Isnin, 22 Ogos 2011

JIRIM(جرم) , JISIM(جسم) , JAUHAR(جوهر ) dan 'ARADH (عرض)




        [Lihat : Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah   ]   
             



 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

 أَمَّا بَعْـدُ 

بِّئُكُمْ بِالأخْسَرِينَ أَعْمَالا (103) الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا ( 104  
    Maksudnya:
 " Katakanlah : 'Apakah akan Kami beritahu kepadamu tentang orang-orang yang merugi perbuatannya?'(103) 
Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya."(104)     
                [Al-Quran سُوۡرَةُ الکهف surah Al-Kahfi :103-104]

************************** 

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ                
                             Maksudnya : 
“Dan ketika Luqman berkata kepada puteranya dan dia menasihatinya (memberikan mau-ezah, peringatan), wahai anakku, janganlah kamu mensyirikkan (menyekutukan) Allah, sesungguhnya (perbuatan) mempersekutukan Allah itu adalah suatu kezaliman yang besar.” 
                   [ Al-Quran سورة لقمان  surah Luqman : 13 ]
                        ********************************  

وَمَا تَكُونُ فِي شَأْنٍ وَمَا تَتْلُو مِنْهُ مِنْ قُرْآنٍ وَلا 
تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ 
تُفِيضُونَ فِيهِ وَمَا يَعْزُبُ عَنْ رَبِّكَ مِنْ مِثْقَالِ ذَرَّةٍ 
فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ وَلا أَصْغَرَ مِنْ ذَلِكَ وَلا  
أَكْبَرَ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

                        Maksudnya :
 " Kamu tidak berada dalam suatu kedaan dan tidak membaca suatu ayat dari al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhan mu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).  
             [Al-Quran  سورة يونس‎‎   surah Yunus : 61       
                      ******************************************

Di dalam Ilmu Tawhid ada menyebut ayat al-Quran سورة الشورى surah Asy-Syuura ayat 11 yang berbunyi :
 فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الأنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْـلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ                   
                       Maksudnya : 
" (Dia) yang mengadakan langit dan bumi. Dia menjadikan kamu dari jenis kamu sendiri berpasang-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasang-pasangan  (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Allah SWT itu tiada seperti seumpama 'SESUATU' apa pun dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Melihat."           
Jika dibaca sepintas lalu maksud pengertian ayat ini nescaya akan menerbitkan berbagai-bagai lintasan dan pertanyaan di dalam hati yang mungkin juga akan berkata bahawa Allah SWT itu begini, begini, begini dan ...rupanya begini,. begini.. atau bermacam-macam sangkaan yang terbit di hati dan pemikiran di kalangan orang yang jahil Ilmu At-Tawhid atau tidak mengambil berat terhadap ilmu pengenalan terhadap Allah.

Tidak menghairankan jika terdapat juga 'fatwa', pengajaran, atau tanggapan yang mengatakan Allah itu ada berupa, "Bersemayam Atas 'Arasy mengikut kehendak yang layak dengan kebesaran dan kemuliaan-Nya..," dan bermacam-macam fatwa, persepsi, persangka atau adaian lagi. Orang-orang awam yang jahil atau tidak mengambil berat mengenainya akan terus percaya juga dengan kata-kata begini tanpa banyak pertanyaan atau tidak mengetahui apa kemusykilan yang hendak dipersoalkan. 

Demikian juga mungkin tidak ada sesiapa yang akan membangkitkan sebarang persoalan atau pertanyaan atau apa juga persangka negatif sekiranya terdapat seribu orang yang dianggap sebagai para ilmuan agama memberi fatwa dan syarahan-syarahan yang berlainan dalam bab ini dengan mengatakan Allah Subhanahu Wataala itu bersifat sedemikian rupa dengan alasan atau hujah bahawa Allah tiada meyamai "sesuatu" dengan merujuk ayat al-Quran yang tersebut di atas. 

Kosakata 'sesuatu' atau "syai'" (شَيْءٍ ) ini terlalu umum yang boleh membuatkan setiap orang akan cuba memberikan tafsiran fahaman tersendiri dengan memuji apa yang diperkatakan/diputuskan oleh puaknya dan mencerca puak atau golongan lain yang berbeza pendapat, pengertian dan pemahamannya mengenai perkara ini.

Oleh itu orang awam yang masih tercari-cari jalan beragama dan terbuka mindanya wajar diberi pemahaman yang cukup jelas dan terang supaya masalah yang mungkin dianggap 'kecil', tidak penting dan tidak memberi apa-apa implikasi terhidup hidup beragama dan hal duniawi ini dapat diatasi dan diselesaikan dengan baik. Dalam hal ini ada beberapa cara untuk menolak kesamaran fahaman dalam bab ini seperti berikut :

  i. Hendaklah kita ambil kalimah "syai'" ( شَيْءٍ pada ayat al-Quran      surah سورة الأنعام Al-An'aam ayat 102:
ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لا إِلَهَ إِلا هُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوهُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ  
     Maksudnya : 
" (Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan selain Dia; dan Dia Mengadakan dan Pemelihara segala 'sesuatu'."   
 ii.   Hendaklah kita ambil kalimah "syai'"  ( شَيْءٍ )ini pada ayat al-Quran dalam surah سورة القصص Al-Qashash ayat 88 :
وَلا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لا إِلَهَ إِلا هُوَ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلا وَجْهَهُ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ     
                 Maksudnya:
".......tiap-tiap 'sesuatu' menerima binasa melainkan Zat-Nya (Diri-Nya)....." 
Apabila sudah difahami pada dua ayat tersebut hendaklah kita ambil pula kalimah "syai'" (شَيْءٍ ) ini yang jika ditafsirkan maknanya yang panjang:
              كُلُّ مَوْجُودٍ سِوَى اللهُ يُسَمَّى عَالَمًا
Yang bermaksud: semua barang yang ada selain daripada Allah dinamakan "'ALAM".  
Maka kalimah  "'ALAM" ( عالم )  di sini ialah atas makna pengertian di dalam istilah Ilmu At-Tawhid dan bukanlah seperti yang dimaksudkan di dalam Ilmu At-Tasawwuf, Ilmu Al-Fiqah atau ilmu-ilmu lain. Demikian juga kalimah 'Zat' ( ذات ) di sini adalah atas makna pengertian di dalam istilah Ilmu At-Tauhid yang merujuk kepada Diri Allah yang Qadim ( قديم)   yang tidak sesekali menyamai dengan segala sesuatu dalam apa jua hal, jalan dan cara sekalipun. Kalimah 'zat' di sini bukanlah seperti yang dimaksudkan di dalam Ilmu Al-Fiqah, Ilmu Perubatan dan ilmu-ilmu lain yang merujuk kepada sesuatu benda yang berupa, mempunyai khasiat untuk kesihatan badan dan sebagainya yang boleh diketahui menggunakan pancaindera yang lima dan boleh dibuktikan melalui kajian saintifik.
 iii.  Ini bererti kalimah  " 'alam" di sini bermaksud semua barang yang ada selain daripada Allah itu dinamakan  "'alam". Dalam erti kata lain semua barang yang ada selain daripada Allah dinamakan "syai'". Ini juga memberi erti bahawa kalimah "syai'" (شَيْءٍ )  itu sangat luas maksudnya kerana ianya atas makna selain daripada Allah SWT.  Maka jadilah masa (الزمان), tempat ( والمكان), pihak, lapang, cahaya, gelap, gerak, diam, warna, rupa, roh, huruf bahkan segala sesuatu serta semua barang dan apa juga yang ada selain daripada Allah dinamakan "syai' (شَيْءٍ ).  
Diperkecilkan lagi sebutan semua barang yang ada selain daripada Allah itu dengan perkataan atau kalimah yang tertakluk di bawah takrif lafaz : JIRIM, JISIM,  JAUHAR dan 'ARADH. Pemahaman ini dapat dirumuskan bahawa semua barang dan setiap sesuatu yang ada selain daripada Allah SWT terbahagi kepada empat [4] bahagian iaitu: JIRIM, (جرم), JISIM (جسم), JAUHAR (جوهر) dan 'ARADH( عرض). 
Pengertian kalimah-kalimah ini ialah: 
      i.    JIRIM (جرم)
    Tiap-tiap barang yang ada bertempat dan mengambil lapang/ruang.

           ii.   JISIM (جسم)


           Jika JIRIM itu besar dinamakan JISIM.

             iii. JAUHAR (جوهر )
                    dipecahkan kepada:

           a. JAUHAR MURAKKAB (جوهر مركب).


            JIRIM yang kecil bagi menyempurnakan susunan sesuatu JISIM.

                    b. JAUHAR FIRID (جوهر فرد).
  Ialah JIRIM yang terlalu kecil hingga tidak boleh dibahagi atau dipecah-pecahkan lagi.

      iv. 'ARADH (عرض)


Semua keadaan dan hal sifat sesuatu bendaMisalnya:  
'Aradh bagi Jirim itu ialah sifat Jirim itu sendiri seperti berjuzuk, berbenda, berupa, bertempat, berpihak, bergerak, berdiam, berhubung, bercerai, bercampur bersatu-padu, bersatu hakikat, bermasuk-masuk, berjarak jauh-dekatnya, mempunyai ukuran besar-kecilnya, ada sukatan timbangan berat-ringannya, bermasa, berusia, berbanding, berumpama, bersuara, sunyi dan senyapnya dan berbagai-bagai hal lagi yang seumpama dengannya.
Huraian lanjut mengenai hal ini boleh difahami umpamanya:

Kayu ialah JISIM kerana padanya tersusun dua JAUHAR atau lebih seperti batang, daun, akar, dan sebagainya. Kuman yang halus itu juga ialah JISIM kerana ianya mempunyai JAUHAR seperti kaki, badan dan anggota lain. Begitu juga gunung ialah JISIM kerana batu-batan yang besar dan yang paling kecil itu ialah juzuknya dan dia juga mempunyai kandungan bahan-bahan lain untuk membentuk kewujudannya.  
Ini bererti jika benda itu besar maka besarlah JAUHARnya dan jika benda itu kecil maka kecillah JAUHARnya.  Samalah seperti gunung itu JISIM dan kuman yang halus itu pun JISIM juga. Jika kita ambil satu kertas sekadar satu meter persegi, kertas ini boleh dipecah-pecahkan kepada beratus-ratus juzuk atau beratus-ratus JAUHAR.

'ARADH ialah sifat bagi sesuatu dan tiap-tiap sesuatu benda itu sangat banyak 'ARADHnya dan berlainan jenis 'ARADHnya.  Umpamanya batu itu mempunyai banyak 'ARADH seperti keras,  berukuran,  berwarna,  kasar, licin, curam dan apa juga yang boleh difikirkan dan difahami/didapati melalui pancaindera yang lima. Udara pun begitu juga mempunyai 'ARADHnya yang tersendiri seperti tidak boleh dilihat oleh pemandangan mata, boleh dirasai dan diketahui  oleh pancaindera yang lima, memberi khasiat kesihatan, memberi mudarat, sejuk, panas dan sebagainya.

Demikian juga roh dan apa juga jenis benda mempunyai 'ARADH yang berlainan. Ini bermakna kita dapat memahami bahawa rupa, warna, gerak, diam, dekat, jauh pada perjalanan dan pemandangan mata, berada di dalam, dan di luar sesuatu, di mana-mana, di atas, di bawah, bersatu-padu, sukatan kecil, besar, lebar, panas, sejuk dan lain-lain lagi yang melazimkan bagi JUZUK sesuatu /benda/makhluk/alam ialah atas makna 'ARADH.

Jika diambil fahaman makna yang lebih mudah kita sebutkan masa (الزمان), tempat( والمكان), rupa, lapang, padu, warna, gerak, diam, sukatan kecil-besar, suara, bunyi, sunyi-senyap, gelap, terang, roh, malaikat, jin, manusia dan semua barang yang ada selain daripada ALLAH SWT ialah atas nama "syai'" (شَيْءٍ ) atau 'sesuatu'. Oleh itu apabila kita membaca Firman Allah SWT di dalam al-Quran سورة الشورى surah Asy-Syuura ayat 11:    

                       " لَيْسَ كَمِثْـلِهِ شَئٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ البَصِيرُ........."
              [LAISA KAMITHLIHI SYAI'UN WA HUAS-SAMI'UL BASIR ]

itu hendaklah kita fahami bahawa Allah tidak menyamai sesuatu apa pun  daripada segala barang yang tersebut di atas.
  
Ungkapan kata kalimah ini dapat diringkas dan dirumuskan pula perkataannya  dengan kalimah kata-kata bahawa Allah Subhanahu Wa Taala itu bukan JIRIM, bukan JISIM, bukan JAUHAR dan bukan 'ARADH. Perkara ini diperjelasakan oleh Imam Al-Ghazali di dalam Ihya' Ulumuddin bab : كتاب: قواعد العقائدفي ترجمة عقيدة اهل السنة  في كلمتي الشهادة
وأنه ليس بجسم مصور ولا جوهر محدود مقدر وانه لا يماثل الاجسام لا في التقدير ولا في قبول الانقسام وأنه ليس بجوهر ولا تحله الجواهر ولا بعرض ولا تحله الاعراض بل لا يماثل موجودا ولا يماثله موجود (ليس كمثله شئ ولا هو مثل شئ

Orang-orang awam yang jahil termasuk juga kanak-kanak, orang-orang munafik dan kafir boleh berkata dan menghafaz dengan begitu lancar serta fasih bahawa Allah itu bukan JIRIM, bukan JISIM, bukan JAUHAR, bukan JAUHAR MURAKKAB, bukan JAUHAR FIRID dan bukan 'ARADH. 

Mereka juga boleh berkata ALLAH Subhanahu Watalla itu tidak menyamai sesuatu dan tidak menyamai makhluk. Tetapi sekiranya mereka tidak memahami maksud sebenar ungkapan kata kalimah-kalimah ini dalam konteks Ilmu At-Tawhid atas pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jemaah mereka tidak mungkin dapat memahami kandungan maknanya yang berkaitan rapat dengan mengenal dan beriman kepada Allah SWT. Dalam erti kata lain inilah sebenarnya 'kunci ilmu' untuk memahami ilmu pengenalan terhadap Allah SWT yang amat sukar lagi rumit difahami bagi tahap minda manusia biasa.

Besar kemungkinan ramai juga yang akan berkata atau mempersoalkan jika demikian maksud kehendak pengertiannya, bererti Tuhan itu tidak ada? Persoalan atau salah faham ini berbangkit kerana mereka hanya memikirkan bahawa untuk mengenal dan memahami sesuatu seseorang itu hendaklah menggunakan pancaindera yang lima sahaja. Pada tanggapan mereka tanpa menggunakan pancaindera yang lima tidak mungkin akan memahami atau mengenalinya sama sekali.

[*** Peringatan : Ulama' Ahli Sunnah menggunakan kalimah-kalimah Jisim, Jirim, Jauhar Murakkab, Jauhar Firid dan 'Aradh ini berserta dengan pengertiannya adalah semata-mata untuk memberikan kefahaman dengan lebih mendalam dan halus lagi bagi menghuraikan pengertian bahawa "Allah itu tidak sesekali menyamai/menyerupai sesuatu (شَيْءٍ )  dalam apa jua hal, jalan dan cara sekalipun " supaya orang awam dapat memahami dan membezakannya dengan makhluk dengan lebih jelas lagi. 

Dengan cara ini amat mudah bagi mereka membezakan di antara Zat dan Sifat-sifat Allah yang Qadim lagi Azali dengan zat dan sifat-sifat makhluk yang baharu dan berjuzuk yang secara langsung dapat menghindarkan dari pemahaman yang boleh membawa erti "mensyrikkan" atau "menyamakan" Allah dengan segala sesuatu  (شَيْءٍ ) yang baharu atau makhluk-Nya.]
[Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk : Al-Ghazali, Al-Iqtisad fi'l-I'tiqad (الاقتصاد في الاعتقاد   ).

Kaedah mempelajari dan memahami "Bab Ilmu Pengenalan Kepada Allah SWT" tidak sesekali menyamai dengan kaedah memahami ilmu mengenal makhluk kerana Allah itu BUKAN makhluk dan semestinya Zat (Diri) Allah itu tidak sesekali menyamai zat-zat apa jua jenis dan kategori  makhluk dalam apa jua hal, jalan dan cara  sekalipun.  Oleh sebab Allah itu BUKAN makhluk maka Zat Allah SWT tidak berjuzuk, tetapi kesemua zat makhluk ada mempunyai juzuk. 

Jika sekiranya teras pemahaman ini dapat dicerna, difahami serta dihayati sepenuhnya maka tidak berbangkit langsung untuk menolak persangka, persepsi atau sebarang tanggapan yang terbit di dalam hati dan minda atau ada orang yang mengatakan bahawa Allah itu bergerak, turun-naik, lebih hampir dari urat leher, berupa dan yang seumpama dengannya yang melazimkan bagi sifat setiap sesuatu yang berjuzuk.

Perbezaan pendekatan untuk memahami  Ilmu Mengenal Allah SWT dengan Ilmu Mengenal Makhluk adalah seperti berikut,iaitu:
  i.    Tiap-tiap barang yang ada rupa dan warna dapat dikenalinya    dengan pemandangan mata (Al-Basar الْأَبْصَارَ).
 ii.  Tiap-tiap barang yang ada suara atau bunyi dapat dikenali dengan pendengaran telinga (Al-Sama' السَّمْعَ).
 iii.  Tiap-tiap barang yang ada bau-bauan dapat dikenali dengan penciuman hidung(Al-Syam الشَّمَّامُ).
 iv.  Tiap-tiap barang yang ada rasa seperti pahit, manis dan sebagainya dapat dikenali dengan perasaan lidah (Al-Zuq   الذوق).
 v.   Tiap-tiap barang yang ada rasa seperti kasar, lembut dan sebagainya dapat dikenal dengan sentuhan kulit atau badan (Al-Lams   اللمس)

                               Image result for Pancaindera yang lima pada tubuh badan manusia    

                                                 Pancaindera Yang Lima 
                                         
Kesemua kaedah ini dinamakan kaedah mengenali sesuatu menggunakan deria pancaindera yang lima. Ia juga boleh dikaitkan dengan 'khayalan' atau boleh menerbitkan fikiran khayalan. Misalnya jika seseorang itu melihat seekor burung yang besar sedang terbang di udara, ia melihat burung itu hingga ghaib daripada pemandangan matanya. Namun segala rupa bentuk burung tersebut ada tersimpan di dalam data memori ingatannya. 
                                            
Apabila dia pejamkan matanya, maka rupa burung itu ada tersimpan sebagai memori pada khayalan ingatannya. Kaedah ini dinamakan pengenalan dengan khayalan yang terbit daripada deria pemandangan mata. Kaedah yang sama juga boleh digunakan oleh deria-deria pancaindera yang lain.

Kaedah pengenalan menggunakan deria pancaindera yang lima ini tidak sesekali boleh digunakan untuk mengenal Allah kerana akan membawa kepada rupa, warna, ukuran dan sebagainya yang hanya sesuai bagi menjelaskan segala sesuatu benda atau objek yang berjuzuk seperti yang tergambar dalam khayalan/ingatan memori pemikiran otaknyaUntuk mengenal dan memahami ilmu yang berkaitan dengan Allah kaedah menggunakan Al-H’assu assadisu الحس السادس yang bermaksud "Pancaindera yang ke enam" adalah cara yang paling afdhal dan sesuai digunakan.  

Pancaindera yang ke enam ini jarang-jarang sekali dirujuk atau dibicarakan. Kebanyakan orang awam tidak mengetahui atau memahaminya. Ini adalah disebabkan Zat Allah Taala yang Qadim lagi tidak berjuzuk itu tidak mengenai tempat, sukatan dan ukuran kecil-besar, panjang-lebar atau mengenai rupa, warna, bercerai, berhubung, bersatu-padu, gerak, diam dan segala sifat yang seumpama dengannya. 

Huraian berikut mudah-mudahan dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas :
"Sekiranya seseorang itu mempelajari ilmu agama Islam itu sangat banyak lagi luas dan dia dapat memahami bahawa ilmu Nabi Muhammad s.a.w. itu sangat elok, amat cantik, sangat luas, dalam dan tinggi. Segala keelokan, keindahan, ketinggian dan keluasan ilmu Nabi Muhammad s.a.w. ini tidak menunjukkan ada rupa, warna dan ukuran sukatan kedalaman dan keluasan tertentu.   
Orang yang membuat penilaian terhadap ilmu Nabi Muhammad s.a.w. ini sangat memahami pengertian sebenar akan hal ilmu Nabi Muhammad s.a.w. tersebut. Maka kaedah inilah juga yang boleh digunakan untuk memahami ilmu mengenal Allah iaitu dengan menggunakan Al-Basirah , 'Ainul Qalbi  atau Mata Hati atau disebut juga sebagai Al-H’assu assadisu الحس السادس atau pancaindera yang ke enam."
Disebut juga Allah dapat dikenali dengan 'akal' tetapi akal yang dimaksudkan di sini ialah 'akal syarak' dan BUKAN atas makna 'akal fikiran' yang berasaskan deria pancaindera yang lima dan khayalan tetapi akal yang dimaksudkan ketika mempelajari ilmu mengenal Allah ialah atas makna memahami dengan menggunakan Al-Basirah , 'Ainul Qalbi atau Mata Hati."
Dalam sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. ada menyebut bahawa Allah Taala itu sangat  indah sebagaimana berikut :
Dari ‘Abdullâh bin Mas’ûd Radhiyallahu anhu bahwa Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِيْ قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ: إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُوْنَ ثَوْبُهُ حَسَناً وَنَعْلُهُ حَسَنَةً. قاَلَ: إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ، الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
            Maksudnya : 
" 'Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada kesombongan seberat biji debu (zarrah)'. Ada seorang yang bertanya: 'Sesungguhnya setiap orang suka (memakai) baju yang indah, dan alas kaki yang bagus, (apakah ini termasuk sombong?). Rasulullâh bersabda: 'Sesungguhnya Allah Maha Indah dan mencintai keindahan, kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain' ."

 

Pengertian maksud Hadis ini hendaklah difahami sebagaimana yang diperjelaskan di atas yang tidak sama-sekali menyamakan keindahan atau kecantikan Allah itu sama seperti keindahan atau kecantikan makhluk atau segala sesuatu atau benda (شَيْءٍ ) yang difahami oleh pancaindera yang lima manusia yang menerbitkan rupa, ukuran,warna dan segala hal yang terdapat pada sifat dan diri mahluk. Ia hendaklah dibaca, difahami dan dijadikan pegangan akidah keimanan menggunakan Al-Basirah, 'Ainul Qalbi atau Mata Hati atau 'akal syarak' seperti yang dijelaskan di atas. 

 Firman Allah di dalam surah  سورة الملك Al-Mulk ayat 10 ada menyebut :
وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ
                     Maksudnya :
"Dan kata mereka jikalau sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) untuk menerima dan mengambil faham atau kami ada mempunyai akal untuk memahami nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang bernyala-nyala. " 
Demikian juga dalam سورة البقرة surah Al-Baqarah ayat 269 ada memperjelaskan mengenai "orang-orang yang berakal"  : 
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلا أُولُو الألْبَابِ 
                  Maksudnya :
"Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang diberi hikmah, sesungguhnya telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal." 
Allah berulang kali memberikan peringatan demi peringatan dan amaran keras terhadap dosa orang yang ingkar dan mensyirikkan-Nya dengan sesuatu  (شَيْءٍ ) seperti Firman-Nya di dalam al-Quran. Antaranya ialah :
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا 
                       Maksudnya : 
i." Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." 
          [ Surah سورة النساء  An-Nisaa': 48
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا 
         Maksudnya :
ii."Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa selain daripada syirik itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya  ia telah tersesat sejauh-jauhnya."
                     [ Surah  سورة النساء An-Nisaa' ayat 116 ]
ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ 
                            Maksudnya :
iii." Itulah petunjuk Allah, yang dengannya Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya. Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan."
                [Surah سورة الأنعام Al-An'aam : 88 ] 
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ 
                                  Maksudnya :
iv. "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: 'Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."  
        [ Surah سورة لقمان  Luqman : 13
حُنَفَاءَ لِلَّهِ غَيْرَ مُشْرِكِينَ بِهِ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ 
                Maksudnya :
v." dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutuakan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ketempat yang jauh."
                              [ Surah سورة الحج al- Hajj : 31 
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ     
              Maksudnya :
vi. " Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-nabi)  yang sebelummu : 'Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi'."   
                               [ Surah الزمر‎‎ سورة  Az-Zumar : 65
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ 
                      Maksudnya :
vii. " Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata : 'Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam', padahal Al-Masih (sendiri) berkata : 'Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu'. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun."
                           [Surah  سورة المائدة Al-Maa-idah : 72 ]

Ayat-ayat tersebut memberi pengertian dan kefahaman bahawa orang-orang kafirin dan munafiqin tidak mempunyai 'akal syarak' dan tidak dapat menggunakan 'Ainul Qalbi , Al-Basirah atau Mata Hati untuk memahami ilmu mengenal Allah dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Hanya orang yang mempunyai serta menggunakan 'Ainul Qalbi, Al-Basirah atau Mata Hati (Al-H’assu assadisu الحس السادس yang bermaksud "Pancaindera yang ke enam") sahaja yang dapat memahami segala ilmu yang berkaitan dengan Ilmu At-Tawhid dan Rukun Iman yang enam perkara.


Mudahan-mudahan dengan penerangan ringkas ini para pembaca artikel ini dan juga orang-orang awam dapat memahami, beriman serta menghayati kandungan maksud ayat al-Quran سورة الشورى surah Asy-Syuura ayat 11: 
          "..لَيْسَ كَمِثْـلِهِ شَئٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ البَصِيرُ......."

      LAISA KAMITHLIHI SYAI'UN WA HUAS-SAMI'UL BASIR ]

dan apakah yang dimaksudkan dengan Allah itu bukan JIRIM, bukan JISIM , bukan JAUHAR dan bukan 'ARADH.

Manfaatkanlah dengan sebaik-baiknya pemahaman tapak ilmu mengenali Allah Subhanahu Wataala ini untuk menyemak dengan sehabis-habis teliti pemahaman kita terhadap Allah dan segala hal yang berkaitan dengan-Nya agar terselamat daripada salah faham dan apa tah lagi pemahaman yang menjurus kepada mensyirikkan Allah dengan makhluk-Nya yang disebut berulang-ulang kali di dalam al-Quran sebagai sebesar-besar dosa kezaliman yang tidak mendapat keampunan daripada Allah. 

Marilah kita bersama-sama memohon rahmat pertolongan Allah semoga mengurniakan kepada kita cahaya ilmu kepada  'Ainul Qalbi,  Al-Basirah atau Mata Hati untuk memperkukuhkan lagi kefahaman dan penghayatan aqidah keimanan kita terhadap Allah SWT. 

 والله أعلمُ بالـصـواب 

Sila lihat huraian pengertian "At Tanzihu" (الـتـنـزيه )dalam  Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam blog ini.



                   
*********************************
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِبَاسًا وَالنَّوْمَ سُبَاتًا وَجَعَلَ النَّهَارَ نُشُورًا (47) وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا (48) لِنُحْيِيَ بِهِ بَلْدَةً مَيْتًا وَنُسْقِيَهُ مِمَّا خَلَقْنَا أَنْعَامًا وَأَنَاسِيَّ كَثِيرًا (49) وَلَقَدْ صَرَّفْنَاهُ بَيْنَهُمْ لِيَذَّكَّرُوا فَأَبَى أَكْثَرُ النَّاسِ إِلا كُفُورًا (50
                    Maksudnya :  
 " Dia-lah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk kamu berusaha. (47) 
Dia-lah yang 'meniupkan' angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih, ( 48) 
agar Kami menghidupkan dengan air itu negeri (tanah) yang mati, dan agar Kami memberi minuman dengan air itu sebahagian besar dari makhluk Kami, binatang-binatang ternakan untuk manusia yang banyak.(49) 
Dan sesungguhnya Kami telah mempergilirkan hujan itu di antara manusia supaya mereka mengambil pelajaran (daripadanya); maka kebanykan manusia itu tidak mahu kecuali mengingkari (nikmat)." (50)
          [ Al-Quran سورة الفرقان‎‎ surah Al-Furqaan : 47-50 ] 

 


                  
                                    ***********************
  
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"لو قيل لأهل النارأنكم ماكثون في النار عدد كل حصاة في الدنيا لفرحوا ولو قيل لأهل الجنة أنكم ماكثون عدد كل حصاة لحزنوا ولكن جعل لهم الأبد".( رواه الطبراني عن ابن مسعود.  
               Maksudnya::
“Andainya dikatakan kepada ahli neraka bahawa engkau kalian akan tinggal di dalam api neraksebilangan pasir di dunia nescaya bersukacitalah mereka (kerana ada had tempoh masa habisnya). Dan jika dikatakan kepada ahli syurga bahawa engkau kalian akan tinggal di dalam syurga sebilangan pasir di dunia nescaya berdukacitalah mereka (kerana segala nikmat kesenangannya ada had tempoh masa tamatnya/habisnya), akan tetapinya dijadikan bagi mereka (ahli syurga dan ahli neraka) berkekalan." 
[ Hadis diriwayatkan oleh At’-T’abrani daripada Ibni Maso’ud.]
                               **********************************

                Rasulullah s.a.w. bersabda :
وَقِيلَ يَا رَسُولَ الله : اَيُّ الاَعْمَالِ اَفْضَل. فَقَالَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقِيلَ اَيُّ الْعِلْمِ تُرِيدُ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ سُبْحَانَهُ. فَقِيلَ لَهُ: نَسْأَلُ عَنِ الْعَمَلِ وَتُجِيبُ عَنِ الْعِلْمِ . فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ:  اِنَّ قَلِيلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ الْعِلْمِ بِاللهِ وَاِنَّ كَثِيرَ العَمَلِ لَا يَنْفَعُ مَعَ الجَهْلِ بِاللهِ.
                            Maksudnya : 
" Sesungguhnya telah dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.:  'Apakah amalan-amalan yang lebih afdhal?'. Maka sabdanya : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah Azawajalla.' Maka ditanya : 'Apakah dia ilmu yang engkau kehendaki itu?.' Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah SWT.' Maka ditanya kepadanya: 'Kami menanya daripada amalan dan engkau menjawab daripada ilmu.' Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 'Bahawasanya sedikit amalan itu memberi manfaat berserta adanya ilmu pengenalan kepada Allah SWT dan bahawasanya banyak amalan itu tiada memberi manfaat berserta kejahilan ilmu pengenalan kepada Allah Subhanahuwatalla'." 
                           ***************************
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shllallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 عَن اَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ اْلِاسْلَامُ غَرِيْباً وَسَيَعُوْدُ كَمَا بَدَأَ غَرِيْباً فَطُوْبَى لِلغُرَبَاءِ
                             Maksudnya :
"Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing).Dan ia akan kembali dagang. Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama  Islam ketika ianya dagang'.” [HR Muslim]
                   ***************************
Image result for inti atom dan neutron
 Ilustrasi atom helium yang tersangat halus

 






4 ulasan:

  1. Terima kasih tuan ....

    Mohon share

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan , mudah-mudahan lebih ramai lagi umat yang dapat memanfaatkannya, insya Allah. Amin.

      Padam
  2. terima kasih tuan..saya doakan tuan sentiasa berada dalam kesihatan dan rahmat allah.

    BalasPadam

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...