firman-Nya dalam al-Quran سورة الرعد‎‎ surah Ar-Ra'd ayat 39 :
يَمْحُوا اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ
                         Maksudnya : 
"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di 'sisi-Nya' terdapat Ummul Kitab (Lauh Mahfuz)."
Firman Allah di dalam سورة الفرقان‎‎ surah Al-Furqan ayat 77 menjelaskan bahawa Allah tidak mengindahkan perbuatan dan do'a golongan manusia musyrik yang mendustakan-Nya:
     قُلْ مَا يَعْبَؤُا بِكُمْ رَبِّى لَوْلاَ دُعَآؤُكُمْ فَقَدْ كَذَّبْتُمْ فَسَوْفَ يَكُونُ لِزَاماً 
                      Maksudnya :
"Katakanlah (kepada orang-orang musyrik): 'Tuhanku tidak mengindahkan kamu, melainkan kalau ada ibadat mu. (Tetapi bagaimana kamu beribadat kepada-Nya), pada hal kamu sungguh telah mendustakan-Nya? Kerana itu kelak (azab) masti (menimpa mu)'." 
Di samping disuruh berdo'a kepada-Nya dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan Allah juga memberi peringatan supaya sentiasa berusaha memohon petunjuk hidayah-Nya. Dia yang Maha Mengetahui segala sesuatu dalam segala aspek urusan duniawi dan akhirat lagi Maha Pemurah akan makbulkan doa hamba-Nya supaya beroleh kejayaan yang dilimpahi rahmat pertolongan dan kebarkatan-Nya dan dilarang sama sekali berputus asa. Dalam hal ini Allah berfirman di dalam al-Quran, antaranya:
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
                         Maksudnya : 
i."Diwajibkan atas kamu berperang, pada hal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengethui, sedang kamu tidak mengetahui."
                             [Surah  سورة البقرة  Al-Baqarah : 216 ] 
يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لا يَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ 
                              Maksudnya :
ii. Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."
                              [Surah  سورة يوسف  Yusuf : 87 ] 
فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ذَلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا (3
                          Maksudnya :
iii."......Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (2) 
Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesunggunya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (3 ) 
        [ Surah الطلاق Ath Thalaaq : 2-3 ]
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (1) وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ (2) الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ (3) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (4) فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (6 
                       Maksudnya : 
iv." Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? (1) 
dan Kami telah menghilangkan daripada bebanmu, (2) 
yang memberatkan punggungmu. (3) 
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu. (4) 
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (5) 
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (6)
                 [ Surah Alam Nasyrah سورة الشرح ( Al-Insyirah ) : 1-6

[Lihat : Tipu Daya Syaitan (Bhg.2)]

Di dalam Do'a Rasulullah s.a.w.tersebut juga baginda bermohon kepada Allah dengan begitu merendahkan diri seperti yang bermaksud: 
"Ya Allah!, bermula do'a ini dan di atas Engkau memakbulkan dan ini persungguhan dan di atas Engkau berserah, bahawasanya kami ialah milik bagi Allah dan bahawasanya kami kepada bawah perintah-Nya kami kembali dan tiada berupaya mengekali berbuat taat dan tiada kekuatan bagi memberhentikan daripada berbuat maksiat melainkan dengan pertolongan Allah yang amat mempunyai kebesaran yang mempunyai tali agama yang amat kuat dan pekerjaan atas jalan yang hak." 
Kandungan Do'a Khalifah Abu Bakr As-Siddiq r.a juga memperjelaskan lagi betapa lemahnya setiap orang hamba Allah itu yang sentiasa bergantung penuh harapan kepada rahmat pertolongan Allah walaupun seseorang hamba itu begitu mulia martabat dan kedudukannya di sisi Allah seperti para Malaikat, Nabi dan Rasul dan para mukmin yang soleh seperti Abu Bakr As-Siddiq r.a. sebagaimana yang dimaksudkan di dalam ungkapan do'anya yang bermaksud :

 اَللَّهُمَّ اِنَّكَ خَلَقْتَ الخَيْرَ وَالشَّرَ وَجَعَلْتَ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا عَامِلًا َيَعْمَلُ بِهِ فَاجْعَلْنِي مِنْ خَيْرِ القِسْمَيْنِ

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ خَلَقْتَ الجَنَّةَ وَالنَّارَ وَجَعَلْتَ لِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا اَهْلًا فَاجْعَلْنِي مِنْ سُكَّانِ جَنَّتِكَ
                  Maksudnya :
"Ya Allah! , bahawasanya seseorang itu tiada dapat barang apa yang dia kehendaki hingga Engkau kehendaki, maka Engkau jadikanlah kehendak Engkau itu bahawa aku mengkehendaki barang gerak-gerak hamba-hamba.  Sesungguhnya tidak bergerak sesuatu melainkan dengan izin Engkau, maka, jadikanlah segala gerak-gerak aku pada takutkan Engkau .
Ya Allah! , sesungguhnya Engkau telah mengadakan kebaikan dan kejahatan dan telah Engkau jadikan tiap-tiap satu daripada keduanya itu ada orang yang mengerjakan dengannya, maka, Engkau jadikanlah akan daku daripada orang yang sebaik-baik daripada dua bahagian itu."
Sekiranya hamba-hamba Allah yang sedemikian tinggi dan mulia martabatnya di sisi Allah seperti Rasulullah s.a.w. dan Khalifah Abu Bakr As-Siddiq sendiri pun berdo'a dan bermohon kepada Allah sebegini indah ungkapan kata-kata mereka yang begitu merendah diri serta penuh dengan pengertian ilmu aqidah keimanan yang memperjelaskan lagi pegangan iktiqad mereka terhadap Qadha dan Qadar Allah, maka betapa pula kita orang-orang mukmin awam yang terlalu sedikit dan cetek ilmu pengetahuan dalam bab ini?

Do'a Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ini selaras dengan pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah sebagaimana yang diperjelaskan di dalam kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah wal Jemaah Pada Makna Dua Kalimah Syahdat yang menjelaskan :
       "Al-Iradatu" : 
Bahawasanya Allah SWT itu mempunyai Kehendak. Semua barang yang ada dan akan ada daripada segala makhluk Allah itu adalah semuanya itu Allah SWT jua yang mengkehendaki bagi mengadakan semua barang itu. Dia jua yang mentadbirkannya, maka tidak berlaku pada sesuatu barang apa juga daripada barang milik Allah itu sedikitnya, banyaknya, kecilnya, besarnya, kebajikannya, jahatnya, manfaatnya, mudaratnya, kebahagiaanya, ruginya, lebihnya, kurangnya, taatnya dan maksiatnya melainkan semuanya itu dengan Qadha قَضَاء Allah dan Takdir Allah, Hikmat Allah dan Kehendak Allah belaka. 
Barang apa yang dikehendaki oleh Allah itu sahajalah yang berlaku. Barang apa yang tidak dikehendaki oleh Allah tidaklah berlaku dan tidak terkeluar daripada Kehendak Allah berlakunya sesuatu perkara itu sekadar sekerlipan pemandangan mata dan sekadar segerak lintasan hati jua pun. Bahkan Allah SWT jualah yang mengadakan permulaan sesuatu dan Allah SWT jualah yang mengembalikannya. 
Allah SWT itu amat berkuasa bagi barang apa sahaja yang Dia Kehendaki. Tidak ada suatu apa pun yang menghalangi Kehendak Allah itu dan tidak ada suatu apa pun yang menolakkan supaya terlepas daripada Qadha قَضَاء Allah SWT. Maka tidak dapat lari seseorang hamba Allah itu daripada berbuat maksiat kepada Allah melainkan semata-mata dengan Pertolongan Allah dan Rahmat-Nya dan tiada terdaya mengekalkan berbuat taat kepada Allah melainkan semata-mata dengan Kehendak Allah.....
Jika sekiranya berhimpun sekalian manusia,jin, syaitan dan malaikat berkehendak mengerakkan sebiji debu dalam alam ini atau hendak memberhentikan sebiji debu (zarrah) yang bergerak itu supaya diam tetapi bukan dengan Kehendak Allah tentulah tiada terdaya mereka semua melakukan yang demikian itu.Sebagaimana Allah SWT itu mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali begitulah juga Allah SWT itu berkehendak dengan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali yang sentiasalah Allah itu berkehendak pada Azal-Nya. 
Sebarang apa jua yang Allah SWT Kehendaki adanya pada Azal-Nya pada masa yang ditakdirkan adanya maka didapatilah adanya barang itu pada waktu yang Allah SWT telah mentakdirkan adanya menurut sebagaimana yang Dia Kehendaki pada Azal-Nya itu juga dengan tiada terdahulu dan tiada terkemudian.Bahkan berlakunya berbetulan dengan Ilmu-Nya dan Kehendak-Nya yang tiada bertukar dan tiada berubah dan Allah SWT mentadbirkan semua perkara itu bukan dengan susunan fikir dan bukan mengenai masa kerana yang demikian itu tidak membimbangkan Allah oleh sesuatu pekerjaan daripada sesuatu pekerjaan."
Penjelasan bab "Al-Af'aal" (Perbuatan Allah) pula antara intipati maksudnya ialah :
".....Maka Allah Taala mengadakan segala makhluk-Nya itu daripada semata-mata tidak ada barang itu kepada adanya ialah kerana menzahirkan bagi Kuasa-Nya, mentahkikkan bagi barang apa yang telah terdahulu daripada Kehendak-Nya, dan kerana kebenaran-Nya bagi barang apa yang ada pada Azal-Nya daripada Kalam-Nya, dan bukan kerana mengambil faedah kepdanya, dan bukan kerana mengenai sesuatu hajat kepadanya... 
Maka Allah Taala berbuat sesuatu itu semata-mata limpah murah kurnia-Nya dan nikmat pemberian-Nya, dan bukan terwajib di atas Allah itu berbuat sesuatu dan tidak termestinya dan tidak termustahak di atasnya...

Allah SWT berbuat sesuatu itu adalah semata-mata limpah murah kurniaan-Nya dan nikmat pemberian-Nya dan bukan terwajib ke atas Allah itu berbuat sesuatu dan termestinya serta tidak termustahak ke atas-Nya kerana Allah SWT itu Amat Berkuasa menurunkan berbagai azab ke atas sekalian hamba-Nya dan mengazabkan mereka itu semuanya dengan bermacam-macam jenis azab kesakitan dan penderitaan. 
Walaupun demikian Allah SWT itu berbuat ke atas hamba-hamba-Nya hingga sedemikian rupa adalah atas keadilan Allah SWT juga dan tidak ada daripada-Nya itu kezaliman dan tidak ada daripada-Nya itu kekejian. 
Bahawasanya Allah SWT Jalla Wa 'Azza itu memberi pahala kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin di atas ketaatan mereka itu ialah semata-mata atas hukuman kemurahan dan janji-Nya, bukan dengan hukuman termestinya, terwajibnya dan termustahknya bagi Allah itu berbuat demikian. 
Ini adalah disebabkan tiada terwajib ke atas Allah itu berbuat sesuatu bagi hamba-hambaNya dan tidak ada sama sekali daripada Allah itu kezaliman, dan tiada wajib bagi hamba itu hak ke atas Allah dan haknya itu adalah pada ketaatan. 
Maka wajiblah ke atas hamba Allah itu berbuat taat kepada Allah SWT dengan sebab pekerjaan taat itu adalah yang diwajibkan oleh Allah SWT ke atas hamba-hamba-Nya berbuat demikian atas perkhabaran dan daripada lidah Nabi-nabi-Nya Alaihimussalam dan bukan semata-mata dengan akal...."   
Bagi sesiapa juga  yang berfahaman atau berpendirian bahawa Allah hanya mengadakan rahmat kebaikan sahaja, manakala sesuatu bala bencana atau kejahatan itu datangnya dari  hamba hendaklah membaca serta memahami keseluruhan Firman Allah dalam surah سورة النساء An-Nisaa' ayat 78-79 :
أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ وَإِنْ تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَذِهِ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَذِهِ مِنْ عِنْدِكَ قُلْ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ فَمَالِ هَؤُلاءِ الْقَوْمِ لا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا (78) مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولا وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيدًا (79
                         Maksudnya :
" Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan : 'Ini adalah dari sisi Allah', dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan : 'Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)'. Katakanlah : 'Semuanya (datang) dari sisi Allah'. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikitpun.? (78 ) 
Apa sahaja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah, dan apa sahaja bencana yang menimpa mu, maka dari (kesalahan) diri mu sendiri. Kami mengutus mu menjadi Rasul kepada setiap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi." (79)
Firman Allah ini amat jelas memberikan peringatan serta kefahaman bahawa "baik" dan "jahat" itu semuanya dari Allah belaka yang mengadakannya. Jika dikatakan " jahat" itu daripada hamba nescaya terbatallah bahwa Allah itu Maha Berkuasa mengadakan segala sesuatu yang dikehendaki-Nya berbetulan dengan takdir Qadha قَضَاء dan Qadarقدر-Nya dan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali. Maka orang yang berfahaman demikian terpaksa mengakui bahawa Allah itu lemah kerana tidak berkeupayaan mengadakan kejahatan/keburukan. Justeru terkeluarlah dia dari golongan yang berpegang kepada iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah yang hak sebagaimana yang diperjelaskan di dalam "Al-Iradatu" dan " Al-Af'aal" di atas.

Bala bencana yang dikenakan ke atas sesuatu negeri,  kaum atau seseorang tidak semestinya merupakan satu balasan (kafarah) Allah kerana kemungkaran yang dilakukan tetapi boleh ditakrifkan atau difahami juga sebagai suatu bentuk ujian Allah terhadap keteguhan keimanan mereka dan melipatgandakan lagi ganjaran pahala kerana kesabaran mereka menanggung bala kesusahan yang ditakdirkan Allah. Hal ini terkandung di dalam sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. :

 

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ فَمَنْ رَضِيَ

فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ.

       
                    Maksudnya : 
"Sesungguhnya besarnya ganjaran berkadar terus dengan besarnya bala'. Sesungguhnya jika Allah mencintai satu kaum, Dia menurunkan bala' kepada mereka. Sesiapa yang reda maka Allah reda kepadanya dan sesiapa yang marah (tidak reda) maka Allah murkai kepdanya."

Sebagai contoh Allah telah mentakdirkan Nabi Allah Ayub Alaihisalam menanggung derita ditimpa penyakit beberapa tahun lamanya menyebabkan berbagai masalah amat membebankan yang terpaksa ditanggung oleh diri dan keluarganya. Walaupun dia amat mengetahui penyakit yang dideritainya adalah atas kehendak Allah belaka tetapi kadangkala terbit juga di dalam hati kecilnya 'seolah-olah' merasa kecewa dan tidak reda atas takdir Allah yang menimpa dirinya. Dalam hal ini terdapat perkhabaran Hadis sebagaimana yang dimaksudkan seperti berikut:              

" Dan pada khabaran-khabaran Hadis yang dahulu bahawasanya seorang Nabi daripada Nabi-nabi Allah mengadu kepada Allah Azawajalla kelaparan dan kefakiran dan kutu "binatang-binatang kecil melata"selama sepuluh tahun. Maka tiada diterimakan kepada barang apa Ia kehendaki. Kemudian diwahyukan oleh Allah Taala kepadanya : 'Berapalah engkau mengadu begitulah permulaan engkau pada sisi Ku pada Umul Kitab (Loh Mahfuz) sebelum Aku mengadakan segala lapisan langit dan bumi, dan begitulah telah terdahulu bagi engkau daripada takdiran Ku, dan begitulah telah Aku Qadhakan ke atas engkau sebelum Aku mengadakan dunia. 
Adakah maka engkau kehendaki bahawa Aku ulangi mengadakan dunia daripada kerana engkau atau engkau kehendaki bahawa Aku gantikan barang yang telah Aku mentakdirkannya ke atas engkau, dan adalah barang apa yang engkau kasihi dan barang apa yang engkau kehendaki itu mengatasi barang apa yang Aku kehendaki?. Dan demi Kemuliaan Ku dan Kebesaran Ku jika berulang alik lagi hal ini di dada (hati/kalbu) engkau pada satu kali yang lain nescaya Aku hilangkan kenabian engkau daripada Dewan Kenabian."
Kisah takdir dan ujian getir yang menimpa Nabi Allah Ayub a.s. ini ada disebut di dalam al-Quran سورة ص‎‎ surah Shaad ayat 41-44. Setelah pulih kesihatannya dan dikembalikan semula hidupnya seperti sediakala Allah memuji Nabi Ayub a.s. seperti yang di maksud dalam surah Shaad ayat 44 :

 وَخُذْ بِيَدِكَ ضِغْثاً فَاضْرِب بِّهِ وَلاَ تَحْنَثْ
إِنَّا وَجَدْنَـهُ صَابِراً نِّعْمَ الْعَبْدُ إِنَّهُ أَوَّابٌ
                        Maksudnya :
" Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah. Sesungguhnya Kami dapati dia ( Ayub) seorang yang sabar, dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat kepada Tuhannya."

Ujian berat yang ditakdirkan ke atas Nabi Allah Ayub a.s. ini juga amat bertepatan dan sejajar dengan apa yang disebut dalam hadis berikut: 

Sabda Nabi s.a.w.:

أَشَدُّ النَّاسِ بَلاَءً اْلأَنِبْيَاءُ ثُمَّ اْلأَمْثَلُ فَاْلأَمْثَلُ يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلٰى حَسًبِ ( وَفِي رِوَايَةٍ قَدْرِ ) دِيْنُهُ فَإِنْ كَانَ دِيْنُهُ صَلَبًا اِشْتَدَّ بَلاَؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِي دِيْنِهِ رِقَةٌ اُبْتُلِيُ عَلٰى حَسَبِ دِيْنُهِ فَمَا يَبْرَحُ اْلبَلاَءُ بِالْعَبْدِ حَتىٰ يَتْرُكَهُ يَمْشِيْ عَلَى اْلأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيْئَةُ

                   Maksudnya :

Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Anbiya’, kemudian orang-orang yang serupa dengan mereka, lalu orang-orang yang paling serupa. Seseorang itu diuji menurut ukuran (dalam suatu riwayat ‘kadar’) agamanya. Jika agamanya kuat, maka ujiannya pun berat. Dan jika agamanya lemah, maka ia diuji menurut kadar agamanya. Maka ujian akan selalu menimpa seseorang sehingga membiarkannya berjalan di muka bumi, tanpa sebarang kesalahan lagi.” 

                    [Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah] 

Malaikat Jibrael AS adalah penghulu segala malaikat yang tidak terhingga jumlahnya yang berada di langit dan bumi. Ilmu, amal ibadat, kebijaksanaan dan ketaqwaannya mengatasi sekalian makhluk Allah. Firman Allah dalam al-Quran ada menyatakan bahawa Malaikat Jibrael Alaihisalam itu sangat kuat dan mempunyai kebijaksanaan dan kepintaran akal yang luar biasa sebagaimana yang dimaksudkan di dalam surah  سورة النجم‎‎  An-Najm ayat 1-7 :
 وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَى (1) مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَى (2) وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلا وَحْيٌ يُوحَى (4) عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَى (5) ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَى (6) وَهُوَ بِالأفُقِ الأعْلَى (7)
                Maksudnya :
"Demi bintang ketika terbenam,(1)
kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru,(2)  
dan tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. (3) 
Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya),(4)  
yang diajarkan kepadanya oleh ( Malaikat Jibrael) yang sangat kuat, (5)  
Yang mempunyai akal yang cerdas; dan (Jibrael itu) menampakkan diri rupanya yang asli,(6)  
sedang dia berada di ufuk yang tinggi." (7)         
Dia diamanahkan Allah untuk menyampaikan wahyu Allah kepada Rasul-rasul yang dibangkitkan. Apabila dia hendak menyampaikan sesuatu wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. dia sentiasa menggeletar kerana sangat takut kepada Allah. Begitu juga apabila menceritakan hal azab api neraka dia menangis dan Nabi Muhammad s.a.w. pun turut menangis sedangkan kedua-duanya adalah maksum dan terpelihara daripada melakukan sebarang dosa kesalahan

Malaikat Jibrael AS menyampaikan perkhabaran bahawa apabila dijadikan api neraka semua malaikat tidak senyum dan tidak pernah mengamankan diri mereka daripada kemurkaan Allah kerana mereka sangat takut terhadap apa yang telah berlaku kepada Iblis yang dilaknat Allah boleh menimpa ke atas  mereka juga. Jelasnya Malaikat Jibril AS dan para malaikat pun tidak sesekali mengetahui apakah takdir Allah di Lauh Mahfuz terhadap mereka dan sekalian makhluk Allah yang tidak terhingga jumlahnya itu.

Sungguhpun para malaikat itu adalah maksum dan dijadikan Allah semata-mata untuk mentaati-Nya, namun mereka amat takut melakukan sebarang perkara yang boleh menjadikan kemurkaan Allah seperti yang dimaksudkan:
" Dan kata satu qaul tatkala berlaku ke atas Iblis barang apa yang telah berlaku jadilah (Malaikat)Jibril dan Mikael AS menangis kedua-duanya. Maka Allah SWT mewahyukan kepada keduanya : 'Kenapakah engkau menangis dengan sehabis-habis tangisan ini?'  Maka kata keduanya :'Wahai Tuhan kami, adakah kami aman daripada kemurkaan Engkau?'. Firman Allah SWT : 'Begitulah engkau kedua dijadikan tidak aman daripada kemurkaan Ku......'."

Demikian juga apabila dijadikan Adam, Allah SWT telah mewahyukan kepada para malaikat yang Dia akan menjadikan seorang manusia untuk menjadi khalifah di bumi. Para malaikat bertanyakan kepda Allah mengapa hendak menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi sedangkan manusia akan membuat kerosakan di bumi dan menumpahkan darah sesama mereka. Allah mewahyukan kepada para malaikat tentang kemusykilan mereka bahawa Dia lebih Mengetahui tentang segala sesuatu yang akan berlaku dan diadakannya. Hal ini terkandung di dalam al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah ayat 30 :

وَاِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلٰۤىِٕكَةِ اِنِّيْ جَاعِلٌ فِى الْاَرْضِ خَلِيْفَةً ۗ قَالُوْٓا اَتَجْعَلُ فِيْهَا مَنْ يُّفْسِدُ فِيْهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاۤءَۚ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۗ قَالَ اِنِّيْٓ اَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُوْنَ

                   Maksudnya : 

" Ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada para malaikat : 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi'. Mereka berkata : ' Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?' Tuhan berfirman : 'Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui'."

Setiap orang hamba Allah itu pada hakikatnya tidak sesekali mengetahui sama sekali apakah takdir Allah yang sudah tertulis terhadap diri masing-masing. Firman Allah berikut menjelaskan lagi bahawa Allah tidak akan mengubah sesuatu takdir yang telah ditentukan-Nya tetapi seseorang hamba Allah itu hendaklah sentiasa berusaha dengan kaedah dan cara yang bersesuaian serta berdo'a bermohon rahmat pertolongan Allah agar terhindar dari sebarang keburukan yang boleh membawa kecelakaan terhadap diri dan kaumnya dalam segala urusan dunia dan akhirat:
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ 
                            Maksudnya :
" Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di depan dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya, dan tidak sesekali ada pelindung bagi mereka selain Dia."
                    [Al-Quran سورة الرعد‎‎ surah Ar-Ra'd : 11 ]

Ayat ini amat jelas mengkhabarkan bahawa setiap diri manusia sentiasa diiringi malaikat-malaikat yang bertugas secara bergilir-gilir pada setiap masa  mencatatkan setiap detik segala amalan mereka hingga ke akhir hayat, atas perintah Allah. Kesemua amalan ini akan menjadi bukti dan saksi pada hari kiamat kelak bagi menunjukkan keadilan Allah yang menmgatasi keadilan hamba-hambNya. Allah juga memperjelaskan bahawa apa yang sudah ditakdirkan ke atas mereka tidak sesekali diketahui oleh sesiapa pun di kalangan makhluk-Nya. Justeru mereka hendaklah berusaha dan berdoa dengan bersungguh-sungguh agar mereka terhindar daripada takdir buruk ke atas mereka.  

Inilah yang sebenarnya bermaksud :'Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri'. Ertinya 'merubah keadaan' di sini lebih merujuk daripada balasan kejahatan yang ditakdirkan Allah terhadap mereka yang mengingkari-Nya di akhirat kelak yang berkekalan selama-lamanya dan bukan bukan sekadar merubauh keadaan kehidupan di dunia sahaja. 

Kesemua nas yang dipaparkan di sini adalah hanya sebahagian kecil sahaja daripada dalil dan bukti-bukti Qadha قَضَاء‎ dan Qadar قدر‎ Allah yang Allah sahaja lebih mengetahui akan takdir yang akan menimpa terhadap setiap diri hamba dan segala sesuatu yang diadakan-Nya. Dalam satu Hadis Rasullullah s.a.w. riwayat al-Hasan yang rumusan intipatinya bermaksud bahawa terdapat tiga tempat dan ketika/keadaan yang akan menimpa setiap hamba Allah di akhirat kelak yang tidak sesekali diketahui akan nasib masing-masing termasuk Nabi-nabi dan Rasul-rasul.Tempat dan keadaan tersebut ialah:
 i.  Ketika ditimbang amalan sama ada seseorang hamba timbangan amalannya itu berat di sebelah kebajikan atau kejahatan.   
ii.  Ketika menerima suratan amal masing-masing sama ada diterima oleh tangan kanan atau tangan kiri.  
 iii.  Ketika meniti 'sirat' yang merentangi permukaan api neraka sama ada seseorang itu selamat atau jatuh ke dalam api neraka.
Seseorang hamba Allah itu tidak mempunyai apa-apa hak terhadap Allah SWT. Hak mereka hanya mentaati segala suruhan dan tegahan Allah sebagaimana Firman-Nya di dalam al-Quran surah سورة الذاريات Adz-Zaariyaat ayat 56 :
    وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ                   
                        Maksudnya :
"Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya berbahagia mereka (dengan sebab) berbuat ibadat kepada Ku. "
Adalah hak Allah untuk memasukkan seseorang hamba itu ke syurga atau neraka dan tidak terwajib atau termustahak bagi Allah untuk membalas segala ketaatan hamba-hambaNya. Allah memasukkan seseorang hamba itu ke dalam syurga semata-mata kerana Murah Kurnia dan Rahmat-Nya untuk memenuhi janji-janji yang diberikan terhadap mereka ketika hidup di dunia. Allah melaknat seseorang hamba itu dengan menghumbankanya ke neraka pula dan menimpakan berbagai-bagai jenis azab seksa semata-mata kerana janji dan Keadilan-Nya dan bukan kezaliman. Sesungguhnya segala janji Allah benar belaka dan pasti akan datang. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menjelaskan hal ini. Antaranya :
             إِنَّ مَا تُوعَدُونَ لآتٍ وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ
                         Maksudnya :
i."Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti datang; dan kamu tidak sesekali sanggup menolaknya."
                        [Surah سورة الأنعام Al-An'aam : 134  ] 
أَلا إِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ أَلا إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لا يَعْلَمُونَ 
                          Maksudnya :
ii." Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Ingatlah, sesungguhnya janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya."
                            [Surah  سورة يونس‎‎ Yunus : 55
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
                          Maksudnya : 

iii. " Katakanlah : 'Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki, Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan (kekuasaan) Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
                           [Surah سورة آل عمران Ali 'Imran : 26

Janji Allah adalah satu takdir yang sudah ditetapkan yang pasti berlaku sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran surah سورة مريم Maryam ayat 71-72:
وَإِنْ مِنْكُمْ إِلا وَارِدُهَا كَانَ عَلَى رَبِّكَ حَتْمًا مَقْضِيًّا (71) ثُمَّ نُنَجِّي الَّذِينَ اتَّقَوْا وَنَذَرُ الظَّالِمِينَ فِيهَا جِثِيًّا  (72
                   Maksudnya :
" Dan tidak ada seorangpun daripadamu,melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan.(71)
Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut."(72)
Dalam surah سورة المدشّر  Al-Muddatstsir ayat 31 pula Allah berfirman:
وَمَا جَعَلْنَا أَصْحَابَ النَّارِ إِلا مَلائِكَةً وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا لِيَسْتَيْقِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا وَلا يَرْتَابَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْمُؤْمِنُونَ وَلِيَقُولَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ وَالْكَافِرُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَذَا مَثَلا كَذَلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلا هُوَ وَمَا هِيَ إِلا ذِكْرَى لِلْبَشَرِ 
                        Maksudnya :
" Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan malaikat; dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cubaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang yang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi al-Kitab dan orang-orang mukmin itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orng-orang kafir mengatakan : 'Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?'. Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan (neraka) Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia."
Ketika bapa saudara Rasulullah s.a.w., Abu Talib, meninggal dunia baginda amat sedih dan berdukacita kerana Abu Talib yang baginda kasihi selama ini adalah seorang yang amat mengasihinya, melindunginya daripada seteru-seteru baginda dan tidak pernah menentang baginda menyeru agama Islam dan menyampaikan wahyu-wahyu Allah kepada kaumnya. 
Atas kesedihan dan kedukacitaannya itu maka Allah menurunkan wahyu al-Quran surah surah Al-Qas’as’القصص   56 :
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
                         Maksudnya :
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau kasihi (seperti Abu Talib) akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (kepada) sesiapa yang Dia kehendaki; dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah.” 
Firman Allah dalam surah سورة الأنعام Al-An'aam ayat 39 dan 125 mempunyai pengertian maksud yang hampir sama :
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا صُمٌّ وَبُكْمٌ فِي الظُّلُمَاتِ مَنْ يَشَأِ اللَّهُ يُضْلِلْهُ وَمَنْ يَشَأْ يَجْعَلْهُ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ 
                         Maksudnya :
i." Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami adalah pekak, bisu, dan berada dalam gelap gelita. Barangsiapa yang dikehendaki Allah (kesesatannya), nescaya disesatkan-Nya. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi petunjuk-Nya), nescaya Dia menjadikannya berada di atas jalan yang lurus." 

                     [ Ayat 39

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ 

 Maksudnya :
"Barngsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk ( memeluk agama ) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatan, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman."

                        [ Ayat 125

Allah juga memberikan peringatan bahawa golongan manusia kufur yang mengingkari kebenaran akan tetap tidak akan beriman sama ada diserukan   peringatan kepada mereka ataupun tidak kerana Allah telah menutup dan menggelapkan pintu hati mereka lantaran dosa-dosa kekufuran. Hakikat ini diperjelaskan dalam Firman Allah surah Al-Baqarah سورة البقرة ayat 6-7 :  
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لا يُؤْمِنُونَ (6) خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (7
                         Maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. (6)
Allah telah mengunci mati hati-hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat pedih."(7) 
[Lihat : 
i.  Masalah Roh 
ii. ALLAH MENGETAHUI DENGAN ILMU-NYA YANG QADIM
Berdasarkan hakikat ini tidak ada sesiapapun yang mengetahui sesuatu ketentuan takdir Qadha قَضَاء‎ dan Qadar قدر‎ Allah kepada setiap orang hamba makhluk Allah.
Justeru setiap hamba Allah hendaklah berusaha dengan apa jua jalan dan cara sekalipun untuk menyelamatkan diri masing-masing daripada api neraka yang tidak terhingga azab seksa yang disediakan di dalamnya dan bahan pembakarnya adalah manusia dan jin
Dibangkitkan para Rasul Allah dan diturunkan kitabullah-kitabullah yang menghimpunkan wahyu-wahyu Kalam Allah melalui Malaikat Jibrael AS adalah untuk memberi petunjuk kebenaran beragama serta mengkhabarkan segala perkara mengenai hari akhirat dan segala persediaan yang perlu dilakukan umat manusia dan jin untuk menempuhinya agar terselamat daripada azab seksa api neraka dan menikmati kebahagiaan dan kenikmataan yang kekal abadi di dalam syurga yang disediakan. Firman-Nya di dalam al-Quran :
اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ 
              Maksudnya : 
i."Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) al-Quran yang serupa (kandungan mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk."
                           [ Surah  الزمر‎‎ سورة  Az-Zumar : 23 ]
 فَإِنْ آمَنُوا بِمِثْلِ مَا آمَنْتُمْ بِهِ فَقَدِ اهْتَدَوْا وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ 
                      Maksudnya :
ii." Maka jika mereka beriman kepada apa yang kamu telah beriman kepadanya, sungguh mereka telah mendapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu). Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." 
                     [ Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 137 ]
فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنَافِقِينَ فِئَتَيْنِ وَاللَّهُ أَرْكَسَهُمْ بِمَا كَسَبُوا أَتُرِيدُونَ أَنْ تَهْدُوا مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ سَبِيلا 
                          Maksudnya :
iii. "Maka mengapa kamu menjadi dua golongan dalam (menghadapi ) orang-orang munafik, padahal Allah telah membalikkan mereka kepada kekafiran disebabkan usaha mereka sendiri? Apakah kamu bermaksud memberi petunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan Allah? Barangsiapa yang disesatkan Allah, kamu tidak sesekali mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) kepadanya."
                               [Surah  سورة النساء An-Nisaa' : 88

Diibaratkan seperti hidup di dunia terdapat seorang raja yang amat terkenal dengan sifat pemurahnya membuat pengumuman dan mengkhabarkan kepada rakyatnya supaya pergi ke suatu tempat untuk menerima hadiah beberapa buah istana dan mahligai emas yang sangat indah bernilai beratus/beribu juta ringgit dan dilengkapi dengan taman-taman bunga yang sangat luar biasa keindahannya. Bagi mendapatkan istana-istana dan mahligai-mahligai emas dan menikmati segala keindahan yang disediakan ini seseorang itu terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam ujian, halangan dan menempuhi hutan belantara yang banyak pokok berduri.

Rakyat yang sangat berharap ini sudah semestinya dengan rela dan bersenang hati merentasi segala kesusahan halangan tersebut tanpa mengambil kira luka-luka dan kesakitan mengharungi hutan belantara kerana di hadapannya tersedia ganjaran hadiah yang sangat lumayan, paling istimewa dan luar biasa.  Sudah semestinya dia akan terus bergerak dengan penuh keyakinan terhadap perkhabaran raja yang sangat adil lagi pemurah dan tidak pernah mungkir janji itu. 
Sebagaimana yang dilakukan oleh Malaikat Jibrael a.s., Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat baginda seperti Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khatab, Usman Al-Affan, Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman Auf serta semua para sahabat dan para mukmin yang soleh, setiap orang mukmin dan mukminat ketika dalam keadaan sihat walafiat hendaklah berusaha dalam apa jua cara sekalipun melakukan ibadat dan berjihad menuntut ilmu pengetahuan yang hak untuk mengukuhkan keimanan walaupun terpaksa bersusah payah belajar dan memahami dan merantau ke tempat-tempat yang jauh.

Sewajarnya kita  hendaklah "jangan berbaik sangka" atau mengambil mudah hingga sanggup melakukan dosa-dosa yang pada anggapannya tidak mengapa melakukan 'dosa kecil sahaja' kerana Allah Maha Pengasih, Maha Pemurah dan Maha Pengampun. Jangan sesekali mengambil mudah terhadap apa juga suratan takdir yang telah tertulis dan ditetapkan Allah di Luh Mahfuz dengan mengamankan diri daripada kemurkaan Allah kerana tidak ada sesiapa pun di kalangan makhluk-makhluk Allah termasuk para Malaikat, Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang mengetahui apakah Qadha قَضَاء dan Qadarقدر Allah yang telah ditakdirkan terhadap diri masing-masing.

Oleh itu setiap orang yang beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan hari akhirat hendaklah terus berusaha bersungguh-sungguh dengan kadar SEGERA untuk mencari jalan supaya dapat menghindarkan diri daripada kemurkaan Allah sebagaimana yang dilakukan oleh Malaikat Jibrael a.s., Nabi Muhammad s.a.w. dan Abu Bakar Al-Siddiq seperti yang dijelaskan di atas. 

Namun demikian apabila berhadapan dengan Sakratul-maut kita hendaklah berbaik sangka terhadap Allah Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pemurah dengan berdo'a seperti yang dilakukan oleh Abu Bakar Al-Siddiq r.a..
Had kemampuan akal manusia untuk memahami Qadha قَضَاء‎ dan Qadar قدر Allah ini adalah sangat terbatas. Begitu juga tanpa ilmu pengetahuan yang luas lagi mendalam mengenai hari akhirat yang terkandung di dalam wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang disampaikan melalui Malaikat Jibrael a.s. adalah sesuatu yang mustahil manusia boleh mengetahui dengan penuh kepastian hal keadaan sebenar yang akan berlaku di akhirat kelak selepas berlakunya Hari Kiamat besar. 
Dalam sebuah Hadis ada diperjelaskan  tentang kejadian gerhana matahari dan cara Rasulullah s.a.w. menghadapainya:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الْأُولَى ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا ثُمَّ قَالَ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنْ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلبَكَيْتُمْ كَثِيرًا

                       Maksudnya:
"Dari 'Aisyah bahwasanya dia berkata: Pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w. lalu mendirikan solat bersama orang ramai. Baginda berdiri dalam solatnya dengan memanjangkan lama berdirinya, kemudian rukuk dengan memanjangkan lama rukuknya, kemudian berdiri dengan memanjangkan lama berdirinya, namun tidak selama yang pertama. Kemudian beliau rukuk dan memanjangkan lama rukuknya, namun tidak selama rukuknya yang pertama. Kemudian baginda sujud dengan memanjangkan lama sujudnya, beliau kemudian mengerjakan rakaat kedua seperti pada rakaat yang pertama. Selepas baginda selesai melaksanakan solat, matahari telah nampak kembali. 
Kemudian baginda menyampaikan khutbah. Baginda memulai khutbahnya dengan memuji Allah dan mengangungkan-Nya, lalu bersabda: 'Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah, dan tidak akan mengalami gerhana disebabkan kerana mati atau hidupnya seseorang. Jika kalian melihat gerhana, maka banyaklah berdoa kepada Allah, bertakbirlah, dirikan solat dan bersedekahlah'. 
Kemudian baginda meneruskan sabdanya: 'Wahai ummat Muhammad! Demi Allah, tidak ada yang melebihi kecemburuan Allah kecuali ketika Allah melihat hamba lelaki atau hamba perempuan berzina. Wahai ummat Muhammad! Demi Allah, seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan lebih banyak menangis'." [HR Bukhari ]
Berpandukan penjelasan-penjelasan terbatas yang dipaparkan di dalam nas-nas ini dapatlah difahami bahawa apa juga yang berlaku dan akan berlaku di seluruh alam semesta ini dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada perkara-perkara yang amat besar kesemuanya sudah ditakdirkan Allah berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali. Maka tidak menjadi musykil bagi orang yang beriman untuk memahami apa yang berlaku pada setiap diri manusia sejak Nabi Adam Alaihisalam diturunkan memulakan kehidupan di bumi hinggalah dibinasakan seluruh alam pada hari kiamat besar dunia kelak. 
Firman Allah berfirman di dalam al-Quran surah سورة هود‎‎ Hud ayat 118-119 memperjelaskan lagi :
وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ لَجَـعَلَ النَّاسَ اُمَّةً وَّاحِدَةً​ وَّلَا يَزَالُوۡنَ مُخۡتَلِفِيۡنَۙ ﴿118 اِلَّا مَنۡ رَّحِمَ رَبُّكَ​ ؕ وَلِذٰلِكَ خَلَقَهُمۡ​ ؕ وَتَمَّتۡ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَاَمۡلَـئَنَّ جَهَـنَّمَ مِنَ الۡجِنَّةِ وَالنَّاسِ اَجۡمَعِيۡنَ(119
                      Maksudnya :
" Jikalau Tuhan mu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, (118) 
kecuali orng-orang yang diberi rahmat oleh Tuhan mu. Dan untuk itulah Allah mengadakan mereka. Kalimat Tuhan mu (keputusan-Nya) telah ditetapkan : Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahanam dengan jin dan manusia (yang derhaka) semuanya."(119)
Atas sifat-Nya Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Mengethui lagi Maha Pemurah Allah turut memberi jalan petunjuk kepada sekalin hamba-Nya supaya sentiasa berdo'a kepada-Nya agar tidak dibebani dengan sesuatu bebanan ujian yang ditakdirkan-Nya dengan mengajarkan do'a-do'a sebagaimana Firman-Nya dalam al-Quran yang antaranya ialah sebagaimana berikut:
لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ     
                        Maksudnya :
" Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) : 'Ya Tuhan kami!, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami!, janganlah Engkau bebankan kepada kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami!, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sangup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami tehadap kaum yang kafir'."
                   [Al-Quran سورة البقرة surah Al-Baqarah : 286]

Di dalam Asma' Ul Husna terdapat nama Allah yang berkaitan dengan takdir Allah iaiatu :

AL-KAHLIQ -الخالق
Ertinya : Yang Mengadakan, bagi segala sesuatu dengan Qadrat-Nya, menurut Ilmu dan Kehendak-Nya (atau) Yang Menzahirkan (Mengadakan) semua barang yang ada dengan Qadrat-Nya dan Mentakdirkan (Menentukan) tiap-tiap suatu daripadanya dengan kadar tertentu dengan Kehendak-Nya, menurut Hikmah-Nya. (على مقتضى حكمته)

     Gempa bumi yang melanda kawasan daratan pada kedalaman 10 km di Kabupaten Donggla, 7 km dari kota Palu, Sulawesi telah menyebabkan tercetusnya ombak 'Tsunami" setinggi 4-6 meter yang melanda kota Palu dan persekitarannya pada 28 September, 2018 mengakibatkan kemusnahan besar dan lebih 2,000 orang terkorban, cedera dan hilang.

Qadha قَضَاء dan Qadarقدر Allah terhadap setiap diri manusia apabila berada di alam akhirat bermula apabila berhadapan dengan Sakratul-maut, menghadapi Fitnah Kubur dan kehidupan serta balasan kepada roh mereka di Alam Barzakh selepas badan batin 'Roh Hammalul Amanah' dicabut keluar daripada jasad oleh Malaikat Maut. Tidak ada sesiapa pun yang mengetahui bagaimanakah hal diri masing-masing ketika berhadapan dengan hakikat kehidupan sebenar tanpa had masa dan kematian di akhirat kelak kecuali Allah.

Manusia yang tidak beriman kepada al-Quran dan Hadis Rasullullah s.a.w. akan menafikan kesemua hakikat ini atau membuat berbagai-bagai tafsiran, tanggapan dan andaian berdasarkan munasabah akal dan sangkaan mereka sendiri berlandaskan fikiran khayalan yang terbit daripada bisikan kembaran syaitan ataupun kepercayaan tradisi nenek moyang mereka. 

Golongan manusia yang sudah beriman pun boleh rosak dan tercabut keimanannya jika terbit berbagai-bagai sangkaan atau tanggapan sendiri terhadap hari akhirat dan Qadha قَضَاء‎ dan Qadar قدر Allah sekiranya tidak merujuk serta berpegang teguh  kepada ilmu-ilmu yang berteraskan al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah s.a.w.

        Banjir besar yang melanda 1/3 negara Pakistan pada bulan Ogos, 2022 mengakibatkan lebih 1,000 orang terkorban dan memusnahkan banyak harta banda 

Kemungkinan mereka akan membuat berbagai-bagai andaian dan tanggapan untuk memahami saat-saat paling kritikal ketika berhadapan dengan Sakratul-maut, Fitnah Kubur, hidup di Alam Barzakh, Hari Kiamat besar dan seterusnya hal keadaan di akhirat jika semata-mata berdasarkan akal logik dan saintifik dengan mengetepikan sama sekali ilmu-ilmu mengenainya seperti yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah s.a.w.

Adakah kita sebagai hamba Allah mengetahui apakah takdir Allah terhadap diri kita apabila berada di akhirat kelak?

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w menjelaskan di dalam Hadisnya :

Dari al-Hasan (الحسن) diriwayatkan:

 ان رسول الله صلى الله عليه وسلم كان رأسه في حجر عائشة رضي الله عنها فنعس فذكرت الآخرة فبكت حتى سال دمعها فنقط على خد رسول الله صلى الله عليه وسلم فانتبه فقال ما يبكيك يا عائشة؟ قالت ذكرت الآخرة هل تذكرون أهليكم يوم القيامة قال والذي نفسي بيده في ثلاث مواطن فإن أحدا لا يذكر إلا نفسه اذا وضعت الموازين ووزنت الاعمال حتى ينظر ابن آدم أيخف ميزانه أم يثقل وعند الصحف حتى ينظر أبيمينه يأخذ كتابه أو بشماله وعند الصراط 
                        Maksudnya:
"Pada ketika kepala Rasulullah s.a.w berada pada ribaan 'Aisyah r.a. lalu ia mengantuk. Maka ia ('Aisyah) pun mengingati tentang hal akhirat lalu menangis hingga menitis air matanya ke atas pipi Rasulullah s.a.w lalu ia terjaga, sabdanya: 'Apakah yang membuat engkau menangis wahai 'Aisyah'?
Kata 'Aisyah: 'Aku mengingati hal akhirat, adakah engkau kalian mengingati ahli keluarga engkau kalian pada hari kiamat'. Sabdanya: 'Demi yang diriku di bawah kuasa-Nya, (terdapat) pada tiga tempat maka (pertamanya) seseorang itu tidak mengingati (apa-apa) selain dari dirinya sendiri, (iaitu) ketikanya diletakkan penimbang-penimbang dan ditimbang segala amalannya sehinggalah anak Adam itu melihat apakah penimbangnya ringan atau berat dan (keduanya) pada ketika (dibentangkan) segala surat amalan sehingga ia melihat adakah dengan tangan kanannya ia menerima kitabnya (surat amalannya itu) atau dengan tangan kirinya, dan (ketiganya) pada ketika meniti di atas titian 'Sirat'."
Oleh itu kita tidak sewajarnya mudah mempercayai dengan kata-kata seseorang yang menganggap dirinya sebagai "Wali Allah" atau ulamak "mursyid" yang "kasyaf" atau apa jua dakwaannya atau tanggapan orang ramai terhadapnya  bahawa dia mengetahui peri hal ketentuan takdir Allah terhadap seseorang apabila berada di akhirat kelak.


Dalam hal ini perlu difahami dan diingatkan bahawa apa juga hal yang berkaitan dengan Rukun Iman yang enam perkara itu walau 'dianggap' sekecil mana sekalipun hendaklah merujuk kepada apa yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah s.a.w. yang tidak diketahui sama sekali akan hakikatnya oleh setiap hamba Allah.

Hendaklah difahami juga bahawa apa yang berlaku bermula daripada saat-saat kritikal menghadapi Sakratul- maut hinggalah ke hari akhirat yang amat luas tafsilnya itu tidak diketahui serta mampu difikirkan dan digambarkan sama sekali oleh logik akal manusia walaupun dengan menggunakan kaedah saintifik yang tercanggih kerana kesemuanya berlaku di luar hukum tabi'ie kehidupan di dunia. Inilah rahsia keajaiban perbuatan Allah di luar tabi'ie yang mengandungi rahsia dan hikmah yang amat besar mengapa dijadikan sekalian makhluk di seluruh alam.

 [Lihat :  Bersediakah Anda Menghadapi SAKARATUL MAUT?]

***********************************************************

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156) أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ (157)

               Maksudnya :
" Dan sungguh akan Kami berikan ujian/cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (155 ) 
(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :   إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ  'Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun'.   (156   )  

Mereka itulah yang mendapat kebarkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orng yang mendapat petunjuk."  (157) 
                    [ Al-Quran surah  سورة البقرة Al-Baqarah : 155-157 ]                 

                                               *********************************
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلا يَسْتَقْدِمُونَ  
                   Maksudnya :
" Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya."  
    [Al-Quran  سورة الأعراف‎‎ surah Al-A'raaf : 34
                                  **************************

      Related image                     
  قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَلِكَ مَثُوبَةً عِنْدَ اللَّهِ مَنْ لَعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ أُولَئِكَ شَرٌّ مَكَانًا وَأَضَلُّ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ
              Maksudnya :
" Katakanlah : 'Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu di sisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuk dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang-orang yang) menyembah thagut?'. Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus."
                         [ Al-Quran  سورة المائدة surah Al-Maaidah : 60 ]
 
                         *********************************

بِسْمِ اللهِ مَا شَاءَ اللهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ ، مَا شَاءَ اللهُ كُلُّ نِعْمَةٍ مِنَ اللهِ ، مَا شَاءَ اللهُ اْلخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدِ اللهِ ، مَا شَاءَ اللهُ لَا يَصْرِفُ السُّوْءَ إِلَّا اللهُ

                    Maksudnya : 

“Dengan menyebut nama Allah, segala sesuatu atas kehendak Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Segala sesuatu atas kehendak Allah, segala nikmat dari Allah. Segala sesuatu atas kehendak Allah, segala kebaikan atas kuasa Allah. Segala sesuatu atas kehendak Allah, tak ada yang mampu menghindarkan keburukan kecuali Allah.”






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...